hbms 4203 muzik tradisional

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2011 HBMS 4203 TAJUK KURSUS MUZIK TRADISIONAL NO. MATRIKULASI : XXXXXXXXXXXX002 NO. KAD PENGNEALAN : XXXXXX-11-XXXX NO. TELEFON : XXXXXXXXXX E-MEL : [email protected]

Upload: zura-abdullah

Post on 30-Jun-2015

1.600 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbms 4203 muzik tradisional

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2011

HBMS 4203

TAJUK KURSUS

MUZIK TRADISIONAL

NO. MATRIKULASI : XXXXXXXXXXXX002

NO. KAD PENGNEALAN : XXXXXX-11-XXXX

NO. TELEFON : XXXXXXXXXX

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN

KUALA TERENGGANU, BATU RAKIT.

Page 2: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat

menyempurnakan Tugasan HBMS 4203 : MUZIK TRADISIONAL untuk Semester ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada suami

yang sangat memahami, serta doa restu daripada kedua-dua ibu bapa saya.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada Open Universiti Malaysia dan Kementerian

Pelajaran Malaysia yang memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan di

samping rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat. Tidak lupa juga kepada

tutor kesayangan saya, En. Wan Razak yang banyak memberi perhatian, bimbingan dan

tunjuk ajar serta bantuan yang tidak pernah jemu sehingga sempurnanya tugasan ini dengan

jayanya.

Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada pemberian Allah dan segala kekurangan dan

kelemahan itu datangnya daripada kelemahan dan kekurangan saya. Mudah–mudahan Allah

S.W.T yang Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik

hidayahnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Amin.

 

Zura Abdullah

2

Page 3: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 GENRE GHAZAL 4

2.1 Sejarah

2.2 Alat muzik

2.3 Rentak

2.4 Maksud Teks

3.0 GENRE DONDANG SAYANG 9

3.1 Sejarah

3.2 Alat muzik

3.3 Rentak

3.4 Maksud Teks

4.0 GENRE BORIA 13

4.1 Sejarah

4.2 Alat muzik

4.3 R entak

4.4 Maksud Teks

5.0 CARA UNTUK MELESTARIKAN GENRE GHAZAL, 17

DONDANG SAYANG DAN BORIA

6.0 KESIMPULAN 19

3

Page 4: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN

Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan

istimewa. Ia berbeza-beza dari satu tempat dengan satu tempat yang lain seperti di negeri

Melaka terdapat kesenian dondang sayang, Kelantan dengan seni persembahan wayang kulit,

makyung, menora dan sebagainya. Kesenian tradisional ini bukan sahaja berfungsi untuk

tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat.

Ghazal, Dondang Sayang dan Boria adalah merupakan muzik sinkretik iaitu muzik yang

menggabungkan unsur luaran seperti Barat, Arab dan sebagainya dengan unsur tradisi

contohnya irama Hindi yang boleh dinyanyikan dalam lagu-lagu melayu. Muzik tradisional

ini sering mendapat perhatian dari dulu hingga kini walaupun Malaysia mengalami

pembangunan dan berada di zaman globalisasi.

Muzik tradisional ini biasanya dipersembahkan dalam majlis tertentu atau majlis-

majlis rasmi negeri. Muzik Ghazal contohnya, ia merupakan satu kesenian tradisional

masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Ini dapat dibuktikan melalui buku yang

bertajuk Siri Lambaian Nusa Johor. Menurut buku tersebut setiap daerah di negeri tersebut

mempunyai beberapa kumpulan Ghazal. Manakala muzik Dondang Sayang pula adalah suatu

persembahan nyanyian tradisional yang masih wujud dan dikenali sehingga hari ini

terutamanya di negeri Melaka. Menurut Madulara di dalam bukunya bertajuk Dondang

Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka , Dondang Sayang dikatakan mula wujud pada saat-saat

akhir zaman kemegahan kerajaan Melaka iaitu akhir kurun ke 15 Masihi .

Di Pulau Pinang pula, amat terkenal dengan persembahan boria. Boria merupakan

sejenis teater tradisi yang amat popular di pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua

segmen iaitu lakonan atau lawak jenaka dan juga nyanyian.  Kedua-dua segmen ini saling

bergantungan di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.  Menurut buku

yang bertajuk siri Mengenal Budaya Boria oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan

Pelancongan Malaysia ....Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak

4

Page 5: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203wanita yang ditimbulkan dalam cerita akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang akan

memakai pakaian wanita sambil merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki.  

Dengan kenyataan di atas dapat dilihat peranan muzik tradisional kepada masyarakat

lampau yang bukan sahaja untuk hiburan tetapi sebagai saluran komunikasi tradisional.

2.0 GENRE GHAZAL

Seni Ghazal merupakan suatu seni budaya yang amat popular di kalangan masyarakat

di selatan tanah air iaitu di negeri Johor kursusnya. Terdapat banyak maksud apabila

memperkatakan tentang Ghazal, dalam bahasa Turki, Ghazal di ambil dari perkataan ' Gazel '

yang merupakan puisi, puisi Ghazal bersangkut-paut dengan puisi kasih sayang, Ghazal

adalah ungkapan cinta tentang perpisahan dan kesunyian. Ghazal dapat difahami sebagai

ungkapan puisi tentang kesakitan akibat kehilangan atau perpisahan dengan orang yang di

cintai atau dikasihi juga puisi yang menunjukkan lambang keindahan cerita cinta.

Dalam bahasa Arab, Ghazal membawa maksud ' berbicara dengan wanita ', perkataan

Ghazal juga di panggil "Gamat" yang membawa maksud riuh atau rancak muzik. Ghazal juga

adalah sejenis puisi yang popular pada zaman jahiliah dalam kalangan masyarakat Arab.

Ghazal dikatakan sebagai sejenis nyanyian di kalangan pemuda yang sedang bercinta.

2.1 SEJARAH

Ghazal dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui negeri Johor. Sejarah

Muzik Ghazal yang popular di negeri Johor sebenarnya berasal dari negara Parsi. Sejarah asal

Muzik Ghazal ini berasal dari tanah Arab dan mempunyai pengaruh kuat dari negara India.

Pada abad ke 19 Ghazal telah di kembangkan ke India oleh pedagang-pedagang Parsi dan

Arab. Di India pada peringkat awal perkembangannya lagu-lagu Ghazal di gunakan untuk

5

Page 6: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203memuji kebesaran nabi dalam majlis-majlis keagamaan, kemudian Muzik Ghazal menjadi

hiburan di istana-istana di Delhi, Luknow dan Rumpur. Direkodkan Seni Ghazal ini amat

popular di Pulau Penyengat, Riau Indonesia sekitar kurun ke 19. Pada waktu itu pegawai dan

golongan bangsawan Johor yang sering berurusan di Riau sering di hiburkan dengan

persembahan muzik ghazal dan kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik ghazal

mereka telah mempelajari dan seterusnya menubuhkan kumpulan dan membawa muzik

ghazal sekembalinya ke Johor. Bertitik tolak dari itu akhirnya seni Ghazal mula bertapak di

Johor dan menjadi persembahan rutin dalam majlis-majlis keraian kerajaan di istana Johor di

Teluk Belanga, Singapura dan akhirnya tersebar di seluruh pelusuk negeri Johor. Ensembel

Ghazal yang paling popular di Malaysia ialah 'Ghazal Melayu Johor' dan 'Ghazal Parti' di

negeri Kedah.

2.2 ALAT MUZIK GHAZAL

Peralatan muzik Ghazal tradisional yang berasal dari Parsi terdiri daripada peti harmonium,

biola, gambus dan tabla atau dol (sejenis gendang). Alat muzik tali sarenggi juga digunakan

untuk mengiringi nyanyian ghazal. Tetapi di Malaysia agak susah untuk mencari pemain

sarenggi. Maka alat muzik ini jarang digunakan. Ghazal terdiri daripada alat muzik seperti

Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Untuk Ghazal Melayu yang

dipopularkan di Johor alat muzik yang digunakan adalah:

Peti Harmonium

iaitu sejenis alat muzik alat muzik tradisional yang kelihatan seperti kibod kecil. Alat muzik

ini yang berasal dari India memainkan peranan yang penting dan digunakan sebagai alat

mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal.

6

Page 7: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Tabela / Tabla

Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil dinamakan Din dan yang besar

dinamakan Bam. Alat Ini penting bagi memainkan rentak dan juga tempo.

Biola / Violin

Violin biasa disebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin. Biola tidak

sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin adalah lebih sesuai. Alat ini berasal

daripada Barat, Jepun dan negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik sharinggi

India.

Gambus

Sejenis alat muzik bertali yang berasal dari negara Arab, juga dikenali dengan sebutan Od.

Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam

permainan muzik ghazal Johor.

7

Page 8: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Gitar

Sejenis alat muzik dari negara barat. Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi dan

rentak dalam lagu Ghazal Johor.

Tamborin

Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan (India). Alat ini digunakan

sebagai alat rentak dan tempo.

Marakas

Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal johor. Alat ini juga berperanan

sebagai alat tempo

2.3 RENTAK

Rentak dalam nyanyian Ghazal amat berbeza daripada rentak-rentak yang lain. ini

adalah kerana, rentak asal untuk nyanyian Ghazal berdasarkan rentak yang berasal dari Parsi.

8

Page 9: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203Rentak dalam genre ghazal dikenali sebagai Tal. Tal adalah perkataan Hindustani ynag

bermaksud irama. Mengikut kata-kata ahli muzik Hindustani, kalau tiada tal bukanlah lagu

tetapi 'autar' (temberang). Tal adalah penetapan had atau 'harkat-harkat' lagu. Agar panjang

pendek had muzik yang dimainkan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Kalau Tal

tidak dipatuhi muzik yang dimainkan hanya akan menyakitkan telinga sahaja.

Terdapat banyak jenis Tal dalam sistem Hindustani yang dipraktikkan dan digunakan

dalam lagu-lagu ghazal. Di antaranya ialah Khirwa (8 bit), Dadra (10 bit) dan Teen (16 bit). 

Malangnya kebanyakkan daripada Tal-tal muzik Ghazal ini sudah tidak digunakan lagi.

Hanya Tal Khirwa dan Dadra sahaja lagi masih digunakan pada hari ini. Walaupun rentak

yang dinyatakan diatas adalah berdasarkan Rentak Hindustani, tetapi kebanyakkan daripada

rentk-rentak ini digunakan dalam ghazal Melayu. Nama untuk rentak ini mungkin berbeza

tetapi pola bit dan corak iramanya adalah sama.

2.4 MAKSUD TEKS LAGU

Menurut kajian, Ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan sebagai sejenis

nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta. Berdasarkan buku ‘Rangkaian

Rubait’ yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib al-Attas, Ghazal dikatakan sebagai sejenis

seni yang iramanya mirip 22 kepada irama di dalam Rubaiyat yang dinamakan ‘Hajat’.

Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20 atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan

menyerupai Qasidah dan pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang. Ia

biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik.

Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form

mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran

yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan

kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah

ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal

dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan

seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. Ghazal

berkembang ke India pada abda ke 12 di bawah pengaruh Mughal. Walaupun ghazal

merupakan bentuk puisi Urdu yang terkemuka, masa kini ia mempengaruhi puisi banyak

bahasa. Contoh sebahagian seni kata Ghazal lagu yang bertajuk Jalak Lenteng

9

Page 10: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Pukul gendang kulit biawak

Sedikit tidak

Sedikit tidak berdentum lagi

Aduhailah sayang

Ke manalah badan

Ke manalah badan hendak ku bawa

Sedikit tidak beruntung lagi

Jalak Lenteng lagulah melayu

Biarlah ku kenang hatiku rindu

3.0 GENRE DONDANG SAYANG

Dondang sayang merupakan salah satu jenis muzik yang sangat popular di negeri

Melaka. Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering

digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka.

Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara

spontan oleh penyanyinya. Biasanya dondang sayang merupakan pilihan utama masyarakat

untuk menceriakan majlis perkahwinan yang diadakan .

3.1 SEJARAH

Menurut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke 15 iaitu semasa

pemerintahan Sultan Mansur Syah di mana nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan

pedagang-pedagang yang datang ke Melaka. Madulara di dalam bukunya menyatakan

10

Page 11: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203terdapat andaian Dondang Sayang dikatakan dicipta dan dilahirkan di Pulau Sebang, Tampin

Melaka dianggarkan di tahun 1400 hingga 1500 Masihi. Terdapat juga pendapat yang

menyatakan dondang sayang wujud kerana pengaruh Portugis. Ini dapat dilihat melalui faktor

alat muzik biola yang dibawa masuk ke sini dari Eropah serta faktor sikap dan kegemaran

orang-orang Portugis yang suka berhibur dan bersuka-suka.

Sebelum kedatangan Jepun, dondang sayang merupakan suatu bentuk hiburan bagi

masyarakat Melayu dan juga kaum-kaum lain di Tanah Melayu. Penyanyi dondang sayang

biasanya menyanyi secara berpasangan sambil berbalas pantun. Setiap penyanyi akan cuba

untuk mencipta pantun yang paling menarik untuk menewaskan pasangan mereka. Seringkali,

pantun-pantun ini mempunyai mesej seperti pesanan, nasihat dan elemen sindir menyindir

yang menghiburkan.

3.2 ALAT MUZIK DONDANG SAYANG

Bagi sesebuah persembahan Dondang Sayang, sekumpulan penyanyi Dondang Sayang

biasanya terdiri daripada empat orang pemain violin, dua orang pemain rebana, dan seorang

pemain gong atau tetawak. Ketua kumpulan bagi persembahan Dondang Sayang selalunya

adalah pemain violin. Beliau memainkan peranan yang penting dalam kumpulan dondang

sayang. Ketua kumpulan ini akan memberikan Kounter melodi untuk melodi asal. Irama

gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian.

Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan paluan gong merupakan pelengkap

lagu. Alat muzik yang biasa digunakan untuk mengiringi nyanyian dondang sayang adalah:

Violin

11

Page 12: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203Violin adalah merupan sejenis alat muzik bertali

Biola

Biola adalah sejenis alat muzik bertali yang penting dalam persembahan dondang

sayang.Pemain biola dalam persembahan dondang sayang biasanya merupakan ketua

kumpulan yang memainkan peranan utama dalam persembahan dan memainkan kaunter

melodi untuk melodi vokal.

Dua set rebana

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang bentuknya seperti pasu.Ia sering digunakan

dalam persembahan muzik sinkretik dondang sayang .Peranannya dalam persembahan

dondang sayang adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat

dikategorikan sebagai irama asas penambahan dan menyilang.rebana biasanya diperbuat

daripada kayu nangka .

12

Page 13: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Tetawak (sejenis gong)

Tetawak adalah merupakan sejenis alat muzik idiofon yang diperbuat daripada perunggu

berbentuk bulat dan dindingnya tebal dan berbusut ditengah-tengah . Tetawak sering

digunakan dalam persembahan dondang sayang.

Terdapat juga alat muzik lain yang digunakan sebagai contoh:

Seruling

Beberapa lagi violin dan

Akordian

3.3 RENTAK

Rentak dalam lagu dondang sayang selalunya bergantung kepada teks lagu dan

penyanyi. Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka rentak yang dimainkan oleh

alat perkusi adalah agak cepat. Tetapi jika teks lagu tersebut mengisahkan kisah yang sedih,

maka alat muzik seperti rebana dan tetawak akan memainkan rentak yang perlahan. Kadang-

kadang para pemuzik terpaksa mengikut tempo penyanyi. Setiap penyanyi mempunyai tempo

mereka yang tersendiri dan semasa mereka mendendangkan lagu, mereka akan mengikut

tempo mereka yang tersendiri. Pemuzik Dondang sayang harus peka dan sentiasa bersedia

untuk menukar tempo lagu mengikut penyanyi. Tetawak atau  gong memainkan peranan yang

penting untuk memastikan bahawa lagu tersebut mempunyai tempo yang tetap dan konsisten.

Keunikan nyanyian dondang sayang adalah pada teks lagu tersebut dan bukannya irama atau

rentak lagu.

3.4 MAKSUD TEKS

Menurut pengkaji dondang sayang Ahmad Usop (2000:13), dondang sayang di

Melaka wujud dalam beberapa jenis iaitu dondang sayang asli, dondang sayang inang,

dondang sayang joget dan dondang sayang mambo. Dalam nyanyian dondang sayang teksnya

mengandungi unsur-unsur percintaan .Teks puisi lama ( pantun) memainkan peranan utama

13

Page 14: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203dalam nyanyian dondang sayang Menurut Madulara di dalam bukunya yang bertajuk

Dondang Sayang, pantun dua, enam dan lapan kerat tidak sesuai sama sekali dalam Dondang

Sayang. Contoh teks lagu Dondang sayang bagi lagu Gunung Banang :

4.0 GENRE BORIA

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama

Pulau Pinang. Sesetengah sarjana berpendapat bahawa perkataan boria diambil dari perkataan

Hindustan yang membawa maksud 'tikar'.  Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika

itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan

Saidina Hussein r.a di Karbala. 

Selain itu, ada juga yang berpendapat perkataan boria berasal dari perkataan 'borai'.

Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau sasau.  Ini

disebabkan oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang

gila. Satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa boria berasal dari perkataan Bori.  Bori

adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India.  Mereka berpindah serta menetap di Pulau

Pinang dan kaum inilah yang dikatakan memulakan permainan boria di Pulau Pinang. 

Pendapat lain ada mengatakan bahawa nama boria lahir hasil dari gabungan bori dan ria,

maka terjadilah boria.

Gunung banang tinggi mengawan,

Nampak dari gunung Soga;

Bila ku pandang wajahmu tuan,

Bagai ku lihat pintu syurga.

14

Page 15: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 42034.1 SEJARAH

Sejarah Boria dikatakan telah dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa

pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian .Kematian Saidina Hussein

yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan

tahunan khusus pada 10 haribulan Muharam di perkuburannya .Upacara ini dikenali sebagai

takziyah. Seseorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein

r.a dikepung musuh.  Bekalan air dan makanan disekat unuk melemahkan Saidina Hussein

r.a. 

Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Saidina Hussein r.a,

pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan

dengan sekuat hati sehingga berdarah. Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu

perarakan yang membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar

kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a. Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit

demi sedikit dari semasa ke semasa. 

Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Saidina

Hussein r.a malah telah diselang-selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam

kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur.  Para pengikut mulai berlakon agar

dendangan syair menjadi lebih realistik.  Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu

sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persembahan.

Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan yang berbau politik, teater ini

dijadikan tempat mereka mencari pengaruh. Di Malaysia boria mula bertapak di Pulau

Pinang sejak pertengahan abad ke 19 atau pada tahun 1845 dan 1874. Kesenian boria

dikatakan berasal daripada cabang kesenian Parsi dan dibawakan ke negeri tersebut oleh

pedagang-pedagang keturunan India yang menganut fahaman Syiah.

4.2 ALAT MUZIK BORIA

Persembahan cerita dan lagu vokal serta tarian dalam teater boria diiringi oleh

pancaragam yang biasanya duduk di bahagian belakang pentas. Peralatan muzik yang

digunakan dalam persembahan Boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah

keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang

15

Page 16: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203karang. Oleh itu kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin.

Walau bagaimanapun, sekiranya lebih banyak alat muzik dapat digunakan semakin baiklah

persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan adalah:

i) Vioin

ii) Gambus

iii) Marwas

iv) Tabla

v) Simbal

16

Page 17: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

vi) Gendang

vii) Akordian

4.3 RENTAK

Boria merangkumi muzik, tarian dan teks yang berunsur komik. Suatu ensemble boria

mempunyai seorang ketua, penyanyi korus dan para pemuzik. Persembahan boria selalunya

bermula dengan sketsa komik. Sketsa ini kemudiannya diikuti oleh sebuah tarian yang

diiringi oleh penyanyi korus dan penyanyi solo.  (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Pelancongan Malaysia. 2003).

Rentak dalam lagu boria bergantung kepada kisah yang ingin disampaikan. Suatu

persembahan Boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria

diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika

menyanyi). Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan

menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi.

4.4 MAKSUD TEKS

17

Page 18: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203Biasanya di dalam boria seni kata lagu dicipta berasaskan lakonan yang dipentaskan

sebelumnya dan susunan seni kata berbentuk syair. Pada rangkap pertama bagi setiap lagu

boria merangkumi pengenalan kumpulan boria atau alu-aluan yang bersifat pujian

terhadap tetamu atau individu tertentu

contohnya :

Menjunjung Duli Tuanku Al Sultan

Di hari keputeraaan Ucapan sambutan

Diiringi doa tambah keberkatan

Boria Pulau Pinang dalam ingatan

Rangkap ini juga menjadi korus untuk lagu tersebut. Seni kata yang baik haruslah

mengandungi suku kata yang seirama di setiap hujung rangkap. Kalau rima ‘ ta’ atau

‘dah’ digunakan di hujung baris maka hujung baris berikutnya dalam rangkap yang sama

mesti mempunyai bunyi ta’ atau ‘dah’ contohnya :

Izinkan kami sampaikan madah

Pesanan tuan mutiara indah

Sebagai saluran penyambung lidah

Semoga berguna dan berfaedah

Pada akhir persembahan, kumpulan boria sering kali mengucapkan ampun dan salam di

atas kelakuan mereka sepanjang persembahan.

5.0 CARA UNTUK MELESTARIKAN GENRE GHAZAL, DONDANG SAYANG

DAN BORIA

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.

Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Melestarikan seni

budaya tradisional menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat. Lestari bermaksud

mengekalkan manakala melestarikan pula bermaksud mengekalkan atau menetapkan.

Melestarikan genre Ghazal, Dondang Sayang dan Boria bermaksud mengekalkan genre

tersebut.

18

Page 19: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Berbagai cara yang yang boleh dilaksanakan untuk melestarikan genre-genre muzik

Ghazal, Dondang sayang dan boria antaranya ialah dengan mengadakan festival dan

pertunjukan kebudayaan contohnya seperti menganjurkan Festival Boria, Ghazal atau

Dondang Sayang. Pertunjukan bagi ketiga-tiga genre tersebut boleh juga dilakukan di Malam

Kebudayaan, Pekan Budaya dan sebagainya. Pertunjukan kebudayaan ini hendaklah

dilakukan di setiap daerah di negeri masing-masing. Melalui pertunjukkan kebudayaan ini ia

akan dapat memperkenalkan kepada generasi muda dan pelancong tentang genre muzik

tersebut.

Cara yang seterusnya ialah mewujudkan sekolah seni lebih banyak sebagaimana yang

terdapat di Johor dan Kuching, Sarawak. Kewujudannya hendaklah meliputi setiap negeri

kerana ini dapat membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mempelajari genre ini

mendapatkan pendidikan yang khusus. Contohnya, bagi pelajar yang ingin mendalami genre

ini tentu tidak akan mengalami masalah kerana dengan bilangan sekolah seni yang banyak

akan mengurangkan masalah persaingan untuk masuk ke sekolah tersebut. Genre muzik

tersebut hendaklah dimasukkan di dalam sukatan pelajaran dan diberi penekanan yang

khusus.

Dengan menganjurkan kem-kem kebudayaan Ghazal, Dondang Sayang dan Boria

bagi remaja lepasan sekolah akan lebih mendekatkan genre ini pada mereka. Contohnya

dengan mengadakan kem Dondang sayang, remaja tersebut akan diberi latihan dan

pendedahan tentang genre tersebut. Selain daripada dapat memberi pendedahan kepada

mereka tentang budaya tradisional ini, ia juga dapat mengelakkan remaja terpengaruh dengan

budaya-budaya asing dan lebih mencintai muzik tradisional.

Genre muzik ini dapat dilestarikan dengan mewujudkan lebih banyak institusi

kebudayaan seperti ASWARA, Yayasan Warisan Johor dan sebagainya yang mengambil

inisiatif bagi memberi pendidikan serta mengatur program-program pengembangan muzik

tradisional sepanjang tahun. Contohnya seperti Yayasan Warisan Johor telah mengadakan

jadual bagi pertandingan Ghazal dalam kalangan remaja dan dewasa setiap tahun. Kewujudan

institusi-institusi seperti ini diharap dapat memperkembang dan menghidupkan seni warisan

muzik tradisional ini.

19

Page 20: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203

Cara lain untuk melestarikan genre-genre muzik ini ialah dengan membuat

dokumentari mengenai genre-genre tersebut. Melalui penghasilan dokumentari tersebut ia

dapat memperbanyakkan lagi maklumat-maklumat tentang genre muzik ini. Contohnya

melalui penghasilan dokumentari tentang Boria yang disiarkan melalui media elektronik atau

dibuat dalam bentuk CD ia memudahkan bagi pelajar atau kumpulan tertentu yang berminat

untuk mempelajarinya dan ini akan dapat memartabatkan lagi genre tersebut.

KESIMPULAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan seni di

antaranya ada muzik Ghazal, Dondang Sayang dan Boria. Namun begitu, khazanah negara

yang tidak ternilai itu sekian lama semakin hilang dan semakin kurang mendapat perhatian

daripada masyarakat:

“ketika ini hampir semua pemain muzik tradisional adalah orang yang lewat umur. Tidak

terdapat barisan pelapis dikalangan anak-anak muda kerana kebanyakkan muda-mudi lebih

tertarik dengan muzik barat yang jauh popular daripada muzik tradisional. Keadaan ini

berlaku kerana pengaruh muzik barat telah menyerap ke dalam cara hidup masyarakat

Malaysia akibat daripada pengaruh elektronik dan media cetak serta peranan saluran

pendidikan yang menggalakkan pengajaran muzik barat”.

(Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1989)

Sekiranya permasalahan ini kian berlanjutan dan tidak ada cara untuk menanganinya,

ia akan semakin hilang dan dikhuatiri generasi yang akan datang sudah tidak berpeluang

untuk mengenali mahupun menghargai warisan seni negara ini. Untuk mengatasi masalah ini,

20

Page 21: Hbms 4203 muzik tradisional

HBMS 4203pelbagai pihak perlu mengambil tindakan yang serius dan bersungguh-sungguh agar seni

muzik ini “ tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas “ kerana muzik tradisional ini

menunjukkan identiti masyarakat Malaysia.

RUJUKAN

Nik Mustafa B. Nik Mohd Salleh.2000. Muzik Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia. Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian, Kuala Lumpur.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Malaysia.2003. Siri Mengenal Budaya Boria (5). Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Malaysia. Melaka

Madulara .2004.Dondang Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka. Majlis Budaya Negeri Melaka. Melaka

Nurul Hanim Ismail.2007.Siri Negeri-Negeri Di Malaysia Johor Dan Selangor. Kuala Lumpur.

Mohd Bashrib. Ali.2003 Sejarah dan Perkembangan Boria Pulau Pinang. Kementerian kebudayaan kesenian dan pelancongan pulau pinang. Pulau Pinang

Kementerian kebudayaan kesenian dan pelancongan. Sejarah Dan Perkembangan Boria Pulau Pinang. Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Pelancongan.

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/muzik_tradisional/

http://groups.yahoo.com/group/anakjatijohor/message/1

http://ghazal-smp2252.blogspot.com/2010/09/ghazal-johor.html

http://boriapulaupinang.blogspot.com/

http://boria-kita.blogspot.com/2010_08_01_archive.html

21