apakah peranan saya dalam pbm?secure site...
Post on 03-Nov-2020
15 Views
Preview:
TRANSCRIPT
APAKAH peranan saya dalam PBM? ANDA orang PENTING dalam PBM. Andalah PEMBUAT KEPUTUSAN & ANDA BERTANGGUNGJAWAB atas BADAN ANDA SENDIRI.
Petua Penting. Dapatkan pengetahuan yang diperlukan & cuba memahami apa yang terlibat dalam rawatan anda. Soalan untuk doktor anda: 1. Apakah risiko, faedah dan alternatif kepada rawatan
yang dicadangkan (termasuk transfusi darah)? __________________________________________________________________________________________________2. Bagaimana kehilangan darah saya dapat
dikurangkan? __________________________________________________________________________________________________3. Apakah yang akan dilakukan untuk mengurangkan
risiko untuk transfusi darah? __________________________________________________________________________________________________4. Jikalau saya seorang pesakit yang mana transfusi
darah BUKAN SATU PILIHAN, apakah kaedah perubatan dan pembedahan yang akan digunakan?
__________________________________________________________________________________________________***Semua strategi rawatan adalah khusus & mungkin berbeza sedikit di kalangan pesakit-pesakit, contoh: kes pembedahan/ ibu hamil/ kanser/ pesakit buah pinggang. Tolong berbincang tentang pilihan PBM yang sesuai bersama doktor ANDA.
Tahukah anda? Badan ANDA boleh menjadi TABUNG DARAH untuk badan ANDA SENDIRI. Dan ini adalah darah yang terbaik bagi badan ANDA.
BAGAIMANA ia boleh dicapai? Pengurusan Darah Pesakit atau PBM merangkumi penggunaan kaedah perubatan dan pembedahan yang saintifik, efektif serta selamat bagi mencegah anemia dan mengurangkan kehilangan darah, justeru memastikan ANDA mendapat hasil rawatan yang terbaik. PBM mementingkan kesihatan ANDA.
MENGAPA ia bermanafaat? 1. Mementingkan keselamatan ANDA dengan
mengurangkan pendedahan ANDA kepada darah penderma
2. Mengurangkan pendedahan ANDA kepada virus dan penyakit lain yang berkaitan dengan darah
3. Mengurangkan risiko mendapat jangkitan hospital serta komplikasi lain
4. ANDA dapat pulang ke rumah lebih cepat dengan kesihatan yang lebih baik
5. Meningkatkan hasil rawatan yang baik 6. Meningkatkan kualiti hidup ANDA 7. Mengurangkan kos, jadi kita dapat menumpukan
perhatian kepada apa yang penting untuk ANDA supaya ANDA mendapat perkhidmatan yang terbaik
BILAKAH saya harus bertanya mengenai PBM? 1. Apabila ANDA mengalami sebarang penyakit yang
boleh menyebabkan anemia; contoh: penyakit buah pinggang, lemah jantung, kanser, penyakit pendarahan, darah haid yang banyak, penyakit kronik (lihat informasi untuk anemia)
2. Apabila ANDA dijadualkan untuk pembedahan, bertanyalah tahap Hb ANDA dan PBM seawal 4 minggu sebelum pembedahan
3. Apabila ANDA hamil 4. Semasa menjalani rawatan kemoterapi
top related