implikasi sosio-emosi terhadap pengajaran dan pembelajaran (edu 3102)

Post on 23-Jun-2015

3.963 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KUMPULAN 4

RAFIZA BINTI DARUSNORHAYATI BINTI ALI MARAN

NUR AMALINA SALWA BINTI ROSLINURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIMNUR AMIRA AIZA BINTI MOHD JOHAN

NAMA PENSYARAH : PN MARIAH BT MAT NOOR

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSIIMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU 1 (SK)PISMP SEM 1 AMBILAN JANUARI 2013

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi.

Bincang secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi mereka seperti perasaan cemburu terhadap adik-beradik dan rakan, ejekan, prejudis, pilih kasih, terpinggir dan lain-lain

2. Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain.

Minta murid terangkan perasaan/perspektif orang lain terhadap sesuatu isu/situasi.

Buat simulasi atau main peranan. Pelajar membawa peranan yang lain dari watak dirinya supaya dapat memahami dan menilai orang lain.

3. Bantu murid membuat hubung kait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkah laku yang dibuat.

Beri kesedaran kepada murid tentang ketidakseragaman antara tingkah laku mereka dengan nilai yang mereka sebut.

4. Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid saling mendengar antara satu sama lain.

Dalam aktiviti kumpulan atau semasa pembentangan, pastikan murid-murid lain mendengar jawapan dan hujah rakan yang membentang.

Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.

5. Pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat.

Bincangkan dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan nilai-nilai moral dan emosi.

Pastikan keadilan dan layanan sama rata kepada semua murid dalam kelas.

Pastikan murid dapat membezakan antara undang-undang yang menjaga keselamatan dengan undang-undang yang melibatkan nilai-nilai moral.

IMPLIKASI ASPEK PENDEKATAN, STRATEGI & KAEDAH

1. Mengelolakan banyak aktiviti berkumpulan

2. Amal sikap kepimpinan demokratik

3. Menggunakan teknik menyoal

4. Menggunakan strategi memusatkan murid

Dapat memberi banyak peluang kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain.Contoh : Aktiviti pengayaan, pemulihan, lakonan, pertandingan, atau kerja projek.

Murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.

Guru boleh mewujudkan interaksi 2 hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis antara guru dengan murid-muridnya.

Digunakan bagi melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan interaksi antara murid akan dibentuk secara tidak langsung. Kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah boleh digunakan.

5. Menggunakan banyak alat bantu mengajar

6. Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif

dalam bilik darjah

7. Membantu murid bermasalah

8. Gunakan ganjaran sebagai galakan dan

motivasi pembelajaran

Dapat menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Dapat membentuk interaksi.

Mengadakan sesi kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah supaya dapat membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Iaitu dengan menyusun keadaan fizikalnya seperti menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan.

Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan yang wajar untuk murid-murid.

9. Mengajar dengan sikap penyayang

Bertujuan merapatkan hubungan guru dengan murid. Murid digalakkan mengemukakan soalan, termasuk soalan masalah peribadi dengan harapan dapat diselesaikan oleh guru yang disayangi oleh mereka.

Percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat mereka. Menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid dengan hati terbuka.

10. Menggunakan percakapan yang sesuai

CADANGAN AKTIVITI MENGIKUT PERINGKAT UMUR

PERINGKAT UMUR

CADANGAN AKTIVITI BBM

0-3 bulan • Ibu bapa/penjaga dicadangkan kerap memeluk bayi kerana keadaan akan dapat menimbulkan rasa selesa dan selamat pada bayi dan secara tidak langsung akan membantu perkembangan emosi yang sihat.• Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.• Menyentuh bayi dengan lembut dan membuat urutan pada badan bayi.

3-6 bulan • Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.• Respon kepada bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dan bercakap-cakap dengan bayi.• Mengangkat atau memeluk bayi yang menangis dan memberikan sentuhan yang lembut pada bayi. Jika tangisan berlarutan, cuba tepuk dan usap belakangnya.• Bayi akan menunjukkan reaksi apabila ditunjukkan wajahnya di hapadan cermin.

6-9 bulan • Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya. Pada masa inilah, bayi akan suka memegang barang mainan seperti anak patung dan bola yang lembut.• Berikan barang mainan yang berbunyi apabila ditekan kerana bayi akan menunjukkan perasaan gembira atau takut apabila mendengar bunyi tersebut.• Banyakkan bermain dan bercakap dengan bayi pada tahap ini.• Contohnya seperti, mencium jari bayi dan tangan kedua-dua bayi ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.

9-12 bulan • Pada tahap ini kanak-kanak gemar mendengar dan melihat buku cerita yang berwarna warni. Apabila membaca buku cerita, anda digalakkan membuat mimik muka bagi menunjukkan perasaan samada sedih, gembira atau terperanjat. Kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami mimik muka anda.• Berikan bayi permainan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Sebenarnya pada tahap ini sudah dapat menilai dan membezakan saiz objek walaupun berada pada jarak yang jauh dan telah dapat menggunakan daya ingatan bagi mengaplikasikan mimik muka bagi mewakili emosinya.

1-3 tahun • Bawa kanak-kanak melawat kawasan persekitaran tempat jagaan.• Galakkan kanak-kanak pada tahap ini berkongsi permainan dengan kanak-kanak lain.• Perkenalkan kepada kanak-kanak lain.• Dedahkan mereka kepada aktivti seperti menari atau mendengar lagu. Nyanyikan

3-4 tahun • Sediakan permaianan olok-olok seperti berlagak sebagai doktor atau ayah ibu.• Galakkan kanak-kanak bermain permainan blok-blok. Permaianan ini akan member hiburan berjam-jam kerana mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk apa saja keinginan mereka seperti rumah, kereta dan sebagainya.• Berikanlah kata-kata pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau senyuman setiap kali kanak-kanak tersebut menunjukkan kebajikan.• Lakukan aktivti nyanyian dalam pelbagai bahasa dengan kanak-kanak tersebut. • Kanak-kanak akan muah mengikut dan menghafal walaupun tidak memahami.

Peringkat Umur

Cadangan Aktiviti Alat Bantu Mengajar

(ABM)

4-8 tahun Menyanyi Laptop, speaker, LCD, alat muzik

8-10 tahun Main peranan Kostum. Boneka, laptop, speaker

11-12 tahun Lawatan, mencerita penamat untuk sebuah cerita _

OBJEKTIF

• Melatih kanak – kanak supaya mempunyai keyakinan diri. • Mengikis sifat malu dan sikap rendah diri dalam diri

kanak-kanak.• Melahirkan emosi gembira melalui aktiviti nyanyian.

Menyanyi

• Mengajar kanak – kanak supaya pandai bergaul dalam masyarakat.

• Memupuk sifat kepimpinan dalam diri kanak-kanak.

• Mengenalpasti makna emosi positif dan negatif.

Main peranan/ Berlakon

• Menarik minat murid-murid untuk belajar melalui program lawatan sambil belajar.

• Menimbulkan suasana yang seronok dalam kalangan murid-murid semasa belajar.

• Membina daya pemikiran yang kreatif dalam diri murid-murid.

Lawatan, mencerita penamat untuk sebuah cerita

BAHAN BANTU MENGAJAR• Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik

BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, papan pengajaran, gambar, grafik, model, surat khabar, lukisan, majalah, risalah, kad imbasan, kad cantuman, peta, glob, boneka, bahan-bahan permainan seperti sahibba,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik

Contohnya: Filem tayangan, filem jalur, filem slaid, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, TV, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar

Contohnya: Lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan sebagainya.

Bahan bantu mengajar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti ialah:

• Alatan muzikGitar, seruling dan lain-lain.

• Alatan sukanBola, gelung rotan, tali dan lain-lain.

• Alatan permainanCongkak, dam, catur dan lain-lain.

KESAN MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM P&P

• Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas.

• Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan.

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan.• Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru.• Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik.• Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam

ingatan.• Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah.• Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.

Aktiviti 1 (Menyanyi)• Melahirkan ekspresi gembira dalam diri murid.• Melatih murid supaya dapat bersosial dengan baik bersama rakan-rakan.

Aktiviti 2 (Menyanyi dan menari)• Melahirkan sifat kreativiti dalam diri murid. • Meningkatkan keyakinan diri murid di hadapan khalayak ramai.

Aktiviti 3 (Menyanyi dan berlakon dengan menggunakan topeng)• Mengenalpasti haiwan dan bunyi haiwan.• Melatih murid dengan kemahiran bersosial melalui aktiviti simulasi.

AKTIVITI P&P

PAK MAMAT ADA HAIWAN, IYA IYA OOO..HAIWANNYA IALAH KUCING,IYA IYA OOO..MIAU,MIAU,MIAU,MIAU,MIAU,MIAU,IYA IYA OOO....

PAK MAMAT ADA HAIWAN, IYA IYA OOO..HAIWANNYA IALAH KATAK,IYA IYA OOO..KROK,KROK,KROK,KROK,KROK,KROK..IYA IYA OOO....

PAK MAMAT ADA HAIWAN,IYA IYA OOO..HAIWANNYA IALAH HARIMAU,IYA IYA OOO..AUM,AUM,AUM,AUM,AUM,AUM,IYA IYA OOO....

PAK MAMAT ADA HAIWAN, IYA IYA

OOO..

HAIWANNYA IALAH MONYET, IYA

IYA OOO..

U U UK, AK AK AK,

UK AK, UK AK, IYA IYA OOO....

PAK MAMAT ADA HAIWAN, IYA IYA

OOO..

HAIWANNYA IALAH LEMBU, IYA IYA

OOO..

MOO, MOO, MOO,

MOO, MOO, MOO, IYA IYA OOO....

LIRIK LAGU PAK MAMAT ADA HAIWAN

KONSEP MOTIVASIKeadaan dalaman yang merangsang,

mengarah dan mengekalkan tingkah laku.

Satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat.

Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.

JENIS MOTIVASI

MOTIVASI INTRINSIK

MOTIVASI EKSTRINSIK

MOTIVASI INTRINSIKMAKSUD : Dorongan dan minat yang terdapat pada diri

seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya.

Motivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran tersendiri . (berpunca daripada gerakan dalaman)

CONTOH : Saya gemar melukis atau berkarya. Saya mungkin tidak mahir dan walaupun saya tidak pernah diberikan pengiktirafan daripada mana-mana pihak, saya masih gemar dan berasa seronok melaksanakan kegemaran saya.

MOTIVASI EKSTRINSIK

MAKSUD : Faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran.

(Pujian, hadiah, markah, gred, wang, pengiktirafan)

Seseorang itu mungkin tidak begitu berminat dalam aktiviti tersebut, tetapi lebih menggemari tentang keuntungan yang diperoleh daripadanya.

CONTOH : Keinginan untuk memperoleh ‘A’ memotivasikan seseorang untuk belajar atau keinginan untuk mendapat ganjaran dalam bentuk lawatan ke luar negeri menggalakkan seseorang untuk hadir bersama untuk melaksanakan tugasan yang

diberikan majikan.

CONTOH MOTIVASI

Membantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang akan hadapi.

Membantu pelajar manilai berdasarkan perspektif orang lain.

Membantu murid membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.

Memastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid saling mendengar antara satu sama lain.

Memastikan murid menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat.

KAMI BANGGA DAN

BERSYUKUR MENJADI GURU

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related