pertandingan inovasi pensyrah tvet peringkatperisa18.kklej.edu.my/files/perisa18_book_inov.pdf ·...
Post on 01-Nov-2019
93 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERTANDINGAN INOVASI PENSYRAH TVET PERINGKAT
KEBANGSAAN (PERISA) 2018
Hak Cipta © Kolej Komuniti Bandar
Penawar Cetakan Pertama 2018
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar, ulang mana-mana
bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pejabat Penerbit, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku
Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Johor. Perundingan tertaklum
kepada perkiraan royalty atau honorium.
Diterbit dan dicetak oleh:
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-8225800 Fax : 07-8224884
Emel : kkbp@kkbpenawar.edu.my
1
Kata Alu-aluan:
2 Ketua Pengarah JPPKK
3 Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK
4 Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Inovasi JPPKK
5 Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2
6 Pengenalan PERISA 18
Abstrak Inovasi
8 Pembelajaran dan Pengajaran
108 Sains Sosial
133 Teknologi Kejuruteraan
156 Teknologi Maklumat
185 Tentatif Program
187 Ahli Jawatankuasa Induk
188 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
ISI KANDUNGAN
2
Seagung Aspirasi
Prof Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd. Aziz Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Penganjuran Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Pendidikan Tinggi 2018 Peringkat
Kebangsaan (PERISA ’18) tahun ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam usaha
mengumpulkan tenaga pengajar dalam bidang TVET dari pelbagai institusi dan agensi.
Pelbagai hasil cipta yang kreatif dan inovatif dari rencaman perspektif dan arah kepakaran
diketengahkan oleh peserta kali ini. Berdasarkan keperluan mendesak disebabkan
gelombang transformasi dalam Industri 4.0, pengajar dalam bidang TVET perlu proaktif dalam
mengadaptasi teknologi terkini ke dalam instruksional masing-masing. PERISA 2018 ini
merupakan satu wadah perkongsian intelek merentasi sempadan bidang pengkhususan dan
kemahiran yang boleh memberi impak besar dalam terma pembangunan idea bagi kemajuan
dalam bidang pendidikan. Justeru, PERISA 2018 ini boleh dilihat sebagai salah satu peluang
terbaik untuk membincangkan isu dan strategi ke arah merealisasikan gambaran sempurna
kualiti pendidikan TVET selaras dengan era teknologi dalam persekitaran globalisasi. Produk
inovasi yang dihasilkan merupakan antara terjemahan kepada penyelesaian kreatif kepada
permasalahan yang dihadapi oleh pengajar TVET. Diharapkan buku inovasi yang dihasilkan
kali ini mampu memberi cetusan idea kepada penghasilan produk inovasi yang lebih baik
pada masa akan datang.
KATA ALUAN
3
Saujana Inspirasi
Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 yang sentiasa diperkatakan dewasa
ini, institusi pengajian tinggi tidak kurang terkesan oleh pengaruhnya, terutamanya bidang
TVET. Sebagai sebuah entiti yang diharapkan dapat menghasilkan modal insan kompeten
yang tersedia menghadapi industri yang sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan
teknologi, semua peneraju TVET di Malaysia sentiasa perlu peka dengan transformasi yang
berlaku. Kepakaran teknikal, keupayaan untuk beradaptasi, dan dengan minda yang dinamik
adalah acuan terbaik sumber manusia yang perlu dikeluarkan oleh tenaga pengajar TVET.
Justeru, penyelidikan dan inovasilah yang mampu membawa pelajar dan pengajar ke arah
merealisasikan harapan ini supaya Revolusi Perindustrian 4.0 ini tidak hanya menjadi coretan
tinta, sebaliknya diterjemahkan dalam penghasilan produk inovasi yang berimpak tinggi
dengan nilai komersial yang boleh dibanggakan. Oleh itu, saya mengucapkan syabas kepada
penganjur PERISA 2018 kerana membuka ruang dan peluang kepada semua pengajar TVET
dalam mengetengahkan produk inovasi dalam satu platform yang menyatukan kita semua.
Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah juga kepada
jawatankuasa penerbitan buku inovasi PERISA 2018 ini kerana mengambil inisiatif
menghasilkan bingkisan istimewa buat peserta dalam mengabadikan hasil inovasi mereka
dalam bentuk buku.
KATA ALUAN
4
Semurni Impian
Dr. Ishak bin Mohamad Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Pendidikan Tinggi 2018 Peringkat Kebangsaan
(PERISA ’18) tahun ini merupakan penganjuran kali keempat program seumpama ini setelah
julung kalinya diperkenalkan pada tahun 2015. Bertemakan “Memanfaatkan Penyelidikan dan
Inovasi dalam TVET Menuju Revolusi Perindustrian 4.0”, program kali ini diberi sedikit
perubahan daripada segi format penganjuran dengan membuka penyertaan kepada semua
tenaga pengajar dalam bidang TVET, termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA/S, ILKA dan
tenaga pengajar TVET dari mana-mana agensi. Harapan pihak penganjur adalah supaya
semua peserta dapat mengetengahkan produk-produk inovasi autentik masing-masing dari
pelbagai pengkhususan dan kepakaran agar semua pihak dalam bidang TVET mendapat
manfaat sepenuhnya melalui perkongsian ilmu dan pengalaman tersendiri. Semoga dengan
penerbitan buku inovasi PERISA 2018 ini dapat memberi ilham dan inspirasi kepada inovator-
inovator dalam bidang TVET khususnya untuk menghasilkan produk yang lebih baik pada
masa akan datang demi kelangsungan dan kecemerlangan TVET.
KATA ALUAN
5
Setulus Harapan
Tn. Hj. Ahmad bin Abu Samah Pengerusi Bersama Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan (PERISA) 2018 Dalam usaha memartabatkan bidang TVET, Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET
Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan (PERISA) menjadi takwim tahunan Kolej
Komuniti sejak tahun 2015. Penganjuran kali ini julung kalinya diadakan di Johor
setelah masuk edisi keempat. PERISA 2018 kali ini menekankan inovasi berteraskan
Revolusi Perindustrian 4.0 yang menjadi antara fokus utama negara pada tahun ini.
Kejayaan penghasilan produk inovasi berimpak dan teknologi tinggi diharapkan dapat
membawa kepada peningkatan produktiviti industri yang mampu mencipta kekayaan
negara. Selain itu, produk inovasi yang dihasilkan juga diharapkan dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dalam bidang TVET. Dalam usaha
menerbitkan buku koleksi inovasi yang dipertandingkan pada PERISA 2018 ini, pihak
kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
jawatankuasa kerja yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung
menjayakan usaha ini. Begitu juga dengan semua peserta PERISA 2018 yang sudi
turut serta dalam pertandingan kali ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, penerbitan
buku inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Pihak jawatankuasa memohon
maaf sekiranya terdapat kesalahan dari pihak kami semasa proses penyuntingan.
Pihak kami berharap buku inovasi PERISA 2018 ini dapat menjadi rujukan, pencetus
idea dan diskusi akademik bagi pihak yang berkepentingan.Sekian,terima kasih.
KATA ALUAN
6
Pertandingan inovasi pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan 2018(PERISA) merupakan
satu platform yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua pensyarah TVET dari
Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, universiti dan institusi kemahiran awam untuk
berkongsi inovasi kepada umum. Perkongsian begini amat penting dalam menyokong kepada
pembangunan teknologi berkaitan dengan industri 4.0. Sehubungan dengan itu juga,
pertandingan ini dapat menggalakkan penciptaan inovasi yang boleh diaplikasikan di dalam
atau di luar kelas serta mempunyai nilai komersil.
Memupuk dan membudayakan inovasi dalam kalangan pensyarah TVET
Menyediakan platform khusus untuk mempertandingkan hasil inovasi dalam kategori
Pengajaran dan Pembelajaran, Teknikal dan Kejuruteraan, Sains Sosial dan Teknologi
Maklumat
Mengenalpasti inovasi yang berpotensi tinggi peringkat antarabangsa untuk
diketengahkan ke peringkat antarabangsa
KOLEJ KOMUNITI
TEMERLOH
KOLEJ KOMUNITI
MASJID TANAH
KOLEJ KOMUNITI
TEMERLOH
KOLEJ KOMUNITI
SEGAMAT 2
PENGENALAN
OBJEKTIF
SEJARAH PENGANJURAN
7
BILANGAN
PENYERTAAN
INSTITUSI
KOLEJ KOMUNITI 100
144 PENYERTAAN
358 PESERTA
4 INSTITUSI
84 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
20 SAINS SOSIAL
19 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
21 TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIDANG INOVASI
POLITEKNIK 30
KOLEJ VOKASIONAL 12
UNIVERSITI TUN
HUSSEIN ONN
MALAYSIA
2
8
9
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
1. DEVELOPMENT OF EXPERIMENTAL
APPARATUS TO ANALYZE DIESEL SPRAY
CHARACTERISTIC
Dr Mohd Azahari bin Razali
Encik Md Norrizam bin Mohmad Ja'at @ Mohd Noh
Dr. Mohd Faisal bin Hushim
UTHM 20
2. REALAUDIT KIT
Noor Azira binti Sawal
Hilmun binti Mohamed
Roslezayti binti Ajeh
Politeknik Melaka 21
3. MAGIC APRON
Norazrina binti Ismon
Kolej Komuniti
Manjong, Perak
22
4. ENTREPRENEUR STARTUP CLICK
Noradila binti Mason
Rajeswary A/P Chandrasekaran
Ts. Mohd Norbi bin Baharin
Kolej Komuniti
Bandar
Tenggara, Johor
23
5. MINI HIGH FIDELITY AUDIO MIXER ADAPTOR
FOR TEACHER
Mat Sazilin bin Ayub
Shuhaila binti Ibrahim
Kolej Komuniti
Besut,
Terengganu
24
6. TAYSEER
Halimah binti Ismail
Norehan binti Nasiruddin
Nuraida binti Saman
Kolej Vokasional
Kuala Selangor
25
7. PERSPECTIVE TOOLS KIT
Norhazlina binti Sahari
Norhafizai binti Md Nor
Kolej Komuniti
Segamat 2, Johor
26
8. ENGINEERING SURVEY MOBILE LAB
Norlydah binti Othman Latpi
Politeknik Melaka 27
10
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
9. JAM SIFIR
Khairul Anwar bin Johari
Noorashikin binti Saari
Siti Nurjiah binti Abdullah
Kolej Komuniti
Ledang, Johor
28
10. KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIS-KIT
SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI
KURSUS DTM6014 VISITOR INTERPRETATION
SERVICES
Nur Shahirah binti Mat Sharf
Suhaini binti Ibrahim
Nur Shafinda Wani binti Shaikh Azmee
Politeknik
Muadzam Shah
29
11. APLIKASI ANDROID FRONT OFFICE - A
PRACTICAL GUIDE
Ridzuan bin Khalid
Nor Fadzilah binti Yaacob
Ali Jalal bin Mohd Hatta @Azman
Kolej Komuniti
Rompin, Pahang
30
12. FUEL INJECTOR TESTER
Mohd Jalil bin Ahmad
Mohd Safuan bin Omar
Md Nor bin Abdul Halim
Kolej Komuniti
Ledang, Johor
31
13. “SLIMMING BODY WRAPS SUIT”
Nooraziana binti Anua
Naemah binti Mohamed
Kolej Komuniti
Kota Melaka
Kolej Komuniti
Muar, Johor
32
14. EZTEKAT- APLIKASI PEMBELAJARAN EVOLUSI
FESYEN (TEKAT)
Fadilah binti Yurani
Badrul Hisham bin Shaharin
Kolej Komuniti
Manjong, Perak
34
15. EXTERNAL MONITOR WIRELESS (EMW)
Muhammad Faris bin Che Un
Normazirah binti Mazelan
Kolej Vokasional
Alor Setar, Kedah
35
11
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
16. PIPING TEMPLATE UNTUK PELAJAR
BERKEPERLUAN KHAS: P-TRACE
Sulaiha Sape’e
Normah Musa
Noor Arneyza Ashar
Kolej Komuniti
Ledang, Johor
36
17. SOCOF
Mohd Faiz bin Abdul Rahman
Rossilawati binti Abdul Hayet
Rohafiza binti Mohamad
Kolej Vokasional
Kuantan, Pahang
37
18. PENARIK KABEL MINI (MINI CABLE PULLER)
Ahmad Zairi bin Mohd Zain
Mohd Fahmi bin Kamaruddin
Kolej Komuniti
Kuantan, Pahang
39
19. WebD FUN BOOK
Nantini A/P Anpalakan
Azlilawati binti Ishak
Kolej Komuniti
Klang, Selangor
40
20. IT GLOSSARY APPS
Che Zakiyah binti Zainon
Hairul Anuar bin Hj Masrol
Akhmal Khalis binti Mohamad Isa
Kolej Komuniti
Pasir Gudang,
Johor
41
21. BiY ModeL
Haniza binti Sidi
Nur Hasyyati binti Md Ghafar
Mazzuin binti Yusof
Kolej Komuniti
Jelebu, Negeri
Sembilan
42
22. KAEDAH 4 ME
Faridah Hanim binti Mohamad
Zarina binti Mohd. Yusoff
Nor Johan bin Mohd. Yunus
Kolej Vokasional
Alor Setar, Kedah
43
23. MATCHY HAIR COLOR CHART
Aini Afeera binti Ali
Noor Fardzilawati binti Md Nasir
Kolej Komuniti
Muar, Johor
44
12
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
24. SMART C
Nur Aizya bt Mappissammeng
Sharmila Devi Krishnan
Ishamuddin bin Ishak
Kolej Komuniti
Ampang,
Selangor.
45
25. LET’S PLAY: SECURITY BASICS AND IT
PROFESSIONAL: WORKBOOK MEMUDAHKAN
PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI BAGI KURSUS
SECURITY BASICS AND IT PROFESSIONAL
(DFT4013) DI POLITEKNIK MERSING.
Maizatul Akmam binti Ismail
Faizatussai’dah binti Mean
Maizatul Akhmar binti Mohamad Nor
Politeknik
Mersing, Johor
46
26. SMART ROPE KIT
Azpul Rizal bin Mohd Arif
Nor Rizal bin Md Noar
Md Shafiq Khairil bin Ismail
Kolej Komuniti
Pekan, Pahang
47
27. EZ WEB BUILDER NOTE
Nasibah Husna binti Mohd Kadir
Siti Hajar binti Abd Rahman
Kolej Komuniti
Tanjung Piai,
Johor
48
28. SFBM Board
Nasrah binti Mahmud
Siti Khalijah binti Shuib
Norakmar binti Jamal
Politeknik
Merlimau, Melaka
49
29. EASY GO WIRING BOARD ( EGW BOARD)
Azwani binti Yahaya
Diyana Zahirah binti Jaafar
Kolej Komuniti
Tanjung Piai,
Johor
50
30. TTL LEVEL SIGNAL INTERFACE TRAINER
M Chandran A/L Maruthan
Krisnamoorthy A/L Govindarajalu
Mohd Nordin bin Mohd Jani
Politeknik Melaka 51
13
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
31. GRADUATES POOL (G-POOL) - AN ONLINE
MALAYSIAN POLYTECHNICS GRADUATES
CATALOGUE
Leong Kok Seng
Muhammad Zaki bin Yahaya
Dewi Nilam Rupa'a binti Razali
Politeknik Tun
Syed Nasir Syed
Ismail, Pagoh,
Johor
52
32. AUGMENTED REALITY CLASSROOM FOR
ADOBE PHOTOSHOP LEARNING (AR-CAP)
Muhammad Helmi bin Abu Bakar
Nur Hassyati binti Md Ghafar
Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
53
33. DEVELOPEMENT OF PULSE WIDTH
MODULATION USING PIC CONTROLLER FOR DC
TO DC CONVERTER IN DET 5073 POWER
ELECTRONIC COURSE
Kamarudin bin Kamit
Mohamed Rizuan bin Mohamed Noah
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
54
34. SPU 1033 QR CODE
Zulkurnain bin Hassan
Norazlina binti Musa
Kolej Komuniti Kota Marudu,
Sabah
55
35 "THE MAP BOOK OF KLIA & KLIA2"
Siti Noor Baizura binti Kamarudin
Kolej Komuniti Kuala Langat,
Selangor
57
36 TEKNIK PENDAWAIAN CEPAT DAN TEPAT
Amir bin Mohd
Kolej Vokasional Besut,
Terengganu
58
37. MOTOR CONTROL TEACHING AID (MCTA)
Muhd Abu Bakar bin Muhd Radzi
Nurulhuda binti Salim
Yuzair bin Yaakub
Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Melaka
59
38. SwiLaC EDU KIT
Ahmad Fariz bin Fauzi
Zali bin Wahil
Kolej Komuniti
Jelebu
Kolej Komuniti Segamat
60
14
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
39. COURSEWARE WATER SUPPLY AND WASTE
WATER ENGINEERING E-EARNING (WWEEL)
Siti Zuraifa binti Md Sah
Shahrun Nazida binti Salleh
Suriani Nasution binti Padzlan
Politeknik Mukah,
Sarawak
Politeknik Melaka, Melaka
61
40. e-PB (EASY PENTAKSIRAN BERTERUSAN)
Suhaila binti Abdul Hadi
Salina binti Hassan
Radziah binti Abu Kassim
Kolej Komuniti
Tangga Batu,
Melaka
62
41. PENGGUNAAN “LATHE TOOL BIT GRINDING
JIG” DALAM MEMBANTU PROSES MENCANAI
MATA ALAT LARIK
Norazlina Bt Abdul Rahman
Nurul Izzah Bt Ab.Rahim
Wan Asmalinda Bt Wan Aziz
Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah, Pahang
63
42. ORIKA - OTAK-OTAK JERAMI NANGKA
Siti Mariam binti Mohd Amin @ Abdul Aziz
Kolej Komuniti
Kuantan, Pahang
65
43. HANDY BEAUCAP
Noor Haslyena binti Hassan
Nur Aslinda binti Abdul Rahman
Kolej Komuniti Kota Melaka,
Melaka
66
44. FLEXI PFD-X
Khairul Aswad bin Ishak
Nurhani Syufaiza binti Arishad
Ahmad Yazid bin Abu Samah
Kolej Komuniti Kota Tinggi,
Johor
67
45. CHEMRO KIT
Rahanita binti Abd Rahman
Dr Reezlin bin Abd Rahman
Nur Adilah binti Abdul Halim
Kolej Komuniti Sik, Kedah
68
46. MY BMC
Rusliana binti Rusle
Sharmili binti Mohamed Rafi
Kolej Komuniti Bentong, Pahang
69
15
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
47. FOOD FOLDING BOARD
Noor Diyana binti Abd Rahim
Nurulkhazimah binti Abd Rahman
Noor Rahimi binti Idris
Kolej Komuniti
Kuantan, Pahang
70
48. SET BBM DJJ2032 MECHANICAL WORKSHOP
PRACTICE 2
Zikriah binti Zakaria
Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah, Pahang
71
49. IZ - MOINA CULTURE
Imran Affandi bin Baki
Mohd Zamri bin Rahaman
Kolej Komuniti Tampin, Negeri
Sembilan
72
50. LADDER CASH BOOK GAME 2.0
Norlizawati Hashim
Norhafinas Abd Latib
Nor Halina Noordin
Kolej Komuniti Gerik, Perak
73
51. ROSE LABIOS
Nur Aslinda binti Abdul Rahman
Noorhana binti Mohammad
Noor Haslyena binti Hassan
Kolej Komuniti Kota Melaka,
Melaka
74
52. TRANSISTOR CHECKER BASED ON DIRECTION
OF CURRENT FLOW
Mohd Faiz Husny bin Yusof
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
75
53. FUN LEARNING GAMES
Nor’anita binti Romli
Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu
76
54. MULTIPURPOSE STAND PISTON (MSP)
Yufiza binti Yusof
Normalina binti Husain
Mohd Fared bin Mohd Arsyad
Shahril Nizam bin Ramli
Ahmad Kamil bin Zainun
Kolej Komuniti Sungai Siput,
Perak
77
16
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
55. THREE PHASE GENERATOR TRAINER
Krishnamoorthy A/L Govindarajalu
Chandran A/L Maruthan
Zahidi bin Zamzuri
Politeknik Melaka, Melaka
78
56. SETTING-OUT BOX
Mohamad Norzamani bin Mat Daud
Samihah binti Ngah
Mariam Diyana binti Mohd Taha
Kolej Komuniti
Segamat 2, Johor
79
57. VR2AR@CC
Nor Rusli bin Abu Bakar
Muhamad Bukhari bin Othman
Kolej Komuniti
Sabak Bernam,
Selangor
80
58. ArchRev
Siti Nadia binti Muhammad Samsuddin
Liew Foon Ching
Kolej Komuniti
Kuching,
Sarawak
81
59. THE LLK - KIT PEMBELAJARAN PELABELAN
Noorizyan binti Asimat
Siti Nurhaslinda binti Damanhuri
Sulaihah binti Dollah
Kolej Komuniti
Pasir Salak,
Perak
82
60. KPTClik
Syazwani bin Ahmad
Norhayati binti Yahaya
Kolej Komuniti Sungai Petani,
Kedah
83
61. REKABENTUK SISTEM SOLAR FOTOVOLTAN
Zarulrizam bin Ab Jalil
Faizatul Noor binti Abu Bakar
Zali bin Wahil
Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
84
62. TYRE INFORMATION GUIDE (TIG)
Salwa binti Anuar
Ratna Andariena
Nurul Shahira binti Mohd Kassim
Kolej Komuniti Kelana Jaya,
Selangor
85
17
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
63. MAGNATIC SMART NOTE V2 (KOMENTAR
PELANCONGAN BANDAR)
Mastura binti Mahmud
Kolej Komuniti
Kuala Langat,
Selangor
86
64. MyCkit
Muhamad Azlin bin Ismail
Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak
Kolej Komuniti
Kuala Langat,
Selangor
87
65. INNOVATED AURA KIT
Ho Swee Chin
Kolej Komuniti Kluang, Johor
88
66. EASY HIGH FIDELITY MULTI AMPLIFIER
ADJUSTMENT AND MONITORING SYSTEM FOR
LECTURER
Mat Sazilin bin Ayub
Kolej Komuniti Besut,
Terengganu
89
67. LOGIC GATE WHEEL
Normadiah binti Mohamad
Kolej Komuniti Jasin, Melaka
90
68. KIT PENGHASILAN MEE KUNING (KPMKU)
Noor Hasmy binti Md Yunos
Khairul Anwar bin Nordin
Haniza binti Hashim
Kolej Komuniti Bandar
Darulaman, Kedah
91
69. THE USE OF SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM TO
TEACHING AND LEARNING FOR
MANUFACTURING PROCESS SUBJECT
Suyani binti Arifin
Politeknik Muadzam Shah,
Pahang
92
70. MENINGKATKAN KEMAHIRAN VISUALISASI
PELAJAR DALAM KURSUS ENGINEERING
MECHANIC MELALUI APPLIKASI MODEL 3
DIMENSI
Myia Yuzrina Zalkis binti Ayol
Leilawati binti Zakaria
Mohd Suri bin Saringat
Politeknik Merlimau, Melaka
93
18
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
71. MULTIPURPOSE APRONA
Analiza Suria binti Mohd Yusof
Jasni binti Rasul
Kolej Komuniti Kuala
Terengganu, Terengganu
94
72. TRUNKING ANGLE RULER (TAR)
Nurzaima binti Mahmod
Siti Fatimah binti Patkar
Amir Hafizun bin Ab Rashid
Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
95
73. SwiftSmart: SISTEM KESELAMATAN
KENDERAAN, APLIKASI INTERNET OF THINGS
DI DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF
Azhar bin Kamardin
Khairul Anuar bin Idris
Zulkifle bin Sukri
Kolej Komuniti Gerik, Perak
96
74. CONGKAK LANGUAGE GAME ~SCOOP, SEED &
SPEAK!
Catherine Nguoi Chui Lam
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
97
75. M-CHEF JACKET
Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin
Rozanazirah binti Che Yahaya
Muhammas Syafiq bin Mohamed Sahar
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
98
76. MEMBANGUNKAN JIG AND FIXTURE SEBAGAI
ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
Farhanim binti Kamarudin
Kolej Vokasional Klang, Selangor
99
77. KIT BLOK SUSUN ATUR TAPAK BINA
Nor Harwati binti Ghazali
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Johor
100
78. PLC TRAINING KIT
Mohamad Afdzam bin Rahim
Fadilah binti Mohamad Najuri
Hidayah binti Tapri
Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
101
19
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
79. APLIKASI LEARN WIRELESS
Fazilah binti Ismail
Politeknik Muadzam Shah,
Pahang
102
80. ENGINE STARTER SYSTEM MONITORING
Mohd Amirul bin RamIan
Kolej Komuniti Ledang, Johor
103
81. PEMBUBARAN PERNIKAHAN: THE EASY WAY
Nurul Ezza binti Tumiran
Kolej Komuniti Kuala Langat,
Selangor
104
82. DRAFTING POCKET BOOK
Mariam Diyana binti Mohd Taha
Joehari bin Abdul Tolib
Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
105
83. CC SISWA
Nurul Nadiah binti Tukirin
Shaheela binti Abu Bakar
Khairul Zulfaqar bin Mohd Salim
Kolej Komuniti Kluang, Johor
106
84. PLANNER@KK
Suriati Binti Ahmad
Nor Akmal Binti Mohamad
Azliza Binti Yusop
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
107
20
DEVELOPMENT OF EXPERIMENTAL APPARATUS TO
ANALYZE DIESEL SPRAY CHARACTERISTIC
1Dr Mohd Azahari bin Razali
azahari@uthm.edu.my 2Encik Md Norrizam bin Mohmad Ja'at @ Mohd Noh
norrizam@uthm.edu.my 3Dr. Mohd Faisal bin Hushim
mdfaisal@uthm.edu.my
1Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ABSTRACT
Diesel engine performance and emission rely greatly on the diesel spray. A lot of
researches conducted to study the diesel spray characteristics in a closed chamber. However,
it cannot describe in detail about the phenomenon since the chamber condition such as
pressure and size play a role in spray characteristics. It would be beneficial to conduct an
experiment in open chamber. Hence, this research would develop a new experiment
apparatus and analyze the diesel spray characteristics in open chamber. In this research,
common-rail injector tester was used to simulate the actual common-rail injection diesel
engines. The injection pressure was varied from 100MPa to 180MPa. Next, a high speed
camera with 3,000 frames per second was used to capture the diesel spray formation using
direct photography technique. From the result, spray development angle, and fully developed
spray angle was studied. The results revealed early at the injection, the spray angle increased
swiftly before slowly decreased as reaching fully developed spray phase. At the fully
developed phase, spray angle proved to be decreased as injection pressure increased.
21
REALAUDIT KIT
1Noor Azira binti Sawal
noorazira.sawal@gmail.com 2Hilmun binti Mohamed
hilmun@polimelaka.edu.my 3Roslezayti binti Ajeh
roslezayti@polimelaka.edu.my
1Politeknik Melaka
ABSTRAK
Input daripada industri menunjukkan terdapat jurang di antara teori dan amalan
sebenar bagi pelajar-pelajar yang menjalani latihan industi di firma-firma audit. Inovasi ini
bertujuan untuk menunjukkan simulasi bagi menyediakan Kertas Kerja Audit. Fokus adalah
kepada 3 komponen utama iaitu hasil, belanja serta penghutang dagangan. Ujian audit yang
digunakan dalam simulasi ini adalah kaedah vouching. Inovasi ini membantu tenaga pengajar
untuk aktiviti P&P secara hands on. Simulasi ini akan membantu pelajar melalui proses audit
yang sebenar. Penggunaan simulasi audit ini di dalam P&P membawa impak yang signifikan.
Kajian menunjukkan lebih 97% pengguna bersetuju bahawa RealAUDIT Kit sangat membantu
memberi pemahaman terhadap proses audit. Temubual bersama tenaga pengajar juga
menunjukkan mereka bersetuju bahawa kit ini berjaya merapatkan jurang di antara teori dan
amalan sebenar. Bagi penambahbaikan inovasi ini, skop pengauditan akan diperluaskan iaitu
mengambilkira prosedur pengauditan bagi tunai dan bank, serta aset tetap.
Kata kunci: audit, kertas kerja audit, vouching
22
MAGIC APRON
1Norazrina binti Ismon
rinareen@yahoo.com
1Kolej Komuniti Manjong
ABSTRAK
Perkembangan dunia jahitan pada masa kini memberi impak yang besar kepada
pengusaha fesyen. Secara amnya kemahiran dan minat dalam dunia jahitan perlu diterapkan
dalam jiwa seawal ketika pembelajaran didalam kelas lagi untuk membentuk etika seorang
pelajar yang berkaliber dan profesional. Justeru itu inovasi ini dicipta untuk memudahkan dan
membantu pelajar untuk membuat persediaan diri sebelum bermulanya kelas jahitan iaitu
Magic Apron. Magic Apron ini bukan setakat menutup pakaian daripada kotoran, malah
berfungsi sebagai beg penyimpanan peralatan jahitan setelah selesai kelas serta mempunyai
poket untuk membuang sampah perca kain/kertas. Dengan Magic Apron ini pelajar tidak lagi
berdepan masalah ketidakbersediaan pelajar ketika kelas jahitan kerana ketiadaan alat
jahitan yang sukar untuk dicapai. Selain itu masalah kotoran sisa perca kain dan kertas pola
yang bersepah dilantai juga dapat dikurangkan. Dapatan hasil ini menunjukkan kepentingan
inovasi dalam pembelajaran kelas jahitan bagi membentuk jiwa pelajar yang beretika ketika
kelas berjalan.
23
ENTREPRENEUR STARTUP CLICK
1Noradila binti Mason
noradilamason@gmail.com 2Rajeswary A/P Chandrasekaran
syrajes84@gmail.com 3Ts. Mohd Norbi bin Baharin
kkbtjdt@gmail.com
1Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Johor
ABSTRAK
Entrepreneur Startup Click merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi tujuan
untuk mengenalpasti potensi personal usahawan dalam kalangan pelajar yang ingin
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Ia dibangunkan bagi memudahkan proses
penilaian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu menjimatkan masa
dan kos, mudah digunakan serta dapat meningkatkan minat pelajar dalam penggunaan
sistem ini. Instrumen penilaian yang digunapakai dalam Entrepreneur Startup Click adalah
instrumen kompetensi keusahawanan dari Mc Clelland C.David (1985). Mc Clelland telah
memperkenalkan 13 ciri kompetensi keusahawanan iaitu inisiatif, memerhati dan merebut
peluang, penentu, mencari maklumat, kerja berkualiti dan komited dengan kerja, berdaya
saing, perancangan sistematik dan penyelesaian masalah, keyakinan, kepastian, kebolehan
mempengaruhi orang lain dan kebolehan menggunakan strategi. Impak penggunaan
Entrepreneur Startup Click ini antaranya adalah dapat menjimatkan sehingga 67 peratus
tempoh masa menjawab penilaian dan 83 peratus tempoh masa memproses keputusan. Ia
juga boleh menunjukkan tahap kompetensi personal usahawan secara tepat dan singkat
tanpa ralat. Ia sesuai digunakan oleh semua golongan sebagai satu medium persediaan awal
dalam mengenalpasti potensi diri individu tersebut sebelum terjun dalam bidang
keusahawanan yang penuh mencabar.
Kata kunci: Entrepreneur Startup Click, Usahawan, penjimatan masa
24
MINI HIGH FIDELITY AUDIO MIXER ADAPTOR FOR
TEACHER
1Mat Sazilin bin Ayub
sazilin.kkbest@gmail.com 2Shuhaila binti Ibrahim
shuhaila.kkbest@gmail.com
1Kolej Komuniti Besut, Terengganu
ABSTRAK
Mini High Fidelity Audio Mixer Adaptor For Teacher adalah satu alat inovasi yang
digunakan untuk mengawal audio luaran terus ke laluan mic yang sedia ada pada sistem
pembesar suara biasa. Ini adalah kerana pada kebiasaannya pengguna terpaksa
menggunakan wayer berlainan untuk menghantar isyarat audio dari laptop ke amplifier.
Dengan adanya alat inovasi ini dapat mengatasi masalah wayer yang panjang dan suara yang
tidak dapat dikawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Alat inovasi ini terbahagi
kepada empat bahagian utama iaitu pencampur suara, pengubah 3 ton suar, pemilihan isyarat
suara tepat atau terbalik dan penyah ganguan isyarat bunyi hasil dari arus terus dari punca
masukan signal suara. Ini adalah kerana setiap isyarat audio mempunyai kadar suara bass,
mid dan treble yang berbeza. Pencampur suara berketepatan tinggi ini hanya menggunakan
komponen yang mudah di dapati di pasaran. Produk inovasi ini amat bermanafaat kepada
semua pusat pengajian, jurutera sistem audio dewan, bilik kuliah juga mudah dimiliki kerana
harganya yang amat murah serta mudah diselenggara.
25
TAYSEER
1Halimah binti Ismail
mamaibuemak@gmail.com 2Norehan binti Nasiruddin
norehannasiruddin@gmail.com 3Nuraida binti Saman
nuraidasaman@yahoo.com
1Kolej Vokasional Kuala Selangor
ABSTRAK
Bahasa Arab merupakan kursus elektif wajib yang ditawarkan kepada pelajar
Semester 3 dan 4 peringkat Diploma Vokasional Malaysia. Penghasilan produk inovasi
“Tayseer” ( تيسير ( adalah disasarkan kepada kumpulan pelajar ini untuk menarik minat
mereka mempelajari Bahasa Arab dengan cara yang bukan sahaja mudah, cepat, malah lebih
penting lagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran suatu pengalaman yang
menyeronokkan. Ia sekaligus dapat menghilangkan tanggapan bahawa Bahasa Arab suatu
bahasa yang membebankan dan sukar dikuasai. Pada tahun lepas “Tayseer”
memperkenalkan perkataan yang paling hampir dengan diri seseorang iaitu anggota badan.
Tahun ini Tayseer telah memperkenalkan perkakasan rumah yang setiap hari ditemui.
26
PERSPECTIVE TOOLS KIT
1Norhazlina binti Sahari
comey136@yahoo.com 2Norhafizai binti Md Nor
norhafizai0675@gmail.com
1Kolej Komuniti Segamat 2
ABSTRAK
Lukisan Perspektif merupakan Lukisan/lakaran berbentuk perspektif adalah lukisan
yang menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata. Terdapat dua komponen utama
dalam lukisan perspektif iaitu : G.U ( Garisan Ufuk ) = Garisan mendatar yang terletak pada
aras mata pelukis T. L ( Titik Lenyap ) = Titik pada lakaran perspektif yang tidak dapat
menunjukkan saiz objek pada jarak yang jauh. Perspektif juga boleh dilukis dengan
menggunakan dua cara utama iaitu perspektif 1 titik dan perspektif 2 titik. Asas teknik melukis
dalam Lukisan kejuruteran adalah dengan garisan. Peralatan dan bahan adalah sebagai
komponen yang membantu dalam menyiapkan sesebuah lukisan menjadi lebih kemas dan
cepat disiapkan. Tiga peralatan utama yang sering digunakan oleh pelajar untuk melukis iaitu
T Square, Sesiku Set dan drawing board. Walaubagaimanapun untuk menghasilkan lukisan-
lukisan ketika berda ditapak ukur lukisan secara lakaran diperlukan, maka disini timbul
masalah untuk melukis kepada mereka yang kurang mahir terutama dalam melukis perspektif.
Teknik baru diketengahkan bagi membantu meyelesaikan masalah melukis perspektif dengan
mudah. Perspective Tools Kit ini berfungsi sebagai alat bantuan melukis lakaran 3D bagi
lukisan persembahan senibina. Perspective Tools Kit mengandungi, board yang tersedia ada
dengan garisan grid, template figura, pencil atau pen, set square dan juga pemadam untuk
melukis. Konsep 3M ( Mudah, Murah dan Memuaskan) dalam lukisan persembahan dapat
dilaksanakan dengan baik dan sesuai untuk pelajar atau perseorangan yang baru mula
mengenali dalam bidang lukisan persembahan khususnya lukisan perspektif senibina. impak
penggunaan perspective tools kit ini adalah : jimat kos, jimat masa, jimat ruang, mudah alih,
mudah dipelajari
Kata kunci: perspective tools kit.
27
ENGINEERING SURVEY MOBILE LAB
1Norlydah binti Othman Latpi
norlydah@gmail.com
JabatanKejuruteraanAwam, Politeknik Melaka
ABSTRAK
Gaya pembelajaran moden dengan menggunakan teknologi multimedia dan
penggunaan pelbagai peralatan pintar dan gajet menjadi semakin popular dikalangan
pensyarah dan pelajar. Inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini
menumpukan kepada penghasilan sebuah aplikasi android iaitu Engineering Survey Mobile
Lab yang dibangunkan ini adalah bagi memudahkan pelajar dan pensyarah membuat capaian
lembaran kerja lapangan dan borang-borang berkaitan dengan mudah melalui telefon pintar.
Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian dari MIT App Inventor 2 dan
gabungan perisian lain seperti Google Drive dan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan
bahan bantu mengajar yang menarik dan inovatif. Aplikasi ini ada berasaskan konsep e-
Learning yang merupakan suatu konsep baru dalam proses PdP. Ia menekankan kepada
keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal
proses pembelajaran berlaku. Dengan kata lain, proses pembelajaran boleh dilakukan di
mana-mana sahaja mereka menjalankan kerja-kerja praktikal di lapangan.
28
JAM SIFIR
1Khairul Anwar bin Johari
anwar@kklej.edu.my 2Noorashikin binti Saari
noorashikin2709@gmail.com 3Siti Nurjiah binti Abdullah
jiahabdullah5168@gmail.com
1Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan adalah Jam Sifir iaitu satu produk inovasi yang direka dalam
usaha untuk mengatasi masalah penghafalan sifir di kalangan pelajar terutamanya pelajar
sekolah rendah dalam menghadapi peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Jam sifir dapat mengatasi masalah menghafal sifir 1-9. Jam sifir ini boleh
dikira sebagai alat bantu mengajar kepada Cikgu dan juga 'senjata' rahsia pelajar bagi
menguasai sifir. Sifir sebelum ini dikuasai secara hafalan, boleh dikuasai dengan cara
memahaminya. Konsep ini digunakan sebagai suatu bentuk pendekatan baru dalam
pembelajaran matematik. Ini kerana tanpa sedar Jam Sifir ini mampu mengukuhkan
pengetahuan dan memberi latihan Matematik secara tidak langsung. Sifat rasa takut dan
gerun pada subjek matematik di dalam diri pelajar dapat diatas Sebelum inovasi ini
diperkenalkan, bilangan murid yang menghadapi masalah sifir matematik adalah ramai. Hasil
dapatan pemerhatian pula menunjukkan pelajar minat terhadap pengajaran guru sekiranya
guru menggunakan kaedah didik hibur permainan. Melalui belajar sambil bermain atau didik
hibur melalui permainan, pelajar berpeluang belajar secara berpasukan, bertoleransi,
bekerjasama, berinteraksi antara satu sama lain melalui aktiviti permainan serta mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran secara bermain berkumpulan atau individu. Tanpa
sedar, Jam sifir ini mampu mengukuhkan pengetahuan dan memberi latihan Matematik
secara tidak langsung. Pelaksanaan inovasi telah memberi impak positif kepada peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
29
KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIS-KIT SEBAGAI
BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS DTM6014
VISITOR INTERPRETATION SERVICES
1Nur Shahirah binti Mat Sharf
shirasharif134@gmail.com 2Suhaini binti Ibrahim
suhaini_ibrahim@pms.edu.my 3Nur Shafinda Wani binti Shaikh Azmee
shafinda@pms.edu.my
1Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Muadzam Shah
ABSTRAK
Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan aspek penting yang perlu diaplikasi dalam
kursus yang melibatkan praktikal khususnya. Ini adalah kerana dengan adanya BBM pelajar
akan lebih mudah memahami topik yang dipelajari serta dapat diaplikasikan sewaktu kuliah
dilaksanakan. Namun bagi kursus DTM6014 Visitor Interpretation Services masalah yang
dihadapi, pensyarah hanya menerangkan teori sahaja tanpa menunjukkan perkara sebenar.
Kajian dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan VIS-Kit dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi kursus tersebut. Sebuah VIS-Kit telah dibangunkan sebagai alat
BBM untuk membantu pelajar memahami dengan mendalam dan mengaplikasi konsep
interpretasi. Aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah langkah-langkah yang
perlu diaplikasi untuk mencapai konsep interpretasi. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada responden yang terdiri daripada 50 pelajar semester empat (4). Hasil kajian
mendapati 95% responden bersetuju bahawa penggunaan VIS-Kit dalam proses PdP
membantu dalam memahami dan mengaplikasi konsep interpretasi. VIS- Kit telah mendapat
pengesahan pakar berkaitan kebolehgunaan, kebolehfungsian untuk tujuan proses PdP.
Justeru, hasil kajian dan inovasi ini dapat memberi panduan asas konsep interpretasi kepada
tenaga pengajar khususnya dalam bidang pelancongan.
Kata kunci: Bahan Bantu Mengajar , interpretasi, Visitor Interpretation Services
30
APLIKASI ANDROID FRONT OFFICE - A PRACTICAL
GUIDE
1Ridzuan bin Khalid
ridzuan.kklangkawi@gmail.com 2Nor Fadzilah binti Yaacob
nordidy81@gmail.com 3Ali Jalal bin Mohd Hatta @Azman
alijalalmohdhatta@gmail.com
1Unit Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Rompin, Pahang
ABSTRAK
Dalam era globalisasi yang semakin maju kini, kecanggihan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat menghasilkan proses pengajaran dan pendidikan yang
lebih berkesan. Aplikasi Android Front Office - A Practical Guide dibangunkan bertujuan
sebagai panduan ataupun lebih mudah dikenali sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
kepada pelajar dan pensyarah dalam penilaian praktikal di dalam kelas. Bagi penilaian
praktikal Front Office, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan menerima Reservation,
Check In, Check Out, Bellman, Concierge & Guest Complaints. Kajian ini bertujuan untuk
melihat keberkesanan Aplikasi Android, Front Office – A Practical Guide sebagai Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi modul Front Office. Satu kajian persepsi
pelajar bagi keberkesanan aplikasi ini melihat yang telah diljalankan di Kolej Komuniti Rompin
melibatkan 11 orang pelajar daripada program Operasi Perhotelan SOP4 – Front Office.
Pengumpualan data melalui borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar yang
menggunakan Aplikasi Android Front Office – A Practical Guide ini. Secara keseluruhannya,
Aplikasi Android Front Office – A Practical Guide ini berkesan dalam meningkatkan prestasi
pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran daya fikir, kemahiran komunikasi, keyakinan dan
memberi faedah keseluruhan.
Kata kunci: Front Office, Android
31
FUEL INJECTOR TESTER
1Mohd Jalil bin Ahmad
mohdjalil1805@gmail.com 2Mohd Safuan bin Omar 3Md Nor bin Abdul Halim
1Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRAK
Fuel Injector Tester ini dibangunkan sebagai alat untuk menguji operasi dan
mengesan kerosakan pada injector yang digunakan pada enjin kenderaan yang
menggunakan sistem Electronic Fuel Injection (EFI). Terdapat keperluan untuk mencipta alat
ini bagi tujuan membantu meningkatkan kefahaman pelajar di dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) bagi kursus yang dijalankan iaitu bagi Program Sijil Servis Kenderaan
Ringan di dalam Modul SKR 4303, Penyelenggaraan Sistem Pengurusan Enjin. Tercetusnya
penghasilan alat ini kerana terdapat permasalahan semasa melakukan pengujian secara
terus pada kenderaan di mana pelajar tidak dapat melihat bagaimana hasil semburan bahan
api yang dikeluarkan oleh injector tersebut kerana ia dipasang di dalam enjin. Alat yang
dibangunkan ini mengandungi bateri dan kuasa elektrik sebagai punca kuasa, rangkaian set
injector dan juga pendawaian untuk mengoperasikan ujian. Selain dapat membantu proses
PdP, kepentingan membangunkan fuel injector tester ini juga boleh digunakan di tempat kerja
bagi tujuan menguji dan mengesan kerosakan injector. Set unit injector boleh diuji di luar
daripada enjin untuk membolehkan pengguna melihat dengan lebih jelas setiap unit berfungsi.
Penguji injector ini dibangunkan dengan kos yang lebih rendah dan juga mesra penggunaan
dengan bantuan prosedur operasi penggunaan (SOP) yang disediakan.
32
“SLIMMING BODY WRAPS SUIT”
1Nooraziana binti Anua
eiykaumairah@yahoo.com.my 2Naemah binti Mohamed
naeyma_82@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kota Melaka 2Kolej Komuniti Muar, Johor
ABSTRAK
Penggunaan alat bantu mengajar “Slimming Body Wraps Suit” merupakan satu
idea inovasi modul Pelangsingan Badan Semester Empat bagi seluruh Kolej Komuniti
Malaysia yang menawarkan program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa. Penciptaan ini telah
direka khas setelah mendapati pelbagai cabaran dihadapi semasa aktiviti Pelangsingan
Badan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang timbul adalah
kesukaran membalut bahagian badan yang berlemak, menggelebeh serta berselulit semasa
melakukan rawatan. Pelajar terpaksa membalut badan berulang kali menggunakan plastik
wrapping atau kain bandage dan mengalami kesukaran kerana alatan tersebut longgar, tidak
kemas, tidak mesra pengguna serta perlu menggunakan tenaga yang banyak semasa proses
membalut badan pelanggan. Peralatan ini dilihat kurang mesra pengguna menyebabkan para
pelajar akan mula merasa malas dan terbeban untuk melakukan latihan praktikal. Malah turut
memberi kesan kepada pelanggan kerana terpaksa melakukan pergerakan yang banyak serta
perlu berdiri dengan lama semasa proses rawatan dijalankan. Bertindak sebagai
pemudahcara, produk yang dinamakan sebagai “Slimming Body Wraps Suit” telah berjaya
memudahkan dan meyakinkan para pelajar dan pengguna bahawa kaedah Pelangsingan
Badan akan lebih baik sekiranya peralatan dan bahan yang digunakan mudah diaplikasi dan
diurus dengan lebih teratur serta menjimatkan masa dan ruang. Produk ini telah terhasil
daripada idea menghasilkan pakaian “Slimming Body Wraps Suit” yang digunakan untuk
membalut badan ketika rawatan perlangsingan badan. Produk ini menggantikan plastik dan
bandage yang sediada di pasaran dan ia amat diperlukan sebagai alat untuk melangsing dan
membentuk kontur badan. Ia boleh digunakan secara meluas oleh industri spa, para pelajar
kolej kemahiran dan Universiti yang berkaitan dengan bidang Terapi Kecantikan dan Spa.
Produk ini mudah, selamat dan jimat untuk digunakan selain dapat meningkat motivasi pelajar
dari segi pembentukan sikap positif, peningkatan kognitif dan keyakinan diri untuk melakukan
rawatan perlangsingan badan. Hasil dapatan pengguna terhadap produk ini melalui borang
maklumbalas, didapati ianya sangat mudah, ringan, berkesan serta menjimatkan masa dan
33
ruang. Diharap dengan penghasilan produk ini, dapat mengurangkan kos pembelian bahan-
bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta serta dapat menjadi hasil produk bagi
Kolej Komuniti Kota Melaka dan Muar serta akan diguna oleh semua kolej komuniti yang
menawarkan program Terapi Kecantikan dan Spa dan Industri kecantikan.
Kata kunci: Alat Bantuan Mengajar, “Slimming Body Wraps Suit”, Pelangsingan Badan,
Terapi Kecantikan dan Spa, Plastik Wrapping.
34
EZTEKAT- APLIKASI PEMBELAJARAN EVOLUSI FESYEN
(TEKAT)
1Fadilah binti Yurani
dillaelphn@gmail.com 2Badrul Hisham bin Shaharin
baddilla@gmail.com
1Kolej Komuniti Manjong, Perak
ABSTRAK
Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi impak yang sangat
besar diseluruh dunia. Teknologi secara umumnya sangat bermanfaat bagi memudahkan
proses sesuatu sistem dan meningkatkan kualiti hasil dari proses di samping
mempercepatkan lagi aliran kerja. Menyedari hakikat perkembangan positif ini, pelbagai pihak
mula mengambil perhatian serius terhadap teknologi. Antara bidang yang menjadi tumpuan
ialah bidang pendidikan, yang mana penerapan aplikasi teknologi e-pembelajaran seperti
google apps menjadi pilihan pendidik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) menjadi lebih menarik dan efisyen. Penggunaan aplikasi tersebut mampu
meningkatkan kualiti P&P selari dengan kemajuan teknologi terkini. Justeru satu kaedah
pembelajaran Seni Kraf Tekat diperkenalkan melalui aplikasi google apps yang sesuai
digunakan untuk proses P&P bagi kursus Evolusi Fesyen (Tekat) khususnya di Kolej Komuniti
Malaysia iaitu : nama aplikasi (ezTekat) . Aplikasi ini meliputi penerangan tentang cara
penghasilan, peralatan, jenis, bahan, motif dalam seni kraf tekat. Secara Kesimpulannya
penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan proses P&P lebih interaktif dan mampu
meningkatkan motivasi pelajar mempelajari Seni Kraf Tekat. Dapatan hasil ini menunjukkan
kepentingan inovasi dalam mempertabatkan seni warisan kraf tekat.
Kata kunci: Aplikasi e-Pembelajaran, Pengajaran Dan Pembelajaran, Seni Kraf Tekat
35
EXTERNAL MONITOR WIRELESS (EMW)
1Muhammad Faris bin Che Un
farischeun.kvas@gmail.com 2Normazirah binti Mazelan
mazirah.kvas@gmail.com
1Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah
ABSTRAK
Usaha kerajaan untuk meningkatkan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Dengan galakkan yang diberikan ini akan turut membantu perkembangan teknologi maklumat
serta terus memupuk dan meningkatkan lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran
seiring dengan pembelajaran abad ke – 21 ini. Lantaran daripada itu, penggunaan komputer
merupakan satu keperluan yang dapat membantu menangani masalah ini dan
mempercepatkan sesuatu proses terhadap sesuatu kerja serta memudahkan urusan. Kajian
mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti pelajar ketinggalan notis atau
sebarang pemberitahuan penting daripada pihak kolej serta penggunaan kertas seharian
secara berlebihan di kolej dan juga isu mengenai pendekatan guru dengan pelajar mengenai
masalah pembelajaran. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini kami mengambil inisiatif untuk
membangunkan satu produk inovasi yang berasaskan komputer terpakai sebagai medium
menyampaikan maklumat bahan bantu mengajar yang mudah. Projek inovasi ini diberi nama
sebagai External Monitor Wireless (EMW) dengan slogan Recycle,Renovate and Reuse (3R).
36
PIPING TEMPLATE UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN
KHAS: P-TRACE
1Sulaiha Sape’e
sulaihasapee@gmail.com 2Normah Musa
nomienoriz@yahoo.com 3Noor Arneyza Ashar
arneyza@kklej.edu.my
1Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRAK
Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap
kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Sejajar dengan matlamat pendidikan khas, adalah untuk
menyediakan perkembangan yang optimum kepada pelajar bermasalah pembelajaran
supaya mereka boleh menjalani kehidupan sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan harian. Pelajar Sijil Asas Pastri (KPT)
Kolej Komuniti Ledang Johor adalah pemegang kad OKU (masalah pembelajaran). Modul
pertama bagi silibus mereka adalah menghasilkan kek dan menghiasnya. Justeru itu, dengan
terhasilnya template P-Trace yang merupakan bahan bantu mengajar yang direka khas bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih memfokuskan kepada
kemahiran piping. Diperbuat daripada acrylic yang tahan lasak dan boleh digunapakai untuk
jangka masa yang panjang, Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk melihat penggunaan bahan
bantu mengajar (bbm) dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Ia juga
membantu proses penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas. Justeru
itu, dengan terhasilnya template p-trace yang lebih berpusatkan kepada pelajar berkeperluan
khas, secara tidak langsung ia menjadi alat pemudahcara atau alat terpandu kepada pelajar
ini.
Keywords : pendidikan khas, kolej komuniti
37
SOCOF
1Mohd Faiz bin Abdul Rahman
mohdfaiz81@hotmail.com 2Rossilawati binti Abdul Hayet
rossilawatikvk@gmail.com 3Rohafiza binti Mohamad
rmfiza@yahoo.com
1Kolej Vokasional Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Penggunaan kaedah “SOCOF” ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar kami yang
gagal menentukan gubahan dua fungsi dengan betul. Kami merasakan bahawa penekanan
dalam menyelesaikan masalah ini penting untuk dipelajari. Mempelajari ilmu matematik
adalah proses mencuba, menyelidik dan mencipta dengan melibatkan kemahiran berfikir.
Melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar akan menempuhi pengalaman sebenar, membina
sendiri konsep dan kemahiran matematik di samping guru menjadi pembimbing dan mentor.
Mereka boleh belajar sambil meneroka dengan menggunakan bahan dan mengadakan
perbincangan sesama sendiri. Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan
seorang pengajar menterjemah sesuatu konsep yang rumit kepada yang mudah difahami.
Guru perlu merancang pengajarannya dengan teliti supaya pengajaran guru dapat mencapai
matlamatnya. Salah satu cara untuk merealisasikan hasrat pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan menarik adalah dengan penggunaan Teknik “SOCOF” iaitu
menentukan gubahan dua fungsi dengan tepat, mudah dan tidak mengelirukan. Teknik
“SOCOF” digunakan sebagai bahan bantu belajar dan mengajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) bagi tajuk fungsi subtopik fungsi gubahan dan boleh juga digunakan
sebagai bahan bantu untuk mengulang kaji selepas habis sukatan pelajaran. Penerapan
konsep fungsi gubahan dengan teknik “SOCOF” ini akan dapat membantu dan memupuk
minat pelajar-pelajar mempelajari matematik melalui kaedah “Hands-on Actvity”, seterusnya
pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran matematik lebih mendalam. “SOCOF” ialah “
Solution Of COmposite Function” atau dalam Bahasa Melayu “Penyelesaian fungsi gubahan”.
Dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan kami
telah menggunakan Teknik “SOCOF” iaitu mencari fungsi gubahan dengan cepat, mudah dan
tanpa keliru. Teknik “SOCOF” digunakan sebagai bahan bantu belajar dan mengajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk menentukan gubahan dua fungsi dan boleh
juga digunakan sebagai bahan bantu ulangkaji selepas habis sukatan pelajaran. Penerapan
38
konsep fungsi gubahan dengan Teknik “SOCOF” ini akan dapat membantu dan memupuk
minat pelajar-pelajar untuk mempelajarinya teknik ini melalui proses tindan untuk
mendapatkan jawapan. Terdapat 2 Kad SOCOF dan Kad Jawapan SOCOF yang digunakan
untuk menulis jawapan. Pelajar melakukan proses menentukan gubahan dua fungsi bersama-
sama guru. Pelajar akan melakukan proses menentukan gubahan dua fungsi secara
berkumpulan bersama 3 contoh soalan. Melalui Teknik “SOCOF” ini pelajar dapat
menentukan gubahan dua fungsi dan memahami konsep dalam menentukan gubahan dua
fungsi. Hal ini dapat meyakinkan pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Inovasi ini
dijalankan kepada 30 orang murid Tahun 4 Teknologi Kimpalan (4MTK) di Kolej Vokasional
Kuantan, Pahang. Daripada rekod keputusan pentaksiran berterusan (PB), didapati bahawa
tahap penguasaan murid untuk bab 1 “FUNGSI” masih lagi ditahap yang lemah. Semasa
memeriksa kertas PB, kami dapati bahawa murid masih lemah dalam menentukan fungsi
gubahan. Daripada jawapan murid yang menggunakan kaedah biasa hanya 17% atau 5 orang
murid sahaja dapat menjawab dengan betul. Pelbagai bentuk jawapan yang diberikan oleh
murid dalam menentukan fungsi gubahan
39
PENARIK KABEL MINI (MINI CABLE PULLER)
1Ahmad Zairi bin Mohd Zain
zairizain@gmail.com 2Mohd Fahmi bin Kamaruddin
av7535@yahoo.com.my
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Penarik Kabel Mini (PKM) adalah sebuah alat yang direka khas untuk membantu dan
memudahkan kerja para pensyarah dan pelajar Sijil Teknologi Elektrik ketika kerja-kerja
menarik kabel pendawaian di dalam pembuluh atau paip bagi subjek Pendawaian Elektrik.
Keadaan yang sempit ketika menarik kabel di dalam petak pendawaian (wiring bay)
merupakan satu permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan menyebabkan beberapa
kekangan ketika proses menarik kabel. Penarik kabel sedia ada di pasaran pula mempunyai
kerangka yang besar dan tidak sesuai serta mahal. PKM ini direkabentuk supaya mudah
digunakan di dalam petak pendawaian dan menjimatkan masa dengan kos yang murah. PKM
telah diujilari di dalam Bengkel Pendawaian Elektrik, Kolej Komuniti Kuantan dan memberi
impak yang positif. Rekabentuk PKM akan sentiasa dikemaskini pada masa hadapan bagi
memenuhi keperluan dan penggunaan di dalam industri.
40
WebD FUN BOOK
1Nantini A/P Anpalakan
nantini@kkklang.edu.my 2Azlilawati binti Ishak
azlilawati@kkklang.edu.my
1Kolej Komuniti Klang, Selangor.
ABSTRAK
Tercetusnya idea inovasi ini adalah apabila perekacipta mendapati para pelajar Kolej
Komuniti khususnya pelajar Semester 2 Kolej Komuniti Klang yang mengambil kursus SSK
2013 Pengenalan Pembangunan Laman Web. Para pelajar sukar memahami topik-topik dan
isi kandungan dalam silibus kursus tersebut. Mereka memerlukan bimbingan dan latihan yang
lebih daripada pensyarah kursus namum masa yang diperuntukkan bagi sesi Pembelajaran
dan Pengajaran (PdP) untuk setiap topik adalah agak terhad. Objektif inovasi ini adalah untuk
memastikan pelajar dapat memahami dan mengingati topik-topik dalam silibus kursus SSK
2013 Pengenalan Pembangunan Laman Web dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu,
inovasi ini adalah untuk memperkenalkan konsep baru dalam PdP yang berasaskan konsep
gamification. Seterusnya, bagi menarik minat pelajar untuk belajar dalam keadaan interaktif
dan menyeronokkan dan tidak mustahil akan mendapat penyertaan yang aktif daripada para
pelajar. Bermula dengan pendekatan busy book dan konsep gamification, perekacipta telah
merekacipta WebD Fun Book sebagai alternative PdP bagi kursus SSK 2013 Pengenalan
Pembangunan Laman Web. WebD Fun Book ini merupakan sebuah buku interaktif yang
mengandungi silibus kurikulum bagi Topik 1 hingga Topik 3. Kaedah yang akan digunakan
adalah Colour Matching, Pick and Paste, Make Them Guess, dan Provocative Answer. Hasil
dapatan daripada inovasi yang direkacipta ini, para pelajar Sesi Mac 2018 dapat menjawab
soalan kuiz dengan lebih baik berbanding sebelum pelaksanaan inovasi ini iaitu
menggunakan kaedah PdP konvensional. Perbandingan ini boleh dilihat dari segi skor
markah. Para pelajar Sesi Mac 2018 juga lebih berdikari dalam menyelesaikan Mini Projek
dengan bimbingan yang minimum daripada pensyarah kursus sehingga selesai dengan
sempurna. Cadangan yang boleh diusulkan untuk inovasi ini adalah ianya boleh
diimplimentasikan dalam PdP untuk setiap semester dan disebarluaskan penggunaannya di
Kolej Komuniti yang lain serta penambahbaikan daripada segi cetakan, finishing dan
penjilidan.
41
IT GLOSSARY APPS
1Che Zakiyah binti Zainon
chezakiyah@kkpg.edu.my 2Hairul Anuar bin Hj Masrol
hairulanuar@kkpg.edu.my
1Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor
ABSTRAK
IT Glossary Apps merupakan satu aplikasi yang menghimpunkan istilah-istilah
Teknologi Maklumat yang bersesuaian dengan silibus Sijil Teknologi Maklumat yang
ditawarkan oleh kolej komuniti. Aplikasi ini menyediakan istilah berserta maksud dan
penerangan ringkas di dalam Bahasa Malaysia. Ianya disusun mengikut abjad bagi
memudahkan para pengguna terutamanya para pelajar kursus Teknologi Maklumat Kolej
Komuniti Pasir Gudang. Idea inovasi ini tercetus sebagai alat bantu kepada pensyarah dan
memberi membantu kepada para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Melalui pendekatan PdP yang digabungkan dengan
kemajuan teknologi terkini diharapkan dapat membantu para pelajar kolej komuniti untuk
memahami istilah-istilah IT dengan lebih jelas.
42
BiY ModeL
1Haniza binti Sidi
cd.niza@yahoo.com 2Nur Hasyyati binti Md Ghafar
azie831@gmail.com 3Mazzuin binti Yusof
awien2010@gmail.com
1Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
ABSTRAK
BiY MODEL ini memberi maksud Build it Yourself Model merupakan satu mekanisma
yang dihasilkan bagi memudahkan perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dalam Kursus STP 3033 Sistem Binaan Berindustri (IBS). Penghasilan model ini digunakan
bagi membantu pelajar mengenali, memahami langkah dan menjelaskan bagaimana
sambungan komponen sistem IBS dilaksanakan mengikut langkah yang betul. Model ini
dibina setelah mengenalpasti beberapa kekangan yang wujud seperti bahan PdP yang
disediakan kurang menarik dan hanya berpandukan tayangan video semata-mata dan
kefahaman pelajar tentang langkah sambungan IBS adalah kurang memberangsangkan.
Keistimewaan model ini ialah, modelnya dibentuk mengikut komponen-komponen yang
terdapat dalam sistem IBS seperti tiang, rasuk dan lantai. Semua komponen ini boleh
disambung antara satu sama lain seperti langkah di tapak pembinaan. Penghasilan BiY Model
ini, memberi suntikan baru kepada kaedah penyampaian PdP yang lebih kreatif dan memberi
ruang kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran psikomotor semasa beriteraksi secara
terus dengan model pembelajaran itu sendiri selain hanya melihat dan mendengar.
Penggunaan model ini mampu memberi impak yang positif kepada pelajar dengan
meningkatkan kefahaman menerusi visual dan simulasi selain mendengar manakala bagi
pensyarah pula adalah medium pemudahcara yang mampu mepercepatkan proses PdP.
43
KAEDAH 4 ME
1Faridah Hanim binti Mohamad
faridahhanim.kvas@gmail.com 2Zarina binti Mohd. Yusoff
zarinahmy.kvas@gmail.com 3Nor Johan bin Mohd. Yunus
joeppu@gmail.com
1Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah
ABSTRAK
Kajian secara diskriptif telah dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan
pemahaman proses dalam Kitaran Asas Penyejukan. Aspek-aspek yang dikaji adalah
pemahaman konsep, kaedah penggunaan dan kesan Kaedah 4 ME terhadap pembelajaran
pelajar. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan populasi iaitu seramai
30 orang pelajar Diploma Teknolologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Kolej
Vokasional Alor Setar, Kedah. Instrumen kajian yang digunakan terdiri dari set soal selidik
yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan
biodata responden, manakala Bahagian B melibatkan maklumbalas terhadap persoalan
kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah 4 ME yang berurutan dengan konsep
Rantaian Pemakanan yang difahami oleh pelajar-pelajar DTPPU sebahagian besarnya telah
dilaksanakan dalam modul DT PPU dan kesannya, pelajar telah dapat mengaplikasikannya
secara tidak langsung. Malah pelajar dapat memahami, mengingati dan menguasai nama dan
proses kitaran asas penyejukan dengan perasaan seronok belajar Kitaran Asas Penyejukan
dengan menggunakan Kaedah 4 ME ini. Kaedah ini menggunakan kaedah mengingat
akronim dan fungsi komponen serta Kitaran Asas Penyejukan dengan menggunakan slide
dan model penyaman udara. Model penyaman udara untuk pelajar melihat lebih jelas dengan
berkesan.
44
MATCHY HAIR COLOR CHART
1Aini Afeera binti Ali
ainiafeeraali@yahoo.com 2Noor Fardzilawati binti Md Nasir
n.fardzilawati@gmail.com
1Kolej Komuniti Muar, Johor
ABSTRAK
Pewarnaan rambut merupakan salah satu arena pembelajaran dalam Sijil Dandanan
Rambut (SDR) di Kolej Komuniti. Teknik pewarnaan rambut ini dipelajari oleh pelajar
Semester 4 SDR bagi mempersiapkan diri menjadi hairstylist apabila mereka menamatkan
pengajian. Salah satu daripada silibus pewarnaan rambut ialah memilih warna rambut
berdasarkan ton kulit seseorang yang mana ianya memerlukan kefahaman dan teknik yang
betul agar warna yang dihasilkan nampak natural dan sesuai dengan warna kulit seseorang.
Pemilihan warna rambut secara konvensional dibuat dengan hanya melihat warna kulit
seseorang dan warna rambut dipadankan secara terus semasa proses pewarnaan dilakukan.
Bagi membantu pelajar agar lebih mudah memahami teknik pewarnaan rambut ini, pengkaji
telah menghasilkan satu inovasi iaitu carta warna yang boleh dilaraskan bagi mendapatkan
jenis warna rambut berdasarkan ton kulit seseorang. Impak penghasilan inovasi ini bukan
sahaja membantu pelajar memahami silibus pewarnaan rambut malah ianya juga
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pensyarah sebagai alat bantu
mengajar atau special tool.
45
SMART C
1Nur Aizya bt Mappissammeng
aizya_ezie@yahoo.com 2Sharmila Devi Krishnan
shameldev@gmail.com 3Ishamuddin bin Ishak
1Kolej Komuniti Ampang, Selangor.
ABSTRAK
Pembangunan aplikasi ini perlu sebagai satu anjakan paradigma daripada sistem
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tradisional kepada sistem yang lebih efisen.
Memandangkan persekitaran pada masa kini memerlukan perubahan maka aplikasi SMART
C telah dibangunkan. Pembangunan aplikasi SMART C ini adalah menggunakan perisian
Mobirise. Capaian terhadap aplikasi SMART C sepenuhnya adalah menggunakan
Smartphone dan desktop di mana para pelajar akan memuat turun daripada pautan yang
diberikan secara percuma. Tujuan utama pembangunan aplikasi SMART C adalah bagi
mewujudkan PdP yang lebih berkesan. Selain daripada itu, rasional pembangunan aplikasi
SMART C ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Diploma
of Mobile Technology yang mengambil kursus Fundamental of Objective C Programming.
Hasil daripada analisis taksiran masalah yang telah dibuat, kebanyakan pelajar-pelajar tidak
dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam kursus Fundamental of Objective C
Programming. Aplikasi SMART C ini digunakan oleh pelajar-pelajar terbabit dalam PdP bagi
memudahkan pemahaman mereka dalam kursus yang diambil sekaligus akan dapat
meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Dengan adanya aplikasi SMART C maka
segala nota dan maklumat berkenaan kursus Fundamental of Objective C Programming
berada di hujung jari dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua. Justeru itu,
aplikasi ini akan menjadi satu platform dan pemangkin kepada pelajar untuk memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam kursus Fundamental of Objective C Programming.
Kata kunci: Aplikasi SMART C, Pengajaran dan Pembelajaran.
46
LET’S PLAY: SECURITY BASICS AND IT PROFESSIONAL:
WORKBOOK MEMUDAHKAN PELAJAR MEMBUAT
ULANGKAJI BAGI KURSUS SECURITY BASICS AND IT
PROFESSIONAL (DFT4013) DI POLITEKNIK MERSING.
1Maizatul Akmam binti Ismail
akmam@pmj.edu.my 2Faizatussai’dah binti Mean
faizatussai'dah@pmj.edu.my 3Maizatul Akhmar binti Mohamad Nor
maizatul@pmj.edu.my
1Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Mersing, Johor
ABSTRAK
“Let’s Play: Security Basics and IT Professional” merupakan satu inovasi yang
dibangunkan bagi melengkapkan dan memantapkan lagi konsep pembelajaran sebelum ini.
‘Workbook’ ini dibangunkan bagi kursus ‘Security Basics and IT Professional’ (DFT4013) yang
merupakan kursus asas berkaitan dengan keselamatan maklumat. Kursus ini wajib diambil
oleh setiap pelajar semester dua bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Digital
Teknologi), (DDT). Memandangkan syarat LULUS bagi kursus ini adalah 40% Penilaian
Berterusan (PB) dan 40% Peperiksaan Akhir (PA), maka kebarangkalian pelajar untuk gagal
adalah tinggi. ‘Workbook’ ini menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran iaitu
‘Abbreviation’, ‘Matching’, ‘Word Search’, dan ‘Cross Word’. Pendekatan ini digunakan untuk
menarik minat pelajar di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan
kerana kursus ini melibatkan banyak konsep dan teori. ‘Workbook’ ini dibangunkan dalam
bentuk buku bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji dan membuat persediaan bagi
menghadapi PA dengan lebih sistematik dan praktikal. Justeru, ‘workbook’ ini dibangunkan
mengikut sukatan silibus bagi kursus DFT4013.
47
SMART ROPE KIT
1Azpul Rizal bin Mohd Arif
azpul.rizal@gmail.com 2Nor Rizal bin Md Noar
mrezzmn@yahoo.com 3Md Shafiq Khairil bin Ismail
sapiq83@gmail.com
1Kolej Komuniti Pekan, Pahang
ABSTRAK
Model ini dihasilkan setelah beberapa masalah telah berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar mengalami masalah untuk mengenal ikatan,
simpulan dan sambungan bagi amali topik pengendalian tali tinggi. Model ini bertujuan bagi
memudahkan pelajar mengenal dan membuat latihan secara berterusan bagi memahami
dengan lebih lanjut berkenaan topik ini. Objektif utama penghasilan Smart Rope Kit tidak lain
dan tidak bukan bagi memudahkan pensyarah dan pelajar serta mampu meningkatkan
kefahaman pelajar. Impak dari penghasilan produk inovasi ini membolehkan pelajar lebih
memahami cara ikatan,simpulan dan sambungan yang mempunyai pelbagai teknik dan
kesesuaian mengikut keadaan. Hasil kajian model ke atas pelajar kelas yang mengambil
subjek pengendalian tali tinggi ini mendapati pelajar mengambil masa yang lebih singkat untuk
membuat simulasi ikatan dan simpulan menggunakan Smart Rope Kit ini. Mereka juga mampu
memahami dengan secara terperinci sebelum menggunakannya sewaktu amali di kawasan
sebenar. Diharapkan inovasi ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar dan pensyarah, namun
diperluaskan lagi kegunaannya oleh individu yang menceburi industri tali tinggi seperti
jurulatih atau penggiat aktiviti rekreasi.
Kata kunci: Model ikatan, simpulan dan sambungan bersaiz kecil.
48
EZ WEB BUILDER NOTE
1Nasibah Husna binti Mohd Kadir
nasibah998941@gmail.com 2Siti Hajar binti Abd Rahman
hajar@kktanjungpiai.edu.my
1Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor
ABSTRAK
Laman Web merupakan sebuah alat komunikasi yang mengandungi pelbagai fungsi
di dalam menyampaikan dan menyalurkan pelbagai jenis data dan maklumat. Di dalam
pembangunan menghasilkan laman web, banyak perkara yang perlu dikaji dan dijalankan. Di
Kolej Komuniti Tanjung Piai terdapat modul Pengenalan Pembangunan Laman Web
(SSK2013) yang diambil oleh pelajar semester dua. Pembangunan laman web bukanlah
sesuatu yang mudah. Ini kerana ia melibatkan banyak keperluan dan pengetahuan terhadap
perisian dan perkakasan yang diperlukan. Sehubungan dengan itu, EZ Web Builder Note telah
dihasilkan bagi tujuan memudahkan pelajar di dalam menghafal dan merujuk kod html serta
dapat melihat hasil yang sepatutnya keluar daripada kod yang telah dibina di dalam perisian.
Sebelum penghasilan inovasi ini, pelajar mengalami kesukaran di dalam menghafal dan
mendapat gambaran pembahagian kod dan hasil kod yang dibina. Satu kajian pemantauan
telah dilakukan terhadap inovasi ini ke atas pelajar sebagai alat bantu pembelajaran untuk
pelajar. Hasil daripada kajian ini menunjukkan EZ Web Builder Note ini sangat berguna di
dalam menjadi alat bantu mengajar dan pelajar juga lebih mudah membina kod HTML kerana
mempunyai rujukan dan gambaran secara langsung tentang web yang sedang dibina. Hasil
soal selidik yang diedarkan mendapati 51% pelajar sangat bersetuju, 36% bersetuju manakala
selebihnya hanya neutral terhadap produk inovasi ini. Ini menunjukkan produk ini sangat
berguna untuk dijadikan bahan rujukan pelajar kerana elemen-elemen penting sangat
dititikberatkan dan telah dimuatkan di dalam produk ini.
Kata kunci: Konsep 3D, laman web, HTML, CSS, Pembangunan Laman Web, Nota Web
49
SFBM BOARD
1Nasrah binti Mahmud
nasrah@pmm.edu.my 2Siti Khalijah binti Shuib
sitikhalijah@pmm.edu.my 3Norakmar binti Jamal
norakmar@pmm.edu.my
1Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu seiring dengan perubahan
zaman selain mengambil kira perkembangan dan kebolehan pelajar. Bagi kursus DJJ3103,
inovasi yang dihasilkan ialah SFBM board iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memahami
konsep daya dan momen lentur berdasarkan Hukum Keseimbangan. Alat inovasi ini adalah
kepingan papan bersama rasuk (beam) yang boleh disusun secara rasuk disangga mudah
ataupun rasuk julur. Alat ini boleh diubahsuai di mana pengguna boleh menetapkan asalan
samada ke kiri atau ke kanan. Penggunaan warna anak panah yang berbeza mengikut arah
jam atau lawan jam membantu pelajar yang keliru dengan tanda arah. Pembaris keluli yang
boleh dipusingkan mengikut arah pusingan atau lawan jam daripada asalan menunjukkan
dengan jelas nilai jarak bagi momen lentur. Kesimpulannya, penggunaan SFBM board
membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara teori dan praktikal berbanding dengan
kaedah lazim.
Kata kunci: inovasi, pengajaran dan pembelajaran (PdP), daya, momen lentur
50
EASY GO WIRING BOARD (EGW BOARD)
1Azwani binti Yahaya
azwani.yahaya@yahoo.com 2Diyana Zahirah binti Jaafar
dzj_85@yahoo.com
1Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor
ABSTRAK
Kerja-kerja pendawaian merupakan asas kepada penyambungan poin terminal dalam
sesebuah bangunan. Setiap terminal perlu disambungkan antara satu sama lain bagi
mewujudkan penyambungan litar yang lengkap. Skop kajian inovasi memfokuskan
penghasilan sebuah papan pendawaian bagi kegunaan pendawaian rangkaian dan
pendawaian elektrik yang boleh digunakan oleh para pensyarah bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran kursus SSK 2053 Teknologi Rangkaian dan SSK 1033 Asas Elektrik &
Elektronik. Idea penghasilan inovasi tercetus memandangkan keluasan makmal/bengkel di
Kolej Komuniti Tanjung Piai yang kecil dan tidak mempunyai ruangan bay bagi tujuan kerja
pendawaian. Kaedah pembelajaran sedia ada (bagi kursus SSK 2053) menggunakan papan
plywood yang berskala besar dan melibatkan penggunaan ruang yang luas semasa proses
PdP berlangsung. Saiz yang besar juga menyulitkan proses penyimpanan bay tersebut. EGW
Board direkabentuk dengan saiz yang lebih kecil dan boleh dilipat bertujuan untuk
memudahkan proses penyimpanan serta penjimatan ruang yang efisien.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, pendawaian kabel
51
TTL LEVEL SIGNAL INTERFACE TRAINER
1M Chandran A/L Maruthan
mcoustic@gmail.com 2Krisnamoorthy A/L Govindarajalu
krishnamoorthy@gmail.com 3Mohd Nordin bin Mohd Jani
nordin_mjani@yahoo.com
1Politeknik Melaka
ABSTRAK
TTL Level Signal Interface Trainer• sebagai satu alat bantuan pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu pelajar memahami konsep TTL(Transisitor- Transistor Logic)
dengan lebih mendalam dan penggunaannya dalam mengaktifkan peranti dan kawalan
elektrik kuasa tinggi. . TTL adalah isyarat yang dikeluarkan dari satu peranti kawalan seperti
microcontroller yang boleh digunakan untuk tujuan pensuisan dan kawalan. Pelajar diberikan
penerangan tentang penggunaan isyarat TTL dengan bantuan TTL Level Signal Interface
Tainer Pelajar juga boleh membuat latihan dan sambungan dari sistem pensuisan relay dan
kontactor untuk mengaktifkan sesuatu alatan lelektrik dari kuasa rendah ke kuasa tinggi
Pelajar projek semester 5 dan 6 Politeknik Melaka menghadapai masalah bagaimana
antaramuka boleh dibuat antara mikrokontroller ke penggunaan sebenar seperti yang
digunakan di induatri. Pelajar kurang arif tentang bagaiman isyarat kawalan TTL dari peranti
kecil boleh digunakan umtuk mengawal peranti berkuasa tinggi. Pendedahan ini adalah
kurang dipraktikan semasa mereka mempelajari teori dalam bidang elektrik dan elektronik di
dalam kelas. Pelajar menghadapai masalah ini apabila mereka merekabentuk dan
memfabrikasi sesuatu projek yang melibatkan mikrokontroller semasa di sem 5 dan 6 dalam
subjek projek akhir mereka.
52
GRADUATES POOL (G-POOL) - AN ONLINE MALAYSIAN
POLYTECHNICS GRADUATES CATALOGUE
1Leong Kok Seng
kokseng@ptsn.edu.my 2Muhammad Zaki bin Yahaya
muhammadzaki@ptsn.edu.my 3Dewi Nilam Rupa'a binti Razali
dewinilam@ptsn.edu.my
1Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Johor
ABSTRACT
Job hunting is a tedious process to both the employees and potential candidates,
where in some cases, companies would have to spend thousands on advertisement in looking
for their best suitable candidates. Whilst the same goes to the candidates, where most of them
are hunting but not being hunted in return. Graduates™ Pool (G-Pool) is an online portal where
it serves as an online catalogue for all Malaysian Polytechnics graduates - or soon-to-
graduate- to be hunted by their potential employers. This simple, straightforward and practical
online catalogue provided by polytechnic will not only help the candidates to showcase and
organise their profile via proper customised professional resume, it will also ease the process
of candidates fishing™ by potential employers where the candidates are pooled according to
their field or area of studies, thus making the selection, filtration and evaluation process easier
and fruitful through the information provided in G-Pool. G-Pool is seen as another reliable
alternatives in increasing polytechnics™ graduates marketability and employability.
53
AUGMENTED REALITY CLASSROOM FOR ADOBE
PHOTOSHOP LEARNING (AR-CAP)
1Muhammad Helmi bin Abu Bakar
helmikkjs@gmail.com 2Nur Hassyati binti Md Ghafar
azie831@gmail.com
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Imej perlu dihasilkan dengan menarik agar mesej dapat disampaikan dengan
berkesan kepada golongan sasaran yang dikehendaki. Penghasilan imej ang menarik ini
memerlukan para pelajar untuk menguasai kemahiran penggunaan perisian suntingan imej
seperti Adobe Photoshop dengan baik. Namun demikian, masa yang lama diperlukan bagi
para pelajar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran penggunaan perisian suntingan imej
berkenaan. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang terhad juga menjadi antara faktor
utama pelajar kurang menguasai kemahiran menggunakan perisian suntingan imej tersebut.
Oleh yang demikian, adalah diperlukan bagi penghasilan alat bahan bantu mengajar yang
efektif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran penggunaan perisian suntingan imej.
Teknologi Augmented Reality (AR) dilihat mempunyai potensi yang besar dalam
merealisasikan penghasilan alat bantu mengajar khusus bagi membantu pelajar menguasai
dengan baik kemahiran menggunakan perisian tersebut. Pelajar dapat menggunakan
teknologi AR di dalam kelas bagi memahami penggunaan setiap tool, ikon dan menu yang
terdapat di dalam perisian suntingan imej. Pelajar dibekalkan dengan satu helaian lembaran
kerja dan perlu mengimbas bahagian-bahagian tertentu di dalam lembaran tersebut untuk
melihat dengan jelas tutorial penggunaan tool, ikon dan menu yang digunakan bagi
menyunting imej. Penerangan yang standard diberikan agar pelajar mempunyai pemahaman
yang sama bagi menggunakan perisian suntingan imej. Diharapkan agar penggunaan inovasi
ini dapat diselaraskan di semua institusi yang menggunakan perisian yang sama untuk melatih
kemahiran pelajar menghasilkan imej yang berkesan dalam menyampaikan mesej.
54
DEVELOPEMENT OF PULSE WIDTH MODULATION USING
PIC CONTROLLER FOR DC TO DC CONVERTER IN DET
5073 POWER ELECTRONIC COURSE
1Kamarudin bin Kamit
kamarudinkamit@gmail.com 2Mohamed Rizuan bin Mohamed Noah
wan_semerah@yahoo.com
1Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
ABSTRACT
This innovation deals with the development a DET 5073 Power Electronics trainer of
Pulse width modulation (PWM) signal using (PIC) controller . A Pulse width modulation (PWM)
signal from microcontroller was used to control the duty ratio of switching signal for DC to DC
converter. The DC voltage is converted to a square-wave signal, alternating between
completely on and zero. By controlling analog circuits digitally, framework expenses and
power consumption can be radically decreased. Duty cycle at the circuit DC to DC converter
is defined as the ratio between the output voltage over input voltage. By this innovation student
can analysed the PWM duty cycle output from the test point design. Duty cycle is usually in
the form of a percent, from 0 to 100%. The simulation was carried out in LT Spice and
PROTEUS ISIS Professional Tool while the coding of the programming was done on CCS
Compiler.
55
SPU 1033 QR CODE
1Zulkurnain bin Hassan
zulkurnainhassan@gmail.com 2Norazlina binti Musa
olin790506@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah
ABSTRAK
Teknologi mudah alih telah membuka dimensi pembelajaran kepada pembelajaran
mudah alih, dimana ia membolehkan pelajar mendapatkan maklumat tentang sesuatu
pembelajaran di mana sahaja tempat dan bila-bila masa sahaja. Kod QR adalah satu aplikasi
mudah alih bagi memaparkan elemen visual yang boleh dikenal pasti oleh telefon pintar dan
alat-alat yang bersamaan fungsi dengannya. Walau bagaimanapun, di negara ini, teknologi
ini masih kurang popular dan jarang digunakan dalam dunia pembelajaran. Ini agak merugikan
kerana kos menghasilkan QR-Codes boleh dikatakan percuma dan kesannya besar kepada
pengguna terutamanya kepada mereka yang menggunakan peranti mudah-alih (mobile
devices) di dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan Kod Quick Response
(QR) berpotensi untuk diterokai dengan lebih meluas dalam bidang pembelajaran dan
pengajaran di kolej komuniti. SPU 1033 QR CODE adalah satu set kad yang mengandungi
semua maklumat pembelajaran bagi modul Latihan Penyediaan Asas (SPU 1033) daripada
silibus hinggalah kepada penilaian. Ia adalah satu inisiatif bagi menyediakan bahan
pembelajaran dan pengajaran yang lebih cekap dan mesra pengguna dalam memudahkan
pengajaran dan pembelajaran. Ia bagi memastikan kertas penerangan, nota tugasan, laporan
amali dan pemarkahan dapat diurus, dinilai dan disimpan serta ditadbir dengan lebih efisyen,
efektif dan sistematik secara atas atas talian. Data pembelajaran dan pengajaran dapat
disimpan bagi memudahkan pengajar membuat rujukan dan memantau status penghantaran
tugasan dan laporan amali dari masa ke semasa. Berbanding penggunaan bahan
pembelajaran dan pengajaran tradisional, penggunaa kad QR ini membolehkan pelajar hanya
perlu membawa sekeling kertas ¼ A4 yang boleh dimasukkan ke dalam poket/dompet.
Walaupun kecil ia mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran
dimana ia mempunyai dua versi iaitu versi pelajar dan versi pengajar. Bagi versi pelajar ia
mengandungi nota (PDF & Power Point), tugasan, tugasan amali dan laporan amali. Bagi
versi pensyarah pula ia mengandungi rubrik, skema tugasan, rubrik amali dan skema laporan
amali yang membolehkan pensyarah membuat penilaian secara terus dan atas talian hanya
menggunakan telefon pintar.
56
Kata kunci: Kod QR, Modul SPU 1033, penilaian, laporan, atas talian
57
"THE MAP BOOK OF KLIA & KLIA2"
1Siti Noor Baizura binti Kamarudin
zulkurnainhassan@gmail.com
1Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
ABSTRAK
"THE MAP BOOK OF KLIA & KLIA2" dihasilkan bertujuan memberi nilai tambah dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) didalam kelas bagi subjek Tempahan dan Tiketan serta
Operasi Agensi Pelancongan bagi program Pelancongan dan Pengembaraan. Buku ini boleh
digunakan secara meluas oleh pelajar Kolej Komuniti khasnya dan pelajar dari institusi
pengajian lain amnya. Penghasilan buku ini boleh memberi gambaran awal dan kefahaman
berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum amali sebenar
dilapangan dijalankan.
58
TEKNIK PENDAWAIAN CEPAT DAN TEPAT
1Amir bin Mohd
amirbinmohd71@gmail.com
1Kolej Vokasional Besut, Terengganu
ABSTRAK
Melukis rajah pendawaian adalah asas kepada pelajar elektrik sebelum melakukan
pendawaian sebenar. Hasil kajian menunjukkan terdapat 3 orang murid lelaki tingkatan 4 dan
seorang murid perempuan yang terdiri daripada 20 orang murid dari kelas 4 ENEK1 tidak
dapat melukis rajah pendawaian dengan betul dalam asas pendawaian. Tinjauan dan soal
selidik mendapati murid tersebut sukar mengingati teknik melukis litar asas pendawaian
walaupun telah beberapa kali penerangan diberikan dan latih tubi yang dilakukan. Daripada
maklum balas yang diperolehi, permasalahan utama ialah murid tidak dapat menguasai
konsep asas pendawaian yang telah diajarkan serta sukar mengingati teknik asas melukis
rajah pendawaian. Susulan daripada permasalahan ini membuatkan saya terpanggil untuk
mencari satu teknik atau pendekatan yang bersesuaian bagi menangani masalah tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid yang mengambil pendawaian
elektrik bagi tajuk melukis rajah pendawaian elektrik. Ia bertujuan untuk memudahkan murid
menguasai konsep melukis rajah pendawaian serta membantu murid agar dapat melukis
rajah pendawaian dengan betul dan cepat. Teknik ini juga digunakan untuk menarik minat dan
memudahkan murid mengingati kaedah melukis rajah pendawaian dengan betul dan cepat
bagi menyelesaikan permasalahan dalam pembelajaran asas pendawaian. Murid telah
didedahkan kepada teknik “Te CoSEN” selama 30 minit dan kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.
Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok
belajar kaedah melukis pendawaian melalui teknik “Te CoSEN”.
59
MOTOR CONTROL TEACHING AID (MCTA)
1Muhd Abu Bakar bin Muhd Radzi
abubakar@kkbbm.edu.my 2Nurulhuda binti Salim
3Yuzair bin Yaakub
1Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
ABSTRAK
Projek inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk mempermudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Projek inovasi ini dihasilkan atas cetusan idea tenaga pengajar dan
binaannya telah dijayakan dengan bantuan rakan-rakan sekerja serta maklum balas dari
pelajar. Projek ini boleh digunakan untuk pelbagai litar amali. Antara litar amali yang boleh
dilakukan ialah Pemula Talian Terus (DOL), Pemula Talian Terus Mara Songsang,
Pemula Bintang Delta, Pemula Bintang Delta Mara Songsang, Kawalan Berjog dan
sebagainya. Pelajar dapat menguji pelbagai komponen kawalan motor seperti MCB,
penyentuh, geganti, geganti beban lebih, pemasa, lampu pandu, suis dan sebagainya.
Projek ini boleh digunakan bagi projek kawalan motor fasa tunggal dan juga tiga fasa.
Pelajar dapat membezakan antara litar kawalan dan litar kuasa dalam litar motor elektrik
AU. Masa menunjuk cara amali menjadi singkat berbanding cara lama. Projek inovasi
berkos rendah ini amat berguna kepada pelajar. Inovasi ini diwarnakan dengan kombinasi
warna yang menyerlah untuk menarik perhatian pelajar. Projek inovasi ini sangat sesuai
untuk digunakan dalam pameran alat bantu mengajar.
Kata kunci: Alat Bantu Mengajar, Kawalan Motor Elektrik,
60
SwiLaC EDU KIT
1Ahmad Fariz bin Fauzi
fariz_38@yahoo.com 2Zali bin Wahil
zanasyanir@yahoo.com
1Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan 2Kolej Komuniti Segamat, Johor
ABSTRAK
Proses PdP bagi litar lampu melibatkan penggunaan kabel elektrik yang banyak serta
sesi demo oleh pensyarah yang agak panjang. Semakin banyak suis dan keluaran digunakan,
semakin banyak kabel digunakan dan semakin banyak masa diperlukan. Ini menyebabkan
berlakunya pembaziran dari segi masa, tenaga dan kos. Sedangkan pensyarah harus
menunjukkan fungsi litar lampu secara praktikal kepada pelajar. Untuk menguasai litar lampu,
pelajar WAJIB tahu bagaimana litar tersebut berfungsi. Oleh itu, satu produk inovasi PdP iaitu
SwiLaC Edu Kit berbentuk kompak dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Objektif
penghasilan SwiLaC Edu Kit ialah untuk menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan
kabel yang banyak semasa proses demo pensyarah. Kini pensyarah tidak lagi membuat
pendawaian di atas wiring bay, cukup hanya melakukan pendawaian di atas SwiLaC Edu Kit.
Terdapat pelbagai jenis litar lampu yang boleh dilakukan pada SwiLaC Edu Kit. Hasil
penggunaan SwiLaC Edu Kit membuktikan bahawa pensyarah lebih mudah membuat demo
dan sesi penerangan tentang litar lampu serta menjimatkan masa di dalam kelas. Produk
SwiLaC Edu Kit juga boleh ditambahbaik pada masa akan datang bagi kegunaan litar kuasa
dan kuasa am.
61
COURSEWARE WATER SUPPLY AND WASTE WATER
ENGINEERING
E-EARNING (WWEEL)
1Siti Zuraifa binti Md Sah
zuraifa@pmu.edu.my 2Shahrun Nazida binti Salleh
shahrun nazida@polimelaka.edu.my 2Suriani Nasution binti Padzlan
suriani@polimelaka.edu.my
1Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah, Sarawak 2Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, Melaka
ABSTRAK
Fenomena biasa yang dapat dilihat bagi pengajaran di dalam bilik kuliah adalah di
mana para pelajar akan mudah bosan sekiranya pensyarah memberi penerangan terlalu laju
dan tidak dapat memberikan maklumat yang jelas. Ini bermakna, proses pengajaran dan
pembelajaran bagi kursus berbentuk kuliah adalah terbatas disebabkan masa yang agak
singkat dan ditambah dengan bilangan pelajar yang ramai dan mempunyai tahap
pembelajaran yang berbeza. Justeru, satu courseware iaitu Water Supply and Waste Water
Engineering e-Learning (WWEEL) telah dibangunkan untuk membantu pelajar agar lebih
memahami isi kandungan kursus bersesuaian dengan tahap pelajar seterusnya dapat
meningkatkan pemahaman pelajar. Courseware ini dibangunkan menggunakan perisian
Visual Basic 6 berpandukan kepada model rekabentuk Rapid Application Development
(RAD). Courseware ini dilengkapi dengan elemen-elemen teks, audio dan video yang
digabungkan supaya unsur interaktif multimedia dengan nota yang menarik, video yang
merangkumi pelbagai maklumat, penilaian serta aktiviti yang boleh dicapai secara mudah. Ia
juga membolehkan pelajar melaksanakan latihan ulangan untuk menguji tahap pemahaman
bagi setiap topik dan keseluruhannya. Penggunaan pelbagai gabungan elemen-elemen
multimedia dalam WWEEL Courseware, menggunapakai Model Mayer iaitu tentang cara
menggunakan multimedia untuk membantu pelajar memahami penerangan saintifik dan dapat
menyeimbangkan pancaindera pelajar.
62
e-PB (EASY PENTAKSIRAN BERTERUSAN)
1Suhaila binti Abdul Hadi
suhaila.kktb@gmail.com 2Salina binti Hassan
salina.kktb@gmail.com 3Radziah binti Abu Kassim
akradziah@gmail.com
1Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka
ABSTRAK
Seiring dengan perkembangan teknologi, proses pembelajaran dan pengajaran telah
mengalami pelbagai perubahan. Penggunaan kaedah electronic learning (e-learning) atau e-
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik seperti (LAN, WAN atau internet)
bertujuan untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan sesuatu proses
pembelajaran dengan lebih berkesan. Penggunaannya kini di peringkat pengajian tinggi
menjadi salah satu kaedah pembelajaran pada masa hadapan. Dengan memperluaskan
penggunaan konsep e-pembelajaran dalam bidang pendidikan, ianya diharap dapat
menyaingi perubahan teknologi masa kini selain mempercepatkan pengajaran dan proses
pembelajaran dengan lebih efektif. Kertas inovasi ini mengenalkan kepada sistem e-PB yang
mana ia adalah sistem atas talian semakan pentaksiran berterusan subjek/kursus bagi
memudahkan pelajar menghantar tugasan secara maya. Sistem ini akan memudahcara
modul tradisional tugasan yang dihantar secara manual atau hardcopy ke bilik pensyarah
mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan. Selain itu, e-PB akan memudahkan
semakan rekod penghantaran tugasan kepada kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah.
Sistem yang dibangunkan ini akan digunapakai bagi sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp)
bermula Disember 2018 terhadap pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej
Komuniti Tangga Batu dan akan ditambah baik hasil daripada mesyuarat post mortem
peperiksaan yang akan diadakan selepas selesai sesi pdp tersebut. Dengan adanya e-PB ini
ia boleh membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang fleksibel di
Kolej Komuniti Tangga Batu.
Kata kunci:e-pembelajaran, pdp, pentaksiran berterusan, fleksibel
63
PENGGUNAAN “LATHE TOOL BIT GRINDING JIG” DALAM
MEMBANTU PROSES MENCANAI MATA ALAT LARIK
1Norazlina Bt Abdul Rahman
norazlina@polisas.edu.my 2Nurul Izzah Bt Ab.Rahim
izzah@polisas.edu.my 3Wan Asmalinda Bt Wan Aziz
wanasmalinda@polisas.edu.my
Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
ABSTRAK
Mencanai mata alat melarik merupakan salah satu kemahiran yang terkandung dalam
silibus amalan kejuruteraan mekanikal di politeknik Malaysia. Kemahiran mencanai mata alat
larik merupakan kemahiran yang boleh dikuasai melalui pengalaman dan latihan. Sudut mata
alat melarik perlu dicanai mengikut ukuran sudut yang bersesuaian supaya kerja-kerja melarik
boleh dilakukan dengan sempurna. Namun kemahiran tersebut agak sukar untuk dikuasai
oleh pelajar mahupun pensyarah yang masih baru dalam bidang berkenaan. Ianya turut
menjejaskan dan melambatkan kerja-kerja melarik. Projek inovasi “Lathe Tool Bit Grinding
Jig” ini dihasilkan bagi membantu pensyarah dan pelajar melakukan proses mencanai mata
alat dengan lebih tepat, mudah, cepat dan selamat. Objektif utama penghasilan Lathe Tool
Bit Grinding Jig ini adalah untuk membantu pensyarah bengkel mesin di Politeknik dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) bagi pelajar semester 1 (mata alat melarik) dan
semester 3 (mata alat membenang) Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pengguna sasaran alat
ini adalah pelajar dan pensyarah yang belum menguasai kemahiran mencanai mata alat
secara “offhand grinding”. Keberkesanan alat ini yang digunakan di bengkel mesin telah diuji
berdasarkan beberapa kriteria iaitu ukuran sudut mata alat yang lebih tepat, proses mencanai
yang lebih mudah dan masa mencanai yang lebih cepat . Selain pemerhatian terhadap hasil
canai yang dilakukan oleh pelajar, analisis kajian juga dibuat melalui maklum balas pengguna
dengan menggunakan instrumen borang kaji selidik. Keputusan kajian mendapati hasil mata
alat yang dicanai menggunakan bantuan “Lathe Tool Bit Grinding Jig” adalah lebih baik iaitu
lebih tepat sudutnya dan permukaan yang lebih sekata. Proses mencanai juga didapati lebih
mudah dan menjimatkan masa. Manakala keputusan daripada borang kaji selidik
menunjukkan keputusan yang lebih fleksibel. Didapati hanya responden yang kurang
berpengalaman mengendalikan mesin canai memilih untuk menggunakan bantuan “Lathe
64
Tool Bit Grinding Jig” .Sebaliknya pengguna yang lebih berpengalaman berpendapat bahawa
mencanai menggunakan tangan secara bebas adalah lebih mudah dan cepat.
Kata kunci: Lathe Tool Bit Grinding Jig, pengendali mesin kurang pengalaman, canai mata
alat larik
65
ORIKA - OTAK-OTAK JERAMI NANGKA
1Siti Mariam binti Mohd Amin @ Abdul Aziz
c_tmarr@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Terdapat pelbagai produk yang telah dihasilkan daripada buah nangka. Nangka atau
dalam nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus adalah sejenis buah-buahan tempatan
tropika yang mudah di dapati di Malaysia. Isi nangka biasanya dimakan segar, di masak untuk
menghasilkan hidangan ataupun di proses menggunakan fryer vacuum untuk dijadikan
kerepek yang mendapat pasaran di dalam dan luar negara. Inovasi ORIKA - Otak-Otak Jerami
Nangka ini tercetus semasa kelas amali dijalankan di mana jerami nangka di buang setelah
isinya diambil untuk dimasak pengat. Memandangkan nisbah jerami yang lebih banyak
berbanding isinya, adalah suatu pembaziran yang besar jika ianya di buang begitu sahaja.
Dalam inovasi ini, jerami nangka digunakan untuk menggantikan ikan dalam penghasilan
otak-otak. Percubaan resipi dan teknik masakan dijalankan untuk menentukan kesesuaian
kaedah penyediaan agar produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersil dan mempunyai
nutrisi yang tinggi. Objektif inovasi ini adalah untuk mengolah bahan terbuang lalu dijadikan
produk makanan yang boleh dikomersilkan dan memperluaskan produk ini kepada golongan
pengamal vegetarian dan golongan yang alah kepada ikan yang terkandung di dalam
hidangan otak-otak.
66
HANDY BEAUCAP
1Noor Haslyena binti Hassan
n_lyena@yahoo.com 2Nur Aslinda binti Abdul Rahman
misslinda_kkkm@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kota Melaka, Melaka
ABSTRAK
Pembersih minyak atau pun Cleansing oil digunakan dalam langkah pertama kaedah
double cleansing untuk membersihkan kulit wajah bagi memastikan kulit wajah benar-benar
bersih daripada sebarang kotoran samada dari bahan solekan, air, udara mahupun sentuhan.
Cleansing oil selalu didatangkan dalam botol dengan isipadu yang banyak menjadikannya
sukar untuk dibawa ke mana-mana. Inovasi Handy Beaucap dibuat untuk menghasilkan
kapsul cleansing oil bagi memudahkan ianya dibawa ke mana-mana dan lebih mudah
digunakan sewaktu dalam perjalanan dan sewaktu sesi amali pengajaran dan pembelajaran
(PDP), selain memastikan cleansing oil berada dalam keadaan yang lebih bersih. Kaedah
penghasilannya ialah dengan cara mengisi cleansing oil ke dalam kapsul. Diharapkan pada
masa akan datang, penggunaan dan manfaat cleansing oil dapat disebarluaskan kepada
masyarakat melalui Handy Beaucap bagi menjamin kebersihan dan kesihatan kulit wajah.
Kata kunci: Cleansing oil, kebersihan, kesihatan, wajah, pengajaran dan pembelajaran
(PDP), rawatan kulit wajah
67
FLEXI PFD-X
1Khairul Aswad bin Ishak
aswad_is@yahoo.com 2Nurhani Syufaiza binti Arishad
nurhani_syufaiza@yahoo.com 3Ahmad Yazid bin Abu Samah
yazidahmad55@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor
ABSTRAK
Kursus Rekreasi Pelancongan dan Rekreasi Air merupakan kursus utama yang perlu
dipelajari oleh pelajar Program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) bagi semester
dua dan semester tiga. Dalam kursus tersebut, pelajar dikehendaki untuk mempelajari dan
melaksanakan latih amali aktiviti di air seperti teknik asas renang, asas menyelamat di air,
aktiviti snorkeling dan aktiviti berkayak. Sebelum melakukan setiap aktiviti air tersebut, pelajar
dikehendaki untuk mematuhi panduan dan arahan keselamatan serta memakai peralatan
keselamatan di air iaitu personal floating device (PFD) yang telah disediakan. Namun begitu,
PFD yang disediakan di kolej hanya sesuai dipakai oleh individu yang mempunyai ukuran saiz
badan dari saiz small (S) hingga ke saiz large (L) sahaja dan tidak boleh memenuhi keperluan
pelajar dan pensyarah yang mempunyai ukuran saiz badan melebihi saiz L. Oleh yang
demikian, skop kajian ini adalah memfokuskan kepada menghasilkan produk Flexi PFD-X
yang lebih flexible dan boleh digunakan untuk semua jenis ukuran saiz badan, dilengkapi
dengan padding mudah alih, mempunyai peralatan keselamatan lain seperti safety signal dan
wisel serta mudah dipakai dan disimpan setiap kali penggunaan. Flexi PFD-X ini telah
digunakan oleh pensyarah dan pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya yang melibatkan latih amali bagi Kursus Rekreasi Pelancongan dan Rekreasi Air.
Flexi PFDX ini dihasilkan khususnya untuk kegunaan pelajar, pensyarah dan pengusaha
aktiviti rekreasi air. Penghasilan Flexi PFD-X ini dijangkakan akan dapat membantu
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di kolej disamping dapat memberi
manfaat kepada semua masyarakat.
Kata kunci: Penghasilan Flexi PFD-X dan penggunaan Flexi PFD-X.
68
CHEMRO KIT
1Rahanita binti Abd Rahman
rahanita@kksik.edu.my 2Dr Reezlin bin Abd Rahman
riezman@yahoo.com 3Nur Adilah binti Abdul Halim
nuradilah.ah@gmail.com
1Kolej Komuniti Sik, Kedah
ABSTRAK
CHEMRO KIT merupakan satu nota bergambar (kit) yang dicipta khas untuk para
usahawan dan pelajar yang ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan bakeri, pastry
dan konfeksionari. CHEMRO KIT adalah satu bahan bacaan ringkas tapi padat berkaitan
pengawet makanan yang lengkap, dimana setiap satu jenis pengawet lengkap bersama
dengan gambar dan kuantiti yang patut digunakan ke atas satu adunan produk (dimana
pengiraan juga dilakukan supaya memudahkan usahawan menggunakannya), dilengkapkan
dengan Kod QR yang mesra pelanggan (user friendly). Pengawet makanan adalah salah satu
daripada bahan tambahan/aditif makanan (additive). Kementerian Kesihatan Malaysia
mentakrifkan pengawet makanan sebagai apa sahaja bahan yang ditambah kepada makanan
untuk merencat, menyekat dan menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan
makanan tetapi tidak termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu. Bahan pengawet
makanan sintetik bukan sebahagian daripada nutrisi. Manakala bahan pengawet semulajadi
mempunyai nilai nutrisi yang boleh dimanfaatkan. Ini merupakan satu permasalahan / konflik
yang berat pada usahawan makanan ringan. Ramai usahawan tidak arif dalam bab
pengawetan makanan terutamanya tentang jenis pengawet yang patut digunakan dalam
produk mereka. Dan pengetahuan mengenainya juga kurang didedahkan, ini menyebabkan
usahawan menggunakan pengawet yang diharamkan seperti asid boric dalam penghasilan
mee kuning dan sebagainya. Ada pula yang mengatakan pengawet ini bahan kimia dan tidak
boleh ditambah ke dalam makanan dan makanan itu disahkan bahaya. Ada pula yang
membuat kenyataan bahawa marjerin itu plastik. Ini membuktikan bahawa kekurangan
pendedahan dan ilmu tentang Chemistry Languange dalam kalangan para usahawan dan
akan menyebabkan mereka tidak dapat mengambil manfaat teknologi bahan pengawet
selamat. Dengan adanya CHEMRO KIT ini, para usahawan dan pelajar dapat
mengaplikasikan pengawet yang sesuai dengan produk mereka tanpa was-was dan
menghasilkan produk yang selamat untuk pasaran.
69
MY BMC
1Rusliana binti Rusle
rusliana@kkben.edu.my 2Sharmili binti Mohamed Rafi
sharmili@kkben.edu.my
Kolej Komuniti Bentong, Pahang
ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan adalah dikhususkan untuk memudahkan pelajar memahami
dan menghasilkan Business Model Canvas (BMC) bagi perniagaan yang mereka tubuhkan.
Pelajar perlu menyelesaikan projek membina perniagaan bagi memenuhi syarat lulus
penilaian pelajar Kolej Komuniti Bentong bagi subjek Pembangunan Perniagaan dan
Keusahawanan. Teknik asal menghasilkan BMC adalah memberi penekanan kepada
percambahan idea menggunakan format BMC yang dilakarkan pada sehelai kertas dan
menulis idea pada nota post-it yang ditampal pada kertas tersebut. Teknik asal ini
menimbulkan beberapa kelemahan seperti kertas tertanggal dan hilang serta tidak kekal lama.
Jesteru MY BMC dicipta dengan menggunakan software Balsamiq bagi mengatasi kelemahan
tersebut. MY BMC membolehkan pelajar memahami cara menulis BMC melalui nota yang
disediakan dan contoh yang disertakan. Oleh yang demikian, pelajar hanya perlu fokus pada
paparan di hadapannya tanpa perlu merujuk ke rujukan lain. MY BMC ini juga telah disediakan
templat 9 blok BMC yang boleh dilengkapkan oleh pelajar dengan mengekalkan konsep kertas
nota post-it. Selain daripada itu teknik visual turut dimasukkan bagi menguatkan daya ingatan
dan pemahaman pelajar. Setiap idea yang dimasukkan juga boleh disertakan dengan gambar
yang berkaitan. Dapatan menunjukkan pelajar lebih mudah memahami Business Model
Canvas yang mereka bangunkan dan seronok menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.
70
FOOD FOLDING BOARD
1Noor Diyana binti Abd Rahim 2Nurulkhazimah binti Abd Rahman
3Noor Rahimi binti Idris
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Food Folding Board merupakan produk inovasi yang digunakan oleh para pelajar Sijil
Kulinari di bawah modul SKU 2 - Masakan Malaysia bagi hidangan pembuka selera dan SKU
3 – Roti, Pastri dan Kuih Muih Tempatan bagi kuih tempatan. Kriteria yang dinilai bagi pelajar
kulinari bukan sahaja dari segi rasa produk masakan malah juga dinilai dari segi kekemasan
produk makanan yang dihasilkan. Food Folding Board merupakan produk yang dapat
menyelesaikan isu yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan pengajaran khususnya
dalam penyediaan produk makanan seperti yang disebutkan sebelum ini. Kebiasaannya
dalam menyediakan roti jala, popia dan kuih ketayap, para pelajar mengambil masa yang
lama dan mengalami kesukaran untuk menggulung dalam bentuk serta saiz yang sama dan
seragam. Oleh itu, dengan menggunakan Food Folding Board produk makanan tersebut
dapat dihasilkan secara cepat dan seragam walaupun dalam kuantiti yang banyak. Produk ini
sangat sesuai digunakan pengajaran dan pembelajaran bagi melatih tenaga mahir dalam
penyediaan makanan. Produk ini dikatakan mesra pengguna kerana digunakan juga oleh
surirumah bagi menyediakan kuih-muih untuk hidangan sekeluarga. Disamping itu, ia juga
membantu usahawan kecil dalam memastikan produk jualan mereka dihasilkan dengan
cepat, kemas dan seragam. Food Folding Board diharap dapat dipasarkan secara meluas
sebagai salah satu peralatan dapur yang diterima pakai oleh semua.
Kata kunci: Food Folding Board, proses kerja cepat, seragam
71
SET BBM DJJ2032 MECHANICAL WORKSHOP
PRACTICE 2
1Zikriah binti Zakaria
zikriah@polisas.edu.my
1Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
ABSTRAK
Bahan bantu mengajar adalah satu keperluan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Sehubungan itu, Set BBM DJJ2032 Mechanical Workshop Practice 2
telah dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bengkel. Set ini ialah merupakan bahan bantu
mengajar yang dihasilkan untuk membantu pensyarah dan juga pelajar dalam proses
menghasilkan projek Body dan Plug. Bahan bantu mengajar ini dihasilkan secara satu set
yang mengandungi video DJJ2032 Mechanical Workshop Practice 2, satu sampel proses
penghasilan “Body” dan satu sampel proses penghasilan “Plug”. Rakaman video ini adalah
tentang alatan yang digunakan beserta langkah demi langkah proses yang dilakukan dalam
penghasilan projek. Manakala sampel yang digunakan adalah disusun secara berturutan
mengikut langkah yang perlu dibuat dalam menyiapkan projek tersebut. Sampel bentuk ini
membantu pelajar melihat sendiri hasil kerja yang berlaku setelah sesuatu proses dijalankan.
Inovasi ini dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada para pensyarah yang mengajar
kursus DJJ2032 ini dan seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman dan
kemahiran para pelajar dalam menghasilkan projek. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan yang
diperolehi hasil soal selidik ringkas yang dijalankan kepada pelajar kursus DJJ2032 sesi Jun
2017 dan Disember 2017 dimana menunjukkan pelajar bersetuju bahawa set ini memudahkan
mereka memahami projek yang perlu dilakukan dalam kursus DJJ2032.
72
IZ - MOINA CULTURE
1Imran Affandi bin Baki 2Mohd Zamri bin Rahaman
1Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Moina merupakan spesies makanan hidup yang paling banyak digunakan dalam
pemberian makanan kepada anak benih ikan ternakan dan juga ikan hiasan diseluruh dunia.
Inovasi ini akan memudahkan kaedah untuk menternak moina dalam keadaan terkawal.
Moina telah diternak di dalam akuarium plastik 10 liter secara terbuka. Sebelum moina
diternak, air hijau telah dihasilkan menggunakan 10 liter air tawar, 200 ml stok air hijau dan
10 g tepung ikan sebagai medium baja. Air ternakan ini menjadi hijau setelah 5 hari
didedahkan kepada cahaya matahari. Kemudian 500 ekor atau 0.050 g induk moina
dimasukkan ke dalam tangki air hijau. Faktor suhu dan pH air memainkan peranan penting
dalam mengkultur moina. IZ-moina culture akan mengawal suhu dan menunjukkan pH air
didalam tangki selama 14 hari tempoh kajian. Sepanjang tempoh kajian, kadar pertambahan
jumlah moina dalam IZ-moina culture telah direkodkan dan melihat kadar hidup serta jumlah
populasi perkembangan moina. IZ moina culture boleh dijadikan alat bantu mengajar dan juga
sebagai bahan rujukan untuk menternak moina secara kecil-kecilan sebelum ia dapat diternak
secara besar-besaran. “IZ-MOINA CULTURE” merupakan inovasi yang dihasilkan kerana
kekerapan penggunaan makanan hidup moina dalam melaksanakan pembenihan ikan hiasan
sebagai makanan permulaan yang baik kepada fri ikan. Kejayaan sesebuah hatcheri atau
pusat penetasan ikan dalam pengeluaran benih ikan sangat bergantung kepada makanan
hidup. Moina merupakan organisma air yang mempunyai sistem pembiakan yang produktif,
populasi perkembangan yang sangat cepat, kandungan nutrisi yang tinggi dan boleh hidup
dalam kepadatan yang tinggi. Ciri-ciri ini membolehkan organisma ini diternak di dalam
keadaan terkawal.
73
LADDER CASH BOOK GAME 2.0
1Norlizawati Hashim 2Norhafinas Abd Latib
3Nor Halina Noordin
1Kolej Komuniti Gerik, Perak
ABSTRAK
Ladder Cash Book Game 2.0 dibangunkan adalah untuk membantu meningkatkan
kefahaman dan menarik minat pelajar OKU Sijil Asas Ukiran Kayu (KUK) yang mempunyai
masalah pembelajaran (Learning Disability) untuk mempelajari asas perakaunan yang berada
dalam subjek Keusahawanan. Permainan ini membantu pelajar untuk memahami dengan
lebih mudah mengenai konsep asas perakauan dari segi wang masuk (debit) dan wang keluar
(kredit). Permainan ini adalah mengantikan soalan yang biasa diberikan dalam bentuk kertas
soalan. Ladder Cash Book Game 2.0 adalah olahan daripada permainan dam ular yang mana
soalan disusun dalam bentuk urutan dan pelajar akan mencatatkan item yang diperolehi
berdasarkan balingan dadu yang dibuat. Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar Sijil Asas
Ukuruan Kayu sesi Februari 2018 yang mempelajari subjek Keusahawan. Pembinaan item
dalam permainan ini menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami oleh pelajar serta
teknik permainan ini melibatkan dua orang pelajar dalam satu kumpulan. Seterusnya, satu
soal selidik diedarkan kepada pelajar untuk meninjau pandangan pelajar terhadap permainan
yang dijalankan. Hasil dari soal selidik yang dijalankan didapati pelajar bertambah minat
dalam mempelajari asas perakaunan dan meningkat kefahaman pelajar terutamanya dalam
membezakan item debit dan item kredit.
Kata kunci: Perakaunan,Debit,Kredit
74
ROSE LABIOS
1Nur Aslinda binti Abdul Rahman
misslinda_kkkm@yahoo.com 2Noorhana binti Mohammad
hannamohammad413@gmail.com 3Noor Haslyena binti Hassan
n_lyena@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kota Melaka, Melaka
ABSTRAK
Industri produk kecantikan atau kosmetik adalah salah satu industri yang pesat
membangun. Keterujaan wanita untuk cantik merancakkan lagi perkembangan industri ini.
Disebabkan faktor tersebut, pihak industri berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk
kecantikan sendiri di mana adakalanya produk yang dikeluarkan sangat berbahaya atau
hanya dikeluarkan sekadar untuk memenuhi permintaan tanpa memikirkan risiko yang bakal
terjadi kepada pengguna. Salah satu produk kosmetik yang menjadi kegilaan wanita adalah
produk seperti gincu bibir. Penggunaan bahan kimia berbahaya di dalam gincu bibir boleh
mengakibatkan bibir menjadi kering, berwarna kehitaman, luka dan kadangkala boleh menjadi
kanser kulit. Objektif inovasi ini diadakan adalah untuk merawat kembali masalah bibir yang
dihadapi oleh kebanyakan wanita termasuk juga lelaki. Penggunaan bahan-bahan yang
selamat dan terjaga kualitinya dapat membantu masalah tersebut. Produk ini terdiri dari tiga
produk yang lengkap dalam satu set untuk merawat bibir iaitu Red Rose Lip Scrub, Red Rose
Lip Balm dan Red Rose Lip Tint di mana ketiga-tiga produk ini tidak mengandungi bahan kimia
berbahaya dan selamat digunakan walaupun pada kanak-kanak. Ketiga-tiga produk ini dapat
digunakan untuk merawat masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan gincu yang
biasanya mengandungi banyak bahan kimia. Hasilnya bibir akan lebih terjaga dan masalah-
masalah bibir dapat diatasi dengan sebaik mungkin apabila cara yang betul digunakan dalam
merawat bibir selepas penggunaan gincu tersebut. Pada masa akan datang diharapkan
inovasi produk ini dapat diteruskan dengan penghasilan gincu atau pelembap bibir yang
selamat digunakan dan tidak mendatangkan masalah jangka panjang.
Kata kunci: bahan kimia berbahaya, masalah bibir, lip scrub, lip balm, lip tint
75
TRANSISTOR CHECKER BASED ON DIRECTION OF
CURRENT FLOW
1Mohd Faiz Husny bin Yusof
faizhusny@pis.edu.my
1Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
ABSTRACT
The issue of electrical engineering students had to face is having difficulty in identify
the characteristics of component that quite often been used in their daily life during practical
work as example transistor. We can identify that some students take times to finish their
practical lab as they having difficulty in define type of transistor and their pins of emitter,
collector, and base. So we came up with an idea to create a device that will lessen time for
student to do their practical. This project we limit its scope just to define types of transistor and
its pin. This project is quick transistor tester. The device function when we insert the transistor
at pin socket occupied the led that we put as indicator will indicate the output whether the
transistor is NPN or PNP types and it also can determine the pin of transistor whether it is
EBC or ECB.
76
FUN LEARNING GAMES
1Nor’anita binti Romli
nor_anita@kkck.edu.my
1Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu
ABSTRAK
Kursus Matematik merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua pelajar semester
satu di Kolej Komuniti Kemaman. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,
didapati kebanyakan pelajar-pelajar ini agak bosan dan kurang berminat untuk mempelajari
kursus ini di dalam kelas. Oleh itu, Fun Learning Games telah dibangunkan sebagai salah
satu pendekatan untuk menarik minat pelajar dalam meningkatkan prestasi kursus yang
diajar. Teknik Fun Learning Games ini diterapkan dalam kursus Matematik dimana ia
melibatkan 42 orang pelajar semester 1 dalam bidang Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian.
Fun Learning Games ini merupakan aplikasi pengajaran digital yang digunakan dalam bentuk
permainan menggunakan perisian Kahoot. Kaedah penggunaan aplikasi pengajaran ini
memerlukan pelajar memahami konsep yang diajar melalui penilaian kuiz mengikut masa
yang telah ditetapkan dengan bantuan komputer atau telefon bimbit. Perisian ini banyak
menggunakan elemen penilaian formatif untuk pembinaan item soalan dengan
menggabungkan unsur jawapan, gambarajah atau video. Objektif inovasi ini adalah untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menjimatkan masa dan kos
serta dapat menganalisis pencapaian pelajar untuk setiap topik yang diajar dalam masa yang
singkat. Tambahan pula, permainan ini boleh dijalankan dimana-mana sahaja selain di dalam
kelas. Semakin fokus dan minat pelajar terhadap pembelajaran, semakin mereka memahami
konsep-konsep matematik. Selain itu, pensyarah juga dapat menilai pengetahuan pelajar
berdasarkan analisis kandungan yang telah dibuat. Ini dapat membantu pensyarah dalam
mengenalpasti kelemahan pelajar mereka seterusnya memberikan lebih penekanan pada
topik tersebut.
77
MULTIPURPOSE STAND PISTON (MSP)
1Yufiza binti Yusof 2Normalina binti Husain
3Mohd Fared bin Mohd Arsyad 4Shahril Nizam bin Ramli 5Ahmad Kamil bin Zainun
fairlady_iz@yahoo.com
Fasilitator: En Zulkifli bin Kamarudin
1Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak
ABSTRAK
Sewaktu pertandingan MyCCSkill Automotif yang diadakan pada tahun 2016 sehingga
tahun 2017 didapati bahawa tidak ada alatan khas yang sesuai kekita sesi ujian pengukuran
piston. Ini menyebabkan piston tersebut mengalami kerosakan yang agak ketara. Situasi ini
juga terjadi kepada pelajar-pelajar Multipurpose Stand Piston (MSP) ini di hasilkan bermula
daripada kesulitan yang dihadapi oleh pelajar Program Servis Kenderaan Ringan, khasnya
pelajar SKR 4. Pelajar mengalami masalah dalam menyelesaikan tugasan praktikal
merombak rawat kepala silinder yang melibatkan piston mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kebanyakan masa dihabiskan untuk membuka dan memasang ring piston, melakukan
penandaan kedudukan ring piston,membuat pengukuran piston dan memeriksa kelegaan ring
piston. Dengan wujudnya inovasi MSP ini, pelajar dapat menyelesaikan tugasan amali dengan
lebih cepat dan mudah serta mempercepatkan proses pengurusan pengajaran dan
pembelajaran secara amali di bengkel Automotif. Di samping itu inovasi ini akan menjadi
tanda aras kepada pensyarah-pensyarah unit Automotif dalam mencipta inovasi yang lebih
efektif dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
78
THREE PHASE GENERATOR TRAINER
1Krishnamoorthy A/L Govindarajalu
krishnamoorthy17@gmail.com 2Chandran A/L Maruthan
mcoustic@gmail.com
Zahidi bin Zamzuri
zahidi@polimelaka.edu.my
1Politeknik Melaka, Melaka
ABSTRAK
Model aplikasi 3-fasa arus ulang-alik ini dihasilkan untuk memperkukuhkan
pemahaman pelajar terhadap topik Penjanaan sistem 3-fasa kursus DET2033 semester 2
Diploma Kejuruteraan Elektrik. Pelajar-pelajar dapat didedahkan kepada penjanaan sistem 3-
fasa dan bagaimana setiap fasa menghasilkan gelombang sinus dengan sudut 120o.
Pemahaman pelajar terhadap sistem 3-fasa adalah penting kerana penggunaan sistem 3-fasa
adalah meluas dan pelajar akan menjawab soalan final berkenaan topik ini. Pada masa yang
sama, pelajar juga didedahkan kepada idea inovasi dan boleh dijadikan sebagai projek untuk
mereka menghasilkan satu model yang lain mengikut kreativiti masing-masing.Pelajar dapat
melihat dengan lebih baik bagaimana sistem 3 fasa berfungsi dan perbezaan dengan sistem
1 fasa dalam bidang elektrik. Dengan penghasilan model sebegini, Proses pengajaran dan
pembelajaran ( P&P ) terutama dalam kursus DET2033 Electrical Circuit dapat meningkatkan
lagi keberkesanan pembelajaran. Inovasi P&P ini juga dapat memberikan dorongan terhadap
tahap motivasi serta faktor-faktor yang mempengaruhinya dan meningkatkan minat pelajar
terhadap kursus Electrical Circuit.
79
SETTING-OUT BOX
1Mohamad Norzamani bin Mat Daud
maestro751018@yahoo.com 2Samihah binti Ngah
samihahngah@gmail.com 3Mariam Diyana binti Mohd Taha
mariamdiyana82@gmail.com
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Setting Out atau pelarasan tapak merupakan salah satu skop kerja dalam bidang
kerja lapangan senibina. Setting Out merupakan kerja awalan penting sebelum kerja-kerja
pembinaan bangunan dimulakan. Ia juga bertujuan memastikan kedudukan garisan grid
dalam pelan bangunan dapat dipindahkan secara tepat ke tapak pembinaan agar bangunan
yang dihasilkan mengikut pelan asal. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pelajar
mengetahui teknik-teknik Setting Out bangunan memandangkan industri pembinaan
merupakan keperluan yang utama selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu
metransformasikan industri pembinaan Negara. Setting Out Box merupakan satu inovasi
pemudahcara yang tidak melibatkan penggunaan peralatan canggih mahupun peralatan
elektronik. Inovasi ini dihasilkan bagi membantu mereka yang yang terlibat dalam industri
pembinaan dan yang berkaitan dimana ketepatan koordinasi garisan bersudut tepat sangat
kritikal. Setting out Building atau pelarasan tapak bangunan merupakan sebahagian daripada
modul Teknologi pembinaan yang dipelajari oleh pelajar semester pertama dan kedua Sijil
Teknologi Senibina. Pemahaman tentang kepentingan dan kebolehan pelajar menguasai ilmu
pelarasan tapak adalah amat penting agar kemahiran yang dipelajari didalam kolej dapat
dikembangkan ke alam pekerjaan nanti. Sehubungan itu, disamping kos penghasilannya yang
cukup minimum Setting Out Box ini juga direka bagi membantu para pelajar menguasai
kemahiran pelarasan tapak agar dapat memacukan lagi industri pembinaan Negara.
80
VR2AR@CC
1Nor Rusli bin Abu Bakar 2Muhamad Bukhari bin Othman
1Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkembangan sektor digital berlaku dengan
pesat sekali. Penambahan integrasi penggunaan internet dalam industri telah mewujudkan
interaksi antara peranti-peranti elektronik ke tahap yang lebih meluas. Ini telah memberikan
satu petunjuk bahawa kita telah pun memasuki era revolusi perindustrian keempat (IR4.0).
Bagi bidang pendidikan, ianya turut perlu diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Kerajaan dan pihak berkepentingan sering kali memperkatakan tentang pentingnya untuk
bidang pendidikan turut berubah seiring dengan kepesatan teknologi dunia masa kini.
Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah mengorak langkah
menyerapkan elemen IR4.0 iaitu dengan memperkenalkan penggunaan virtual reality (VR)
dan augmented reality (AR) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) program Diploma
Teknologi Senibina. Tercetusnya idea inovasi VR2AR@CC adalah daripada permasalahan
pemahaman pelajar terhadap model 3D terperinci bangunan. Seterusnya, satu kajian telah
diadakan bagi mengenalpasti kesediaan dan melihat penerimaan pelajar terhadap
penggunaan VR2AR@CC dalam proses PdP. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan
instrumen soal selidik yang berasaskan skala Likert. Hasil kajian mendapati semua pelajar
bersedia dan mendapati penggunaan VR2AR@CC adalah satu pendekatan pengajaran
baharu yang menarik serta dapat memudahkan pemahaman mereka. Penyelidik berharap
penggunaan elemen IR4.0 dapat ditingkatkan lagi dalam proses PdP di kolej komuniti.
Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR)
81
ArchRev
1Siti Nadia binti Muhammad Samsuddin
nadia_dya@yahoo.com 2Liew Foon Ching
fcliew @gmail.com
1Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
ABSTRAK
ArchDev adalah aplikasi mudah alih bidang senibina yang berfungsi sebagai asas
untuk panduan pengajaran dan pembelajaran. Senario semasa, pelajar bergantung kepada
kolej dan pensyarah untuk bahan pembelajaran seni bina seperti nota dan tutorial.
Permasalahan utama timbul apabila pelajar kehilangan nota yang diberikan atau gagal
menghafal maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan projek. Ini menimbulkan tekanan
yang tinggi kepada pelajar dan pensyarah kerana isu ini menyebabkan gangguan aliran kerja
projek. ArchDev mengguna semula maklumat dan perisian sedia ada untuk membuat aplikasi
mudah alih di mana pelajar senang untuk menyimpan dan mendapatkan nota seni bina. Oleh
itu, ArchDev merupakan satu penyelesaian yang optimum dalam permasalahan ini. Aplikasi
mudah alih ini telah diuji dengan 80 para pelajar seni bina di Kolej Komuniti Kuching untuk
kebolehgunaan dan kebolehpercayaan aplikasi ini. Hasilnya menunjukkan peningkatan dalam
prestasi kerja pelajar seperti ketepatan, pemahaman dan penyelesaian masalah. Pelajar juga
didapati lebih berkenyakinan dan mampu mengurangkan jangka masa dalam penyiapan
projek seni bina yang diberi. Justeru itu, ArchDev dipercayai mampu memberi impak besar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk bidang seni bina.
82
THE LLK - KIT PEMBELAJARAN PELABELAN
1Noorizyan binti Asimat
noorizyan@kkpsa.edu.my 2Siti Nurhaslinda binti Damanhuri
lindadamanhuri@kkpsa.edu.my 2Sulaihah binti Dollah
sulaihahd@gmail.com
1Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
ABSTRAK
Pembangunan dalam dunia pendidikan zaman ini lebih-lebih lagi di era dunia
Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memerlukan pensyarah lebih kreatif
dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Sehubungan itu, The LLK adalah salah satu
inisiatif sebagai alat bantuan mengajar bagi memudahkan pelajar Semester 1, Sijil
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) memahami subjek Pembungkusan dan
Pelabelan Makanan dengan lebih baik. The LLK adalah singkatan dari nama The Labelling
Learning Kit, atau Kit Pembelajaran Pelabelan Makanan. The LLK direka bagi memudahkan
pelajar jurusan SPK kolej komuniti memahami dan mempelajari konsep dalam subjek
Pembungkusan dan Pelabelan Makanan, SPK1033. Bagi sesetengah pelajar, topik ketiga
iaitu topik Pelabelan bagi subjek tersebut agak mengelirukan apabila mereka terpaksa
mengingati kedudukan yang sesuai bagi info-info penting dalam pelabelan mengikut Akta
Makanan 1985. Sehubungan itu, penghasilan The LLK ini dapat membantu pelajar kolej
komuniti khasnya untuk mengingati kedudukan info-info penting dalam label makanan dengan
betul.
83
KPTClik
1Syazwani bin Ahmad
syazwanikkspe@yahoo.com 2Norhayati binti Yahaya
db140249siswi@gmail.com
1Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah
ABSTRAK
KPTClik ini merupakan satu gabungan E-learning dan QR code untuk bahan
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar pendidikan khas. Pembelajaran secara
maya dapat menarik minat pelajar berkeperluan khas ini lebih memahami sesuatu topik yang
di ajar. Selain itu pelajar pendidikan khas ini lebih cenderung menggunakan teknologi terkini
seperti telefon pintar yang mudah difahami. Sistem ini memudahkan pelajar untuk memuat
turun nota atau helaian kerja dengan mudah, pelajar tidak perlu risau jika tertinggal nota atau
hilang kerana dengan scan kod yang diberi pelajar akan mendapatkan semula nota yang
tercicir. Pelajar juga dapat dinilai secara maya melalui ruangan tugasan yang terdapat pada
KPTClik ini.Pelajar juga tidak perlu risau mengenai kekeliruan dalam pembelajaran dan boleh
mengajukan sebarang soalan kepada pensyarah, sekaligus dapat menyahut cabaran
pembelajaran abad ke 21 yang disarankan oleh kerajaan.
84
REKABENTUK SISTEM SOLAR FOTOVOLTAN
1Zarulrizam bin Ab Jalil
zarulrizam@yahoo.com 2Faizatul Noor binti Abu Bakar
adryanoor_2011@yahoo.com 3Zali bin Wahil
zanasyanir@yahoo.com
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Rekabentuk konfigurasi susunan fizikal panel solar, termasuk orientasi dan
tatasusunan sambungan antara modul merupakan antara elemen penting dalam fasa
merekabentuk sama ada untuk sistem solar fotovoltan tersambung grid (GCPV) atau sistem
solar fotovoltan mandiri (SAPV). Di samping merekabentuk laluan pendawaian konduktor,
pembumian dan topologi inverter serta pepasangan komponen BOS yang lain. Inovasi yang
dijalankan ini adalah berkaitan penggunaan perisian ‘HelioScope’ sebagai suatu aplikasi yang
membantu pengguna untuk melakar atau merekabentuk tatasusunan bagi pemasangan
sistem solar dengan lebih mudah dan menjimatkan masa dan kos. Aplikasi ini juga
memudahkan pengguna untuk menentukan hasil keluaran sistem dan melukis susun atur
panel yang padan di sesuatu kawasan seperti di atas bumbung tanpa menggunakan perisian
tambahan seperti Autocad. Selain itu, pengguna juga dapat merekabentuk sistem solar
dengan lengkap merangkumi rekabentuk elektrikal dan mekanikal yang diperlukan pada
sistem.
85
TYRE INFORMATION GUIDE (TIG)
1Salwa binti Anuar
cikpuansal@gmail.com 2Ratna Andariena
3Nurul Shahira binti Mohd Kassim
1Kolej Komuniti Kelana Jaya, Selangor
ABSTRAK
Dunia pendidikan perlu mengadaptasi kaedah pengajaran baru selari dengan
perkembangan pantas teknologi. Alat bantu mengajar yang sesuai perlu diperkenalkan bagi
membantu pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Sehubungan dengan itu,
inovasi Tyre Information Guide (TIG) dibangunkan sebagai alat bantu mengajar yang
bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami pengetahuan asas dalam
bidang automotif. Berkonsepkan komunikasi visual dengan integrasi teknologi luasan realiti
(AR), TIG membolehkan pelajar mensintesis objek maya ke dunia sebenar secara nyata.
Dapatan penggunaan mendapati, inovasi ini bertindak sebagai medium yang memberikan
pengetahuan awal iaitu pre-knowledge sebelum amali sebenar dilaksanakan. Inovasi bersifat
kendiri dan interaktif ini bukan sahaja dapat membantu pensyarah menerangkan setiap
konsep yang diajar dengan lebih jelas dan cepat, malah dapat menarik minat pelajar untuk
turut aktif semasa sesi pengajaran berlangsung. TIG juga berfungsi sebagai medium
perkongsian ilmu bersama masyarakat khususnya sebagai panduan maklumat berkaitan
tayar kereta. Integrasi luasan realiti (AR) yang diterapkan TIG pula merupakan persediaan
mempersiap pelajar dengan penggunaan aplikasi teknologi disruptif selain memperkenalkan
masyarakat dengan kedatangan revolusi perindustrian 4.0.
86
MAGNATIC SMART NOTE V2 (KOMENTAR
PELANCONGAN BANDAR)
1Mastura binti Mahmud
1Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
ABSTRAK
Semudah namanya Magnatic Smart Note V2, pengguna hanya perlu membuka
helaian yang kecil Art Card Full Printed (260 gsm) 10x7 cm untuk melihat 30 lokasi sepanjang
laluan Kuala Lumpur serta fakta ringkas, gambar-gambar dan peta yang dilampirkan.
Kemudian, pengguna hanya perlu baca sepintas lalu, fahamkan laluan akan dilalui oleh coach
captain (bas persiaran) dan seterusnya mempraktikkan komentar di hadapan coach
persiaran. Magnatic Smart Note V2 yang ingin diketengahkan adalah nota ringkas yang
menjadi isi penting dalam penilaian Komentar Pemandu Pelancong disatukan dengan
gambar-gambar yang menarik serta peta laluan yang dilengkapi dengan elemen Augemented
Reality, rekabentuk yang ditambahkan dengan keychain sesuai dijadikan sebagai
cenderamata untuk pelancong. Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas Projek Inovasi
ini menunjukkan bahawa Inovasi Magnatic Smart Note dapat membantu meningkatkan
prestasi pelajar dalam melakukan aktiviti komentar. Oleh itu, diharapkan agar Projek Inovasi
ini memanfaatkan bukan sahaja pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat tetapi semua pengguna
terutamanya di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia tanpa membataskan tempat dan
jarak di mana sahaja mereka berada.
87
MyCkit
1Muhamad Azlin bin Ismail
muhamad_azlin@yahoo.com
1Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak
ABSTRAK
My Computer Learning Kits (MyCKIt) merupakan produk inovasi baharu yang
dibangunkan untuk membantu semua golongan komuniti untuk mempelajari asas
pemasangan sistem komputer dengan kaedah yang kreatif, inovatif dan penuh interaksi.
MyCkit menggabungkan perbagai kaedah pembelajaran kendiri yang mampu menarik minat
pengguna untuk mempelajari asas sistem komputer secara kendiri dan berkumpulan serta
sebagai alat bantu mengajar yang lengkap khasnya untuk guru & pensyarah . Set produk
inovasi ini menawarkan lima bahan pembelajaran iaitu kad nota Augmented Reality ( AR), set
amali AR, set aplikasilatihan bermagnet, poster AR dan gabungan set permainan popular
dengan teknologi AR. Konsep praktikal, menjimat masa, efektif, menarik dan bermotivasi serta
pembelajaran kendiri merupakan elemen yang diterapkan dalam inovasi ini. Gabungan 5
elemen dalam set ini mampu menawarkan konsep pembelajaran yang lebih dinamik dan
mengikuti arus teknologi semasa. Nota dan elemen permainan adalah unik dan bersifat
dinamik iaitu kandungan notanya boleh dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
Kata kunci: bermotivasi, dinamik, kendiri
88
INNOVATED AURA KIT
1Ho Swee Chin
ho_swee_chin @yahoo.com
1Kolej Komuniti Kluang, Johor
ABSTRAK
Pada zaman ICT ini, pengajaran dan pembelajaran boleh berlangsung secara
bersemuka atau secara maya melalui atas talian. Pembelajaran menjadi semakin mudah
khasnya setelah wujud kelas maya. Dalam projek inovasi ini, produk yang dibangunkan
adalah khusus kepada bidang solekan yang biasanya susah dijalankan secara maya.
Pembelajaran kendiri terhadap solekan mampu dijalankan jika ada alat bantu pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian. Pengajaran secara maya melalui capaian internet adalah
mustahak untuk merealisasikan proses pembelajaran kendiri. Jadi, kit ini dihasilkan untuk
membolehkan individu yang mula belajar solekan belajar kendiri pada masa kelapangan.
Selama ini adalah susah untuk mendapatkan model manusia bagi menjalani latihan solekan
untuk individu yang kurang mahir. Antara puncanya adalah kekangan dari segi ekonomi dan
masa. Selain itu, kerap melakukan latihan solekan pada muka seseorang adalah tidak sihat.
Untuk menguasai teknik solekan, pelajar perlu memahami bentuk muka, kening, mata dan
mulut serta nilai estetik secara menyeluruh. Kit ini bertujuan membantu pelajar membina asas
kefahaman terhadap solekan dengan gabungan teori, amali dan teknologi ICT. Maklumat-
maklumat yang dilampirkan dapat diperbahurui dengan berpandukan kepada teknologi terkini.
Methodologi pembelajaran dalam kit ini termasuk rujukan langkah demi langkah, latihan
melukis, mix & match bentuk kening, mewarna bayangan mata secara praktikal pada acuan
mengikut kadar kelajuan pembelajaran masing-masing tanpa melibatkan model manusia
pada permulaan. Hasil latihan dapat dihantar kepada pensyarah untuk penilaian melalui
teknologi e-pembelajaran .Pelajar yang telah membuat latihan praktikal solekan dalam kit ini
akan mempunyai tahap kemahiran dan keyakinan yang lebih tinggi untuk menyolek muka
manusia yang sebenar. Potensi pasaran terhadap kit ini adalah semua individu: perempuan
dan lelaki yang mula menceburi bidang solekan. Kit ini juga sesuai bagi pelajar yang ingin
belajar dalam kelas maya.
89
EASY HIGH FIDELITY MULTI AMPLIFIER ADJUSTMENT
AND MONITORING SYSTEM FOR LECTURER
1Mat Sazilin bin Ayub
sazilin.kkbest@gmail.com
1Kolej Komuniti Besut, Terengganu
ABSTRAK
Easy High Fidelity Multi Amplifier Adjustment And Monitoring System For Lecturer
adalah satu alat inovasi yang digunakan untuk mengawal amplifier dalam dewan yang
melibatkan penggunaan amplifier yang banyak. Penggunaan pencampur suara yang sedia
ada di pasaran hanya membekalkan 1 hingga 3 keluaran signal audio. Kebanyakan
penggunaan amplifier yang banyak hanya disambung secara selari. Sekiranya berlaku
kerosakan pada mana mana amplifier akan menyebabkan gangguan bunyi kepada amplifier
yang lain. Dengan menggunakan alat inovasi ini pensyarah yang menggunakan sistem audio
dewan utama kolej akan mudah untuk mengawal dan menilai kekuatan bunyi yang dihasilkan
oleh semua amplifier dan dengan mudah mengawal mengikut kesesuaian dewan semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat inovasi ini terbahagi kepada dua bahagian utama
iaitu pengasing suara dan penyah denyutan arus terus signal suara. Produk inovasi ini amat
bermanafaat kepada semua pensyarah Animasi 3D dan semua pensyarah yang
menggunakan sistem audio dewan yang menggunakan amplifier melebihi 3 pasang dan
mudah diselenggara kerana menggunakan komponen yang sedia ada di pasaran.
90
LOGIC GATE WHEEL
1Normadiah binti Mohamad
twotriple1@yahoo.com
1Kolej Komuniti Jasin, Melaka
ABSTRAK
Logic Gate Wheel adalah bahan bantu mengajar yang direkabentuk untuk kegunaan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Litar Logik dalam kursus Asas Sistem
Digit (SSK 1023) program Sistem Komputer dan Rangkaian. Ia merangkumi 5 jenis simbol get
Logik (get tak, get dan, get atau, get tak atau dan get tak dan), litar bersepadu dan jadual
kebenaran yang telah dimasukkan dalam satu bulatan seperti roda. Inovasi Logic Gate Wheel
ini direkabentuk bagi membantu pelajar yang mengalami masalah untuk mengingati simbol
get logik, nombor kaki litar bersepadu serta sukar memahami jadual kebenaran setiap get
berdasarkan formula. Bagi mengatasi masalah tersebut juga, penggunaan kaedah akronim
telah dimasukkan ke dalam inovasi ini yang mana ianya boleh membantu pelajar untuk
memahami setiap get logik dengan mudah. Dengan penghasilan inovasi ini diharapkan dapat
membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap kursus Asas Sistem
Digit terutamanya di dalam topik Litar Logik.
91
KIT PENGHASILAN MEE KUNING (KPMKU)
1Noor Hasmy binti Md Yunos
hasmyyunos@gmail.com 2Khairul Anwar bin Nordin
bpolaris_8084@yahoo.com 1Haniza binti Hashim
haniza076@gmail.com
1Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan Kit
Penghasilan Mee Kuning (KPMKu) yang digunakan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
KPMKu melalui proses inovasi dengan menggunakan motor pengayuh bagi memudahkan
pergerakan mengelek dan membentuk mee kuning. Operasi penggunaan mesin mee kuning
sebelum inovasi dijalankan adalah secara manual, iaitu perlu mengayuh pemegang mesin
tersebut menggunakan tangan. Operasi ini sedikit memenatkan dan tidak efektif. Justeru itu,
kajian tinjauan ini adalah untuk melihat sejauh mana inovasi ini memberi kesan kepada
pengguna dari segi penghasilan mee kuning pada masa kini. Kajian ini akan dilaksanakan
melalui pengedaran borang soal selidik. Responden adalah terdiri daripada pengajar dan
peserta Kursus Penghasilan Mee Kuning di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD).
Kelebihan kit ini ialah peserta tidak perlu memusingkan pengayuh ini secara manual lagi serta
mampu mengendalikan mesin dan bahan mee secara individu. Inovasi ini hanya perlu
mendapatkan motor untuk menggerakkan mesin mee kuning ini sahaja dengan kos yang
murah. Mesin ini juga sangat selesa digunakan oleh peserta dan pengajar, boleh mobile atau
tidak statik serta mampu dikomesilkan untuk kemudahan di Unit Kursus Pendek Kolej
Komuniti Bandar Darulaman. Selain itu, produk inovasi ini juga dicadangkan menjadi
sebahagian daripada kit demostrasi penghasilan mee kuning untuk UKP keluar menjalankan
tugasan pameran promosi KKBD.
Kata kunci: Mesin Mee Kuning, Motor, Kursus Pendek
92
THE USE OF SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM TO TEACHING
AND LEARNING FOR MANUFACTURING PROCESS
SUBJECT
1Suyani binti Arifin
suyani@pms.edu.my
1Politeknik Muadzam Shah, Pahang
ABSTRACT
In this summarize report show the innovation on the use of social media as a medium
to teaching and learning for manufacturing process subject. In today situation, social media is
one of the most applications that uses by people to fast communicate with friends and also
the communication become more wide and interesting. Due to that, the implementation of
social media into teaching and learning method causing sharing the knowledge easier and
communicate faster. This manufacturing process course taken by two programs that is from
DRA and DRP. The main reason in creating this media social is for fast communication
regarding sudden changes between the lecturer and student. This media social also help for
student to understand more regarding the subject and for their preparation before class. This
also can help student gain interest and knowledge about manufacturing process. In this report
also shows some of the information that had been uploaded into the website and the update
in the twitter account. Having this type of medium to communicate with student help for better
interest about this subject and also reducing any of lack information with the student and
lecturer.
93
MENINGKATKAN KEMAHIRAN VISUALISASI PELAJAR
DALAM KURSUS ENGINEERING MECHANIC MELALUI
APPLIKASI MODEL 3 DIMENSI
1Myia Yuzrina Zalkis binti Ayol
myia@pmm.edu.my 2Leilawati binti Zakaria
leilawati@pmm.edu.my 1Mohd Suri bin Saringat
mohdsuri@pmm.edu.my
1Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Kemahiran visualisasi merupakan satu elemen penting bagi seseorang pelajar untuk
memahami subjek yang melibatkan tajuk 3 dimensi (3D). Terdapat ramai pelajar yang lemah
dalam kemahiran visualisasi sehingga menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk
mendalami beberapa topik yang diajar di dalam kursus Engineering Mechanic di Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Merlimau. Masalah ini berlarutan sehingga menyebabkan
peratus kegagalan pelajar yang tinggi setiap semester bagi subjek ini. Maka, satu kaedah
model 3D diperkenalkan untuk menyelesaikan kesukaran para pelajar untuk memahami dan
mentakrif penggunaan penyelesaian masalah berkaitan 3D secara lebih tepat dan berkesan
terutamanya dalam kursus Engineering Mechanic. Selain keberkesanan kepada pelajar,
Model 3D yang dibangunkan ini juga amat memudahkan para pensyarah untuk memberi
penerangan berkaitan dengan tajuk yang melibatkan penggunaan paksi 3D. Kajian tinjauan
menunjukkan lebih 90 % pelajar telah bersetuju dan mengakui mereka dapat memahami apa
yang diajar oleh pensyarah di dalam kelas dengan lebih baik dan mudah. Manakala, hasil
temubual terhadap pensyarah yang mengajar dan menggunakan kaedah baharu model 3D
ini juga menunjukkan maklumbalas yang sangat positif dan bersetuju agar ianya
diperkenalkan secara lebih meluas dalam lain lain matapelajaran yang berkaitan analisis 3D.
Dapatlah disimpulkan bahawa kaedah baru model 3D yang diperkenalkan ini sangat
membantu para pelajar dan pensyarah berkaitan isu pemahaman analisis 3D secara lebih
baik. Maka, suasana pengajaran dan pembelajaran bertambah seronok dapat ditimbulkan
secara lebih berkesan disamping itu pembelajaran secara aktif juga dapat dilaksanakan.
Kata kunci: Kemahiran visualisasi, model 3D, Engineering Mechanic, pensyarah, pelajar.
94
MULTIPURPOSE APRONA
1Analiza Suria binti Mohd Yusof
analiza_kkktu@edu.my 2Jasni binti Rasul
jasni_kkktu@edu.my
1Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu
ABSTRAK
Produk Multipurpose Aprona ini diwujudkan bagi menyelesaikan permasalahan
sikap pelajar Jahitan Kreatif serta Fesyen dan Pakaian terhadap penyediaan alatan jahitan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bengkel. Pelajar yang terlibat adalah
10 orang pelajar dari program Jahitan Kreatif semester dua bagi sesi Julai 2018 manakala 29
orang pelajar dari Program Fesyen dan Pakaian semester 4 sesi Julai 2017. Objektif
menghasilkan produk Multipurpose Aprona ini bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar
dan pensyarah semasa proses PdP dan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengumpulan
data ini dibuat melalui edaran soal selidik serta pemerhatian. Dari segi pemerhatian
menunjukkan kelemahan pelajar membawa alat jahitan semasa PdP adalah 100%. Ini
disebabkan pelajar sentiasa berada dalam keadaan tidak bersedia. Selain itu, peralatan
jahitan juga sentiasa hilang dan tidak dibawa setiap kali mengikuti PdP di bengkel
terutamanya pelajar Jahitan Kreatif kerana mereka merupakan golongan orang kurang upaya
(OKU). Dengan adanya produk Multipurpose Aprona ini dapat membantu pelajar dan
pensyarah melaksanakan dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kemudahan ini amat memudahkan pelajar kerana dengan Multipurpose Aprona yang
dilengkapi poket-poket untuk simpan alatan jahitan utama seperti gunting, penentas jahitan,
jarum peniti, kapur jahit dan tali inci membantu pelajar untuk bertindak dengan lebih cepat
ketika pensyarah memerlukan sesuatu alatan jahitan utama untuk proses menjahit
seterusnya. Dengan keunikkan yang ada pada produk Multilpurpose Aprona ini adalah
berubah bentuk kepada beg cerut. Kegunaan beg cerut ini untuk memudahkan pelajar
menyimpan kertas pola atau fabrik yang melibatkan tugasan semasa dan senang di bawa ke
Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
Kata kunci: sikap, penggunaan alat jahitan, pengajaran dan pembelajaran (PdP)
95
TRUNKING ANGLE RULER (TAR)
1Nurzaima binti Mahmod
nurzaima.mahmod@yahoo.com 2Siti Fatimah binti Patkar
sfatimah.patkar@gmail.com 3Amir Hafizun bin Ab Rashid
amier.kklej@gmail.com
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
TAR merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) direkacipta untuk membantu sesi amali
dan lebih menekankan aspek membantu dan memudahkan pelajar untuk memotong dan
membentuk trunking dengan cepat dan tepat. Sekaligus memantapkan kemahiran pelajar
dalam merekabentuk trunking mengikut sudut yang diperlukan seperti 45°, 90° dan 135° . Idea
inovasi ini tercetus apabila melihat pelajar mengambil masa yang lama dan sukar untuk
membentuk trunking semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Modul
Pendawaian Elektrik 1 Fasa dan 3 Fasa bagi Program Sijil Teknologi Elektrik. Oleh itu, TAR
sebagai alternatif pemudahcara pengajar untuk menerangkan cara merekabentuk trunking
dalam subjek Pendawaian Elektrik. Justeru itu, dengan adanya TAR pelajar dapat
menggambarkan dan mengurangkan kekeliruan untuk membentuk dan memotong trunking
mengikut sudut yang diperlukan.
96
SwiftSmart: SISTEM KESELAMATAN KENDERAAN,
APLIKASI INTERNET OF THINGS DI DALAM INDUSTRI
AUTOMOTIF
1Azhar bin Kamardin
azhar.kamardin@gmail.com 2Khairul Anuar bin Idris
khairulanuaridris1@gmail.com 3Zulkifle bin Sukri
kis4le_84@yahoo.com.my
1Kolej Komuniti Gerik, Perak
ABSTRAK
Sistem keselamatan kenderaan semakin maju selari dengan teknologi yang semakin
berkembang maju. Kemajuan yang berkembang maju ini juga meningkatkan teknik kecurian
kereta digunakan. SwiftSmart adalah aplikasi yang cuba diperkenalkan untuk mengenalpasti
keadaan kenderaan walaupun kenderaan berada jauh daripada pemilik. Pemilik boleh
mengakses maklumat kenderaan menggunakan aplikasi atas talian menggunakan telefon
bimbit. Data pemilik disimpan di dalam cloud yang hanya boleh diakses oleh pemilik sahaja
dan jika berlaku pencerobohan terhadap kenderaan, pemilik akan dimaklumkan melalui
telefon bimbit. Pemilik juga boleh menjalankan tindakan susulan terhadap pencerobohan
kenderaan tersebut. SwiftSmart dibangunkan menggunakan papan utama mikro komputer
Raspberry Pi 3 model B. Pemilihan papan utama ini dipilih adalah kerana ianya digunakan di
dalam modul STM 3023 Internet of Things dan ianya mampu menjalankan banyak tindakan
dalam satu-satu masa berbanding papan utama yang lain. SwiftSmart digandingkan juga
dengan aplikasi Blynk kerana ianya menggunakan API berbanding aplikasi lain yang
menggunakan IP. Aplikasi Blynk boleh digunakan di dalam telefon yang mempunyai sistem
pengoperasian IOS dan Android. Teknologi IOT sedang pesat digunakan di dalam industri
pembangunan, kesihatan, automotif dan perkilangan. Pembangunan SwiftSmart adalah
bertujuan untuk membantu pelajar mengaplikasikan teknologi IOT di dalam industri automotif.
97
CONGKAK LANGUAGE GAME ~SCOOP, SEED & SPEAK!
1Catherine Nguoi Chui Lam
catherinenguoi@yahoo.com
1Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
ABSTRACT
Games have great educational values. Besides creating a fun and learning
environment which can push learners to interact and cooperate, great games can also help
build communication skills in a fun and engaging way, particularly when the learners are
engaged in meaningful and communicative language use. This board game was thus
proposed as an alternative teaching and learning tool to facilitate the teaching of product
description. Scoop, Seed and Speak is inspired by a mancala game of Malay origin–
CONGKAK to facilitate students’ learning. A total of eighty (80) polytechnic students have
given their feedback after playing the board game developed. For perceived usefulness of the
game, it was reported that the game can help students in learning new vocabularies (96.3%),
describing the product (92.5%), motivating them to do the talking in English (93.8%),
increasing their confidence in speaking (93.8%), justifying their points (91.3%) and challenging
other players’ claim (91.2%). As for perceived enjoyment of playing the game, the game was
reported exciting and fun as the players were competing to be the winner of the game (97.5%),
they will never know which challenge card they will get (98.8%), exciting when they tried to
make justifications to present their point (92.5%), they can challenge other player's claim
(97.5%), learn some new vocabularies (97.5%) and they have to make a guess of the product
based on the clues given (96.3%). As for the improved version of the game, Augmented
Reality (AR) tool was used to help create a more interactive language learning environment.
Carefully prepared digital content was uploaded and displayed as the overlay. Players can get
the augmented reality experience while playing the game using a mobile app available on iOS
and Android. Therefore, this hybrid version of the board game has the advantage of allowing
learners to interact actively with the learning content and can ultimately facilitate the students’
learning.
98
M-CHEF JACKET
1Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin 2Rozanazirah binti Che Yahaya
3Muhammas Syafiq bin Mohamed Sahar
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Chef jacket atau baju kitchen mempunyai pelbagai jenis rekaan dan warna yang terjual
di pasaran terkini. Chef jacket berfungsi untuk melindungi diri agar tidak terkena secara
langsung dengan suhu panas contohnya dari steampot atau sinaran api dari stove. Material
chef jacket yang digunakan ialah TC Drill Fabric berwarna putih atau hitam yang tahan panas.
Inovasi ‘M-Chef jacket’ ini tercetus semasa melihat pakaian seorang tenaga pengajar sedang
sarat mengandung menjalankan kelas amali di bengkel. Oleh sebab bahagian perut yang
semakin membesar, chef jacket tidak lagi boleh dipakai kerana tidak boleh dibutangkan di
bahagian perut. Oleh itu, pakaian biasa yang kurang sesuai di bengkel dipakai bagi
menggantikan chef jacket. Solusi lain pula ialah terpaksa membeli sehelai chef jacket yang
bersaiz lebih besar supaya boleh dipakai sepanjang tempoh mengandung. Ia menyebabkan
kerugian kerana setelah melahirkan anak, chef jacket tersebut tidak lagi digunakan kerana
saiznya besar dan saiz badan telah kembali normal. Percubaan menghasilkan ‘M-Chef jacket’
dengan menggunakan chef jacket terpakai dijalankan bagi menentukan kesesuaian idea ini
agar produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dengan penghasilan
produk ini diharap tenaga pengajar yang sarat mengandung masih dapat memakai chef jacket
sebagai uniform harian untuk mematuhi etika keselamatan semasa berada dalam bengkel
atau dapur.
99
MEMBANGUNKAN JIG AND FIXTURE SEBAGAI ALAT
BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
1Farhanim binti Kamarudin
nurulanimkamaruddin@gmail.com
1Kolej Vokasional Klang, Selangor
ABSTRAK
Pembangunan jig & fixture sebagai satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)
merupakan satu idea untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus
MPI 7042 iaitu Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1) dan MPI 8044 iaitu Projek Tahun Akhir (PTA 2).
Tinjauan serta kajian dibuat dengan menemuramah pelajar tahun 1 Diploma Teknologi
Pemesinan Industri yang akan mengambil projek PTA 1 dan PTA 2 pada semester 3 dan 4
rata-rata tidak mengetahui tentang projek berasaskan jig dan fixture. Tema jig dan fixture ini
telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang memenuhi ketrampilan
duty-task atau satu compentency unit (CU) di dalam NOSS bagi tahap 4 iaitu eksekutif cad /
cam. Justeru itu, sebagai tenaga pengajar yang terlibat di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran diploma telah mengambil inisiatif di atas masalah tersebut untuk
membangunakan jig dan fixture sebagai ABBM. Tiga jenis projek jig dan fixture telah
direkabentuk iaitu cylindrical vise, flexible vise dan adjustable cylinder block. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik yang menganalisis kefungsian jig dan fixture. Sampel 30
orang pelajar dari Program Teknologi Pemesinan Industri, terlibat dengan ujikaji kefungsian
jig dan fixture. Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti jig dan fixture yang telah
dihasilkan dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran kursus MPI 7042 iaitu
Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1) dan MPI 8044 iaitu Projek Tahun Akhir (PTA 2).
100
KIT BLOK SUSUN ATUR TAPAK BINA
1Nor Harwati binti Ghazali
norharwati.kk@1govuc.gov.my
1Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang berterusan dan ianya tidak
pernah terhenti. Oleh itu ia seharusnya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa semakin
lama semakin berkembang seiring dengan arus kemajuan global. Oleh itu kaedah
pembelajaran tidak boleh terus berada di takuk yang lama ianya perlu diubah lebih-lebih lagi
sekiranya pelajar kurang berminat, suasana pembelajaran hambar dan pelajar menjadi
kurang cemerlang. Pensyarah mesti melakukan sesuatu untuk meningkatkan lagi mutu
pendidikan seperti inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kit Blok Susun Atur Tapak
Bina adalah sebuah Inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mengambil
pendekatan bermain sambal belajar. Ianya dilaksanakan sebagai suatu langkah
penambahbaikan bagi topik 2 Susun Atur Tapak Bina untuk Modul STP 2013 Binaan
Bangunan 1. Ianya adalah sebuah kelengkapan /perkakas blok mainan yang dilabelkan
dengan maklumat yang berkaitan dengan sebuah tapak pembinaan iaitu bahan-bahan
pembinaan yang terdiri daripada pasir, batu baur, simen, tetulang keluli, batu blok. Perkara-
perkara lain seperti perancah, kotakbentuk, stor peralatan, binaan sementara, laluan keluar
masuk, kantin, rumah pekerja, loji pembancuh konkrit dan sebagainya. Kit Blok Susun Atur
Tapak Bina ini perlu di susun atur sendiri oleh pelajar mengikut konsep dan undang-undang
sesebuah tapak bina. Permasalahan yang dihadapi di dalam topik ini sebelum ini adalah
proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan biasa-biasa sahaja iaitu
pensyarah menerangkan slide manakala pelajar hanya mendengar, melihat dan terdapat
beberapa sesi soaljawab di antara pelajar dan pensyarah. Penialaian pelajar dalam topik ini
juga kurang memuaskan. Oleh itu di harapkan dengan adanya inovasi Kit Blok Susun Atur
Tapak Bina menjadikan situasi pembelajaran lebih menarik dan berkesan kerana pelajar
bermain sambil belajar. Pensyarah juga mudah untuk memahamkan pelajar dan seterusnya
pelajar diharapkan mendapat markah yang cemerlang di dalam topik ini.
101
PLC TRAINING KIT
1Mohamad Afdzam bin Rahim
zham2112@yahoo.com 2Fadilah binti Mohamad Najuri
halidaf14@yahoo.com 3Hidayah binti Tapri
hidayah_kks2@yahoo.com
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Teknologi Programmable Logic Control (PLC) di dalam industri memberi pengetahuan
asas mengenai ciri-ciri PLC, bahasa pengaturcaraan, rekabentuk dan senggaraan.
Programmable Logic Controllers (PLC) adalah komputer elektronik yang mampu menyimpan
program, memproses maklumat dan mengatur proses sehingga terhasil output yang
dikehendaki tetapi akan wujud masalah jika pelajar tidak dapat menguasai penggunaan
Programmable Logic Controllers (PLC) dengan baik. Programmable Logic Controllers (PLC)
merupakan subjek berasaskan praktikal yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan
pendawaian perkakasan. Antara masalah yang timbul adalah proses pembelajaran dan
pembelajaran tidak berjalan lancar disebabkan kefahaman pelajar terhadap Programmable
Logic Controllers (PLC) tidak dapat disampaikan dengan baik, perkakasan yang tidak teratur,
dan pembaziran kabel ketika membuat pendawaian perkakasan. Bagi mendapatkan
kefahaman pelajar secara maksimum serta membantu meningkatkan produktiviti pensyarah
dalam menjalankan tugas, penyusunan perkakasan yang lebih teratur dan penjimatan
penggunaan kabel wujudnya idea untuk menghasilkan PLC training kit. PLC training kit ini
berbentuk kotak bersaiz 40cm X 40 cm yang diperbuat daripada papan lapis berketebalan
3mm dan mempunyai pemegang supaya mudah dibawa dan disimpan. PLC training kit juga
bersifat ready to use dan boleh dibawa kemana sahaja. Inovasi ini disertakan dengan user
manual yang mudah difahami oleh pengguna baharu. Antara cadangan penambaikan inovasi
ini adalah menambah fungsi PLC training kit dengan meletakkan bahagian penyimpanan
kabel dan alatan tangan supaya lebih tersusun dan mudah dicapai disamping menarik
semasa penggunaan PdP yang lebih kondusif didalam kelas.
102
APLIKASI LEARN WIRELESS
1Fazilah binti Ismail
fazilah@pms.edu.my
1Politeknik Muadzam Shah, Pahang
ABSTRAK
Perkembangan teknologi terkini yang pesat merupakan cabaran dalam mewujudkan
pembelajaran yang lebih berkesan dan seiring dengan kepesatan teknologi tersebut.
Pembangunan aplikasi mudah alih menjadi satu transformasi dalam meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam pembelajaran tanpa batasan waktu dan lokasi
pembelajaran. Aplikasi berasaskan android yang bertajuk Learn Wireless telah dibangunkan
bertujuan meningkatkan pengetahuan teori pelajar serta memberi impak yang positif dalam
penguasaan teori pelajar. Antaramuka aplikasi ini yang interaktif akan memberikan gambaran
yang lebih menarik dalam meningkatkan pengetahuan pelajar dalam topik yang dipelajari.
Aplikasi ini dibangunkan dengan mengunakan perisian Android Studio kerana platform
android menyediakan satu platform terbuka dan diguna pakai oleh pengguna yang pelbagai
peringkat umur. Aplikasi ini boleh mengembangkan proses pembelajaran mereka tanpa perlu
terikat oleh lokasi serta boleh dibawa kemana sahaja. Aplikasi ini telah dilakukan pengujian
kepada pelajar ternyata mampu meningkatkan motivasi pelajar dalam meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan mereka.
Kata kunci: Aplikasi mudah alih, platform android, inovasi pendidikan
103
ENGINE STARTER SYSTEM MONITORING
1Mohd Amirul bin RamIan
amermyrul@gmail.com
1Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRAK
Kemajuan dalam teknologi telah menambahbaik pelbagai bidang sehingga tercetus
pelbagai inovasi untuk menambahbaik keperluan dalam pekerjaan. Kecangihan teknologi
telah membawa kepada usaha penghasilan alat bantuan yang mudah dan bercirikan
keselamatan dalam bengkel servis kenderaan. Objektif kajian ini dijalankan bagi tujuan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk pengujian Engine starter dalam subjek SKR 4202
Penyelenggaraan Sistem Elektrik Enjin. Dengan menggunakan ESSM dalam PdP, risiko
kemalangan terhadp pengujian (pelajar dan pensyarah) dapat dielakkan, spark atau percikan
api dapat dilenyapkan dan masa PdP dapat dijimatkan. Tahap kefahaman pelajar turut
meningkat kerana mereka dapat memahami dengan jelas bagi setiap ujian yang dijalankan
oleh pensyarah dengan menggunakan ESSM. Peserta yang dipilih terdiri daripada 5 orang
pelajar yang terlibat dalam bengkel dan sesi PdP SKR 4202 Penyelenggaraan Sistem Elektrik
Enjin. Diharapkan, dengan penggunaan ESSM ini mampu menyumbang kepada kemajuan
dalam bidang pendidikan khususnya dan dalam bidang automatif secara tidak langsung.
104
PEMBUBARAN PERNIKAHAN : THE EASY WAY
1Nurul Ezza binti Tumiran
nurulezza27@gmail.com
1Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
ABSTRAK
Pembubaran Pernikahan : The Easy Way merupakan projek inovasi yang
mengandungi nota-nota ringkas dan gambar-gambar menarik yang dimuatkan dalam aplikasi
telefon mudah alih. Idea ini timbul apabila berlaku kemerosotan dalam skor markah CLO
(Course Learning Outcomes) dan PLO (Programme Learning Outcomes) dalam topik
pembubaran pernikahan. Pensyarah juga berhadapan dengan masalah untuk menerangkan
dengan kaedah yang berkesan apabila para pelajar berhadapan dengan isu kekeliruan istilah-
istilah bahasa Arab yang kerap digunapakai dalam pembelajaran yang melibatkan topik
pembubaran pernikahan. Ciri-ciri yang ada pada aplikasi ini adalah ia memiliki nota ringkas
dan padat dilengkapi dengan kuiz, contoh bergambar yang menarik dan bersesuaian dalam
setiap kaedah pembubaran pernikahan. Ia juga boleh dan mudah diakses dimana sahaja
berbanding menggunakan kaedah nota yang dicetak pada kertas. Oleh itu, diharapkan agar
projek inovasi Pembubaran Pernikahan : The Easy Way ini dapat dimanfaatkan oleh semua
pelajar dan pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Islam 2.
105
DRAFTING POCKET BOOK
1Mariam Diyana binti Mohd Taha
mariamdiyana82@gmail.com 2Joehari bin Abdul Tolib
joebrpt84@gmail.com
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
DRAFTING POCKET BOOK adalah aplikasi mudah alih yang mempunyai informasi
berkaitan subjek lukisan kerja. Informasi yang terkandung dalam aplikasi mudah alih ini adalah
saiz struktur dan komponen bangunan bagi menghasilkan lukisan kerja. Aplikasi ini dicipta
khas bagi pelajar senibina yang sedang menjalani sesi p&p mahupun yang sedang menjalani
sesi latihan industri. Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan bagi mereka yang mencari
maklumat berkaitan ukuran asas pembinaan. Oleh kerana, pelajar kerap bertanya mengenai
saiz struktur & komponen bangunan ketika sesi p&p mahupun ketika sesi latihan industri,
DRAFTING POCKET BOOK aplikasi mudah alih ini dicipta bagi mengatasi masalah keraguan
pelajar berkaitan lukisan kerja. Ia juga merupakan sumber rujukan bagi ukuran apabila pelajar
melakukan lukisan berbantukan komputer ‘AutoCAD’. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan
kombinasi google spreadsheet dan appsheet. Aplikasi ini telah membantu banyak pelajar Sijil
Teknologi Senibina semasa di Kolej terutamanya semasa latihan industri. Aplikasi ini pada
masa hadapan boleh di integrasikan dengan keupayaan ‘chat’ dan catatan nota.
106
CC SISWA
1Nurul Nadiah binti Tukirin
nurulnadiah@kkkluang.edu.my 2Shaheela binti Abu Bakar
shaheela@kkkluang.edu.my 3Khairul Zulfaqar bin Mohd Salim
shaheela@kkkluang.edu.my
1Kolej Komuniti Kluang, Johor
ABSTRAK
Teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia semakin berkembang pesat kini.
Penggunaan komputer, telefon pintar untuk melayari internet bukanlah sesuatu perkara yang
asing bagi masyarakat di Malaysia khususnya para pelajar dan pensyarah di Kolej Komuniti.
Pemberian bahan pembelajaran seperti nota dan tugasan melalui kertas secara terus didalam
kelas adalah tidak begitu relevan. Pekara ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran
kewangan malah turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Bahan-bahan
pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah berkemungkinan akan hilang dan sukar untuk
pelajar membuat rujukan pada masa akan datang.Laman seswawang CC SISWA
dibangunkan khusus untuk pensyarah dan pelajar di Kolej Komuniti Kluang. CC SISWA
dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan CSS beserta Jawa
Script. Aplikasi yang digunakan untuk membangunkan laman sesawang ini adalah percuma
iaitu Notepad, Dropbox dan hosting 000webhost. Fail-fail dihubungkan menerusi Dropbox
bagi menjamin keselamatan fail tersebut daripada virus. Dengan laman sesawang ini, pelajar
dapat memuat turun nota dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi setiap kursus pada
bila-bila masa. Turut disediakan adalah takwim akademik pelajar bagi memudahkan pelajar
merujuk aktiviti yang dijalankan di Kolej Komuniti Kluang. Dapatan awal dari temubual
dikalangan pelajar menunjukan penggunaan laman sesawang CC SISWA dapat
menyelesaikan 80% masalah yang berkaitan dengan bahan P&P. Ini menunjukkan CC
SISWA sangat relevan untuk digunakan oleh pensyarah dan pelajar di Kolej Komuniti Kluang
atau mungkin juga di Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Kata kunci: e-pembelajaran, CC SISWA, bahan P&P, internet, Dropbox, Kolej Komuniti
107
PLANNER@KK
1Suriati Binti Ahmad
suriati@kk.kua.edu.my 2Nor Akmal Binti Mohamad
akmal62@yahoo.com 3Azliza Binti Yusop
azlizayusop@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Planner @KK ialah buku catatan harian dengan tarikh yang mengandungi takwim
sepanjang tahun yang turut merangkumi takwim pembelajaran dan pengajaran (PdP) di Kolej
Komuniti. Ia juga berfungsi sebagai catatan perancangan dan pelaksanaan seharian program
pelajar Kolej Komuniti. Telah diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.Turut dimuatkan
kata-kata motivasi dan sinopsis program Be$mart yang dianjurkan oleh CIMB Foundation
sebagai sokongan terhadap Planner@KK. Fokus kajian ini adalah untuk mencari
keberkesanan sejauhmana penggunaan Planner@KK membantu proses PdP dalam usaha
pelajar-pelajar menyediakan tugasan dan laporan yang baik mengikut standard yang
dikehendaki. Sebanyak 60 borang penilaian telah diedarkan kepada pelajar-pelajar Kolej
Komuniti Kuantan. Hasil dapatan pelajar-pelajar terhadap Planner@KK ini melalui borang
maklumbalas adalah sistematik dimana 95% membantu pelajar dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti PdP dengan baik dan penuh motivasi. Efisien 97% membantu pelajar
menjalani kehidupan sebagai pelajar Kolej Komuniti dengan dengan lebih peka melalui
peringatan tarikh penting untuk kecemerlangan dan 97% keperluan pasaran adalah satu
peluang yang baik untuk melebarkan pasaran produk untuk manfaat pelajar Kolej Komuniti
seluruh Malaysia. Di harapkan dengan terhasilnya Planner@KK ini akan memudahkan lagi
proses pembelajaran yang cekap, tepat dan efisyen. Ianya juga membantu proses PdP di
Kolej Komuniti berjalan lancar. Planner@KK ini juga boleh memudahkan semua pihak;
penambahbaikan dari inovasi sebelum ini mudah dibawa kerana di cetak dalam saiz handy,
menjimatkan masa, penggunaan kertas yang minima dan menjadikan proses PdP lebih
menarik dan berkesan. Secara tidak langsung, menimbulkan minat pelajar untuk mengurus
pengurusan harian dengan adanya Planner@KK, segala kegiatan dapat dilakukan secara
tertib dan teratur sesuai mengikut tahap-tahap petunjuk prestasi yang diperlukan.
108
109
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
1. BUKU LOG KEWANGAN
Hilmun binti Mohamed
Nurul Mulia binti Ismail
Masliza Idani binti Mahmood
Politeknik
Melaka, Melaka
112
2. INOVASI ‘TEPUNG SEGERA GEBU’
Mohd Razali bin Hasam
Rosnaimah binti Mohamed Yunos
Suhaila binti Mat Nor
Politeknik
Merlimau, Melaka
113
3. ALERT ME HELMET
Mohd Firdaus Mustakim bin Yahya
Politeknik
Merlimau, Melaka
114
4. FORMULA BAHARU BAGI MENGUKUR KADAR
PENCAHAYAAN SIANG DENGAN
MENGGUNAKAN TELAGA CAHAYA DALAM
RUMAH TERES SATU TINGKAT
Ts. Amran bin Atan
PM Dr. Nik Lukman Nik Ibrahim
Politeknik
Merlimau Melaka
115
5. CAREER GUIDE KIT
Angela Ong Shiau Fei
Surayah binti Ab Rahmad
Kolej Komuniti
Bandar Penawar,
Johor
116
6. FIVE MI
Nurul Huda binti Mahasan
Mardhiah binti Mohd Zain
Suganti a/p Eallangov
Kolej Komuniti
Bera, Pahang
117
7. MODEL R.O.S.S - LALUAN PERKEMBANGAN
KERJAYA PELAJAR TVET
Ahmad Rosli Mohd Nor
Mohamad Sattar bin Rasul
Anuar bin Mohd Ali
Kolej Komuniti
Masjid Tanah
119
8. SMART CUTTING MAT
Muhaini binti Osman
Normalis binti Masud
Kolej Komuniti
Sabak Bernam
120
110
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
9. EZY TAHARAH KIT
Faridah binti Mustaffa
Faridah binti Mohamad
Maziah binti Muda
Kolej Komuniti
Kuala
Terengganu
121
10. TEPUNG KULIT PISANG (BANANA SKIN FLOUR)
Mohamad Hapiz Abdul Rahman
Khairul Ashikin binti Abdullah Suhaimi
Ahmad Humaizi bin Hussin
Kolej Komuniti
Chenderoh,
Pahang
122
11. MOBILE KIT : MANAGING EMOTIONS
Suzila Yusof
Norlaili Abdullah
Kolej Komuniti
Kemaman
123
12. MYSK : SOLAT- KIT FOR THE ADVENTUROUS TRAVELLER Norain binti Md Khamijah Zubir Asadi bin Mohamad Maslina binti Abd Rahim
Kolej Komuniti
Hulu Selangor
124
13. PERSONAL SOLVING CARD
Zarina binti Samin
Nur Angriani binti Nurja
Khairul Aizal bin Osman
Kolej Komuniti
Ledang, Johor
125
14. JAMU CEWEK
Siti Aminah Mohd Lazim
Jalilah Ali
Sharida Baharudin
Kolej Komuniti
Tampin, Negeri
Sembilan
126
15. SERBUK PERISA ‘I’RASA’ TANPA BAHAN
PENGAWET DAN MONOSODIUM GLUTAMATE
(MSG) YANG CEPAT, ENAK DAN SIHAT
Mohd Syazrin Radzuan,
Norsahida Mohammad Razali
Wan Salmiah Wan Ruslan
Kolej Vokasional
Datuk Seri Abu
Zahar Isnin
127
111
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
16. AKSES MUDAH - LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI (AMLIKK) Noorlinda binti Bundawa Nur Sabrina binti Mohd Tahar
Kolej Komuniti
Teluk Intan ,
Perak
128
17. HOMEMADE CHOCOLATE SYRUP DURIAN
FLAVOUR
Norzita Suzalin bBinti Mohd Ali
Farah Zurin binti Salleh
Wan Zara Natasha binti Wan Mohd Isa
Kolej Komuniti
Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
129
18. TRAFFIC SAFETY BOARD
Dzul Fitry bin Ismail
Norawati binti Masro
Mohd Syaufiq bin Dolmat
Kolej Komuniti
Sabak Bernam,
Selangor
130
19. DURIOS MADNESS & DURIOS CRACKER
Mohd Nazly bin Abd Hamid
Kolej Vokasional
Kuala Selangor,
Selangor
131
20. PENGHASILAN INSTANT PASTE MASAK LEMAK
TEMPOYAK
Mohd Mohadir bin Harun
Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman
Kolej Komuniti
Chenderoh,
Perak
132
112
BUKU LOG KEWANGAN
1Hilmun binti Mohamed
hilmun@polimelaka.edu.my 2 Nurul Mulia binti Ismail
masliza@polimelaka.edu.my 3 Masliza Idani binti Mahmood
n_mulia@polimelaka.edu.my
Politeknik Melaka, Melaka
ABSTRAK
BUKU LOG KEWANGAN (BLK) dapat membantu memudahkan golongan peniaga
dan penjaja dalam menguruskan rekod kewangan masing-masing. Buku Log Kewangan juga
dilihat dapat membantu kebuntuan para peniaga dan penjaja dalam menguruskan kewangan
perniagaan. BLK yang dibangunkan ini boleh diguna pakai oleh individu atau entiti yang tidak
terikikat dengan penyediaan rekod kewangan seperti yang digariskan oleh MASB. Inovasi ini
adalah satu mekanisme perekodan yang mudah, bersistem dan efisien. Hasil daripada
penggunaan BLK didapati tahap kemahiran pengguna berjaya ditingkatkan, serta mencapai
90% kepuasan pengguna terhadap kaedah yang dihasilkan oleh BLK. Selain itu pengguna
BLK juga bersetuju agar BLK mengembangkan penggunaan kepada peniaga yang lain. BLK
memberi impak kepada peningkatan dalam aspek kecekapan dalam aspek merekod
kewangan harian, mingguan dan bulanan, selain meningkatkan kawalan dalaman asas
penyimpanan rekod dokumen. BLK telah berjaya menjimatkan kos, masa dan tenaga dalam
merekod kewangan kerana produk inovasi ini menyediakan platform merekod transaksi yang
biasanya direkodkan di dalam buku catatan pertama. Menerusi penggunaan BLK, kekukuhan
aliran tunai kewangan dapat dinilai bagi membantu menjamin keberlangsungan perniagaan
dan seterusnya meningkatkan potensi perniagaan di masa hadapan. Secara tidak langsung,
ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup peniaga kecil yang turut menyumbang kepada
peningkatan ekonomi negara.
Kata kunci:BLK, Rekod Kewangan, Peniaga kecil,
113
INOVASI ‘TEPUNG SEGERA GEBU’
1Mohd Razali bin Hasam
mohd_razali@pmm.edu.my 2Rosnaimah binti Mohamed Yunos
rosnaimah@pmm.edu.my 3Suhaila binti Mat Nor
suhaila_mn@pmm.edu.my
Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Tepung gandum memainkan peranan penting terutamanya kepada golongan orang kurang
masa dalam menyediakan kudap-kudapan . Namun, menghasilkan kudap-kudapan ini penuh
dengan cara dan bahan penyediaan memerlukan lebih dari lapan (8) langkah yang dan
mengambil masa yang panjang. Proses yang panjang ini menyebabkan sebahagian daripada
mereka tidak mampu menghasilkan kudap-kudapan untuk keluarga mengikut selera terutama
kepada wanita berkerjayaTepung dan bahan yang diperlukan sangat sukar untuk digunakan
dan langkah penyediaan yang mengambil masa yang agak lama. Produk inovasi “Tepung
Segera Gebu“ adalah gabungan daripada perkataan Tepung Segera dan Gebu yang
membawa maksud tepung segera yang mempunyai tekstur yang halus dan putih serta bersih
untuk menghasilkan makanan kudap-kudapan seperti cucur, tempura, pisang goreng dan lain-
lain dengan mudah. Produk ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna yang mengalami
masalah dalam menyediakan makanan segera. Selain itu, produk ini dilihat mempunyai
potensi untuk dipasarkan. Hal ini disebabkan produk yang bersaing dalam memasarkan
tepung-tepung yang lain, hanya boleh digunakan untuk satu jenis makan sahaja contohnya,
tepung cucur, tepung ayam goreng dan lain-lain lagi. Dengan adanya produk inovasi “Tepung
Segera Gebu “ ini boleh digunakan dalam semua masakan bergoreng seperti cucur goreng,
tempura, pisang goreng dan lain-lain serta memudahkan pengguna yang mengalami masalah
untuk menghasilkan makanan kudapan dengan mudah. Dengan adanya produk “Tepung
Segera Gebu“ ini, dapat menjimatkan masa dan memudahkan cara pembuatan makanan
kudapan.
114
ALERT ME HELMET
1Mohd Firdaus Mustakim bin Yahya
m_firdaus@pmm.edu.my
Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Alert Me Helmet adalah satu alat keselamatan untuk membantu penunggang
motosikal mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Selain daripada itu, sebab memilih
produk inovasi ini kerana mengikut perkembangan teknologi pada masa kini. Perkembangan
dunia teknologi yang pesat pada masa kini mampu menarik perhatian pengguna dan mampu
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pengguna. Pengguna akan mudah tertarik kepada
produk baharu dan canggih sekali gus mampu meningkatkan kesedaran kepada diri
pengguna itu sendiri. Matlamat yang ingin dicapai ialah mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya yang melibatakan penunggang motosikal. Ia mengenengahkan konsep
keselamatan yang ditambah baik dengan topi keledar yang sedia ada. Aalatan elektrik yang
diguna pakai dalam penghasilan Alert Me Helmet ini ialah lampu LED ,Buzzer, dan PIR
Sensor.Alert Me Helmet ini dicipta dengan meletakkan ciri-ciri keselamatan yang mampu
menyedarkan pengguna pemandu jalan raya yang lain bahawa terdapat motosikal yang
berada di jalan tersebut. Alert Me Helmet direka dengan meletakkan lampu LED di bahagian
kanan dan kiri topi keledar tersebut serta bunyi yang menandakan bahawa terdapat
kenderaan di bahagian belakang motosikal tersebut. Tambahan lagi,topi keledar ini akan
menyala dengan sendiri apabila dalam keadaan gelap sekali gus sangat berguna bagi
penunggang pada waktu malam atau gelap.
115
FORMULA BAHARU BAGI MENGUKUR KADAR
PENCAHAYAAN SIANG DENGAN MENGGUNAKAN
TELAGA CAHAYA DALAM RUMAH TERES SATU TINGKAT
1Ts. Amran bin Atan1
amran@pmm.edu.my
2PM Dr. Nik Lukman Nik Ibrahim2
nlni@yahoo.com
Politeknik Merlimau Melaka
ABSTRAK
Keselesaan dalaman sesebuah rumah turut bergantung kepada pencahayaan siang
yang baik. Oleh itu, bukaan pada bangunan memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi keberkesanan taburan pencahayaan siang di ruang dalam. Selain tingkap,
elemen yang biasa digunakan dalam rumah teres untuk pencahayaan semulajadi adalah
telaga cahaya. Kajian ini membentangkan mengenai tahap penerimaan penghuni ke atas reka
bentuk telaga cahaya di Taman Sejati Merlimau, Melaka. Kajian ini turut mengenal pasti
tipologi telaga cahaya yang asal dan yang diubah suai serta merumuskan formula baharu bagi
mengukur kadar keselesaan pencahayaan siang bagi telaga cahaya. Kajian eksperimental
turut dilaksanakan ke atas pelbagai reka bentuk telaga cahaya. Kajian terhadap telaga cahaya
terbahagi kepada dua kaedah. Kaedah pertama adalah kajian lapangan yang terdiri daripada
pemeriksaan visual bangunan dan kajian soal selidik terhadap penghuni. Kaedah kedua pula
adalah simulasi pencahayaan siang menggunakan perisian Integrated Environmental Solution
– Virtual Environmental (IES-VE)6.0. Sampel kajian lapangan terdiri daripada 150 buah rumah
teres setingkat kos sederhana rendah di Taman Sejati Merlimau, Melaka. Dalam kajian
lapangan beberapa tipologi telaga cahaya telah dikenal pasti dalam kajian seperti; TC1
terbuka (rekabentuk asal), TC2 berbumbung sudut dengan satu sisi terbuka, TC3
berbumbung sudut dengan dua sisi terbuka dan TC4 berbumbung tutup penuh. Dalam kajian
ini beberapa tipologi telaga cahaya telah dikenal pasti dan keberkesanannya dalam
pencahayaan siang telah diuji melalui simulasi IES-VE. Analisis regression telah dilaksanakan
bagi mencari korelasi di antara pengukuran yang diperolehi melalui simulasi dan pengiraan
berdasarkan formula pencahayaan siang oleh Littlefair. Daripada analisis ini beberapa formula
ringkas telah dirumuskan untuk pencahayaan siang bagi telaga cahaya rumah teres satu
tingkat. Formula ringkas tersebut boleh dijadikan panduan mudah bagi membantu para
arkitek, jurutera dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Jasin) bagi mengira kadar
pencahayaan siang untuk reka bentuk telaga cahaya yang berbeza.
116
CAREER GUIDE KIT
1Angela Ong Shiau Fei1
angelaong1981@gmail.com 2Surayah binti Ab Rahmad2
surayah.rahmad@kkbpenawar.edu.my
Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
ABSTRAK
Career Guide Kit adalah satu sistem yang dihasilkan untuk membantu pengguna
sistem ini mebuat pilihan kerjaya sama ada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja makan gaji
atau mengendalikan perniagaan sendiri. Menerusi sistem ini, pengguna akan didedahkan
dengan kos lepas yang perlu dipertimbangkan bagi setiap alternative pilihan kerjaya yang ada
Ia dapat memberi pengetahuan asas kepada para pelajar tentang teori kos pengeluaran dan
menunjukkan bagaimana jumlah hasil, jumlah kos dan untung rugi dikira dalam modul
ekonomi. Sistem ini dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Excel. Sistem ini boleh
digunakan secara offline. Penghasilan dan penggunaan sistem ini tidak akan menghasilkan
pencemaran yang boleh mengugat alam sekitar, malah menjimatkan masa, kos dan tenaga
pengguna. Sistem ini merupakan satu inovasi yang tiada lagi ditemui di pasaran. Keunikan
sistem ini terletak pada kemampuannya untuk menjana keputusan buat pengguna setelah
mengambil kira kos dan manfaat dari pelbagai aspek ekonomi.
117
FIVE MI
1Nurul Huda binti Mahasan1,
hudamahasan@yahoo.com
2Mardhiah binti Mohd Zain2,
mardhiahmohdzain@gmail.com 3Suganti A/P Eallangov3,
sugantie@gmail.com
Kolej Komuniti Bera, Pahang
ABSTRAK
Cetusan idea FIVE Mi terhasil daripada penghasilan produk nilai tambah (value –
added product) berasaskan ikan dan sayuran (Moringa) dalam satu hidangan. Nama inovasi
diinspirasikan daripada perkataan Fish dan Vegetable menjadikan FIVE Mi. Mi ini diadun
dengan menggunakan tepung berprotein tinggi , isi ikan, sayur Moringa dan garam. Warna
hijau mi adalah warna asal sayur Moringa. FIVE Mi dikeringkan untuk mengekalkan
kandungan nutrisi protein dan serat dari ikan dan sayur sekaligus memanjangkan jangka
hayat mi untuk dimakan. Penggunaan isi ikan dalam inovasi ini adalah disebabkan dengan
ekonomi setempat yang mengutamakan penternakan ikan air tawar sepanjang hilir Sungai
Pahang sekaligus menepati niche area komuniti setempat di daerah Bera. Penternakan ikan
air tawar ini menawarkan hub perniagaan bagi ikan tilapia, patin dan sebagainya bagi
penduduk setempat. Oleh itu, untuk meluaskan pasaran ikan air tawar, FIVE Mi dihasilkan
untuk dijadikan produk makanan yang tinggi protein dengan tambahan sayur bernutrisi
sebagai makanan on the go kepada semua golongan pengguna. Mi ini diadun dengan
menggunakan tepung berprotein tinggi , isi ikan, sayur moringa dan garam. Rakyat Malaysia
dikesan semakin kurang mengambil sayur-sayuran dan protein dalam sajian seharian
walaupun ia antara nutrisi penting bagi kesihatan badan. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2015, nisbah rakyat Malaysia yang mengambil
sayuran dan buahan adalah 1:15 dan kira-kira 6 % sahaja berbanding 7.5 % pada 2011.
Penggunaan sayur Moringa dalam inovasi FIVE Mi ini adalah disebabkan oleh khasiatnya
yang sangat tinggi yang mana vitamin A yang lebih tinggi dari lobak merah, lebih banyak zat
besi dari bayam,lebih banyak vitamin C dari limau,lebih banyak kalsium dari susu,lebih banyak
potassium dari pisang dan kualiti proteinnya setanding dengan telur dan susu. Tiada lagi
produk berasaskan mi yang mengandungi sayur dan ikan di pasaran yang menyebabkan
tercetusnya idea FIVE Mi ini untuk memenuhi keperluan nutrisi makanan untuk semua
118
golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak yang tidak gemar mengambil sayur-sayuran
dan ikan.
Kata kunci: Mi, isi ikan, moringa
119
MODEL R.O.S.S - LALUAN PERKEMBANGAN KERJAYA
PELAJAR TVET
1Ahmad Rosli Mohd Nor
ahmadrosli75@yahoo.com 2 Mohamad Sattar bin Rasul
drsattar@ukm.edu.my
3Anuar bin Mohd Ali
anuar_mdali67@yahoo.com
Kolej Komuniti Masjid Tanah
ABSTRAK
Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang memerlukan bimbingan dan
tidak boleh dibiarkan berkembang tanpa sebarang pedoman terutama bagi individu yang
berpencapaian sederhana. Justeru Laluan Perkembangan Kerjaya sangat kritikal kepada
pelajar teknikal dan vokasional (TVET) demi masa depan kerjaya mereka. Seramai 15 orang
responden yang terdiri daripada lulusan kolej komuniti yang telah berjaya dalam karier mereka
dan mempunyai pendapatan tinggi telah dilibatkan dalam pembinaan model ROSS ini. Inovasi
ini dibangunkan menggunakan Teknik Delphi dan dijalankan sebanyak dua pusingan bagi
mendapat kesepakatan dalam pembentukan profil, indikator dan faktor kritikal perkembangan
kerjaya lulusan TVET ini. Analisis Fuzzy Delphi telah digunakan bagi menentukan tahap
kesepakatan yang tinggi dalam kalangan panel pakar. Analisis Fuzzy Delphi menggunakan
Pernomboran Segi tiga Fuzzy dan proses Defuzzification yang melibatkan penggunaan nilai
treshold (d) dan konsensus kaedah Delphi Tradisional (KD). Dapatan kajian telah menemui
enam (6) tema utama dan dua puluh lima (25) sub tema daripada 15 profil perkembangan
kerjaya individu yang dihasilkan, tujuh puluh enam (76) indikator dan seratus tiga puluh (130)
faktor kritikal perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti. Dapatan ini menjadi asas kepada
kerangka Laluan Perkembangan Kerjaya pelajar TVET di mana ia telah dibincang dan
disahkan oleh pakar-pakar melalui kaedah Focus Group Discussion (FGD). Hasilnya, sebuah
model Laluan Perkembangan Kerjaya berdasarkan profil-profil perkembangan kerjaya alumni
cemelang kolej komuniti telah berjaya dihasilkan dan dinamakan Model ROSS.
Kata kunci: laluan kerjaya; profil; Delphi
120
SMART CUTTING MAT
1Muhaini binti Osman
muhaini@kksbs.edu.my 2Normalis binti Masud
normalis@kksbs.edu.my
Kolej Komuniti Sabak Bernam
ABSTRAK
Pengurusan masa adalah satu perkara yang amat dititikberatkan di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Kajian inovasi ini
adalah satu kajian untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alat yang digunakan ketika
proses pemotongan fabrik di kalangan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti
Sabak Bernam. Kajian inovasi ini juga meninjau penggunaan alat sebelum produk inovasi
diwujudkan dan penggunaan selepas produk inovasi diwujudkan. Responden terdiri daripada
39 orang pelajar semester 4 Sijil Fesyen dan Pakaian. Kolej Komuniti Sabak Bernam. Hasil
dapatan kajian menunjukkan penggunaan Smart Cutting Mat ini adalah sangat penting bagi
memudahkan proses pemotongan fabrik dan penjimatan masa. Smart Cutting Mat ini juga
dapat mengelakkan fabrik dari menggelongsor semasa proses memotong fabrik dilakukan.
Kata kunci: Sijil Fesyen dan Pakaian, Pemotongan Fabrik, Smart Cutting Mat.
121
EZY TAHARAH KIT
1Faridah binti Mustaffa
Faridah@Kkktu.Edu.My 2Faridah binti Mohamad
Faridahmohamad76@Gmail.Com 3Maziah binti Muda
Maziah@Kkktu.Edu.My
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
ABSTRAK
Ezy Taharah Kit merupakan satu kelengkapan yang mempunyai pelbagai kegunaan
yang dihasilkan oleh pengkaji bagi memudahkan bersuci dari segi cucian najis, mandian
jenazah dan pembersihan tubuh badan daripada gangguan sihir. Penghasilan kelengkapan
ini adalah bertujuan untuk menjimatkan masa dari segi menyelesaikan masalah penyucian
najis berat, masalah kesukaran sesetengah individu dalam mencari bahan untuk bersuci dan
seterusnya ia dapat mengelakkan pembaziran. Kelengkapan Ezy Taharah Kit adalah sebotol
air campuran tanah, tujuh botol air dari kolah 7 masjid yang berlainan dan sebotol air bidara.
Selain menyucikan najis berat, Ezy Thaharah Kit ini adalah salah satu ikhtiar dari aspek
perubatan Islam untuk mengelak gangguan sihir. Penggunaan Ezy Thaharah Kit ini adalah
sebagai bilasan terakhir untuk mandian terakhir jenazah dan individu yang mengalami
masalah gangguan sihir. Ezy Thaharah Kit didatangkan dalam bentuk beg yang mudah
dibawa dan disimpan.
122
TEPUNG KULIT PISANG (BANANA SKIN FLOUR)
1Mohamad Hapiz Abdul Rahman
Hapizrahman@Gmail.Com 2Khairul Ashikin binti Abdullah Suhaimi
ashikhin_kawaii@yahoo.com 3Ahmad Humaizi bin Hussin
Kolej Komuniti Chenderoh, Pahang
ABSTRAK
Pisang merupakan antara buah-buahan yang banyak digunakan oleh masyarakat
Malaysia. Kebiasaannya setelah dimakan kulit pisang akan dibuang begitu saja. Namun
realitinya banyak kajian mendapati kulit pisang amat bermanfaat dan mempunyai pelbagai
khasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, kalsium, fosforus, zat besi vitamin b dan juga
vitamin C. Selain daripada itu, banyak kajian membuktikan bahawa kulit pisang juga
mempunyai kandungan antioksida yang tinggi berbanding buahnya. Terdapat juga kajian
yang membuktikan bahawa ekstrak kulit pisang mengandungi serotonin yang mampu untuk
memberikan kesan tenang kepada otak sekaligus dapat mengurangkan gejala kemurungan.
Namun disebalik pelbagai khasiat dan manfaat tersebut kulit pisang dipandang sepi dan
kurang dikomersilkan dalam industri makanan dan sering dianggap sebagai sisa yang
akhirnya dibuang. Inovasi tepung kulit pisang ini bertujuan untuk memaksimakan penggunaan
kulit pisang dalam bidang kulinari. Dapatan kajian mendapati bahawa hasil produk tepung kulit
pisang mempunyai bau lebih harum berbanding tepung gandum biasa. Hasil produk seperti
kek dan muffin juga mempunyai rasa yang lebih sedap dan tekstur yang lebih gebu.
Kata kunci: Tepung, kulit pisang, khasiat kulit pisan
123
MOBILE KIT : MANAGING EMOTIONS
1Suzila binti Yusof1
suzila@kkck.edu.my, 2Norlaili binti Abdullah2
norlaili@kkck.edu.my
Kolej Komuniti Kemaman
ABSTRAK
Mobile Kit : Managing Emotions adalah kid mudah alih bagi mengawal dan
menguruskan emosi individu dengan menggunakan pendekatan terapi seni iaitu media seni,
imej, proses kreativiti seni dan tindak balas dalam diri individu untuk menghasilkan produk
yang mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personality, minat, kerisauan dan
pertelingkahan emosi dalam diri individu tersebut. Konsep yang diterapkan dalam inovasi ini
ialah bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan
berkaitan pengurusan emosi individu. Terapi seni digunakan sebagai instrument yang
membantu individu mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan
sahaja dalam menghadapi bebanan tugas/kerja tetapi juga dalam menjalani kehidupan
seharian. Terapi seni sebenarnya adalah satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ianya
juga merupakan proses seni yang dapat membantu individu membaiki fizikal, mental dan
emosi mereka. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik
individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran
dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan meningkatkan jati diri.
Kata kunci: Kit mudah alih, terapi seni, rawatan tanpa ubat, terapi emosi dan tingkah laku
124
MYSK : SOLAT- KIT FOR THE ADVENTUROUS
TRAVELLER
1Norain binti Md Khamijah
Norain.Kkhse@Gmail.Com 2Zubir Asadi bin Mohamad
Zubir.Kk@1govuc.Gov.My 3Maslina binti Abd Rahim
Bibie8262@Gmail.Com
Kolej Komuniti Hulu Selangor
ABSTRAK
Produk inovasi ini adalah merupakan set lengkap keperluan asas solat bagi seorang
musafir. Ia juga dicipta untuk memenuhi keperluan ibadah (solat) seseorang muslim yang
mengembara khususnya bagi pengembara yang mengikuti aktiviti luar atau aktiviti lasak .
Produk ini memberikan penyelesaian kepada Muslim traveller yang sering terlibat dengan
aktiviti luar dan lasak, seperti aktiviti Jejak Rimba, Mendaki Gunung dan sebagainya .
Kesukaran mendapatkan sumber air serta kelengkapan solat yang bersih juga menyukarkan
mereka untuk beribadah dengan sempurna .Dengan adanya MySk ini , ia dapat memudahkan
pengembara muslim untuk solat dengan lebih baik dan sempurna di mana sahaja dalam apa
jua keadaan.
Kata kunci: Solat, musafir, pengembara muslim
125
PERSONAL SOLVING CARD
1Zarina binti Samin
Zarina5818@Gmail.Com 2Nur Angriani binti Nurja
Nurangriani@Gmail.Com 3Khairul Aizal bin Osman
Khairulaizal@Gmail.Com
Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRACT
Masalah adalah sebahagian daripada proses perjalanan kehidupan seorang insan.
Namun tidak semua mampu untuk bersifat terbuka dengan bertemu ahli terapi jika mempunyai
masalah. Mereka memerlukan dorongan atau bantuan bagi membantu mereka mendapat
celik akal tanpa mengorbankan ego atau prinsip diri. Justeru, Personal Solving Card (PSC)
telah dirangka sebagai satu projek inovasi untuk membantu individu sebegini mencari jalan
penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi tanpa bergantung kepada ahli terapi.
Inovasi PSC adalah berasaskan kad panduan penyelesaian masalah yang dibina
berdasarkan konsep WDEP dalam teori Terapi Realiti. Aplikasi kad ini menjelaskan kepada
individu proses penyelesaian masalah secara terarah dan terpandu secara sistematik.
Pengguna hanya perlu mengikuti arahan di atas kad dan mereka akan dipandu untuk
membuka minda bagi mendapat celik akal dalam usaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi sama ada secara sendirian atau bimbingan. Kad ini boleh digunakan secara individu
atau berpasangan. Ia adalah inovasi mampu milik di mana setiap keluarga hanya perlu
memiliki satu set kad sahaja untuk kegunaan bersama. PSC memiliki konsep mesra alam di
mana ia boleh digunakan berkali-kali untuk banyak sesi. Oleh itu, PSC sangat menjimatkan
dan tidak menghasilkan banyak bahan buangan yang boleh menjejaskan alam sekitar. PSC
sangat mesra pengguna di mana pengendaliannya sangat mudah sama ada oleh individu
yang mahir kaunseling atau pun orang awam biasa dan ia boleh dibawa ke mana-mana
kerana sifatnya ringan serta nipis. Penggunaan PSC mampu memberikan implikasi yang
positif kepada pembentukan sahsiah insan untuk mencapai kesejahteraan hidup.
Kata kunci: personal solving card, masalah, kesejahteraan hidup
126
JAMU CEWEK
1Siti Aminah Mohd Lazim
Emi_Kkck@Yahoo.Com 2Jalilah Ali
Jalilah9290@Yahoo.Com
3Sharida Baharudin
Cheqbulan81@Gmail.Com
Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Penggunaan “Jamu Cewek” merupakan satu idea inovasi yang terhasil melalui
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Modul 4 Spa Badan bagi pelajar Sijil
Terapi Kecantikan dan Spa di Kolej Komuniti Tampin dengan kerjasama industri. Idea
menghasilkan produk ini tercetus apabila para pelajar yang sedang mengikuti modul Spa
Badan iaitu topik urutan badan mendapati bahawa makanan tambahan perlu bagi memastikan
badan yang telah selesai diurut perlu dibantu untuk lebih bertenaga, menyubur dan
menyihatkan badan, membuang angin dan melancarkan darah bagi membantu memberikan
berat badan yang ideal kepada pengguna selepas diurut. Projek penghasilan produk yang
telah dimulakan pada tahun 2016 itu diberi nama “Jamu Cewek” merupakan satu produk
tradisional yang sangat mudah dan “READY TO DRINK” iaitu produk yang sedia untuk di
minum di mana sahaja pengguna berada. Jamu Cewek ini di asaskan daripada bahan bahan
alami yang mudah didapati di dapur. Bahan utama adalah kunyit, halia, asam jawa, lemon
dan gula melaka. Bahan- bahan asas ini sememang diketahui umum terdapat pelabagai
khasiat di dalamnya. Bertindak sebagai salah satu pemudahcara, produk yang dinamakan
sebagai “Jamu Cewek” telah diedar dan digunakan oleh para pelajar, staf kolej dan orang
ramai sebagai pengguna bahawa makanan tambahan ini memberikan seribu satu khasiat jika
diambil secara konsisten dan berterusan. Tanpa menggunakan bahan-bahan kimia atau
bahan terlarang, produk ini dilihat mampu diketengahkan bukan sahaja kepada para pelajar
dan staf kolej tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna dan industri kecantikan serta
diluas pasarkan ke pusat keusahawanan, koperasi dan spa-spa di sekitar kawasan Tampin
dan Malaysia amnya.
Kata kunci: Produk jamu cewek sebagai kegunaan dalam bidang kesihatan dan industri
kecantikan .
127
SERBUK PERISA ‘I’RASA’ TANPA BAHAN PENGAWET
DAN MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG) YANG CEPAT,
ENAK DAN SIHAT
1Mohd Syazrin Radzuan,
syazrin89@yahoo.com
2Norsahida Mohammad Razali
sya_eyda@yahoo.com
3Wan Salmiah Wan Ruslan
wahnmia@gmail.com
Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin
ABSTRAK
Produk inovasi yang diberi nama I’RASA dengan tagline ‘Cepat, Enak & Sihat’
merupakan satu produk inovasi sosial. Objektif utama produk ini dicipta ialah menghasilkan
produk yang dapat menjimatkan masa memasak, sedap, mudah dipasarkan serta
mengurangkan kebergantukan terhadap produk perasa yang mempunyai kandungan
Monosodium Glutamate (MSG). Produk yang dicipta terhasil dari bahan-bahan semulajadi
melalui proses pengeringan dan kombinasi bahan-bahan utama yang memberikan rasa
sehingga menjadi serbuk. Keberhasilan produk ini juga dapat mengurangkan penggunaan
bahan seperti bebawang, garam dan produk perisa sedia ada di pasaran. Produk ini juga
boleh dijadikan sebagai agen pemekat kuah serta bahan ganti penumis. Inovasi I’RASA pasti
memberikan impak yang berkesan kepada masyarakat. Produk ini dapat menyingkatkan
masa memasak serta lebih menyihatkan. Keberkesanan produk ini diuji melalui soal selidik
kepada pensyarah dan pelajar dalam bidang Hospitaliti di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu
Zahar Isnin. Hasil daripada dapatan soal selidik, ternyata produk inovasi ini mampu
menjimatkan masa memasak serta dapat mengurangkan kebergantungan produk yang
mengandungi MSG. Namun kajian masih belum mendapat kesahan sepenuhnya kerana perlu
melalui proses makmal untuk melihat sejauhmanakah produk ini dapat disahkan tiada unsur
bahan pengawit dan MSG.
128
AKSES MUDAH - LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI
(AMLIKK)
1Noorlinda binti Bundawan
Nursabrina0202@Gmail.Com
2 Nur Sabrina binti Mohd Tahar
Lemonblue_21@Yahoo.Com
Kolej Komuniti Teluk Intan , Perak
ABSTRAK
AMLIKK adalah singkatan nama bagi Akses Mudah - Latihan Industri Kolej Komuniti
dan merupakan hentian sehenti kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri. Inovasi
ini diadaptasikan daripada Borang Maklumat Latihan Industri, Garispanduan Latihan Industri
dan juga Borang Pemarkahan Latihan Industri. AMLIKK merupakan inovasi yang direka khas
bagi pelajar yang bakal menjalani Latihan Industri kerana pemilihan tempat yang betul adalah
amat penting bagi memastikan objektif Latihan Industri akan tercapai. Dalam kaedah yang
biasa diamalkan, pelajar akan mencari penempatan Latihan Industri melalui pensyarah
penyelia dan pelajar lain yang telah tamat. AMLIKK amat memudahkan pelajar untuk
membuat pencarian tempat Latihan Industri yang bersesuaian dengan bidang. Senarai
syarikat telah dikelaskan mengikut kursus bagi semua Kolej Komuniti Negeri Perak. Selain
daripada senarai syarikat, pelajar boleh mengakses semua maklumat berkenaan Latihan
Industri di hujung jari melalui pengunaan AMLIKK. Masalah kehilangan dokumen yang
diperlukan sebelum, semasa dan selepas tidak lagi berlaku kerana ianya boleh dimuat turun
dan salinan keras tidak perlu dibuat bagi semua tatacara dan panduan. Penggunaan kertas
amat minimum seterusnya menyokong usaha go green yang dijalankan oleh Kolej Komuniti.
Berdasarkan hasil penelitian kepada para pelajar, dapat disimpulkan bahawa para pelajar
dapat menguruskan Latihan Industri dengan lebih mudah dan berkesan. AMLIKK ini juga
dapat memudahkan urusan Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni dan Penyelaras
Latihan Industri.
Kata kunci: Latihan Industri, syarikat, Kolej Komuniti.
129
HOMEMADE CHOCOLATE SYRUP DURIAN FLAVOUR
1Norzita Suzalin binti Mohd Ali
norzitasuzalin@gmail.com 2Farah Zurin binti Salleh
farahzurinsalleh@gmail.com 3Wan Zara Natasha binti Wan Mohd Isa
zaranatasha@yahoo.com
Kolej Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Isu kebersihan, kehalalan dan kesucian makanan sememangnya sensitif terutamanya
kepada bangsa Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Jika dibuat tinjauan, majoriti kilang
makanan di Malaysia dimiliki oleh bukan Islam yang sudah tentu kurang arif tentang prosedur
halal dan syarat yang ditetapkan dalam Islam. Selain itu, produk makanan yang diimport
mengandungi bahan kimia tambahan seperti pengawet, pewarna tiruan dan perisa tiruan yang
tidak elok untuk kesihatan di samping status halal yang diragui. Coklat terbukti menjadi pilihan
penduduk dunia sebagai snek, minuman dan produk makanan yang mendamaikan. Selain itu,
coklat juga mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Kajian mendapati coklat
mengandungi 4 kali lebih antioksidan (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu
mencegah kanser sakit jantung. Antioksidan juga mencegah proses penuaan (aging) yang
disebabkan oleh free radicals. Tambahan,coklat juga mengandungi endorfin, yang mampu
mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. Homemade Chocolate
Syrup Durian Flavour dipilih sebagai produk inovasi bertujuan memudahkan pengguna
membuat pilihan sirap coklat buatan bumiputera yang halal, bersih dan suci. Ia sering
digunakan sebagai penyedap makanan pencuci mulut seperti aiskrim, kek, buah-buahan, ice-
blended, pancake dan lain-lain lagi. Hasil tinjauan, hanya terdapat dua jenama sirap coklat
yang terdapat di Malaysia. Satu jenama terkenal yang diimport dan satu lagi keluaran
tempatan bukan bumiputera. Kedua-dua produk tersebut mempunyai isipadu yang banyak
dan pengguna tiada pilihan sekiranya hanya memerlukan sirap coklat yang sedikit. Selain itu,
kedua-dua jenama tersebut juga tidak mempunyai cop halal JAKIM. Selain dari itu,
Homemade Chocolate Syrup Durian Flavour ini juga dihasilkan dengan perisa baharu iaitu
durian.
130
TRAFFIC SAFETY BOARD
1Dzul Fitry bin Ismail
nora_ariesa@yahoo.com 2Norawati binti Masro
f17r33@gmail.com
Mohd Syaufiq bin Dolmat
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Produk ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengawal lalulintas
sekolah dan pelajar semasa kawalan lalu lintas dijalankan terutamanya pada awal pagi sesi
persekolahan. Produk ini berfungsi seperti “portable traffic light” untuk memberi amaran awal
kepada pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan mereka dan seterusnya
memberhentikan kenderaan mereka bagi membolehkan pelajar sekolah melintas jalan raya
dengan selamat. Produk ini juga dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya
melibatkan pelajar sekolah serta dapat meningkatkan keyakinan pengawal lalulintas sekolah
(traffic warden) untuk mengawal lalulintas dengan jaminan jarak penglihatan kepada pemandu
kenderaan lebih jauh dan jelas.
131
DURIOS MADNESS & DURIOS CRACKER
1Mohd Nazly bin Abd Hamid
Nazlywf@Gmail.Com
Kolej Vokasional Kuala Selangor, Selangor
ABSTRAK
Kulit durian adalah bahagian makanan yang tidak digunakan dan sering dibuang di
tapak pembuangan sampah, di bahu-bahu jalan dan dibiarkan bersepah di tapak-tapak pasar
malam. Hal ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah merosakkan
keindahan alam dan menjadi punca wabak penyakit. Hasil daripada penyataan masalah ini,
Kumpulan Inovasi dan Rekacipta Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Kuala Selangor telah
mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk Durios Cracker dan Durios Madness yang
berasaskan kulit putih durian. Produk ini dihasilkan bagi memanfaatkan bahagian makanan
yang tidak digunakan seterusnya menjadi alternatif dalam menangani isu kebersihan,
kesihatan dan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembuangan kulit durian yang
berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, projek ini turut memberi faedah
kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan Negara. Data diperolehi melalui
pemerhatian dan soal selidik. Soal selidik pertama mendapati responden bersetuju sebanyak
86.67% bahawa kulit durian akan mencemarkan keindahan alam sekitar, manakala soal
selidik kedua mendapati melalui inovasi kulit putih durian sebanyak 88% bersetuju sampah
kulit durian dapat dikurangkan. Kesimpulannya, melalui analisa dua soal selidik ini, inovasi
kulit putih durian sangat relevan untuk dilaksanakan kerana ia merupakan satu kaedah yang
efisyen dalam usaha memanfaatkan kulit durian yang dianggap tidak mempunyai sebarang
nilai.
132
PENGHASILAN INSTANT PASTE MASAK LEMAK
TEMPOYAK
1Mohd Mohadir bin Harun
Mdir2013@Yahoo.Com 2Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
ABSTRAK
Masakan berasaskan tempoyak amat popular di negeri Perak dan Pahang. Namun
begitu masakan ini telah mendapat sambuatan yang amat baik dikalangan rakyat di negara
ini. Antara masakan berasaskan tempoyak yang popular adalah masakan gulai tempoyak ikan
patin dan pais ikan tempoyak. Penyediaan masakan gulai tempoyak memerlukan tempoyak
yang segar dan bahan tambahan mengikut resipi yang ditetapkan. Secara semulajadi
tempoyak akan mengalami proses penapaian secara berterusan, ini menyebabkan jangka
hayat tempoyak adalah singkat. Ini menyebabkan penyediaan masakan lemak tempoyak
menjadi tidak mesra pengguna kerana jangka hayat tempoyak yang pendek dan memerlukan
bahan tambahan. Instant Paste Lemak Tempoyak merupakan ramuan masakan lemak
tempoyak dalam bentuk pes yang sedia untuk dimasak. Ramuan Instant Paste Lemak
Tempoyak akan memberi rasa masak lemak tempoyak yang asli dan mudah untuk dimasak.
Pengguna tidak memerlukan kemahiran menyediakan ramuan yang diwarisi secara tradisi,
mereka hanya menggunakan pes ini untuk menghasilkan masakan yang berkualiti dan enak.
Ini akan memudahkan masyarakat moden yang kesuntukan masa untuk menyediakan
masakan ini. Selain itu produk ini juga dapat mempromosikan tempoyak sebagai salah satu
ramuan tradisi yang popular dalam masakan Malaysia. Untuk aspek pengajaran dan
pembelajaran, Instant Paste Masak Lemak Tempoyak akan dapat digunakan untuk modul
Masakan Malaysia dalam Sijil Kulinari. Pembangunan produk ini melibatkan pengembangan
dan penghasilan produk dari aspek penggunaan bahan yang berkualiti, kaedah dan formulasi,
analisis nutrisi produk dan penggunaan teknologi dalam pembungkusan Oleh itu, impak
daripada penghasilan produk ini dapat dikembangkan dan dipasarkan kepada pengguna
dengan kualiti rasa, tempoh jangka hayat dan penyimpanan yang memudahkan pengguna.
133
134
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
1. TALAQQI SMART DESK@FUTURE CLASSROOM
Syed Idros bin Syed Hussin
Mohd Raduan bin Amran
Kolej Komuniti
Kuantan, Pahang
137
2. MESIN PENGADUN TEPUNG
Mohd Fahmi bin Kamaruddin
Asri bin Abdullah
Sirulhaizam bin Sibawaihi
Kolej Komuniti
Kuantan, Pahang
138
3. FISH SCALE REMOVER MACHINE
Baharuddin bin Aspan
Mohd Husni bin Mohd Yusoff
Muhammad Aminuddin bin Mohamed Nor
Kolej Vokasional
Ampangan,
Seremban,
Negeri Sembilan
139
4. KEY MANAGEMENT SYSTEM ( KeMaS)
Najmi Hafizi bin Zabawi
Kafiza bt Ahmad Kamaruzzaman
Hafiza bt Nyak Harun
Politeknik Sultan
Haji Ahmad
Shah, Kuantan,
Pahang
140
5. 3 PHASE SHORT CIRCUIT TESTER
Khairul Anuar bin Selamat
Halim bin Paimun
Firdaus bin Bachok
Kolej Komuniti
Segamat, Johor
141
6. GAS SAFETY DEVICE (GSD)
Mohd Rosli bin Mat Isa
Esuryati binti Kamarudin
Kolej Komuniti
Sabak Bernam,
Selangor
142
7. ENVIRO CSS
Siti Harni binti Zainal
Sarinah binti Ali
Erita Mazwin binti Mazlan
Politeknik Melaka 143
8. DEVELOPMENT OF DC-DC BUCK CONVERTER
FOR PHOTOVOLTAIC APPLICATION UTILIZING
PERIPHERAL INTERFACE CONTROLLER (PIC)
Kamarudin bin Kamit
Mohd Aly Rajaie bin Halim
Politeknik Ibrahim
Sultan, Pasir
Gudang, Johor
144
135
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
9. IoT_S4VIP's
Nur Adlina binti Mohd Rani
Muhammad Ridzuan bin Idris
Roduan Hishambrie bin Ismail
Politeknik Sultan
Mizan Zainal
Abidin, Dungun,
Terengganu
145
10. BUTCHER BAR
Mohd Hafiz bin Hj. Md. Sani @ Abd. Rahim
Kolej Komuniti
Selandar, Melaka
146
11. PENGUPAS KULIT TEBU AUTOMATIK
Amir Mohd, Wan Irwani Wan Mohd Rasli
Nur Izzatul Huda Mohamed Zin
Kolej Vokasional
Besut,
Terengganu
147
12. MEMBANGUNKAN PERALATAN KHAS
SHAFTLOCK UNTUK TRANSMISI MANUAL
MODEL F5M2 SERIESMENGAJAR BAGI KURSUS
DTM6014 VISITOR INTERPRETATION SERVICES
Poo Tsek Chuang
Mohd Khairul bin Omar
Maziah bt Muda
Kolej Komuniti
Kuala
Terengganu,
Terengganu
148
13. MINI WATER CHILL
Nurbaity binti Samsudin
Siti Nurfateha binti Idris
Mohd Redzuan bin Mohamed Roshidi
Kolej Vokasional
Ampangan,
Seremban,
Negeri Sembilan
149
14. AUTOMATED ONIGIRI MAKER
Dr Mohd Azahari bin Razali
Encik Rais Hanizam bin Madon
Dr. Azwan bin Sapit
UTHM 150
15. CORN SILK REMOVAL MACHINE 2.0
Mahadi bin Sudin
Haslizawati binti Jaafar
Abdul Azim bin Yusof
Kolej Komuniti
Rembau, Negeri
Sembilan
151
16. PORTABLE SOLDERING WORK STATION
Noraziah binti Mokhtar
Kolej Komuniti
Sabak Bernam,
Selangor
152
136
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
17. PEMBANGUNAN NUGGET AYAM DENGAN
MENGGUNAKAN CAMPURAN PUCUK UBI KAYU
(MANIHOT UTILISSIMA)
Hasdaraini binti Mohd Hassan
Ainin Azwani binti Abdul Rafa
Mansur bin Nassir
Kolej Komuniti
Lahad Datu,
Sabah
153
18. STAND TUBE CUTTER
Hasrul Nizam bin Hashim
Miskiah binti Wakijan
Mohd Rosdi bin Yusoff
Kolej Komuniti
Rompin, Pahang
154
19. DOUBLE TRANSOM (PEPAT BERGANDA)
Mohd Ismail bin Mohammad Litak
Muhammad Shazwan bin Sazali
Kolej Komuniti
Tangga Batu,
Melaka
155
137
TALAQQI SMART DESK@FUTURE CLASSROOM
1 Syed Idros bin Syed Hussin1
sidros@yahoo.com 2 Mohd Raduan bin Amran2
Jali466@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Talaqqi Smart Desk @ Future Classroom adalah sebuah produk inovasi berbentuk
meja pembelajaran berkonsepkan talaqqi yang boleh digunapakai oleh semua lapisan pelajar
dan pensyarah/guru/pengajar dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Inovasi ini
direka untuk memenuhi keperluan pensyarah/guru/pengajar dan pelajar dalam memupuk
asas pendidikan dan secara tidak langsung dapat mengenalpasti efikasi bakat pada peringkat
yang lebih awal Idea untuk membuat inovasi ini timbul kerana untuk membentuk kelas sedia
ada kepada kelas / bilik darjah yang lebih kondusif dan fleksibel dalam melahirkan pelajar
yang lebih berdaya saing dan berkeyakinan dalam mencungkil bakat diri masing-masing.
Suasana di ruang kelas masa kini sangat rigid dan tidak fleksibel dalam memenuhi kehendak
program/kursus/subjek yang pelbagai. Talaqqi Smart Desk merupakan satu inovasi yang
dapat digunakan dengan mudah (mesra pengguna) tanpa keperluan peralatan sokongan
seperti komputer dan sebagainya. Ianya merupakan satu toolkit yang direkabentuk dalam
memberi keselesaan & fleksibiliti dalam suasana kelas yang sentiasa berubah-ubah
disamping menerapkan konsep Talaqqi dalam sesi pembelajaran. Ianya mudah dibawa,
mudah disimpan dan sifatnya adalah fleksibel. Hanya sedikit kreativiti diperlukan untuk
mengolah dan menyusun-atur perletakan bagi menjadikan ia lebih menarik dan berkesan.
Impak dari Inovasi ini ialah dapat menyediakan satu kaedah yang mudah dan berkesan untuk
menangani proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas., menjimatkan ruang dan
mewujudkan susun atur yang kreatif, memudahkan urusan pengguna
(pensyarah/guru/pengajar dan pelajar) dan seterusnya dapat meningkatkan/mencungkil bakat
pelajar Inovasi ini juga memberi idea yang praktikal kepada semua dengan memerlukan
sedikit kreativiti untuk menjadikan ia lebih praktikal, menarik dan mudah digunakan dengan
berkesan serta mesra pengguna. Pengguna hanya memerlukan garis panduan mudah
mengikut kesesuaian pembelajaran untuk menjadikan inovasi ini lebih praktikal dan berkesan.
138
MESIN PENGADUN TEPUNG
1Mohd Fahmi bin Kamaruddin
Av7535@yahoo.com 2Asri bin Abdullah
asrikkk@yahoo.com 3Sirulhaizam bin Sibawaihi
sirulhaizam@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Mesin pengadun tepung adalah sebuah mesin yang direka khas untuk mengatasi
masalah para peniaga yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan seiring dengan
peredaran masa dan teknologi. Mesin pengadun tepung ini menjalankan fungsi adunan
tepung secara automatik tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai di samping dapat
meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan. Permasalahan yang dihadapi oleh perusaha
yang membuat adunan tepung secara manual adalah seperti kuantiti tepung yang banyak
perlu diadunkan setiap hari menyebabkan beberapa masalah yang sangat berkait rapat iaitu
tempoh pengeluaran menjadi terlalu panjang, kadar peratusan penolakkan produk yang tinggi
dan tidak menjamin kebersihan persekitaran yang bersih. Oleh itu, mesin pengadun tepung
ini telah direkabentuk untuk memproses adunan tepung berkapasiti sehingga 40 kg tanpa
berlakunya kadar penolakan dan menjalankan operasi dengan cepat di samping menjamin
kebersihan persekitaran yang bersih. Sehubungan itu, kajian ini dapat menghasilkan inovasi
mesin pengadun tepung yang lebih canggih serta dapat membantu meningkatkan ekonomi
negara di dalam industri pemakanan.
139
FISH SCALE REMOVER MACHINE
1Baharuddin bin Aspan
pardiba@yes.my 2Mohd Husni bin Mohd Yusoff
husnikvas@gmail.com 3Muhammad Aminuddin bin Mohamed Nor
aminuddinmohamednor@gmail.com
1Kolej Vokasional Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Projek “Mesin Pembersih Sisik Ikan”(Fish Scale Remover Machine) adalah satu projek
untuk memberikan kemudahan kepadapengusaha-pengusaha ikan masin, pekerja restoran
makanan laut mahupun penjual ikan dalam menjalankan kerja-kerja pembuangan sisik ikan.
Proses membuang sisik ikan dapat dilakukan dengan mudah dan lancar tanpa menggunakan
berus paku dan tenaga manusia yang ramai yang secara tidak langsung dapat mengelakkan
kemalangan daripada berlaku. Dalam perancangan untuk melaksanakan projek ini, aspek-
aspek metodologi perlu diutamakan. Sesebuah projek yang direkabentuk mestilah
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan dan termaktub didalam undang-
undang. Selain itu, aspek perancangan projek yang tersusun perlu dikenalpasti agar dapat
mencapai satu kaedah yang membawa kejayaan bagi sesebuah projek tersebut. Di dalam
projek ini setiap elemen tersebut diperincikan agar tidak terpesong daripada matlamat
perancangan projek ini.
140
KEY MANAGEMENT SYSTEM ( KeMaS)
1Najmi Hafizi bin Zabawi
hafizi@polisas.edu.my 2Kafiza Bt Ahmad Kamaruzzaman
kafiza@polisas.edu.my 3Hafiza Bt Nyak Harun
hafiza1@polisas.edu.my
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan, Pahang, MALAYSIA
ABSTRAK
Di setiap jabatan, hampir kesemua bilik kuliah/makmal/bengkel dikunci dan setiap
pensyarah perlu mengambil kunci dan membuka pintu sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dimulakan. Masalah ketiadaan kunci di bilik khas kunci berlaku apabila
pensyarah/staf yang terlibat mengambil kunci tanpa merekodkan identiti mereka. Kunci
diambil begitu sahaja dan masalah yang timbul adalah apabila kunci tersebut lewat
dipulangkan. Key Management System atau singkatannya “KeMaS” adalah suatu inovasi
yang dikhususkan untuk menguruskan pengambilan dan pemulangan kunci bilik
kuliah/makmal/bengkel yang digunapakai secara umum. Imbasan kad pengenalan digunakan
untuk merekodkan identiti pengguna. Paparan makluman dihantar secara automatik ke
Telegram group yang memerlukan sambungan internet dilakukan oleh Arduino dan
Ethernet/Wifi shield. Sistem amaran buzzer disertakan bagi memberi amaran kepada
pengguna yang tidak mengimbas kad ketika mengambil kunci.
Kata kunci: sistem pengurusan kunci, Arduino, Ethernet/Wi-Fi, Telegram
141
3 PHASE SHORT CIRCUIT TESTER
1 Khairul Anuar bin Selamat
khairul@kkseg.edu.my 2 Halim bin Paimun
halim@kkseg.edu.my 3 Firdaus bin Bachok
Asad83my@yahoo.com
1 Kolej Komuniti Segamat, Johor
ABSTRAK
Inovasi ini adalah satu alat pengujian bagi memastikan tiada berlaku litar pintas pada
pemasangan pendawaian 3 fasa. Walaupun nama alat ini untuk pemasangan 3 fasa tetapi
pemasangan 1 fasa juga boleh menggunakan alat ini. Dengan kaedah biasa pengguna pelu
menggunakan meter pelbagai dan mengambil beberapa bacaan pada titik-titk tertentu.
Dengan alat ini pengguna hanya perlu menyambungkan 5 probe pada setiap punca fasa,
punca neutral dan bumi dan seterusnya menekan butang pengujian untuk mendapat bacaan
bagi setiap sambungan. Secara perbandingannya kaedah biasa memerlukan penggunan
untuk mendapatkan 9 bacaan pada titik-titik yang berlainan bagi memastikan tiada litar pintas
pada pemasangan, tetapi dengan menggunakan alat inovasi ini pengguna hanya perlu
menyambung 5 probe dan menekan butang uji sahaja. Ini dapat menjimatkan masa pengujian
terutamanya bagi sesi pengajaran dan pembelajarnan yang mempunyai pelajar yang ramai
142
GAS SAFETY DEVICE (GSD)
1Mohd Rosli bin Mat Isa
mroslikksb@gmail.com 2Esuryati binti Kamarudin
1Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Kebocoran gas di kawasan perindustrian menyebabkan banyak masalah kesihatan.
Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang bencana berlaku, atmosfera tempat kerja perlu
dipantau dan dikawal secara kerap, untuk mengekalkan persekitaran udara yang bersih.
Walau bagaimanapun, usaha dalam kawalan kualiti udara perindustrian telah dihalang oleh
kekurangan pendekatan berasaskan sains untuk mengenal pasti dan menilai kualiti atmosfera
udara dan tahap gas berbahaya. Oleh itu, peranti pemantauan untuk pengesanan kebocoran
gas perlu dibangunkan. Untuk perkembangan sistem ini, sensor pertama untuk gas mudah
terbakar (MQ136) digunakan untuk mengesan keadaan amonia (NH3), Nitrogen Oksida
(NOx), Benzene, Alkohol dan karbon monoksida (CO). Sensor kedua, Bahan sensitif sensor
gas (MQ-2) adalah SnO2, yang mempunyai kekonduksian yang lebih rendah dalam udara
bersih. Mempunyai sensitiviti tinggi terhadap LPG, Propane dan Hidrogen, juga boleh
digunakan untuk Methane, ia adalah dengan kos yang rendah dan sesuai untuk aplikasi yang
berbeza. untuk Sensor ini akan mengesan kepekatan gas mengikut output voltan sensor dan
dikendalikan dalam sistem penggera. Sistem pengawasan dengan menggunakan Arduino
nano sebagai mikrokontroler untuk keseluruhan sistem peranti . Peranti akan mengeluarkan
amaran mengunakan buzzer dan lampu.Nilai bacaan gas pada kadar Parts Per Million (ppm)
pada skrin LCD.
Kata kunci: Arduino , MQ-2, MQ-135 dan Parts Per Million (ppm) , Karbon
Monosida, Sensor Gas, LCD , LPG, Methane.
143
ENVIRO CSS
1Siti Harni binti Zainal
harni4863@gmail.com 2Sarinah binti Ali
sarinahbintiali@gmail.com 3Erita Mazwin binti Mazlan
1Politeknik Melaka
ABSTRACT
The development of concrete stepping stones contained fly ash, combined with other
by product materials, was explored. Fly ash from coal-fuel waste were combined with HDPE
(industrial wastes) and molded into forms for outdoor use as stepping stones. A range of
additional components was investigated before, including kernel, oil palm ash. The purpose
was to combine these materials in search of the best composite for ease of formulation and
product performance. Various shapes, sizes, and configurations of molded pieces were
prepared with major emphasis on 12” x12” x4” stepping stones for placement in a lawn to form
a walking pathway. A testing for compressive strengths was performed on these squares, and
appeared to be adequate for the intended outdoor application. This product attributes low
densities ( lighter weight than commercial concrete pavers), and good stability after being
submerged in water. This product can be pigmented with various colours. This product have
functioned well as a normal walking pathway including retains from rainy and hot weather.
This product is highly recommended for commercialize in order to give added value through
innovation of the waste product.
144
DEVELOPMENT OF DC-DC BUCK CONVERTER FOR
PHOTOVOLTAIC APPLICATION UTILIZING PERIPHERAL
INTERFACE CONTROLLER (PIC)
1Kamarudin bin Kamit
kamaruddinkamit@gmail.com 2Mohd Aly Rajaie bin Halim
alyrajaiepoliteknik@gmail.com
1Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor
ABSTRACT
Nowadays, renewable energy is highly demanded and is as an alternative to replace
conventional energy such as petroleum and hydroelectric. Generally, renewable energy
produce high power and current to direct current (DC) used by consumers and usually the
total power can be collected from this renewable energy is in large power kilowatts (kW) and
megawatts (MW). One of the important renewable energy today is the solar energy. However,
weather factor plays a big role to determine the consistency of the solar energy system. The
weather change is causing the voltage collected by the solar panel is not fixed. This project
explain the method to produce constant 12Vdc output voltage. As we know solar panel or
photovoltaic (PV) functions is to absorb the energy from the sun and convert it to electrical
signal. In this project, DC to DC buck converter is designed for photovoltaic (PV) application
which controlled by PIC 16F877A microcontroller, so the output voltage is regulated to a
constant value (12Vdc) whatever its input is in the range of 12Vdc to 18Vdc. A Pulse width
modulation (PWM) signal from microcontroller is used to control the duty ratio of switching
signal for the buck converter. Each component and each parameter of proposed circuit is well
calculated using the equations and with 12W photovoltaic system. The simulation is carried
out in LT Spice and PROTEUS ISIS Professional Tool while the coding of the programming is
done on CCS Compiler. The simulation result shows that the output voltage for buck converter
is 12Vdc for input photovoltaic (PV) 13Vdc, 15Vdc and 16Vdc while the hardware results
shows when the input photovoltaic (PV) regulated from 12Vdc to 18Vdc the output voltage is
12Vdc.
145
IoT_S4VIP's
1Nur Adlina binti Mohd Rani
adlina@psmza.edu.my 2Muhammad Ridzuan bin Idris
ridzuan@psmza.edu.my 3Roduan Hishambrie bin Ismail
roduan@psmza.edu.my
1Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
ABSTRAK
Projek ini dibina atas dasar mempelbagaikan kegunaan IoT dalam aplikasi kehidupan
seharian. Ia adalah selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya
diaplikasikan dalam memudahkan tadbir urus jabatan khususnya Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Inovasi ini terhasil dari
kreativiti ahli kumpulan bagi memastikan masalah perjumpaan antara pelajar atau tetamu
dengan Ketua Jabatan atau pensyarah berjalan dengan lancar dan lebih efisyen. Selain itu,
projek ini juga mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik melalui suis kawalan jauh
serta sentiasa memberikan info dan maklumat terkini mengenai jabatan dan politeknik kepada
seluruh warga JKE, PSMZA. Projek ini menggunakan dua Raspberry pi versi 3 yang
mempunyai cip Broadcom BCM43438 2.4GHz 802.11n ‘wireless lan’ tanpa perlu membeli
‘dongle WIFI’. Pembinaan projek ini melibatkan penggunaan perisian yang mengguna pakai
konsep pembangunan GUI (Graphical User Interface) degan menggunakan bahasa
pengaturcaraan Python 3 yang mempunyai sokongan kepada pengaturcaraan berasaskan
objek (Object-oriented Programming). Ujicuba prototaip IoT_S4VIP’s telah dijalankan selama
seminggu (24 Jun 2018 hingga 28 Jun 2018) iaitu melibatkan ketua jabatan dengan pelajar
bertujuan untuk menguji keberkesanan fungsi dan penggunaannya. Berdasarkan hasil
dapatan, 96% dari keseluruhan pelajar yang berjumpa dengan Ketua Jabatan berpuashati
dengan penggunaan prototaip ini. 8. Secara keseluruhannya, Inovasi IoT_S4VIP’s memberi
impak kepada imej Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
dengan memudahkan perjumpaan antara pelajar dengan Ketua Jabatan, menjimatkan
penggunaan elektrik melalui ‘Energy Conservation’ dan mengelakkan pelajar dari tercicir
maklumat penting dan terkini dengan mengaplikasikan system IoT yang selari dengan
Revolusi Industri 4.0.
146
BUTCHER BAR
1Mohd Hafiz bin Hj. Md. Sani @ Abd. Rahim
mohd_hafiz.poli@1govuc.gov.my
Program Penyejukan & Penyamanan Udara,
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
ABSTRAK
Semasa proses pembaikan kenderaan, pelbagai komponen seperti absorber, white
body, body panel akan mendapat kesan hasil ketukan dan rengkuhan dengan menggunakan
batang paip dan tukul besi. Proses penukaran perlulah dalam keadaan selamat, tenang dan
bersih. Jika menggunakan kaedah konvensional, busnyi bising akan terhasil, habuk dan taik
besi pada kenderaan akan gugur ke lantai. Alat Butcher Bar(BB) ini direka khas dengan cara
mengikat hujung BB(Poin A) pada komponen kereta dan U-Trap diikat pada komponen yang
ingin ditukar. Selepas itu rengkuhkan alatan BB dengan selamat dan berhati-hati. Dengan
menggunakan alatan BB ini, proses penukaran komponen kenderaan akan menjadi lebih
mudah dan komponen lain tidak terjejas serta persekitaran yang aman. Bagi menambah baik
altan ini, saiz U-Trap perlu diselaraskan mengikut pengeluar kereta bagi menjadikan
kedudukan BB lebih mantap dan selamat semasa proses kerja-kerja pembaikan kereta.
147
PENGUPAS KULIT TEBU AUTOMATIK
1Amir Mohd, Wan Irwani Wan Mohd Rasli 2Nur Izzatul Huda Mohamed Zin
huda.mohamedzin@gmail.com
1Kolej Vokasional Besut, Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu
ABSTRAK
Pada umumnya proses pengupasan kulit tebu masih menggunakan proses manual
sehingga memerlukan tenaga manusia yang besar, waktu yang lama dan alat yang tajam
untuk mengupas sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada peniaga. Untuk mengatasi
masalah tersebut perlu adanya mesin pengupas kulit tebu. Mesin pengupas kulit tebu
automatik direka dengan bekalan kuasa solar serta bateri DC 12V. Tenaga elektrik yang
diperolehi dari sinaran matahari itu akan disambungkan pada bateri DC 12V untuk menerima
sambungan tenaga. Dengan menggunakan converter sistem bateri DC 12V akan ditukarkan
ke 240V AC dan keluaran bekalan dari converter itu akan disambungkan pada masukan suis
seterusnya keluaran ke motor dan motor akan berfungsi. Rod motor yang diletakkan berus
besi itu juga akan berputar. Akhir sekali, pengguna dapat menggunakan pengupas kulit tebu
automatik (PKTA) dengan selamat.Antara kelebihan projek ini ialah untuk memudahkan
pengguna terutama dalam golongan-golongan penjual air tebu kerana mesin ini direka dalam
keadaan mudah alih untuk di bawa kemana-mana seperti pasar malam dan sebagainya .
Dengan adanya (PKTA) ini maka penjual-penjual air tebu dapat menjimatkan tenaga dan
masa semasa proses untuk membuang kulit tebu sekaligus dapat menjimatkan kos
mengupah pekerja mengupas kulit tebu.
148
MEMBANGUNKAN PERALATAN KHAS SHAFTLOCK
UNTUK TRANSMISI MANUAL MODEL F5M2
SERIESMENGAJAR BAGI KURSUS DTM6014 VISITOR
INTERPRETATION SERVICES
1Poo Tsek Chuang
pootsekchuan@gmail.com 2Mohd Khairul bin Omar
mkhairul@kkktu.edu.my 3Maziah bt Muda
maziahmuda65@yahoo.com
1Kolej Komuniti Kuala Terengganu
ABSTRAK
Model kenderaan keluaran proton seperti Wira, Iswara, Satria Dan Arena
menggunakan transmisi manual jenis siri F5M2. Hasil maklumat dari pengusaha bengkel
menunjukkan bahawa kotak transmisi model ini sering mengalami kerosakan gigi gear. Bagi
tujuan membaik pulih kerosakan ini melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan peralatan
khusus. Kesannya, pengusaha bengkel terpaksa menggunakan kaedah yang tidak betul dan
seragam. Ini mengakibatkan komponen kotak transmisi mengalami kerosakan yang baharu.
Hasil dari tinjauan menunjukkan, sehingga kini tiada inisiatif yang telah dibangunkan untuk
mengatasi masalah ini. Justeru itu, pengkaji mendapat idea untuk membangunkan satu
produk bagi membantu pengusaha bengkel melakukan proses baik pulih dengan lebih mudah
dan menjimatkan. Idea yang dibangunkan ini adalah hasil pengubahsuaian terhadap clutch
plate spline yang tidak lagi boleh digunakan. Operasi komponen ini digunakan untuk menahan
input shaft dari berpusing semasa nat pengunci dibuka. Bagi mendapatkan maklum balas dari
para pengusaha, peralatan yang diberi nama ShaftLock ini telah digunakan di bengkel terpilih.
Hasilnya, laporan dari pengusaha telah membuktikan bahawa produk dari bahan buangan ini
dapat menjimatkan kos operasi. Disamping itu, ia juga boleh menjimatkan masa operasi,
tenaga kerja, dan sangat ergonomik. Usaha membangunkan barangan buangan ini dilihat
selari dengan inisiatif kerajaan Malaysia. Seterusnya, produk ini dijangka akan mendapat
sambutan pengusaha bengkel dan berpotensi dikomersilkan.
Kata kunci: Transmisi manual; bahan buangan; ergonomic
149
MINI WATER CHILL
1Nurbaity binti Samsudin
zulbaitysataybp@gmail.com 2Siti Nurfateha binti Idris
snurfateha93@gmail.com 3Mohd Redzuan bin Mohamed Roshidi
mohd.redzuan11@gmail.com
1Kolej Vokasional Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Projek ini membincangkan tentang merekabentuk sebuah system Mini Water
Chill. Projek ini direka bentuk adalah khususnya untuk penggunaan di rumah bagi
menjimatkan tenaga elektrik dan mudah diselenggara. Di dalam projek ini system
dibangunkan dengan menggunakan sebuah unit luar 1HP, sebuah tangki air mini,
sebuah water pump dan dua unit dalam . Sistem ini juga menggunakan panel kawalan
untuk mengawal system supaya berfungsi. Sistem ini juga menggunakan system
perpaipan untuk saluran air. di dalam projek ini beberapa pengujian dijalankan untuk
memperolehi bacaan suhu yang dianggarkan. Secara keseluruhannya projek ini dapat
berfungsi dengan baik dan berjalan dengan lancer mengikut apa yang dirancang.
150
AUTOMATED ONIGIRI MAKER
1Dr Mohd Azahari bin Razali
azahari@uthm.edu.my 2Encik Rais Hanizam bin Madon
raismadon@uthm.edu.my 3Dr. Azwan bin Sapit
azwans@uthm.edu.my
1Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ABSTRACT
Z.A Yukimi Enterprise is a local company which their core business is producing
HALAL Japan based food and located at Kuching Sarawak. However, the company to improve
the productivity of the product. The company still using manual preparation process of Onigiri;
which manage to produce only 200 pieces per day. Instead of that, the Onigiri also must be
well mixed between rice and core (salmon mayo, tuna mayo and prawn tempura). An
automated Onigiri maker equipment is proposed in order to increase production rate. The
maker is also developed with a mixer for the rice and core. In order for improvement, smart
tray, then is introduced to packaging stage. This equipment capabilities to produce various
types of size and weight for the Onigiri with small error tolerance. Moreover, this equipment is
capable to produce almost 100% extra Onigiri per day compare to current rate. A conveyor
also to being installed to transfer the Onigiri for packaging stage. The equipment also
fabricated with a V-mixer; whereby this mixer functionally to ensure that the rice and core is
well mixed before proceed to the Onigiri maker stage. This V-mixer is capable to create a solid
mixing dough of rice and core at ratio of 1:1.
151
CORN SILK REMOVAL MACHINE 2.0
1Mahadi bin Sudin
mahadikkrb@gmail.com 2Haslizawati binti Jaafar
hasliza_wati84@yahoo.com 3Abdul Azim bin Yusof
enzimkkrembau@gmail.com
1Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Konsep pelaksanaan projek ini adalah berdasarkan keperluan dan permasalahan
yang wujud pada salah satu bahagian pemprosesan industri pengeluaran biji jagung lerai.
Masalah yang dialami industri adalah semasa aktiviti pengasingan bulu jagung (corn silk) dan
jagung lerai. Sehingga kini aktiviti mengasingkan bulu jagung daripada jagung lerai dilakukan
secara manual dimana jagung lerai diangkat menggunakan bakul dan ditampi di hadapan
kipas yang berputar. Kaedah menampi yang dilakukan secara manual ini adalah tidak
praktikal kerana hampas dan bulu jagung tidak dapat diasingkan secara menyeluruh. Kaedah
ini juga memerlukan tenaga kerja yang ramai serta melibatkan masa yang panjang kerana
perlu dilakukan berulangkali dan secara tidak lansung menjejaskan kualiti jagung lerai.
Kaedah ini juga menghasilkan banyak pembaziran selain daripada mendatangkan masalah
dari segi kebersihan dan keselamatan kawasan kerja. Sehubungan dengan itu, Corn Silk
Removal Machine 2.0 telah direka bentuk bagi mengatasi masalah tersebut. Mesin ini
menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi dan boleh dikendali secara individu serta
mempunyai kecekapan 5 kali ganda berbanding kaedah menampi secara manual. Mesin ini
mempunyai 2 peringkat pengasingan menjadikan bulu dan hampas jagung dapat dikurangkan
semaksima mungkin dan hasil produk akhir lebih berkualiti. Selain itu, mesin ini juga
dilengkapi dengan sistem penggredan yang dapat mengasingkan saiz jagung yang
dikehendaki. Mesin ini juga dapat mengurangkan pembaziran dan mengurangkan kekotoran
di kawasan kerja. Bagi meningkatkan kecekapan mesin ini, penambahbaikan telah dijalankan
iaitu dengan menambah sistem vakum bagi meningkatkan kecekapan pengasingan bulu
jagung dan hampas jagung.
152
PORTABLE SOLDERING WORK STATION
1Noraziah binti Mokhtar
aziah4hamdan@gmail.com 1Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Penggunaan alat pematerian adalah salah satu alatan yang digunakan dalam modul
elektronik. Pelajar dan pengguna sering menghadapi masalah menyusun atur peralatan yang
diperlukan dalam proses menghasilkan pematerian yang baik. Alatan yang yang digunakan
dalam proses pematerian juga mengahadapi masalah dalam proses penyimpanan kerana
memerlukan ruang yang lebih dan sukar untuk proses mengalihkan peralatan dari satu tempat
ke tempat yang lain. Penghasilan Protable Soldering Work Station membantu menyelesaikan
masalah susun atur alatan pematerian. Ia juga memudakan proses penyimpanan termasuk
mengalihkan alatan dari sutu tempat tempat yang lain kerana ia diletakkan dalam bekas khas.
Semua alatan yang diperlukan dalam proses pematerian diletakkan di dalam bekas khas yang
di kenali Protable Soldering Work Station. Pengguna hanya perlu buka bekas tersebut dan
memasang alatan yang tersimpan di dalam bekas itu pada ruang yang ditetapkan. Pasang
peralatan yang memerlukan bekalan kuasa pada bahagian yang disediakan. Selepas proses
pematerian selesai pengguna hanya perlu membuka dan menyusun semua alatan di dalam
bekas tersebut seperti asal. Proses pematerian lebih mudah kerana semua alatan tersusun
dan senang dikendalikan. Protable Soldering Work Station dilengkapi alatan lengkap
pematerian termasuk pemegang papan PCB, kanta pembesar serta lampu cahaya dan kipas
penyedut asap pematerian ia juga boleh dibawa dengan mudah dari satu tempat ke tempat
yang lain. Impak positif kepada peningkatan hasil kerja pematerian yang lebih baik kepada
pengguna. Protable Soldering Work Station sangat disarankan dan sesuai dimiliki oleh
institusi, sekolah dan pengguna yang mempunyai modul elektronik untuk proses pematerian.
Penambahaikan yang akan dilakukan adalah menggunakan sistem solar sebagai sumber
tenaga bekalan kuasa kepada peralatan.
153
PEMBANGUNAN NUGGET AYAM DENGAN
MENGGUNAKAN CAMPURAN PUCUK UBI KAYU
(MANIHOT UTILISSIMA).
1Hasdaraini binti Mohd Hassan
hasdaraini@ymail.com 2Ainin Azwani binti Abdul Rafa
ainaz0308@gmail.com 3Mansur bin Nassir
mansur.nassir@gmail.com
1Kolej Komuniti Lahad Datu, Sabah
ABSTRAK
Pembangunan produk nugget ayam campuran daun pucuk ubi kayu (Manihot
utilissima). telah dilakukan. Kajian ini dijalankan untuk menggalakkan pengambilan ulaman di
kalangan rakyat Malaysia dan produk ini boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif bagi
sesiapa yang kurang menggemari ulaman. Ubi kayu berasal daripada Amerika Selatan dan
kini mudah didapati di kebanyakan negara tropika (Chan, 1990) termasuklah Malaysia.
Khasiat pucuk ubi kayu adalah pelbagai dan kajian daripada Asmah (2003) menunjukkan
pucuk ubi kayu berpotensi sebagai agen antikanser dimana kandungan aktiviti antioksida
didalamnya adalah tinggi. Dalam pembangunan nugget ayam ini, sebanyak 8%, 12% dan
15% pucuk ubi kayu segar telah dicampurkan. Seterusnya penilaian sensori telah dijalankan
ke atas 40 orang panel pengguna dan keputusan menunjukkan panel dapat menerima nugget
ayam campuran 8% pucuk ubi kayu apabila dibandingkan dengan nugget ayam campuran
12% dan 15% pucuk ubi kayu serta nugget ayam komersil. Keputusan atribut warna, aroma,
kekenyalan dan penerimaan keseluruhan menunjukkan tiada perbezaan beerti antara produk
nugget tersebut. Nilai purata ± sisihan piawai bagi atribut warna, kekenyalan, aroma dan
penerimaah keseluruhan adalah 4.46 ± 0.79, 4.10 ± 0.968, 4.33 ± 0.806 dan 4.51 ± 0.644.
Kata kunci: Nugget ayam; Manihot utilissima
154
STAND TUBE CUTTER
1Hasrul Nizam bin Hashim
pekanboy_007@yahoo.com.my 2Miskiah binti Wakijan
wmiskiah69@gmail.com 3Mohd Rosdi bin Yusoff
rusdi5152@yahoo.com
1Unit Penyamanan Dan Penyejukan Udara,
Kolej Komuniti Rompin, Pahang, Malaysia
ABSTRAK
Alat pemotong tiub adalah cara lebih selamat bagi tiub kuprum lembut kerana
pemotongnya licin dan tepat. Pemotongan tiub kuprum memerlukan kemahiran bagi
mendapatkan hasil yang baik. Mereka yang baru belajar dan tiada kemahiran terutamanya
pelajar adalah sukar membuat pemotongan dan mendapatkan hasil yang baik. Penggunaan
pengapit atau ragum bengkel adalah terhad dan berada tetap pada meja kerja menyebabkan
kesesakan semasa aktiviti pembelajaran. Alat pemotong tiub kuprum pula selalu terjatuh
semasa proses pemotongan mengakibatkan alat pemotong rosak, tertanggal dan tidak boleh
digunakan lagi. Ini akan meningkatkan kos serta mengganggu aktiviti pembelajaran dan
pengajaran (PdP). Stand Tube Cutter ini direkabentuk untuk digunakan dalam pemotongan
tiub kuprum di mana terdapatnya pelulas, pembaris keluli dan pengapit sebagai satu kelainan,
boleh dipasang sebagai tapak pada meja kerja bengkel serta mudah dibawa kerana ianya
bersaiz kecil. Masa pemotongan menggunakan Stand Tube Cutter adalah lebih cepat dan
mudah daripada alat pemotong tiub kuprum lama, tiada pencemaran alam sekitar, tiada
penggunaan elektrik dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Stand Tube
Cutter sangat sesuai digunakan oleh pelajar, penyelenggara penyaman udara, orang yang
tiada kemahiran atau baru menjalani latihan menggunakannya dalam pemotongan tiub
kuprum.
Kata kunci: Pemotong Tiub, Pengapit, Pelulas, Tiub Kuprum
155
DOUBLE TRANSOM (PEPAT BERGANDA)
1Mohd Ismail bin Mohammad Litak
ismaillitak@gmail.com 2Muhammad Shazwan bin Sazali
shazwan101189@gmail.com
1Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka
ABSTRAK
Reka bentuk bahagian Pepat belakang (Transom / Stern) sesebuah bot adalah penting
dalam menentukan lebar, panjang, serta kesesuaian untuk pemilihan jenis sistem pacuan
enjin (engine propulsion system) sama ada untuk menggunakan Enjin Dalam (In-Board
Engine) atau menggunakan Enjin Sangkut (Out-Board Engine). Tujuan Inovasi ini adalah
mereka bentuk transom bot yang boleh diguna suaikan oleh kedua-dua jenis sistem pacuan
enjin tampa memerlukan pengubahsuaian yang besar. Melalui artikal “Stern Styles and
Transom Type” oleh Richard Jordan pada 19 September 2009 membincangkan rekabentuk
“The Flat Transom dan Sugar Scoop Stern “ hanya mengkelaskan jenis-jenis pepat mengikut
penggunaan salah satu jenis enjin sahaja. Manakala Stephen Byrne (Trails.com) penulis
artikal majalah “Nor’East Saltwater” menyatakan bahawa binaan transom bot adalah dinding
penyambung utama bagi bahagian kiri dan kanan badan bot yang perlu dibina dengan kukuh
dan lebih tebal daripada dinding bahagian bot lainya kerana bahagian ini adalah tempat bagi
penyokong pemasangan enjin bot serta berupaya menahan tekanan daya kilas enjin terutama
ketika bot berada dalam kelajuan tinggi semasa posisi membelok diatas air. Pencarian
seterusnya mendapati tiada artikel membincangkan berkenaan rekabentuk transom bot dwi
guna. Oleh yang demikian usaha Inovasi yang dinamakan “Pepat Berganda” ini menawarkan
reka bentuk Transom Bot yang dapat memberikan pilihan kepada pengguna diantara kedua-
dua Sistem Enjin Bot mengikut kesesuaian.
Kata kunci: Sistem Pacuan Enjin, Pepat Bot, Enjin Dalam, Enjin Sangkut.
156
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA
SURAT
157
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
1. PEMBANGUNAN SISTEM REKOD PPI DI
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Harzulaili binti Saleh
Politeknik
Muadzam Shah,
Pahang
160
2. SISTEM KV PAY
Muhammad Zulfadhli bin Mohd Khalid Mohd Faez Ikmal bin Ibrahim
Kolej Vokasional
Datuk Seri Abu
Zahar Isnin,
Melaka
161
3. SISTEM RUBRIK PENTAKSIRAN (SRP)
Mohd Nazaruddin bin Hanapiah
Rizalina binti Mohd Radwan
Kolej Komuniti
Kuala Langat
162
4. E-ELECTRICAL INSTALLATIONS COURSES (E-
EIC)
Azreen bin Jafaar
Kolej Komuniti
Santubong,
Sarawak
163
5. GREEN DIGITAL MANAGEMENT SYSTEM
(GDMS)
Siti Nurr Hidayah binti Mohd Sanif
Hasimahwati binti Abu Yamin
Kolej Komuniti
Segamat 2, Johor
165
6. E-REPORT JHEPP: APLIKASI ICT DALAM
PENGURUSAN DOKUMEN KERTAS KERJA DAN
PELAPORAN AKTIVITI PELAJAR DI POLITEKNIK
MELAKA
Nor Azah binti Mat Sout
Hazira binti Saleh
Haidar Nur Rifhan binti Basir
Politeknik
Melaka, Melaka.
166
7. APLIKASI ANDROID - LITAR ELEKTRONIK
Suzanna binti Samsudin
Noorul 'Ain binti Md Shariff
Kolej Komuniti
Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
167
8. SISTEM PRA PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR
Nur Dalila Abdullah
Faezah Mohd Sa’oad
Rodziah Ibrahim
Politeknik
Muadzam Shah,
Pahang
168
158
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
9. GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN BAGI KURSUS
KESELAMATAN KOMPUTER
Mohd Fadli bin Ahdon
Nur Elyani binti Mohamad
Norhayati binti Md Sharif
Kolej Komuniti
Arau, Perlis
169
10. SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN
KAKITANGAN BERSEPADU (ePADU)
Najmiah binti Abdullah
Roazam bin Ahmad
Azizol bin Duralim
Kolej Komuniti
Sungai Petani,
Kedah
171
11. PEMANTAUAN PRESTASI “E-MTAQ”
Siti Zakiah binti Abu Bakar
Ati Arini binti Salim
Rosmaria binti Ismail
Politeknik
Melaka, Melaka
173
12. EMS4U
Muhamad Azlin bin Ismail
Hj Zainuddin bin Kasmuri
Kolej Komuniti
Bagan Datoh,
Perak
175
13. INTEGRATED KEY MANAGEMENT SYSTEM
VERSION 2.0 (iKEYBOXS V2)
Noorashikin binti Mustafa
Hasniza binti Tawyer
Hairul Anuar Masrol
Kolej Komuniti
Pasir Gudang,
Johor
Kolej Komuniti
Kota Tinggi,
Johor
176
14. FIND YOUR LECTURER (FyL)
Norzahirah binti Zainuddin
Siti Soraya Mohd Sapuan
Sharifah Nadiyah Razali
Kolej Komuniti
Selandar, Melaka
177
15. PSH MOBILE APPLICATION (SHORT COURSE E-
TRACKER)
Norsyaliza binti Abd Razak
Ahmad Zairi bin Mohd Zain
Mohd. Zamri bin Osman
Kolej Komuniti
Pekan, Pahang
178
159
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
16. IWALK-IN
Rasidah binti Mohd Zohor
Siti Norsiah binti Ahmad
Suhailie binti Daud
Kolej Komuniti
Segamat 2, Johor
179
17. SISTEM E-DISIPLIN KKKL
Muhammad Firdaus bin Tauhid Ahmad
Mornizawati binti Abdullah
Nurhasyinda binti Shahidan
Kolej Komuniti
Kuala Langat,
Selangor
180
18. E-DBAP (DATABASE DAN BORANG ANALISA
PELANGGAN)
Farah Adila binti Sabri
Nurulizzah Idris
Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah
Kolej Komuniti
Muar, Johor
181
19. SISTEM PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR PSMZA 2017/2018
Wan Mohd Hakimin bin Wan Shafie
Mazudi bin Ramthan
Zainal Anuar bin Bakri
Politeknik Sultan
Mizan Zainal
Abidin,
Terengganu
182
20. LAS@K
Muhammad Firdaus bin Harun
Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor
Kolej Komuniti
Kuala Langat,
Selangor
183
21. SISTEM PROBIZ
Siti Hazwani binti Rosli
Razzatul Iza Zurita binti Rasalli
Rizarina binti Ekhwan
Kolej Komuniti
Ledang, Johor
184
160
PEMBANGUNAN SISTEM REKOD PPI DI JABATAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI POLITEKNIK
MUADZAM SHAH
1 Harzulaili binti Saleh
harzulaili@pms.edu.my
1 Politeknik Muadzam Shah
ABSTRAK
Perlaksanaan aktiviti Pensyarah Pelawat Industri (PPI) ini dilihat sebagai salah satu
kaedah bagi membantu politeknik dalam mempelbagaikan kaedah P&P dalam meningkatkan
kefahaman pelajar dalam pembelajaran. Jabatan akan merancang pelbagai aktiviti
pengajaran daripada industri yang terpilih bagi memastikan petunjuk prestasi yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) tercapai. Penyelaras
PPI dan pihak pengurusan di jabatan yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Ketua Program
perlu mengira secara manual jam interaksi yang terkumpul bagi setiap aktiviti bagi
memastikan KPI yang telah ditetapkan tercapai. Penyelaras PPI perlu mengumpul semua
maklumat dan laporan secara manual di dalam fail untuk laporan keseluruhan aktiviti yang
telah dilaksanakan. Sekiranya dokumen tersebut diperlukan untuk tujuan rujukan, fail tersebut
akan diakses oleh pensyarah secara bergilir-gilir dan kemungkinan risiko berlakunya
kehilangan beberapa dokumen yang terdapat di dalam fail tersebut. Sistem Rekod PPI
dibangunkan bertujuan untuk membolehkan semua maklumat berkaitan aktiviti PPI
direkodkan secara berpusat dan paparan keseluruhan aktiviti bersama jumlah jam interaksi
mengikut tahun dan program. Kajian keberkesanan sistem telah dibuat ke atas 20 responden
yang terdiri daripada pensyarah dan pihak pengurusan di JTMK. Sistem ini dilihat mampu
untuk memudahkan proses capaian dan paparan jumlah jam interaksi dipamerkan bersama
aktiviti secara keseluruhan tanpa perlu mengira secara manual.
Kata kunci: rekod,pensyarah pelawat industri, sistem berpusat
161
SISTEM KV PAY
1 Muhammad Zulfadhli bin Mohd Khalid
zulfadhlikhalid91@gmail.com 2 Mohd Faez Ikmal bin Ibrahim
1 Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin
ABSTRAK
Sistem KV Pay merupakan sebuah projek inovasi teknologi maklumat. Objektif
pembangunan sistem ini adalah untuk melancarkan pengurusan transaksi penjualan
dan perbelanjaan yang berlaku dalam kalangan pelajar di kiosk asrama Kolej
Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin (KVDSAZI). Selain itu,objektif pembangunan
sistem ini juga adalah untuk menjadi medium dalam memperkenalkan dan
merancakkan pembangunan aplikasi yang berteraskan “internet of things” dalam
kalangan pensyarah dan pelajar khususnya bagi pensyarah dan pelajar dalam jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi di KVDSAZI.Pembangunan sistem ini adalah
bersesuian dengan dengan revolusi industry 4.0 dalam memaksimakan fungsi peranti
digital dalam kehidupan seharian. Keberkesanan sistem ini diuji melalui soal selidik
kepada pelajar asrama KVDSAZI terutama pelajar dalam bidangTeknologi Maklumat
dan Komunikasi di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Hasil daripada
dapatan soal selidik mendapati sistem ini dapat membantu dalam melancarkan
pengurusan transaksi antara pelajar dan kiosk asrama.Selain itu, penggunaan sistem
ini di asrama KVDSAZI juga dapat menarik minat pelajar dan pensyarah terutamanya
dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menambah pengetahuan
mengenai “internet of things” dan revolusi perindustrian 4.0 seterusnya merancakkan
pembangunan aplikasi dalam kalangan pelajar dan pensyarah KVDSAZI.
162
SISTEM RUBRIK PENTAKSIRAN (SRP)
1 Mohd Nazaruddin bin Hanapiah
hnazaruddinmohd@yahoo.com 2 Rizalina binti Mohd Radwan
1 Kolej Komuniti Kuala Langat
ABSTRAK
Pentaksiran merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran di
setiap institusi pendidikan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu kursus.
Pentaksiran kepada pelajar di kolej komuniti dilaksanakan pada setiap hasil pembelajaran
kursus berdasarkan komponen penilaian yang telah ditetapkan. Umum mengetahui, kolej
komuniti menawarkan pelbagai program dan kursus yang berbeza di seluruh Malaysia. Oleh
itu pelaksanaan pentaksiran akan mengikut silibus yang telah ditetapkan dan menjadi perkara
yang wajib bagi setiap pensyarah dalam melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan sesuatu pentaksiran memerlukan ketelitian, kejituan dan ketepatan dalam setiap
proses pengiraan, pengisian termasuklah dalam pemindahan setiap markah. Kesilapan dan
kecuaian dalam pengiraan, pengisian dan pemindahan markah akan memberi kesan terhadap
pencapaian prestasi seseorang pelajar. Ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan
kesaksamaan dalam memberi nilai markah kepada setiap pelajar. Satu inovasi telah
dibangunkan iaitu ‘Sistem Rubrik Pentaksiran’ (SRP v.2018). Inovasi ini merupakan satu
inisiatif untuk mengatasi masalah yang sama berlaku. Melalui sistem ini, markah pelajar dapat
dijana secara automatik dan secara tidak langsung membantu mengurangkan kesilapan
pengiraan dan bebanan pensyarah dalam menguruskan setiap pentaksiran.
163
E-ELECTRICAL INSTALLATIONS COURSES (E-EIC)
1 Azreen bin Jafaar
azreenambi@gmail.com
1 Kolej Komuniti Santubong,Kuching, Sarawak
ABSTRAK
Laman web ( http://pemasanganelektrik.weebly.com/ ) ini dibangunkan adalah
bertujuan meringankan beban kerja dan menjimatkan masa pensyarah dalam Pengurusan
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pensyarah mudah untuk mendapatkan nota
rujukan, slaid pengajaran dan bahan-bahan PdP yang baru kerana nota terkini, slaid terbaru
dan bahan-bahan PdP yang lain berkenaan mata pelajaran tersebut telah dimuatnaik secara
atas talian (online) ke dalam Sistem My Drive – Google oleh setiap pengguna(pensyarah)
yang lain. Laman web ini dibangunkan menggunakan perisian weebly.com dan
drive.google.com. Aplikasi yang disediakan boleh digunakan secara percuma, hanya perlu
mendaftar akaun Weebly dan Google secara ringkas dan mudah. Pensyarah perlu mengurus
bahan PdP dalam Sistem My Drive. Manakala, pelajar pula mudah untuk memiliki bahan-
bahan PdP secara atas talian (online). Seterusnya, mengamalkan electronic educational
technology (e-learning) secara meluas di Kolej Komuniti Santubong. Dengan wujudnya sistem
ini, pensyarah tidak perlu memberi tumpuan yang lama dalam menyiapkan nota, slaid dan
bahan-bahan PdP yang lain sekaligus dapat meningkatkan kualiti kerja. Ia juga dapat
menjimatkan kos dari segi penggunaan kertas kerana sebarang perubahan maklumat boleh
dilakukan secara terus ke dalam sistem dan disimpan semula. Selain itu, maklumat ini tiada
risiko kehilangan kerana tersimpan di Aplikasi My Drive. Malah, boleh diakses dimana-mana
dan bila-bila masa sahaja mengikut kehendak dan keperluan masing-masing sekiranya
mempunyai sambungan internet. Sistem ini hanya memerlukan pengguna memiliki akaun
Google. Sistem ini mempunyai pautan ke setiap mata pelajaran Modul PdP yang diajarkan.
Pelajar juga boleh mendapatkan sumber rujukan yang dihasilkan oleh pensyarah dalam
bentuk (format .pdf) pada bila-bila masa sahaja mengikut kehendak dan keperluan masing-
masing. Namun, pensyarah mempunyai pilihan untuk mengatur (setting) sama ada
membenarkan pelajar mengubah (edit) atau melihat (view) sahaja dokumen-dokumen dan
bahan-bahan PdP tersebut. Selain itu, pensyarah dapat mengesan aktiviti pelajar melalui
(activity history) dalam My Drive. Pelajar juga dapat menghantar tugasan dan laporan amali
kepada pensyarah secara atas talian (online). Adalah menjadi hasrat untuk membantu
pengguna (pelajar dan pensyarah) untuk mendapatkan maklumat dengan lebih sistematik dan
164
melicinkan proses PdP di Kolej Komuniti Santubong. Disamping itu, diharap sistem ini akan
lengkap seperti Ujian dan Kuiz secara atas talian.
Kata kunci: pemasanganelektrik.weebly.com
165
GREEN DIGITAL MANAGEMENT SYSTEM (GDMS)
1 Siti Nurr Hidayah binti Mohd Sanif
sitinurrhidayah@gmail.com 2 Hasimahwati binti Abu Yamin
shim_apekfan@yahoo.com.my
1 Kolej Komuniti Segamat 2
ABSTRAK
CT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan
peralatan ICT yang berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada
kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan
berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan
produk ICT. Bagi menyahut pelaksanaan ICT Hijau di institusi, satu produk Green Digital
Management System (GDMS) dibangunkan di mana sistem ini dapat mengurangkan
penggunaan kertas secara efisien di pejabat bagi mengekalkan kelestarian alam. Sistem ini
diperlukan apabila kos percetakan di Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) meningkat dan
penggunaan kertas yang banyak untuk mencetak surat-menyurat serta memo dan minit
mesyuarat.
166
E-REPORT JHEPP: APLIKASI ICT DALAM PENGURUSAN
DOKUMEN KERTAS KERJA DAN PELAPORAN AKTIVITI
PELAJAR DI POLITEKNIK MELAKA
1 Nor Azah binti Mat Sout
n_azah@polimelaka.edu.my
2 Hazira binti Saleh
hazira@polimelaka.edu.my
3 Haidar Nur Rifhan binti Basir
haidar@polimelaka.edu.my
1 Politeknik Melaka, Melaka.
ABSTRAK
Penggunaan Information and Communication Technology (ICT) di dalam
pengurusan organisasi dapat membantu dalam menguruskan organisasi dengan
berkesan dan efisyen. Pengurusan dokumen yang efektif amat penting bagi
memastikan perjalanan pengurusan data serta rekod dapat dilakukan dengan lancar
dan tersusun. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)
Politeknik Melaka telah membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai e-Report
JHEPP untuk membolehkan jabatan-jabatan akademik dan unit–unit mendaftarkan
aktiviti bersama pelajar secara online melalui sistem yang disediakan. Sistem ini
disediakan khas untuk memudahkan pensyarah dan pelajar memuatnaik salinan kertas
kerja dan laporan aktiviti kepada JHEPP untuk tujuan perekodan. Penggunaan sistem
e-Report JHEPP membolehkan segala laporan mudah disimpan, diproses dan dicapai
secara sistematik. Sistem e-Report JHEPP ini juga dapat menyelesaikan masalah
kekangan tempat penyimpanan kertas kerja dan laporan aktiviti di JHEPP seterusnya
menyahut pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dijalankan di
Politeknik Melaka. Perbandingan yang dibuat berdasarkan pelaporan yang dibuat
dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan menunjukkan jumlah kertas kerja dan
laporan aktiviti yang dihantar menunjukkan peningkatan dari 32% kepada 68% untuk
sepanjang dua semester iaitu sesi Jun 2017 dan sesi Dis 2017. Hasil daripada
penggunaan sistem ini, didapati penghantaran kertas kerja dan laporan aktiviti kepada
JHEPP dilihat adalah lebih efisyen.
Kata kunci: pengurusan dokumen, e-Report JHEPP, kertas kerja, laporan aktiviti
167
APLIKASI ANDROID - LITAR ELEKTRONIK
1 Suzanna binti Samsudin
annasuzanna2002@yahoo.com 2 Noorul 'Ain binti Md Shariff
1 Kolej Komuniti Kuala Pilah
ABSTRAK
Penghasilan Aplikasi Android pada masa kini tidak asing lagi dan penggunaannya
semakin meluas di kalangan pengguna telefon pintar. Justeru, Aplikasi Android Litar
Elektronik ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pengguna android dan dapat membantu
para pelajar untuk memahami konsep penyambungan Litar Siri dan Litar Selari secara amali.
Aplikasi Android Litar Elektronik merupakan satu aplikasi yang dihasilkan untuk kegunaan
tunjuk cara secara interaktif penyambungan litar elektronik asas iaitu Litar Siri dan Litar Selari.
Aplikasi ini boleh di muat turun dari Playstore dan juga boleh digunakan secara offline. Aplikasi
android ini terhasil daripada gabungan beberapa perisian iaitu perisian Pencil untuk melakar
design UI/UX, perisian Microsoft Office Word untuk membina storyboard serta site map,
perisian Ionic Creator untuk membina aplikasi android dan perisian Microsoft Visual Studio
2017 untuk proses debug/release aplikasi kepada file .apk. Antara informasi berguna yang
tersedia di dalam aplikasi ini adalah menyambung dan membaca meter Ampere dalam Litar
Siri, menyambung dan membaca meter Volt dalam Litar Siri, menyambung dan membaca
meter Ampere dalam Litar Selari dan menyambung dan membaca meter Volt dalam Litar
Selari.
Kata kunci: Aplikasi android, litar elektronik, perisian
168
SISTEM PRA PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR
1 Nur Dalila Abdullah
dalilaabdullah@gmail.com 2 Faezah Mohd Sa’oad
faezah@pms.edu.my 3 Rodziah Ibrahim
rodziah@pms.edu.my
1 Politeknik Muadzam Shah
ABSTRAK
Sistem Pengurusan Jadual Waktu di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(JTMK) sedia ada dilihat tidak mampu dilaksanakan secara sistematik dan efisien. Ini
berikutan rungutan daripada Penasihat Akademik (PA) dan pelajar yang menghadapi masalah
dalam penyusunan slot masa jadual waktu pelajar terutamanya pelajar yang mengulang.
Selain daripada itu Jawatankuasa (JK) Jadual Waktu menghadapi masalah untuk
memperoleh maklumat yang tepat berkaitan kursus pelajar mengulang. Ia menyukarkan
proses untuk menjana jadual pelajar mengulang sekaligus mengambil masa yang lama untuk
menyelesaikan masalah ini. Sistem Pra Pendaftaran Kursus JTMK PMS yang dibangunkan
adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah jadual pelajar mengulang. Hasil kajian
keberkesanan sistem ke atas responden menunjukkan sistem ini dilihat mampu untuk
menyelesaikan masalah jadual pelajar yang mengulang. Sistem ini dapat menjana slip pra
pendaftaran pelajar dan laporan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan. Di samping itu,
melalui perlaksanaan sistem ini juga membantu JK Jadual Waktu berkaitan kursus pelajar
mengulang dan membuat penyusunan jadual waktu secara sistematik. Perlaksanaan sistem
ini juga dapat membantu mengurangkan keciciran pelajar mengikuti kuliah pada minggu
pertama dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
169
GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN
PERMAINAN BAGI KURSUS KESELAMATAN KOMPUTER
1 Mohd Fadli bin Ahdon
fadlie187@gmail.com 2 Nur Elyani binti Mohamad
elyani13@yahoo.com 3 Norhayati binti Md Sharif
nmsyatie78@gmail.com
1 Kolej Komuniti Arau
ABSTRAK
Pendekatan gamifikasi yang menggunakan elemen permainan dapat meransang dan
memberikan motivasi kepada pelajar agar pengajaran dapat diintegrasi dalam bentuk
permainan. Pendekatan yang menggunakan kaedah permainan ini menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Justeru itu satu aplikasi gamifikasi
berasaskan mobil telah dibangunkan sebagai salah satu alternatif agar pelajar dapat belajar
tanpa batasan masa dan tempat bagi kursus Keselamatan Komputer di Kolej Komuniti Arau.
Ini berdasarkan daripada hasil kajian rintis yang dibuat yang mendapati 56.3% pelajar
mengalami kesukaran untuk memahami konsep yang terdapat dalam kursus Keselamatan
Komputer kerana kesukaran memahami banyak istilah dan teori. Tujuan utama aplikasi
gamifikasi ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar serta merangsang minat bagi
mewujudkan pengalaman menarik kepada pelajar serta menggalakkan pembelajaran dan
menyelesaikan masalah serta membina kemahiran melalui setiap peringkat permainan. Satu
kajian turut dilaksanakan ke atas 40 orang pelajar semester 1 Sijil Sistem Komputer dan
Rangkaian (SSK) di Kolej Komunit Arau yang mengambil kursus Keselamatan Komputer bagi
melihat sejauh sikap serta motivasi pelajar terhadap penggunaan aplikasi permainan ini. Ujian
pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh
olehi responden sebelum dan selepas aplikasi ini digunakan. Setelah kedua-dua ujian ini
dijalankan, dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 30.4% dari 55.60% dalam
ujian pra ke 86% dalam ujian pasca. Selain itu, instrumen pengujian berskala likert yang
mengandungi 4 konstruk Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) digunakan
untuk menguji tahap motivasi dan sikap pelajar semasa menggunakan aplikasi gamifikasi ini.
Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan aplikasi gamifikasi ini dapat
menjadi satu alternatif sebagai alat pembelajaran kendiri bagi kursus Keselamatan Komputer
di Kolej Komuniti Arau. Pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam proses
170
pengajaran dan pembelajaran menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan interaktif,
selain menjadikan aktiviti yang pada asalnya bukan permainan sebagai satu aktiviti bermain
yang formal dan serius.
171
SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN KAKITANGAN
BERSEPADU (ePADU)
1 Najmiah binti Abdullah
teamkksp@kolejkomuniti.my 2 Roazam bin Ahmad
teamkksp@kolejkomuniti.my 3 Azizol bin Duralim
teamkksp@kolejkomuniti.my
1 Kolej Komuniti Sungai Petani
ABSTRAK
Latarbelakang (Senario Semasa/Isu Semasa) Kolej Komuniti Sg Petani merupakan
salah sebuah kolej komuniti rintis daripada 8 kolej yang mula beroperasi pada tahun 2001. Ia
juga kini mempunyai seramai 70 orang pensyarah dan 38 orang staf sokongan. Dengan
jumlah staf seramai 108 orang di kolej komuniti ini adalah menjadi satu cabaran kepada pihak
pengurusan tertinggi untuk menangani pelbagai masalah yang timbul dan mengatasinya
dengan bijak. Salah satu masalah yang sering ditimbulkan oleh staf dalam mesyuarat
pengurusan ialah masalah mengesan pergerakan staf samada ia bercuti, berkursus di luar
atau berada di bilik kuliah. Maka masalah ini menjadi topik utama ke arah usaha-usaha
membina satu inovasi baru dalam menyelesaikan masalah ini. Maka tajuk projek inovasi ini
ialah Sistem Pengesanan Pergerakan Staf Kolej Komuniti Secara Elektronik atau dikenali
sebagai ePADU. Kaedah Penyelesaian. Akibat kesukaran mengesan staf kolej komuniti
samada bertugas di dalam atau di luar maka satu sistem akan dicipta untuk mengesan
pergerakan staf Kolej Komuniti Sungai Petani. Sistem ini dikenali sebagai ePADU. Sistem ini
adalah disatukan dengan Sistem eSurat iaitu sistem penghantaran maklumat, dokumen
kepada staf secara elektronik. Sistem ePADU ini dicipta adalah berdasarkan kepada masalah-
masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan untuk memantau pergerakan staf semasa
bertugas secara sistematik dan pantas. Pihak pengurusan juga sering menghadapi masalah
menetapkan tarikh yang sesuai, apabila ingin mengadakan mesyuarat, aktiviti atau
perjumpaan yang melibatkan semua staf. Rasional Projek. Sistem Pengesanan Pergerakan
Staf Secara Elektronik (ePADU) adalah sangat berguna kerana ia menjimatkan masa
pencarian dan mengurangkan kos kertas. Penggunaan sistem ini telah mempercepatkan
penerimaan maklumat pergerakan staf Kolej Komuniti Sg Petani berbanding sistem
penyemakan maklumat pergerakan staf secara manual atau tradisional. Penggunaan Sistem
ePADU ini juga selain menjimatkan masa ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kertas
172
dan dakwat mesin photostat (toner). Mesin photostat dan komputer meja yang sedia ada di
pejabat dapat ditambah penggunaannya selain sebagai mesin photostat. Malah sistem ini
dapat memberi banyak kebaikan kepada staf dan juga pihak tertinggi pengurusan kolej
komuniti. Ia juga memberi kemudahan kepada pihak pengurusan memantau pergerakan staf.
Selain daripada itu juga dengan penggunaan sistem ini (ePADU), keberadaan kakitangan
Kolej Komuniti Sg Petani samada di dalam atau di luar akan dapat disemak dengan serta
merta melalui telefon pintar. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian
maklumat kepada pensyarah-pensyarah atau kakitangan sokongan. Signifikasi Sistem Sistem
ini akan digabungkan dengan Sistem eSurat iaitu sistem penghantaran maklumat, dokumen
kepada staf secara elektronik. Sistem ePADU ini dicipta adalah berdasarkan kepada masalah-
masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan untuk memantau pergerakan staf semasa
bertugas secara sistematik dan pantas. Pihak pengurusan juga sering menghadapi masalah
menetapkan tarikh yang sesuai, apabila ingin mengadakan mesyuarat, aktiviti atau
perjumpaan yang melibatkan semua staf. Atas kesukaran-kesukaran inilah satu sistem iaitu
ePADU difikirkan mampu menyelesaikan masalah ini. ePADU juga boleh di akses
menggunakan telefon pintar.
173
PEMANTAUAN PRESTASI “E-MTAQ”
1 Siti Zakiah binti Abu Bakar
s_zakiah@polimelaka.edu.my 2 Ati Arini binti Salim
atiarini@polimelaka.edu.my 3 Rosmaria binti Ismail
rosmaria@polimelaka.edu.my
1 Politeknik Melaka
ABSTRAK
Skop tugas utama dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
(PPPT) merupakan ukuran terhadap pencapaian prestasi setiap pensyarah politeknik dalam
meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian mereka. Justeru itu, skop dan tugas
pensyarah perlu dipantau, diukur dan dinilai bagi menentukan tahap prestasi yang telah
dicapai. Di kebanyakan keadaan, pencapaian Pegawai Yang Dinilai (PYD) hanya diukur pada
akhir tahun melalui Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Penilaian ini selalunya dibuat
tanpa ada satu kaedah pemantauan berkala oleh pengurusan jabatan masing-masing.
Sehubungan itu, aplikasi Elektronik Manual Takwim (E-Mtaq) dibangunkan sebagai satu
bentuk inovasi pemantauan prestasi pensyarah oleh pihak pengurusan jabatan. Melalui
aplikasi android ini, semua instrumen penilaian prestasi seperti pemantauan P&P;
penyelidikan & pembangunan serta jaringan & kolaborasi; penerbitan & penulisan dan
pengurusan dasar, organisasi & sumber manusia akan dipantau dan dinilai dari masa ke
semasa. Inovasi ini juga dapat meningkatkan lagi usaha dan motivasi PYD untuk mencapai
sasaran kerja tahunan (SKT) yang telah dirancang sekaligus mencapai “Key Performance
Indicators” (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Pembangunan aplikasi ini
merupakan suatu proses yang dinamik mengikut evolusi aplikasi android dari semasa ke
semasa selaras dengan cabaran industri 4.0. Kumpulan inovasi ini mempunyai
tanggungjawab dalam menyediakan aplikasi android yang menepati kualiti dan keperluan
pemantauan pengguna akhir. Pembangunan Appsheet Android Aplikasi “E-Mtaq” adalah
merupakan satu inovasi pemantauan pengurusan yang berkonsepkan aplikasi takwim melalui
gabungan aplikasi Googlespreadsheets dan aplikasi Appsheet. Proses pemantauan oleh
pengurusan jabatan dizahirkan dalam bentuk aplikasi takwim melalui Microsoft Excel Advance
di mana semua instrumen penilaian prestasi yang melibatkan PYD dipantau melalui takwim
tersebut. Instrumen penilaian prestasi termasuklah pemantauan P&P, perlaksanaan Program
Pelawat Industri (PPI) untuk kursus yang diajar, platform CIDOS teradun serta penglibatan
174
dalam penulisan kajian dan ilmiah, pembentangan, penerbitan dan inovasi yang dihasilkan.
Kesimpulannya, pembangunan aplikasi ini ialah untuk memastikan semua PYD melibatkan
diri dan berusaha ke arah pencapaian SKT dan pemantauan prestasi dapat dilakukan oleh
pegawai penilai dari masa ke semasa serta memudahkan capaian maklumat yang diperlukan
oleh pihak berkepentingan.
Kata kunci: SKT, Aplikasi E-Mtaq, Pemantauan, Penilaian Prestasi
175
EMS4U
1 Muhamad Azlin bin Ismail
muhamad_azlin@yahoo.com 2 Hj Zainuddin bin Kasmuri
1 Kolej Komuniti Bagan Datoh
ABSTRAK
Inovasi EMS4U ini merupakan gabungan empat sistem mudah di dalam satu platform
google yang memudahkan aktiviti pemantauan staf, sistem aduan kerosakan dan
penyenggaraan, sistem tempahan ruangan dan ultiliti serta kalendar digital yang digabungkan
di dalam bentuk mobile App, website dan QR codes scanning. Sistem yang dibangunkan
adalah sistem IN/OUT, e-Adu, e-Ruang dan e-Kalender. Sistem IN/OUT merupakan aplikasi
penggunaan google sheet yang membolehkan pemantauan pergerakan staf dan dokumentasi
yang lengkap dapat disimpan dengan baik. Fungsi ini ditambah baik dengan sistem tempahan
ruangan di Kolej Komuniti Bagan Datuk yang membolehkan proses tempahan dilaksanakan
dengan baik dan teratur dan disegerakkan ke dalam e-kalendar. Manakala sistem e-Adu
adalah sistem pengaduan kerosakan bangunan dan aset alih kerajaan secara atas talian yang
mudah. Kesemua sistem ini, dipukal kaedah capaianya melalui mobile APP dan kaedah
mengimbas QR code secara atas talian. Menjimatkan masa, menjimatkan kos dan
meningkatkan kecekapan merupakan elemen yang diterapkan di dalam sistem ini. Ianya telah
digunakan pakai secara optimum di Kolej Komuniti Bagan Datuk. Berlaku penjimatan yang
ketara dalam penggunan kertas, penjimatan masa dan meningkatkan kecekapan semasa dan
selepas penerimaan aduan serta data di simpan dalam storan digital
Kata kunci: penjimatan, kecekapan, storan digital dan gabungan
176
INTEGRATED KEY MANAGEMENT SYSTEM VERSION 2.0
(iKEYBOXS V2)
1 Noorashikin binti Mustafa
shikin@kkpg.edu.my 2 Hasniza binti Tawyer
hasniza@kkkotatinggi.edu.my 3 Hairul Anuar Masrol
hairulanuar@kkpg.edu.my
1 Kolej Komuniti Pasir Gudang
2 Kolej Komuniti Kota Tinggi 3 Kolej Komuniti Pasir Gudang
ABSTRAK
iKEYBOXS V1 yang dibangunkan pada Disember 2016 di Kolej Komuniti Pasir
Gudang merupakan sebuah sistem pengurusan kunci yang dibina berdasarkan keperluan
bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat dalam merekod pinjaman dan pemulangan
kunci bilik kuliah/makmal/bilik-bilik khas. iKEYBOXS V1 ini akan merekodkan maklumat
pengguna yang membuat peminjaman serta pemulangan kunci bilik kuliah/makmal/bilik-bilik
khas. Pegawai Keselamatan Jabatan dapat mengenalpasti pengguna yang gagal membuat
pemulangan kunci pada hari yang sama. Namun begitu, hasil daripada pemantauan yang
dilakukan, terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan agar sistem yang dibina ini lebih
efektif dan berkesan. iKEYBOXS V2 merupakan aplikasi kemudahan sistem secara atas
talian yang menggabungkan beberapa peralatan dan teknologi ICT dengan tujuan untuk
memudahkan proses pengurusan peminjaman dan pemulangan. Peminjaman kunci
memerlukan pengguna mengimbas kad pekerja dan mengimbas bar kod yang terdapat pada
kunci. Sistem ini akan diintegrasikan dengan sistem pengkomputeran secara atas talian. Di
mana, sistem ini menyimpan dan mengemaskini proses peminjaman dan pemulangan kunci.
Dengan terhasilnya penambahbaikan ini akan meningkatkan lagi pengurusan sistem kawalan
keselamatan kunci di KKPG. iKEYBOXS V2 ini menyokong merakyatkan perkhidmatan digital
selaras dengan matlamat negara menuju ke arah Transformasi Industri 4.0
Kata kunci: sistem pengurusan kunci, sistem keselamatan, penambahbaikan, industri 4.0
177
FIND YOUR LECTURER (FyL)
1 Norzahirah binti Zainuddin
zahirah7884@yahoo.com 2 Siti Soraya Mohd Sapuan
3 Sharifah Nadiyah Razali
1 Kolej Komuniti Selandar
ABSTRAK
Revolusi Industri 4.0 menerapkan teknologi internet sepenuhnya tanpa banyak
menggunakan tenaga manusia dan akan memberikan kesan kepada kehidupan manusia
masa kini. Permodenan abad ke 21 memberikan penekanan dari aspek pembelajaran dan
perniagaan secara online dan dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat manusia secara
amnya. Pelajar kini lebih cenderung menggunakan aplikasi atas talian bagi tujuan
pembelajaran dan juga capaian kepada tenaga pengajar. Projek inovasi arduino iaitu Find
your Lecturer (FyL) ini telah diaplikasikan rentetan daripada bilik pensyarah Kolej Komuniti
Selandar yang berada di tingkat 3 memerlukan tenaga pelajar untuk mengetahui keberadaan
pensyarah samada di bilik atau sebaliknya. Tujuan FyL adalah untuk mengurangkan tenaga
pelajar untuk naik ke tingkat 3 dengan hanya menggunakan papan FyL yang akan diletakkan
di kawasan yang mudah dicapai oleh pelajar. FyL juga dapat meningkatkan pengetahuan
pelajar tentang teknologi baru iaitu Arduino. Kaedah yang kami gunakan adalah Aplikasi MIT
secara atas talian dan menggunakan arduino sebagai projek inovasi. Kami telah
menggunakan borang kaji selidik kepada 100 orang pelajar Sistem Komputer dan Rangkaian
untuk mengkaji keberkesanan projek inovasi FyL. Hasil dapatan menunjukkan lebih 80%
menyatakan penggunaannya adalah positif dan menjimatkan tenaga. Kami berharap projek
inovasi FyL ini akan memberikan satu impak teknologi yang baru dan akan menambahbaik
projek dengan meluaskan penggunaannya kepada seluruh warga Kolej Komuniti Selandar.
Kata kunci: FyL, MIT, Arduino dan Find your Lecturer
178
PSH MOBILE APPLICATION (SHORT COURSE E-
TRACKER)
1 Norsyaliza binti Abd Razak
norsyaliza@kkpekan.edu.my 2 Ahmad Zairi bin Mohd Zain
zairizain@gmail.com 3 Mohd. Zamri bin Osman
zamriosman@ump.edu.my
1 Kolej Komuniti Pekan
ABSTRAK
Aplikasi mudah alih Android ialah aplikasi perisian yang berfungsi pada sistem operasi
Android dan direka untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar. Lazimnya, aplikasi mudah
alih ini adalah salah satu alternatif bagi pengguna untuk mengakses perkhidmatan yang sama
seperti didalam komputer. Idea projek ini pada awalnya adalah untuk mengkaji kegunaan dan
faedah aplikasi mudah alih dalam institusi pendidikan tinggi masa ini. Unit Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) adalah sebuah unit yang menguruskan kursus-kursus pendek dan
ditawarkan kepada komuniti setempat. Bagi memudahkan pengurusan data peserta dan
memudahkan hebahan kepada komuniti, satu aplikasi mudah alih diperlukan. Asasnya,
Aplikasi Mudah Alih PSH berfungsi pada teknologi Android yang membolehkan peserta Kolej
Komuniti Pekan untuk membuat pendaftaran kursus tanpa perlu mengisi borang. Pentadbir
unit pengurusan PSH akan mendaftarkan kursus ke dalam sistem dan mereka boleh
memaparkan senarai peserta yang berdaftar. Sistem ini akan menghantar notifikasi kepada
peserta melalui SMS apabila pentadbir mengemaskini maklumat kursus. Penghantaran SMS
akan dilakukan melalui teknologi Firebase Cloud Messaging. Dengan sistem aplikasi ini, ia
akan memudahkan pengurusan kursus pendek di Kolej Komuniti Pekan dari segi pendaftaran
peserta, pengurusan data peserta serta ia memudahkan peserta menjejak kursus-kursus
yang dijalankan di Kolej Komuniti Pekan. Dengan ini dapat mengoptimumkan kaedah
pengursan kursus pendek di Kolej Komuniti Pekan.
Kata kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Aplikasi Mudah Alih
179
IWALK-IN
1 Rasidah binti Mohd Zohor
rasidahzohor@kksegamat2.edu.my 2 Siti Norsiah binti Ahmad
sitinorsiah@kksegamat2.edu.my 3 Suhailie binti Daud
suhailie@kksegamat2.edu.my
1 Kolej Komuniti Segamat 2
ABSTRAK
IWalk-In merupakan sistem yang dibangunkan bagi kegunaan Unit Pengambilan
Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 untuk memproses data mentah atau data walk-in. Unit
Pengambilan akan memproses data mentah atau data walk-in pada setiap semester bagi
ambilan pelajar baru di kolej ini. Status pelajar walk-in dapat dikategorikan sebagai pelajar
ingin daftar, pelajar tidak berminat mendaftar dan pelajar akan mendaftar semester akan
datang. Status ini perlu dikemaskini setiap masa bagi membolehkan pegawai mendapat
makluman awal mengenai pendaftaran pelajar walk-in. Menjadi kesukaran kepada pihak
pengambilan untuk mengklasifikasikan status pelajar tersebut. Status pelajar walk in hanya
boleh diperolehi dari sistem sedia ada sama ada dari sistem epelajar, data Microsoft Excell
dan data Microsoft Access. Namun demikian, terdapat juga percanggahan maklumat data
tersebut mengakibatkan penghantaran surat tawaran berkali-kali kepada pelajar tersebut.
Dengan adanya sistem iWalk-In ini, pengguna boleh menyemak status pelajar tersebut di
dalam satu sistem sahaja dan tidak perlu untuk menyemak pada semua sistem yang ada.
Pengguna sistem ini juga boleh melihat status samada pelajar tersebut pernah ditawarkan
atau tidak, ataupun pelajar tersebut berminat untuk menyambung pengajian pada sesi akan
datang. Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Dreamweaver dan menggunakan
bahasa PHP, Mysql dan Boostrap. Sistem ini hanya digunakan untuk memproses data walk-
in sahaja dan dapat memaparkan status terkini pelajar tersebut. Dengan adanya sistem iWalk-
In, diharap dapat membantu semua Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti seluruh Malaysia
untuk memproses data pelajar atau data walk-in dengan mudah, cepat dan pantas.
Kata kunci: walk-in, dreamweaver, pantas
180
SISTEM E-DISIPLIN KKKL
1 Muhammad Firdaus bin Tauhid Ahmad
firdaus_go@yahoo.com 2 Mornizawati binti Abdullah
3 Nurhasyinda binti Shahidan
1 Kolej Komuniti Kuala Langat
ABSTRAK
Pengurusan hal ehwal pelajar di Kolej Komuniti adalah berpandukan Garis Panduan
Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Edisi Oktober 2012. Di dalam garis panduan tersebut, Bab
B adalah bertajuk Pengurusan Disiplin Pelajar. Dasar Pengurusan Disiplin kolej Komuniti
adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976]. Sebelum
ini, KKKL mengamalkan aduan dan laporan Salah Laku Disiplin berbentuk Borang Aduan
Salahlaku Disiplin Pelajar dan pelaporan kepada pihak pengurusan KKKL dan Bahagian
Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Penjanaan laporan
dijana secara manual dengan dikira secara manual dari Borang Borang Aduan Salahlaku
Disiplin Pelajar. Oleh itu, KKKL mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sistem E-Disiplin KKKL
merupakan sistem pengurusan data dan maklumat secara online bagi pengurusan hal ehwal
disiplin pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Ianya merupakan platform pelaporan berpusat
yang dibangunkan berfungsi sebagai platform kemasukan data bagi memudahkan proses
pemantauan, pengemaskinian dan pelaporan data disiplin pelajar Kolej Komuniti Kuala
Langat. Sistem ini tertumpu kepada usaha untuk mengurangkan masalah yang telah
dikenalpasti dan merangka penambahbaikkan dari aspek pengurusan data dan pelaporan hal-
hal berkaitan disiplin pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat yang sewajarnya bagi meningkatkan
kualiti dan pengurusan hal ehwal disiplin pelajar sekaligus melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai sahsiah yang tinggi. Sistem E-Disiplin ini adalah merupakan sistem yang
pertama diwujudkan di antara 94 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Produk inovasi telah
didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan bernombor pendaftaran
LY2018002151. Produk ini telah dipertandingkan di dalam Pertandingan Inovasi KKKL 2018
dimana telah dianugerahkan Johan bagi kategori perisian/perkakasan/multimedia.
Kata kunci: Sistem E-Disiplin, disiplin pelajar , sahsiah pelajar
181
E-DBAP (DATABASE DAN BORANG ANALISA
PELANGGAN)
1 Farah Adila binti Sabri
farahadilasabri@gmail.com 2 Nurulizzah Idris
nurulizzah_kkld@yahoo.com 3 Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah
nazirah1976@gmail.com
1 Kolej Komuniti Muar
ABSTRAK
Database pelanggan beserta borang analisa pelanggan merupakan perkara wajib
yang perlu ada bagi melancarkan pengurusan khidmat pelanggan spa dan salun. Database
pelanggan ini adalah merujuk kepada maklumat prospek atau pelanggan seperti nama, email
nombor telefon dan borang analisa pelanggan. Kepentingan database serta borang analisa
pelanggan adalah tinggi kerana ia merupakan aset berharga bagi memastikan perniagaan
stabil untuk jangka masa panjang. Penggunaan kertas yang tinggi dalam urusan khidmat
pelanggan di spa dan salun bagi tujuan rekod pelanggan telah meningkatkan kos perolehan
kertas dan meter penggunaan alat pencetak. Selain daripada itu, ianya turut melibatkan
penggunaan ruang yang lebih luas untuk menempatkan fail selain risiko kehilangan fizikal
borang tersebut sekiranya tidak dikawal dengan baik. Kelewatan capaian maklumat
pelanggan juga seringkali menimbulkan masalah terutamanya apabila pelanggan mempunyai
masa terhad. Pengenalan kepada E- DBAP (Database dan Borang Analisa Pelanggan)
membolehkan aktiviti rekod dan analisa pelanggan dilakukan dengan lebih baik dan efektif.
Setiap pelanggan mempunyai identifikasi individu yang membolehkan pihak pentadbiran spa
dan salun menyimpan rekod ‘softcopy’ pelanggan. E- DBAP juga memudahkan
capaian rekod dan membantu dalam mengenal pasti rawatan yang akan dijalankan pada
masa akan datang. E-DBAP akan mengeluarkan isyarat warna kepada pengurusan spa dan
salun apabila sudah tiba masa pelanggan untuk menerima rawatan susulan. E-DBAP boleh
bina hubungan jangka masa panjang disamping pelanggan akan jadi pelanggan setia anda
untuk jangka masa panjang.
182
SISTEM PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PSMZA 2017/2018
1 Wan Mohd Hakimin bin Wan Shafie
wm.hakimin@psmza.edu.my 2 Mazudi bin Ramthan
mazudi@psmza.edu.my 3 Zainal Anuar bin Bakri
zainal@psmza.edu.my
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
ABSTRAK
Sistem Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar PSMZA (MPP PSMZA) 2017/2018
dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan proses pilihanraya kampus yang
berlangsung pada setiap tahun. Pilihanraya adalah salah satu program tahunan yang besar
dengan melibatkan seluruh mahasiswa Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin akan turun
mengundi. Jumlah pengundi yang ramai akan merumitkan proses pilihanraya terutamanya
semasa proses pengiraan undi oleh Sekretariat Pilihanraya Kampus (SPRK). Sistem yang
berasaskan web (web base) ini dibangunkan pada platform Apache dengan menggunakan
skrip PHP dan MySQL. Bagi tujuan keselamatan capaian sistem hanya boleh diakses dari
pelayan yang disetkan khas menggunakan komputer riba yang dipasang perisian XAMPP.
Bagi menguatkan lagi keselamatan sistem dari diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab,
sistem pilihanraya hanya boleh diakses menggunakan jaringan internet yang sama yang
disetkan dengan pelayan. Pengundi hanya boleh log masuk sekali sahaja bagi mengelakan
pengundian berulang oleh pelajar yang sama. Sistem Pilihanraya MPP PSMZA 2017/2018 ini
boleh mengeluarkan laporan kehadiran secara masa hakiki dengan merekodkan kehadiran
pelajar secara automatik apabila mereka log masuk ke dalam sistem, dengan fungsi ini
memudahkan pihak pengurusan memantau kehadiran pelajar dari jabatan masing-masing.
Pengumuman keputusan dapat diumumkan terus pada sebelah petang sejurus tamat masa
mengundi. Berbanding sistem konvensional pengiraan undi perlu dilakukan terlebih dahulu
dan mengambil masa yang lama untuk siap. Sistem Piliharaya MPP PSMZA 2017/2018 ini
amat membantu dalam proses pilihanraya kampus PSMZA yang mampu menjimatkan masa
dan tenaga manusia serta sumber.
Kata kunci: Pilihanraya, Majlis Perwakilan Pelajar, sistem
183
LAS@K
1 Muhammad Firdaus bin Harun 2 Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor
Kolej Komuniti Kuala Langat
ABSTRAK
“Internet of things” (IoT) menyediakan platform yang membolehkan peranti
disambungkan, dikesan dan dikendalikan dari jarak jauh ke infrastruktur rangkaian. Inovasi ini
bertujuan untuk membangunkan “Lab Automation System” di Kolej Komuniti Kuala Langat
berdasarkan teknologi aplikasi mudah alih untuk memantau aktiviti makmal termasuk
penggunaan tenaga dan penggunaan peranti dan sensor. Projek “Lab Automation System” ini
juga diharap dapat menjadikan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai kolej yang cekap tenaga
dan mesra pengguna. Kit perkakasan pintar direka menggunakan Raspberry Pi3 dan sensor.
Inovasi yang dicadangkan dapat mengawal dan memantau peranti makmal Komputer Kolej
Komuniti Kuala Langat dengan menggunakan papan pemuka yang dibangunkan dalam
Aplikasi Mudah Alih iaitu ANDROID STUDIO.
184
SISTEM PROBIZ
1 Siti Hazwani binti Rosli
2 Razzatul Iza Zurita binti Rasalli
3 Rizarina binti Ekhwan
jpshkkledang@gmail.com
Kolej Komuniti Ledang
ABSTRAK
Semenjak Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) diperkenalkan, kolej komuniti telah
melatih seramai 1,000,646 orang tanpa mengira umur, kaum dan latar belakang ekonomi atau
pendidikan. Sehingga November 2012, jumlah penyertaan PSH ialah 176,050 peserta.
Daripada jumlah tersebut 15,893 atau 9.03 peratus merupakan penyertaan melebihi dua kali.
Jumlah ini menunjukkan keyakinan komuniti setempat terhadap kredibiliti, kerelevanan dan
kualiti program PSH yang dijalankan di kolej komuniti. Unit Pendidikan Berterusan (UPB),
Kolej Komuniti Ledang Johor (KKLJ) sedang giat meningkatkan usaha untuk memperkasakan
pengurusan Akaun Amanah Latihan Khas (AALK) yang mana ianya salah satu di bawah PSH
agar lebih mudah, relevan dan bersistematik. Namun begitu, UPB mengalami kesukaran
dalam pengurusan dan pentadbiran bagi memantau dan mengemaskini rekod data urusniaga
kursus atau latihan yang dijalankan. Pengurusan data secara manual menyebabkan
penyimpanan rekod data tersebut tidak teratur dan adakalanya berlaku keciciran. Sistem
ProBIZ ini merupakan satu inovasi kepada keadah manual pengurusan AALK sedia ada yang
digunapakai oleh UPB di KKLJ. Sistem ini diuruskan secara atas talian bagi tujuan
penambahbaikan pengurusan tersebut. Pada awalnya kaedah manual hanya menggunakan
perisian MS WORD tetapi kini sistem ini dibangunkan menggunakan teknologi PHP dan
MySQL yang menjadikan ciri sistem lebih menarik. Objektif sistem ini dibangunkan bagi
memudahkan menyediakan surat latihan, sebutharga dan invois, menyimpan data klien dan
memudahkan proses mengemaskini status proses setiap urusniaga yang dijalankan di bawah
pengurusan Akaun Amanah Latihan Khas.
Kata kunci: sistem pengurusan, rekod urusniaga, aplikasi atas talian
185
PERTANDINGAN INOVASI
PENSYARAH TVET PERINGKAT
KEBANGSAAN (PERISA)
TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT
16 Oktober 2018
(Selasa)
2.00 petang Pendaftaran peserta Lobi KKS2 dan booth
4.00 petang Taklimat pertandingan Dewan Kuliah
5.00 petang Persiapan booth Booth pertandingan
17 Oktober 2018
(Rabu)
8.00 pagi Pendaftaran peserta Lobi KKS2
8.30 pagi Penjurian inovasi Booth pertandingan
1.00 petang Rehat
2.00 petang Penjurian inovasi Booth pertandingan
5.00 petang Penanguhan penjurian
18 Oktober 2018
(Khamis)
8.30 pagi Penjurian inovasi Booth pertandingan
1.00 petang Rehat
1.45 petang Majlis penutup Dewan Kuliah
5.00 petang Bersurai
TENTATIF PROGRAM
186
PERASMIAN PENUTUP
PERTANDINGAN INOVASI PENSYARAH
TVET PERINGKAT KEBANGSAAN (PERISA)
18 OKTOBER 2018
MASA AKTIVITI
1.40 petang Ketibaan peserta
1.45 petang Ketibaan jemputan
2.00 petang Ketibaan VVIP dan lawatan booth inovasi
2.30 petang
Majlis perasmian penutup
Nyanyian lagu Bangsa Johor
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan doa
Tayangan montaj
Ucapan aluan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK
Ucapan perasmian penutup oleh Ketua Pengarah JPPKK
Gimik perasmian penutup
Penyampaian hadiah pertandingan inovasi
4.00 petang Majlis bersurai dan jamuan ringan
TENTATIF PROGRAM
187
Penaung YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Penasihat Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub
Timbalan ketua Pengarah (Perancangan)
Pengerusi 1 Dr. Ishak bin Mohamad
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Pengerusi Bersama Tn. Hj. Ahmad bin Abu Samah
Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2
Tn. Hj. Abdul Razak bin Senan
Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir
En. Zazali bin Lazin
Pengarah Kolej Komuniti Segamat
En. Md. Nor bin Abdul Halim
Pengarah Kolej Komuniti Ledang
Puan Fadzillah binti Mohd Yusof
Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang
En. Ali bin Sis
Pengarah Kolej Komuniti Kluang
En. Tahir bin Leemat
Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar
Puan Kembek binti Ramlee
Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Piai
En. Mohd Hafiz bin Hamdan
Pengarah Kolej Komuniti Pagoh
Ts. Mohd Norbi bin Baharin
Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara
En. Abd Rahim bin Masum
Pengarah Kolej Komuniti Batu Pahat
En. Mohd Nurhazly bin Md Haron
Pengarah Kolej Komuniti Muar
En. Mohd Daniel bin Wahab
Pengarah Kolej Komuniti Kota Tinggi
Timbalan Pengerusi Dr. Setiawan Hardono
Timbalan Pengarah (Inovasi), PPI
Dr. Abdullah Atiq bin Arifin
Politeknik Tun Syed Nasir
Pengarah Program Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar
Kolej Komuniti Segamat 2
Timbalan Pengarah Program En Mohammad Hafeez bin Md Ramli
Penolong Pengarah Kanan, PPI
Setiausaha Pn. Nur Hafidzah binti Muhamadan
Kolej Komuniti Segamat 2
Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah
Kolej Komuniti Muar
Bendahari Cik Salina binti Idrus
Kolej Komuniti Segamat 2
Cik Nurul Nadia binti Mohd Zamani
Kolej Komuniti Segamat 2
JAWATANKUASA INDUK
188
Pengarah Program Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar Kolej Komuniti Segamat 2
Setiausaha Pn. Nur Hafidzah binti Muhamadan Kolej Komuniti Segamat 2
Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah Kolej Komuniti Muar
Bendahari Cik Salina binti Idrus Kolej Komuniti Segamat 2
Cik Nurul Nadia binti Ahmad Zamani Kolej Komuniti Segamat 2
Teknikal Inovasi Dr. Mohd Isa bin Jaffar Kolej Komuniti Segamat
En. Firdaus bin Bachok @ Embok Walang Kolej Komuniti Segamat
Pn. Lilina binti Mohd Kolej Komuniti Segamat
Pn. Norhana binti Ahad Kolej Komuniti Segamat
Hebahan / Promosi Pn. Siti Khadijah binti Ahmad Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pn. Che Zakiyah binti Zainon Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pn. Siti Norafizah binti Ab Aziz Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pn. Noorhayati binti Basirun Kolej Komuniti Pasir Gudang
Reka Bentuk dan Percetakan, Buku
Program
Pn. Norsharizan binti Abd Wahab Kolej Komuniti Segamat
Pn. Amiza binti Amaran Kolej Komuniti Segamat
Pn. Sahirda binti Ithnain Kolej Komuniti Segamat
Pn. Sharifah Hamidah binti Syed Hamid Kolej Komuniti Paya Besar
Pn. Wan Nor Syazwani binti Wan Omar Kolej Komuniti Paya Besar
Buku Inovasi Pn Nurul As’shikin binti Ramli Kolej Komuniti Bandar Penawar
Pn Aishatul Shima binti Alias Kolej Komuniti Bandar Penawar
Pn Nor Harwati bin Ghazali Kolej Komuniti Bandar Penawar
Pn Siti Nurul Hazwani binti Kamal Kolej Komuniti Bandar Penawar
Jemputan Pn Norhana binti Safee Kolej Komuniti Segamat 2
Pn. Fadilah binti Mohamad Najuri Kolej Komuniti Segamat 2
Pn. Shahariah binti Abd Halil Kolej Komuniti Segamat 2
En. Mohd Faizal bin Ibrahim Kolej Komuniti Segamat 2
Pn. Nur Anis Izzati binti Mat Noor Kolej Komuniti Segamat 2
Logistik, Fasiliti, Penginapan
Kartini binti Kamarulzaman Kolej Komuniti Segamat
Ezlina binti Mohamad Esa Kolej Komuniti Segamat
Persiapan Tempat dan Siaraya
Tn. Hj. Zali bin Wahil Kolej Komuniti Segamat 2
En Zaharluddin bin Abdullah Kolej Komuniti Segamat 2
En Mohd Hairi Sharin bin Sahari Kolej Komuniti Segamat 2
En Mohd Nazir bin Md Yusop Kolej Komuniti Segamat 2
En Mohd Haizam bin Hussin Kolej Komuniti Segamat 2
En Mohamad Norzamani bin Mat Daud Kolej Komuniti Segamat 2
JAWATANKUASA PELAKSANA
189
Pendaftaran Peserta / Data
Pn Zarina bt Samin Kolej Komuniti Ledang
Pn. Zaidah binti Zaini Kolej Komuniti Ledang
Pn. Nursyabihan binti Kamis Kolej Komuniti Segamat
En. Mohd Reza bin Md Tahir Kolej Komuniti Kluang
Cenderahati, Sijil dan Hadiah
Pn. Hanirah binti Mohamad Nur Kolej Komuniti Kota Tinggi
Pn. Hasniza Bt Tawyer Kolej Komuniti Kota Tinggi
Pn. Suriati Bt Mustaffa Kolej Komuniti Kota Tinggi
Pn. Zurianah Bt Mohamed Said Kolej Komuniti Kota Tinggi
Floor Manager En. Zarulrizam bin Ab Jalil Kolej Komuniti Segamat 2
Sambutan Tetamu Dr. Mohd Rizal bin Lias Kolej Komuniti Kluang
Pn Shaheela binti Abu Bakar Kolej Komuniti Kluang
Protokol En. Mohamad Hasrol bin Sumawan Kolej Komuniti Pagoh
Pn. Nurulhidayah binti Hassan Kolej Komuniti Pagoh
Pengacara Majlis dan Bacaan Doa
Pn. Nurul 'Aqilah binti Ab. Aziz Kolej Komuniti Bandar Tenggara
Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah Kolej Komuniti Muar
En. Mohd Lazim bin Sadikan Kolej Komuniti Bandar Penawar
En. Muhammad Faizal bin Nin Kolej Komuniti Bandar Tenggara
Teks Ucapan Pn. Norhalmizan binti Halim Kolej Komuniti Bandar Penawar
Pn. Nazra binti Ismail Kolej Komuniti Bandar Penawar
Pn. Juainiah Umi binti Abu Bakar Kolej Komuniti Bandar Penawar
Montaj En. Hairul Anuar bin Masrol Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pn. Saasobah @ Nor Adibah binti Ali Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pn Suhaina binti Mohamed Zaki Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pn. Suhana binti Sujangi Kolej Komuniti Pasir Gudang
Gimik En. Mohd Anuar bin Selamat Kolej Komuniti Batu Pahat
En. Muhammad Rahmat bin Md Padzil Kolej Komuniti Batu Pahat
En. Muhamad Firdaus bin Ismail Kolej Komuniti Batu Pahat
En. Mohd Khairul Farizzal bin Kasmat Kolej Komuniti Batu Pahat
Fotografi En. Mohd Fadzli bin Salem Kolej Komuniti Tanjung Piai
En. Mohd Fazli bin Abd Rahman Kolej Komuniti Tanjung Piai
En. Amirul Amry bin Laidin Kolej Komuniti Tanjung Piai
Jamuan Pn. Zarina binti Samin Kolej Komuniti Ledang
Pn Normah binti Musa Kolej Komuniti Ledang
En Saipol bin Senapi Kolej Komuniti Ledang
En Mohd Rais bin Azhar Kolej Komuniti Ledang
Pn Noor Arneyza binti Ashar Kolej Komuniti Ledang
Pn Zurani binti Buang Kolej Komuniti Ledang
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA
190
Keselamatan dan Disiplin
En. Amier Hafizun bin Ab Rashid Kolej Komuniti Segamat 2
En. Muhammad Hafiz Ismail Kolej Komuniti Segamat 2
En. Anwar bin Abdullah Kolej Komuniti Segamat 2
Mohd Firdaus bin Abd Razak Kolej Komuniti Segamat 2
Muhammad Rusydan bin Joffri Kolej Komuniti Segamat 2
Mohamad Fikri bin Ahmad Daud Kolej Komuniti Segamat 2
Haiqal Fikri bin Ahmad Daud Kolej Komuniti Segamat 2
Nur Dayyana binti S Munasahar Kolej Komuniti Segamat 2
Afiq Lokman bin Abdullah Kolej Komuniti Segamat 2
Muhaimin Najmi bin Mohd Rosdi Kolej Komuniti Segamat 2
Tengku Syakirah binti Tengku Zulkifly Kolej Komuniti Segamat 2
Maizatul Hasyikin binti Marzuki Kolej Komuniti Segamat 2
Azlina Rahmat Kolej Komuniti Segamat 2
Muhammad Afiq Zakwan bin Subeha Kolej Komuniti Segamat 2
Muhammad Asyraf bin Sapari Kolej Komuniti Segamat 2
Gerai Jualan Pn. Chu Mei Yea Kolej Komuniti Kluang
Pameran dan Tugas-tugas Khas
Pn. Sihaijuwati binti Sidek Kolej Komuniti Batu Pahat
Pn. Faridatuljana binti Mohd Noor Kolej Komuniti Batu Pahat
En. Azizi bin Mohd Zain Kolej Komuniti Batu Pahat
En. Mohd Norazizi bin Md Yusop Kolej Komuniti Batu Pahat
top related