set 2 mbm ithink, didik hibur, tatabahasa
Post on 07-Dec-2015
336 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
59
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21
Topik Peta Pemikiran-i-Think dalam PdP BM
Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir sesi kursus peserta dapat;
1. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru dan murid;
2. membimbing guru dalam menggunakan peta pemikiran i-Think ;
3. menggunakan dan mengamalkan peta pemikiran i-Think semasa pengajaran dan
pembelajaran.
B. Kandungan Modul
Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen i-Think dapat membantu guru untuk meningkatkan amalan dan budaya berfikir aras tinggi. Peta Pemikiran i-Think dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik mudah yang mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
C. Pelaksanaan
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. Borang penilaian
5. LCD
6. Komputer
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
60
7. Papan putih
8. Pen Papan Putih
9. Kertas sebak
E. Rumusan/Refleksi
Peserta kursus dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik PdP yang disarankan
PROGRAM i-THINK
i-Think merupakan satu program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid agar kita dapat melahirkan murid berinovatif. Antara alat pemikiran yang boleh digunakan ialah:
1. Edward De Bono 6 Thinking Hats http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php
2. Peta Minda (Tony Buzan)
http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/
3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4. Analisis SOWT http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm
5. Carta T
http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html
6. Carta Y
http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html
7. Diagram Lotus
8. Peta Pemikiran i-Think
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
61
4.0 PETA PEMIKIRAN i-Think
Dalam program i-Think, peta pemikiran diperkenalkan melalui 8 bentuk grafik mudah. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
62
LAPAN PETA PEMIKIRAN
1. Peta Bulatan Proses Pemikiran = Mendefinisikan Mengikut Konteks
Langkah Pembinaan Peta Bulatan
1. Lukis sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tulis topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukis sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isi bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Contoh:-
semua yang saya tahu tajuk/topik
bagaimana saya tahu apa yang saya tahu
Peta Bulatan
Proses Pemikiran Mendefinisikan dalam konteks
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
63
2. Peta Buih Proses Pemikiran = Penerangan Menggunakan Kata / Frasa Adjektif
Langkah Pembinaan Peta Buih
1. Lukis sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukis beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
3. Sambung semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senarai seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif. Warna yang berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif - cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif - bertelinga besar, bersisik tebal.
kata atau frasa adjektif
perkara yang dijelaskan
Proses Pemikiran Menjelaskan sesuatu dengan menggunakan
kata atau frasa adjektif
Peta Buih
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
64
3. Peta Buih Berganda
persamaan
perkara, benda atau idea yang hendak dibandingkan dan di bezakan perbezaan
Peta Buih Berganda
Proses Pemikiran
Membandingkan dan membezakan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
65
Langkah Pembinaan Peta Buih Berganda 1. Lukis 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek
/ idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tulis kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukis beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah antara 2 bulatan utama.
4. Sambung semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isi semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
66
4. Peta Pokok Proses Pemikiran = Membuat Pengkelasan
kategori/tajuk/topik subkategori/idea utama subkategori-subkategori/ idea sokongan huraian/contoh
Langkah Pembinaan Peta Pokok 1. Tulis tajuk / topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukis garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan / kategori.
3. Tulis setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh / penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.
Proses Pemikiran
Mengkategorikan atau mengklasifikasikan
Peta Pokok
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
67
5. Peta Dakap
Proses Pemikiran = Hubungan Seluruh dan subbahagian s u b b a h a g i a n k e p a d a b a h a g i a n u t a m a n a m a o b j e k [ k e s e l u r u h a n] b a h a g i a n – b a h a g i a n u t a m a o b j e k
Langkah Pembinaan Peta Dakap 1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisis objek secara fizikal / maujud
2. Tulis bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.
3. Tulis bahagian / pecahan utama.
4. Tulis bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukis ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.
Peta Dakap
Proses Pemikiran Keseluruhan dan Bahagian
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
68
6. Peta Alir Proses pemikiran = Urutan
Proses Pemikiran urutan/kitaran/sekuen
fasa-fasa/peringkat-peringkat utama peristiwa/proses mengikut urutan/sekuen subfasa-subfasa/subperingkat- utama peristiwa/proses mengikut urutan/sekuen
Peta Alir
Langkah Pembinaan Peta Alir 1. Tulis tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukis sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat ...
3. Lukis anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukis kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukis kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
69
7. Peta Pelbagai Alir
Proses pemikiran = Sebab dan Akibat
Peta Pelbagai Alir
Langkah Pembinaan Peta Pelbagai Alir 1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukis kotak di bahagian tengah dan tulis peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tulis sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambung setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tulis beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
70
8. Peta Titi Proses pemikiran = Melihat Analogi (Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Penghubung)
Langkah Pembinaan Peta Titi 1. Lukis sebuah garisan dan tulis faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor penghubung (RF) ialah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3. Lukis garisan dan tulis di bahagian atas dan di bawahnya pasangan yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi
6. Sambung pasangan seterusnya sehingga tamat.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
71
Contoh
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
72
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA
MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21
Topik Didik Hibur dalam PdP BM
Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir kursus ini, peserta dapat memahami:
1. konsep didik hibur
2. faktor-faktor yang menentukan kejayaan pelaksanaan didik hibur; dan
3. proses pelaksanaan didik hibur dalam PdP.
B. Kandungan Pengajaran
1. Definisi didik hibur.
2. Ciri-ciri didik hibur.
3. Peranan guru dan aktiviti-aktiviti yang menentukan kejayaan pelaksanaan pendekatan
didik hibur.
4. Pengaplikasian elemen–elemen didik hibur.
C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. LCD
5. Komputer
6. Papan putih
7. Pen Papan Putih
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
73
E. Rumusan/Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap dapat memahami konsep kreativiti didik
hibur dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan berkesan
dalam kelas di sekolah masing-masing. Di samping itu, peserta berupaya untuk meneroka ilmu
pedagogi terkini sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan.
5.0 Pengenalan
Pendekatan didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada
murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.
Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok
untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas
Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu
untuk murid-murid sekolah menengah.
5.1 Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa
Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang telah memutuskan
bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali
diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.
Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan
saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi
sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan
memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa
Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk
memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris
(MBI) di semua peringkat persekolahan.
Penumpuan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,
Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah
rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas
kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu,
seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
Di sekolah rendah, Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan Didik Hibur dan
apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala
di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan
memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu.
Kaedah pengajaran akan lebih interaktif iaitu didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah
dihayati dan difahami.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
74
5.2 Apa Itu Didik Hibur ?
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya
terhadap empat komponen sastera, iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu,
keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat
direalisasikan secara terancang dan bersistematik.
5.3 Ciri-Ciri Didik Hibur
i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
ii. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru ,murid-
murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-
tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
iii. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.
Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main
peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan
guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan TMK dan BBM untuk menarik
penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
iv. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti
Bahasa Malaysia.
v. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
vi. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
vii. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal
untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
viii. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.
ix. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
75
5.4 Cara Pelaksanaan
Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan
berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa
badan dan pantun dua kerat. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).
Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, iaitu:
i. Pelbagai bidang ilmu serta tema,
ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,
iii. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan
iv. Kemahiran bernilai tambah.
Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema
kerana ,iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan
pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan, pantun dua kerat dan empat kerat dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.
5.5 Objektif Didik Hibur
Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa
Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu:
i. Menggunakan dan memahami lirik lagu secara didik hibur;
ii. Menggunakan dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam
lakonan dan bercerita; dan
iii. Menggunakan dan memahami pantun dua kerat dan empat kerat secara didik hibur.
5.6 Apa Itu Bahasa Badan ?
Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses
komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada
positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening,
bibir, tangan ataupun lengan. Walau bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati ketika
melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam
konteks didik hibur, bahasa tubuh merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita,
nyanyian dan pantun dua kerat dan empat kerat.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
76
5.7 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur
a. Guru
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segala-galanya (Pullias & Young
1982), yang menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994).
Hal bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak
kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus yang berkesan. Sebagai guru, beberapa
perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
i. Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakutkan atau menggerunkan
murid-murid.
ii. Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
iii. Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
iv. Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
v. Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
vi. Guru boleh membuat pelbagai suara.
vii. Guru boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
viii. Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
ix. Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak,
x. Guru atau fasilitator ialah seorang yang fleksibel.
b. Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira semasa merancang
aktiviti Didik Hibur, iaitu:
i. Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
ii. Aktiviti yang dijalankan hendaklah berdasarkan silang budaya
iii. Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai.
iv. Aktiviti didik hibur boleh dibuat, dijalan dan diselesaikan oleh murid-murid tanpa
banyak masalah dan halangan.
v. Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
vi. Peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid hendaklah
disediakan.
vii. Aktiviti didik hibur yang dirancang perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
5.8 Nyanyian dalam Didik Hibur
Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan
perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat
menyumbang kepada proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, meliputi
perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah
aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni
kata lagu melalui persembahan nyanyian.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
77
5.8.1 Aktiviti Nyanyian
a. Definisi Nyanyian
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan
dengan suara. Kamarudin Husin (1999) pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti
yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah sebagai satu
kegiatan lisan yang menarik.
b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian
i. Menyanyi boleh menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada
proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baharu kepada murid-murid sewaktu
mempelajari bahasa. Hal ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
ii. Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru, murid-murid berpeluang
belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
iii. Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang
tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.
iv. Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam
aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.
v. Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari
dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh
menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan.
vi. Lagu boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,
intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.
vii. Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.
viii. Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek pemahaman bahasa.
5.8.2 Prinsip Nyanyian
i. Elakkan daripada memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan
salah dari segi tatabahasa. Lagu juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar,
kuno atau dialek negeri tertentu. Pilihlah seni kata dari lagu-lagu yang mengandungi
bahasa yang standard dan digunakan sehari-harian.
ii. Pilihlah lagu yang menpunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik-
baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik lagu
tersebut.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
78
iii. Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya, iaitu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu
cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat perlulah
diberikan keutamaan oleh guru.
iv. Pilihlah lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi,
perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa
yang hendak dipelajari. Hal ini kerana pembelajaran bukan sahaja melalui
penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran.
v. Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita seperti kisah
seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat.
Contohnya lagu „Balik Kampung‟ dan „Ayah dan Ibu‟ nyanyian Sudirman Hj. Arshad.
vi. Bagi murid-murid yang berada dalam tahap rendah, lagu yang dipilih perlu
mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata
lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran
mereka.
5.8.3 Standard Kandungan
( 1 ) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara
didik hibur.
1.1 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan
nyanyian secara didik hibur.
5.8.4 Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian
( i ) Prapersediaan
Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai
dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap
kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek
bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar
yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai atau menulis
semula seni kata lagu tersebut mengikut kesesuaian.
( ii ) Penyampaian
Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta
murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan
berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak disampaikan
dan meminta murid-murid membaca dan mengenalpasti beberapa perkataan yang
susah. Dalam masa yang sama, guru boleh memainkan pita rakaman dan
memperdengarkan lagu itu kepada murid-murid. Buat latih nyanyian lagu tersebut
mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi
perhatian kepada sebutan murid-murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu
tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah
mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
79
menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan
maksud atau gunakan gerak badan atau aksi untuk menggambarkan makna secara
jelas dan tepat.
( iii ) Penutup
Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh
menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar
sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas
atau cerita pendek berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam
seni kata lagu berkenaan.
5.8.5 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian
i. Santai – Mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang digemari.
ii. Kelakar – Mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.
iii. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.
iv. Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas
daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.
v. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.
5.8.6 Kaedah Mengajar Nyanyian
( i ) Kaedah keseluruhan lagu.
Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Selain itu, kaedah ini sesuai
untuk kelas yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu secara
keseluruhan dengan muziknya. Sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Guru
menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas itu murid
dibimbing untuk membaca sukukata lagu dengan sebutan yang betul. Seterusnya
mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara sebutan a, e, i, o, u secara
berulang-ulang. Akhirnya murid-murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan
muzik.
( ii ) Kaedah baris demi baris.
Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah dan panjang. Caranya, guru akan
memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Seterusnya murid mendengar dan
mengikut guru menyanyi secara baris demi baris dan kemudiannya keseluruhan
lagu. Dalam masa yang sama murid juga akan mengajar murid membaca senikata
lagu. Jika murid mula menguasainya guru akan membimbing murid menyanyi
dengan senikata lagu sebaris-sebaris, berulang-ulang. Guru dan murid-murid
menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama. Seterusnya meminta murid
menyanyi sendiri dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik. Akhir sekali guru
gunakan isyarat tangan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
80
5.8.9 Cadangan Aktiviti Nyanyian
( i ) Murid diperdengarkan CD lagu „Wajah‟ nyanyian Jaclyn Victor dan dalam
masa yang sama lirik lagu dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah.
Guru meminta murid nyanyi bersama-sama sambil menghayati senikata lagu.
Tajuk/Lirik Lagu: Wajah
Penyanyi: Jaclyn Victor
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
( ii ) Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka
menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau
kandungan lagu yang telah dipelajari.
( iii ) Seterusnya guru boleh meminta mereka menggambarkan idea dalam lagu itu
dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.
( iv ) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek dari isi atau
kandungan lagu tadi.
( v ) Seterusnya murid-murid bebas melakonkan aktiviti atau peristiwa dalam lagu
tersebut menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal.
( vi ) Akhir sekali murid-murid diminta mendengar lagu itu sekali lagi dan dalam
masa yang sama, mereka memenuhkan tempat kosong dengan perkataan
yang telah dikosongkan tadi.
( vi ) Pada akhir sesi, guru dan murid boleh mengadakan sesi perbincangan,
membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang dijalankan
sebelum ini.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
81
5.9 Bercerita dalam Didik Hibur
Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah
sesuatu yang baru, malah sering digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan
menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat
disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.
5.9.1 Definisi Bercerita
Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita,
bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai
salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi
guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai,
berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh
memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya
tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan
terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.
5.9.2 Kebaikan Aktiviti Bercerita
i. Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan
murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti
bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut
dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya,
kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan
sebagainya.
ii. Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering
berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama
menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk
murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan
membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
iii. Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh
guru, murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan
perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal,
dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta
perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini
membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid-
murid.
iv. Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan
menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya
dan bentuk bahasa kepada murid-murid.
v. Asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-
unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
82
berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk
disampaikan kepada murid-murid.
vi. Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang
menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit
sebanyak dapat membentuk jiwa pelajar secara sihat. Si Tanggang misalnya,
mempunyai falsafah-falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah
yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat mendalam.
Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan
murid-murid. Pengajaran yang diperoleh daripadanya juga boleh dijadikan
panduan hidup mereka.
5.9.3 Prinsip Aktiviti Bercerita
i. Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak
boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti
mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi
kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan
pengalaman mereka.
ii. Cerita perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini
bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang
tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan
jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang
mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.
iii. Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun
dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut,
guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat,
pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-
peristiwa tertentu dan sebagainya.
iv. Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga
penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek,
emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua
aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan
sesuai.
5.9.4 Standard Kandungan
( 1 ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan
kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang
sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
83
5.9.5 Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita
( i ) Permulaan cerita
( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil
bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir
cerita. Permulaan cerita boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat,
mimik muka, gambar, pelibatan murid, media di samping bijak memainkan
kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai.
Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi
murid-murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan
itu. Dalam masa yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya
membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.
( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang
baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih
dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik
perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam
aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.
( ii ) Pembentukan cerita
( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-
murid. Hal ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh
murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu
menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian
lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan
manakala istilah baru perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau
sebagainya.
( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di
samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan
berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak
menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.
( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah,
nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan
sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di
tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya
situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan
bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan suara mengilai.
Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup
telinga dan mata sebagai reaksi di luar kawalan mereka.
( d ) Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang
sedang bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
84
dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana
bercerita yang menarik dan menghiburkan.
( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media
boleh menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan.
Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat
jemu dan bosan.
( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, iaitu jalan cerita yang perlu didahulukan
akan disampaikan pada awal cerita dan begitulah sebaliknya. Hal ini perlu
supaya hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan
meyakinkan pendengar.
( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema
yang hendak disampaikan. Pemahaman terhadap tema membantu murid
mengenal pasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat
dan berkesan.
( h ) Pelibatan murid perlu menyeluruh dan maksimum, iaitu sama ada secara
kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau
cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian
dalam aktiviti bercerita ini.
( iii ) Penutup Cerita
( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini,
semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.
( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi
objektif yang ingin dicapai guru.
5.9.6 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita
i. Santai – Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari.
ii. Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang
kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan maka adegan lucu terjadi.
iii. Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan.
iv. Semangat mencuba – Usaha murid untuk mengambil bahagian di hadapan rakan-
rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita yang digemari.
v. Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan
mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian cerita
lebih berkesan.
vi. Kurang tekanan – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita
atau pendengar cerita dihargai.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
85
5.9.7 Cadangan Aktiviti Bercerita
i. Aktiviti Menyanyikan Cerita – Isi dan fakta yang kan diajar digubah seperti rangkap
nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti menyanyikan
lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik „minus one‟
lagu berkenaan.
ii. Aktiviti Lakonan Cerita – Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak
berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman dan
penghayatan mereka sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca dialog
lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.
iii. Aktiviti Kerusi Panas – Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati dan
mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan ditempatkan di
kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid bertanyakan soalan-soalan
yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh murid yang sedang duduk di
kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada cerita atau peristiwa
dalam cerita berkenaan.
iv. Aktiviti Improvisasi – merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan
kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita
berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan
cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.
5.10 Lakonan dalam Didik Hibur
Di sekolah, berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid kerana
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersantai. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata
secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat
rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon
ini berjalan secara tidak formal tetapi aktiviti ini pasti akan membantu meningkatkan
kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik.
5.10.1 Definisi Lakonan
Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan
yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Lakonan dilakukan oleh watak-watak tertentu
sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan
yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai
perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.
5.10.2 Kebaikan Aktiviti Lakonan
i. Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan
yang betul.
ii. Membolehkan mmurid-murid menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks
tertentu dengan cara yang betul.
iii. Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
86
iv. Membolehkan murid-murid berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk
menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.
v. Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang
didengarinya itu secara tepat.
vi. Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam
satu kumpulan.
vii. Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan
murid.
viii. Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negatif lain.
ix. Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka
menghadapi keadaan sebenar.
5.10.3 Prinsip-prinsip Berlakon
Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan berkesan serta memenuhi tujuan
pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu ketika
mengendalikan aktiviti berlakon. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat
kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.
ii. Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan
kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.
iii. Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa
yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid.
iv. Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan
peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.
v. Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh
membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak
menganggu perjalanan lakonan tersebut atau membunuh minat dan semangat
berlakon dalam kalangan murid.
vi. Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu
supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang.
5.10.4 Standard Kandungan
( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.
1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang
sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang
sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan
secara didik hibur.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
87
5.10.5 Jenis Lakonan
Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis
lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu:
i. Lakonan Berdasarkan Permainan
Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan terlebih dahulu. Murid-
murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah mereka mainkan
sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan
sebagainya. Murid yang dipilih secara rawak itu diminta keluar ke hadapan bilik
darjah dan guru meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut. Manakala
murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan. Contoh lain
ialah permainan „pukul berapa datuk harimau‟, „ayam dan musang‟, dan sebagainya.
ii. Lakonan Spontan
Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Murid-murid
diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu lahir
daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang pelakon atau lebih.
Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru perlu
memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu sebelum
murid-murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa doktor di
klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman
kepada pesalah dan sebagainya.
iii. Lakonan Bisu
Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog.
Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka tingkah laku
yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih
dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah, permainan,
situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta menceritakan
kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan perkataan dan ayat sendiri, contohnya
membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi, bermain layang-layang,
mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan sebagainya.
iv. Lakonan Berkait
Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut
beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan melakonkan
perkataan tersebut, misalnya apabila guru menyebut perkataan duduk, dia akan
duduk di atas kerusi. Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan seperti menyebut
perkataan „saya tidur‟, „saya bersikat‟, „saya berjalan‟ dan sebagainya. Situasi ini
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
88
boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang menyebut dan melakonkannya
atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya adalah murid-murid secara beramai-
ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara
percakapan dengan lakonan yang dijalankan.
v. Lakonan Berseni Kata
Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan
bersengaja. Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal, dilakukan
selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian. Tidak memerlukan
persediaan yang lama dan guru berperanan memberikan nasihat dan cadangan
sahaja manakala murid-murid bebas berlakon menggunakan perkataan sendiri.
Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti di mana
murid-murid diberi senikata berdasarkan cerita-cerita yang dipilih oleh guru.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan
aktivitii lakonan jenis bersengaja ini.
( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan
peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan seni kata untuk diteliti
murid.
( b ) Seterusnya, proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan
dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak
hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja.
( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang terpilih
bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan
cerita berkenaan.
( d ) Guru boleh memberikan ulasan dan komen selepas selesai aktiviti lakonan
supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang
lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain.
( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi dan rangsangan, iaitu elakkan mengkritik
atau menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat dan keinginannya
untuk terus berlakon.
( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng dan
pakaian yang sesuai supaya lakonan murid lebih menjadi lebih realistik dan
berkesan.
vi. Lakonan Boneka
Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya.
Pelbagai bentuk dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan
jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang
pemalu. Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar
dengan teliti dan mengenalpasti beberapa bentuk kesalahan bahasa. Bagi murid-
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
89
murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah dan
kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.
vii. Lakonan Nyanyian
Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai
dilaksanakan pada semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum
aktiviti jenis ini dijalankan, guru terlebih dahulu menjelaskan apakah peranan dan
suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu
menggunakan pergerakan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata
kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan
kepada mereka. Contohnya lagu „Ayah dan Ibu‟ nyanyian Sudirman Arshad, „Bukan
Kerana Nama‟ nyanyian Ramli Sarip, „Jangan Tinggal Daku‟ nyanyian P. Ramlee dan
sebagainya.
viii. Lakonan Puisi
Lakonan puisi dijalankan oleh guru berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti
ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap murid.
Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, manakala
gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah.
Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi „Sajak Ke Makam
Bonda‟, „Syair Burung Pungguk‟, „Seloka Pak Kaduk‟ dan „Gurindam Dua Belas‟.
Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-muird dikehendaki melakonkan satu
pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan
semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.
ix. Lakonan Cerita
Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat di
perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa orang
murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat, kemudiannya
melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakan-rakan. Guru boleh
memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan buku-buku cerita yang
mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan
sebagainya.
x. Lakonan Kaku
Lakonan jenis ini menyerupai pentomin, iaitu melibatkan seorang pembaca skrip dan
pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah dikenalpasti
oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat
statik atau setempat.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
90
5.10.6 Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan
i. Sesi Pernyataan (Permulaan)
Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan yang
akan dilaksanakan. Guru boleh membincangkan secara ringkas isi dan jalan cerita,
peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan memilih murid-
murid untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya diminta
melakonkannya di hadapan bilik darjah.
ii. Sesi Berlakon
Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masing-masing.
Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa sendiri dan
guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang
berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan
tamat.
iii. Sesi Perbincangan
Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Salam sesi ini guru akan
menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh
dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perbincangan tidak
hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan
berkenaan.
5.10.7 Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan
a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari
seperti „Seniman Bujang Lapok‟ karya Tan Sri P. Ramlee.
b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog sendiri.
c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan.
d. Semangat mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari.
e. Tidak takut dan kurang tekanan – Guru turut berlakon bersama-sama murid.
5.10.8 Cadangan Aktiviti Lakonan
i. Murid membuat lakonan ringkas, iaitu meniru gaya pelakon terkenal.
ii. Murid melakonkan semula bab dalam filem lakonan Seniman Agung Tan Sri
P. Ramlee.
iii. Sebelum sesi lakonan ini dijalankan, guru terlebih dahulu menayangkan
sedutan cerita „Seniman Bujang Lapok‟ menerusi komputer dan LCD.
iv. Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog yang digunakan.
v. Sebelum mereka melakonkan bab yang dipilih, murid-murid dikehendaki
menghasilkan terlebih dahulu skrip mudah menggunakan perkataan sendiri.
Guru memilih beberapa hasil skrip yang terbaik dan memilih beberapa orang
pelakon untuk melakonkannya di hadapan bilik darjah.
vi. Murid-murid lain diminta dengar dengan teliti dialog yang digunakan dan
dalam masa yang sama kenal pasti kesalahan bahasa yang ada.
vii. Murid menjalankan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau
sebagainya terhadap lakonan yang telah dijalankan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
91
5.11 Puisi dalam Didik Hibur
5.11.1 Pantun
Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang.
Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan
berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan berunsur pendidikan menyebabkan pantun
terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini
memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan
hasil pengalaman hidup yang sederhana, yang dijalin dengan daya keintelektualan, dan seni
masyarakat Melayu tradisional. Pantun ialah pemerian latar hidup, dan penghayatan seni
masyarakat Melayu.
Aktiviti Pantun
a. Definisi Pantun
Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan
maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis
puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap.
Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas
sukukata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima.
Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua
bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk a,b,a,b.
b. Kebaikan Aktiviti Berpantun
i. Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa
yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini
membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang
bernilai dalam kehidupan.
ii. Melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai
makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-
murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu
memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.
iii. Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan
idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap
dan pantas. Hal ini menambah kecekapan kefahaman mereka.
iv. Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami
maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid
memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
92
v. Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang
semakin dilupakan masyarakat.
vi. Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru, iaitu kemanusiaan.
vii. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang
menyeronokan kerana terdapatnya unsur berhibur.
viii. Menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.
c. Prinsip-prinsip Berpantun
Untuk melaksanakan aktiviti ini secara lebih berkesan, guru haruslah berpegang kepada
beberapa prinsip tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Aktiviti berpantun ini hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk
mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.
ii. Bahan-bahan yang hendak digunakan haruslah menggunakan bahasa yang
sesuai dari segi kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi,
intelektual dan minat mereka.
iii. Pantun yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan,
mental, bakat dan minat murid-murid.
iv. Pilihlah pantun yang mudah dan senang difahami sahaja. Puisi yang terlalu
panjang dan kabur perlu dielakkan.
v. Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada
murid-murid. Ia bermanfaat dan dapat menyumbang kepada proses
pembentukan peribadi mulia dalam kalangan murid-murid. Pantun yang
mempunyai struktur dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan
penggunaanya dalam kalangan murid-murid.
vi. Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur
alam semula jadi sebagai pembayangnya.
vii. Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya
menolong mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan
pantun dua kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan.
viii. Pantun yang dipilih harus mudah dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh
dapatkan pantun-pantun yang ada di persekitaran mereka terlebih dahulu.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
93
d. Standard Kandungan
( 1 ) Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.
1.1 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang betul
secara didik hibur.
1.2 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang betul
serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang
indah secara didik hibur.
e. Jenis Pantun Dua Kerat
( i ) Pantun Kasih Sayang
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.
Daripada cempedak biarlah nangka,
Daripada tiada baiklah ada.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
Anak dara pergi ke kedai
Rindu di hati rasa nak longlai
( iii ) Pantun Kiasan
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Sudah garahu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
94
Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Orang tak hendak kami tak ingin.
Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.
Secupak nasi setahil berangan,
Tersepak kaki terkehel tangan.
Umbut mayang letak di batu,
Rambut mengerbang banyak kutu.
Cekur dang gamit,
Mintak cekur beri kunyit.
Ikan tokak makan meranggung,
Sedap tekak badan menanggung,
Murai gila jadi tekukur,
Ajaib hairan hati tafakur.
Ratib-ratib buluh nipah,
Sudah ratip hendak upah.
Kalau tak cengal giam,
Kalau tak kenal diam.
Duduk inding enggang tap,
Senduk di dinding, panggang di atap.
Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
( iv ) Pantun Nasihat
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Satu dua tiga empat,
Siapa cepat dia dapat.
Lima,enam,tujuh dan lapan,
Kuat bersenam sihatkan badan.
Tinggi rendah panjang lebar,
Pergi sekolah mesti belajar.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
95
( v ) Pantun Jenaka
Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua enak.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Kayu lurus tengah ladang,
Kerbau kurus banyak tulang.
Sici, loro, telu, papat,
Melayu lari Jawa dapat.
Pokok tinggi buruk akar,
Matahari tinggi perut pun lapar.
Guni kapur kirim pak mertua,
Nyanyi di dapur kahwin orang tua.
Pat-pat nya,
Siapa cepat dia punya.
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.
Tuku takal pengancing pintu,
Budak nakal memang begitu.
Ayam bulat makan padi beras,
Bangun lambat dapat laki malas.
Tua-tua keladi,
Makin tua makin menjadi.
Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
( vi ) Pantun Budi
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Kalau padi taruh sama beras,
Kalau tak mati boleh balas.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
96
Ada beras taruh dalam peti,
Ada hajat taruh dalam hati.
Ada ubi ada batas,
Ada budi boleh dibalas.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh mahu lagi.
( vii ) Pantuan Kepahlawanan
Kembang jarak kembang jagung,
Berani bawak berani tanggung.
( viii ) Pantun Alam
Kayu bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.
Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.
( ix ) Pantun Perniagaan
Berniaga buluh kasap,
Untung habis modal lesap.
(x) Contoh pantun empat kerat
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
97
f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat dan Empat Kerat
i. Sesi Pernyataan
Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun dua
kerat dan empat kerat beserta contoh secara ringkas. Guru boleh membincangkan
secara ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas pantuan jenis
ini dalam masyarakat. Selepas itu, guru membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan tertentu. Mereka kemudiannya diminta mencari seberapa
banyak pantun dua kerat dan empat kerat dalam buku rujukan atau menerusi
internet.
ii. Sesi Berlakon
Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dan empat
kerat dengan intonasi yang betul dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan
mereka mencuba melafazkan pantun berkenaan mengikut gaya dan bahasa badan
ciptaan sendiri dan pada masa yang sama mencari maksud pantun menggunakan
perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenal pasti sebarang kesalahan
dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi
lakonan berkenaan tamat.
iii. Sesi Perbincangan
Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan
pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah
dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid
dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi
juga kekuatan persembahan berkenaan.
g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan
i. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis pantun dua kerat dan
empat kerat.
ii. Kelakar – Murid membuat aktiviti menggunakan dialog dan kreativiti sendiri.
iii. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti seni dan gerak badan.
iv. Semangat mencuba – Murid berpeluang mengambil bahagian mengikut jenis
aktiviti yang digemari.
v. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut mengambil bahagian bersama-
sama murid.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
98
h. Cadangan Aktiviti
i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Guru perlu pastikan
kumpulan tersebut tidak hanya dianggotai oleh murid-murid yang pandai
sahaja. Sebaik-baiknya mempunyai pelbagai kecerdasan dan latar belakang.
ii. Ketua kumpulan datang ke hadapan dan mencabut lima sampul surat yang
mengandungi pantun dua kerat dan empat kerat yang disediakan oleh guru.
iii. Terlebih dahulu, guru telah memilih lima orang murid dalam setiap kumpulan
dan menerangkan tugas dan peranan masing-masing dan murid berkenaan
menerima satu sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat tadi.
iv. Murid-murid diminta membuat atau melakonkan aktiviti yang ditetapkan guru
berdasarkan makna pantun dua kerat dan empat kerat yang diterima, iaitu
berlakon, menyanyi, bercerita, melukis dan bersajak.
v. Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog dan gerak badan yang
digunakan oleh rakan-rakan tadi.
vi. Sesi perbincangan boleh diadakan, membuat komen, ulasan atau sebagainya
terhadap aktiviti yang telah dijalankan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
99
5.11.2 Sajak dalam didik Hibur Definisi Sajak Muhammad Haji Salleh (1984 : 1) pula mengatakan sajak sebagai satu bentuk
moden yang lebih bebas daripada ikatan bentuk-bentuk tradisi. Menurut Hashim
Awang (1985 : 168) pula, sajak merupakan puisi baharu yang popular, lahir sebagai
alternatif kepada puisi tradisional. Hal ini dikatakan demikian, kerana bentuknya
tidak terikat oleh sebarang kontroversi dan lebih bebas.
Secara umumnya, sajak merupakan karangan berangkap, bentuk bebas yang sudah
menyimpang daripada bentuk puisi lama. Sajak tidak dilihat daripada jumlah kata,
baris atau skema rima, namun amat mementingkan bahasanya sehingga
menimbulkan kesan dan nilai estetika yang tinggi. Contoh sajak:
KEKASIH
Akan kupintal buih-buih Menjadi tali mengikatmu akanku anyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu akanku tenun awan - gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu akanku petik bintang timur menjadi kerongsang menyinari dadamu
akanku jolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu
kan kurebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu
kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi
Usman Awang (1971)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
100
5.11.3 Syair dalam Didik Hibur Definisi Syair Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Puisi tersebut berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubah suai mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik ketika itu. Menurut Harun Mat Piah (1989), syair sudah menjadi istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu. Hashim Awang (1985), pula berpendapat bahawa, syair ialah puisi lama yang mengandungi empat baris kalimat dalam setiap rangkap. Keempat-empat baris kalimat itu terdiri daripada isi.
Contoh :
SYAIR BIDASARI Tersebutlah perkataan Bidasari, Setelah malam sudahlah hari, Bangunlah ia seorang diri, Makan dan minum barang yang digemari. Pergilah mandi Siti Bangsawan, Serta memakai bau-bauan, Lalu masuk ke dalam peraduan, Santap sirih di dalam puan. Bertemu sepah bekas dimakan, Diambil Siti dicampakkan, Dengan takutnya ia berfikirkan, Siapakah ini yang membuatkan. Jikalau manusia yang empunya, Nescaya aku dicabulinya, Jika ayahku datang adalah tandanya, Bertambahlah makanan yang dibawanya. Dilihatnya Siti tempat tidurnya, Tilam sedikit tersingkir alasnya, Sirih di puan salah aturannya, Bidasari masygul dengan takutnya. Ia pun duduk di atas geta, Sangatlah gundah rasanya cita, Seraya bertaburan air mata, Manakah tempat ia hendak dikata
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
101
5.11.4 Gurindam dalam Didik Hibur Definisi Gurindam Gurindam ialah bentuk puisi lama yang dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil (India) iaitu kirandum.
Harun Mat Piah (1989) mendefinisikan gurindam sebagai sejenis puisi Melayu lama
yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri
daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan
dalam sebaris dengan rimanya a,a. Baris pertama merupakan
semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua pula jawapannya
atau akibat daripada masalah atau perjanjian pada baris pertama.Contoh gurindam:
JAGA MULUT ( ILADAM ) Jika kamu banyak berkata, Di situ banyak membuat dusta. Jika kamu banyak bercakap, Tanda fikiran kurang lengkap. Jika kamu banyak berkata, Kejahilan kamu terang dan nyata, Jika kamu banyak bercakap, Kejahilan kamu mudah tersingkap. Jika kamu banyak berkata, Di situ banyak silang sengketa. Jika kamu banyak bercakap, Kamu sendiri masuk perangkap. Jika kamu banyak berkata, Janji palsu senang tercipta. Jika kamu banyak bercakap, Kata mengata banyak diungkap. Jika kamu banyak berkata, Banyak janji tidak di kota. Jika kamu banyak bercakap, Rahsia kamu dapat ditangkap.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
102
5.11.5 Seloka dalam Didik Hibur Definisi Seloka Seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris. Seloka juga mempunyai rima atau sebaliknya. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).Contoh seloka: Seloka Pandai Pak Pandir Pandai-pandai wahai Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai. Mendengar gelagak dagang, Akhirnya tak sedar bertelanjang, Pantang mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Mulut manis disuap pisang, Buntut sakit dicangkuk onak, Gunting lipatan makan di hujung, Pak Pandir jugalah yang menanggung. Apa didengar gelagak dagang, Gelagak si rambutan jantan; Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah tapi dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak jugalah yang menanggung Silap-silap menabur budi Kita rugi orang yang untung Pandai-pandai wahai Pak Pandir Diri sendiri juga menanggung Pandai-pandai wahai Pak Pandir Kisah benar bukannya menyinggung. Puisi Melayu Tradisional, 1997 Dewan Bahasa dan Pustaka
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
103
5.12 Penutup
Didik hibur merupakan salah satu elemen penting berdasarkan pendekatan Fun Learning
yang perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran Bahasa Malaysia dan lebih bersifat
kontekstual, berkesan, menarik, dan seronok untuk diikuti oleh murid. Pendekatan didik
hibur ini dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid baik secara lisan
ataupun tulisan. Kecekapan berbahasa dapat diperluaskan di samping menambahkan
perbendaharaan kata murid. Dengan cara ini, murid dapat berkomunikasi dengan
menggunakan laras bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Pemeringkatan penguasaan
berbahasa ini berkembang dari semasa ke semasa mengikut peringkat umur, minat dan
kecenderungan murid dengan berlandaskan proses pengajaran dan pembelajaran secara
terancang, teratur dan sistematik, manakala bahan bantu mengajar yang digunakan dalam
didik hibur ini pula dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid lebih
cepat, mudah dan berkesan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terancang ini agar objektif dan matlamat pendidikan tercapai
sepenuhnya.
RUJUKAN
Abdul Ghalib Yunus. (2001), Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur. Dewan Bahasa September: 14-20.
Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3.
Kamaruddin Hj. Husin. (1999), Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kurik Kundi Merah Saga – Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Jonit Mohd Johari. (1993), Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Jurnal
Dewan Bahasa 10: 914-920.
Nadzeri Isa. (2009), Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
104
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Tajuk Pedagogi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan
Topik Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia
Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. mengenal pasti sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang betul;
2. menjelaskan konsep asas morfologi dan sintaksis;
3. mengaplikasikan penguasaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; dan
4. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual dan didik hibur.
B. Kandungan Pengajaran
1. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu
2. Konsep dan kandungan asas morfologi dan sintaksis
3. Sistem Bahasa dalam kemahiran Bahasa Melayu
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
c. Kaedah
1. Perbincangan
2. Simulasi / Main peranan
3. Permainan Bahasa
4. Tunjuk Cara
5. Kontekstual
6. Didik Hibur
D. Bahan Pengajaran
1. Modul Pemantapan Tatabahasa
2. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat
3. Kamus Dewan/e-Kamus/Kamus Pelajar
4. Sukatan KBSM / KSSR
5. Daftar Ejaan Rumi
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
105
E. Alatan
1. Komputer riba 6. Cakera
2. LCD 7. Kad Imbasan
3. Papan tulis 8. Keratan Akhbar
4. Marker
5. Kertas sebak
E. Penilaian
1. Penilaian lisan
2. Penilaian bertulis
3. Persembahan
F. Rumusan / Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharapkan mendapat idea tentang cara pengajaran tatabahasa secara langsung dalam PdP Bahasa Malaysia. Di samping itu, peserta berupaya menerapkan KBAT, i-Think, Didik Hibur dalam PdP Tatabahasa.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
106
PENGENALAN
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Sistem Ejaan Rumi yang diterima pakai dalam penulisan berbahasa Melayu pada masa ini berasaskan permuafakatan kebahasaan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 16 Ogos 1972, iaitu tarikh pelancaran Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Satu daripada kesan kesepakatan itu ialah terbitnya buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (PUEBM) pada 1975 menerusi persidangan MBIM kelima di Johor Bahru pada 2–4 Disember 1974.
Sejarah Ringkas Sistem Ejaan Rumi
1812 : William Marsden- A Grammar of the Malayan Language
1901 : W.G.Shellabear- The Evolution of the Malay Spelling
1905 : R.J. Wilkinson – Ejaan Sekolah
1947 : Pendeta Za‟ba – Petua-petua Ejaan Rumi
1952, 1954, 1956 : Jawatankuasa Ejaan-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (dikenali juga dengan nama Ejaan ASAS 50)
1972 : Ejaan Bersama Bahasa Malaysia–Bahasa Indonesia – Ejaan Baharu-ejaan yang digunakan hingga sekarang. 1975 : Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka 1981 : Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (Semakan 1988)
Bunyi dan Huruf: Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat 21 huruf konsonan, dan lima (5) huruf vokal. Selain itu, terdapat lima digraf (konsonan gabungan). Huruf konsonan itu adalah seperti yang berikut:
B b C c D d F f G g H h J j K k L l M m N n P p
Q q R r S s T t V v W w X x Y y Z z
Bunyi digraf: ng ny kh gh sy
Contoh digraf:
ng ny kh gh sy
nganga ngeri ngilu
nyanyi banyak bunyi
khabar makhluk tarikh
ghairah maghrib baligh
syarikat masyarakat skuasy
Huruf vokal terdiri daripada : a e ( Ə ) i o u
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
107
Terdapat juga bentuk diftong, iaitu ai, au, dan oi.
ai au oi
aising ramai lantai
aurat pulau saudara
oidium sepoi boikot
Perkembangan dan pembaharuan sistem ejaan rumi telah membawa perubahan kepada beberapa konsonan yang digunakan sebelum ini:
POLA KESELARASAN VOKAL: Keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Peraturan ini menetapkan beberapa peraturan, iaitu keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar; kata dasar berakhirkan suku kata tertutup; dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal, hanyalah dua suku kata yang terakhir.
Keselarasan Vokal Contoh Perkataan
a - a alas nakal lasak
a - i masjid balik alih
a - u barut patut datuk
e - a sedar jelas emak
e - i betik serik jerit
e - u telur belum rebus
e – a elak ekar engkar
e – e leleh telek remeh
e – o esok bengkok cedok
i - a bilang pinang kilas
i - i pilih didih sirih
i - u tidur hibur hidup
o - a otak rosak bosan
o - e oleh korek solek
o - o botol mogok boros
u - a bulat yuran dulang
u - i kulit murid lukis
u - u buluh runtuh pupuk
Rajah Pola Keselarasan Vokal
Lama Baharu ch c chantik cantik dh d redha reda dz z dzahir zahir th s mithal misal
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
108
Perubahan pola ejaan lama (sebelum 16 Ogos 1972) kepada pola ejaan baharu ditunjukkan pada rajah di bawah.
Pola Lama
ContohPerkataan
Pola Baharu
ContohPerkataan
a - e aleh a - i alih
a - o basoh a - u basuh
e – e lebeh e - i lebih
e- o belom e - u belum
i - e pileh i - i pilih
i - o tidor i – u tidur
u - e usek u – i usik
u - o untong u - u untung
KEKECUALIAN KESELARASAN POLA BAGI KATA PINJAMAN:Terdapat beberapa kekecualian terhadap peraturan keselarasan vokal di atas, iaitu bagi kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Yang berikut ditunjukkan beberapa contoh kata yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal yang dinyatakan sebelum ini. Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.
Penyesuaian Huruf-huruf Konsonan Tertentu
Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
c s cent sen
c/cc k card , account kad, akaun
cc ks access akses
ch c charge, chop caj, cap
ph f graph graf
ch k technique teknik
s z music, physic muzik, fizik
sc s science sains
sc sk scale, screw skala, skrew
q k quality, quota kualiti, kuota
th s theory, thesis teori, tesis
x ks express, complex ekspres, kompleks
y i economy, analysis ekonomi, analisis
Pengguguran Satu daripada Gabungan Huruf Konsonan yang Sama
Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bb b lobby, hobby lobi, hobi ff f effective, traffic efektif, trafik
gg g aggresive agresif
ll l pill, bill pil, bil
mm m comma koma
nn n annuity, tennis anuiti, tenis
ss s asset, process aset, proses
tt t lottery, battery loteri, bateri
zz z jazz jaz
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
109
Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal
Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
au au audit, automatic audit, automatik
ea ea idea, gear idea, gear
ea i grease, cream gris, krim
ia ia dialect dialek
ei ei protein protein
ei i calorie kalori
ee i mee mi
iu iu premium, stadium premium, stadium
ou au accountant, pound akauntan, paun
ou u coupon, serious kupon, serius
oa o coat, cardboard kot, kadbod
oo u boot but
ue u tissue, issue tisu, isu
Pengekalan Konsonan Gandingan dalam bahasa Inggeris dengan Beberapa Penyesuaian
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
block blok
classic, clinic klasik, klinik
draft draf
cream, credit krim, kredit
comprehensive komprehensif
protocol protokol
store stor
prism prisma
plasm plasma
organism organisma
Huruf „g‟ yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis sebagai „g‟ dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.
BahasaInggeris Bahasa Melayu
legend legenda
technology teknologi
tragedy tragedi
psychology psikologi
agenda agenda
agent agen, ejen (wakil)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
110
Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, dan -sional.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
tradition, action tradisi, aksi
lotion, immigration losen, imigresen
section, television seksyen, televisyen
professional profesional
national, traditional nasional, tradisional
Pengejaan kata yang berakhir dengan –ism.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
nasionalism nasionalisme
comunism komunisme
socialisme sosialisme
mechanism mekanisme
Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
class, glass kelas, gelas
grant, stamp geran, setem
pencil, plan pensel, pelan
bureau, ballon biro, belon
action aksi
dial, file dail, fail
size, pie saiz, pai
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
111
MORFOLOGI: PEMBENTUKAN DAN PENGGOLONGAN KATA Pembentukan kata dalam bahasa Melayu terjadi menerusi proses pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda, yang dibincangkan di bawah aspek penggolongan kata. Yang berikut ialah contoh perkataan mengikut kategori.
Kata Tunggal
Kata Tunggal Satu Suku Kata
KV: yu, ru, ya,ku (aku), tu (itu) VK: am KVK: cat, wang KKVK: stor, pruf, pruf, dril,gred KVKK: teks, bank, volt, golf KKKV: skru KKKVK: skrip, skrol
Kata Tunggal DuaSuku Kata
V+KV: aku, uda, apa V+VK: aib, air V+KVK: adik, emas, ubat VK+KV: undi, impi, anda VK+KVK: ambil, umpan, ombak KV+V: dua, doa, tua, sua, dia KV+VK: jauh, tuah, buah KV+KV: jala, pasu, buku KV+KVK: kapal, telur, sikat KVK+KV: lampu, binti, mampu KVK+KVK: bantal, mentol, sandar
Kata Tunggal Tiga Suku Kata
KV+V+KV: cuaca, suara, tuala KV+V+KVK: biawak, soalan, siasat V+KV+V: usia, urea, idea KV+KV+V: semua, mulia, benua KVK+KV+V: tempua, mentua KV+KV+VK: keruan, seluar KVK+KV+VK: berlian V+KV+KV: utara, utama, irama V+KV+KVK: ijazah, amanah, amaran VK+KV+KV: indera, asrama, antara KV+KV+KV:keliru, budaya, teruna KVK+KV+KV: menteri, bendera, kemboja VK+KV+VK: ilmiah, ilmuan V+KV+VK: akaun, elaun, ideal KV+KV+KVK: belukar KVK+KV+KVK: matlamat, cendawan KV+KVK+KV: belanja KVK+KVK+KV: sempurna KV+KVK+KVK: selumbar
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
112
Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih
KV+KV+VK+KV: keluarga, biduanda KV+KVK+KV+KV: sederhana, peristiwa, sayembara KVK+KV+KV+KV: laksamana, sandiwara, harmonika KVK+KV+V+KV:sentiasa KV+KV+KV+KV:bidadari, serigala, samudera KV+KV+KV+KVK:perajurit KVK+KV+KV+KVK: sentimeter KVK+KVK+KV+KV:dispensari KV+KV+V+KVK: nasional V+KV+KVK+KV+KV: universiti KVK+KV+KV+KV+KVK: cenderawasih, kosmopolitan KV+KV+KV+KV+KV+KV: maharajalela
Kata Tunggal – Akronim
Gabungan Beberapa Huruf Awal: ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia IKIM: Institut Kefahaman Islam Malaysia ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri
Kata Tunggal – Akronim
Gabungan Suku Kata dengan Huruf Awal/ Suku Kata dengan Suku Kata: Mara: Majlis Amanah Rakyat Perkim: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama: Berita Nasional Malaysia Perkeso: Pertubuhan Keselamatan Sosial Intan: Institut Tadbiran Awam Negara
Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata: tadika: taman didikan kanak-kanak taska : taman asuhan kanak-kanak pawagam: panggung wayang gambar cerpen: cerita pendek kugiran : kumpulan gitar rancak
Kata Terbitan (Proses Pengimbuhan)
Kata Terbitan Berawalan
Awalan Kata Nama: pe- (pelari, pesara, pekedai, petani,petinju) pem- (pembawa, pembuat, pemveto, pemburu) pen- (pendatang, pencari, penjual) peng- (penggali, pengkhianat, pengukur) penge- (pengebom, pengetin, pengelap) pel- (pelajar) per- (perasap, perbara, pertapa, perburu) ke- (ketua, kelipat, kekasih) juru- (juruukur, juruwang, juruterbang) maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja) tata- (tatabuku, tatabahasa, tatacara) tuna- (tunalihat, tunaaksara, tunawicara) pra- (prasejarah, prakata, prasangka) sub- (subteks, subsistem, substandard) supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental) swa- (swalayan, swadaya,swatenagaga) eka- (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi) dwi- (dwibahasa, dwifungsi, dwitahunan)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
113
Kata Terbitan Berawalan
Awalan Kata Kerja me- (melawan, membuat, merasa) mem- (membawa, memveto, memfitnah) men- (mendaki, mencadang, mentua) meng- (menggali, mengikut, mengajar) menge- (mengecat, mengekod, mengetin) memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas) ber- (berjalan, berganti, berserta) be- (beraja, berasa, berupa) bel- (belajar) ter- (terjebak, terbentuk) di- (diatur, ditimbang, disusun) diper- (diperisteri, dipercepat, diperoleh)
Kata Terbitan Berakhiran
Akhiran Kata Nama: -an (pakaian, jahitan, mainan) -wan (sasterawan, sejarawan, usahawan) -man (budiman, seniman) -wati (seniwati, olahragawati) -isme (nasionalisme, sosialisme, komunisme) -in (hadirin, muslimin) -at (munafikat, muslimat) -ah (ustazah, sultanah)
Kata Terbitan Berakhiran
Akhiran Kata Kerja: -kan (buatkan, gunakan, besarkan) -i (turuti, duduki, berkati)
Kata Terbitan Berapitan
Apitan Kata Nama: pe-…-an (pelaksanaan, pelantikan, pelihatan, pelibatan) pem-...-an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan) pen-...-an (pentakrifan, pendapatan, pencarian) peng-...-an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan) penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran) per-...-an (persalinan, perkuburan, permainan) pel-…-an (pelajaran) ke-…-an (kelainan, kelebihan, kedukaan)
Kata Terbitan Berapitan
Apitan Kata Kerja: me-…-kan (memainkan, menyanyikan, mewujudkan) men-…-kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan) mem-...-kan (membaharukan, membaikkan, memvariasikan) meng-...-kan (menggunakan, mengkhayalkan, menghiraukan) menge-…-kan (mengepinkan, mengecamkan, mengewadkan) ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan, berbajukan) ber-...-an (berlanjutan, bermaafan, berjauhan) di-…-kan (dibiarkan, digunakan, dipisahkan) me-...-i (melalui, memasuki, menyedari) men-...-i (mencurigai, mendendami, menziarahi) mem-…-i (membaharui, membohongi, mempercayai) meng-…-i (menganggotai, menggauli, mengekori) di-...-i (didekati, dimulai, diadili) diper-…-kan (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan) memper-... (memperhalus, memperbaik, memperlekeh)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
114
memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan) memper-...-i (memperingati, memperhambai) ke-...-an (kehujanan, kehausan, kepanasan)
Kata Terbitan Berapitan
Apitan Kata Adjektif: ke-…-an (keinggerisan, keakraban, kecinaan)
Kata Terbitan Bersisipan
Sisipan Kata Nama: -el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut) -er- (keruping, seruling, serabut) Sisipan Kata Adjektif: -el- (kelebak, selerak, gelembung) -er- (gerodak, kerelip) -em- (gemilang, semerbak, gemerlap, cemerlang) -in- (sinambung) Sisipan Kata Kerja -el- (jelajah, gelegak)
Kata Majmuk
Kata Majmuk Bebas
gambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya, nasi minyak,terima kasih, luar biasa, merah muda, bandar raya, tengah hari,jam tangan, meja tulis, bom tangan, guru besar, kuning langsat;Perdana Menteri, Duta Besar, Ketua Menteri, Naib Canselor, Angkasawan Negara, Profesor Madya, Ketua Setiausaha Negara
Kata Majmuk Istilah Khusus
model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus,lesung sendi, kanta tangan, segi tiga, cari gali, reka bentuk, hak milik,mata pelajaran, pita suara, darah panas, kertas kerja, batu kapur,atur cara, kemas kini, urus setia, siar raya, libat urus
Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa
anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih, bulan madu, manis mulut, tumbuk rusuk, kaki ayam, kaki bola
Kata Majmuk yang Mantap
antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab
Kata Majmuk Terbitan
Awalan dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, berlitar selari
Akhiran daya serapan, ditemu bual, kemas kinikan, mengatur cara, kenal pastikan, susun aturkan, beransur maju, campur adukkan Apitan mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
115
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Penggandaan Kata Majmuk Rangkai kata Bebas
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang, suku-suku kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah, garis-garis pusat, model-model linear, Menteri-Menteri Besar, Ketua- Ketua Eksekutif, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Pengarah
Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh kata tunggal
rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau, rumah-rumah, budak-budak, tadika-tadika, buku-buku, sekolah-sekolah, cerpen-cerpen
Penggandaan penuh kata berimbuhan
pemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar, pelatih-pelatih, kekasih-kekasih, ketua-ketua, pekedai-pekedai, peruncit- peruncit,pengguna-pengguna, persatuan-persatuan, kementerian-kementerian
Penggandaan Separa
lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang, tersenyum-senyum, kejar-mengejar, sebijak-bijak, sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan
Penggandaan Berentak
Pengulangan vokal Kata Nama: lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong, tungkus-lumus Kata Adjektif: hiruk-pikuk Pengulangan Konsonan Kata Nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting, kucar-kacir Bebas Kata Nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai Kata Kerja: ulang-alik Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai, simpang-siur
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
116
PENGGOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah pengelompokan perkataan dalam kumpulan dan fungsi yang sama berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Golongan kata terbahagi kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.
Kata nama Nama am
Nama khas
Kata ganti nama
kerusi, sekolah
Rolls Royce, Senator Sharifah aku, kamu, dia, sana, sini, itu, ini,
apa, mana, siapa
Kata kerja Transitif
Tak transitif Pasif
menghadiri, mengurus,menjahitkan
berlari, menangis, berselendangkan, tinggal
ditenggelami, terangkat, bergosok, kena malu, kepanasan
Kata adjektif Sifatan atau keadaan
Warna
Ukuran
Bentuk
Waktu
Jarak
Cara
Perasaan
pancaindera
baik
kuning
renek
pipih
suntuk
hampir
lambat
terkesima
payau
Kata tugas Hubung Seru Tanya Perintah Pangkal ayat Bantu Penegas Nafi Pemeri Sendi nama Pembenar Arah Bilangan Adverba Penekan Pembenda
justeru amboi bagaimana sila maka dapat , boleh -lah bukan , tidak ialah , adalah antara , di antara ya belakang banyak , ramai selalu , sering kali hakikatnya lajunya
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
117
PANDUAN PELAKSANAAN:
1. Menghubungkaitkan isu tatabahasa yang sering ditemukan dalam penulisan.
Contoh: 1a. Pele adalah pemain bola sepak brazil yang sangat terhebat
sekali sewaktu menendang gol.
SEPATUTNYA
1b. Pele ialah pemain bola sepak Brazil yang terhebat sewaktu menjaringkan bola.
2. Meneliti aspek strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.
a. Tatabahasa secara Kontekstual: Menghubungkaitkan pengalaman menulis dengan
elemen tatabahasa, khususnya morfologi. Misalnya, penggolongan kata, iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif,dan kata tugas.
b. Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya bahan dalam laman
sesawang dan akhbar dalam talian menggunakan bahasa yang betul dan gramatis.
c. Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan penggunaan puisi tradisional, puisi
moden atau lirik lagu. Guru boleh mengaplikasikan bahan tersebut dalam pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan kreativiti.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
BINAAN AYAT, AYAT DASAR, FRASA, KLAUSA, AYAT MAJMUK, DAN AYAT TERBITAN
Pengenalan
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
BINAAN AYAT
Ayat terbina daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat.
Subjek Predikat
1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor angkasawan pertama negara kita.
2. Unit Kurikulum Daerah Gombak
menganjurkan program Karnival Bahasa.
3. Bangunan yang bersejarah itu sedang dipulihara.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
118
Ayat Dasar:
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan bahasa Melayu seperti yang berikut:
Subjek Predikat
Puan Hasnah ejen insurans.
Abang Jalal menjerit kesakitan.
Cik Halina sangat ayu berbaju kebaya.
Pejabat Encik Ab. Rahim di Bandar Enstek.
Ayat-ayat di atas dapat menerbitkan ayat-ayat yang lain, yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
FRASA: Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.
Contoh Frasa Contoh Frasa yang diperluas
kertas
sehelai kertas sehelai kertas edaran sehelai kertas edaran mesyuarat
Pola Ayat Dasar: Pola ayat dasar terbahagi kepada empat jenis berdasarkan unsur yang hadir sebagai konstituen ayat, iaitu jenis subjek dan predikat. Ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada empat pola, iaitu FN + FN,FN + FK, FN + FA, dan FN + FS.
Pola Contoh
Subjek + Predikat Subjek / Predikat
1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Putra.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-guru Besar sedang bermesyuarat.
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya.
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Bharu.
Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang gramatis mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
Binaan Frasa Nama (FN):
Frasa nama terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu kesatuan dalam binaan ayat.
Subjek Predikat Pola
Encik Rahman usahawan tani.
FN + FN Perisian persembahan
alat bantu mengajar.
Dato‟ Siti Nurhaliza
isteri Datuk Khalid.
Dato‟ Shariff pegawai khas Menteri Pendidikan .
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
119
Binaan Frasa Kerja (FK):
Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain.
Contoh:
Subjek Frasa Kerja Kata kerja
1. Rahmah 2. Ayam hutan itu 3. Adik 4. Jin Han 5. Kanak-kanak itu
membaca buku cerita. membuat sarang pada pokok ara. tidur di pangkuan ibu. bernyanyi di atas pentas. menangis tersedu-sedu.
KKT KKT
KKTT KKTT KKTT
Binaan Frasa Adjektif (FA):
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan, dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Contoh:
Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif
1. Dia 2. Mereka 3. Burung helang
rajin. pulang segera. terbang tinggi.
FA sebagai predikat FA sebagai unsur penerang FA sebagai unsur keterangan
Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuk di, ke, dari, daripada, pada, kepada, dan sebagainya. Contoh:
Subjek Predikat
1. Kanang 2. E-mel itu 3. Cenderamata ini
ke bandar. daripada ibu. untuk murid cemerlang.
Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada:
(i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang;
(ii) dua unsur inti di dalamnya.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
120
Contoh :
Contoh Frasa Nama Predikat
Inti Penerang
1. Guru 2. Kakak
Bahasa Melayu itu budak lelaki itu
sungguh kreatif. sudah berpunya.
Frasa Nama Predikat
Inti Inti
1. Ibu 2. Hutan
bapa rimba
dipersilakan hadir. perlu dijaga.
Pembentukan Frasa Kerja (FK):
Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
(i) frasa kerja tak transitif tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak
perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
(ii) frasa kerja transitif mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut
oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti
oleh kata keterangan.
Subjek
Frasa Kerja
Kata kerja Objek Keterangan
1. Adik 2. Hujan 3. Ayah 4. Perburu 5. Ibu 6. Jurulatih
tidur. turun membaca menembak menghidangkan menyuruh
-
manuskrip. rusa. makanan. murid-murid
dengan lebatnya. berlari pantas.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
121
Pembentukan Frasa Adjektif (FA):
Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
Subjek Frasa Adjektif
Kata Bantu
Penguat Kata Adjektif
Penguat
1. Hari 2. Hujan 3. Ayah 4. Perburu itu 5. Pulau Tioman 6. Faiz
sudah masih
- -
masih masih
- -
amat sangat
- -
gelap. lebat.
gembira. cekap. cantik tenang
- - - -
amat. benar.
Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut:
i. Kata sendi nama + frasa nama
ii. Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama
iii. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
Subjek
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Kata Nama Arah
Frasa Nama Keterangan
1. Saya 2. Adik 3. Ayah 4. Perburu itu 5. Nenek 6. Pemandu itu
dari ke di
dari ke ke
- -
belakang dalam dalam belakang
Johor Bahru. sekolah. rumah. hutan. belukar keretanya
- - - -
mencari herba. mengambil sesuatu.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
122
KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.
Klausa bebas / klausa utama Klausa tak bebas
Awak pandai kerana awak rajin belajar.
Kami akan hadir sekiranya hari tidak hujan
Mereka akan datang walaupun tidak diundang
Cikgu memberitahu sesuatu bahawa kami akan menghantar tugasan pada hari esok.
BINAAN AYAT:
Binaan Ayat Tunggal – Ayat Majmuk :
Ayat tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat; sementara ayat majmuk mengandungi satu subjek dengan beberapa predikat, beberapa subjek dengan satu predikat, atau beberapa subjek dengan beberapa predikat. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan sama ada ayat itu ayat tunggal ataupun ayat majmuk.
Contoh :
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
1a. Puan Jaleha guru di SMK Bukit Putra. 1b.Rakan beliau juruteknik di sebuah syarikat petroleum.
Puan Jaleha guru di SMK Bukit Putra manakala rakan beliau juruteknik di sebuah syarikat petroleum.
2a. Murid-murid masih berbual. 2b. Pengetua sedang berucap.
Murid-murid masih berbual walaupun Pengetua sedang berucap.
3a. Staf sekolah ini rajin. 3b. Staf sekolah ini bertanggungjawab.
Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.
Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.
Subjek Predikat Binaan Predikat
i. Pemuda itu ii. Ayam serama itu iii. Cikgu Amin iv. Bapa
pengarah syarikat. berkokok. sangat rajin. ke Kuala Lumpur.
Frasa Nama Frasa Kerja
Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
123
RAGAM AYAT:
Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Ayat Aktif Transitif
Subjek
Predikat
Kata Kerja Transitif Objek
1. Ribut 2. Ahmad 3. Pengarah
melanda mengarang merasmikan
kampung kami. buku cerita. seminar itu.
Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang boleh digugurkan
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan yang boleh digugurkan
1. Amir Zakry 2. Azie Hazirah 3. Khawidah
sedang bercuti mengaji berkebun
di Pulau Pinang. selepas Maghrib. di belakang rumahnya.
Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang tidak boleh digugurkan
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan yang tidak boleh digugurkan
1. Arweendran 2. Pesawat MH370 3. Penyakitnya
tinggal menuju beransur
di Setia Alam. ke Beijing. sembuh.
AYAT PASIF: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu:
i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Subjek Kata Kerja Pasif
Oleh + Frasa Nama Keterangan
1.Buku itu 2.Kucing 3.Sampah sarap
sudah diambil terlanggar dipungut
oleh Abu oleh basikal oleh pekerja
pagi tadi. di kakinya. setiap hari.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
124
Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau Kedua
Keterangan
1. Tugasan itu 2. Hutang itu 3. Masakan itu 4. Perkara tersebut
sudah aku siapkan akan kami jelaskan belum engkau makan harus awak putuskan
awal-awal lagi. segera. lagi. segera.
Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang hadir sebelum kata kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama
1.Penagih tadi 2.Penyeludup itu 3.Budak tersebut 4.Harimau bintang
kena kena kena kena
tangkap tahan kejar tembak
oleh polis. oleh pihak kastam. oleh orang jahat. oleh perburu.
AYAT MAJMUK: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung ‟seperti‟ dan, kata komplemen ‟bahawa‟, kata relatif ‟yang‟, selain penggunaan tanda koma, dan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
a. Faktanya berurutan(kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil)
1. Dia masuk ke dewan lalu duduk di barisan hadapan.
2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.
b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal)
1. Vivian bertubuh besar tetapi penakut.
2. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.
c. Gabungan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung berpasangan
1. Daripada berbual-bual kosong, lebih baik kita mengulang kaji pelajaran.
2. Sama ada berita itu benar ataupun tidak, belum dapat dipastikan.
Ayat Majmuk Pancangan: Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)
1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama sudah ditemu duga.
(Ayat induk: Calon guru sudah ditemu duga.)
(Ayat kecil: Calon guru hadir pada sesi pertama.)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
125
Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa dan untuk)
1. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.
2. Adalah sukar untuk pasukan penyelamat menemukan pesawat itu.
Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya)
1. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan. (keterangan sebab) 2. Jika dia menerima saya seadanya, saya akan terus berbincang dengan kedua-
dua orang ibu bapa saya. (keterangan syarat)
3. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)
4. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)
Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.
1. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam
pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri
kita.
2. Jika perlawanan bola sepak yang akan mempertemukan dua pasukan gergasi
dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik
kedua-dua buah pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan
memperoleh keuntungan yang besar.
Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif.
1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan
kerja yang diserahkan kepada kami.
2. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan
datang.
3. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus
peningkatan ilmu seumpama ini.
PROSES PENERBITAN AYAT: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
126
PROSES PENGGUGURAN
Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran:
a) frasa nama sebagai subjek
b) frasa predikat
c) frasa nama yang mendahului frasa relatif
Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh: i. Kamu keluar keluar!
ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!
Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Contoh: i. Muhammad sangat pandai + Muhammad rajin belajar
Muhammad sangat pandai kerana dia rajin belajar.
Muhammad sangat pandai kerana rajin belajar.
ii. Nawal cerdik + Nawal pendiam
Nawal cerdik tetapi Nawal pendiam.
Nawal cerdik tetapi pendiam.
Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Contoh:
Frasa Predikat Contoh Ayat
a. Frasa kerja yang serupa
Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Sepupunya belajar di Matrikulasi Johor.
i. Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan sepupunya belajar di Kolej Matrikulasi Johor.
ii. Zahrah dan sepupunya belajar di Kolej Matrikulasi Johor.
b. Frasa nama yang serupa
Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.
i. Encik Fauzi guru sekolah dan Puan Sharifah guru sekolah.
ii. Encik Fauzi dan Puan Sharifah guru sekolah.
c. Frasa adjektif yang serupa
Abang saya sangat rajin. Abang Fei Fun sangat rajin.
i. Abang saya sangat rajin dan abang Fei Fun sangat rajin.
ii. Abang saya dan abang Fei Fun sangat rajin.
d. Frasa sendi nama yang serupa
Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.
i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.
ii. Dia dan isterinya masih di kampung.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
127
Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh:
i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.
Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.
ii. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.
Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.
Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama:
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh:
i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.
ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
Merokok membahayakan kesihatan.
Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan, tetapi tidak mengubah maksud ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:
1a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
1b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
1c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Ayat Asal Penyusunan Semula
1a) Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik. (Frasa nama sebagai subjek)
1b) Allah mengurniai kita rahmat.
Allah mengurniakan rahmat kepada kita. (Frasa nama sebagai objek)
1c) Orang itu pergi ke kedai. Pergi ke kedai orang itu. (Ayat songsang)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
128
Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.
Ayat Asal Peluasan
Budak itu adik saya.Budak itu membaca buku
Budak yang membaca buku itu adik saya. (Frasa nama sebagai subjek )
Osman mengusik budak itu. Budak itu menangis.
Osman mengusik budak yang menangis itu. (Frasa predikat)
Ayah tidak bekerja. Ayah sakit perut.
Ayah tidak bekerja kerana sakit perut. (Kata hubung)
Mereka melaporkan . Guru kelas tidak hadir.
Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
129
A. LATIHAN PEMANTAPAN SISTEM EJAAN
1. Pilih hanya perkataan yang betul ejaannya.
batok detik milek hurmat semuga cantum
betul tenguk kurban balek senduk keciwa
masih dompet suntek kaget elok kopon
anika rihat payong risek seliseh tewas
bilik toreh junjong pelek calun fasih
biduk cetik kungkung gabenur perabut tungkat
sembelih puteh tunjuk gulongan herit jenguk
periok buih dapur lindong simen forum
jujor dukung awit bonos oleh montok
becuk rimbon tikit musoh solek usek
2. a) Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang betul ejaannya.
a) abnormal anti kerajaan Infrastruktur
dwibahasa tata bahasa ultra lembayung
biadab pro demokrasi sub golongan
eka bahasa transmigrasi Prokerajaan
multilateral panca indera eka warna
semi profesional antikomunis pro-Malaysia
makro skop swadaya autobiografi
substandard politeknik tuna susila
ultra sonik poligami angkasawan
kolonialisme antiisrael dasawarsa
b) Tulis 15 kata pinjaman lain dengan ejaan yang betul.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
130
B. LATIHAN PEMANTAPAN MORFOLOGI
1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.
kecantikkan kecantikan
pembiakan pembiakkan
kebanyakkan kebanyakan
pertunjukan pertunjukkan
mencantikan mencantikkan
membiakkan membiakan
membanyakan membanyakkan
menunjukan menunjukkan
2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...-
kan atau diper-...-kan.
a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar…
b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan…
c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna…
d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...
e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...
3. Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?
4. Susunan kata yang manakah yang betul mengikut hukum DM?
Minang Restoran - Restoran Minang
Tan Gigi Klinik - Klinik Gigi Tan
Tebingan Sarawak - Sarawak Tebingan
Dunlop tayar - tayar Dunlop
Stadium Likas - Likas Stadium
Lain-lain hal - Hal-hal lain
sos cili - cili sos
Kata-kata lain - Lain-lain kata
Klip video - Video klip
5. Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti
contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan salah? Berikan alasan anda.
SALAH BETUL SALAH BETUL
kata aluan kata alu-aluan aturcara atur cara
menjemput mengundang siaraya siar raya
kehadirat ke hadirat urusetia urus setia
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
131
izinNya izin-Nya di atas
penghargaan atas penghargaan
mengambil tempat duduk
ketibaan hadiah jatuh
kepada hadiah dimenangi
oleh
6. Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa dengan siapa-siapa,
dan mana dengan mana-mana?
7. Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk menggantikan kata
hubung apabila?
8. Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata ganti?
9. Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata sendi kerana?
10. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja
pasif?
11. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:
aktif:_______________________________________________________.
pasif:_______________________________________________________.
12. Sila catatkan bentuk kata/frasa yang BETUL pada lajur yang disediakan.
Bil. SALAH BETUL
1. banyak organisasi-organisasi
2. banyak langkah-langkah
3. semua tugas-tugas
4. semua anggota-anggota
5. semua ilmu-ilmu
6. semua aspek-aspek
7. semua kerja-kerja
8. kesemua unsur-unsur
9. kesemua filem-filem
10. segala aspek-aspek
11. segala maklumat-maklumat
12. ramai pengguna-pengguna
13. jumlah anak-anak
14. sejumlah besar keluarga-keluarga
15. sebilangan besar ahli-ahli
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
132
Bil. SALAH BETUL
16. kebanyakan orang-orang
17. sekawan burung-burung
18. sebaris rumah-rumah
19. sekumpulan pelajar-pelajar
20. sekandang lembu-lembu
C. LATIHAN PENGAYAAN MORFOLOGI
1. Nyatakan kesalahan tatabahasa dalam situasi yang berikut:
Situasi 1
Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul.
“Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau tadi…”
Situasi 2
Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:
“Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.”
Situasi 3
Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut:
“Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.”
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
133
2. Baca Petikan 1, kemudian nyatakan sinonim kata atau ungkapan yang bergaris.
Petikan 1 Pada tahap awal dia menjadi pemberita, dia berasa hidup sebagai pemberita cukup pahit. Sejak kecil sehinggalah beberapa tahun sebelum bertugas sebagai pemberita, dia adalah cucu manja datuknya, walaupun bukan anak manja ibu bapanya. Datuknya, Tok Kelah betul-betul menyenanginya.
(Daripada Tirai Tokoh, Rahman Shaari (1997: 58)) Petikan 2 Barangkali kerana kekurangan kalori, orang mudah luka dan bengkak bernanah. Ramai orang tokak sekarang. Kulit kami pantang luka. Luka itu akan meroyak dan jadi tokak. Umumnya, kaum lelaki banyak menghidap penyakit begini. Oleh sebab itu, hidupnya bergantung atas bahu perempuan dalam keluarganya. (Daripada Sarida, Arenawati (1992: 36))
D. LATIHAN PEMANTAPAN SINTAKSIS
1. Bagi setiap contoh ayat yang dikemukakan dalam modul, sila hasilkan satu ayat lain yang sama bentuk, jenis, atau polanya.
2. Secara berpasangan, sila berbincang, seterusnya kemukakan satu ayat majmuk daripada salah satu wacana yang berikut:
a) Surat rasmi mengundang penceramah ke sekolah atau ke jabatan.
b) Abstrak suatu kajian yang dilakukan di sebuah sekolah pedalaman.
c) Keputusan mesyuarat jabatan/kelab pada akhir tahun.
d) Item objektif bagi mana-mana mod kursus keguruan.
e) Ucapan penghargaan pada hari istimewa (Hari Guru, Hari Kebangsaan, hari ulang tahun kelahiran, dll.)
3. Berikan pandangan tentang cara untuk meningkatkan pengetahuan berbahasa dalam kalangan pelajar prauniversiti.
E. LATIHAN MENGESAN AYAT YANG TIDAK BETUL SUSUNANNYA
Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku, seperti:
1. Ini hari Azizah tidak datang. 2. Yang melukis gambar ini Huzaimahlah. 3. Itu pen dakwat sudah habis. 4. Majalah itu saya tidak menyimpannya. 5. Buku ini saya tidak mahu membaca. 6. Yang memukul awak siapakah? 7. Nora dan Nani baik berkawan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
134
F. LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS
Tandakan (√) pada ayat yang betul.
1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang.
2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.
3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara.
4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.
5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.
6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.
7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.
8. Kenyataan itu ialah benar.
9. Dunia ini ialah fana.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu.
12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada minggu hadapan.
13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan kadar yang segera.
14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses pengauditan selama seminggu.
15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.
G. LATIHAN LANJUTAN
Baiki unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.
1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.
1a.
2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.
2a.
3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.
3a.
4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.
4a.
5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
135
5a.
6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.
6a.
7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.
7a.
8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.
8a.
9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.
9a.
10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.
10a.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
136
AYAT
Jenis Ayat: Kepelbagaian jenis ayat menggambarkan bahawa kita mengalami pelbagai situasi dan juga mempunyai pelbagai kemahuan. Oleh hal yang demikian, timbullah kelainan ayat untuk merakamkan situasi atau menyatakan kemahuan tersebut.
Ayat Penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal, dan dilafazkan dengan intonasi yang menurun pada akhir ayat.Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Sila perhatikan contoh-contoh yang berikut:
a) Saya mempunyai sebuah komputer.
b) Dia sudah pandai mengakses maklumat daripada e-pembelajaran.
c) Guru-guru sedang melengkapkan pelbagai jenis borang.
d) Dia pandai mengambil hati.
e) Encik Mohamad Hanifah mengimpikan seorang isteri yang solehah.
Ayat Tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal „?‟. Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.
Ayat tanya dengan kata tanya: Ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan, iaitu ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.Ayat tanya dengan kata gantinama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata gantinama tanya seperti apa, siapa dan mana.Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagai mana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.
Contoh Ayat Jenis Ayat Tanya
1. Awak sudah mandi? 2. Mereka pergi ke sekolah?
Ayat tanya tanpa kata tanya
3. Awak sudah mandikah? 4. Mereka pergi ke sekolahkah?
Ayat tanya dengan kata partikel tanya -kah
5. Siapa guru awak? 6. Mana satu pilihan awak?
Ayat tanya dengan kata tanya
7. Dia mengajar di mana? 8. Awak hendak membujang sampai bila?
Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
137
Ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, ayat tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya jika jawapan yang memerlukan kepada huraian, ayat tanya tersebut dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.
Ayat Perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang digugurkan.Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis:
i. Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberikan perintah atau arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan selainnya digugurkan.
ii. Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.
iii. Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelumkata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.
iv. Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah
1. Awak siapkan kerja itu sekarang.
2. Makanlah kuih-muih ini dahulu.
ayat suruhan
3. Usah bertanya ke mana aku pergi.
4. Jangan ambil wang orang.
ayat larangan
5. Sila datang ke rumah saya petang ini.
6. Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.
ayat silaan
7. Minta tuan-tuan jelaskan yuran pengajian.
8. Sila hantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.
ayat permintaan
ayat perintah lembut
Ayat silaan tidak boleh membawa pengertian negatif, misalnya: “Tolong jangan bising.” dan “Sila jangan merokok.”
Ayat Seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas,dan sebagainya seperti dalam ayat:
1. Ayah!
2. Oh, Tuhanku!
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
138
KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan: Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH BETUL
1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? 2. Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal
di Relang atau Jelai.
3. Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. 4. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. 5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya
tak mampu.
1a) 1a. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pu Pulau Langkawi? 2a) 2a. Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai. 3a) 3a. Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. 4a) 4a. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan. 5a) 5a. Jangankan membeli kereta, Membeli motosikal pun saya tak mampu.
2. Ayat Pancangan: Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialahdua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
a) Kereta Pak Leh itu terbabas.
b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut: i. Keluarga Mak Piah miskin ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH BETUL
1. Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. 2. Bangunan itu yang tinggi Menara Kembar Petronas.
1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. 2a) Bangunan yang tinggi itu Menara Kembar Petronas.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
139
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH BETUL
1. Kami berdoa kamu berjaya.
2. Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.
1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.
2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.
3. Ayat Tergantung: Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang.
Contoh: Budak itu / menangis. Farhana / guru Bahasa Melayu.
Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan predikat di hadapan. Contoh:
Contoh: Tinggi / bangunan itu.
Siapakah / gadis itu.
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantung. Teliti contoh-contoh ayat di bawah:
1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)
1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)
2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)
2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)
3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)
3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)
4. Banyak pelajar lulus dengan baiknya. (S)
4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baiknya. (B)
5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)
5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)
6. Dia yang datang kelmarin. (S)
6a. Dialah yang datang kelmarin. (B)
7. Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. (S)
7a. Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. (B)
8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)
8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)
9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)
9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)
10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)
10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
140
Kemahiran Tatabahasa LATIHAN KATA ADJEKTIF BERDASARKAN SLOT PEMBENTANGAN Pasukan Harimau Malaya semakin hebat. Pada tahun 2011 yang lalu, pasukan yang dianggotai oleh pemain muda negara ini telah memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea yang ke-24. Pasukan yang memakai jersi merah dan biru ini menjadi kebangaan negara. Rakyat Malaysia bangga akan kejayaan pasukan tersebut yang menewaskan pasukan Indonesia. Pasukan negara menang bukan kerana bola tersebut bulat. Pasukan Malaysia menang kerana pemain negara lincah dan tangkas. Walaupun pasukan lawan mendapat jaringan awal, pasukan negara tetap dapat menewaskan mereka. Kemenangan yang dicapai ini membawa kenangan manis kepada semua pemain negara. Berita tentang kejayaan pasukan negara ini telah mendapat liputan yang luas oleh media tempatan. Walaupun jauh dari tempat tinggal, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia tetap berkunjung ke Stadium Bung Karno untuk memberikan sokongan.
1. Menggarisi kata-kata adjektif dalam petikan.
2. Mengkategorikan kata adjektif yang digarisi.
3. Bina satu peta pemikiran untuk mengkategorikan kata adjektif.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
141
KEMAHIRAN BERBAHASA Latihan Simpulan Bahasa Berdasarkan Slot Pembentangan Dengar lagu „Ayam‟ dan lengkapkan lirik lagu tersebut :
Lirik Lagu Ayam - Jalil Hamid Ayam bermacam ayam ada ayam kampung ayam hutan ayam siam ayam turki ayam belanda macam-macam perihal ayam ................................................................. sabung ayam nasi ayam telur ayam ayam hutan boleh terebang ayam kampung dalamlah reban ayam bandar di dalam pasar kadang-kadang ada harga naik harga turun harga korus: ibu si ibu ayam ........................................................ hooo...oh ........................... telur dieram anak sereban kata bidalan ber................................... kalau makan ...................................... kalau nak tidur ........................................ kalau tak nampak itu ............................... makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam.. makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam makan kaki ayam ........................................... makan ............................ sakit gigi siang malam (ulang korus) makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam.. makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam makan kepak ayam paha ayam dada ayam satu tak boleh jangan makan bulu ayam makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam.. makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam makan kepak ayam paha ayam dada ayam satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
142
“… adalah kudengar beberapa bangsa dalam dunia ini menjadi besar dan pandai sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti bahasanya
serta memeliharakan bahasanya. … Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu, maka bahasanya pun
besarlah…” - Abdulah Munsyi, Hikayat Abdulah
top related