sumbangan tamadun jepun dari aspek politik, agama dan pendidikan yang releven kepada malaysia
Post on 14-Apr-2018
443 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI ASPEK POLITIK, AGAMA DAN PENDIDIKAN YANG RELEVEN KEPADA MALAYSIA
1/2
NOTA KULIAH : SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI ASPEK POLITIK, AGAMA
DAN PENDIDIKAN YANG RELEVEN KEPADA MALAYSIA
SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI ASPEK POLITIK
SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI ASPEK AGAMA
SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI ASPEK PENDIDIKAN
Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji iaitu
menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden
Sehubungan dengan itu, beratus-ratus penuntut Jepun dihantar ke luar negeri mempelajari
Sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat.
Pakar-pakar, golongan professional dan pakar teknologi barat telah digaji untuk mengajar
pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun.
Sekolah-sekolah telah dibina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat
terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan pendidikan adalah kunci
kecemerlangan. Walaupun begitu, mereka masih perlu membayar yuran pengajian untuk
anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka
(peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan
melalui anak-anak mereka, demi masa depan mereka. Dengan membina sekolah juga,
mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun.
Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan
sistem pendidikan.
Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap
bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah
rendah.
Menjelang tahun 1880, terdapat lebih kurang 28 000 buah sekolah rendah dengan jumlah
murid hamper dua juta orang Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6
tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan.
Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah ditetapkan kepada 8 tahun dan
sekolah menengah selama 4 tahun.
wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan,
pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan.
Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini merupakan
pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan
-
7/30/2019 SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI ASPEK POLITIK, AGAMA DAN PENDIDIKAN YANG RELEVEN KEPADA MALAYSIA
2/2
dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga
pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat
terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan
barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze.
Menjelang tahun 1910, beberapa buah university diraja ditubuhkan di Sapporo, Kyoto dan
Fukuoka.
Pendaftaran sekolah rendah 6.3 juta
7239 buah university ditubuhkan
1890 - Perintah Diraja mengenai pelajaran dikeluarkan ; kepatuhan dan penghormatan
kepada Maharaja diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi di
Jepun
Pendidikan moden wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta
pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun-tahun seterusnya. Sistem ini diubah selepas Perang
Dunia Kedua iaitu mengikut sistem pendidikan yang berasaskan sistem Amerika Syarikat.
SISTEM PENDIDIKAN JEPUN YANG BERASASKAN SISTEM AMERIKA SYARIKAT
Pendidikan wajib 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah menengah rendah
Pendidikan tidak wajib 3 tahun sekolah menengah tinggi, 4 tahun pengajian ijazah
pertama dan pengajian lepas ijazah
Universiti di Jepun 2 tahun pertama pengajian am, 2 tahun akhir pengajian khusus
Undang-undang, pengurusan dan kursus sepertinya diajar di peringkat ijazah dan bukan di
sekolah lepas ijazah
Siswazah kursus ijazah pertama meninggalkan universiti dan mencari kerja (kakitangan
kerajaan, pekerja syarikat, guru sekolah)
Kursus lepas ijazah - Mereka yang ingin menjadi ahli akademik, guru dan sebagainya ;
kursus Sarjana dan kursus Kedoktoran (tesis)
Sekolah persediaan khas calon yang gagal dlm percubaan pertama untuk memasuki
universiti pilihan ; 1-2 tahun sehingga lulus peperiksaan
Mempelajari Sains dan Teknologi serta pendidikan saintifik Jepun lebih maju
Buku teks memenuhi keperluan semasa, kurikulum dikemaskinikan.
1956 Suruhanjaya Tenaga Atom ditubuhkan penyelidikan, pembangunandan
penggunaan tenaga nuklear setelah hampir dua dekad, dasar penggunaan tenaga nuklear
secara aman
top related