artikel review

17
SGD5013: Schools and Society Jennifer M. Hogansen, Kristin Powers, Sarah Geenen, Eleanor Gil- Kashiwasara & Laurie Powers. 2008. Transition Goals and Experiences of Female With Disabilities: Youth, Parents, and Professionals. Council of Exceptional Children, 74 (2) : 215 – 234 PENDAHULUAN Kerjaya untuk orang kelainan upaya (OKU) merupakan persoalan lazim yang sering bermain di minda mereka yang berkeperluan khas, ibu bapa, keluarga dan guru-guru mereka. Dalam tempoh sepuluh tahun ini, potensi pendidikan khas semakin diberikan perhatian. Banyak peluang pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang didiagnosis sebagai berkeperluan khas. Sekolah pendidikan khas, sekolah integrasi (program pendidikan khas dalam sekolah aliran perdana) dan kelas inklusif (pelajar berkeperluan khas berada di kelas normal tetapi pada masa yang lain berada di kelas khas) semakin banyak dibuka di seluruh negara. Ini merupakan petunjuk penting komitmen kerajaan dalam mengurangkan diskriminasi terhadap golongan kurang upaya. Pelajar-pelajar berkeperluan khas layak mengikuti persekolahan dari umur 6 tahun hingga 13 tahun untuk sekolah rendah dan 13 tahun hingga 19 tahun untuk sekolah menengah. Namun begitu, persoalannya ialah ke mana arah tuju golongan ini selepas tamat belajar di sekolah? Di Malaysia, hanya segelintir pelajar Jaslin Binti Jamaludin 1 S 808961

Upload: jaskapur

Post on 08-Dec-2015

6 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Artikel Review untuk tugasan UUM

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

Jennifer M. Hogansen, Kristin Powers, Sarah Geenen, Eleanor Gil-Kashiwasara & Laurie

Powers. 2008. Transition Goals and Experiences of Female With Disabilities: Youth, Parents,

and Professionals. Council of Exceptional Children, 74 (2) : 215 – 234

PENDAHULUAN

Kerjaya untuk orang kelainan upaya (OKU) merupakan persoalan lazim yang sering bermain di

minda mereka yang berkeperluan khas, ibu bapa, keluarga dan guru-guru mereka. Dalam tempoh

sepuluh tahun ini, potensi pendidikan khas semakin diberikan perhatian. Banyak peluang

pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang didiagnosis sebagai berkeperluan khas.

Sekolah pendidikan khas, sekolah integrasi (program pendidikan khas dalam sekolah aliran

perdana) dan kelas inklusif (pelajar berkeperluan khas berada di kelas normal tetapi pada masa

yang lain berada di kelas khas) semakin banyak dibuka di seluruh negara. Ini merupakan

petunjuk penting komitmen kerajaan dalam mengurangkan diskriminasi terhadap golongan

kurang upaya.

Pelajar-pelajar berkeperluan khas layak mengikuti persekolahan dari umur 6 tahun hingga

13 tahun untuk sekolah rendah dan 13 tahun hingga 19 tahun untuk sekolah menengah. Namun

begitu, persoalannya ialah ke mana arah tuju golongan ini selepas tamat belajar di sekolah? Di

Malaysia, hanya segelintir pelajar berkeperluan khas yang layak mengikuti pembelajaran ijazah

sarjana muda. Pelajar-pelajar yang tidak layak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih

tinggi perlu mencari pekerjaan untuk menyara diri mereka. Namun, penerimaan masyarakat

terhadap golongan ini banyak dipengaruhi stigma negatif yang menjadi penghalang kepada

golongan kelainan upaya ini untuk menceburi diri dalam alam pekerjaan.

Artikel yang menjadi pilihan untuk ulasan ini berkisar tentang transisi matlamat dan

pengalaman golongan remaja wanita yang kurang upaya. Kajian terhadap golongan remaja

wanita yang kurang upaya ini mengambil kira pendapat ibu bapa, golongan profesional dan

wanita-wanita yang kurang upaya itu sendiri. Apabila peluang remaja wanita ini untuk bekerja

Jaslin Binti Jamaludin 1S 808961

Page 2: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

dinafikan, maka wujud matlamat transisi dan pengalaman transisi yang berbeza antara remaja

wanita kurang upaya ini. Apa yang menarik tentang artikel ini ialah bukan diskriminasi

pekerjaan terhadap golongan kurang upaya tetapi diskriminasi terhadap peluang pekerjaan

golongan remaja wanita yang berkeperluan khas. Diskriminasi terhadap faktor jantina dalam

alam pekerjaan menimbulkan persoalan mengapa perkara ini berlaku. Oleh yang demikian,

artikel ini dipilih kerana faktor jantina yang menjadi tema kajian ditambah dengan elemen

golongan kurang upaya yang dibincangkan serta penglibatan komuniti seperti kumpulan

profesional, ibu bapa dan remaja perempuan.

TUJUAN KAJIAN BERDASARKAN ARTIKEL

Sejak tahun 1994, banyak perubahan yang berlaku terhadap proses transisi alam persekolahan

kepada alam pekerjaan di Amerika Syarikat. Banyak program yang dilaksanakan untuk

membantu golongan berkeperluan khas memperolehi pendapatan sendiri selepas tamat

pengajian. Bagi membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas memperolehi pekerjaan selepas

tamat sekolah, kerajaan telah meningkatkan usaha menambahbaik kemahiran vokasional di

sekolah supaya para pelajar mengaplikasikan latihan yang diterima di sekolah dalam sektor

pekerjaan mereka. Perbandingan yang dibuat oleh National Longitudinal Transition Studies

(NLTS) antara tahun 1987 hingga 2001 menunjukkan perubahan yang progresif terhadap

pekerjaan yang diceburi oleh golongan kurang upaya. Lebih banyak golongan kurang upaya

yang diambil bekerja oleh majikan dan dibayar gaji lebih daripada gaji minima. Namun begitu,

peluang pekerjaan terhadap remaja lelaki kurang upaya dengan remaja perempuan kurang upaya

adalah berbeza. Oleh kerana remaja wanita yang kurang upaya tidak banyak diberikan peluang

bekerja, maka matlamat dan pengalaman transisi mereka adalah berbeza. Artikel ini ditulis

bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan matlamat dan

pengalaman transisi remaja wanita yang kurang upaya ini. Kajian artikel ini juga bertujuan

mengenalpasti sumber sokongan dan halangan tehadap kejayaan transisi remaja.

Jaslin Binti Jamaludin 2S 808961

Page 3: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

TEMA UTAMA KAJIAN

Tema utama kajian artikel yang dipilih ini ialah matlamat dan pengalaman transisi golongan

remaja wanita kurang upaya. Golongan ini dinafikan hak bekerja mereka kerana stigma

masyarakat yang menganggap golongan ini tidak mampu bekerja dengan baik berbanding remaja

lelaki yang kurang upaya. Golongan wanita pada pandangan masyarakat hanya boleh bekerja

sebagai pembantu rumah atau penjaga bayi. Oleh yang demikian, sektor pekerjaan yang boleh

diisi oleh remaja wanita kurang upaya adalah terhad dan ini menimbulkan masalah kepada

mereka untuk mencari pendapatan sendiri. Selain pekerjaan, pengaruh role models, guru-guru

dan rakan sebaya juga mempengaruhi remaja wanita yang kurang upaya dalam menentukan

matlamat transisi mereka.

IDEA BARU BERDASARKAN ARTIKEL

Di Malaysia, sokongan daripada masyarakat luar amat kurang terhadap golongan kurang upaya.

Tiada bantuan dan sokongan yang jitu daripada komuniti untuk membolehkan golongan kurang

upaya merancang proses transisi mereka. Sokongan hanya diperoleh daripada ibu bapa dan

segelintir guru yang prihatin. Situasi ini berbeza dengan komuniti negara-negara luar terutama di

Amerika Syarikat yang sangat membantu golongan kurang upaya menjalani proses transisi

mereka selain membantu merancang matlamat transisi golongan kurang upaya. Perbezaan yang

ketara dalam aspek pemikiran masyarakat di Malaysia perlu diubah bagi menjayakan proses

transisi golongan kurang upaya selepas mereka tamat pembelajaran di sekolah.

KEPENTINGAN IDEA INI DITERBITKAN

Peranan golongan kurang upaya di negara ini masih dipandang sepi oleh kebanyakan orang.

Walaupun banyak kelas pendidikan khas dibuka di Malaysia, namun penerimaan masyarakat

terhadap golongan ini masih kurang. Menurut David Thomson & Honor Woods (2003), terdapat

dua faktor yang dilihat sebelum masyarakat membenarkan golongan kurang keupayaan ini

bekerja iaitu faktor kesihatan dan sosial. Ramai ahli masyarakat yang tidak yakin dengan

golongan ini kerana masalah kesihatan mereka. Namun begitu, sebahagian ahli komuniti

Jaslin Binti Jamaludin 3S 808961

Page 4: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

berpendapat, golongan ini perlu dibela nasib mereka dan diberi peluang untuk bersosialisasi.

Oleh yang demikian, idea ini perlu diketengahkan bagi membuka minda masyarakat hari ini

tentang keperluan golongan kurang upaya diberi perhatian dan mereka juga berhak diberi

peluang pekerjaan mengikut kemampuan mereka. Proses transisi golongan kurang upaya perlu

dibantu oleh ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru, kumpulan profesional, majikan dan ahli

komuniti yang lain. Perancangan transisi yang tidak dirancang akan mempengaruhi corak

kehidupan golongan upaya dan mereka tidak tahu hala tuju yang perlu mereka ikuti. Peluang

pekerjaan kepada golongan ini perlu diberi supaya mereka tidak hanya bergantung kepada

keluarga.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan data kualitatif yang dikumpul daripada pelbagai maklumat melalui

temubual dan fokus kumpulan. Data yang diperolehi daripada pelbagai konteks diolah melalui

pelbagai perspektif. Data kajian dianalisis menggunakan program analisis kualitatif Ethnograph

v5.08.

a) Responden

Jumlah responden yang dipilih ialah 146 orang. Responden terdiri daripada remaja

perempuan yang kurang upaya (67 orang), ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak

perempuan yang kurang upaya (34 orang) dan kumpulan profesional pendidikan khas (45

orang). Setiap 3 jenis responden ini dibahagikan pula kepada beberapa kumpulan iaitu 11

kumpulan bagi remaja perempuan yang kurang upaya, 6 kumpulan ibu bapa/penjaga dan 7

kumpulan profesional pendidikan khas. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 hingga 8 ahli.

Bagi responden remaja perempuan yang kurang upaya, purata mereka adalah terdiri daripada

kurang upaya yang sederhana dan teruk. Seramai 39 responden remaja perempuan adalah

bermasalah pembelajaran, 6 orang bermasalah tingkah laku, 5 orang bermasalah intelektual,

3 orang ketidakupayaan fizikal/sensori, 12 orang termasuk dalam lain-lain kategori.

Responden remaja perempuan berumur antara 15 hingga 23 tahun. Bagi responden yang

mewakili ibu bapa pula, seramai 26 orang adalah ibu, 3 orang adalah bapa, 1 orang adalah

datuk manakala selebihnya ialah kategori penjaga (seperti ibu/bapa saudara dan saudara

Jaslin Binti Jamaludin 4S 808961

Page 5: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

angkat). Responden yang mewakili kumpulan profesional pendidikan khas pula terdiri

daripada 21 orang guru pendidikan khas, 9 orang pembantu pengurusan murid, 8 orang pakar

transisi, 4 orang psikologi sekolah, seorang kaunselor, seorang pentadbir sekolah dan seorang

bukan kakitangan sekolah. Pengalaman bekerja responden adalah antara 2 bulan hingga 24

tahun.

b) Keputusan asas yang diperoleh

Terdapat 3 tema yang diperolehi hasil analisis data yang didapati iaitu faktor yang

membentuk matlamat transisi, sumber sokongan atau halangan untuk proses transisi serta

pengaruh kepelbagaian budaya dan linguistik.

i) Matlamat transisi

Matlamat transisi remaja perempuan kurang upaya yang dikenal pasti melalui dapatan kajian

ialah kerjaya yang spesifik (seperti doktor, jururawat, kaunselor), pendidikan (menjadi

graduan, memperoleh biasiswa), hubungan kekeluargaan (berkahwin dan melahirkan anak),

ekonomi (wang simpanan, ada punca pendapatan dan menguruskan kewangan) dan matlamat

untuk berdikari. Terdapat juga responden yang mempunyai matlamat transisi yang pelbagai

seperti pergi ke kolej, dapat kerja, berkahwin dan memperoleh anak. Bagi ibubapa atau

penjaga pula, matlamat transisi mereka ialah seperti pendidikan, mempunyai keluarga sendiri

dan berdikari. Terdapat juga situasi yang bertentangan daripada matlamat transisi anak

perempuan mereka seperti tidak mahu anak mereka ke kolej dan tidak mahu anak mereka

melahirkan anak. Matlamat transisi bagi kumpulan profesional pula ialah golongan remaja

kurang upaya ini memberikan sumbangan mereka terhadap komuniti luar, mampu membuat

pilihan dalam kehidupan mereka, belajar kemahiran untuk pekerjaan dan mendapat ‘ijazah’

berdikari. Paling penting, kumpulan profesional mahu ibu bapa memberikan matlamat

transisi yang realistik terhadap anak-anak mereka.

ii) Faktor yang membentuk matlamat transisi

Beberapa faktor yang mempengaruhi matlamat transisi remaja perempuan berkeperluan khas

ialah mentor, rakan sebaya, keluarga, guru dan peluang yang didedahkan kepada mereka.

Mentor bermaksud mereka yang menjadi role model kepada remaja perempuan kurang upaya

Jaslin Binti Jamaludin 5S 808961

Page 6: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

ini sama ada ibu bapa, guru atau rakan sebaya. Misalnya, seorang responden ingin menjadi

seorang jururawat kerana katanya ibu dia seorang jururawat. Faktor keluarga juga

membentuk matlamat transisi remaja misalnya, seorang responden remaja perempuan tidak

mahu bekerja selepas tamat belajar. Ini kerana keluarganya tidak mahu anak perempuan

mereka yang berkeperluan khas itu keluar bersosial dan berinteraksi dengan dunia luar.

Faktor pendedahan peluang kepada remaja perempuan yang kurang upaya pula misalnya

ialah seperti peluang pekerjaan yang lebih banyak ditawarkan kepada golongan kurang upaya

lelaki berbanding wanita.

iii) Sumber sokongan dan halangan terhadap kejayaan transisi remaja

Terdapat beberapa cadangan responden untuk menjayakan proses transisi remaja perempuan

kurang upaya iaitu pendidikan khas, persepsi kendiri, pengalaman kerja, sokongan sosial,

kolaborasi, penentuan kendiri dan perhubungan atau ikatan. Dapatan kajian menunjukkan,

ramai responden remaja perempuan kurang upaya ini menyatakan kelas pendidikan khas

mereka tidak membantu dalam mencapai matlamat transisi mereka. Guru-guru hanya

menyediakan RPI (Rancangan Pendidikan Individu) tetapi langsung tidak bertanya kepada

mereka apa cita-cita dan impian mereka. Responden juga berpendapat, guru-guru adalah

orang yang bertanggungjawab mencipta persepsi bahawa golongan kurang upaya lelaki lebih

baik dalam pekerjaan. Ini kerana guru-guru lebih memberi perhatian kepada pelajar-pelajar

berkeperluan khas lelaki sahaja. Responden juga mencadangkan golongan remaja perempuan

yang kurang upaya diberikan lebih banyak peluang untuk bekerja. Ini kerana mereka sukar

untuk memperolehi pekerjaan kerana mereka kurang peluang latihan pekerjaan.

iv) Pengaruh perbezaan budaya dan linguistik

Dalam isu ini, diskriminasi terhadap remaja perempuan kurang upaya dipengaruhi faktor

latar belakang keluarga, perbezaan etnik atau kaum serta warna kulit. Di Amerika Syarikat,

faktor ini menjadi isu hangat yang menjadi faktor golongan ini disisihkan oleh masyarakat.

Perbezaan budaya dan bahasa di Amerika Syarikat sangat terkesan bagi mereka yang bukan

penduduk asal negara itu.

Jaslin Binti Jamaludin 6S 808961

Page 7: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

KEKUATAN ARTIKEL

Menurut pandangan saya, artikel ini memberi kesan yang kuat terhadap tarikan sokongan

komuniti luar kepada golongan kurang upaya. Artikel ini mendedahkan bahawa dalam komuniti

berkeperluan khas itu sendiri tercipta diskriminasi di antara mereka. Dalam usaha kerajaan

merapatkan jurang antara golongan normal dan golongan kurang upaya, namun komuniti kurang

upaya itu sendiri tidak membantu sesama mereka. Melalui kajian artikel ini, dapatan kajian

menunjukkan bahawa kelas pendidikan khas tidak menyediakan program akademik yang dapat

membantu pelajar memperolehi pekerjaan pada masa akan datang. Rancangan Pendidikan

Individu (RPI) merupakan satu dokumen yang dirancang dengan kerjasama guru dan ibu bapa

untuk memperbaiki kelemahan pelajar berdasarkan kekuatan yang dimiliki mereka. Namun

begitu, hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar tidak merasakan RPI membantu mereka

mendapat pekerjaan dan program akademik yang ditawarkan tidak berkaitan dengan sektor

pekerjaan yang akan diceburi mereka. Kekuatan artikel ini juga ialah mengajak golongan

kumpulan profesional dan ibu bapa berkolaborasi untuk merancang proses transisi remaja kurang

keupayaan supaya impian remaja-remaja ini dapat dipenuhi. Walaupun remaja-remaja ini tidak

berupaya memenuhi impian mereka tetapi setidak-tidaknya mereka tahu bahawa semua pihak

telah berusaha membantu mereka. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini sangat

bertepatan dengan tujuan kajian. Ini kerana penyelidik menggunakan kaedah temubual

berdasarkan fokus kumpulan atau perbincangan kumpulan. Kaedah ini dapat membantu

memperolehi maklumat dengan lebih tepat dan realistik kerana pelbagai pandangan ahli

kumpulan diperolehi.

KELEMAHAN KAJIAN

Kajian ini tidak menunjukkan banyak kelemahan. Bagi pandangan saya, hanya satu kelemahan

dalam kajian ini ialah tidak memasukkan majikan sebagai salah satu kumpulan dalam responden.

Ini kerana melalui perspektif majikan, kita boleh mengetahui apakah perkara yang mereka

pertimbangkan dan harapkan untuk menggajikan pekerja wanita yang kurang upaya dan adakah

mereka benar-benar melakukan ketidakadilan terhadap remaja perempuan kurang upaya

berbanding remaja lelaki yang kurang upaya. Golongan majikan adalah kumpulan yang sangat

Jaslin Binti Jamaludin 7S 808961

Page 8: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

penting dalam merealisasikan matlamat transisi remaja kurang upaya. Oleh yang demikian,

padangan dan maklumat daripada mereka sangat berguna untuk proses transisi remaja yang

dirancang.

RUMUSAN ARTIKEL

Pendekatan rancangan transisi untuk remaja kurang upaya terutama terhadap remaja perempuan

sangat diperlukan untuk menentukan kesan daripada halangan matlamat transisi mereka.

Halangan-halangan ini perlu ditempuhi oleh remaja perempuan yang kurang upaya, ibu bapa dan

guru-guru mereka. Kolaborasi antara ibu bapa dan guru-guru sangat diperlukan bagi

menggalakkan remaja perempuan yang kurang upaya ini menentukan impian dan matlamat

mereka, membina kemahiran yang dipelajari, meningkatkan keyakinan diri dan mampu berada

dalam ruang sosial yang tidak stereotaip. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pengaruh

perbezaan budaya dan linguistik terhadap remaja perempuan yang kurang upaya sangat nyata

dan jelas. Perbezaan budaya dan linguistik remaja kurang upaya ini menyebabkan mereka

diasingkan. Kesimpulannya ialah jantina, bangsa dan ketidakupayaan menjadi faktor segelintir

golongan didiskriminasikan.

Saya bersetuju dengan rumusan artikel ini kerana tiga elemen utama yang menjadi punca

diskriminasi dalam masyarakat hari ini ialah jantina, bangsa dan ketidakupayaan. Dalam sektor

pekerjaan di Malaysia lazimnya faktor-faktor ini menjadi jelas dan terkesan. Kerjaya guru

misalnya dipelopori oleh golongan wanita berbanding lelaki. Sektor perniagaan pula banyak

dikuasai kaum Cina berbanding kaum Melayu yang lebih banyak dalam sektor khidmat awam.

Faktor ketidakupayaan pula secara jelas menunjukkan golongan kurang upaya diberi peluang

yang sedikit dalam sektor pekerjaan. Ini dibuktikan dengan kuota 1% yang diberikan oleh

kerajaan kepada golongan kurang upaya dalam sektor awam. Manakala dalam sektor swasta

pula, perbincangan masih dijalankan oleh kerajaan dengan pihak swasta untuk memberikan

kuota 1% kepada golongan kurang upaya. Saya juga bersetuju dengan rumusan artikel tentang

kerjasama ibu bapa dan guru untuk menjayakan matlamat transisi remaja kurang upaya. Ini

kerana kedua-dua pihak ini sangat rapat dengan remaja dan hanya mereka sahaja yang tahu apa

Jaslin Binti Jamaludin 8S 808961

Page 9: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

yang terbaik untuk remaja berkenaan. Perbincangan dan pertukaran pendapat antara ibu bapa dan

guru-guru sangat memberika kesan yang mendalam terhadap aspek pembangunan diri remaja

kurang keupayaan.

PENUTUP (ULASAN SENDIRI)

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 memperuntukkan peluang pekerjaan iaitu kuota

1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang

Kurang Upaya bagi Sektor Swasta. Sayangnya, tiada sebarang akta yang digubal khas bagi

memastikan hak pekerja golongan OKU di Malaysia. Sekaligus menidakkan bidang kerja sosial

secara tidak langsung daripada pihak majikan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak

kerajaan untuk membantu golongan kurang upaya di negara ini seperti langkah Kementerian

Lembaga Hasil Dalam Negeri memberikan potongan cukai kepada majikan ke atas kos

pengubahsuaian tempat kerja bagi pekerja OKU adalah sebagai galakkan terhadap sektor swasta

untuk mengambil lebih ramai pekerja OKU. Pelepasan cukai berganda juga diberikan kepada

majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU.

Menurut WHO (World Health Organisation), 1-3% penduduk sesebuah negara terdiri daripada

golongan orang kurang upaya (OKU). Ini bermakna , Malaysia yang mempunyai penduduk

seramai 25 juta terdiri daripada 250 ,000 golongan orang kurang upaya. Jumlah orang kurang

upaya yang didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah kurang daripada

sasaran WHO .Ini adalah kerana ramai ibu-bapa yang tidak mendaftarkan anak-anak mereka

yang kurang upaya di JKM. Pada akhir tahun 1999, terdapat seramai 86,348 orang kurang upaya

yang didaftarkan di JKM.

Pada awal tahun 2001, bilangan orang kurang upaya yang berdaftar ialah 99 500 . Ia meningkat

lebih 10 000 orang dalam masa yang singkat. Sehingga tahun 2004, bilangan OKU yang

mendaftar ialah seramai 190,234 orang Bagi orang kurang upaya yang mendaftar sebagai pekerja

pula ialah sebanyak 150,617 orang pada tahun 2004.

Jaslin Binti Jamaludin 9S 808961

Page 10: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

Walaupun semakin banyak kelas pendidikan khas yang dibuka kepada pelajar-pelajar

berkeperluan khas, namun golongan kurang upaya yang diterima bekerja adalah sangat sedikit.

Lazimnya, pelajar-pelajar berkeperluan khas yang belajar di sekolah teknik dan vokasional

berpeluang mengaplikasikan kemahiran mereka di sektor pekerjaan mereka seperti membaiki

perabot, peralatan elektrik, membaiki motorsikal, mendobi dan kerja-kerja pembersihan. Namun

begitu, golongan kurang upaya ini tidak boleh terlalu memilih kerjaya yang mereka ingini kerana

peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka terhad (Zarina, 2003).

Sektor pekerjaan yang menawarkan pekerjaan kepada remaja perempuan kurang upaya juga

sangat terhad di Malaysia. Di Amerika, golongan ini diberi peluang menjadi pengasuh dan

pembantu rumah, namun di negara ini, remaja wanita yang kurang upaya tidak ditawarkan

pekerjaan seperti ini kerana majikan takut dan risau dengan keselamatan rumah dan anak-anak

mereka di bawah jagaan remaja perempuan yang kurang upaya. Seperti juga di Amerika

Syarikat, golongan kurang upaya yang mendaftar sebagai pekerja lebih banyak lelaki berbanding

wanita. Ini mungkin disebabkan kemahiran yang diperolehi semasa di sekolah lebih banyak

menjurus kepada kerjaya lelaki berbanding wanita. Faktor majikan juga menjadi sebab mengapa

situasi ini menjadi kritikal. Majikan lebih percaya terhadap kebolehan lelaki berbanding

perempuan (David Thomson & Honor Woods, 2003). Golongan perempuan dianggap lemah dan

kurang daya bersaing.

Dalam merancang matlamat transisi pelajar-pelajar kurang upaya, guru perlu mengenal pasti

potensi pelajar-pelajar mereka. Setelah mengenal pasti kekuatan pelajar, perbincangan bersama

ibu bapa perlu dilakukan supaya matlamat transisi pelajar tidak hanya berada di rumah selepas

tamat persekolahan. Pelajar-pelajar berkeperluan khas perlu diberikan peluang bekerja dan

memperolehi pendapatan sendiri supaya mereka mampu berdikari selepas kematian ibu dan bapa

mereka.

Jaslin Binti Jamaludin 10S 808961

Page 11: Artikel Review

SGD5013: Schools and Society

RUJUKAN

David Thomas & Honor Wood. 2003. Working With People With Learning Disabilities : Theory

and Practice. United Kingdom: Jessica Kingsley Publishers.

Jennifer M. Hogansen, Kristin Powers, Sarah Geenen, Eleanor Gil-Kashiwasara & Laurie

Powers. 2008. Transition Goals and Experiences of Female With Disabilities: Youth,

Parents, and Professionals. Council of Exceptional Children, 74 (2) : 215 – 234

Mohd. Rizal Mohd. Said & Rosmawati Sulaiman. Faktor-faktor Yang Mendorong Golongan

Kurang Upaya (OKU) Bekerja di Jaro (Johor Area Rehabilation Organisation). Skudai :

Universiti Teknologi Malaysia.

Zarina Mat Sapri. 2003. Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Pelajar-pelajar Pendidikan Khas

Aliran Teknik dan Vokasional: Satu Tinjauan. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn.

Jaslin Binti Jamaludin 11S 808961