assgmnt pem&msykt
DESCRIPTION
asgmntTRANSCRIPT
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
1.0 PENDAHULUAN
Penganjuran projek ini merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh
siswa-siswi yang mengikuti Modul Ko-Kurikulum Pembangunan Masyarakat
(VKMB 2041) dengan tujuan memperlengkapkan lagi kemahiran dan
pengetahuan kepada para pelajar. Perlaksanaan projek ini akan memberi
pengalaman baru kepada para pelajar dan ruang kepada para pelajar untuk
mengaplikasikan apa yang dipelajari pada sesi kuliah. Program ini juga
menuntut kepada kerjasama berkumpulan dalam melaksanakan tugasan yang
diagihkan kepada setiap ahli kumpulan.
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK
Projek pembangunan khidmat masyarakat ini diadakan di Surau Ar-Rahman,
Kg. Mangkaladoi, Tamparuli yang terletak kira-kira 15KM daripada Pekan
Tamparuli, Sabah. Berdasarkan kepada tinjauan dan temuramah bersama
penduduk Kampung Mangkaladoi, Tamparuli, Sabah pada 30 Januari 2013
bersamaan hari Rabu, adalah menjadi satu keperluan bahawa satu program
berbentuk khidmat masyarakat perlu diadakan di kampung tersebut. Ini
memandangkan penduduk kampung tersebut adalah terdiri daripada golongan
yang berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan untuk menambahbaik
dan mencantikkan surau yang sedia ada.
Fokus utama program yang akan diadakan kelak adalah tertumpu kepada
program membaikpulih surau lama dan kusam agar ia dapat digunakan dengan
lebih selesa oleh penduduk beragama Islam di samping dapat menambahkan
amal ibadah mereka. Sehubungan dengan itu, sebagai mahasiswa/mahasiswi
yang peka kepada keadaan seperti ini, maka kami amatlah berbesar hati
sekiranya dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.
210956 - 1 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
Kami juga sebagai mahasiswa/mahasiswi dengan ikhlas dan sukarelanya ingin
membantu untuk bekerjasama dengan masyarakat kampung bagi memperbaiki
surau tersebut dan kawasan persekitaran kampung mereka agar mereka lebih
selesa dan damai di tempat sendiri.
3.0 SINOPSIS PROGRAM “MAHASISWA PRIHATIN, MAHASISWA CEMERLANG”
Program “Mahasiswa Prihatin, Mahasiswa Cemerlang” ialah satu program
khidmat masyarakat yang dirancang khusus untuk Meningkatkan sikap prihatin
pelajar terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat, khususnya
penduduk kampung yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan, sekaligus
dapat membantu masyarakat kampung membaikpulih surau lama yang sedia ada.
Selain itu, Projek ini juga dapat memupuk sikap saling bantu membantu dan
berkerjasama antara satu sama yang lain melalui aktiviti gotong royong yang
diadakan. Melalui program ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim diantara Pemimpin tempatan, pelajar UUM dengan penduduk
kampung dan secara tidak langsung memperkenalkan UUM kepada penduduk.
Program ini juga antara lain adalah bertujuan untuk menghulurkan sumbangan
berbentuk buku yassin dan Al-quran kepada Surau untuk memudahkan
penduduk kampung mendalami lagi ilmu mengenai islam.
Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.Antara
pengisian utama projek ini ialah membaikpulih surau, menceriakan surau dan
membersihkan kawasan surau. Walaupun terdapat kekangan masa tetapi
segala projek yang dirancang dapat disiapkan mengikuti masa yang ditetapkan,
ini kerana semua pelajar UUM dan Penduduk Kg. Mangkaladoi, Tamparuli
memberi kerjasama sepenuhnya.
210956 - 2 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
3.1 MATLAMAT PROGRAM MAHASISWA PRIHATIN, MAHASISWA CEMERLANG
3.1.1 Matlamat Umum
3.1.1.1 Menanam sifat suka membaca buku keagamaan di
kalangan penduduk kampung.
3.1.1.2 Mengeratkkan silaturrahim antara pelajar dan
penduduk kampung.
3.1.1.3 Melahirkan penduduk yang mempunyai ilmu untuk
bekalan di dunia dan akhirat.
3.1.2 Matlamat Pelaksanaan
Dalam projek tersebut penduduk akan:
3.1.2.1 Menjadikan surau sebagai tempat untuk menambah
amal ibadah.
3.1.2.2 Menggunakan surau tersebut untuk sembahyang
berjemaah.
3.1.2.3 Menggunakan surau untuk mengadakan aktiviti-
aktiviti berbentuk keagamaan.
3.1.3 Matlamat Ekonomi
Daripada projek tersebut penduduk akan:
3.1.3.1 Menggunakan Kitab Al-Quran dan Buku Yasin
yang disumbangkan oleh pelajar UUM sebaiknya.
3.1.3.2 Menambah ilmu agama dengan adanya buku dan
Al-quran yang diberikan.
3.1.3.3 Mengisi masa lapang yang berfaedah dengan
membaca Al-Quran dan yasin.
210956 - 3 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
3.2 OBJEKTIF PROGRAM
Antara Objektif Program Khidmat Masyarakat diadakan adalah untuk;
i. Memberi sumbangan Al-quran dan buku yassin kepada Surau Ar-
Rahman Kg. Mangkaladoi, Tamparuli , Sabah.
ii. Membantu masyarakat kampung membaikpulih surau lama yang sedia
ada.
iii. Meningkatkan kesedaran kepada para peserta betapa pentingnya
memberikan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.
iv. Memupuk sikap saling bantu membantu dan berkerjasama antara satu
sama yang lain.
v. Memperkenalkan UUM kepada masyarakat setempat.
vi. Meningkatkan sikap prihatin pelajar terhadap masalah yang dihadapi
oleh masyarakat setempat, khususnya penduduk kampung.
vii. Membantu penduduk kampung dengan mencantikkan kawasan surau
agar mereka dapat menjalankan ibadat dengan lebih selesa.
viii. Dapat berbakti kepada masyarakat setempat disamping mengeratkan
hubungan silaturahim diantara Pelajar Pusat Luar Kampus (PLK),
UUM, Kampus Kota Kinabalu, Pensyarah dengan penduduk tempatan
3.3 TARIKH, MASA, TEMPAT DAN BILANGAN PESERTA
Tarikh : 10 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Surau Ar-Rahman Kg. Mangkaladoi, Tamparuli
Bil. Peserta program : 27 pelajar PLK UUM
30 penduduk Kg. Mangkaladoi, Tamparuli
210956 - 4 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
4.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Seramai 27 orang pelajar semester Keempat sesi Januari 2013 telah
berkerjasama menggembleng tenaga dan idea bagi menjayakan Program
Mahasiswa Prihatin, Mahasiswa Cemerlang. Pada program ini, sebuah jawatan
kuasa telah dibentuk bagi mengenalpasti agihan tugas dan melancarkan
perlaksanaan sesuatu tugas yang diberikan. Senarai jawatan kuasa yang
dilantik adalah seperti berikut :
Bil. Jawatan Nama Pelajar
1 Pengerusi Projek Pn. Marlina Binti Amat
2 Timb. Pengerusi Projek En. Zabidi Bin Spawi
3 Setiausaha Pn. Wan Nurhalena Binti Wan Nawang
4. Tim. Setiausaha Cik Suhanah Binti Muslin
5. Bendahari Cik Olivia Paul
Ahli Jawatan kuasa kecil:
Bil. Nama Pelajar
Ajk Protokol & Tugas Khas
1. En. Kumaran A/L Raman
2. En. Awang Hazaman bin Ag Hashim
3. Cik Nor Zilah binti Rente
4. Pn. Siti Nurul Jannah binti Roslan
Ajk Keselamatan
1. En. Norisham bin Misoh
210956 - 5 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
3. Cik Norsilah binti Abdul Jalil
Ajk Cenderamata
1. Pn. Shazura binti Samat
2. Pn. Salina Ibrahim Chee
3. Cik Lim Yeeu Khim
Ajk Jamuan
1. Pn. Junaidah binti Ajumarih
2. Pn. Atikah binti Ahmad Dipong
3. Pn. Munirah binti Ahmad
4. Pn. Rahmah binti Abd Raman
Ajk Logistik & Peralatan
1. En. Albert Philipus
2. En. Jun Silver Anak Pemiak
3. En. Zek Zaki
4. Pn. Rosminah binti Sairnika
5. Pn. Siti Rohana binti Ahmad @ Miji
6. Pn. Arvidah binti Asli
Juruaudit
1. Cik Dg. Arsyikin binti Abd Rahman
2. Cik Tina Anak Bujang
210956 - 6 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program ini adalah berpandukan kepada Pelan Perlaksanaan atau
“Gantt Chart” yang telah dibangunkan pada peringkat awal perancangan
penganjuran. Pelan pelaksanaan ini dibangunkan adalah bertujuan untuk
menyusun strategik, perancangan dan mengenalpasti tempoh masa yang
diperuntukan bagi sesuatu tugasan sebelum hari penganjuran program. Pelan
perlaksanaan adalah seperti dilampiran II.
5.1 BILANGAN PENYERTAAN
Penganjuran program pada kali ini melibatkan seramai 30 orang yang
terdiri daripada penduduk Kg. Mangkaladoi, Tamparuli. Jumlah pelajar
yang terlibat adalah seramai 27 orang yang terdiri daripada para pelajar
semester ke-4 bagi modul VKMB 2041 subjek Pembangunan
Masyarakat IV.
5.2 DIF YANG HADIR
Semasa perasmian dan penutupan program berlangsung, Pemilik
Tanah Wakaf ( Surau ) dan keluarga, Pengerusi Surau Ar- Rahman
Kg. Mangkaladoi, Tamparuli serta penduduk kampung.
5.3 DIF PERASMI
Perasmian program telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan,
JHEINS Tamparuli, Ustaz Suffian Kundu.
210956 - 7 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
5.4 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Pada 10 Mac 2013 semua Mahasiswa/siswi berkumpul di Rumah
Terbalik, Tuaran seawal jam 7.00 pagi. Program ini bermula dengan sesi
suai kenal antara Mahasiswa/siswi dengan penduduk kampung
Mangkaladoi, Tamparuli.
Sesi suaikenal bersama penduduk kampung
Pelajar UUM sedang mengecat dalam surau
210956 - 8 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Surau
Pelajar UUM sedang mengecat bahagian luar surau
210956 - 9 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
Gambar surau Ar- Rahman sebelum dibaikpulih
Gambar surau Ar- Rahman selepas dibaikpulih
Ucapan perasmian oleh Ustaz Suffian Kundu
210956 - 10 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
Pegawai JHEINS Daerah Tamparuli, Ustaz Suffian Kundu
menandatangani simbolik perasmian program Mahasiswa
Prihatin, Mahasiswa Cemerlang.
Ustaz Suffian Kundu meletakkan simbolik perasmian
di dinding surau Kg. Mangkaladoi, Tamparuli
210956 - 11 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
Acara jamuan
Pelajar UUM bergambar bersama dengan penduduk
Kg. Mangkaladoi, Tamparuli.
210956 - 12 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
5.5 LAPORAN KEWANGAN
Bil Pendapatan dan perbelanjaan Masuk (RM)
Keluar (RM)
Baki (RM)
1 Pendapatan
1. Sumbangan Ahli
(RM100.00 x 25 Orang) 2,500.
00
2. Baki Akaun Semester 2
1,942.00
3. Sumbangan dari orang
Perseorangan dan Organisasi :
- PEKEMA 2,000.
00
- Kumaran 205.00
- Marlina 126.
00
- Olivia Paul 150.
00
- PERKEP100.00
- Kim Y.K 70.0
0
Jumlah Pendapatan 7,093.00 7,093.00
2 Perbelanjaan
1. Makan & Minum
- 60 orang x RM 18.00 1080
.00
- Mineral/Minuman Tin 86.50
2. Promosi
- Banner 250.
00
3. Peralatan
- Kain Langsir
170.
00
- Buku
272.
00
210956 - 13 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
- Rak buku ( 2 buah x RM150.00)
220.
90
- Peralatan
234.
00
- Alat Pencuci
- Peralatan cat/cermin
88.00
448.00
4. Cenderahati
-Perasmi 60.00
219.20
-Kayu perasmi
5. Lain-lain kos 200.00
-Sewa Khemah
896.00
-Baju T-Shirt
-Sewa P.A System 300.00
Jumlah Perbelanjaan 4,524.60 2,568.40
*Baki duit - RM2,568.40
Tunai - RM 568.40
Bank - RM 2000.00
* Baki ini akan di simpan di dalam akaun Biro Kebajikan Pelajar UUM BPM.
6.0 PENILAIAN KESELURUHAN
210956 - 14 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
6.1 Faedah kepada penduduk kampung
Penduduk kampung yang terlibat dalam program ini dilihat berjaya
melaksanakan gotong royong membaikpulih dan mencantikkan surau Ar-
Rahman dengan jayanya. Sepanjang program berjalan, penduduk kampung
dilihat memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan
program tersebut.
Disamping itu, penduduk juga dapat berkenalan dan beramah mesra dengan
para pelajar UUM cawangan Kota Kinabalu. Selain itu, mereka juga
didedahkan serba sedikit tentang UUM.
6.2 Faedah kepada Mahasiswa/siswi UUM
Hasil daripada penganjuran program ini para ahli kumpulan memperolehi
pengalaman yang jelas tentang bagaimana sesuatu program khidmat
masyarakat dikendalikan. Para ahli kumpulan dapat mengaplikasikan ilmu
yang dipelajari semasa sesi kuliah kepada situasi sebenar. Pengalaman ini
amat berguna kepada ahli kumpulan dalam meningkatkan keyakinan diri
apabila berurusan dengan masyarakat. Program ini juga memberikan
pengajaran dan keinsafan kepada semua ahli kumpulan tentang hakikat
kehidupan sebahagian masyarakat yang serba kekurangan dan memerlukan
perhatian serta dorongan daripada masyarakat sekeliling. Ahli kumpulan
Mahasiswa Prihatin, Mahasiswa Cemerlang juga amat berbangga kerana
diberi peluang untuk mencurahkan bakti dan mengeratkan silaturrahim dengan
penduduk Kampung Mangkaladoi, Tamparuli.
7.0 KEKUATAN DAN KEKANGAN PROGRAM
210956 - 15 -
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
Kekuatan kumpulan Mahasiswa Prihatin, Mahasiswa Cemerlang adalah
kerjasama berkumpulan dan persefahaman yang dimiliki oleh setiap ahli
apabila melaksanakan sesuatu tugasan yang dipertanggungjawabkan. Setiap
keputusan dicapai melalui perbincangan dan pandangan daripada ahli
kumpulan. Ahli kumpulan juga amat bermotivasi dan berdedikasi semasa
melaksanakan tugas yang telah diagihkan. Segala cabaran dan masalah dapat
ditangani dengan mudah apabila percambahan idea dan pengembelingan usaha
bersama itu wujud dari ahli kumpulan.
Manakala kekangan yang wujud pada penganjuran program kali ini ialah dari
sudut masa yang terhad. Penganjuran program ini dilaksanakan pada 10 Mac
2013 bersamaan hari ahad.
8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang
dirancang. Semua pelajar dan penduduk kampung Mangkaladoi telah
memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan program tersebut.
Selain daripada itu, program ini juga telah meninggalkan kesan yang
mendalam bukan sahaja kepada penduduk kampung bahkan juga kepada ahli
kumpulan Mahasiswa Prihatin, Mahasiswa Cemerlang. Di samping itu, ia juga
telah mewujudkan ikatan silaturrahim yang erat antara satu sama lain.
210956 - 16 -