assigment pedagogi.docx

33
PEDAGOGI EDM2203 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 1.1 Bahan Set Induksi 2 2.0 Rancangan Pengajaran Harian 4-11 3.0 Model, Pendekatan, Strategi dan Kaedah. 12 3.1 Set Induksi 13 3.2 Langkah Pertama 14 3.3 Langkah kedua 14 3.4 Langkah ketiga 15 3.5 Langkah keempat 16 3.6 Penutup 16 4.0 Implikasi model pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian 4.1 Model Pemprosesan Maklumat 17 4.1.1 Kebaikan 18 4.1.2 Kelemahan 19 4.2 Model Sosial 19 4.2.1 Kebaikan 20 4.2.2 Kelemahan 20 4.3 Model Behaviour 21 4.3.1 Kebaikan 21 4.3.2 Kelemahan 21 5.0 Refleksi Kendiri 22 6.0 Rujukan 25 1

Upload: wawa81

Post on 15-Nov-2015

297 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

pedagogi edm2203

pedagogi edm2203

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1.0 Pengenalan11.1 Bahan Set Induksi22.0 Rancangan Pengajaran Harian4-113.0 Model, Pendekatan, Strategi dan Kaedah.123.1 Set Induksi133.2 Langkah Pertama143.3 Langkah kedua143.4 Langkah ketiga153.5 Langkah keempat163.6 Penutup16

4.0 Implikasi model pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian 4.1Model Pemprosesan Maklumat174.1.1 Kebaikan184.1.2 Kelemahan194.2 Model Sosial194.2.1 Kebaikan204.2.2 Kelemahan204.3 Model Behaviour214.3.1 Kebaikan 214.3.2 Kelemahan21

5.0 Refleksi Kendiri226.0 Rujukan25

1.0 PENGENALAN

Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segalanya. MuridGuru

Rajah 1

Apabila pengajaran seperti rajah 1 sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif manakala murid menerima secara pasif tidak terdapat interaksi antara guru dan muridnya maka sukar untuk menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya. Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu. Pengajaran lebih disifatkan satu proses dengan dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan. Menurut Mok Soon Sang 2010 dalam buku Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar menyatakan setiap model pengajaran mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu proses pengajarannya.

Model pengajaran yang digunakan oleh setiap ahli kumpulan berbeza-beza antara satu sama lain. Model pengajaran mempunyai banyak fungsi antaranya ialah untuk memberi panduan kepada guru dalam merancang aktiviti untuk pembelajaran yang berkesan.

1.1Bahan Set Induksi

Bahan yang saya pilih dalam set induksi ini bagi memulakan sesuatu pelajaran adalah menggunakan video dimana murid-murid akan melihat dan berfikir apa yang ingin disampaikan dan kaitan dengan kehidupan murid-murid. Tema yang dipilih adalah kenderaan darat. Tajuk Rancangan Pengajaran Harian ialah kereta kesayangan saya. Penggunaan teknologi maklumat dak komunikasi ICT dalam pengajaran merupakan cabaran yang perlu dilalui untuk memenuhi tuntutan guru pada abad ke 21 sepertimana yang dinyatakan dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 anjakan yang ke 7 iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

2.0 Model, Pendekatan, Kaedah, Strategi dan Kaedah yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian.PENDEKATAN

ModelSTRATEGI

KAEDAH DAN TEKNIK

RAJAH 2

Dalam melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian guru perlu melihat perhubungan antara model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik sepertimana Rajah 2. Pemahaman yang jelas tentang prinsip-prinsip asas pembelajaran dan pengajaran mengenai bagaimana sesuatu pelajaran dijalankan. Menurut Syed Ismail dalam buku Budaya dan Pembelajaran menyatakan bahawa pembelajaran berkesan wujud apabila pengajaran distrukturkan dengan teratur dan pilihan aktiviti-aktiviti pembelajaran dapat merangsangkan perlakuan murid-murid. Saya memilih Model Pemprosesan Maklumat dalam rancangan pengajaran harian untuk memilih dan menstruktur strategi pengajaran, kaedah, kemahiran dan aktiviti-aktiviti murid-murid untuk tunjang perkembangan fizikal dan estetika dan turut digabungjalin untuk tunjang sains dan matematik. Oleh itu saya telah memilih Model Pemprosesan Maklumat untuk merancang rancangan pengajaran harian saya. Menurut Mok Song Sang. (2010).Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar iaitu model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan

persekitaran pembelajaran murid. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran berkesan. Tambahan pula model pengajaran merupakan panduan kepada guru untuk merancang persediaan mengajar yang lengkap dan mengikut tatacara sistematik sebagai rujukan semasa mengajar. Manakala pendekatan cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana sesuatu matapelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Menurut Noriati A. Rasyid et al dalam buku Murid dan Alam Belajar kaedah pengajaran ialah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif sesuatu objektif pelajaran. Oleh itu guru perlu perlu ada kemahiran penyampaian bahan dengan teknik pengajaran yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran.

3.1Set Induksi

Set induksi merupakan permulaan sesuatu pengajaran untuk mewujudkan dan mengekalkan minat dan motivasi murid-murid disamping berkaitan apa yang diketahui oleh murid. Saya menggunakan teknologi maklumat untuk menarik perhatian murid-murid dengan animasi dan kartun gemaran murid-murid iaitu Upin dan Ipin. Model yang digunakan dalam set induksi ini ialah model pemprosesan maklumat dimana tayangan video untuk murid-murid mencari dan menyusun maklumat tentang konsep apa yang akan dipelajari pada hari tersebut. Pendekatan yang digunakan pula ialah lebih kepada pendekatan tematik dimana tema yang digunakan adalah kenderaan dan berkaitan dengan pengalaman hidup dan minat murid-murid iaitu untuk menghasilkan kereta dari kotak terbuang. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan bahan dimana murid-murid akan menumpukan perhatian kepada bahan iaitu video berkaitan untuk murid-murid berfikir apa yang akan dipelajari hari ini. Kaedah yang digunakan adalah melalui teknik soal jawab untuk melihat pengetahuan sediada murid-murid seterusnya membuat perkaitan dengan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Oleh itu guru mestilah mempunyai kemahiran penyoalan untuk pembelajaran yang berkesan.

3.2Langkah pertama

Dalam langkah pertama jelas menunjukkan model yang digunakan ialah model pemprosesan maklumat dimana murid menggunakan penglihatan dan deria untuk mengingat dalam jangka masa pendek seterusnya akan di simpan dalam ingatan. Perkataaan ekspoisitori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam langkah ini guru akan menerangkan kepada kanak-kanak bahan yang akan digunakan untuk membuat kereta. Pendekatan yang guru guna ialah pendekatan induktif dimana guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan model kereta yang dibuat dari bahan terbuang. Pendekatan induktif ialah bermula dari spesifik kepada umum. Guru sudah menyediakan bahan yang perlu digunakan pelajar hanya memahami bagaimana kegunaan bahan tersebut untuk menghasilkan sebuah kereta. Strategi pengajaran berpusatkan guru dimana dalam langkah satu murid-murid hanya mendengar apa yang guru sampaikan dan menjawab soalan yang dikemukan oleh guru. Kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru ialah teknik soaljawab untuk menggalakkan murid-murid berfikir dan dapat memanipulasi bahan yang diberikan.

3.3 Langkah Kedua

Dalam langkah kedua terdapat gabungan dua model iaitu Model Pemprosesan Maklumat dan Model sosial. Model Pemprosesan Maklumat iaitu dibawah model ekspositori dimana guru masih memberi penerangan berkaitan langkah-langkah membuat kereta dari kotak bahan terbuang. Manakala Model Behavioural guru sebagai model yang akan menunjukcara bagaimana satu persatu langkah untuk membuat kereta dari kotak. Setelah memerhati, murid-murid akan melibatkan diri dengan mencontohi perlakuan. Pendekatan dan strategi digunakan adalah sama iaitu pendekatan deduktif dan strategi berpusatkan guru dan murid. Pendekatan deduktif dalam langkah kedua sangat jelas kerana proses membuat kereta telah di disampaikan oleh guru lebih awal murid akan mendengar penerangan dan melihat langkah satu persatu peraturan cara membuat kereta dan murid-murid akan mengingat untuk menghasilkan kereta dari kotak bijirin dan murid akan melaksanakan berdasarkan peraturan yang telah diberikan oleh guru berdasarkan kefahaman murid-murid. Kaedah dan teknik yang berbeza dari langkah satu dimana saya menggunakan teknik demostari iaitu menunjukkan cara membuat kereta menggunakan kotak dan cakera padat. Akhir sekali, kewajaranan memilih kaedah demostrasi

ialah kerana kaedah ini mampu melatih murid melakukan pemerhatian dan seterusnya melaksanakan aktiviti tersebut mengikut prosedur yang tertentu. Ini penting kerana murid-murid di prasekolah akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran jika mereka diberikan contoh untuk dilihat. Menurut Shahabudin Hasyim et al (2007) dalam buku Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan melalui kaedah demostrasi ini juga akan mempercepatkan proses kefahaman murid melalui pemerhatian disamping membuka peluang untuk murid lebih memahami apa yang hendakdipelajari.

3.4Langkah ketiga

Setelah murid-murid dijelaskan dengan bahan-bahan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan kereta. Dalam langkah ketiga tibalah masanya murid-murid melaksanakan dengan bimbingan guru dan menguji kefahaman mereka tentang langkah-langkah perlaksanaan sepertimana yang diterangkan dalam langkah 1 dan 2. Dalam langkah ini model yang digunakan juga model pemprosesan maklumat iaitu model inkuiri. Menurut DR Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD) dalam buku Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI PEDAGOGI model ini berasaskan konsep penyelesaian masalah mengikut set langkah-langkah yang logik dan sistematik.

Pendekatan yang digunakan dalam langkah ini ialah pendekatan induktif dimana murid mengingati peraturan yang telah dijelaskan untuk mencabar kebolehan kognitif murid-murid dengan bimbingan guru. Strategi berpusatkan bahan dimana murid-murid akan menumpukan perhatian kepada bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan kereta disamping bersoal jawab dengan rakan-rakan mencari penyelesaiaan untuk menghasilkan kereta impian. Kaedah dan teknik adalah menyelesaikan masalah dimana murid-murid berfikir berdasarkan soal jawab yang telah diberi oleh guru, sebagai contoh kenapa kotak dijadikan bahan utama apa yang boleh diganti dengan kotak sekiranya bahan ini tiada. Ini akan merangsang otak murid-murid mencari jawapan dengan membuat penemuan sendiri semasa menghasilkan kereta dari kotak. Di samping itu juga interaksi antara guru-guru dan murid berlaku apabila murid-murid bertanya dan berinteraksi dengan kawan untuk menyelesaikan model kereta mengikut kreativiti sendiri.

3.5 Langkah Keempat

Murid-murid akan dibahagikan dalam 4 kumpulan iaitu setiap kumpulan 2 orang. Setiap kumpulan akan diberikan puzzle berbentuk berbagai kenderaan darat murid-murid diminta menyelesaikan puzzle tersebut. Kumpulan yang berjaya akan diberi token ekonomi ganjaran bermain dengan kereta yang telah dibuat di luar kelas. Model Sosial Koperatif digunakan dalam langkah ini dengan membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil. Murid-murid menyelesaikan masalah yang diberi dengan bekerjasama dalam kumpulan. Pendekatan yang digunakan dalam langkah keempat ini ialah pendekatan induktif iaitu membenarkan murid berinteraksi di antara satu sesama sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mencabar kemahiran kognitif murid-murid dalam mencantum puzzle dan memberi jawapan yang betul dengan memastikan bentuk untuk dipadankan dengan gambar yang betul. Kebolehan murid-murid mengecam dan menganalisis akan membantu murid menyelesaikan masalah ini. Strategi pengajaran ialah berpusatkan bahan kerana murid-murid akan menumpukan perhatian kepada bahan iaitu puzzle untuk menyelesaikan masalah.

3.6 Langkah Penutup

Model behavioral digunakan dalam langkah penutup dimana untuk mengubah tingkahlaku murid-murid supaya berfikiran kreatif dan berusaha dalam menyelesaikan masalah dengan memberi pengukuhan terhadap usaha mereka dengan meminta murid-murid mempamerkan hasil dan menceritakan bagaimana langkah untuk membuat kereta tersebut. Ganjaran token ekonomi dan pujian diberikan kepada murid-murid yang dapat melaksanakan tugas yang terbaik. Pendekatan yang digunakan adalah Pendekatan elektif dimana mengunakan pengukuhan dalam strategi pengajaran yang berpusatkan murid dan penilaian hasil kerja. Walaupun pengajaran dan pembelajaran ini menumpukan kepada tunjang kreativiti dan nilai estetika tetapi terdapat kombinasi tunjang bahasa dan komunikasi dimana murid-murid mengingat semula dan memberitahu langkah-langkah untuk membuat kereta dari kotak. Peneguhan yang diberikan oleh guru ini termasuk dalam teori pelaziman operan B.F. Skinner.

Mengikut Skinner, peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001) dalam Noriati (2012), peneguhan positif menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan.

3.0 Implikasi model pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian.

Menurut DR Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD) dalam buku Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI PEDAGOGI model-model pengajaran telah direka berdasarkan intepretasi konsep dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang bernas dan sah. Oleh itu model-model pengajaran ini mempunyai fokus, cabaran dan implikasi-implikasi yang penting kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti dihuraikan dengan lebih lanjut seperti di bawah.

4.1 Model Pemprosesan maklumat

Terdapat tiga model yang telah digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian iaitu model yang paling banyak iaitu model pemprosesan maklumat. Guru menekankan model ini kerana fokus pengajaran adalah untuk murid-murid mengalami dan menstruktur kognitif dan cara-cara penyimpanan maklumat yang berkesan. Di samping itu juga model ini mengajar murid-murid cara-cara untuk belajar. Perkembangan kemahiran mengingati dan penyelesaiaan masalah secara pemikiran logik.

Setiap model mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri sekiranya guru merujuk kepada penggunaan model-model pengajaran, guru-guru boleh mempertingkatkan kadar dan kapasiti pembelajaran murid-murid serta dapat mempelbagaikan proses-proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga dapat menguasai hasil pembelajaran dengan lebih cepat dan ini menggalak pelbagai jenis pembelajaran. Melalui model-model pengajaran bukan sahaja

guru-guru yang akan mendapat faedah tetapi murid-murid juga dapat meningkatkan kebolehan mereka untuk pembelajaran pengingatan. Esah Sulaiman (2012) dalam buku ilmu dan aplikasi pengenalan Pedagogi 4.1.1 Kebaikan Model Pemprosesan Maklumat

Bagi model pemprosesan maklumat jelas digunakan dalam langkah set induksi, langkah satu langkah dua dan langkah tiga iaitu lebih kepada memberi penerangan dari segi konsep untuk murid-murid memahami kegunaan bahan dan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan kereta dari bahan terbuang. Cabaran kepada guru dalam model ini ialah pastikan murid-murid memahami penerangan yang disampaikan dapat dianalisa oleh murid-murid dalam ingatan dan persepsi murid-murid. Manakala kekuatan dalam model ini ialah murid-murid mengingati konsep yang dipelajari dan dan mengaplikasi semasa proses membuat kereta dalam langkah ketiga. Ini seterusnya ingatan dapat disimpan dalam jangka masa panjang kerana murid-murid mengalami sendiri cara menyelesaikan masalah menghasilkan kereta berdasarkan bahan yang diberi.

Semasa langkah ketiga guru hanya sebagai pembimbing oleh itu guru dapat mengenalpasti murid-murid yang tidak faham dengan peraturan yang diterangkan demostrasi. Oleh itu guru dapat fokus kepada pelajar yang bermasalah. Kebaikan model pemprosesan maklumat yang holistik mengenai bagaimana minda memproses maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai maklumat. Model Pemprosesan Maklumat telah menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data dan menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya. (Shahabudin Hashim et all 2007 dalam buku pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.)

4.1.2Kelemahan Model Pemprosesan Maklumat

Menurut kelemahan model pemprosesan ini memerlukan motivasi untuk melaksanakannya kerana guru perlu perancangan dan persediaan rapi. Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin memulakan proses pembelajaran. Oleh itu guru perlu pandai memilih kaedah dan teknik supaya murid akan menambah pengetahuan sediaada dan mendapat ilmu pengetahuan baharu. Menurut Prof Dr Iru dan et al Analisis Penerapan Pendekatan Metode Strategi dan Model-Model pembelajaran iaitu model ini lebih kepada pengajaran langsung kerana guru lebih banyak memberi penerangan oleh itu sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran dan tahap kemampuan intelektual setiap murid yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan murid merasa bosan.

4.2 Model Sosial

Selain itu, model lain yang digunakan ialah Model Sosial. Model ini memberi fokus kepada perkembangan konsep dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam kumpulan. Terdapat dua jenis pembelajaran di bawah model ini iaitu pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan main peranan dan simulasi. Abd Ghafar M.D (2003) dalam buku Prinsip dan Amalan Pengajaran menyatakan bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang berpusatkan pelajar merupakan satu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil berbanding kaedah pembelajaran kompetitif atau secara individu yang berpusatkan guru (pensyarah). Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pembelajaran koperatif memerlukan setiap ahlinya berbincang dan saling bekerjasama untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan langkah pengajaran keempat yang menggunakan modal sosial koperatif. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan memberi tugasan kepada murid. Dalam langkah empat model sosial digunakan sebagai salah satu cara untuk murid-murid saling bantu membantu diantara satu sama lain.

4.2.1 Kebaikan Model Sosial

Dalam pendekatan ini murid-murid terlibat dalam kerja kumpulan untuk bekerja bersama terhadap suatu matlamat seperti penyelesaian masalah. Kebaikan dalam model ini murid-murid yang pasif juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kumpulan kecil. Kekuatan dan kelebihan model ini dapat meningkatkan kemahiran sosial dan dapat memupuk perpaduan antara ahli kumpulan. Melalui pertandingan puzzle yang dibuat murid-murid dapat bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Melalui model pengajaran sosial ini, murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pendapat antara satu sama lain. Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Mengikut pendapat Shahabuddin et.al.(2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid.

Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan cuba membuat perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua murid memberikan pandangan, maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dibincangkan akan meningkat dan memudahkan untuk mereka meyelesaikan sesuatu masalah.

4.2.2Kelemahan Model Sosial

Dari segi kelemahan model ini ialah murid yang pasif tidak mahu mengeluarkan idea atau hanya memerhati tidak dapat mendapat pengalaman secara langsung dan faedah-faedah. Cabaran kepada guru adalah merancang aktiviti berdasarkan strategi kolaborasi, koperatif serta projek.

4.3 Model behavioral

Dalam langkah lima saya menggunakan model behavioral untuk memberi pengukuhan atau peneguhan kepada tingkahlaku positif iaitu dengan memberi token ekonomi kepada kumpulan yang berjaya memberi jawapan dan penerangan tentang proses membuat kereta dari kotak. Oleh itu murid akan meneruskan tingkahlaku apabila mendapat peneguhan dan murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan berkesan. Choong Lean Keow Phd (2009) dalam buku Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar menyatakan bahawa kerangka teoretikal yang merentasi model pengajaran Behavioral telah menggunakan asas teori pembelajaran sosial yang lebih dikenali sebagai modifikasi tingkah laku dancybernetics.

4.3.1Kebaikan Model Behavioral

Dalam model behavioural, guru-guru mesti memotivasikan murid-murid melalui konsekuen-konsekuen semulajadi, yakni, peneguhan semulajadi, lebih daripada peneguhan luaran atau motivasi ekstrinsik. Keseronokan murid mendapat ganjaran daripada guru akan menyebabkan murid memberi perhatian penuh dan fokus semasa melaksanakan aktiviti. Oleh itu murid dapat menguasai sesuatu pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu pada langkah penutup saya menggunakan model ini supaya peneguhan yang diberikan akan mengubah tingkahlaku murid-murid yang tidak mahu mengikuti pembelajaran. Ini dapat dilihat setiap kumpulan akan cuba melakukan yang terbaik untuk mendapat ganjaran dari guru. Dalam langkah tiga model behavioural digunakan untuk murid-murid melihat tingkahlaku guru yang mana akan diikuti untuk menghasilkan model kereta dari kotak bijirin.

4.3.2Kelemahan Model Behavioral

Prinsip-prinsip asas yang menjadi latar belakang kepada pembelajaran Skinner ialah respond dan stimulasi di mana guru-guru mesti mengambil kesempatan atas kebolehan murid-murid untuk mengubah tingkahlaku mereka sejajar dengan respon tugasan. Kelemahan yang berlaku murid melakukan sesuatu tindakan semata-mata mahu mendapatkan ganjaran. Oleh itu murid

tidak akan mendapat ilmu atau pengetahuan baharu disebabkan murid-murid akan melakukan tugasan sekiranya mendapat ganjaran. Seterusnya murid tidak dapat berdikari dan tiada keyakinan diri murid untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu guru perlulah memberi peneguhan yang dapat mengungkit motivasi intrinsik. 4.0 Refleksi Kendiri

Setelah menerima tugasan ini saya mencari bahan di internet dan perpustakaan untuk memahami dan bagaimana menggunakan model-model pengajaran dan pembelajaran untuk merangka rancangan pengajaran harian. Matapelajaran ini mendedahkan saya dan menjadi panduan yang berharga kepada saya dalam memahirkan diri dan teknik-teknik yang betul untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran supaya objektif pengajaran dapat dicapai. Panduan ini akan saya aplikasikan apabila saya mengajar nanti. Setelah memahami kriteria yang ada pada setiap model saya dapat merancang pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan kaedah yang bersesuaian untuk memenuhi matlamat pengajaran. Barulah saya tahu untuk menjadi seorang guru yang terbaik perlu merancang pengajaran dengan mengetahui konsep pengajaran supaya membawa perubahan dalam kelakuan murid melalui pengajaran yang disampaikan.

Setelah mengetahui model, pendekatan, kaedah dan teknik yang betul dalam menyusun pengajaran saya juga perlu berfikiran kreatif untuk menyampaikan maklumat. Di sinilah penggunaan teknologi maklumat sangat perlu bagi melahirkan guru yang berkembang mengikut arus perubahan masa. Pengajaran yang ingin dicapai bergantung kepada usaha guru untuk membantu murid-murid. Barulah saya sedari bahawa kepentingan model pengajaran yang telah saya pelajari iaitu mengenalpasti aspek-aspek dan mengintergrasikan dalam satu kerangka membuat keputusan berdasarkan lima faktor iaitu guru-guru, murid-murid, isi kandungan pelajaran, kaedah dan teknik dan persekitaran bilik darjah. Saya menggunakan tema kenderaan dalam rancangan pengajaran harian saya.

Set induksi yang telah saya lakukan menggunakan bahan sepertimana yang diminta menjadikan saya lebih memahami cara untuk menghasilkan video melalui gambar, audio atau

video yang boleh dicantum untuk mewujudkan bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi maklumat. Banyak idea yang boleh diperolehi diinternet untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Melalui kerja kursus ini juga saya memahami kehendak sebenar set induksi iaitu satu permulaan yang memerlukan kemahiran guru untuk mendapat dan mengekalkan perhatian murid-murid serta menggerakkan mereka untuk berfikir isi-isi pengajaran guru. Oleh itu set induksi adalah berkaitan pengetahuan sedia ada murid. Dalam rancangan pengajaran harian

saya untuk set induksi saya menggunakan teknik soaljawab dengan meminta kanak-kanak meneka kenderaan apa yang cuba dilukis dengan memberi sedikit gambaran ciri-ciri objek yang hendak diteka. Sudah lumrah kanak-kanak menyukai kartun saya menayangkan video kereta mainan dari koleksi upin ipin supaya kanak-kanak dapat merangsang keinginan membuat kereta dari kotak pada langkah tiga. Apabila kesediaan untuk murid-murid berlaku menyebabkan murid-murid mengambil perhatian pada langkah satu dan dua.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan. Kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejaskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

berkaitan dengan bidang perguruan. Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983) dalam buku Ilmu Pendidikan : Pedagogi Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkahlaku dikalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid. Setelah memahami model, pendekatan kaedah dan strategi barulah saya boleh menentukan model mana yang sesuai dengan stail pengajaran dan kemahiran yang saya ada. Bagaimanapun guru mestilah menggunakan pelbagai model untuk mencapai objektif pengajaran di samping untuk menarik minat murid untuk belajar.

5.0 Rujukan

Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Choong Lean Keow PhD. (2009).Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD).(2013). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Song Sang. (2010).Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2012). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

.

25