banding beza di antara konsep bimbingan dan kaunseling dari perspektif barat dan islam

23
BANDING BEZA DI ANTARA KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM . Perspektif barat Perspektif islam Definisi Kaunseling didefinisikan sebagai satu proses apabila klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan permasalahan baginya. Kaunseling didefinisikan jujur, nasihat yang baik dan penasihat yang jujur. Pengertian ini dipetik melalui istilah Nasuha dalam al- Quran yang bermaksud memberi nasihat secara jujur, bertindak jujur dan berniat baik. Etika kaunseling Lebih menerapkan kearah kerjasama dan berunsurkan duniawi. Lebih menerapkan unsur ajaran islam Panduan Hanya berpandukan kepada kemahiran dan kebolehan kaunselor semata-mata dalam menangani masalah klien. Berpandukan al-quran dan al-hadis di samping bakat dan kemahiran kaunselor. Skop Ia lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien ke arah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia Kaunseling Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan

Upload: nasuha-binti-abdul-talib

Post on 29-Nov-2015

465 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

BANDING BEZA DI ANTARA KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI

PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM .

Perspektif barat Perspektif islam

Definisi Kaunseling didefinisikan

sebagai satu proses apabila

klien diberi peluang untuk

meneroka aspek diri dan

kehidupan yang

menimbulkan permasalahan

baginya.

Kaunseling didefinisikan

jujur, nasihat yang baik dan

penasihat yang jujur.

Pengertian ini dipetik melalui

istilah Nasuha dalam al-

Quran yang bermaksud

memberi nasihat secara

jujur, bertindak jujur dan

berniat baik.

Etika kaunseling Lebih menerapkan kearah

kerjasama dan berunsurkan

duniawi.

Lebih menerapkan unsur

ajaran islam

Panduan Hanya berpandukan kepada

kemahiran dan kebolehan

kaunselor semata-mata

dalam menangani masalah

klien.

Berpandukan al-quran dan

al-hadis di samping bakat

dan kemahiran kaunselor.

Skop Ia lebih bertumpu kepada

perubahan tingkah laku klien

ke arah lebih rasional dan

mengikut garis normal hidup

sebagai manusia

Kaunseling Islam dilihat lebih

memberi kesan yang

menyeluruh bagi hidup

seseorang muslim

mempunyai liputan skop

masalah yang lebih besar

iaitu yang berkaitan dengan

keimanan seseorang seperti

aspek ketuhanan

Page 2: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

DAPATAN/HASIL LAWATAN TIDAK RASMI KE BILIK UNIT BIMBINGAN DAN

KAUNSELING KAMPUS

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim IPG KSAH

Sungai Petani, Kedah merupakan sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar

menghubungkan pelajar dengan pentadbir, menjaga kebajikan pelajar, menguatkuasa

peraturan dan memainkan peranan sebagai nadi pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi

merealisasikan visi, visi dan objektif IPGKSAH.

Visi unit bimbingan dan kaunseling ialah menjadikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

sebuah jabatan yang unggul bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia

sementara misinya ialah Jabatan Hal Ehwal Pelajar beriltizam untuk melahirkan guru-guru

yang berketrampilan, berfikiran reflektif, berakhlak mulia dan mengamalkan pembelajaran

sepanjang hayat bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif penyediaan khidmat bimbingan dan kaunseling di IPG Kampus Sultan Abdul

Halim ialah untuk Melaksanakan dan memantau program peningkatan dan pengembangan

kendiri pelajar, mengumpul dan menyalur maklumat antara pihak pelajar, pensyarah dan

pentadbir, menyediakan perkhidmatan nasihat dan kaunseling kepada pelajar secara

berkesan, memberi latihan asas dalam hal kepimpinan dan pengurusan, mengurus hal-hal

kebajikan, keselamatan pelajar dan disiplin pelajar, mengumpul dan menyediakan

pengkalan data pelajar semasa, mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar asrama

dan luar asrama, menerapkan budaya institusi dan profesyen keguruan dan melaksanakan

Minggu Pendaftaran Dan Pengurusan Pelajar Baru dilaksanakan mengikut prosedur yang

ditetapkan.

Antara piagam pelanggan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling pula ialah Kaunselor

memberikan perkhidmatan secara professional dalam melaksanakan dasar pembangunan

pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim seperti menentukan

bahawa IPG adalah tapisan terakhir kelayakan pendaftaran guru, menyedia dan mengemas

kini rekod dan data pelajar untuk rujukan pihak-pihak berkenaan, membantu kebajikan

pelajar dari aspek caruman insuran, rawatan dan penempatan selepas tamat pengajian,

memastikan disiplin dan tatalaku pelajar dapat mematuhi etika pelajar selaras dengan

aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia, menyediakan khidmat pengembangan dan

peningkatan sahsiah, kepimpinan dan budaya ilmu kepada pelajar, menyediakan

penginapan pelajar yang kondusif, selesa, bersih dan ceria serta menyediakan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan kepada pelajar.

Page 3: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

CARTA ALIR LANGKAH-LANGKAH BAGAIMANA GURU BIASA BOLEH

MENGENALPASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH.

.

Melalui pemerhatian terhadap:

- Psikomotor dan tingkahlaku negative.

- Kehadiran, prestasi dan kerja pelajar.

- Keadaan murid –sedih, murung,bosan

- Cara murid berkomunikasi, diam, terlalu

banyak cakap, kurang sopan

- Kesan di badan – lebam, parut, tattoo,

Melalui laporan daripada:

- Rakan sekelas

- Pengakuan murid itu sendiri

- Daripada guru lain

- Daripada ibu bapa murid

Melalui ujian yang dijalankan:

- Ujian pencapaian

- Peperiksaan

- Ujian minat

- Ujian psikologi

- Ujian IQ

Page 4: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI RASIONAL EMOTIF BEHAVIORIS TERAPI.

KEKUATAN

Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan

itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepaT.

Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam

menghadapi gejala yang lain.

Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan

dari cara berfikir.

KELEMAHAN

Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula

yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian

yang berasaskan kepada logika

Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk

membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk

mereka menerima analisa logik.

Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan

bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa

perubahan lagi dalam hidup mereka.

Page 5: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

BAGAIMANA GURU BIASA MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengenalpasti masalah atau tingkahlaku pelajar.

Cth : Misalnya, masalah pelajar yang sering tidur di dalam kelas sewaktu

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai seorang guru

bimbingan yang peka terhadap masalah pelajarnya, guru tersebut

seharusnya mengenalpasti masalah dan tingkahlaku pelajar tersebut

supaya masalah ini tidak berlanjutan dan dapat segera diatasi.

Kemahiran menyoal

- untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik, mengenal diri murid

- untuk menyoal murid / menggalakkan murid untuk bercakap dan juga cara

untuk meneroka diri murid.

- Guru boleh menggunakan soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka

Cth : Misalnya, dalam konteks pelajar tidur di dalam kelas. Guru

seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan

kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin

disampaikan.

Contoh kemahiran menyoal

Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas.

Kamu ada masalah ke?

Firdaus : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.

Guru : Kenapa pula, FIrdaus? Cuba terangkan pada cikgu.

Firdaus : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam,

cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk

menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada

pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf,

cikgu.

Kemahiran mendengar

- membantu murid berasa lebih selesa dan berminat untuk menceritakan

segala masalah ataupun perkara yang ingin dibincangkan

Page 6: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

- Mendengar dengan berkesan juga sangat membantu dalam mewujudkan

hubungan „rapport‟ dan memberikan pemahaman yang tepat tentang perkara

yang dibincangkan.

Cth : Dalam konteks pelajar sering tidur di dalam kelas, guru sepatutnya

menggalakkan pelajar tersebut menceritakan segala perkara yang ingin

diceritakan oleh beliau dan guru hendaklah mendengar dengan aktif. Hal ini

supaya guru dapat memahami segala penjelasan dan perkara yang

diterangkan oleh pelajar tersebut.

Contoh kemahiran mendengar

Guru : Firdaus, jelaskan pada cikgu sekarang apa sebenarnya masalah kamu.

Firdaus : Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, cikgu.

Guru : (mendengar sambil menganggukkan kepala)

Firdaus : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan

malam, cikgu.

kemahiran memberi perhatian

- memberi peluang kpd muridd untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan.

(merangkumi dgn kedudukan klien, relaks secara fizikal, „posture‟ kaunselor,

perawakan muka, pertemuan mata dan ikuti setiap percakapan murid)

Contoh kemahiran memberi perhatian

Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu

ada masalah ke? (melihat ke arah mata dan perawakan muka Firdaus)

Firdaus : Erm..tak ada apa-apa, cikgu. (menjawab dengan tidak melihat wajah dan

mata guru beliau)

Guru : Cikgu dengar kamu beritahu cikgu bahawa kamu tiada apa-apa

masalah, tetapi cikgu rasa dalam hati kamu, kamu ingin menceritakan

sesuatu.

Firdaus : Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, cikgu.

Guru : (mendengar sambil menganggukkan kepala)

Page 7: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

Kemahiran dorongan minima.

- tindak balas spontan (secara verbal atau non-verbal : seperti senyum,

mengangguk kepala, memandang klien, kontak mata, kerutan di dahi,

perkataan „teruskan‟, perkataan „ooo‟ dan perkataan „kemudian‟.

Contoh dorongan minima di dalam konteks pelajar yang tertidur di dalam kelas

Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu

ada masalah ke?

Firdaus : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.

Guru : Ooo..tak cukup tidur di rumah..

Firdaus : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam,

cikgu

Guru : Teruskan, Firdaus.

Firdaus : Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk

menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada

pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf,

cikgu.

Kemahiran menguruskan kensenyapan

- Kesenyapan membawa erti bahawa murid sedang mengalami kesulitan

dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya.

- Dalam keadaan yang sedemikian, guru seharusnya membantu murid secara

lisan. (sekiranya pelajar enggan menjelaskan atau menceritakan kepada

gurunya)

Contoh kemahiran menguruskan kesenyapan

Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas.

Kamu ada masalah ke?

Firdaus : (mendiamkan diri)

Guru : Firdaus, kamu ada masalah apa-apa yang nak dikongsi dengan

cikgu, ke?

Firdaus : (masih mendiamkan diri)

Page 8: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

Guru : Jangan risau, Firdaus. Cikgu hanya ingin membantu kamu. Kamu

boleh jelaskan pada cikgu apa sebenarnya yang ingin kamu

kongsikan bersama cikgu. Kamu ada masalah di rumah ke?

Firdaus : Erm.. Ya, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap

petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah

saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap

hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua

kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu

Kemahiran menyemak persepsi

- membantu murid merasakan dirinya lebih difahami, memberi peluang kepada

seseorang untuk membetulkan persepsinya serta memastikan guru

bimbingan sedang berada di landasan yang benar ketika membimbing pelajar

Contoh kemahiran menyemak persepsi bagi masalah tidur di dalam kelas

Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu

ada masalah ke?

Firdaus : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.

Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan

malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya

berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari,

saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja

sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

Guru : Ooo..jadi kamu tertidur di dalam kelas disebabkan kamu kurang tidur di

rumah dan kerana membantu ayah kamu berniaga sehingga

malam. Betulkah begitu, Firdaus?

Firdaus : Betul, cikgu.

Guru : Selepas pula pulang dari membantu ayah kamu berniaga, kamu

terpaksa siapkan kerja kamu sehingga lewat malam? Benarkah,

Firdaus?

Firdaus : Benar, cikgu.

Page 9: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

CIRI-CIRI GURU YANG MESRA DAN FAKTOR-FAKTOR KEPADA SUASANA

HUBUNGAN YANG SELESA (TERAPEUTIK).

Berdasarkan video yang ditonton, beberapa ciri guru yang mesra dapat dikenal pasti.

Antara ciri yang dilihat ialah seperti kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini

bermaksud guru dilihat sering bertanyakan khabar kepada murid-murid sebelum memulakan

sesi P&P. guru bertanyakan soalan-soalan seperti :

Apa khabar murid-murid?

adakah kamu sudah bersarapan?

Siapakah yang menghantar kamu ke sekolah hari ini?

Selain itu, guru menunjukkan sifat mesra apabila kerap kali menyebut nama murid.

Walaupun murid dalam bilangan yang ramai, guru dapat memberikan perhatian kepada

murid-murid apabila sering memanggil nama mereka ketika mengajar. Hal ini sedikit

sebanyak akan membangkitkan semangat untuk murid-murid lebih seronok untuk ke

sekolah apabila merasakan bahawa mereka disayangi oleh guru dengan perhatian yang

diberikan.

Dalam pada itu, sifat mesra guru dapat dilihat melalui tindakan pandai memujuk.

Dalam usia murid-murid pra sekolah sememangnya sifat semulajadinya sensitif dan manja.

Sekiranya ada diantara mereka yang merajuk apabila ditegur, guru pandai untuk memujuk

kembali hati mereka melalui sentuhan. Sebagai contoh, menggosok belakang,

menggunakan kata-kata yang berunsur penyayang dan sebagainya.

Seterusnya, prihatin dengan setiap murid merupakan satu lagi cirri-ciri guru yang

mesra. Istilah prihatin yang dimaksudkan ialah guru mengetahui keadaan murid-muridnya.

Sebagai contoh, apabila melihat keadaan murid yang kurang ceria guru mendekati dan

bertanyakan masalah yang dihadapinya. Dalam masa yang sama, guru juga mempunyai

sedikit sebanyak maklumat tentang latar belakang murid seperti keluarga, tahap kesihatan,

dan minat mereka. Maklumat ini penting bagi guru untuk menyesuaikan dirinya dengan

murid dalam membina hubungan baik.

Sikap guru yang sering berkomunikasi dengan murid-murid juga menjadi faktor

penyumbang kepada kemesraan yang dapat membina suasana yang selesa. Sebagai

contoh, ketika murid-murid sedang menyelesaikan kerja yang diberi mahupun ketika waktu

lapang, guru mengambil peluang untuk beramah mesra dengan bertanyakan sesuatu

kepada murid-murid. Komunikasi dua hala ini akan memberikan kesan positif dalam

mengukuhkan hubungan yang positif antara dua pihak.

Berdasarkan ciri-ciri yang dikenal pasti, ia secara langsung akan mempengaruhi

faktor-faktor suasana hubungan yang selesa antara guru dan murid. hubungan yang selesa

akan menggalakkan pembelajaran suasana pembelajaran yang kondusif.

Page 10: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

BAGAIMANA PEMUDAH CARA DALAM SESI KAUNSELING KELOMPOK BOLEH

MEMBANTU AHLI-AHLI KELOMPOK.

Pemudahcaraan ialah proses yang memudahkan suatu tindakan. Oleh itu, pemudahcara

ialah individu yang bertindak sebagai agen yang memudahkan sesuatu tindakan itu. Dalam

kaunseling kelompok, guru kaunseling biasanya akan bertindak sebagai pemudahcara.

Dalam proses kaunseling kelompok, pemudahcara boleh membantu kelancaran sesuatu

perbincangan yang berlangsung. Sebagai contoh, pada permulaan sesuatu perbincangan

pemudahcara boleh melakukan beberapa tindakan seperti berikut:

Mengemukakan soalan perbincangan

Menerangkan tujuan perbincangan yang akan dibuat

Menghuraikan garis panduan perbincangan

Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.

Selain itu, semasa proses perbincangan pula pemudahcara perlu memainkan peranan

sebagai penggerak untuk menggalakan ahli kumpulan mencadangkan idea-idea

penyelesaian. Pemudahcara boleh mengemukakan atau mengajar beberapa teknik

menyoal bagi membantu proses mencadangkan idea dilakukan dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama, seorang pelapor akan mencatat idea yang dikemukakan oleh ahli-

ahli.

Pemudahcara juga berperanan dalam sesi terakhir proses perbincangan yang dilaksanakan

iaitu dalam proses penilaian dan rumusan. Pemudahcara akan membantu dalam menilai

dan merumus idea yang dibentangkan oleh pelapor di hadapan kelas. Berdasarkan

rumusan yang dibuat peserta boleh mencatat pendapat yang dipersetujui.

Page 11: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

PERBINCANGAN MENGENAI INVENTORI PERSONALITI DENGAN MENEKANKAN

KEPADA IMPLIKASI INVENTORI BERKENAAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH.

Terdapat dua jenis inventori personaliti iaitu Inventori Personaliti Sidek (IPS) dan Inventori

Minat Kerjaya. Inventori yang kami fokuskan ialah Inventori Personaliti Sidek (IPS).

Inventori ini menggunakan pendekatan yang rasional di mana bentuk soalan yang

digunanakan hanyalah dengan menyatakan jawapan „ya‟ atau „tidak‟ sahaja. Inventori ini

dibentuk oleh Dr. Sidek Mohd Noah.

Berikut ialah contoh inventori senarai semak IPS:

Melalui bentuk inventori seperti ini, ia memberikan implikasi kepada murid-murid sekolah.

Antara implikasinya ialah dapat mengenal pasti dengan lebih jelas sifat dan personaliti

mereka yang sebenar. Hal ini apabila soalan-soalan yang disediakan adalah menyentuh

Page 12: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

kepada gambaran tingkah laku individu. Jawapan yang diberikan oleh mereka merujuk

kepada apa yang mereka alami.

Selain itu, inventori ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu murid untuk

membuat perubahan ke arah personaliti yang lebih positif sekiranya terdapat perkara-

perkara negatif yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, murid sedar yang mereka selalu

mengelak dari bertanya kerana takut akan salah. Perkara ini boleh diatasi apabila guru

menggunakan hasil inventori ini sebagai satu cara untuk memberi cadangan dan nasihat

kepada mereka ke arah perubahan yang lebih baik.

Seterusnya inventori ini dapat memberi bantuan dalam meningkatkan keyakinan murid

terhadap kemampuan diri sendiri. Sebagai contoh, terdapat beberapa soalan yang boleh

menggambarkan sifat atau keinginan diri seseorang individu iaitu seperti:

Saya mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai

pemimpin.

Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas.

Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang

amat berjaya.

Berdasarkan soalan-soalan ini, mereka yang memberikan jawapan „ya‟ akan meningkatkan

potensi dan prestasi diri dengan melakukan usaha-usaha yang lebih baik bagi mencapai

matlamat yang diinginkan.

Juga, inventori seperti ini akan membantu murid mengurangkan tekanan dalam kehidupan

mereka. Sebagai contoh apabila mereka diberikan sesuatu tugasan, mereka akan

melakukan tugasan itu dengan tahap kemampuan mereka tanpa paksaan untuk mengikut

cara orang lain. Hal ini kerana, mereka dapat mengenal pasti personaliti mereka melalui

inventori yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, murid dapat menjalani kehidupan yang

lebih selesa dengan sifat semulajadi mereka tanpa berpura-pura.

Page 13: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA.

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai

kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya.

Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun

pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran

dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan

dan kemestian kepada negara.

Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya

pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing

pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat

penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di

peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama

berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini.

Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan

bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar

perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada

pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-

kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti

kursus ini akan menjadi kaunselor.

Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan

program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan

dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu

bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.

Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 )

Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa

Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan

adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996

diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh

masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa

bermula tahun 2002.

Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan

pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan

wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989.

Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;

Memajukan amalan kaunseling secara professional

Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.

Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling

dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.

Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.

Page 14: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri

dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.

Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding

dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah

diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.

6.0 PERKEMBANGAN SEMASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI

SEKOLAH.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-

sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 1979 yang berbunyi: “Adalah diperakukan

Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan

sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan

tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”.

Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolah

iaitu kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha

mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di

sekolah. Di sekolah menengah dan rendah, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu

tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor.

Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap

penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum.

Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar

dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha

memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa

masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti

yang berterusan akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi

yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan.

Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan

kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Mengikut

Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskan beberapa prinsip. Anataranya,

bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang

dirancang dan berterusan. Para pelajar mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan

tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang

pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak

mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses

perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya

berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan

menerokai tujuan hidupnya . Disamping menolong mereka memilih serta merancangkan

Page 15: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu

pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya

masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan

kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama

semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah,

ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu

disebarkan kepada pelajar. Juteru itu, kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari

memahami pelajar itu secara menyeluruh.

Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas

sebagai kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada

kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan

yang boleh dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di

sekolah tersebut.

Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiri

antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar

lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Manakala sekolah menengah

gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf

6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13

hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua

jantina. Sekolah campuran satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang

perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor

kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan

psikologi yang mendadak menuju kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan

pelajar, guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang

tengah dan pencipta keharmonian sekolah.

Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah

dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dan

kekurangannya. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatan berikut

dapat dilaksanakan.Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang

dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap,

perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.Semua

pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan mengikut keperluan

mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.Bimbingan dan

Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan

kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usaha-

usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai

menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasa

pendek dan panjang.Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam

melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan

pihak yang berkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama

lain.Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengan

Page 16: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

tujuan memelihara kebajikan pelajar. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan

rangkaian perkhidmatan membantu bersama agensi-agensi luar dan badan sukarela

sebagai satu usaha permuafakatan dalam mengwujudkan suasana harmonis dan

penyayang

Page 17: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

LAWATAN TIDAK RASMI KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI IPG KAMPUS

SULTAN ABDUL HALIM

KAUNSELOR IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Page 18: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH DAN ASPEK-ASPEK

YANG DOMINAN DALAM PERKHIDMATAN TERSEBUT.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan

sejak 1969-an lagi. Namun begitu aspek yang ditekankan adalah bimbingan kerjaya dan

pelajaran sahaja. Akhir-akhir ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mengorak

langkah untuk memainkan peranan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan

seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Antara berikut merupakan laman web yang

berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah:-

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR

Motivasi Dan Persiapan Menghadapi Peperiksaan

Perkhidmatan ini lebih bersifat perkembangan dan pemulihan pada diri pelajar dalam

menangani tekanan menghadapi peperiksaan, yang mana ia boleh disokong melalui

aktiviti pengayaan dan pengukuhan.

Program berasaskan sekolah ini menolong seseorang individu supaya ia menjadi

lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam

persekitarannya (kegelisahan, tekanan, kesukaran, dll).

SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN MURID KPM

Meliputi bidang psikososial dan kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan

dadah, rook, HIV dan AIDS, keibubapaan dan juga pembangunan diri murid.

Menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata

pelajaran berkenaan tetapi isi kandungannya dibina mengikut panduan Guru

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan menegah.

Perkhidmatan lebih bersepadu dan pelbagai disiplin disebabkannya bersifat terbuka.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Merangsangkan kewujudan penerokaan diri seseorang guru Bimbingan dan

Kaunseling dengan penuh kejujuran dan menjalinkan hubungan bermakna dengan

klien(pelajar).

Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh

dikawal dengan memberatkan pembinaan amalan nilai murni dalam perkhidmatan.

Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan

seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan

kepakaran juga boleh diberikan

Page 19: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

HALA TUJU PROFESSION GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI PERSPEKTIF

KPM

Memastikan Jawatankuasa Pelaksana Program Mentor-Mentee dibentuk di sekolah

berdasarkan keperluan pelajar dan sekolah.

Menggerakkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) supaya memainkan peranan

“Bantu Diri Bantu Rakan”

Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling mengenalpasti masalah pelajar melalui

analisis “ Borang Senarai Semak Masalah Pelajar”

Meningkatkan perkongsian ilmu antara Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling

dengan menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah

dan Negeri

Page 20: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

TEMUBUAL SEORANG KAUNSELOR DI KAMPUS IPGM DAN DAPATKAN

PANDANGAN BELIAU MENGENAI SATU TEORI KAUNSELING YANG BELIAU

APLIKASIKAN.

Pandangan Mengenai Teori

Zainal Abidin Ahmad 2005 memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang dilakukannya

terhadap klien.

Frank ( 1971)Teori sangat penting dan dapat memberi panduan, keyakinan dan halatuju

bagi mereka yang mengamalkannya.

Jenis-jenis teori dalam kaunseling

Teori Psikoanalisis.

Teori pemusatan klien

Teori Gestalt –provokasi

Teori Terapi Rasional Emotif

Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)

Teori Psikoanalisis.

Dipelopori Sigmund Freus

1) Alam sedar

2) Alam pra sedar

3) Alam tidak sedar

Teori pemusatan klien

Dipelopori Carl Rogers

1) Reaksi kepada pendekatan tradisi yang terlalu mementingkan diagnosis, menyiasat

dan mentafsir.

2) Percaya bahawa insan itu baik, boleh dipercayai berusaha kearah kesempurnaan diri.

Teori Gestalt

Dipelopori Friedrich Solomon Perls

Merupakan satu pola, bentuk atau konfigurasi yang diamati oleh seorang yang terdiri dari

beberapa bahagaian yang dilihat sebagai satu keseluruhan yang menghasilkan makna

yang tersendiri.

Page 21: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

Teori terapi Rasional Emotif

1) Albert Ellis

2) Fokus kepada aspek kognitif, penilaian, penganalisisan, emosi, tingkahlaku dan

membuat keputusan.

3) Menitik beratkan soal nilai dan kepercayaan yang tidak rasional yang dianut oleh

kebanyakan insan yang akhirnya membawa kepada masalah.

4) Berorientasikan kepada pendidikan semula dan gantikan sistem kepercayaan klien.

Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)

Berkembang dari 3 tahap

Tahap pertama- diasaskan oleh Pavlov 1960 dan hull 1943 yang menghasilkan pelaziman

klasik.

Tahap kedua – diasas oleh skinner, lahirnya pelaziman operan (beri tumpuan kepada

peneguhan, pelupusan dan hukuman) yang diasaskan oleh Skinner 1953- teknik

modifikasi tingkahlaku.

Tahap 3 - dikenali sebagai terapi tingahlaku kognitif yang menggabugkan aliran

ketingkahlakuan dan kognitif.

Kepentingan Teori kaunseling

1) Sebagai panduan untuk kaunselor memahami tingkahlaku manusia.

2) Sebagai rujukan untuk membantu kaunselor

3) Memberi kita rasional tentang apa yang dilakukan dan membimbing tindakan-tindakan

kita.

Model Nystul

Menurut Nystul (2006), kombinasi seni dan sains kaunseling menekankan hubungan di

antara teori, kajian dan amalan.

Page 22: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

SESI PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Peringkat-Peringkat Kaunseling Kelompok

1. Peringkat Permulaan

Kenal-mengenal dengan maklumat yg selamat

Ahli > nyatakan sifat-sifat positif sahaja

Kaunselor galak penglibatan dgn ahli nyatakan harapan terhadap sesi

kelompok

Ahli masih ragu-ragu, diterima?diancam?

Kesepaduan masih belum terbentuk

Mungkin hampa seolah-olah tiada manfaat

2. Peringkat Konflik dan Pertentangan

Ahli mungkin tidak puas hati dgn kaunselor yg seolah-olah sebg fasilitator dan

bukannya penyelesai masalah

Ahli mungkin lebih suka proses yg lebih berstruktur

Masih belum jeleket & bersepadu

Mudah menyerang, tuduh-menuduh @ diam diri

Kaunselor perlu galak perbincangan lebih terbuka

3. Peringkat Perkembangan dan Kesepaduan

Kepercayaan makin meningkat

Lebih bersedia, berani dan terbuka untuk berkongsi pengalaman

Kaunselor masih perlu memberi dorongan demi kelicinan sesi supaya tidak

tersasar daripada matlamat asal

4. Peringkat Hasil

Hubungan yg teguh dan padu

Berani utk kritik dan sudi terima kritik

Page 23: Banding Beza Di Antara Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Barat Dan Islam

Cadangan-cadangan dikemukakan

Kepimpinan boleh diambil alih oleh ahli, kaunselor hanya sebagai

peserta/pemerhati

5. Peringkat Penamatan

Kelompok Tertutup:

Bilangan sesi telah ditetapkan, ahli kena capai matlamat

Masalah baru tidak diterima

Ahli mungkin berasa sedih utk berpisah

Kelompok Terbuka:

Ahli diberi kebebasan keluar, berhenti dan masuk semula bila-bila masa

Tempat kosong boleh dipenuhi oleh ahli baru

Kelompok begini tidak digalakkan

Ch: > kelompok bimbingan