cimb kempen cimb bank cimb islamic cimb...2 6. untuk menyertai kempen ini, peserta layak mesti...
TRANSCRIPT
1
Kempen “Spend & Travel” CIMB Terma-Terma dan Syarat-Syarat
1. Kempen “Spend & Travel” CIMB (“Kempen”) adalah dianjurkan bersama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic hendaklah di sini secara kolektif dirujuk sebagai (“CIMB”).
Tempoh Kempen
2. Kempen akan berlangsung dari 1hb November 2019 – 29hb Februari 2020, kedua-dua tarikh termasuk
(“Tempoh Kempen”). 3. CIMB merizabkan hak dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi tidak kurang daripada
empat belas (14) hari kalendar untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen.
Kelayakan dan Kriteria Pendaftaran
4. Kempen ini adalah terbuka kepada semua orang yang berikut:-
i) Pemegang kad kredit utama baru dan sedia ada kad kredit (kecuali Kad Perniagaan Platinum
dan Kad Fuel Tanker CIMB) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia; dan/atau ii) Pemohon Baru-Kepada-Kad (“New-To-Card”) (pelanggan yang tidak memiliki kad kredit yang
dikeluarkan oleh CIMB) yang memohon kad kredit utama baru (kecuali Kad Perniagaan Platinum dan Kad Fuel Tanker CIMB) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia; dan
yang nombor mudah alihnya didaftarkan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan dikekalkan dalam rekod CIMB (“Peserta Layak”). Peserta Layak yang menghantar SMS dari nombor mudah alih yang tidak dikekalkan dalam rekod CIMB tidak akan layak menyertai Kempen ini. Akaun kad kredit CIMB Peserta Layak selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Akaun Kad Kredit Penyertaan”.
5. Kategori orang berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini: - i) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sambilan *Kumpulan Syarikat CIMB yang
secara langsung terlibat dalam penganjuran Kempen ini atau Pengurusan Kanan *Kumpulan Syarikat CIMB dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau
ii) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan promosi) Kumpulan Syarikat CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura, yang mempunyai pejabatnya di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya masing-masing) dan Mastercard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“Mastercard”) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya masing-masing).
* Kumpulan Syarikat CIMB bermaksud kumpulan syarikat/entiti undang-undang di mana CIMB Group Holdings Berhad, sebagai syarikat pemegangan muktamad CIMB mempunyai kepentingan yang mengawal, secara langsung atau tidak langsung, sama ada dengan sendirinya atau melalui subsidiari-subsidiarinya.
2
6. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak mesti terlebih dahulu mendaftarkan penyertaan mereka
dalam Kempen sama ada: -
i) dengan membalas khidmat pesanan ringkas CIMB (“SMS”) yang dihantar ke nombor mudah alih mereka yang dikekalkan dalam rekod CIMB dan dengan menaip ST <jarak> 6 angka terakhir nombor KP Peserta Layak dan menghantar ke 62666 semasa Tempoh Kempen; atau
ii) dengan menghantar SMS dengan menaip ST <jarak> 6 angka terakhir nombor KP Peserta Layak dan menghantar ke 62666 semasa Tempoh Kempen dengan menggunakan nombor mudah alih yang dikekalkan dalam rekod CIMB semasa Tempoh Kempen; atau
iii) dengan berdaftar secara atas talian di www.cimbbank.com.my/st dan/atau www.cimbislamic.com.my/ist semasa Tempoh Kempen.
7. Peserta Layak hendaklah menanggung caj telekomunikasi piawai yang dikenakan ke setiap SMS yang dihantar.
8. Selepas pendaftaran penyertaan Peserta Layak yang berjaya menurut Klausa 6 di atas, Peserta Layak akan menerima sama ada: -
i) suatu SMS pengesahan dari CIMB sekiranya pendaftaran dilakukan melalui SMS; dan/atau ii) suatu mesej pengesahan di bawah borang pendaftaran atas talian sekiranya pendaftaran
dilakukan secara atas talian.
9. Sekiranya suatu pendaftaran SMS adalah tidak lengkap, suatu SMS akan dihantar ke nombor mudah alih Peserta Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB tanpa sebarang kos kepada Peserta Layak untuk memaklumkan kepadanya supaya berdaftar semula melalui SMS. Peserta Layak mesti memastikan bahawa beliau telah memasukkan 6 angka terakhir nombor KP beliau yang betul dalam SMS.
10. Selepas pendaftaran penyertaan Peserta Layak yang berjaya, semua Akaun Kad Kredit Penyertaannya akan kemudiannya dikesan secara automatik bagi tujuan menjadualkan bilangan penyertaan bagi Kempen. Bagi mengelakkan keraguan, sekiranya Peserta Layak adalah pemegang kad utama yang dikeluarkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic dan adalah layak untuk menyertai Kempen, perbelanjaan runcit Peserta Layak yang menggunakan kad kredit penyertaan yang dikeluarkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic akan dikumpulkan dan tidak akan dianggap secara berasingan bagi tujuan memperolehi penyertaan untuk memenangi Hadiah dalam Kempen.
Kriteria Penyertaan
11. Selepas pendaftaran berjaya seperti Klausa 6 di atas, Peserta Layak mesti: -
i) melakukan transaksi perbelanjaan runcit (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa-Klausa 12
hingga 25 di sini) menggunakan Akaun Kad Kredit Penyertaan mereka; dan/atau ii) memohon dan melakukan transaksi perbelanjaan runcit menggunakan kad kredit utama
dan/atau tambahan yang baru dipohon mereka yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 18 di sini)
bagi: -
3
i) memperolehi penyertaan dan memenuhi syarat perbelanjaan terkumpul minimum (“Syarat Perbelanjaan Minimum”) Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) dalam setiap Bulan Penyertaan bagi berpeluang memenangi Hadiah Bulanan; dan/atau
ii) memperolehi penyertaan dan memenuhi Syarat Perbelanjaan Minimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000) dalam Tempoh Kempen bagi berpeluang memenangi Hadiah Utama.
12. Peserta Layak mesti melakukan transaksi perbelanjaan runcit dalam cara yang dijelaskan di bawah
untuk memperolehi penyertaan: -
Kriteria Perbelanjaan Bil. Penyertaan Setiap RM50 perbelanjaan mata wang tempatan dalam satu resit tunggal (“Perbelanjaan Tempatan”)
1 Penyertaan
Setiap RM50 perbelanjaan runcit dalam satu resit tunggal dalam kategori Membeli-belah, Makan dan/atau Runcit (“Perbelanjaan Harian”)
3 Penyertaan
Setiap RM50 atau bersamaannya dalam perbelanjaan mata wang asing dalam satu resit tunggal (“Perbelanjaan Luar Negara”)
5 Penyertaan
Minimum RM50 atau bersamaannya yang pertama dalam perbelanjaan runcit dalam satu resit tunggal pada suatu kad kredit utama dan/atau tambahan CIMB yang baru dipohon (“Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad”)
10 Penyertaan
Selain daripada memperolehi penyertaan, Peserta Layak juga mesti memenuhi Syarat Perbelanjaan
Minimum RM500 dan/atau RM10,000 untuk memenangi Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Utama masing-masing dengan melakukan Perbelanjaan Tempatan dan/atau Perbelanjaan Harian dan/atau Perbelanjaan Luar Negara dan/atau Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad dan/atau Transaksi E-Dompet Layak seperti yang dijelaskan dalam Klausa-Klausa 13 hingga 25 di sini.
Transaksi Layak 13. Perbelanjaan Tempatan, Perbelanjaan Harian dan/atau Perbelanjaan Luar Negara seperti yang
dinyatakan di bawah Klausa 12 di sini hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai (“Transaksi Layak”).
14. Transaksi Layak bagi Kempen hendaklah termasuk perbelanjaan runcit tempatan dan/atau luar negara yang dikenakan pada mana-mana Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Layak semasa Tempoh Kempen. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi berikut adalah di sini secara nyata dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Layak:-
i) Transaksi yang dilakukan pada Kad Perniagaan Platinum CIMB dan Kad Fuel Tanker CIMB; ii) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); iii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan bayaran ansuran yang dibekalkan oleh
CIMB; iv) arahan tetap/perkhidmatan bayaran automatik; v) Bayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, bayaran tunai, fi penggantian
kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj penipuan atau apa-apa fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB atau selainnya;
vi) Transaksi bagi bayaran yang dilakukan kepada premium insurans dan/atau sumbangan takaful dalam apa jua bentuk;
vii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; dan viii) Transaksi perbelanjaan runcit yang selepas ini dibatalkan, dibayar balik, dipertikaikan, tanpa
kebenaran atau penipuan.
4
15. Perbelanjaan Harian terpakai kepada Kod Kategori Perniagaan berikut sahaja berdasarkan rekod
CIMB:
Kategori Kod Kategori Perniagaan
Membeli-belah
4812, 5137, 5139, 5300, 5309, 5310, 5311, 5331, 5399, 5611, 5621, 5631, 5641, 5651, 5655, 5661, 5691, 5699, 5712, 5719, 5722, 5732, 5735, 5912, 5941, 5942, 5943, 5944, 5945, 5947, 5948, 5950, 5964, 5965, 5969, 5977, 5999, 7278, 5921, 5970, 5192, 5193
Makan 5462, 5499, 5811, 5812, 5813, 5814, 5462, 5499
Runcit 5411, 5422, 5451
16. Perbelanjaan Luar Negara hendaklah ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) bagi tujuan pengiraan
dan hendaklah berdasarkan kadar pertukaran semasa CIMB. Sekiranya jumlah pembelian Perbelanjaan Luar Negara telah ditukar kepada Ringgit Malaysia pada masa jualan melalui Penukaran Mata Wang Dinamik (“Dynamic Currency Conversion”) (DCC), bentuk transaksi ini akan dikategorikan sebagai Perbelanjaan Tempatan atau Perbelanjaan Harian. Bagi mengelakkan keraguan, suatu transaksi hendaklah dianggap sebagai Perbelanjaan Luar Negara jika kod mata wang di mana transaksi dilakukan dalam mana-mana mata wang asing tidak termasuk Ringgit Malaysia. Apa-apa penentuan oleh CIMB berkenaan dengan apa yang merupakan Perbelanjaan Luar Negara hendaklah konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun, melainkan kesilapan nyata.
17. Sila rujuk contoh di bawah untuk pengiraan penyertaan bagi Transaksi Layak.
Contoh: -
Peserta Layak Transaksi Layak
dilakukan
Jumlah yang dibelanjakan dalam satu resit (RM)
Bil. penyertaan yang diperolehi
Jumlah penyertaan yang
diperolehi
A Perbelanjaan Tempatan 50 1 1
B Perbelanjaan Tempatan 50 1
7 Perbelanjaan Harian 100 6
C
Perbelanjaan Tempatan 50 1
22 Perbelanjaan Harian 100 6
Perbelanjaan Luar Negara
150 15
D
Perbelanjaan Tempatan 25 0
0 Perbelanjaan Harian 30 0
Perbelanjaan Luar Negara
40 0
Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad 18. Bagi mengelakkan keraguan, Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad semasa Tempoh Kempen
hendaklah termasuk yang berikut: -
i) Pemohon yang tidak mempunyai apa-apa kad kredit CIMB utama dan/atau tambahan sebelum Kempen dan mengemukakan permohonan untuk kad kredit CIMB utama dan/atau tambahan baru (melainkan Kad Perniagaan Platinum dan Kad Fuel Tanker CIMB) semasa Tempoh Kempen; dan/atau
5
ii) Pemohon yang telah membatalkan kad kredit CIMB utama dan/atau tambahan mereka melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan kad kredit CIMB utama dan/atau tambahan yang baru dipohon mereka (melainkan Kad Perniagaan Platinum dan Kad Fuel Tanker CIMB) semasa Tempoh Kempen;
yang melakukan Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad mereka. Bagi mengelakkan keraguan, Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad hanya terpakai kepada Transaksi Layak minimum Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50) atau bersamaannya yang pertama yang dilakukan dengan menggunakan kad kredit CIMB utama dan/atau tambahan yang baru dipohon dalam Tempoh Kempen. Sila rujuk contoh di bawah.
Contoh: -
Peserta Layak
Bil. kad kredit utama
sebelum Tempoh Kempen
Permohonan kad kredit
baru semasa Tempoh Kempen
Permohonan kad kredit utama /
tambahan baru
Perbelanjaan Pertama
Baru-Kepada-Kad
semasa Tempoh Kempen
Bil. penyertaan
yang diperolehi
Jumlah penyertaan
yang diperolehi
A 0 Kad Kredit Platinum
CIMB Utama Ya 10 10
B 0
Kad Kredit Platinum
CIMB Utama
Ya 10
20 Kad Kredit Platinum
Rebat Tunai CIMB
Utama
Ya
10
C 0
Kad Kredit Platinum
CIMB Utama
Ya 10
20 Kad Kredit Platinum
CIMB Tambahan
Ya 10
D 1 Kad Kredit Platinum
CIMB Utama
Ya 0 0
E 1
Kad Kredit Platinum
CIMB Utama
Ya 0
10 Kad Kredit Platinum
CIMB Tambahan
Ya 10
Transaksi Layak seterusnya yang dilakukan selepas Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad akan berdasarkan kriteria penyertaan seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 12 di sini.
19. CIMB merizabkan hak untuk meluluskan atau menolak apa-apa permohonan kad kredit dan/atau meminta apa-apa dokumen sokongan lanjut yang ia anggap sesuai. Bagi mengelakkan keraguan,
6
CIMB mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen sokongan adalah mencukupi untuk tujuan memproses permohonan kad kredit yang dikemukakan kepada CIMB. Transaksi E-Dompet Layak
20. Selepas pendaftaran berjaya seperti Klausa 6 di atas, Peserta Layak mesti melakukan transaksi perbelanjaan runcit e-dompet di peniaga-peniaga yang terpilih (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa-Klausa 21 hingga 22 di sini) menggunakan Akaun Kad Kredit Penyertaan mereka mengikut cara yang dijelaskan di bawah semasa Tempoh Kempen untuk memenangi Hadiah ”Spend & Travel” Wheel (seperti yang dijelaskan dalam Klausa-Klausa 43 hingga 47 di sini):-
Kriteria Perbelanjaan Kelayakan Minimum RM50 transaksi perbelanjaan runcit e-dompet setiap Minggu Penyertaan pada BigPay, Boost, Fave dan/atau Touch n’ Go eWallet (“Perbelanjaan E-Dompet”)
3X peluang memutar “Spend & Travel” Wheel setiap Minggu Penyertaan
21. Bagi mengelakkan keraguan, Perbelanjaan E-Dompet hanya terpakai kepada peniaga terpilih dan
Kod Kategori Perniagaan (“Transaksi E-Dompet Layak”) berdasarkan rekod CIMB mengikut cara yang dijelaskan di bawah untuk memenangi Hadiah “Spend & Travel” Wheel: -
Peniaga Kod Kategori Perniagaan
BigPay 6012
Boost 5968, 6540
Fave 5311, 5651, 5812, 5814, 7278, 7298, 7542
Touch n’ Go eWallet 4784, 5968
22. Minggu Penyertaan di mana Peserta Layak mesti melakukan Transaksi E-Dompet Layak adalah
seperti di bawah:-
Minggu Penyertaan Tempoh Transaksi E-Dompet Layak
1 1 – 9 November 2019
2 10 – 16 November 2019
3 17 – 23 November 2019
4 24 – 30 November 2019
5 1 – 7 Disember 2019
6 8 – 14 Disember 2019
7 15 – 21 Disember 2019
8 22 – 28 Disember 2019
9 29 Disember 2019 – 4 Januari 2020
10 5 – 11 Januari 2020
11 12 – 18 Januari 2020
12 19 – 25 Januari 2020
13 26 Januari – 1 Februari 2020
14 2 – 8 Februari 2020
15 9 – 15 Februari 2020
16 16 – 22 Februari 2020
17 23 – 29 Februari 2020
7
23. Transaksi E-Dompet Layak juga akan melayakkan Peserta Layak untuk memperolehi penyertaan bagi berpeluang memenangi Hadiah Bulanan dan/atau Utama.
24. Peniaga dan/atau Kod Kategori Perniagaan yang tidak terjatuh di bawah Transaksi E-Dompet Layak seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 21 tidak akan layak kepada Hadiah “Spend & Travel” Wheel tetapi akan melayakkan Peserta Layak untuk memperolehi penyertaan bagi berpeluang memenangi Hadiah Bulanan dan/atau Utama selagi Peserta Layak memenuhi kriteria perbelanjaan.
25. Sila rujuk contoh di bawah bagi Transaksi E-Dompet Layak. Contoh:-
Peserta Layak
Transaksi E-Dompet
Layak Setiap Minggu
Jumlah minimum
yang dibelanjakan dalam satu
resit tunggal (RM)
Jenis Transaksi Layak
Kelayakan kepada Hadiah
“Spend & Travel” Wheel
Bil. peluang untuk
memutar “Spend &
Travel” Wheel
Bil. penyertaan
yang diperolehi
bagi Hadiah Bulanan
dan/atau Utama
A Ya 50 Perbelanjaan
Tempatan Ya 3 1
B Ya
100 Perbelanjaan Luar
Negara Ya 3 10
C Ya
30 Perbelanjaan
Tempatan Tidak 0 0
D
Tidak (Bukan dengan peniaga terpilih
dan/atau Kod Kategori Perniagaan)
100 Perbelanjaan
Tempatan Tidak 0 2
Jumlah Transaksi 26. Transaksi Layak, Perbelanjaan Pertama Baru-Kepada-Kad dan/atau Transaksi E-Dompet Layak
hendaklah selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai (“Jumlah Transaksi”).
27. Jumlah Transaksi hendaklah dikira berdasarkan jumlah perbelanjaan kad kredit yang disatukan (utama dan tambahan) Peserta Layak. Sekiranya Peserta Layak mempunyai pelbagai akaun kad kredit, Jumlah Transaksi yang dilakukan ke atas semua Akaun Kad Kredit Penyertaannya termasuk akaun kad kredit utama dan tambahan hendaklah disatukan dan tidak dilihat secara individu. Sila rujuk kepada contoh di bawah. Contoh:
8
Peserta Layak
Kad kredit Utama /
Tambahan
Jenis Jumlah Transaksi
Jumlah
minimum yang
dibelanjakan dalam satu
resit tunggal (RM)
Kelayakan kepada Hadiah
“Spend & Travel” Wheel
Bil. penyertaan
yang diperolehi
Jumlah penyertaan yang diperolehi bagi Hadiah Bulanan dan/atau Utama
A Utama Perbelanjaan
Tempatan 500 Tidak 10 10
B
Utama Perbelanjaan Tempatan
150 Tidak 3
65 Perbelanjaan
Harian 200 Tidak 12
Perbelanjaan Luar Negara
500 Tidak 50
C
Utama Perbelanjaan Tempatan
199 Tidak 3
73
Perbelanjaan Harian
150 Tidak 9
Perbelanjaan Luar Negara
501 Tidak 50
Tambahan 1
Perbelanjaan Pertama
Baru-Kepada-Kad
110 Tidak 10
Transaksi E-Dompet
Layak (Perbelanjaan
Tempatan)
99 Ya 1
D
Utama
Perbelanjaan Tempatan
199 Tidak 3
103
Perbelanjaan Harian
150 Tidak 9
Perbelanjaan Luar Negara
501 Tidak 50
Tambahan 1
Perbelanjaan Pertama
Baru-Kepada-Kad
110 Tidak 10
Transaksi E-Dompet
Layak (Perbelanjaan
Tempatan)
99 Ya 1
Tambahan 2
Perbelanjaan Pertama
Baru-Kepada-Kad
500 Tidak 10
9
Transaksi E-Dompet
Layak (Perbelanjaan Luar Negara)
200 Ya 20
E Utama
Perbelanjaan Tempatan
10 Tidak 0
0 Perbelanjaan
Harian 19 Tidak 0
Perbelanjaan Luar Negara
49 Tidak 0
28. Pengesanan Jumlah Transaksi adalah berdasarkan pada tarikh dan/atau masa (Waktu Malaysia)
seperti yang dirakam oleh rekod CIMB semasa Tempoh Kempen.
29. CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan/atau kesilapan dan/atau kelewatan dalam penghantaran bukti dan/atau paparan Jumlah Transaksi ke Akaun Kad Kredit Layak Peserta Layak oleh VISA, Mastercard, tempat peniaga dan/atau mana-mana pihak lain melainkan yang sama adalah disebabkan oleh keingkaran sengaja atau kecuaian melampau CIMB.
30. Apa-apa penentuan oleh CIMB berkenaan dengan apa yang merupakan Jumlah Transaksi hendaklah
konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun melainkan yang sama kelihatan terlampau tidak adil atau tidak saksama.
Proses Pemilihan Pemenang
31. Pada penamatan Tempoh Kempen, Peserta Layak akan dipilih secara rawak oleh sistem pemilihan
automatik berdasarkan jumlah penyertaan yang diperolehi dan Syarat Perbelanjaan Minimum yang dipenuhi oleh Peserta Layak semasa Tempoh Kempen, bagi Hadiah-Hadiah yang berikut: -
i) Hadiah Bulanan
a) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik CIMB akan menjana dua puluh (20) pemenang berpotensi bagi setiap Bulan Penyertaan yang dirujukkan di bawah Klausa-Klausa 35 hingga 38 di sini berdasarkan jumlah penyertaan yang diperolehi dan Syarat Perbelanjaan Minimum RM500 yang dipenuhi semasa setiap Bulan Penyertaan (“Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi”). Suatu notifikasi SMS akan dihantar sekali kepada setiap Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi dalam masa tiga (3) minggu selepas penamatan setiap Bulan Penyertaan dan beliau akan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan membalas SMS tersebut dengan jawapan yang betul dalam masa luput. Masa luput (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan dalam SMS. Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang membalas SMS dengan jawapan yang betul dalam masa luput akan disahkan sebagai Pemenang Hadiah Bulanan. Sekiranya Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi tidak menjawab dengan betul atau tidak membalas dalam masa luput yang diberi, beliau akan dilucutkan kelayakan dan tidak akan layak untuk memenangi Hadiah Bulanan masing-masing.
b) CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan bagi SMS yang dihantar kepada Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang tidak dijawab atau tidak dibalas disebabkan oleh ketidaksediaan Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi dan/atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain. Ia hendaklah merupakan tanggungjawab Peserta Layak untuk
10
memastikan bahawa nombor telefon mereka yang disediakan adalah terkini dan dikemas kini dengan CIMB sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang dilakukan oleh Peserta Layak.
ii) Hadiah Utama
a) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik CIMB akan
menjana satu (1) pemenang berpotensi yang dirujukkan di bawah Klausa-Klausa 39 hingga 42 di sini berdasarkan jumlah penyertaan yang diperolehi dan Syarat Perbelanjaan Minimum RM10,000 yang dipenuhi sepanjang Tempoh Kempen (“Pemenang Hadiah Utama Berpotensi”). Pemenang Hadiah Utama Berpotensi akan dihubungi melalui telefon pada nombor mudah alih mereka yang dikekalkan dalam rekod CIMB dalam masa dua belas (12) minggu selepas penamatan Tempoh Kempen dan akan diperlukan untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama masing-masing. Sekiranya cubaan pertama untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi gagal, iaitu disebabkan sebab-sebab seperti tidak ada jawapan, nombor telefon tidak ada dalam perkhidmatan, tidak ada sambungan atau apa-apa sebab lain, dua lagi (2) cubaan akan dilakukan untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut. Sekiranya cubaan ketiga (ke-3) tidak berjaya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut akan dilucut kelayakan dan tidak layak untuk memenangi Hadiah Utama masing-masing. Seorang Pemenang Hadiah Utama Berpotensi baru akan kemudiannya dipilih semula untuk mengganti Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang dilucutkan kelayakan tersebut.
b) CIMB mempunyai budi bicara tunggal untuk menetapkan hari bekerja (Isnin-Jumaat)
dan masa (9 pagi-6 petang) yang ditentukan untuk melakukan panggilan telefon kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi. CIMB tidak akan bertanggungjawab bagi panggilan yang dilakukan kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang (i) tidak dilengkapkan atau terputus akibat daripada apa jua sebab; (ii) tidak dijawab atau tidak diteruskan akibat daripada ketidakhadiran Pemenang Hadiah Utama Berpotensi pada tarikh dan masa yang ditentukan dan/atau akibat daripada apa-apa sebab lain. Ia hendaklah merupakan tanggungjawab Peserta Layak untuk memastikan nombor telefon mereka yang dibekalkan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB sekiranya apa-apa perubahan terhadapnya telah dilakukan oleh Peserta Layak. CIMB merizabkan hak untuk merekodkan perbualan telefon ini.
iii) Hadiah “Spend & Travel” Wheel
a) Peserta Layak yang berjaya melakukan Transaksi E-Dompet Layak setiap Minggu Penyertaan seperti yang dinyatakan di bawah Klausa-Klausa 20 hingga 25 di sini akan menerima satu (1) SMS daripada CIMB. SMS tersebut akan (i) memaklumkan Peserta Layak bahawa mereka telah memenuhi kriteria pembelanjaan untuk Transaksi E-Dompet Layak; (ii) mengandungi alamat laman web yang akan mengarahkan Peserta Layak ke laman web “Spend & Travel” Wheel di mana Peserta Layak akan diberikan tiga (3) peluang untuk memutar “Spend & Travel” Wheel untuk memenangi Hadiah “Spend & Travel” Wheel.
b) SMS tersebut akan dihantar kepada Peserta Layak setiap Isnin berikutnya bagi setiap Minggu Penyertaan. Jika Isnin tersebut adalah Cuti Awam, SMS tersebut akan dihantar pada hari kerja berikutnya. Alamat laman web akan sah selama tujuh (7) hari sahaja dari tarikh SMS dihantar kepada Perserta Layak. Peserta Layak yang tidak melayari
11
laman web untuk memutar “Spend & Travel” Wheel untuk memenangi Hadiah “Spend & Travel” Wheel dalam tempoh sah tersebut akan menyebabkan alamat laman web tidak sah dan/atau Hadiah “Spend & Travel” Wheel dilucutkan. Sila rujuk contoh di bawah.
Contoh: -
Peserta Layak
Minggu Penyertaan Transaksi E-Dompet
Layak yang dilakukan
Tarikh SMS dihantar kepada
Peserta Layak Tempoh Sah
A 1 – 9 November 2019 11 November 2019 11 – 17 November 2019
B 22 – 28 Disember 2019 30 Disember 2019 30 Disember 2019 –
5 Januari 2020
C 23 – 29 Februari 2020 2 Mac 2020 2 – 8 Mac 2020
32. Peserta Layak adalah layak untuk memenangi maksimum satu (1) Hadiah Bulanan, satu (1) Hadiah
Utama, dan lima puluh satu (51) Hadiah “Spend & Travel” Wheel sahaja sepanjang Tempoh Kempen.
33. Pada masa pemilihan pemenang Kempen, Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Layak terpilih MESTI berada dalam keadaan baik dan MESTI TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syarat-syarat perjanjian kad kredit CIMB atau berdelinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan jika tidak mereka akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai atau dipilih sebagai pemenang Kempen.
Hadiah dan Proses Pemenuhan
34. Butiran Hadiah Bulanan, Hadiah Utama dan/atau Hadiah “Spend & Travel” Wheel (“Hadiah”) adalah
seperti yang ditakrifkan dalam Klausa-Klausa 35 hingga 47 di sini. Hadiah Bulanan
35. Butiran Bulan Penyertaan, Hadiah Bulanan dan bilangan pemenang Hadiah Bulanan adalah seperti yang berikut: -
Bulan Penyertaan Hadiah Bulanan No. Pemenang Hadiah Bulanan
November 2019 Setiap Baucar Perjalanan bernilai
RM4,000 20
Disember 2019 Setiap Baucar Perjalanan bernilai
RM4,000 20
Januari 2020 Setiap Baucar Perjalanan bernilai
RM4,000 20
Februari 2020 Setiap Baucar Perjalanan bernilai
RM4,000 20
Jumlah 80
36. Butiran Hadiah Bulanan adalah seperti yang berikut: -
i) Baucar Perjalanan boleh digunakan untuk menebus dan/atau membuat tempahan bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan termasuk tetapi tidak terhad kepada tiket penerbangan, penginapan hotel dan/atau pakej pelancongan.
ii) Penebusan baucar perjalanan, tempahan dan/atau pengaturan perkhidmatan berkaitan perjalanan hendaklah dibuat melalui Diners World Travel Sdn Bhd (“Penjual”) melalui telefon di +603-2712 0200 atau e-mel kepada [email protected].
12
iii) Penebusan dan/atau tempoh perjalanan bagi Baucar Perjalanan adalah dari 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Kegagalan untuk menebus Baucar Perjalanan dalam tempoh tersebut akan mengakibatkan Baucar Perjalanan dilucutkan dan/atau menjadi tidak sah dan/atau tidak boleh digunakan bagi penebusan.
iv) Tempahan perkhidmatan berkaitan perjalanan dan/atau penebusan Baucar Perjalanan hendaklah dilakukan minimum dua (2) minggu atau empat belas (14) hari terdahulu bagi tempoh piawai. Tempahan terdahulu dan/atau tempoh penebusan tiga (3) minggu atau dua puluh (21) hari akan diperlukan semasa musim puncak dan/atau cuti sekolah.
v) Semua perkhidmatan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan CIMB tidak mempunyai kawalan ke atas pengaturan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada tiket penerbangan, penginapan hotel, dan/atau pakej pelancongan dan pengaturan tersebut mungkin tertakluk kepada perubahan. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perubahan dan/atau pembatalan mana-mana pengaturan tersebut.
vi) Setelah Baucar Perjalanan telah ditebus, apa-apa perubahan dan/atau pembatalan akan tertakluk kepada penalti pembatalan dan/atau fi perubahan ejen.
vii) Bagi mengelakkan keraguan, jika harga perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan yang ditebus oleh Peserta Layak adalah melebihi Ringgit Malaysia Empat Ribu (RM4,000), jumlah tambahan akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta Layak.
viii) Baucar Perjalanan tidak boleh dipindah milik atau ditebus dalam bentuk wang tunai dan tidak ada nilai bayaran balik.
37. Peserta Layak adalah layak untuk memperolehi dan mengumpul penyertaan bermula dari hari pertama (ke-1) setiap Bulan Penyertaan untuk berpeluang memenangi satu (1) daripada dua puluh (20) Hadiah Bulanan yang diberikan setiap Bulan Penyertaan selagi Peserta Layak berdaftar dalam Bulan Penyertaan yang sama. Sila rujuk contoh di bawah: -
Peserta Layak Tarikh Pendaftaran Bulan penyertaan layak kepada Hadiah Bulanan
Tempoh pengumpulan penyertaan
A 1 November 2019
November 1 – 30 November 2019
Disember 1 – 31 Disember 2019
Januari 1 – 31 Januari 2020
Februari 1 – 29 Februari 2020
B 25 Disember 2019
Disember 1 – 31 Disember 2019
Januari 1 – 31 Januari 2020
Februari 1 – 29 Februari 2020
C 15 Januari 2020 Januari 1 – 31 Januari 2020
Februari 1 – 29 Februari 2020
D 29 Februari 2020 Februari 1 – 29 Februari 2020
38. Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk memenangi maksimum satu (1) daripada jumlah lapan puluh (80) Hadiah Bulanan sepanjang Tempoh Kempen.
Hadiah Utama
39. Butiran Tempoh, Hadiah Utama dan bilangan pemenang Hadiah Utama sepanjang Tempoh Kempen
adalah seperti yang berikut: -
Tempoh Hadiah Utama No. Pemenang Hadiah Utama Sepanjang Tempoh Kempen
1 November 2019 – 29 Februari 2020
Perjalanan berbayar penuh untuk 2 pax bernilai RM40,000 ke Itali, Las Vegas,
1
13
Iceland, Kenya, Mauritius atau Switzerland
(Peserta Layak dibenarkan untuk memilih hanya satu (1) daripada enam
(6) destinasi yang ditawarkan)
Perjalanan berbayar penuh hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai (“Lawatan”). 40. Butiran Hadiah Utama adalah seperti berikut: -
i) Lawatan ke Itali, Las Vegas, Iceland, Kenya, Mauritius atau Switzerland akan berada dalam bentuk baucar perjalanan yang boleh digunakan oleh Peserta Layak untuk menebus hanya satu (1) dari enam (6) destinasi yang ditawarkan.
ii) Butiran setiap Lawatan adalah seperti berikut: -
Destinasi Tempoh Pengaturan Lawatan
Iceland 8 Hari 5 Malam
Hari 1:
Berlepas dari Malaysia ke Reykjavik, Iceland Hari 2:
Ketibaan di Reykjavik dan berpindah ke hotel. Nota: Setibanya di Reykjavik Keflavik, pemindahan lapangan terbang akan beroperasi pada pukul 8 pagi dan 3 petang. Para tetamu yang tiba kemudiannya harus mencari cara sendiri mereka ke hotel.
Hari 3:
Lawatan persiaran ke Parliament House, Old Harbour, National Museum & kolam renang Laugardalur.
Lawatan gereja Hilltop Hallgrímskirkja
Meneroka dengan suatu pemanduan ‘Northern Light drive’ pada petang ini.
Hari 4:
Golden Circle dan Thingvellir National Park sepanjang hari. Hari 5:
Memulakan perjalanan epik menerusi tepi pantai selatan Iceland yang luar biasa, tanah legenda Viking dan keindahan semula jadi mistik.
Melawat air terjun Seljalandsfoss dan Skogafoss yang menakjubkan dan petengahan gunung berapi Eyjafjallajökull.
Lawati Skogar Folk Museum di mana anda akan ‘Dive into Culture’ dan belajar tentang warisan Iceland, kemudiannya meneruskan perjalanan ke Vik untuk melihat pantai pasir hitam.
Hari 6:
Mengalami air penyembuhan Blue Lagoon yang terkenal di dunia dengan koktel yang lazat di tangan.
Hari 7:
Berlepas dari Iceland – berpindah ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia. Nota: Pemindahan balik pada hari terakhir akan tiba di Lapangan Terbang Reykjavik Keflavik kira-kira pada pukul 5 pagi dan 12.20 petang. Tetamu yang berlepas selain daripada
14
masa tersebut dan tidak ingin beredar pada waktu tersebut boleh menuju ke lapangan terbang dengan sendiri.
Hari 6:
Tiba di Kuala Lumpur
Las Vegas 7 Hari 4 Malam
Hari 1:
Berlepas dari Malaysia ke Las Vegas, MERENTASI ZON MASA DAPATKAN SEHARI
Ketibaan di Lapangan Terbang Las Vegas dan berpindah ke hotel.
Hari 2:
Lawatan bersiar-siar ke Grand Canyon South Rim untuk menemui Hoover Dam, Arizona dan kawasan daerah Grand Canyon Historic Village.
Hari 3:
Memulakan perjalanan anda ke Grand Canyon West Rim di seluruh Black Canyon dan Joshua Tree Forest berusia 900 tahun.
Berhenti untuk makan tengah hari BBQ yang disediakan oleh ahli-ahli Hualapai Tribe di tepi Grand Canyon.
Hari 4:
Hari bebas untuk membeli-belah di gedung Hari 5:
Berlepas dari Las Vegas dan pemindahan ke Lapangan Terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia.
Hari 6:
MERENTASI ZON MASA DAN HILANG SEHARI Hari 7:
Tiba di Kuala Lumpur
Itali 11 Hari 8 Malam
Hari 1:
Berlepas dari Malaysia ke Rom, Itali Hari 2:
Ketibaan di Rom dan pemindahan ke hotel Nota: Setibanya di Rome Fiumicino, pemindahan lapangan terbang akan beroperasi pada pukul 9.30 pagi, 12.30 petang dan 3.30 petang. Para tetamu yang tiba lewat harus menuju ke hotel dengan sendiri.
Memulakan ‘orientation drive’ merentasi keistimewaan ikonik dan tidak dijangka di Rome, lawatan termasuk pemandangan Colosseum dan Circus Maximus
Hari 3:
Lawatan persiaran ke Montecatini bermula di pusat Christandom, St. Peter's Basilica dan Pietà Michelangelo yang dikagumi.
Menikmati pemanduan santai melalui bukit-bukau Tuscan yang indah ke resort spa terma Montecatini.
Hari 4:
Memulakan perjalanan anda ke Florence dan jelajahi sejarah Renaissance Florence semasa lawatan jalan kaki anda.
Melihat Duomo yang megah dan melawat Piazza della Signoria.
Pada masa lapang anda, pertimbangkan untuk melawat Ponte
15
Vecchio Bridge, yang merupakan salah satu mercu tanda yang paling terkenal di bandar dan dipenuhi dengan tukang emas dan penjual barang kemas.
Hari 5:
Berehat di perairan Montecatini Thermal Spa yang menenangkan pada hari lapang anda atau menyertai ‘Optional Experience’ ke Cinque Terre, yang mana desa-desa yang berwarna pastel menarik berpaut pada tebing Ligurian yang lasak.
Hari 6:
Perjalanan seharian penuh ke Pisa di mana kami menyertai Pakar Tempatan untuk melihat Leaning Tower dan Vinci yang terkenal di mana kami akan ‘Dive into Culture’ di Museo Leonardiano dan mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam berkenaan kehidupan pakar yang berbakat ini.
Hari 7:
Mengalami bandar Siena untuk melihat Katedral marmar abad ke-13 dan Piazza del Campo berbentuk cengkerang yang menjadi tuan rumah perlumbaan kuda Palio dua kali setahun.
Hari 8:
Menjamu mata anda dengan warna-warna yang terang dan kesibukan gerai-gerai yang dipenuhi dengan hasil segar di pasar makanan Florence tempatan di mana anda akan menyertai tukang masak professional Pakar Tempatan untuk mengenali masakan Itali yang lazat dan belajar untuk memasak seperti orang Itali.
Hari 9:
Berlepas dari Tuscany dan meneruskan perjalanan ke selatan ke Rom untuk menikmati Makan Malam eksklusif di kalangan kesenian Rom dan Yunani Purba yang dipamerkan di Museo Gregoriano Profano atau di sekitar Salone di Raffaello yang megah di Pinacoteca.
Kami akan mempunyai akses ke Muzium sebelum makan malam dan menyertai Pakar Tempatan selepas itu untuk lawatan malam berpandu ke Vatican Museums, termasuk lawatan ke siling fresko Michelangelo megah di Sistine Chapel apabila ia kurang sesak.
Hari 10:
Berlepas dari Rom dan berpindah ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia. Nota: Pemindahan balik pada hari terakhir akan tiba di Lapangan Terbang Rome Fiumicino pada jam 7 pagi dan 9.30 pagi. Tetamu yang berlepas selain daripada masa tersebut dan tidak ingin beredar pada waktu tersebut boleh menuju ke lapangan terbang dengan sendiri.
Hari 11:
Tiba di Kuala Lumpur
Hari 1:
Berlepas dari Malaysia ke Nairobi
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Nairobi Jomo
16
Kenya, Africa Timur
7 Hari 5 Malam
Kenyatta dan berpindah ke hotel. Hari 2:
Perjalanan dari Nairobi ke Aberdares
Berhenti di Aberdares Country Club untuk makan tengahari.
Mengalami ‘lodge vehicle’ dan melakukan ‘game drive’ ke Aberdares dan mendaftar masuk ke The Ark. Ia adalah cara terbaik untuk diperkenalkan kepada Safari di Kenya di mana anda boleh ‘game view’ dalam privasi di bilik anda atau dari teres atas di luar dan juga dari ruang istirahat di mana anda boleh menikmati suatu aperitif.
Hari 3:
Memulakan perjalanan anda ke seluruh Kenya menuju ke kawasan Lake Nakuru.
Ketibaan di tempat penginapan akan sempat untuk makan tengah hari bufet.
Berlepas untuk ‘game drive’ di taman sepanjang pantai tasik. Makan malam dan bermalam di tempat penginapan di Lake Nakuru.
Hari 4:
Perjalanan mula membawa anda ke Masai Mara, rizab hidupan liar yang terkenal di Kenya.
Mengalami pemanduan yang membawa anda turun ke Great Rift Valley yang menawarkan pemandangan menakjubkan di padang belantara dan Mt Longonot.
Hari 5:
Hari penuh di Masai Mara untuk mengalami pemanduan ‘game viewing’.
Hari 6:
Beralih dari Masai Mara ke Nairobi selepas sarapan pagi di penginapan.
Makan tengah hari berkelah dalam perjalanan ke ibu kota Kenya yang sibuk di Nairobi.
Hari 7:
Dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta untuk penerbangan awal pagi kembali ke Malaysia.
Mauritius 6 Hari 4 Malam
Hari 1:
Berlepas dari Malaysia ke Mauritius
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam (SSR) dan berpindah ke hotel.
Hari 2:
Lawatan persiaran ke Trou aux Cerfs, sebuah kawah gunung berapi yang telah pupus di mana terdapat pemandangan panorama sebahagian besar pulau tersebut yang menakjubkan.
Melawat Curepipe, bandar kediaman paling penting di pulau tersebut.
Menerokai hutan Plagne Champagne, suatu rizab semula jadi dan nikmati pemandangan megah Black River Gorges.
Menerokai air terjun megah Chamarel yang muncul dari lembah-lembah semasa perjalanan ke Seven Coloured Earth
17
of Chamarel yang unik Atau
Seharian penuh di La Vallée Des Couleurs Nature Park. Hari 3:
Seharian penuh ILE AUX CERFS island hoping dengan bot laju
Makan tengah hari BBQ di Pulau Ilot Margenie dan menyertai live music pasukan animasi tempatan.
Hari 4:
Lawatan sepanjang hari dengan pilihan Casela Nature & Leisure Park – berinteraksi dengan singa Atau
Penerokaan Laluan Teh di Domaine des Aubineaux, honey Woods dan Domaine Saint Aubin, yang membolehkan anda melakukan perjalanan ke selatan Mauritius dan melibatkan diri and dalam tradisi dan gastronomi tempatan.
Hari 5:
Bebas dengan masa lapang sendiri
Berlepas dari Mauritius - berpindah ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia.
Hari 6:
Tiba di Kuala Lumpur.
Switzerland 11 Hari 8 Malam
Hari 1:
Berlepas dari Malaysia ke Zurich, Switzerland. Hari 2:
Ketibaan di Zurich dan beralih ke hotel. Nota: Radisson Blu Hotel terletak di Lapangan Terbang Zurich untuk kemudahan tetamu, supaya tetamu boleh mencari cara sendiri mereka ke hotel dari terminal Lapangan Terbang.
Hari 3:
Lawatan persiaran ke bandar lama Berne, mengagumi jalan-jalan zaman pertengahan, pancutan air berhias dan laluan pejalan kaki berarked.
Perjalanan ke Lake Geneva, yang berlatar belakang murni dengan puncak dilitupi salji dan kebun anggur.
‘Optional Experience’ untuk berlayar di Lake Geneva, termasuk lawatan ke Charlie Chaplin museum di bekas harta pusakanya, Manoir de Ban.
Hari 4:
Mengunjungi Chillon Castle selepas sarapan pagi, dan hentian seterusnya adalah kebun anggur abad ke-15 Cave Champ de Clos di Chexbres.
Meneruskan perjalanan ke bandar peranginan Zermatt, yang berlatar belakangkan Matterhorn yang diliputi salji.
Hari 5:
Meluangkan seharian menikmati udara gunung yang segar dan vista panorama Alpine yang indah.
Mengalami Klein Matterhorn untuk pemandangan gunung yang paling menakjubkan atau meneroka warisan yang pernah menjadi sebuah kampung gunung terpencil.
Hari 6:
Berlepas dari Switzerland, meneruskan perjalanan ke bandar
18
tepi tasik Baveno di Tasik Maggiore, Itali.
Meluangkan masa yang selebihnya dengan menikmati suasana santai di tepi tasik.
Hari 7:
Perjalanan melalui kawasan desa Itali yang indah, menyeberangi sempadan Switzerland ke Upper Engadine Valley yang indah.
Menaiki kereta api dari bandar Tirano dan meneruskan perjalanan melalui landskap yang indah dalam perjalanan ke bandar peranginan bergaya St. Moritz.
Hari 8:
Memberikan penghormatan kepada Swiss Guards berani yang kehilangan nyawa mereka semasa mempertahankan King Louis XVI di Lion Monument, dan merentasi Chapel Bridge kayu yang ikonik sebelum bersiar-siar melepasi fasad bangunan berwarna-warni bandar ini.
Menginap untuk satu malam di 'Stays With Stories' Trafalgar – Grand Europe Hotel, yang menjanjikan keanggunan masa lalu dan pemandangan vista tasik yang luas.
Hari 9:
Perjalanan ke Interlaken di pertengahan Switzerland, yang terletak di bayang Jungfrau Mountain, berhenti di kampung Brienz di mana kami akan ‘Dive into Culture’ dan mendapatkan maklumat lanjut.
Meluangkan masa lapang dan menikmati pemandangan yang hebat puncak Bernese Oberland.
Hari 10:
Bertolak dari Zurich – berpindah ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia. Nota: Pemindahan balik pada hari terakhir perjalanan akan tiba di Lapangan Terbang Zurich pada pukul 8 pagi dari Lucerne. Tetamu yang berlepas selain daripada masa tersebut dan tidak ingin beredar pada waktu tersebut boleh menuju ke lapangan terbang dengan sendiri.
Hari 11:
Tiba di Kuala Lumpur
iii) Penebusan dan/atau tempoh perjalanan bagi Lawatan adalah dari 1 April 2020 hingga 31
Mac 2021. Kegagalan untuk menebus Lawatan dan/atau perjalanan dalam tempoh tersebut akan mengakibatkan Lawatan dilucutkan dan/atau tidak dapat diperoleh oleh Peserta Layak.
iv) CIMB tidak mempunyai kawalan ke atas pengaturan semua Lawatan yang dinyatakan di bawah Klausa 40 (ii) yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbangan, aktiviti, penginapan, dan/atau pengangkutan dan pengaturan tersebut mungkin tertakluk kepada perubahan. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perubahan dan/atau pembatalan mana-mana pengaturan tersebut.
v) Peserta Layak adalah bertanggungjawab, jika berkenaan, untuk dokumen dan kos dan perbelanjaan tambahan yang diperlukan untuk Lawatan seperti tetapi tidak terhad kepada pasport, visa, permit, caj bagasi berlebihan, perubahan penerbangan, insurans, tambahan wang perbelanjaan, caj sampingan (seperti mini-bar, panggilan telefon, bil bar, filem dalam bilik atau perbelanjaan dobi), dan barang-barang lain yang tidak dinyatakan secara nyata
19
dalam terma-terma dan syarat-syarat ini untuk termasuk di dalam Lawatan. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut bagi Peserta Layak mahupun CIMB dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penggantian atau hadiah pengganti sekiranya Peserta Layak gagal mendapatkan dokumen tersebut dan/atau kos dan perbelanjaan tambahan.
vi) Tempahan untuk Lawatan hendaklah dibuat minimum dua (2) minggu atau empat belas (14) hari sebelum tarikh pelepasan untuk tempoh biasa. Tempoh tempahan terdahulu tiga (3) minggu atau dua puluh (21) hari akan diperlukan semasa musim puncak dan/atau cuti sekolah.
vii) Mana-mana dan semua tempahan, pengaturan, perubahan dan/atau aduan hendaklah dibuat melalui Penjual yang sama seperti yang dinyatakan dalam Klausa 36 (ii) di sini.
viii) Semua perkhidmatan tertakluk kepada ketersediaan mengikut kelas dan kategori seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 40 (ii).
ix) Setelah tempahan Lawatan telah disahkan, apa-apa perubahan dan/atau pembatalan akan tertakluk kepada penalti pembatalan dan/atau fi pemindaan ejen.
x) Apa-apa kos pembelian melebihi nilai Lawatan hendaklah ditanggung oleh Peserta Layak. xi) Semua perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan dan/atau penggantian sekiranya
perkhidmatan tidak lagi beroperasi dan/atau menjadi tidak tersedia. 41. Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk memperolehi dan mengumpul penyertaan bermula dari
hari pertama (ke-1) Kempen untuk berpeluang memenangi Hadiah Utama tanpa mengira tarikh pendaftaran dengan syarat bahawa pendaftaran adalah dilakukan dalam Tempoh Kempen. Sila rujuk contoh di bawah.
Contoh: -
Peserta Layak Tarikh Pendaftaran Tempoh Pengumpulan Penyertaan Bagi
Hadiah Utama
A 1 November 2019 1 November 2019 – 29 Februari 2020
B 29 Februari 2020 1 November 2019 – 29 Februari 2020
42. Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk memenangi Hadiah Utama MELAINKAN kakitangan atau
pekerja tetap, kontrak dan/atau sambilan Kumpulan Syarikat CIMB dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik).
Hadiah “Spend & Travel” Wheel
43. Butiran Hadiah “Spend & Travel” Wheel dan bilangan hadiah adalah seperti yang berikut:-
Kategori Hadiah Hadiah No. Hadiah Setiap
Minggu Penyertaan
No. Minggu
Jumlah Hadiah
Sepanjang Kempen
“Spend & Travel” Wheel
Pulangan Tunai RM1
300,000 17 5,100,000
Pulangan Tunai RM3
Pulangan Tunai RM5
Pulangan Tunai RM10
Penyertaan Bonus +1
Penyertaan Bonus +5
Penyertaan Bonus +10
Penyertaan Bonus +30
Penyertaan Bonus +50
20
Penyertaan Bonus +100
44. Hadiah Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Penyertaan tertinggi Peserta
Layak dalam masa empat (4) minggu selepas penamatan setiap Bulan Penyertaan. 45. Hadiah Penyertaan Bonus dari “Spend & Travel” Wheel dan penyertaan yang diperolehi daripada
Jumlah Transaksi akan terkumpul untuk menjadualkan jumlah penyertaan yang Peserta Layak telah memperolehi bagi berpeluang memenangi Hadiah Bulanan dan/atau Utama.
46. Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk memenangi maksimum tiga (3) daripada jumlah tiga
ratus ribu (300,000) Hadiah “Spend & Travel” Wheel sahaja setiap Minggu Penyertaan.
47. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ke-3, ditukar dengan tunai atau hadiah atau ganjaran yang berlainan yang mempunyai nilai setara atau apa-apa alternatif lain dalam apa-apa keadaan.
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am
48. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju
untuk terikat oleh Terma-Terma & Syarat-Syarat ini serta memberi kuasa kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan/atau www.cimbislamic.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang diberikan dan penentuan Pemenang, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif.
49. Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Layak (i) MESTI tidak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Akaun Kad Kredit Penyertaan yang akan terpakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada apa-apa penahanan, perintah bertentangan yang dilakukan oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, berdelinkuen, dan/ atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum penghantaran Hadiah, jika tidak Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Hadiah akan dilucutkan.
50. CIMB merizabkan hak mengikut budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana
Peserta Layak yang ia tentukan telah mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.
51. CIMB merizabkan hak untuk menggantikan Hadiah dengan item lain yang mempunyai kos setara
dan/atau melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Layak. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan mana-mana Peserta Layak atau mana-mana orang lain jua kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini.
52. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam
apa jua cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada Peserta Layak sekiranya CIMB
21
tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian apa-apa kewajipannya di sini, yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung kepada kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, apa-apa tindakan “act of God” di luar kawalan CIMB atau disebabkan oleh apa-apa faktor dalam sifat force majeure di luar kawalan munasabah CIMB.
53. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas
apa-apa kehilangan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau bagaimanapun ia timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini termasuk yang timbul daripada kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan oleh Peserta Layak Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”) melainkan yang sama timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB.
54. CIMB merizabkan hak untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman
mana-mana Pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang difikirkannya sesuai. Dengan menyertai Kempen ini, Pemenang dengan ini memberi kuasa dan bersetuju bahawa CIMB hendaklah dengan bebas menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Pemenang tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan Pemenang alternatif dipilih.
55. CIMB merizabkan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk
meminda (sama ada dengan penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) (“Pindaan”) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Pemberitahuan kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan akan dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan CIMB di mana peruntukan-peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh dibekalkan dalam notis tersebut sendiri atau boleh diberikan kepada Peserta Layak atas permintaan atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB dalam pemberitahuan. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat Kempen dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.
56. Tiada pampasan dalam bentuk tunai atau apa-apa bentuk akan diberikan kepada Peserta Layak bagi
apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung pindaan, variasi, pemadaman, penambahan atau pengubahsuaian kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.
57. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan/atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berhubung dengan atau yang terpakai terhadap Kempen atau apa-apa perkara yang terkandung di sini.
22
58. Apa-apa pertanyaan, maklumbalas, kebimbangan, isu atau aduan oleh Peserta Layak yang berkaitan dengan Akaun Kad Penyertaannya di bawah CIMB Islamic Bank akan diarahkan kepada CIMB Islamic Bank dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perkara yang berkaitan dengan Akaun Kad Penyertaan di bawah CIMB Islamic Bank.
59. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 55 akan
mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad CIMB semasa yang akan diguna pakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.
60. Gambar-gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa kolateral pemasaran dan/atau pengiklanan adalah untuk tujuan visual sahaja dan boleh berbeza dari Hadiah sebenar yang diterima. Peserta Layak tidak dibenarkan untuk menukar Hadiah.
61. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB secara nyata mengecualikan dan menafikan
apa-apa representasi, waranti atau pengesahan, tersirat atau secara nyata, bertulis atau secara lisan, semua Hadiah dan tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab terhadap Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB tidak akan melayan apa-apa aduan yang berkaitan dengan Hadiah.
62. CIMB tidak akan melayan apa-apa aduan jua yang berkaitan dengan Hadiah. Hadiah tidak diperakui oleh CIMB dan tidak akan dalam apa keadaan kemasukkan apa-apa Hadiah dalam kempen ini ditafsirkan sebagai pengesahan atau cadangan Hadiah oleh CIMB. Liabiliti CIMB berkenaan dengan Hadiah hanya untuk membayar harga yang sama kepada Penjual.
63. CIMB tidak akan menanggung tanggungjawab terhadap sebarang implikasi cukai yang mungkin
timbul daripada Hadiah atau penggunaannya. Apa-apa obligasi pemfailan cukai atau apa-apa pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Hadiah kekal menjadi tanggungjawab tunggal Peserta Layak. Ia adalah tanggungjawab setiap Pemenang untuk mendapatkan nasihat bebas ke atas kemungkinan implikasi yang boleh timbul pada situasi kewangannya sendiri.
64. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apapun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad telah dipilih oleh Peserta Layak untuk mengawal operasi Akaun Kad Penyertaan Peserta Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain.
65. Hadiah adalah ditawarkan dan/atau dibekalkan semata-mata oleh penjual berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Penjual tersebut dan CIMB tidak menerima apa-apa liabiliti (termasuk tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, barbangkit, teladan, punitif atau gantirugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walau bagaimanapun ia timbul sama ada secara kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkenaan dengan Hadiah, walaupun CIMB telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan sedemikian terlebih dahulu, dan semua kerosakan tersebut adalah dikecualikan secara nyata.
23
66. Dengan menerima atau mendapat Hadiah, Peserta Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing dari dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan penyertaan Peserta Layak tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penepusan atau penggunaan Hadiah. Semua risiko, kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Peserta Layak.
67. Ia hendaklah merupakan tanggungjawab tunggal pemenang untuk memastikan nombor mudah alih dan/atau alamat emel dan/atau alamat mel mereka (“Butiran Perhubungan”) yang dibekalkan kepada CIMB adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB sekiranya apa-apa perubahan terhadapnya telah dilakukan oleh mereka. CIMB merizabkan hak untuk melucutkan Hadiah sekiranya Butiran Perhubungan Pemenang yang dikekalkan dalam rekod CIMB adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskini. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemenang ke atas apa-apa kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang mengalir daripadanya) yang dialami atau ditanggung sekiranya Butiran Perhubungan yang dikekalkan dalam rekod CIMB bukannya terkini atau tepat.
68. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor telefon dan alamat emel yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan alamat emel lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB melalui pemberitahuan kepada Peserta Layak): CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad, Unit Resolusi Pelanggan (CRU), P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan / Tel: +603 6204 7788 / Emel: [email protected].
TAMAT