ciri-ciri pengukuran psikologi

11
NAMA: MUHAMMAD AKMAL MUSTAFA KAMAL [TP09113004] MOHAMMAD AMRU OTHAMAN [TP09113002] UJIAN & PENGUKURAN DALAM PSIKOLOGI (TP24123) CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI

Upload: akmalmustafakamal

Post on 01-Jun-2015

1.515 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri-ciri pengukuran psikologi

NAMA: MUHAMMAD AKMAL MUSTAFA KAMAL [TP09113004]

MOHAMMAD AMRU OTHAMAN [TP09113002]

UJIAN & PENGUKURAN

DALAM PSIKOLOGI (TP24123)

CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI

Page 2: Ciri-ciri pengukuran psikologi

CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI

DESKRIPTIF RELATIF SECARA TAK LANGSUNG

-Keputusan ujian hanya memerihalkan tentang pencapaianindividu tanpa penafsiran.

Contoh: markah darjah kecerdasan seseorang - DK110. markah ini hanya menjelaskan pencapaian individu dalam ujian yang ditadbir.

- Ujian psikologi tidak bersifat mutlak;

bergantung kepada pencapaian individu lain yang mentadbir

ujian yang sama.- Perbandingan

markah antara individu yang

mentadbir soalan memberi makna

kepada ujian psikologi.

Contoh: Ujian pencapaian seperti peperiksaan penggal akhir, dapat dikenal pasti prestasi setiap individu jika dibuat

perbandingan.

- Pengukuran psikologi menggambarkan

personaliti/tingkah laku individu secara

tak langsung.

Contoh: Dalam ujian minat kerjaya,

seseorang yang meminati kerjaya

sebagai Saintis, secara tak langsung

menggambarkan individu berkenaan

berpesonaliti Investigatif.

Page 3: Ciri-ciri pengukuran psikologi

INVENTORI NILAI PEKERJAAN (INPS)

o Dibangunkan oleh Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noah

o Tujuan INPS adalah untuk mengenal pasti nilai-nilai dalam pekerjaanyang dianggap penting oleh seseorang individu.

o Menggunakan format jawapan Skala Likert yang terdiri daripada Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS), Sangat Tidak Suka (STS).

o Ujian ini mengukur 6 kategori nilai pekerjaan; konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa & monotoni yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan.

o Terbahagi kepada 2 bahagian: i. Bahagian A: Deskripsi Pekerjaan ii. Bahagian B: Perbandingan Nilai Pekerjaan

Page 4: Ciri-ciri pengukuran psikologi

PENTAFSIRAN INPS

INPS membahagikan nilai pekerjaan kepada 6 kategori:

1. KONTEKS- manusiaGemar aktiviti berorientasikan manusia. - dataIndividu yang bekerja dengan menganalisis & menyelaras data-data.- bendaKurang perhubungan dengan manusia. Banyak terlibat dalam merekacipta & membaiki alatan.

Page 5: Ciri-ciri pengukuran psikologi

2. HUBUNGAN- pembantuMengikut arahan ketua dan memberi perhatian penuh kepada tugas yang diberikan.- altruismeGemar melakukan kerja kebajikan seperti membantu orang yang tidak bernasib baik.- pemimpinMemegang jawatan yang mempunyai autoriti & tanggungjawabyang berat. Perlu mengarah dan membuat keputusan yangpenting dalam sesebuah kumpulan.- autonomiSituasi pekerjaan yang bebas dan tidak terlalu terikat. Bebas melakukan kerja serta membuat keputusan mengikut cara yang disukai

Page 6: Ciri-ciri pengukuran psikologi

3. FUNGSI- intelektualKerja yang banyak melibatkan fikiran dalam mencarikebenaran & menambah ilmu pengetahuan. Individudikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis, menggabungkan suatu keterangan.- kreatifBerkebolehan menghasilkan idea-idea baru danmempersembahkannya secara unik & tersendiri.- kerjaya/kejayaanMempunyai semangat yang luar biasa dalam mencapaimatlamat yang jelas.- organisasiBerkebolehan menyusun atur tugas/kerja lebih awaldan terperinci. Kecuaian dan ralat kecil biasanyatidak dapat diterima.

Page 7: Ciri-ciri pengukuran psikologi

4. GANJARAN- keuntunganKerjaya ini memberi faedah ekonomi yang tinggi yangmemungkinkan individu mendapat keuntungan yang besar. - promosiBerupaya untuk meningkat dengan cepat di dalam organisasi.Berpeluang menjadi orang yang berpengaruh & berautoriti.- masa lapangKerjaya yang tidak banyak mengganggu kehidupan individu.Banyak masa diluangkan untuk bergembira.- pengiktirafanIndividu yang menjadi perhatian & tumpuan serta dianggap penting oleh sebahagian besar masyarakat.- sokonganPersekitaran kerja yang amat menyokong individu- keselamatanBebas dari kebimbangan, kehilangan pekerjaan & punca pendapatan. Pendapatan individu tidak dipengaruhi kesempitan hidup.

Page 8: Ciri-ciri pengukuran psikologi

5. CITARASA- kebudayaanBerkebolehan menikmati & menghargai seni. Individu dikehendakimemperkembangkan minat & penghargaan terhadap seni & budaya.- agamaMempunyai pengetahuan yang tinggi & luas serta sering terlibat dengan aktiviti keagamaan.

6. MONOTONI- kepelbagaianIndividu dikehendaki menghadapi masalah baru & berbeza untuk setiap tugasan. Risiko sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Beliau harus bersedia untuk mengalami perubahan yang berlaku.- aktivitiMinat kepada aktiviti fizikal. Individu mempunyai kecergasanyang tinggi untuk melakukan pergerakan yang memerlukan tenaga & kekuatan fizikal.

Page 9: Ciri-ciri pengukuran psikologi

SELF-DIRECTED SEARCH

o Dibangunkan John L. Holland

o Tujuan untuk membantu individu meneroka potensi kerjaya mereka dari sudut minat & jenis personaliti individu terhadap suatu kerjaya.

o Bilangan item sebanyak 192 beserta pilihan jawapan Ya @ Tidak..

o Alat ukurannya terdiri daripada 3 bahagian;kesukaan, kecekapan & nama pekerjaan.

Page 10: Ciri-ciri pengukuran psikologi

Pentadbiran SDS

Responden menjawab berdasarkan minat bukan mengikut pandangan orang lain.

Ujian dilakukan di dalam bilik yang kondusif dengan kelengkapan asas seperti meja & kerusi.

Holland membahagikan 6 jenis personaliti:

i. Realistic (R) ii. Investigative (I) iii. Artistic (A) iv. Social (S) v. Enterprising (E) vi. Conventional (C)

Page 11: Ciri-ciri pengukuran psikologi

RUMUSAN

Keputusan kedua-dua ujian tersebut dapat menggambarkan pencapaian/personaliti individu terhadap suatu ujian yang ditadbir

yang menepati ciri DESKRIPTIF.

Bahkan keputusan tersebut menjadi lebih bermakna sekiranya dibandingkan dengan markah yang diperoleh individu lain yang

menjadikan ujian-ujian ini tidak lari dari ciri RELATIF.

SECARA TAK LANGSUNG, hasil dari ujian tersebut menggambarkan pencapaian serta personaliti individu yang mentadbir ujian ini.