contoh assignment mdel pembentukan kurikulum

35
KURSUS : GGGA6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM SEMESTER I SESSI PENGAJIAN 2011/2012 Tugasan Individu 2: Analisis Model Pembentukan Kurikulum: Model Produk dan Proses Pensyarah : Dr. SHARIFAH NOR PUTEH Disediakan oleh: Siti Nor Aishah Binti Mohd Nor (P61910)

Upload: ummu-deen

Post on 11-Aug-2015

391 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

KURSUS : GGGA6213

TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

SEMESTER I SESSI PENGAJIAN 2011/2012

Tugasan Individu 2:

Analisis Model Pembentukan Kurikulum:Model Produk dan Proses

Pensyarah :

Dr. SHARIFAH NOR PUTEH

Disediakan oleh:

Siti Nor Aishah Binti Mohd Nor (P61910)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2011

Page 2: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

ii

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN ii

SENARAI JADUAL iii

SENARAI ILUSTRASI iv

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ASAS MODEL PEMBENTUKAN KURIKULUM 2

2.1 Keperluan Kepada Model Pembentukan Kurikulum 2

2.2 Komponen Asas Reka Bentuk Model Pembentukan Kurikulum 3

3.0 MODEL PRODUK DAN MODEL PROSES 4

3.1 Model Produk 4

3.1.1 Elemen yang membina model produk 5

3.2 Model Proses 6

3.2.1 Elemen yang membina model proses 8

4.0 ANALISIS KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MODEL

PRODUK DAN MODEL PROSES

9

4.1 Kelebihan dan Kekurangan Model Produk 10

4.2 Kelebihan dan Kekurangan Model Proses 11

5.0 ANALISIS MODEL PRODUK DAN MODEL PROSES

BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

12

6.0 ANALISIS MODEL PRODUK DAN MODEL PROSES

BERDASARKAN TEORI

14

4.0 KESIMPULAN 16

RUJUKAN

LAMPIRAN

16

A Kedudukan pelajar dalam model proses (bagi bidang

kejururawatan)

18

Page 3: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

ii

Page 4: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

iii

SENARAI JADUAL

No Jadual Halaman

4.1 Kelebihan dan kekurangan bagi Model Proses 11

6.1 Rumusan Model Produk dan Model Proses 15

Page 5: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

iv

SENARAI ILUSTRASI

No Rajah Halaman

2.1 Komponen Asas Reka Bentuk Model Pembentukan

Kurikulum

3

3.1 Model Produk dan Model Proses 4

3.2 Elemen Model Produk 5

3.3 Kedudukan pelajar dalam Model Produk 5

3.4 Elemen Model Proses 8

3.5 Peralihan autonomi dalam Model Produk dan Model Proses 9

3.6 Perbandingan orientasi pembentukan kurikulum bagi Model

Produk dan Model Proses dari sudut penilaian

11

Page 6: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum
Page 7: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

1

1.0 Pengenalan

Bidang pendidikan dan kurikulum tidak dapat dipisahkan. Kurikulum meliputi

keseluruhan aktiviti yang terdapat dalam sesuatu bidang pendidikan menuntut peranan

yang holistik semua pihak yang terlibat dalam sistem tersebut (Abdul Rahim 2009).

Menurut Abdul Rahim, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia menjelaskan bahawa kurikulum meliputi semua aktiviti yang dilakukan oleh

pelajar dalam sesebuah organisasi pendidikan. Aktiviti tersebut termasuklah

pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar, bahan pembelajaran yang digunapakai dan

pendekatan pengajaran yang diterima oleh guru (Mohd Asnawi et al. 2010).

Oleh itu, pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan perancangan yang

terperinci melibatkan model, pendekatan, falsafah, teori dan elemen-elemen lain yang

mendasari pembentukan kurikulum berkenaan (Abdul Rahim 2009). Lantaran itu,

kurikulum sebenarnya dibina oleh pelbagai elemen. Menurut Jackson (dlm. Stenhouse

1975), kurikulum sebenarnya terdiri daripada dua elemen iaitu kurikulum tersembunyi

(hidden curriculum) dan kurikulum rasmi (official curriculum). Jackson menerangkan

bahawa kurikulum tersembunyi adalah budaya sekolah yang terhasil daripada

interaksi antara warga sekolah manakala kurikulum rasmi ialah kurikulum yang

memenuhi permintaan akademik pelajar. Kehadiran elemen yang pelbagai inilah yang

menuntut kepada terhasilnya pelbagai model pembentukan kurikulum.

Model kurikulum ini diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan

yang wujud berkaitan dengan pelajar dan pembelajaran (Oliva 2009). Masalah ini

dapat diselesaikan dengan menggariskan prosedur tertentu yang sistematik. Masalah

pembentukan kurikulum yang bersifat dinamik ini memerlukan inisiatif yang

berterusan untuk menjadikan hasrat bidang pendidikan ini eksplisit dalam dunia

sebenar (Marsh & Willis 2003). Justeru, penulisan ini akan menganalisis dan menilai

salah satu daripada model pembentukan kurikulum iaitu Model Produk dan Model

Proses. Perbincangan dalam penulisan ini menjurus kepada elemen-elemen yang

membentuk model ini, kelebihan dan kekurangannya serta falsafah dan teori yang

mendasari pembentukan model produk dan proses ini.

Page 8: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

2

2.0 Asas Model Pembentukan Kurikulum

Asas kepada pembentukan kurikulum perlu dilihat daripada aspek kurikulum itu

sendiri. Perkataan kurikulum sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu

currere yang bermaksud “untuk berlari” (McKimm 2003). McKimm menerangkan

“untuk berlari” ini adalah merupakan suatu templat yang digunakan bagi

membolehkan pembelajaran berlaku. Pembelajaran yang dikatakan kurikulum ini

boleh berlaku dengan menitikberatkan unsur pengetahuan, kemahiran, sikap dan

mengamalkan elemen pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Maka, asas-asas inilah

yang memberi justifikasi bahawa proses pembelajaran itu amat signifikan seperti

pentingnya produk yang dihasilkan melalui sesebuah kurikulum.

Proses dan produk sesuatu kurikulum itu boleh diterjemahkan melalui model

pembentukan kurikulum. Ini kerana, menurut Sheehan (1986), model boleh

didefinisikan sebagai merealistikkan suatu hubungan yang dirancang kepada setting

sebenar dengan mengambil berat pelbagai faktor-faktor yang mempengaruhi

hubungan berkenaan. Oleh itu, suatu model itu penting untuk memandu pelaksanaan

perancangan dan merealisasikan matlamat.

2.1 Keperluan Kepada Model Pembentukan Kurikulum

Sheehan (1986) dalam penulisannya menekankan terdapat beberapa faktor yang

menggariskan model pembentukan kurikulum sangat signifikan kepada dunia

pendidikan. Faktor-faktor tersebut ialah:

1. Pelajar mempunyai kekurangan dalam pembelajaran (learning deficiency)

yang perlu dirawat dan dibetulkan sebelum sebarang langkah perkembangan

diambil. Kekurangan tersebut meliputi kemahiran literasi, numerasi,

interpersonal dan manipulatif.

2. Elemen kompetensi atau kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai.

3. Kaedah pemeroleh pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar.

4. Perkembangan sosialisasi yang melibatkan sikap, nilai dan kemahiran sosial.

Page 9: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

3

Kesemua faktor ini menjadi titik permulaan penciptaan model pembentukan

kurikulum.

2.2 Komponen Asas Reka Bentuk Model Pembentukan Kurikulum

Menurut Orstein dan Hunkins (2009), terdapat empat unsur atau komponen asas

kepada reka bentuk model pembentukan kurikulum iaitu 1) tujuan, matlamat dan

objektif; 2) mata pelajaran; 3) pengalaman pembelajaran dan 4) penilaian. Komponen

asas reka bentuk model pembangunan kurikulum ini diintegrasikan dengan Model

Tyler (1949) yang mengemukakan empat persoalan yang turut dikenali sebagai ”The

Tyler rationale” (Oliva 2009). Pengintegrasian tersebut diterjemahkan dalam rajah 2.1

dibawah.

Rajah 2.1 Komponen asas reka bentuk model pembentukan kurikulum

Komponen dalam rajah di atas adalah komponen asas yang digunakan dalam

model pembentukan kurikulum terutama modal yang klasik. Namun begitu,

komponen tersebut membentuk dasar kepada penciptaan model-model pembentukan

kurikulum yang seterusnya. Walaupun terdapat model yang lebih awal muncul seperti

model yang dikemukakan oleh Franklin Bobbitt (1876-1956), William Kilpatrick

(1871-1965), dan Hollis Caswell (1901-1989), namun Model Tyler (1902-1994)

adalah model yang lebih diterima sebagai asas reka bentuk model pembentukan

Page 10: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

4

kurikulum seterusnya seperti model Taba (1962), Wheeler (1967) dan termasuklah

Model Produk dan Model Proses yang dikemukakan oleh O’Neill pada tahun 2010.

3.0 Model Produk dan Model Proses

Model Produk dan Model Proses telah disepadukan oleh O’Neill pada tahun 2010

(O’Neill 2010). Namun begitu, model ini telah wujud lebih awal tetapi telah disusun

atur oleh O’Neill seperti dalam rajah 3.1 di bawah.

Rajah 3.1 Model Produk dan Model Proses

Sumber: O’Neill, 2010. Programme Design Online. www.ucd.ie/teaching

Menurut O’Neill, Model Produk menekankan hasil pembelajaran (learning

outcomes) manakala Model Proses lebih menekankan proses menjalani pengalaman

pembelajaran. Beliau menyatakan bahawa model produk ini adalah sama dengan

pendekatan teknikal - saintifik dan model proses adalah sama dengan pendekatan

bukan teknikal – bukan saintifik. Pendekatan teknikal – saintifik dan bukan teknikal –

bukan saintifik diperkenalkan oleh Orstein dan Hunkins (2009).

3.1 Model Produk

Penekanan utama model ini ialah kepada hasil pembelajaran berbanding dengan

pembinaan pengalaman pembelajaran (Sheehan 1986). Model ini turut dikenali

sebagai model yang objektif (Oliva 2009) dan bersifat behaviourism (Sheehan 1986).

Antara ahli teori yang terlibat dalam model ini ialah Tyler (1949), Bloom (1956),

Mager (1962), Gagne (1967), Wheeler (1967), Kerr (1968), dan Krathwohl (1969).

Page 11: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

5

Model ini memberi keutamaan kepada pencapaian objektif dan kurang menekankan

cara pembelajaran diorganisasikan kepada pelajar.

Antara ciri-ciri yang berkaitan dengan model ini ialah objektif yang digariskan

adalah bersifat realistik dan boleh diukur (O’Neill 2010; Orstein dan Hunkins 2009).

Selain itu, bagi model ini pengetahuan adalah berkaitan dengan fakta-fakta bukanlah

proses untuk mendapatkan sebaran input. Oleh itu, untuk memastikan pelajar

memperoleh pengetahuan atau fakta ini, tujuan pembelajaran dan pengajaran

dispesifikasikan. Orstein dan Hunkins juga menyatakan pelajar-pelajar perlu

mempelajari subjek-subjek yang telah ditentukan dengan menggariskan output yang

ingin dicapai sebagai hasil pemerolehan pelajar di akhir pembelajaran. Model ini

menekankan pembentukan kurikulum berdasarkan elemen-elemen berikut:

1. Persekitaran pembelajaran distrukturkan

2. Guru mengkoordinasi pelajar, bahan dan kemudahan pembelajaran

3. Prinsip-prinsip saintifik diaplikasi

4. Melibatkan pemantauan yang teliti

5. Guru mempunyai garis panduan untuk melakukan perkembangan pengalaman

pembelajaran pelajar

Secara kesimpulannya, asas pembentukan kurikulum bagi model produk ini adalah

berpusatkan subjek-pelajar-masalah. Oleh itu, hasil pembelajaran yang diingini boleh

ditentukan (O’Neill 2010).

3.1.1 Elemen yang membina model produk

Rajah 3.2 Elemen Model Produk Rajah 3.3 Kedudukan pelajar dalam

Model Produk

Pengetahuan

Objektif

Penilaian

Pengalaman

Pelajar

Pengetahuan

Kem

ahir

an Nilai

Page 12: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

6

Sumber: John Sheehan 1986

Rajah 3.2 menunjukkan elemen-elemen asas yang membina Model Produk iaitu

elemen pengetahuan, objektif, penilaian dan pengalaman. Jika diteliti, elemen yang

membina model produk adalah sama seperti elemen yang membina model Tyler (rajah

2.1) manakala rajah 3.3 pula menggambarkan kedudukan pelajar sebagai penerima

maklumat, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dalam model produk ini, peranan

pelajar dilihat agak pasif (Print 1993; Sheehan 1986; Stenhouse 1986).

Peranan yang agak pasif ini dilihat kerana pembelajaran pelajar adalah

ditentukan oleh guru (Rajah 3.1) berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Sheehan

menyatakan bahawa objektif bagi Model Produk ini adalah bersifat behaviourism. Ini

kerana, objektif dirangka untuk mendorong pelajar mengalami perubahan tingkah laku

setelah tamat sesi pembelajaran (Stenhouse 1975).

Bagi elemen penilaian pula, Marsh & Willis (2003) menyatakan bahawa

model seperti ini melibatkan penilaian yang bercorak tradisional. Antara contoh hasil

pembelajaran yang akan dinilai ialah penulisan laporan, projek, objek dan sebagainya.

Oleh itu, produk atau hasil ini merupakan keutamaan (Oliva 2009) berbanding proses

memperoleh pengalaman dalam pembelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang

berlaku lebih melibatkan kawalan guru berbanding penglibatan pelajar dalam

mengawal dan menentukan arah tuju pengalaman pembelajarannya (Rajah 3.1).

3.2 Model Proses

Berdasarkan Rajah 3.1 juga, O’Neill (2010) menekankan bahawa dalam Model

Proses, pelajar lebih banyak menentukan aktiviti pembelajaran mereka dengan sedikit

penglibatan guru. Lantaran itu, kemahiran sosial dalam kehidupan pelajar dapat

diasimilasikan sedikit demi sedikit melalui pengalaman pembelajaran mereka. Proses

model ini dilihat lebih “open-ended” dan bersifat terbuka (Sheehan 1986). Pelopor

utama model proses ini ialah Lawrence Stenhouse (1975).

Pembentukan kurikulum dalam model ini bukan bersifat fizikal di mana

berlaku interaksi yang aktif antara guru, pelajar, ilmu pengetahuan dan alam

Page 13: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

7

sekeliling. Stenhouse (1975) menekankan Model Proses lebih mengutamakan keadaan

sebenar yang berlaku di dalam dan di luar kelas dan pelajar berperanan untuk

melakukan proses pembelajaran yang aktif iaitu dengan menilai dapatan yang mereka

peroleh (rujuk LAMPIRAN A). Malah Stenhouse mengatakan model proses ini

melibatkan proses yang aktif dengan melibatkan penaakulan praktikal seperti yang

diperkenalkan oleh Aristotle.

Proses yang aktif dapat dilihat dalam penekanan pembangunan yang

berterusan (Sheehan 1986). Potensi pelajar terutamanya yang melibatkan cara berfikir,

tingkah laku dan perasaan dapat dibangunkan melalui kurikulum Model Proses ini.

Menurut Sheehan antara model yang mengamalkan dasar model proses ini ialah

model reflektif dan kaunseling. Kedua-dua model ini menekankan aspek pengetahuan,

pengalaman dan perasaan yang saling berkaitan. Selain itu, model yang turut

mengamalkan Model Proses ini ialah “reka bentuk berpusatkan pelajar, reka bentuk

berpusatkan masalah, model post-positivism dan lain-lain lagi (O’Neill 2010).

Antara ciri-ciri yang menerangkan berkenaan dengan Model Proses ini ialah

subjektiviti, personel, estetika, neuristik, heuristik dan bersifat transaksi (O’Neill

2010; Orstein dan Hunkins (2009). Model Proses lebih menekankan proses

pembelajaran daripada hasil pembelajaran. Berikut ialah ciri-ciri utama Model Proses:

1. Mengutamakan pendekatan yang berorientasikan aktiviti semasa proses

pembelajaran dan pengajaran berlangsung

2. Penekanan lebih diberikan kepada pelajar berbanding subjek pelajaran

3. Pelajar bukan penerima yang pasif malah merupakan penerima aktif yang

berkembang

4. Bukan semua matlamat pendidikan boleh dinyatakan terutama yang

melibatkan hidden curriculum

5. Bersifat pos-moden iaitu dunia ini adalah organisma hidup dan bukan mesin.

Mengenai pemilihan kandungan pelajaran, pelajar memilih sendiri kandungan

kurikulum yang bermakna buat dirinya, di mana mereka berpeluang untuk membuat

refleksi, mengkritik dan memberi makna (Orstein dan Hunkins 2009). Bagi Model

Proses ini, Stenhouse (1975) menyatakan bidang pengetahuan yang ingin diteroka

boleh dipilih oleh pelajar tanpa merujuk kepada hasil akhir atau perubahan tingkah

Page 14: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

8

laku pelajar. Kandungan kurikulum ini boleh dipilih bagi memudahkan lagi

pemahaman dan prosedur yang berkaitan.

3.2.1 Elemen yang membina model proses

Rajah 3.4 Elemen Model Proses

Sumber: John Sheehan 1986

Menurut Sheehan (1986), terdapat empat elemen yang membina Model Proses iaitu

penilaian kompetensi, analisis keperluan, perancangan dan implementasi pengalaman.

Bagi elemen penilaian kompetensi, pelajar perlu melakukan penilaian kendiri. Antara

tugasan yang boleh membina kemahiran kendiri ini ialah pembelajaran berasaskan

masalah dan penilaian berterusan.

Sheehan juga menyatakan, dalam penilaian kendiri ini, antara kemahiran yang

diperlukan untuk menyelesaikan tugasan ialah pemerhatian, kemahiran berkomunikasi

sama ada secara verbal atau bukan verbal, kemahiran kognitif iaitu menganalisis,

menginterpretasi data, membuat inferens dan membuat pelaporan. Kesemua aktiviti

ini melibatkan pelajar secara aktif dalam membina pengalaman pembelajaran.

Page 15: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

9

Dari segi perancangan pula, Model Proses sebenarnya membantu membina

kebolehupayaan individu dari aspek kecenderungan (sikap, moral, nilai) dan kapasiti

(kemahiran mencari maklumat, memproses maklumat, menyelesaikan masalah,

pemerhatian dan komunikasi). Namun begitu, pemerolehan kedua-dua aspek ini

memerlukan masa. Apabila pelajar telah menguasai kemahiran dan asas-asas

pengetahuan dalam Model Proses, pelajar boleh mengimplementasikan hasil tersebut

dalam menjalankan aktiviti seperti kajian tindakan, amali, main peranan dan

sebagainya. Maka, pengalaman pembelajaran pelajaran adalah lebih berharga dan

bernilai (Sheehan 1986). Tegasnya, melalui Model Proses ini, keutamaan bukan lagi

pada proses akhir seperti Model Produk tetapi kepada pemerolehan kemahiran

berfikir, bekerjasama, dan koperatif dalam menyelesaikan permasalahan yang

dihadapi (Marsh & Willis 2003).

Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran berpusatkan

guru dalam Model Produk berubah kepada pendekatan berpusatkan pelajar dalam

Model Proses. Autonomi pembelajaran berubah daripada guru kepada pelajar seperti

dalam Rajah 3.1 dan Rajah 3.5 berikut.

Rajah 3.5 Peralihan autonomi dalam Model Produk dan Model Proses

4.0 Analisis Kelebihan Dan Kekurangan Model Produk Dan Model Proses

Setelah Model Produk dan Model Proses dihuraikan, jelaslah bahawa kedua-dua

model mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Fink, 2003 dalam

Pembelajaran

berpusatkan guru

(Model Produk)

Pembelajaran

berpusatkan pelajar

(Model Proses)Berikan peluang pembangunan diri pelajarPelbagaikan strategi dan kaedah pembelajaran dan pengajaran

Page 16: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

10

O’Neill (2010) menyatakan bahawa tiada satu pun model pembentukan kurikulum

yang benar-benar ideal. Namun begitu, asosiasi perlu dilakukan agar model

pembentukan kurikulum yang dipilih adalah sesuai dengan hasrat yang dicita-citakan.

4.1 Kelebihan dan Kekurangan Model Produk

Model Produk adalah model yang bersifat objektiviti. Oleh itu, antara kelebihan

model ini ialah pembentukan kurikulum akan menggariskan proses pembelajaran dan

pengajaran berlaku dengan lebih bermakna. Ini kerana, model produk menetapkan

hasil pembelajaran yang akan diperoleh . Hal ini dinyatakan oleh Rowntree (1974)

dalam Sheehan (1986). Rowntree menyatakan bahawa penetapan objektif dalam

model ini akan membantu untuk membuat pemilihan atas kandungan yang sesuai. Di

samping itu, model ini merupakan kaedah yang tepat dalam membuat penilaian.

Kenyataan tersebut disokong oleh Stenhouse (1975). Beliau menyatakan

bahawa antara kelebihan Model Produk ini ialah fokus yang sistematik dapat

diberikan dalam pelbagai bidang pengetahuan. Tambahan pula, model ini dapat

membentuk hubungan yang jelas antara aptitud dengan pencapaian sekiranya

penyebaran pelajar adalah adil antara kelas atau kumpulan. Adil ini adalah dalam

konteks penyebaran aptitud bagi setiap kelas dan kumpulan adalah sekata, semua

pelajar menerima kualiti pengajaran dan masa pembelajaran yang optimum. Oleh itu,

semua pelajar akan berjaya menguasai “mastery learning”.

Namun begitu, menurut McKimm (2003), apabila penetapan objektif yang

spesifik, dikhuatiri akan ada kandungan, pengalaman dan nilai yang tidak dipelajari

dan disedari oleh pelajar dan guru. Ini terutamanya apabila munculnya peluang-

peluang pembelajaran di sekeliling guru dan pelajar (Sheehan 1986; Stenhouse 1975).

Eisner (1966) memberikan kritikan terawal kepada model produk ini. Eisner

menyatakan bahawa pembinaan objektif seakan-akan menidakkan bahawa kurikulum

adalah suatu yang dinamik. Tambahan pula, terdapat sesetengah mata pelajaran tidak

diterjemahkan dalam bentuk behaviourism. Seandainya banyak objektif ditetapkan

untuk dicapai, maka guru akan mengalami kesukaran dalam mencapai kesemua

objektif yang disasarkan.

Page 17: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

11

Stenhouse (1975) pula menyatakan bahawa penggunaan Model Produk akan

mengongkong fikiran kita dengan susunan objektif yang sistematik, komprehensif dan

mementingkan kesempurnaan teori. Stenhouse menyatakan susunan objektif seperti

itu adalah tidak realistik dengan situasi dunia sekarang. Selain itu, beliau turut

menyatakan bahawa berlaku pengabaian tingkah laku pembelajaran terutamanya yang

mustahil untuk dioperasikan (domain afektif) malah objektif ini mengabaikan

perubahan tingkah laku ibu bapa, keprofesionalisme staf dan nilai-nilai komuniti.

Marsh & Willis (2003) menyatakan bahawa Model Produk ini terlalu berorientasikan

peperiksaan. Rajah 4.1 berikut menunjukkan perbandingan orientasi pembentukan

kurikulum bagi Model Produk dan Model Proses dari sudut penilaian.

Penilaian Idea kurikulum

Objektif/Hasil

Kandungan/kaedah/sumber

Penilaian Idea kurikulum

Kandungan/kaedah/sumber

Objektif/Hasil

Model Produk Model Proses

Rajah 3.6 Perbandingan orientasi pembentukan kurikulum bagi Model Produk dan

Model Proses dari sudut penilaian

4.2 Kelebihan dan Kekurangan Model Proses

Model Proses juga mengandungi kelebihan dan kekurangan. Jadual 4.1 berikut

membincangkan kelebihan dan kekurangan bagi Model Proses.

Jadual 4.1 Kelebihan dan kekurangan bagi Model Proses

Kelebihan Kekurangan

1. Penekanan diberikan kepada

peranan guru dan peranan pelajaran

yang aktif

2. Penekanan diberikan kepada

kemahiran belajar

3. Murid mempelajari cara

mempertahankan hidup sehari-hari

1. terlepas pandang mengetahui

pengetahuan tertentu

2. sukar diaplikasikan dalam

sesetengah bidang pengetahuan

3. isu dalam evidens berkenaan

kompetensi

4. persoalan berkenaan dapatkah guru

Page 18: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

12

4. Guru berperanan sebagai fasilitator

dan memudah cara pelajar

memperoleh pengetahuan.

dan pelajar menguasai kemahiran

dan menjadi pengamal yang

kompeten?

5.0 Analisis Model Produk Dan Model Proses Berdasarkan Falsafah

Pendidikan

Falsafah pendidikan merupakan salah satu komponen utama yang mendasari

pembinaan model pembentukan kurikulum. Muhammad Nurfahmi et.al (2011)

menyatakan apabila seseorang guru tidak memahami dan menghayati falsafah

pendidikan dalam diri maka matlamat untuk menyediakan bekalan modal insan yang

harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan spiritual berdasarkan

Falsafah Kurikulum Kebangsaan (FPK) tidak akan tercapai. Ini kerana falsafah

pendidikan memberikan garis panduan untuk menentukan hala tuju sesuatu

pengajaran dan pembelajaran (Ornstein dan Hunkins 2009). Garis panduan ini turut

melibatkan tujuan dan objektif suatu kurikulum yang dibangunkan (Abdul Fatah

2007).

Terdapat empat fahaman yang merupakan asas dalam falsafah pendidikan

iaitu, parennialisme, essentialisme, progressivisme dan rekonstruktionisme (Ornstein

dan Hunkins 2009; Oliva 2009). Fahaman parenialisme menegaskan prinsip dan dasar

pendidikan adalah kekal dan tidak berubah (Olivia 2009; Abdul Fatah 2007). Olivia

(2009) menyatakan fahaman parenialisme ini menggariskan matlamat pendidikan

sebagai satu disiplin minda serta perkembangan kebolehan untuk memberi sebab dan

mencari kebenaran.

Selain daripada fahaman parenialisme, Ornstein dan Hunkins (2009) memberi

penjelasasn mengenai fahaman essentialisme yang menekankan pemerolehan ilmu

pengetahuan, pembentukan konsep dan kemahiran penyelesaian masalah. Falsafah

pendidikan essentialisme ini menjadi dasar kepada pembentukan model pembentukan

kurikulum yang dikenali sebagai Model Produk. Abdul Fatah (2007) pula

menyatakan bahawa fahaman parenialisme dan essentialisme ini berasaskan realisme

iaitu kefahaman tentang keadaan sebenar, cara berfikir dan kesenian yang benar-benar

nyata dengan menggunakan deria dan pancaindera. Seterusnya, Olivia menjelaskan

Page 19: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

13

falsafah pendidikan rekonstruktionisme pula melihat sekolah sebagai suatu institusi

yang menyampaikan ilmu dan warisan kebudayaan dan turut dijadikan tempat

menyelesaikan masalah politik dan sosial.

Abdul Fatah (2007) menerangkan bahawa falsafah progressivisme dan

rekonstruktionisme adalah lebih liberal dan pragmatik iaitu suatu kefahaman yang

membincangkan kaedah menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat

intelek. Menurut Olivia (2009) falsafah pendidikan progressivisme memberi

penekanan kepada murid untuk membina pengalaman pelajaran mereka sendiri. Fokus

lebih bertumpu kepada diri murid itu sendiri dan tidak menekankan kandungan

pelajaran atau guru yang mengajar.

Jika diteliti, Model Proses dibina berdasarkan kefahaman progressivisme ini.

Ini kerana, menurut Stenhouse (1975), pelajar merupakan ahli sistem yang bukan

sahaja aktif malah sentiasa terlibat dengan interaksi antara sesama mereka, guru dan

alam sekeliling. Bersadarkan falsafah pendidikan progressivisme ini, Model Proses

dibina untuk memastikan pembelajaran yang berlangsung memenuhi kriteria

berpusatkan pelajar. Peranan guru dilihat kecil dalam model ini. Tambahan pula,

falsafah pendidikan progressivisme adalah fahaman yang melihat murid sebagai

subjek pembelajaran, bukan kandungan mata pelajaran (Olivia 2009).

Ornstein dan Hunkins (2009) menyatakan bahawa falsafah progressivisme ini

melibatkan keseluruhan disiplin ilmu pengetahuan dan membina kemahiran literasi

sosial pelajar. Falsafah ini turut melibatkan kemahiran seseorang pelajar

menyelesaikan masalah dan melakukan penyiasatan mengikut prosedur saintifik.

Abdul Fatah (2007) pula berpendapat bahawa falsafah pendidikan progressivisme ini

menekankan pembelajaran adalah suatu proses yang aktif. Murid dapat

memperkembangkan personaliti mereka yang signifikan melalui proses demokrasi

sosial. Walaupun falsafah ini jelas mendasari Model Proses, namun falsafah

progressivisme turut menjadi asas kepada Model Produk. Perbezaannya ialah Model

Produk telah menetapkan matlamat pembelajarannya terlebih dahulu manakala

Model Proses bersifat lebih terbuka.

Page 20: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

14

Falsafah pendidikan ternyata menjadi dasar yang utama dalam pembentukan

sesuatu model pembentukan kurikulum. Ini kerana, pembinaan dasar inilah yang

membantu mencorak hala tuju model pembentukan kurikulum tersebut. Malah,

elemen-elemen asas dalam model pembentukan kurikulum ini adalah hasil

pemahaman berkenaan falsafah pendidikan itu sendiri. Justeru, adalah penting untuk

memahami falsafah pendidikan yang menjadi asas reka bentuk model pembentukan

kurikulum terlebih dahulu agar tidak tersasar dari matlamat utama.

6.0 Analisis Model Produk Dan Model Proses Berdasarkan Teori

Selain daripada falsafah pendidikan, teori-teori pembelajaran turut menjadi asas

pembinaan Model Produk dan Model Proses ini. Dalam Model Produk, teori

behaviourism dilihat sebagai teori utama yang memandu pembentukan model. Ini

kerana, model produk dilihat bersifat lebih objektiviti (Stenhouse 1975). Sheehan

(1986) pula mengatakan objektif dalam Model Produk adalah bersifat behaviourism.

Teori behaviourism diasaskan oleh Ivan Pavlov dan turut didokong oleh B.F

Skinner dan Thorndike. Pakar-pakar behaviourism ini menggariskan bahawa sesuatu

pembelajaran yang berlangsung itu perlu memberikan perubahan tingkah laku pelajar

sebagai hasil kepada berlangsungnya pembelajaran (Mohd Daud 1993). Malah dari

sudut epistemologi, pakar behaviourism ini menyatakan bahawa pembelajaran itu

adalah sesuatu yang dapat diperhati dan diukur. Oleh itu, guru menentukan matlamat

dan objektif pembelajaran terlebih dahulu sebelum berlangsungnya pembelajaran.

Kadangkala, guru perlu memberikan rangsangan kepada murid dalam keadaan yang

telah dirancang dan disetkan supaya pembelajaran boleh berlaku. Maka matlamat dan

objektif yang ingin dicapai ditetapkan berdasarkan respons yang ingin diperoleh hasil

daripada rangsangan berkenaan.

Model Proses pula dibina oleh dua teori utama iaitu teori humanist dan teori

pemprosesan maklumat. Dalam teori humanist, epistemologi yang ditekankan ialah

keinginan semula jadi individu untuk memperoleh maklumat tanpa sebarang had

batasan (Kamarudin 2010). Kamarudin menyatakan bahawa pelajar diberi autoriti

dalam menentukan pembelajaran mereka. Keadaan ini berbeza dengan teori

Page 21: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

15

behaviourism yang mendasari Model Produk. Model humanist ini dipelopori oleh

John Dewey, Alexander Sutherland Neill, Carl Rogers, dan Abraham Maslow.

Pendekatan pengajaran yang pakar-pakar ini ketengahkan adalah bersifat holistik di

mana pembelajaran dilihat keseluruhan pengelaman termasuklah refleksi dan inkuiri

kritikal.

Model Proses ini turut melibatkan teori pemprosesan maklumat. Teori ini

sebenarnya berasal daripada teori kognitif dan menekankan prinsip konstruktivisme

(Rohizani 2003). Rohizani juga menegaskan bahawa kognitivisme berdasarkan prinsip

pembelajaran yang menghubungkan skemata yang sedia ada dalam minda dengan

pemerolehan ilmu pengetahuan yang dibina sendiri melalui penerokaan secara

konstruktivis. Antara tokoh yang mengemukakan teori ini ialah Kurt Lewin, Jean

Piaget, Jerome Bruner dan David Ausubel. Pendekatan pembelajarannya bersifat

holistik di mana pelajar menginterpretasikan maklumat yang dibina dan diterima.

Teori ini menekankan hubung kait pengalaman pembelajaran dengan struktur kognitif

pelajar yang telah sedia ada. Jadual 6.1 berikut merupakan rumusan kepada semua

teori yang terlibat dalam Model Produk dan Model Proses ini.

Jadual 6.1 Rumusan teori dalam model produk dan model proses

Teori/Perkara

Behaviorism HumanistPemprosesan

MaklumatJenis Model

Pembentukan Kurikulum

Model Produk Model Proses Model Proses

Epistemologi

pembelajaran itu adalah sesuatu yang dapat diperhati dan

diukur

keinginan semula jadi

individu untuk memperoleh

maklumat tanpa sebarang had

batasan

Struktur pengetahuan disesuaikan

dengan peringkat perkembangan

pelajar

Matlamat Pembelajaran

Ditentukan oleh guruIndividu

menentukan matlamat sendiri

Matlamat ditentukan oleh kandungan dan

peringkat perkembangan

Pendekatan pedagogi

Berpusatkan guruBerpusatkan

pelajarBerpusatkan

pelajar

Page 22: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

16

7.0 Kesimpulan

Model Produk dan Model Proses merupakan model pembentukan kurikulum yang

menterjemahkan perubahan kurikulum dunia yang berlaku kini. Bermula daripada

Model Produk yang bersifat objektiviti dan ditentukan oleh guru, kini kurikulum

sudah mengasimilasikan perubahan kepada Model Proses yang lebih subjektiviti dan

menekankan pembinaan pengalaman pembelajaran pelajar berbanding hasil

pembelajaran (O’Neill 2010, Ornstein dan Hunkins 2009; Stenhouse 1975).

Malah, kurikulum di Malaysia juga dilihat sudah mula menginterpretasikan

dasar Model Proses dan beransur-ansur mengurangkan kebergantungan kepada Model

Produk. Ini kerana sistem pendidikan di Malaysia kini tidak lagi berorientasikan

peperiksaan semata-mata tetapi mula beralih kepada perkembangan pelajar yang

diselaraskan dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (Mohd Asnawi et al

2010). Kesemua perubahan ini diterjemahkan dengan pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM). Pelaksanaan kurikulum baru ini lebih mirip kepada Model Proses walaupun

terdapat elemen dalam Model Produk yang masih menjadi keutamaan.

RUJUKAN

Abdul Fatah Bin Hasan. 2007. Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Rahim Bin Hamdan. 2009. Pengajian Kurikulum. Edisi ke-2. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarudin Bin Husin. 2010. Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Page 23: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

17

Marsh, C.J. & Willis, G. 2003. Curriculum: Alternative Approaches, Ongoing Issues.

Edisi Ke-5. Ohio: Pearson Education.

McKimm, J. 2010. Curriculum design and development. http://www.faculty.

londondeanery.ac.uk/e-learning/setting-learning-objectives/

Curriculum_design_and_development.pdf diakses [27 November 2011].

Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang, Nur Atiqah Basri. 2010.

Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum. Bincangkan pendapat dan

pandangan pakar- pakar tentang kurikulum. images.shv4193.multiply.

multiplycontent.com diakses [27 November 2011].

Mohd Daud Bin Hamzah. 1993. Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Oliva, P.F. 2009. Developing The Curriculum. Edisi Ke-7. United States: Pearson

Education.

O’Neill, Geraldine. 2010. Programme design: overview of curriculum models.

http://www.ucd.ie/t4cms/ucdtlp00631.pdf diakses [27 November 2011].

Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. 2009. Curriculum Foundations, Principles, and

Issues. Edisi Ke-5. United States: Pearson Education.

Print, M. 1993. Curriculum Development and Design, Edisi Ke-2. Australia: Allen &

Unwin Pty. Ltd.

Rohizani Yaakub. 2003. Pelajar dan Keperluan Pembelajaran. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Sheehan, J. 1986. Curriculum models: product versus process. Journal of Advanced

Nursing 11:671-678.

Page 24: Contoh Assignment Mdel Pembentukan Kurikulum

18

Stenhouse, L. 1975. An Introduction to Curriculum Research and Development.

London: Heinemann Educational Books Ltd.

LAMPIRAN A

KEDUDUKAN PELAJAR DALAM MODEL PROSES

(BAGI BIDANG KEJURURAWATAN)

Sumber: John Sheehan 1986