1
UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH
YAB DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN SABAH
Di Persidangan Dewan Undangan Negeri
Hari Jumaat, 3 Disember 1999
Tuan Speaker,
1. Saya mohon membentangkan Belanjawan
bagi tahun 2000 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
2. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana
diberi kesempatan sekali lagi untuk membentangkan
Ucapan Belanjawan bagi Tahun 2000; sebagai
kesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini.
Tahun 2000 adalah tahun terakhir bagi tempoh
pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-tujuh dan pada
masa yang sama tahun 2000 merupakan tahun ke-
enam pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka
Panjang Sabah (RRJPS) yang bermula pada tahun
1995 hingga ke tahun 2010. Kita akan terus memikul
2
tanggungjawab yang berat, untuk mengemudikan
ekonomi dan pembangunan sosial negeri ini
supaya berada di tahap yang lebih baik dan selesa
lagi. Namun alaf baru yang akan kita tempohi tidak
lama lagi pasti menjanjikan pelbagai cabaran dan
rintangan. Tetapi alaf baru juga akan menampilkan
pelbagai peluang. Ombak dan arus paling hebat alaf
baru ialah ombak dan arus globalisasi yang bibit-
bibitnya sudah pun kita rasakan. Tentu sekali kita
semua masih ingat bagaimana negara kita dan
beberapa negara lain di Asia tiba-tiba sahaja ditimpa
oleh krisis ekonomi di pertengahan tahun 1997, akibat
perlakuan para spekulator asing di pasaran saham dan
pasaran kewangan yang menggila tidak terkawal. Di
antara lain, krisis tersebut merupakan suatu manifestasi
dan petanda tentang perubahan yang sedang
berlaku dalam sistem ekonomi dunia, tentang adanya
unsur-unsur yang negatif dan merbahaya dalam proses
globalisasi, dan tentang perlu dan pentingnya untuk
kita benar-benar memahami gejala-gejala yang
mendasari pergolakan ekonomi dunia. Agar dengan
kefahaman demikian itu kita dapat bertindak dengan
3
lebih bijak dan berwibawa dalam mengatur dasar dan
pengurusan ekonomi makro.
3. Kita boleh berbangga kerana
tanggungjawab ini telah kita mulakan dengan
kejayaan yang mula mendapat pengiktirafan dunia.
Walau bagaimana pun tanggungjawab kita belum
selesai. Lebih banyak lagi yang perlu kita lakukan.
Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya
umum beberapa hari yang lalu, dan juga dalam
pilihanraya Negeri Sabah pada bulan Mac tahun ini,
membuktikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan
pimpinan negara yang diterajui oleh YAB Dr Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri kita, dan kepimpinan
negeri untuk meneruskan dasar serta strategi yang
telah digubal dan dirancang. Dengan kata lain, rakyat
dengan penuh harapan telah memperbaharui
mandat/amanah kepada Kerajaan Barisan Nasional
untuk terus berusaha ke arah mencapai wawasan
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju
menjelang tahun 2020. Wawasan negara ini juga
adalah wawasan bagi Negeri Sabah. Menjelang
4
tahun 2020 Negeri Sabah turut akan menjadi negeri
maju (developed state). Begitulah wawasan dan
hasrat kita.
Tuan Speaker,
4. Konsep negara maju bukan sahaja bererti
pendapatan negara per capita yang tinggi. Sebab
itulah ada negara-negara yang mencatatkan
pendapatan per capita yang tinggi tidak dianggap
sebagai bertaraf negara maju. Sumber pendapatan
per capita yang tinggi negara maju adalah berpunca
daripada sektor perindustrian yang mengeluarkan
produk-produk yang tinggi nilai tambahannya (high
value added contents) serta sektor perkhidmatan yang
berkembang dan moden. Bagi negara Malaysia,
lebih-lebih lagi Negeri Sabah, perihal ini bermakna kita
memerlukan perubahan struktural (structural changes)
dalam sistem ekonomi, yakni peralihan daripada
kebergantungan pada ekspot bahan atau hasil bumi
yang mentah (raw commodities and materials)
kepada pengeluaran dan ekspot produk-produk yang
5
diproses oleh sektor perindustrian. Selari dengan itu,
sektor perkhidmatan juga mesti diperkembangkan,
dengan mengkukuhkan dan memodenkan bidang-
bidang perkhidmatan yang ada serta meneroka
bidang-bidang perkhidmatan yang baru terutamanya
sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, sektor
pendidikan dan pembangunan tenaga manusia
(human resource development) dan sektor
pelancongan.
Tuan Speaker,
5. Walauapa pun, masa depan ekonomi Sabah
akan terus berasaskan alam bumi (land-based) kerana
di sinilah terletaknya "comparative advantage" dalam
ekonomi Negeri Sabah. Oleh demikian, kita akan terus
memberikan tumpuan kepada sektor perladangan
terutama kelapa sawit, sektor perhutanan dan kayu-
kayan, sektor pelancongan serta sektor pertanian dan
pemakanan. Tetapi pembangunan sektor-sektor
tersebut akan didokong oleh pembangunan dan
pengembangan industri dan aktiviti hiliran
6
(downstream industries and activities) yang menjamin
nilai tambahan tinggi.
6. Adalah diharapkan strategi yang tersebut itu
akan menjadikan kita lebih berdaya saing atau
kompetitif di pasaran antarabangsa. Tetapi tahap
daya saing ekonomi kita juga bergantung kepada
tahap produktiviti dan kecekapan ekonomi kita secara
keseluruhan. Dalam mempastikan produktiviti dan
kecekapan, kita tidak dapat lari daripada mengambil
kira dan menyesuaikan diri dengan tren dan arus yang
beraksi dalam ekonomi dunia yang dominan,
khususnya ekonomi Amerika, Jepun, Eropah dan Cina.
Pertamanya ialah tren dan arus liberalisasi, yang
menyaksikan bermacam bentuk perubahan struktural
dan pengurangan peranan Kerajaan dalam bidang
ekonomi, sekaligus memberikan peranan yang lebih
besar dan ketara kepada pengaruh dan kuasa
pasaran. Kedua, peranan teknologi maklumat
(information technology) semakin bertambah, seperti
yang dimanifestasi oleh kemunculan dan
perkembangan "e-commerce", "cyber supermarkets"
7
dan sebagainya. Ketiga, regim perdagangan dunia
yang lebih bebas dan "integrated" yang didokong oleh
WTO. Semua ini menuntut kita untuk turut
mengadakan perubahan dan pengubahsuaian. Pada
asasnya negara kita sememangnya mengamalkan
sistem ekonomi yang terbuka dan liberal. Kita amat
sedar dan peka bahawa keupayaan ekonomi kita
untuk berintegrasi dengan proses ekonomi dunia dan
dengan itu dapat mengambil manfaat yang optimum
daripada perdagangan antarabangsa bergantung
pada setakat mana kita dapat menyediakan suasana
yang lebih selesa kepada modal dan pelaburan asing.
Namun pada masa yang sama kita juga perlu
mempastikan suasana dalaman yang aman dan stabil,
termasuk suasana politik dan sosial. Pokoknya
Kerajaan dan pemerintahan negara kita hari ini
terpaksa memberikan tumpuan bukan sahaja
terhadap tanggungjawab untuk menangani
pergolakan persikitaran antarabangsa dan serantau
tetapi juga terhadap menguruskan hal ehwal dan
pergolakan dalaman.
8
Tuan Speaker,
7. Tidak syak lagi bahawa tanggungjawab yang
kita pikul sebagai Kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju, dan Negeri Sabah negeri maju,
adalah berat dan mencabar sekali. Kita tidak ada
pilihan. Mandat dan amanah rakyat mesti kita
laksanakan dengan penuh azam dan komitmen.
Rakyat memerlukan pekerjaan dan kemudahan sosial
untuk menikmati taraf hidup yang lebih makmur dan
terjamin. Taraf dan peluang pendidikan bagi generasi
muda mesti dipertingkatkan. Agenda-agenda ini akan
hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak
memainkan peranan. Pimpinan dan Kerajaan boleh
mengadakan berbagai dasar dan strategi tetapi
wawasan dan matlamat yang dirancang tidak
mungkin menjadi realiti atau kenyataan tanpa
komitmen dan usaha yang gigih daripada para
pegawai dan kakitangan awam, serta sokongan dan
penglibatan yang aktif para pengusaha di sektor
swasta.
9
8. Para pegawai dan kakitangan Kerajaan mesti
berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan
kecapan. Kita tidak akan mencapai taraf negara dan
negeri maju sekiranya para pegawai dan kakitangan
Kerajaan masih dengan mentaliti dan kerangka minda
(mindset) dan budaya kerja dunia ketiga. Pegawai
dan kakitangan negara maju mahir dalam teknologi IT,
sekurang-kurangnya sebagai pengguna, kreatif dan
yakin pada diri sendiri. Saya yakin para pegawai dan
kakitangan awam Negeri Sabah mempunyai potensi
untuk menonjolkan kualiti-kualiti positif ini. Yang
diperlukan hanyalah kemahuan dan motivasi serta
usaha yang berterusan untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran.
Tuan Speaker,
9. Selain para pegawai dan kakitangan
Kerajaan, anggota-anggota sektor korporat dan
swasta juga menjadi penentu masa depan dan
kejayaan memajukan ekonomi negara, khususnya di
negeri Sabah ini. Malah dalam sistem ekonomi liberal
10
dan perdagangan bebas, sektor korporat dan swasta
mendokong peranan dan sumbangan yang lebih
penting dan utama daripada sektor awam. Tidak
seperti pegawai Kerajaan, kemahuan dan motivasi
tidak menjadi masalah bagi sektor korporat dan
swasta. Kelemahan sektor korporat dan swasta sering
berpunca daripada ketandusan imaginasi dan
kreativiti serta kurang keberanian untuk meneroka
bidang-bidang baru, idea-idea baru, cara-cara baru.
Kita mahu para peniaga Negeri Sabah benar-benar
menunjukkan semangat dan kualiti keusahawaan
(entrepreneurial spirit dan quality). Perubahan
struktural yang berlaku dan akan berlaku dalam
ekonomi dunia dan negara pasti menampilkan banyak
peluang baru kepada para pengusaha. Oleh itu para
pengusaha kita mestilah berani tampil kemuka untuk
mengambil peluang-peluang yang terbuka luas.
Tuan Speaker,
10. Dalam Belanjawan tahun 1999 saya telahpun
menggariskan strategi-strategi terhadap pemulihan
11
ekonomi di samping menekankan aspek-aspek
pengurusan kewangan negeri yang berhemat, namun
dapat mencergaskan ekonomi domestik. Usaha-usaha
ke arah ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Ketika kita menghadapi cabaran dalam bentuk
sumber pendapatan yang terhad, berbanding dengan
rancangan yang kita hendak laksanakan, disiplin
dalam pengurusan wang awam amat mustahak dan
menjadi tunggak dalam usaha mengukuhkan
kedudukan kewangan negeri. Oleh itu semua urusan
perbelanjaan yang hendak dilakukan perlu dirangka
secara strategik supaya manfaat yang maksimum
diperolehi demi masa depan dan taraf hidup rakyat
yang lebih terjamin.
11. Dengan yang demikian, teras Belanjawan
Tahun 2000 adalah penerusan pelaksanaan strategi-
strategi pada tahun ini, agar konsisten dan menepati
sasaran yang hendak dicapai demi untuk
mempastikan ekonomi negeri terus pulih, berkembang
dan mengukuh. Strategi-strategi yang dimaksudkan itu
adalah seperti yang berikut:
12
(i) Memperkukuhkan kewangan negeri; (ii) Memastikan prestasi sektor awam di tahap yang
tinggi; (iii) Meningkatkan pembangunan kemudahan
awam; (iv) Pemesatan program pembangunan luar
bandar dan sosio-ekonomi sebagai tunjang kepada pembasmian kemiskinan;
(v) Memperukuhkan asas-asas ekonomi; (vi) Meransang program pembangunan sumber
manusia; (vii) Mengawal kenaikan kadar inflasi; (viii) Meransang pembangunan sektor-sektor
produktif dalam bidang pertanian, peladangan, pelancongan, perhutanan, dan perusahaan dan industri; dan
(ix) Meransang pembangunan dan pemodenan
sektor-sektor perkhidmatan terutamanya sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi dan teknologi maklumat.
13
Ekonomi Dunia
Tuan Speaker,
12. Ekonomi dunia dijangka akan terus
berkembang pada kadar 3.0 peratus dalam tahun
1999 dan mengukuh pada kadar 3.5 peratus pada
tahun 2000 setelah mencatat pertumbuhan kadar
terendah pada 2.5 peratus dalam tahun 1998.
Keadaan yang bertambah baik ini adalah berpunca
daripada pemulihan ekonomi di rantau Asia. Rantau
Asia diramalkan mengalami pertumbuhan pada
kadar 5.3 peratus dan 5.4 peratus masing-masing
dalam tahun 1999 dan 2000 selepas mencatatkan
pertumbuhan perlahan pada kadar 3.7 peratus dalam
tahun 1998. Keyakinan ke atas pasaran kewangan
yang telah mula kembali hampir di semua negara-
negara yang dilanda krisis ekonomi memudahkan
urusan kewangan dan seterusnya menjamin
pemulihan sepenuhnya dalam sedikit masa lagi.
Walaupun keadaan sedemikian, kita tidak harus
menjadi leka kerana ketiadaan initiatif padu yang
14
ditunjukkan oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia untuk
menjamin dan membentuk sistem kewangan global
yang baru; sistem kewangan yang ada ketika ini akan
terus terdedah kepada serangan peniaga-peniaga
matawang.
13. Seterusnya terdapat juga faktor-faktor
ketidakpastian yang berkaitrapat dengan keadaan
ekonomi dunia yang diramal memberangsangkan
dalam tempoh dua tahun akan datang. Kuasa
ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat, kini bersedia
untuk mengamalkan dasar pinjaman mudah selepas
memainkan peranan utama menangani kesan-kesan
kejatuhan ekonomi dunia tahun lepas. Namun
pengeluaran dunia akan bertambah lembab sekiranya
negara Jepun dan negara-negara Eropah tidak dapat
mengimbangi jangkaan kelembapan ke atas ekonomi
Amerika. Masalah-masalah (risiko) lain ialah yang
berkaitan dengan fenomena Y2K yang hangat
diperkatakan sekarang ini, yang boleh membawa
kesan negatif ke atas keseluruhan pasaran
kewangan.
15
14. Kadar pertumbuhan ekonomi Amerika
Syarikat diramal menurun sedikit kepada 3.7 peratus
pada tahun ini dan 2.6 peratus pada tahun 2000
berbanding dengan 3.9 peratus dalam tahun 1998.
Pertumbuhan perlahan yang terancang ini adalah
perlu untuk membolehkan negara berkenaan
mengelakkan tekanan inflasi dalaman daripada
menjadi bertambah teruk dan menyekat defisit akaun
semasa luaran.
15. Pertumbuhan ekonomi negara China
dijangka akan bergerak perlahan dalam tempoh dua
tahun akan datang dan diramal akan berkembang
pada kadar 6.6 peratus pada tahun 1999 dan 6
peratus pada tahun 2000, selepas mencatat kadar
pertumbuhan 7.8 peratus pada tahun lalu.
16. Salah sebuah negara utama Eropah, iaitu
negara Jerman, dijangka akan mencatatkan
pertumbuhan KDNK sebenar yang agak perlahan
pada kadar 1.4 peratus pada tahun 1999 berbanding
16
dengan 2.3 peratus tahun lepas sebelum diramal
meningkat kepada 2.5 peratus dalam tahun 2000.
17. Di United Kingdom kadar pertumbuhan
dijangka perlahan kepada 1.1 peratus tahun ini dan
diramal mengukuh kepada 2.4 peratus pada tahun
2000 berbanding dengan 2.2 peratus dalam tahun
1998. Ketinggian nilai matawang Sterling dan
kejatuhan permintaan luaran telah mengurangkan nilai
eksport bersih dengan amat ketara pada suku
keempat tahun 1998 dan pada suku pertama tahun
1999.
Ekonomi Malaysia
18. Ketika ini negara kita sedang mengalami
pemulihan ekonomi yang teguh. Dasar kawalan
secara selektif ke atas modal dan pertukaran
matawang negara yang sebelum ini dikritik hebat, kini
dialu-alukan sebagai strategi pemulihan yang paling
sesuai dan berkesan. Ekonomi negara telah memberi
respon secara positif kepada dasar fiskal
17
berkembang dan ransangan kewangan yang
dilaksanakan. Selain itu, kadar pertukaran telah
ditetapkan pada satu kadar yang kompetitif bagi
mengukuhkan ekspot negara. Langkah-langkah
kawalan berkenaan bukan sahaja dapat melindungi
negara daripada kesan-kesan negatif akibat
kemelesetan ekonomi rantau Asia, tetapi telah
mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.
Berdasarkan ramalan IMF yang terkini, negara Malaysia
dijangka akan mencatat pertumbuhan yang lebih baik
pada kadar 6.5 peratus dalam tahun 2000 berbanding
dengan 5.5 peratus untuk Korea Selatan, 4.0 peratus
untuk Thailand, 2.6 peratus untuk Indonesia, 3.5 peratus
untuk Filipina dan 5.0 peratus untuk Singapura. Proses
pemulihan yang memberangsangkan ini, sebenarnya,
adalah ekoran daripada langkah-langkah yang kita
laksanakan dan tidaklah sepahit mana yang dialami di
negara-negara lain, bahkan proses pemulihan yang
kita lalui tidaklah seteruk mana berbanding dengan
negara-negara yang dibantu oleh IMF.
18
19. Berdasarkan ramalan Kerajaan, KDNK
sebenar Malaysia dijangka akan berkembang pada
kadar 4.3 peratus tahun ini, setelah mengurang pada
kadar – 7.5 peratus dalam tahun 1998. Langkah-
langkah kawalan yang digubal sedemikian rupa, di
samping kadar pertukaran tetap yang berterusan serta
dasar-dasar kawalan yang berkesan akan
menyediakan landasan kepada negara kita untuk
mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi iaitu
pada kadar 5.0 peratus dalam tahun 2000.
20. Sektor pembuatan akan terus menjadi
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi
untuk kedua-dua tahun 1998 dan 1999. Sektor
pembuatan ini akan diperkuatkan oleh perkembangan
industri-industri berorientasikan ekspot terutamanya,
peralatan mesin elektrikal, perkakasan, "appliances
dan supplies" juga peningkatan industri-industri
berorientasikan domestik, terutamanya industri yang
berkaitan dengan sektor pembinaan.
19
21. Krisis ekonomi yang telah kita alami
meninggalkan kesan kepada indeks harga pengguna
Malaysia yang berterusan rendah dan stabil sebelum
ini. Kadar inflasi diramal akan meningkat daripada 2.7
peratus tahun lepas kepada 7.5 peratus dalam tahun
1998. Walau bagaimanapun, melalui langkah-langkah
awal yang telah diperkenalkan oleh Dasar Pemulihan
Ekonomi Negara (NERP) sejajar dengan langkah-
langkah kawalan ke atas modal serta kadar
pertukaran, kadar inflasi negara dijangka akan
berlegar di sekitar 4.0 peratus pada tahun depan.
Ekonomi Sabah
Tuan Speaker,
22. Walaupun penguncupan ekonomi dialami
oleh kesemua negara-negara di dunia ini termasuk
Malaysia keseluruhannya, ekonomi Sabah telah
berupaya mencatat pertumbuhan KDNK sebenar yang
positif pada kadar 2.6 peratus pada tahun lepas.
Keadaan ini dicapai terutamanya hasil sumbangan
20
sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan, yang
merupakan lebih 60 peratus daripada jumlah sebenar
KDNK keseluruhan. Walaupun perkembangan
ekonomi negeri agak tersekat akibat kemelesetan
ekonomi rantau Asia, kita bernasib baik kerana dapat
menghindari masalah kemelesetan pada tahun 1998.
Memandangkan ekonomi rantau Asia
keseluruhannya sedang mengalami proses
pemulihan, ekonomi negeri dijangka akan
mencatatkan pertumbuhan yang agak tinggi pada
kadar 3.2 peratus dalam tahun 1999 dan meningkat
4.6 peratus pada tahun 2000.
23. Pemulihan ekonomi di kalangan kebanyakan
rakaniaga kita serta ramalan kenaikan harga
barangan-barangan utama di pasaran dunia adalah
dua faktor utama yang mendorong ke arah ramalan
kadar pertumbuhan yang optimistik terhadap
ekonomi Sabah yang berorientasikan ekspot.
Walaupun dalam jangka masa sembilan (9) bulan
pertama tahun ini berlaku pengurangan terimaan
ekspot, Sabah terus mencatat lebihan dagangan yang
21
memberangsangkan. Dalam tempoh diantara Januari
hingga September 1999, ekspot Negeri ini merosot
sebanyak 1.5 peratus kepada RM9.87 ribu juta
daripada RM10.0 ribu juta dalam tempoh yang sama
pada tahun 1998. Walau bagaimanapun imbangan
dagangan negeri Sabah merosot sedikit kepada
RM2.37 ribu juta daripada RM3.05 ribu juta dalam
tempoh yang sama yang disemak. Ini adalah
disebabkan pertambahan jumlah import
berbanding ekspot.
24. Sumbangan sektor-sektor ekonomi yang
utama untuk tahun 1999 dan 2000 adalah dijangka
sumbangan daripada sektor pertanian dan
penternakan serta perkhidmatan, yang merupakan
lebih 50 peratus daripda jumlah keseluruhan KDNK
sebenar Sabah. Sektor pertanian dijangka akan
diperkuatkan dengan kenaikan eksport keluaran-
keluaran minyak sawit, yang akan berterusan menjadi
barangan eksport utama negeri yang bernilai tinggi.
Bagi sektor perkhidmatan pula, ianya dijangka
didokong oleh aktiviti-aktiviti pelancongan dan industri-
22
industri berkaitan, terutamanya, sempena Kempen
Melawat Sabah Tahun 2000. Proses penggabungan
(penyelarasan) yang sedang berlaku di dalam sektor
perbankan dan kewangan juga dijangka akan
memainkan peranan menstabilkan pertumbuhan
sektor perkhidmatan dalam tempoh dua (2) tahun
akan datang.
25. Di sepanjang tempoh Januari hingga
September 1999, jumlah ekspot keluaran minyak sawit
meningkat pada kadar 10.2 peratus kepada 1.75 juta
tan berbanding 1.59 juta tan dalam tempoh yang
sama tahun 1998. Sementara jumlah ketibaan
pelawat-pelawat asing (pelancong) telah meningkat
dengan kadar 30.6 peratus iaitu kepada 243,740
daripada 186,658 dalam tempoh yang sama tahun
lepas.
26. Sektor galian dan perlombongan, yang
merupakan salah satu penyumbang utama
pertumbuhan ekonomi tahun lepas, dijangka akan
mengalami penurunan akibat pengurangan jumlah
23
pengeluaran minyak mentah akibat kejatuhan harga
minyak dunia. Dalam tempoh sembilan (9) bulan
pertama tahun ini, jumlah eksport minyak mentah telah
menguncup pada kadar 7.6 peratus kepada 3.15 juta
tan daripada 3.41 juta tan dalam tahun 1998. Walau
bagaimanapun memandangkan kecenderungan
peningkatan harga minyak di pasaran antarabangsa,
jumlah pengeluaran dijangka meningkat semula
dalam suku terakhir tahun ini dan untuk tahun 2000.
27. Sumbangan sektor perhutanan dan
pembalakan diramalkan berkurangan berdasarkan
kuota pengeluaran yang ditetapkan oleh Kerajaan
Negeri. Pengeluaran balak untuk tahun 1999 dijangka
di sekitar tiga (3) juta meter padu. Dalam tempoh
enam (6) bulan pertama tahun ini, pengeluaran balak
mencapai 1.21 juta meter padu iaitu 63.9 peratus lebih
rendah berbanding dengan 3.35 juta meter padu yang
dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
28. Sektor pembuatan, yang mengalami
kejatuhan permintaan akibat kesan kegawatan
24
ekonomi serantau dan kejatuhan harga-harga
keluaran utama serta masalah kecairan perbankan, di
ramal akan meningkat pada tahun ini meskipun pada
kadar negatif yang lebih rendah. Walau
bagaimanapun komponen-komponen lain sektor
pembuatan yang penting telah mencatat
peningkatan jumlah eksport dalam jangka masa yang
sama. Jumlah eksport papan lapis berkembang pada
kadar yang amat ketara sekali iaitu 230.6 peratus,
manakala HBI meningkat pada kadar 27.8 peratus.
Dengan pemulihan jumlah permintaan dan harga
barangan di peringkat global, sektor pembuatan
dijangka akan mencatat kadar pertumbuhan yang
positif pada tahun depan.
29. Kerajaan Negeri setakat ini telah berupaya
dengan jayanya menepis tekanan hebat inflasi melalui
pelaksanaan strategi dan langkah-langkah berterusan
yang diambil oleh SEAC (Jawatankausa Bertindak
Ekonomi Negeri) selaras dengan polisi-polisi yang
ditetapkan oleh NEAC. Dalam tempoh Januari hingga
September tahun ini Harga Indeks Sabah telah
25
meningkat pada kadar 2.8 peratus berbanding
dengan pada tempoh yang sama tahun 1998. Kadar
ini adalah lebih rendah daripada Harga Indeks Negara
secara keseluruhan. Melalui pemantauan yang
berterusan, Kerajaan Negeri adalah komited untuk
memastikan kadar inflasi berada di bawah tahap 4.0
peratus untuk tahun ini dan tahun depan.
30. Walaupun ramalan keadaan ekonomi Negeri
ini agak memberangsangkan, tetapi ianya hanya
boleh dicapai melalui tindakan kerjasama yang padu
oleh semua pihak yang terlibat. Bersesuaian dengan
konsep Persyarikatan Malaysia, perkongsian bijak dan
proaktif di antara sektor swasta dan sektor awam,
semua ini penting bagi mempastikan Negeri ini
menepati sasaran yang diramalkan. Seterusnya perlu
diingat bahawa sasaran-sasaran ekonomi secara
umumnya adalah masih tertakluk kepada berbagai-
bagai faktor (risiko) luaran yang berkaitrapat dengan
ketidakpastian keadaan ekonomi dan sistem
kewangan dunia di luar kawalan kita. Kegagalan
ekonomi Negara Amerika Syarikat untuk memberikan
26
kemudahan pinjaman mudah, kejatuhan ekonomi
Negara Jepun dan ekonomi negara-negara rakan
niaga utama kita, serta kejatuhan permintaan dan
harga-harga barangan eksport utama Negeri ini di
pasaran dunia; kesemuanya ini dapat melemahkan
ekonomi dunia pada tahun hadapan.
Tuan Speaker,
Pekerja Asing dan Ekonomi Sabah
31. Di sini saya ingin mengambil sedikit masa
untuk mengulas isu-isu yang sering dibangkitkan oleh
pihak – pihak tertentu berhubung dengan pekerja
asing dan ekonomi Sabah. Dalam konteks
pembangunan ekonomi Sabah, sektor perhutanan
dan juga perladangan/pertanian masing-masing
mendaftar kira-kira 60 peratus dan 80 peratus tenaga
pekerja-pekerja asing. Begitu juga dengan sektor
pembinaan dan perkhidmatan di mana pekerja asing
melebihi rakyat tempatan. Apa yang sering kita
dengar ialah pekerja-pekerja asing dikaitkan dengan
27
wujudnya rumah-rumah haram, jenayah dan masalah-
masalah sosial seperti kesihatan dan keselamatan.
Tuan Speaker,
32. Disebalik masalah-masalah yang
dibangkitkan itu, tidak dapat dinafikan terdapat kaitan
di antara kadar pertumbuhan ekonomi Sabah selama
ini dengan penggunaan tenaga pekerja-pekerja asing
yang sanggup bekerja berat dengan bayaran rendah.
Kerja-kerja yang mereka lakukan pada umum ditolak
oleh rakyat tempatan sendiri. Pembangunan ekonomi
yang begitu penting kepada kesejahteraan Negeri ini
perlu diteruskan. Tanpa pekerja asing, saiz
penanaman kelapa sawit dan koko akan menjadi
lebih kecil dan kos pengeluaran, pembinaan dan
sektor perkhidmatan akan menjadi lebih tinggi dengan
kesannya terhadap kos hidup yang pasti akan
menyusahkan rakyat jelata.
33. Soalnya, bukannya sama ada kita mahu
atau tidak mahu pekerja asing di Sabah, terutama
28
sekali melihat kepada struktur ekonomi Sabah pada
hari ini. Dalam hal ini kita mestilah bersikap realistik. Isu
yang relevan ialah bagaimana kehadiran pekerja
asing hendak diatur, dikawal dan diurus. Inilah
sebabnya mengapa pendaftaran "Peraturan Pekerja”
dilancarkan secara besar-besaran pada bulan Mac
1997. Dalam jangka masa pertengahan (medium
term), kita boleh dan mesti berusaha ke arah
mengurangkan, bahkan menghapuskan kehadiran
pekerja asing di Sabah. Pada masa sekarang, fokus
Kerajaan Barisan Nasional ialah untuk memastikan
pekerja asing dikawal secara sistematik dan kos
peningkatan sosio-ekonomi kesan kehadiran mereka
dapat diminimakan (dikurangkan). Tindakan yang
berkesan dalam hal ini termasuklah mewajibkan
pemeriksaan kesihatan untuk pekerja asing (FOMEMA)
yang telah diperkenalkan pada 1 April 1998 dan lain-
lain polisi seperti meminta pekerja asing (kecuali orang
gaji) menyumbang kepada KWSP dan pengenaan
yuran sekolah bersamaan dengan kadar sektor swasta
bagi semua pelajar-pelajar asing.
29
34. Pertimbangan yang tersebut itu jelas
digambarkan dalam langkah-langkah dan dasar
Kerajaan Barisan Nasional termasuklah langkah
mengkehendaki semua pekerja asing mempunyai pas
kerja yang sah. Keperluan tersebut telah
dikuatkuasakan dengan ketat seperti yang ditunjukkan
dalam banyaknya serbuan polis dalam beberapa
tahun kebelakangan ini bukan sahaja di jalan-jalan
dan tempat-tempat awam tetapi juga di kilang-kilang
dan kawasan perumahan.
35. Kerajaan juga mempunyai pengertian yang
jelas mengenai kategori pekerja asing yang
dikehendaki di Sabah bagi mengurangkan persaingan
dengan rakyat tempatan di pasaran pekerjaan,
termasuklah yang bekerja di tanah-tanah perkuburan,
padang-padang golf, kebun-kebun sayur, rumah
orang-orang tua, atendan stesyen minyak, buruh-buruh
di lapangan terbang, pelabuhan dan sebagainya.
Anggaran Tahun 2000
30
Tuan Speaker,
36. Dengan mengambilkira persekitaran ekonomi
di luar dan dalam negeri dan kesinambungan strategi-
strategi Belanjawan pada tahun lalu yang relevan dan
pragmatik dalam memperkukuhkan usaha-usaha ke
arah pemulihan ekonomi negeri, saya mencadangkan
sejumlah RM1,321.44 juta diperuntukkan bagi tahun
2000. Daripada jumlah ini sebanyak RM1021.44 juta
atau 77.30 peratus adalah untuk perbelanjaan
Perbekalan dan RM300 juta atau 22.71 peratus adalah
untuk caruman kepada Kumpulan Wang
Pembangunan Negeri.
Anggaran Hasil
Tuan Speaker,
37. Jumlah anggaran hasil negeri bagi tahun
2000 diramal kepada RM1,345.36 juta. Jumlah ini
bertambah daripada anggaran hasil disemak tahun
1999 yang berjumlah RM1,295.68 juta. Pengenaan
31
cukai jualan negeri ke atas minyak sawit membolehkan
Kerajaan Negeri menjangka hasil yang lebih tinggi
daripada anggaran asal RM1,213.51 juta bagi tahun
1999. Dengan tambahan sumber hasil tahun ini
Kerajaan Negeri mengalami peningkatan hasil
sebanyak 6.3 peratus berbanding dengan pungutan
sebenar bagi tahun 1998 iaitu sebanyak RM1,218.92
juta. Peningkatan anggaran hasil tahun depan
kepada RM1,345.36 juta berbanding dengan
anggaran hasil disemak 1999 sebanyak RM1,295.68 juta
dan juga bagi tahun 1998, menunjukkan tahap
pendapatan negeri yang stabil dan mengukuh.
Tuan Speaker,
38. Duti Kastam dan Eksais mendahului sebagai
penyumbang terbesar kepada hasil negeri dengan
jumlah RM290.08 juta merupakan 21.56 peratus
daripada jumlah anggaran hasil. Anggaran ini adalah
begitu menggalakkan setelah mengambilkira
perkembangan ekonomi negara yang dilihat semakin
mengukuh ke tahun hadapan. Ini telah menerangkan
32
terhadap peningkatan hasil disemak 1999 sebanyak
RM274.49 juta berbanding dengan anggaran asal
sebanyak RM250.05 juta, merupakan tambahan 9.77
peratus. Manakala anggaran hasil tahun 2000 pula
menampakkan peningkatan sebanyak 5.68 peratus
berbanding dengan anggaran hasil disemak 1999.
Tanggungjawab pungutan hasil adalah dikendalikan
sepenuhnya oleh Jabatan Kastam dan Eksais
berkenaan dan Kerajaan Negeri penuh yakin bahawa
mereka akan memberi
39. kerjasama yang sepenuhnya untuk mempastikan pungutan yang dijangkakan itu.
Tuan Speaker,
39. Hasil Perhutanan adalah penyumbang kedua
terbesar iaitu dianggarkan sebanyak RM250.21 juta
33
atau 18.6 peratus daripada jumlah anggaran hasil
tahun 2000. Walaupun begitu hasil perhutanan bagi
tahun 2000 dijangka menurun berbanding dengan
hasil disemak RM259.38 juta bagi tahun 1999
merupakan kejatuhan sebanyak 3.5 peratus. Dengan
amalan pengurusan hutan berkekalan sekarang,
Kerajaan Negeri dapat meneruskan pengeluaran
balak sekurang-kurangnya 3 juta meter padu bagi
tahun 2000 untuk menepati sasaran hasil sebanyak
RM250.21 juta yang terdiri daripada RM222 juta royalti
ke atas keluaran hutan dan RM28.21 juta bagi bayaran
lesen, saman dan lain-lain bayaran perhutanan. Dasar
untuk tidak akan mengenakan royalti kepada kayu
diproses dijangka akan diteruskan untuk membantu
industri-industri tempatan. Justeru tidak ada hasil
dianggarkan bagi item ini. Apa yang menyakinkan
ialah pemulihan ekonomi global pada tahun depan
mungkin memberi galakan ke atas kenaikan harga
balak dan seterusnya membolehkan hasil tambahan
dikutip daripada sumber ini.
Tuan Speaker,
34
40. Sumber hasil yang mustahak seterusnya ialah
daripada Tanah dengan menyumbang sebanyak
RM201.14 juta atau 14.95 peratus dari jumlah anggaran
hasil tahun 2000. Bagi tahun 1999 hasil daripada Tanah
menurun sedikit daripada anggaran asal sebanyak
RM205.40 kepada RM201.14 juta. Anggaran disemak
bagi tahun 1999 telah mengambilkira jumlah sebanyak
RM110 juta yang bakal diterima daripada Kerajaan
Persekutuan sebagai premium serta cukai tanah bagi
kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu. Seterusnya bagi tahun 2000 Jabatan Tanah
dan Ukur menjangkakan jumlah sebanyak RM161 juta
daripada premium tanah. Dalam hubungan ini
Kerajaan akan mengusahakan agar pungutan ini akan
dapat dicapai dengan mempertingkatkan kecekapan
agensi Kerajaan yang terlibat dan juga kerjasama
orang awam untuk membuat bayaran.
Tuan Speaker,
35
41. Dengan kelulusan Enakmen Cukai Jualan
Negeri pada Disember 1998, Cukai Jualan ke atas
kelapa sawit telah dikuatkuasakan pada bulan April
1999. Kerajaan dijangka memungut sekurang-
kurangnya RM80 juta bagi tempoh bulan April hingga
Disember 1999, berasaskan tren pungutan semasa.
Bagi tahun 2000 amaun pungutan hasil ini dijangka
meningkat kepada RM120 juta. Amaun ini adalah
lebih tinggi daripada anggaran 1999 kerana pungutan
mengambilkira tempoh sepanjang tahun berbanding
dengan pungutan tahun ini yang hanya bermula
pada bulan April. Berdasarkan harga pasaran untuk
minyak sawit kekal atas paras RM1,000 per metrik tan
dan pengeluaran minyak sawit dalam lingkungan 2.4
juta metrik tan dan dengan kadar cukai jualan minyak
sawit RM50 setan metrik, saya yakin anggaran hasil
sebanyak RM120 juta dapat dicapai.
Tuan Speaker,
42. Sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri untuk
mengurangkan perjudian, Kerajaan Negeri akan
36
mengenakan 10 peratus cukai jualan ke atas
penjualan loteri bernama Sandakan Turf Club dan
Sports Toto Berhad. Melalui tindakan ini adalah
dijangkakan Kerajaan akan memperolehi anggaran
hasil sebanyak RM45 juta. Dengan gandingan cukai ini
dan Cukai Jualan atas minyak sawit maka di bawah
item Cukai Jualan Kerajaan Negeri akan menerima
RM165 juta atau 12.26 peratus daripada jumlah
anggaran hasil bagi tahun 2000.
Tuan Speaker,
43. Royalti Petroleum kekal sebagai sumber hasil
yang penting bagi Kerajaan Negeri dengan
sumbangan sebanyak RM109.35 juta bagi tahun 2000
seperti yang diramalkan oleh Petronas. Amaun ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 12.50 peratus
berbanding dengan anggaran disemak bagi tahun
1999 yang berjumlah RM97.2 juta. Peningkatan ini
didorong oleh senario bahawa harga petroleum akan
kekal “buoyant” dengan komitmen dari negara-
negara OPEC untuk mematuhi kepada kuota
37
pengeluaran mereka bagi menghadkan perbekalan
global. Adalah dinyatakan di sini bahawa hasil
sebenar bagi tahun 1999 yang berjumlah RM97.2 juta
mengalami kekurangan 3.0 peratus daripada
anggaran asal. Saya penuh yakin Petronas akan
berusaha dengan lebih giat lagi untuk mempastikan
jumlah yang dianggar iaitu, sebanyak RM109.35 juta
dapat dicapai bagi tahun 2000. Dalam
perkembangan lain, Mamut Copper Mine telah
memaklumkan Kerajaan Negeri bahawa lombong
tembaga akan ditutupkan pada akhir tahun ini.
Berikutan dengan keputusan ini maka tidak ada hasil
dijangkakan daripada royalti tembaga bagi tahun
2000.
Tuan Speaker,
44. Kerajaan Persekutuan akan terus
menyumbang kepada Kerajaan Negeri berasaskan
pelbagai pemberian perlembagaan dan imbuhanbalik
38
yang berjumlah RM93.87 juta bagi tahun tahun 2000.
Amaun ini adalah bertambah daripada anggaran
asal berjumlah RM91.81 juta bagi tahun 1999.
Kerajaan Negeri sepatutnya tidak menghadapi
masalah untuk mendapatkan jumlah anggaran hasil
bagi tahun 2000 berikutan dengan kerjasama yang
erat dengan Kerajaan Persekutuan. Tren kutipan hasil
pada tahun-tahun lalu telah menunjukkan bahawa
hasil sebenar dari sumber ini selalunya tinggi daripada
yang dianggarkan. Kaedah konservatif selalunya
digunakan untuk membuat ramalan kerana sekiranya
hasil diterima kelak bertambah ini akan menjadi
bonus berbanding dengan ramalan yang terlalu
optimis.
Tuan Speaker
45. Jabatan Air menjangkakan pungutan
sebanyak RM70.64 juta sebagai hasil daripada
penjualan air bagi tahun 2000. Ini merupakan
39
peningkatan sebanyak 15.61 peratus berbanding
dengan anggaran hasil disemak berjumlah RM61.1 juta
bagi tahun 1999. Dengan perlantikan firma konsultan
untuk mempertingkatkan kecekapan Jabatan Air,
pungutan hasil daripada penjualan air telah
menampakkan peningkatan ke atas pungutan.
Pemasangan sistem komputer pusat memungkinkan
Jabatan Air Sabah berupaya memungut hasil yang
lebih. Bagaimanapun masih banyak lagi tugas yang
perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil daripada
hutang-piutang yang tertunggak; satu kesan daripada
sistem lama. Pungutan ke atas tunggakan hasil ini
akan menjadi satu bonus kepada Kerajaan Negeri.
Tuan Speaker,
46. Hasil daripada Pungutan, Dividen dan
Faedah dianggarkan sebanyak RM71.81 juta bagi
tahun 2000, merupakan penurunan sebanyak 15.35
40
peratus berbanding dengan anggaran hasil disemak
1999 sebanyak RM84.83 juta. Pungutan hasil yang
lebih tinggi bagi 1999 adalah khusus daripada
pembayaran balik ke atas pinjaman Kerajaan negeri
yang terbesar oleh Lembaga Letrik Sabah.
Pembayaran balik ini dapat dilakukan berikutan
dengan penswastaan Lembaga Letrik Sabah oleh
Kerajaan Persekutuan yang menyumbang lebih
daripada RM60 juta dibawah item Faedah ke atas
pinjaman kepada Perbadanan–perbadanan Awam
bagi kelas ini. Bagi tahun 2000 masih terdapat
pembayaran balik tetapi amaun yang dijangkakan
tidaklah begitu besar. Di samping itu Kerajaan Negeri
tidak menjangkakan pendapatan yang lebih tinggi
melalui faedah daripada wang tunai dan deposit
jangka pendek memandangkan kadar faedah
dijangka kekal pada paras rendah. Bagi kelas hasil ini
Kerajaan Negeri akan bergantung sepenuhnya atas
pungutan Dividen daripada Perbadanan-perbadanan
Awam sekurang-kurangnya RM50 juta untuk tahun
2000.
41
Tuan Speaker,
47. Di bawah kelas Pelbagai, sejumlah RM66.46
juta dianggarkan untuk tahun 2000 yang mana adalah
lebih rendah berbanding dengan anggaran hasil
disemak sebanyak RM116.45 juta bagi tahun 1999.
Hasil terbesar adalah daripada item Perolehan
daripada Pemindahan Pinjaman-pinjaman kepada
Kumpulanwang Badan-badan Berkanun dan Lain-lain
dengan anggaran sebanyak RM50 juta. Anggaran
Hasil disemak bagi tahun 1999 untuk item ini adalah
sebanyak RM100 juta sebagai pembayaran balik
pinjaman pokok daripada Lembaga Letrik Sabah.
Bagaimanapun bagi tahun 2000 pembayaran balik
dijangka berkurangan dan disebabkan oleh
pengeluaran pinjaman yang kerap melalui Tabung
Pinjaman maka amaun yang boleh dipindahbalik
kepada item hasil ini juga akan berkurangan.
Tuan Speaker,
42
48. Jabatan Keretapi telah memberikan ramalan
yang menggalakkan untuk tahun 2000 dengan
anggaran hasil sebanyak RM1.94 juta berbanding
dengan anggaran hasil disemak sebanyak RM0.942
juta bagi tahun 1999. Aktiviti-aktiviti baru yang
direncanakan oleh Jabatan Keretapi bertemakan
‘Tour of Delight’ telah mendapat respon yang baik
daripada orang-orang awam dan dapat memperbaiki
pendapatan kepada Jabatan berkenaan. Jabatan
Keretapi yakin bahawa terdapatnya potensi untuk
mereka terus mempromosikan perkhidmatan mereka
secara pesat. Dengan sokongan yang penuh
daripada Kerajaan Negeri keatas usaha ini maka
anggaran hasil untuk tahun depan akan dapat
dicapai.
Perbelanjaan Mengurus Tuan Speaker,
49. Peruntukan Kerajaan Negeri untuk
perbelanjaan mengurus pada tahun 2000 adalah
43
dianggarkan sebanyak RM1,321.44 juta. Daripada
jumlah ini RM379.54 juta adalah untuk personal
emolumen, RM325.31 juta untuk perbelanjaan
berulang dan RM616.59 juta untuk perbelanjaan
khas.
50. Bagi perbelanjaan Emolumen, iaitu,
komponen terbesar perbelanjaan mengurus dijangka
meningkat sebanyak 3.34 peratus berbanding dengan
anggaran disemak 1999 sejumlah RM367.29 juta.
Peningkatan ini adalah untuk memenuhi keperluan
untuk kenaikan gaji tahunan dan pewujudan
beberapa jawatan terutamanya yang ada kaitan
dengan usaha untuk meningkatkan hasil negeri. Bagi
mengawal kenaikan perbelanjaan emolumen,
Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah
untuk mengoptimakan penggunaan tenaga yang
sedia ada dan fungsi beberapa agensi, di samping
mengurangkan kakitangan yang berlebihan.
Peruntukan sejumlah RM325.31 juta untuk Perbelanjaan
Berulang menunjukkan peningkatan 0.25 peratus
berbanding dengan anggaran disemak sejumlah
44
RM324.49 juta dalam tahun 1999. Bagi perbelanjaan
Khas sejumlah RM616.59 juta telah disediakan.
Perbelanjaan dalam kategori ini meningkat sebanyak
5.85 peratus. Pengagihan peruntukan-peruntukan
kepada beberapa Kementerian termasuk Jabatan-
jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan di bawah
kawalan Kementerian-kementerian berkenaan adalah
seperti berikut:
Jumlah Pengagihan kepada semua Kementerian/Agensi di bawahnya
Bil.
Kementerian/Jabatan
Anggaran 2000
RM Juta
%
(i) (ii) (iii) (iv)
Kementerian Kewangan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Jabatan Ketua Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
466.22
275.68
215.46
119.04
35.28
20.86
16.31
9.01
45
(v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii)
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Kementerian Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Perbelanjaan Tanggungan Perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Kementerian-kementerian Kementerian Pembangunan Perindustrian
70.52
41.74
30.19
24.77
22.98
21.95
16.05
12.46
4.38
5.34
3.16
2.28
1.87
1.74
1.66
1.22
0.94
0.33
JUMLAH
1,321.44 100.00
Tuan Speaker,
51. Seperti pada tahun-tahun lalu Kementerian
Kewangan akan meletakkan sebahagian besar
peruntukan di bawah kawalannya, iaitu, sebanyak
RM466.22 juta atau 35.28 peratus daripada jumlah
belanjawan. Jumlah ini termasuk sumbangan kepada
46
Kumpulan Wang Berkanun, iaitu, sebanyak RM300.00
juta dicarum kepada Kumpulan Wang Pembangunan
dan RM10.00 juta kepada Kumpulan Wang Pinjaman.
Sejumlah RM136.55 juta lagi diperuntukkan kepada
Perbelanjaan Am Perbendaharaan. Perbelanjaan-
perbelanjaan ini termasuklah pelaburan ekuiti dalam
Sabah Electricity Sdn. Bhd., RM31.85 juta, Penyewaan
Kenderaan Swasta RM13.00 juta dan pelaburan ekuiti
dalam Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
sebanyak RM12.80 juta. Manakala sejumlah RM13.02
juta disediakan untuk membiayai keperluan
perbelanjaan mengurus bagi Jabatan Bendahari
Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Komputer.
Kerajaan Negeri juga akan terus menyediakan
peruntukan sebanyak RM20.00 juta kepada
Perkembangan Badan-badan Keagamaan Bukan
Islam. Manakala sejumlah RM8.00 juta disediakan
untuk Pemberian kepada Sekolah-sekolah.
52. Jabatan Ketua Menteri yang meliputi di
antara lain tanggungjawab yang penting, seperti
Perhutanan, Tanah dan Ukur, Perkhidmatan Awam
47
Negeri, Pengajian Tinggi, Pencetakan, Hal Ehwal
Agama Islam, Perhubungan Negeri dan Arkib Negeri,
diperuntukkan sebanyak RM215.46 juta. Sebahagian
besar daripada peruntukan ini adalah untuk
membiayai kos operasi bagi Jabatan Ketua Menteri
sebanyak RM43.97 juta. Di antara program yang
terpenting ialah usaha ke arah pembaharuan
pentadbiran dan peningkatan kualiti dalam
pentadbiran. Sebanyak RM49.41 juta adalah untuk
Jabatan Perhutanan dan RM40.26 juta untuk Tanah
dan Ukur bagi mempercepatkan proses pengukuran
dan proses pungutan hasil negeri. Seterusnya RM34.81
juta disediakan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri dan RM37.96 untuk Jabatan Perkhidmatan
Awam Negeri termasuk mengurus pemberian biasiswa.
Penyelenggaraan Kemudahan-kemudahan Awam
53. Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan
agensi-agensi di bawahnya akan menerima
peruntukan sebanyak RM275.68 juta. Sebanyak
RM137.85 juta atau 50 peratus daripada peruntukan ini
48
adalah untuk Jabatan Air yang bertanggungjawab ke
atas pelaksanaan serta pengurusan bekalan air yang
masih memerlukan peningkatan. Manakala Jabatan
Kerja Raya yang bertanggungjawab ke atas
pelaksanaan dan penyelenggaraan kemudahan-
kemudahan awam negeri, seperti penyelenggaraan
bangunan, jalanraya, jambatan, jentera dan elektrik,
sewaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain
diperuntukkan sebanyak RM69.47 juta. Di sampingi tu,
sejumlah RM68 juta adalah untuk bayaran
penswastaan air terhadap tiga pemegang konsesi
yang terbesar di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Pertanian dan Industri Pemakanan
54. Sebanyak RM119.04 juta dicadangkan bagi
Kementerian Pembangunan Pertanian dan Industri
Pemakanan. Daripada jumlah ini sebanyak RM96.55
juta disediakan untuk empat (4) buah Jabatan di
bawahnya bagi membiayai keperluan biasa seperti
bayaran emolumen, program pertanian iaitu
perkhidmatan pengembangan, pemberian pelbagai
49
jenis bantuan kepada petani seperti skim bantuan baja
dan benih, program pengairan dan saliran
terutamanya untuk mengatasi banjir dan menghalang
hakisan. Projek-projek lain di bawah Kementerian
termasuk tanaman semula getah, industri ternakan,
perikanan dan projek-projek lain yang berkaitan.
Kesemua kegiatan ini menekankan kesungguhan
Kerajaan dalam mempromosikan dan menambah
pengeluaran makanan sejajar dengan Dasar Pertanian
yang ada sekarang.
Bantuan Sosial
Tuan Speaker,
55. Sejumlah RM70.52 juta peruntukan disediakan
kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan
Hal Ehwal Pengguna untuk membiayai program-
program berkaitan dengan perkhidmatan kebajikan
masyarakat dan bantuan sosial. Daripada jumlah itu,
RM20 juta adalah diberikan kepada program-program
perkhidmatan sosial bagi pemberian minuman dan
50
makanan yang berkhasiat, pakaian dan kasut sekolah
serta alat-alat keperluan sekolah terutama sekali bagi
murid-murid sekolah-sekolah di luar bandar. Sebanyak
RM23 juta pula adalah disediakan untuk bantuan am
dan bantuan untuk warga tua.
Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan
56. Pelancongan di Sabah yang kini mendapat
pengikhtirafan sebagai salah satu destinasi
pelancongan yang amat menarik oleh pengunjung-
pengunjung di rata-rata dunia, akan terus mendapat
galakan yang setimpal. Sejumlah RM30.19 juta
disediakan di bawah kawalan Kementerian
Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar dan Sains
dan Teknologi. Usaha-usaha untuk mempromosikan
bukan sahaja tertumpu kepada produk-produk
pelancongan yang sedia wujud tetapi juga kepada
potensi-potensi baru yang sedang giat diterokai agar
sektor ini dapat menandingi saingan negara-negara
lain. Di antara program yang terunggul pada tahun
2000 ialah Tahun Melawat Sabah dan ‘Eco-challenge’
51
yang pasti dapat mempromosikan Sabah seluas
lautan. Daripada jumlah yang diperuntukkan kepada
Kementerian berkenaan sebanyak RM15 juta yang
diberikan untuk promosi pelancongan sahaja adalah
merupakan tambahan sebanyak 46.60 peratus
berbanding dengan tahun ini. Kerajaan akan terus
memberi galakan ke arah kepelbagaian aktiviti
merangkumi spektrum minat pelancong dari sudut
busines kepada sukan. Justeru, Kerajaan telah
bersetuju untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan
Malaysia Tahun 2002. Oleh yang demikian peranan
Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan
Kemajuan Sukan yang diperuntukkan RM21.96 juta
diharap akan dimanfaatkan sepenuhnya dari segi
ekonomi selain daripada pertandingan dan
pertunjukan kemahiran dalam kesukanan semata-
mata.
Pentadbiran Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
Tuan Speaker,
52
57. Kerajaan akan terus memerangi kemiskinan
dalam segala bentuk dan rupa. Kementerian
Pembangunan Luar Bandar yang diberikan
tanggungjawab akan diperuntukkan RM41.74 juta,
untuk menjalankan program-program bimbingan yang
strategik baik di peringkat kepimpinan maupun mereka
yang dipimpin. Dengan fungsi keusahawanan yang
diletakkan di bawah Kementerian berkenaan, saya
berharap usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam
bidang industri asas seperti memproses makanan
hingga ke penghasilan produk seni kraf mendapat
sambutan daripada penduduk-penduduk luar
bandar sewajarnya.
58. Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan
dan Perumahan akan dibekalkan peruntukan
sebanyak RM24.77 juta. Kerajaan akan terus
menghulurkan pemberian kepada pihak berkuasa
Tempatan untuk memastikan agar perkhidmatan-
perkhidmatan dan penyediaan kemudahan-
kemudahan awam di kawasan-kawasan mereka
dapat meningkatkan tahap kebersihan yang
53
memuaskan selain memberi khidmat-khidmat yang
diperlukan untuk kepentingan awam. Sesungguhnya
pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah
Bandaraya pada tahun 2000 akan menjadi simbol
kejayaan dan sumber peransang. Sekaligus
pengisytiharan ini akan menjadi piagam ke arah
memberi perkhidmatan yang cemerlang dan
keselesaan dalam menempuh kualiti hidup dan kita
tidak lagi berada dalam buruan impian sahaja.
Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber
Tuan Speaker,
59. Untuk terus bekerja keras sahaja untuk
membangunkan negeri dalam era teknologi ini, kita
akan ketinggalan rentak. Kita mesti, dengan izin,
‘work smart’ dan pengurusan berasaskan
pengetahuan (knowledge based) adalah menjadi
tunjang dalam setiap pendekatan untuk kita
melangkah ke alaf baru. Tahun 2000, memasuki tahun
kelima dalam usaha kita menerokai bidang IT. Oleh itu,
54
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM22.98
juta kepada Kementerian Pembangunan Sumber dan
Teknologi Maklumat. Daripada jumlah ini, sebanyak
RM8.78 juta untuk program pembangunan sumber
manusia dan RM12 juta lagi untuk pembangunan IT,
termasuk program pembentukan kaedah-kaedah baru
dan pembelian perkakasan di samping
menyelenggara rangkaian Sabah Net dan lain-lain
peningkatan latihan kemahiran dalam penggunaan IT.
60. Kini semua Jabatan/kementerian telah
dilengkapkan dengan sistem komputer yang asas bagi
mengendalikan pemprosesan maklumat masing-
masing. Di antara Jabatan/Kementerian berkenaan,
terdapat sistem komputer yang telah dilengkapkan
dan dilaksanakan dalam bentuk rangkaian kawasan
setempat (LAN).
Bantuan kepada Agensi-agensi Awam
Tuan Speaker,
55
61. Seperti pada tahun-tahun lalu Kerajaan akan
terus menyediakan pemberian kepada beberapa
Badan Berkanun Negeri dan agensi-agensi Kerajaan
untuk membantu komitmen kewangan mereka yang
disalurkan melalui Kementerian-kementerian Pengawal
berkenaan. Ini melibatkan sejumlah RM49.4 juta.
Sayugia diingatkan bantuan kewangan ini tidaklah
mencukupi untuk memenuhi kehendak kewangan
mereka. Tetapi harus disedari bahawa Kerajaan tidak
sepenuhnya dipertanggungjawabkan untuk
menyelesaikan segala beban kewangan yang mereka
hadapi. Badan-badan ini perlu memiliki perancangan
kewangan yang strategik dan berbelanja mengikut
keupayaan masing-masing dan seterusnya mencari
jalan untuk meningkatkan sumber kewangan mereka
menerusi kegiatan atau busines sebagaimana mereka
ditubuhkan untuk mencapai matlamat mereka.
Tuan Speaker,
62. Seperti yang telah saya sebutkan di awal
ucapan ini, Kerajaan sedar bahawa kejayaan
56
terhadap pembangunan negara tidak akan tercapai
tanpa sokongan padu daripada kakitangan
perkhidmatan awam. Kerajaan akui sumbangan
kakitangan awam dalam memberikan perkhidmatan
yang cekap dan menjayakan pelaksanaan projek-
projek pembangunan. Justeru, adalah diharapkan
supaya semua kakitangan awam dapat meneruskan
bakti, dedikasi dan komitmen cemerlang ini pada
tahun-tahun akan datang. Sebagai tanda
penghargaan, Kerajaan Negeri telah memutuskan
untuk membayar bonus untuk tahun ini sebanyak
maksimum satu bulan gaji pokok atau sekurang-
kurangnya RM1,000, termasuk RM600 yang diberikan
terdahulu untuk kakitangan awam yang layak. Saya
berharap sumbangan ini dapat membantu
meringankan kos sara hidup mereka. Di samping itu,
Kerajaan akan meningkatkan imbuhan tetap
perumahan kakitangan awam dalam golongan
rendah sebanyak 50 peratus dan bersetuju
menaikkan gaji pokok sebanyak 10 peratus mulai 1
Januari 2000 bagi semua kakitangan Kerajaan.
57
63. Dalam hubungan ini dengan tanggungan
kewangan negeri kian meningkat pada setiap tahun,
adalah wajar bagi saya untuk menekankan semula
amalan perbelanjaan berhemat terhadap peruntukan
yang diberikan. Tabiat boros dan pembaziran wang
awam hendaklah dihapuskan dan di sebaliknya kita
hendaklah sentiasa memupuk etika dan budaya
berjimat. Para pegawai dan kakitangan perkhidmatan
awam, janganlah hendaknya beranggapan bahawa
oleh kerana wang awam bukan kepunyaan peribadi,
maka pengawalan penggunaan wang adalah tidak
penting. Kita mestilah sedar bahawa Anggaran Hasil
Kerajaan meskipun yang diramalkan akan berpunca
daripada pelbagai sumber, tiada kepastian yang
ianya akan diperolehi seratus-peratus dengan jayanya.
Perbelanjaan Pembangunan
Tuan Speaker,
64. Penyediaan anggaran perbelanjaan
pembangunan tahun 2000 telah mengambil kira
58
objektif jangka panjang RRJPS untuk mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi melalui penyediaan infrastruktur
dalam sektor-sektor produktif di samping
mempertingkatkan kualiti hidup rakyat. Dengan yang
demikian sejumlah RM726.56 juta adalah
dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan
tahun 2000. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
RM598.21 akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri, RM88.26
dalam bentuk Pinjaman Persekutuan dan sebanyak
RM40.09 juta adalah dijangka dibiayai menerusi Imbuh
Balik Persekutuan. Pinjaman Persekutuan yang
berjumlah RM88.26 juta tersebut adalah untuk
membiayai projek-projek seperti yang berikut:
RM Juta Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) ……………………………… 60.00 Bekalan Air Luar Bandar ……………………………………………. 17.54 Memperbaiki kemudahan sukan (SUKMA) ……………………… 10.00 Perumahan Kos Rendah ……………………………………………. 0.72 88.26 Manakala sebanyak RM40.09 juta di bawah imbuh
balik Persekutuan adalah untuk projek-projek di bawah
Jabatan-Jabatan berikut:
59
RM Juta
Jabatan Pengairan dan Saliran …………………………………… 15.39 Pertanian ……………………………………………………………. 14.67 Perkhidmatan Haiwan ………………………………………………. 10.03 40.09
Tuan Speaker,
65. Pembahagian Belanjawan Pembangunan
tahun 2000 mengikut Kementerian adalah seperti
berikut:
Kementerian RM(Juta) %
Kementerian Pembangunan Infrastruktur Ketua Menteri Kementerian Pembangunan Pertanian Dan Industri Pemakanan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Kementerian Kewangan Kementerian Pembangunan Perindustrian Kementerian Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan
245.73
105.37
99.89
30.17
26.25
25.00
21.25
14.83
41.08
17.62
16.70
5.04
4.39
4.18
3.55
2.48
60
Kementerian Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Luar Jangka
10.07
4.84
4.81
10.00
1.68
0.81
0.80
1.67JUMLAH 598.21 100.00
Tuan Speaker,
66. Pengagihan peruntukan RM598.21 juta yang
dibiayai oleh Kerajaan Negeri mengikut sektor adalah
seperti yang berikut:
RM(Juta) % Ekonomi ……………………………………………………….. 376.72 63.0 Sosial ……………………………………………………………. 136.63 22.8 Pentadbiran Am ……………………………………………… 74.86 12.5 Luar Jangka …………………………………………………… 10.00 1.7
Sektor ekonomi merangkumi bidang-bidang seperti
pertanian dan pembangunan luar bandar,
61
pengangkutan dan pembangunan infrastruktur fizikal,
kemudahan awam, perdagangan dan pembangunan
industri, penyelidikan dan latihan diperuntukkan
sejumlah RM376.72. juta atau 63.0 peratus daripada
keseluruhan jumlah anggaran pembangunan tahun
2000. Daripada jumlah ini Sektor sosial yang
diperuntukkan sejumlah RM136.63 juta atau 22.8
peratus adalah untuk item-item seperti:
RM (Juta) Infrastruktur kepada Perumahan Awam Kos Rendah …. 25.00 Perumahan …………………………………………………….. 19.70 Pengairan dan Pembentungan ……………………………. 21.29 Belia dan Kemajuan Sukan ………………………………….. 14.83 Perpustakaan dan Perkhidmatan Sosial ………………….. 4.81 Pembangunan Luar Bandar …………………………………. 51.0 Manakala sejumlah RM74.86 juta adalah untuk
membiayai pembinaan bangunan-bangunan
Kerajaan untuk premis pejabat, masjid dan sekolah-
sekolah agama Islam dan pengambilan tanah. Baki
sejumlah RM10 juta adalah untuk kegunaan luar
jangka.
62
Tuan Speaker,
67. Usaha-usaha untuk membangunkan sektor
ekonomi memerlukan huraian lanjut dalam ucapan ini.
Sejumlah RM168.0 juta adalah dikhaskan untuk
projek-projek bekalan air. Jumlah ini merangkumi
44.60 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan
untuk sektor ini. Manakala sektor pertanian yang diberi
penekanan baru berhubung dengan peningkatan
terhadap pengeluaran sumber pemakanan selain
daripada peladangan merupakan komponen kedua
terbesar dalam sektor ekonomi dengan peruntukan
sebanyak RM87.9 juta. Pengangkutan dan
pembangunan infrastruktur fizikal yang juga salah satu
komponen penting dalam sektor ekonomi diberikan
sebanyak RM73.0 juta. Daripada jumlah ini, RM63.7
juta adalah untuk jalanraya negeri dan program
pembinaan jambatan, RM4.0 juta untuk keretapi dan
RM2.3 juta lagi ialah untuk pembangunan pelabuhan
dan dermaga dan RM3.0 juta untuk menaiktaraf dan
penyelenggaraan jalan-jalan dan estet perumahan.
63
Tuan Speaker,
68. Seperti yang saya telah sentuh dalam
halaman awal ucapan ini Kerajaan komited ke arah
membangunkan industri pelancongan untuk
menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi
Sabah. Sektor pelancongan bukan sahaja menjadi
pemangkin ke arah mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan tetapi menambah nilai kepada produk-
produk pelancongan seperti seni kraf, kebudayaan,
flora dan fauna dan "lautan hijau" yang negeri ini amat
kaya dengannya. Untuk itu peruntukan sebanyak
RM31.57 juta disediakan di bawah perbelanjaan
pembangunan untuk mendokong "gabungan"
pelaksanaan terhadap program-program berhubung
dengan industri perkhidmatan oleh agensi-agensi
Kerajaan yang secara langsung atau tidak langsung
menyumbang kepada mempromosikan kegiatan –
kegiatan pelancongan keseluruhannya.
Tuan Speaker,
64
69. Huraian-huraian di atas hanyalah ringkasan
daripada item-item utama bagi cadangan
perbelanjaan pembangunan tahun 2000. Butir-butir
yang terperinci bagi setiap perbelanjaan akan
dibentangkan oleh rakan-rakan Kabinet yang lain
apabila mereka membentangkan polisi dan strategi
belanjawan bagi Kementerian masing-masing. Walau
bagaimanapun, sukalah saya menegaskan bahawa
teras Belanjawan ini ialah untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat keseluruhannya menerusi pewujudan
persekitaran ekonomi yang sihat dan menyediakan
kemudahan-kemudahan prasarana yang lebih baik.
Hanya dengan cara ini kita dapat membuka jalan
untuk mencapai matlamat jangka panjang yang
terkandung dalam RRJPS.
Penutup
Tuan Speaker,
70. Kini ekonomi negara sedang mengalami
proses pemulihan dan pelbagai dasar kewangan dan
65
fiskal telah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk
memastikan agar perancangan ini berupaya
meransang dan mencergaskan setiap bidang dan
kegiatan sama ada di peringkat domestik mahupun di
peringkat antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi
adalah penting untuk memastikan ekonomi terus
berkembang demi untuk mengekalkan tahap
kehidupan rakyat yang ada sekarang tidak merosot.
Menyedari hakikat ini, walaupun sumber kewangan
66
67
68
69
70
71
negeri agak terhad, Kerajaan Negeri akan terus
berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada
Kerajaan Pusat untuk membiayai program-program
yang strategik yang berupaya membangunkan
ekonomi negeri dalam jangka panjang. Strategi-
strategi ini, sebagaimana dirangkumi dalam RRJPS,
amat penting untuk kita laksanakan bersama, demi
untuk mewujudkan iklim ke arah perkembangan
ekonomi multi-sektor. Dalam hubungan ini
perbelanjaan defisit akan terus menguasai
pendekatan Kerajaan Negeri. Justeru itu, penekanan
akan diberi kepada usaha membangunkan bidang-
bidang ekonomi yang strategik. Dengan kerjasama
72
yang erat di antara Kerajaan Pusat dan Negeri, syarat-
syarat bantuan kewangan yang mudah dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita untuk memastikan
ekonomi Sabah diletakkan di atas landasan yang
kukuh.
71. Masa depan Negeri ini dan rakyatnya adalah
menjadi puncak agenda dan tanggungjawab
Kerajaan Negeri hari ini. Masa depan negeri juga
adalah kepunyaan generasi akan datang, yang bakal
mewarisi pengurusan yang cekap dan ekonomi yang
mantap untuk menempatkan kesejahteraan Negeri
Sabah ke tahap kemakmuran dan kesejahteraan yang
lebih tinggi. Walaupun begitu, perbelanjaan defisit ini
akan diurus dengan penuh tanggungjawab, agar tidak
menjadi beban kepada generasi akan datang, sesuai
dengan sikap kita yang pro-rakyat. Sumber-sumber
kewangan melalui pinjaman akan ditumpukan kepada
projek-projek yang berupaya menjana pendapatan
kepada Kerajaan, untuk memudahkan Kerajaan
melunaskan tanggungan ke atas bayaran balik
terhadap pinjaman tersebut kelak.
73
72. Untuk Negeri Sabah bergerak maju dengan
jayanya, pendekatan baru dalam urusan pentadbiran
Negeri memerlukan idea-idea baru, yakni idea-idea
baru yang dijana oleh ilmu pengetahuan dan daya
imaginasi dan kreativiti. Di samping itu, kita juga perlu
membentuk budaya dan sistem pengurusan yang
sesuai dan sejajar dengan perkembangan persekitaran
semasa. Kejayaan dasar Kerajaan, khususnya Dasar
Pembangunan Nasional, menuntut kita untuk
mengadakan "re-engineering" dalam proses dan
amalan kerja yang berasaskan IT dan teknik-teknik
pengurusan moden. Itulah sebabnya kita telah
mengadakan inisiatif ke arah "reinventing government"
baru-baru ini. Cara lama yang mengutamakan
prosedur birokrasi harus diimbangi dengan kaedah-
kaedah dan cara-cara baru yang lebih baik dan
inovatif. Ini bermakna perkhidmatan awam dan
pegawai Kerajaan harus mengikis sikap selamba
(complacent) dan tidak bermaya, sebaliknya
hendaklah proaktif dan kreatif dalam menangani
cabaran-cabaran yang mendatang. Bukan setakat itu
74
sahaja, malah harus mampu untuk meramalkan
masalah dan keperluan yang akan muncul dan
membuat persediaan untuk menghadapi dan
menyelesaikannya. Kita mahu semua pegawai
Kerajaan menjadi sebahagian daripada penyelesaian
dan bukan sebahagian daripada masalah (part of the
solution, not part of the problem).
73. Saya yakin wawasan yang kita hendak capai
terletak dalam kemampuan kita. Malaysia boleh,
Negeri Sabah pun boleh; rakyat boleh dan peniaga-
peniaga kita pun boleh. Semuanya ada pada kita;
sumber, kemahiran, teknologi, tenaga - yang perlu
hanyalah keyakinan diri dan kemahuan. Marilah kita
bersama-sama berusaha dengan lebih gigih
bertenaga dan bijaksana, demi martabat dan masa
depan negara dan rakyat.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
75
Kementerian Kewangan Wisma Kewangan 88593 KOTA KINABALU