ebook - bagaimana nak gunakan hartanah untuk beli...
TRANSCRIPT
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Sebelum anda teruskan bacaan, tolong
faham apa yang Tok cakap.
Ebook ini tidak boleh dijual. Ebook ini tidak
bertanggungjawab atas segala tindakan yang anda buat.
Tolong ambil iktibar, ilmu dan pengajaran daripada
perkongsian Tok.
Tolong jangan jadi "babi yang buta". Bertindak dengan ilmu.
Bertanya kalau tak tahu.
Ada soalan? Emel Tok Penghulu: [email protected]
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Salam semua.
Dalam ebook ini, Tok nak kongsikan macam mana korang
nak dapatkan kereta idaman korang percuma yang mana
kita gunakan duit orang lain untuk menaja pembelian kereta
idaman kita.
Sesiapa pun boleh beli kereta asalkan boleh guna duit gaji
untuk buat pinjaman bank.
Tapi hanya segelintir orang sahaja yang pandai
mempergunakan orang lain untuk memiliki kereta mewah
secara percuma.
Tok akan gunakan contoh macam mana nak gunakan
pelaburan hartanah membeli kereta mewah idaman kalbu
PERCUMA. Tok akan gunakan 3 contoh kereta di bawah :
1. BMW 523i E60 Tahun 2007
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
2. BMW 320i - F30 tahun 2013
3. RANGE ROVER EVOQUE 2012
Kalau korang perasan, Tok gunakan contoh pembelian
kereta bukan dara atau kereta 2nd hand (Janda). Tok tak
suka beli kereta dara sebab nilai kereta baru akan jatuh 10%
hingga 20% bila kita pandu walaupun sekali sahaja.
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Bagi Tok, orang yang bijak wang tidak akan sekali-‐kali
membeli kereta baru.
Bila kita rumuskan, kita akan dapati :
NO JENIS KERETA HARGA PEMBELIAN BAYARAN BULANAN
1 BMW 5 Series E60 RM78,000 RM1061
2 BMW 3 Series F30 RM173888 RM2365
3 LAND Rover Evoque RM299,000 RM4067
Bila kita simpulkan, kita akan dapati yang lebih mahal kereta
yang nak dibeli, lebih tinggi komitmen bulanan kita.
Bila kita dah tahu berapa komitmen bulanan yang
diperlukan untuk memiliki kereta idaman, kita dah boleh
mula merancang dan tahu berapa hartanah yang perlu dibeli
sebelum kita boleh dapatkan kereta idaman secara
PERCUMA.
Berapa hartanah yang perlu kita beli sebelum kita boleh
memiliki kereta idaman percuma adalah bergantung kepada
kualiti pelaburan hartanah yang kita beli.
Lebih bagus hartanah yang kita beli, lebih rendah kuantiti
hartanah yang anda perlukan untuk memiliki kereta ini.
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Bagaimana nak tahu dan nak menilai kualiti pelaburan
hartanah anda dalam kes ini adalah bergantung kepada gaji
hartanah yang anda boleh dapat dari setiap hartanah.
Formula gaji-‐hartanah adalah seperti berikut :
“Cashflow / Gaji Hartanah : Kadar sewa – Kos milikan hartanah setiap bulan”
Contoh :
Kadar sewa : RM2,000
Ansuran bulanan dan yuran penyeleggaraan : RM1,500
Gaji Hartanah : RM2,000 – RM1,500 : RM500
Lebih tinggi gaji-‐hartanah yang anda boleh dapat dari setiap
hartanah, lebih bagus.
Contoh berikut adalah mancammana anda boleh kira berapa
hartanah yang anda perlukan untuk memiliki setiap kereta
idaman anda:
1. Gaji-hartanah purata RM300
JENIS KERETA
HARGA
PEMBELIAN
BAYARAN
BULANAN
BERAPA HARTANAH ANDA
KENA ADA KALAU CASHFLOW
HARTANAH RM300
BMW 5 Series E60 RM78,000 RM1061 4
BMW 3 Series F30 RM173888 RM2365 8
LAND Rover Evoque RM299,000 RM4067 14
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Dalam kes ini, anda perlu ada :
a) 4 hartanah yang boleh memberi gaji-‐hartanah RM300
sebulan untuk memiliki kereta E60 secara PERCUMA.
(4 x RM300 = RM1200. Cukup untuk ansuran bulanan
RM1061 yang diperlukan)
b) 8 hartanah yang boleh memberi gaji-‐hartanah RM300
sebulan untuk memiliki kereta F30 secara PERCUMA.
(8 x RM300 = RM2400. Cukup untuk ansuran bulanan
RM2365 yang diperlukan)
c) 14 hartanah yang boleh memberi gaji-‐hartanah RM300
sebulan untuk memiliki kereta EVOQUE secara
PERCUMA.
(14 x RM300 = RM4200. Cukup untuk ansuran bulanan
RM4067 yang diperlukan)
2. Gaji-hartanah purata RM1,000
JENIS KERETA
HARGA
PEMBELIAN
BAYARAN
BULANAN
BERAPA HARTANAH ANDA
KENA ADA KALAU CASHFLOW
HARTANAH RM1,000
BMW 5 Series E60 RM78,000 RM1061 1
BMW 3 Series F30 RM173888 RM2365 3
LAND Rover Evoque RM299,000 RM4067 4
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Dalam kes ini, anda perlu ada :
a) 1 hartanah yang boleh memberi gaji-‐hartanah RM1,000
sebulan untuk memiliki kereta E60 secara PERCUMA.
( 1 x RM1,000 = RM1,000, hampir cukup untuk ansuran
bulanan RM1061 yang diperlukan)
b) 3 hartanah yang boleh memberi gaji-‐hartanah RM1,000
sebulan untuk memiliki kereta E60 secara PERCUMA.
( 3 x RM1,000 = RM3,000, cukup untuk ansuran
bulanan RM2365 yang diperlukan)
c) 4 hartanah yang boleh memberi gaji-‐hartanah RM1,000
sebulan untuk memiliki kereta E60 secara PERCUMA.
( 4 x RM1,000 = RM4,000, hampir cukup untuk ansuran
bulanan RM4067 yang diperlukan)
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Kesimpulan yang boleh Tok buat di sini adalah :
1. Kalau ada ilmu pelaburan hartanah yang betul, bukan
susah nak pakai kereta mewah secara percuma.
2. Berapa hartanah yang anda perlukan bergantung kepada
kepandaian anda dalam memilih hartanah yang betul.
3. Lebih bagus ilmu pelaburan kita, lebih sedikit hartanah
yang perlu kita beli untuk pakai kereta mewah.
4. Kalau pilih hartanah yang salah, sampai bila-‐pun kita
takkan dapat pakai kereta mewah secara percuma.
5. Tak salah kalau nak enjoy, tapi enjoy lah secara bijak
menggunakan duit orang lain.
6. Kalau tanpa ilmu, memang kena guna duit gaji sendiri
untuk merasa pakai kereta mewah, macam semua orang
lain. Memang susah nak kaya kalau guna duit sendiri
untuk beli benda yang makin lama, makin kurang
nilainya.
Kesimpulannya, carilah ilmu.
Bagaimana Nak Gunakan Hartanah Untuk Dapatkan BMW FREE | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu
Jika anda rasa ebook ini bermanfaat,
boleh Tok minta testimonial? Apa yang
anda belajar selepas baca ebook ini?
Sila hantarkan testimonial anda ke emel Tok di
Tok akan baca setiap patah perkataan yang anda tulis.
Terima kasih sekali lagi, kerana muat turun. Terima kasih,
kerana sudi baca ebook ini sampai habis.
Semoga anda juga berjaya dalam pelaburan hartanah.