ee - stm.edu.my · dibuka sepanjang tahun. disediakan oleh: delaila singa -pegawai akademik. modul...
TRANSCRIPT
BERITA PROGRAM BM TEE
Program BM TEE
Lot 3011, Taman South East,
70100, Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 606-6322815
Faks: 606-6329766
Laman Web:
www.stm.edu.my
Alamat emel:
MAC 2016
Modul yang ditawarkan sepanjang
tahun 2016:
Kampus STM, Negeri Sembilan.
A) Masyarakat Malaysia (Teras)
Rev Chew Kean Kee
6 Jun - 9 Jun 2016
B) Pembacaan dan Penulisan Kritis
(Teras)
Cik Melissa Chan
23 Ogos - 26 Ogos 2016
CTEE PJ (Luther Centre PJ)
A) Pendewasaan Rohani (Pemuridan)
(Elektif)
Cik Tan Hwee Yong
24 - 26 Jun & 1 - 3 Julai 2016
B) Doktrin Kristian Asas 1 (Teras)
Cik Ho Gaik Kim
4 - 6 Nov & 18 - 20 Nov 2016
PMSM Kampar, Perak.
A) Tafsiran Alkitabiah (Teras)
Rev Ronald Yap
22 - 24 Julai & 29 - 30 Julai 2016
B) Penyembahan (Elektif)
Cik Christina Ong
21 - 23 Okt & 28 - 30 Okt 2016
*Pendaftaran untuk setiap modul
dibuka sepanjang tahun.
Disediakan oleh:
Delaila Singa - Pegawai Akademik.
MODUL KEHIDUPAN DAN AJARAN KRISTUS - DR DAVID BURFIELD
Modul ini telah diadakan pada 11-13 dan 18-20 Mac 2016 di CTEE Luther Centre, Petaling
jaya, Selangor. Modul ini diajar oleh Dr David Burfield dan dihadiri oleh 14 orang pelajar,
11 untuk kredit dan 2 untuk audit. Melalui kursus ini pelajar memahami tentang
kehidupan dan pengajaran Yesus yang sangat penting untuk orang Kristian, bagaimana
orang Kristian dipanggil untuk menjadi pengikut-Nya, mengikuti teladan dan pengajaran-
Nya. Kursus ini menggambarkan kronologi dan peristiwa utama dalam kehidupan Yesus
yang didasarkan rekod Alkitab dan sumber maklumat bersejarah. Beberapa perbincangan
dilakukan dan pelajar mengetahui kaedah Yesus mengajar, tema utama pengajaran-Nya
dan cara memahami perumpamaan dan ajaran yang sukar difahami.
Dr David Burfield juga telah datang ke Kampus STM Seremban untuk mengajar modul Pen-
gurusan Gereja pada 15 hingga 18 Mac 2016. Seramai 27 pelajar yang hadir termasuklah
seorang pelajar audit. Kursus ini membantu pelajar untuk memahami ‘Apa itu Gereja’ dan
bagaimana membina gereja yang hidup, bervisi dan berkembang. Kursus ini menjawab
beberapa soalan seperti: Apakah tujuan utama gereja? Apakah peranan anggota jemaah
dan para pemimpin? Para pelajar juga telah diajar topik-topik yang berguna seperti:
bagaimana membina pasukan kepemimpinan, bagaimana memperoleh visi gereja, cara
berkomunikasi yang berkesan, prinsip utama mengenai kewangan gereja dan bagaimana
untuk mengendalikan mesyuarat.
MODUL PENGURUSAN GEREJA - DR DAVID BURFIELD