m tee - stm.edu.my · kepimpinan dan pelayanan pastoral ~teras modul ini diadakan pada 17 pst jacob...
TRANSCRIPT
Program BM TEE
Lot 3011, Taman South East,
70100, Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 606-6322815
Faks: 606-6329766
Laman Web:
www.stm.edu.my
Alamat emel:
BERITA PROGRAM BM TEE
APRIL 2017
MODUL KULTUS DAN AJARAN MENYELEWENG OLEH DR ANTHONY LOKE
Pada 17-19 dan 24-26 Februari
2017, modul di CTEE Petaling Jaya
ini telah dihadiri oleh 18 orang
pelajar kredit dan 3 orang pelajar
audit. Sewaktu kelas para pelajar
bukan saja didedahkan kepada
beberapa kultus utama serta
Gerakan-gerakan Keagamaan baru
tetapi juga dapat mengkajinya
dengan lebih mendalam. Para
pelajar juga menonton beberapa
video tentang kultus dan ajaran menyeleweng dari beberapa negara. Kursus ini amat menarik
minat dan memang bermanfaat untuk membantu pelajar mengenal pasti ajaran sesat dan
menyeleweng, dan membimbing anggota gereja supaya tidak terjerat.
Modul yang ditawarkan sepanjang
tahun 2017:
PMSM Kampar, Perak.
A) Sejarah Gereja 2 (Elektif)
Cik Ho Gaik Kim
21 - 23 Julai & 28 - 30 Julai 2017
B) Kehidupan dan Ajaran Yesus (Elektif)
Rev Ronald Yap
27 - 29 Okt & 3 - 4 Nov 2017
CTEE PJ (Luther Centre PJ)
A) Pelayanan Belia (Elektif)
Cik Patricia Galidau
9 - 11 Jun & 16 - 18 Jun 2017
Wesley Methodist Church KL
A) Doktrin Kristian Asas 2 (Teras)
Cik Ho Gaik Kim
10 - 12 Nov & 17 - 19 Nov 2017
Kampus STM, Seremban
A) Pendidikan Kristian (Teras)
Cik Patricia Galidau
13 - 16 Jun 2017
B) Kepimpinan dan Pelayanan Pastoral
(Teras)
Pst Jacob David
10 - 13 Okt 2017
*Pendaftaran untuk setiap modul
dibuka sepanjang tahun.
Disediakan oleh:
Delaila Singa - Pegawai Akademik.
MODUL PENGANTAR PERJANJIAN BARU OLEH CIK MELISSA CHAN
Modul ini telah diadakan dalam kampus
STM Seremban dari 21 hingga 24 Februari
2017. Kursus ini telah dihadiri oleh 21
orang pelajar kredit. Selain menerima
ajaran pelajar juga membuat
pembentangan dalam kelas. Mereka
sempat menggunakan kemudahan yang
disediakan oleh STM seperti buku-buku di
perpustakaan STM dan akses internet
untuk mengkaji serta menganalisa
maklumat mengenai latar belakang politik,
sosial, dan keagamaan Perjanjian Baru.
Modul ini diadakan pada 17-19 dan
24-26 Mac di PMSM Kampar,
Perak. Adalah amat menggalakkan
untuk melihat seramai 26 orang
pelajar kredit yang hadir. Mereka
diajar tentang perkara-perkara
yang terlibat dalam pemuridan dan
diminta untuk membuat
pembentangan bagaimana untuk
menjadi seorang pengikut Kristus
yang setia, dan dicabar mencari
murid yang sesuai untuk dijadikan
pengikut Kristus.
MODUL PENDEWASAAN ROHANI OLEH CIK TAN HWEE YONG