ekonomi islam perspektif dan cabaran

Upload: wwwridlinenet

Post on 11-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    1/11

    ilahkan download e-book ini di halaman download pada situs

    EKONOMI ISLAM: PERSPEKTIF DAN

    CABARAN

    Profesor Dato Dr. Mansor Md. Isa

    Pengarah, Jabatan Pengajian Malaysia,

    Universiti Kaherah

    PENGENALAN

    Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam.

    Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam

    zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi

    pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu

    Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagimemastikan negara mempunyai bekalan yang

    mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan.

    Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak

    terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran

    yang mudah. Mulai abad kedua Hijrah bermulalah

    beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara

    khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum

    riba, sistem harga, monopoli, percukaian, zakat,

    kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini

    membicarakan hukum hakam muamalat mengikut

    mazhab masing-masing.1

    Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa

    Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328

    Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). Ibn

    Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal

    dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran

    sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan

    spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam

    kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun,menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh,

    sistem harga, hukum permintaan dan penawaran,

    penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan

    negara, dll. Beliau yang berasal dari Haramaut dan

    berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi

    dengan pemikiran ekonomi yang penting yang

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    2/11

    mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.

    Walaubagaimana pun momentum pengembangan

    ilmu Ekonomi Islam ini mengalami kemerosotan

    bersama dengan zaman kejatuhan empayar Islam yangberlaku disekitar kurun ke 13 Masehi. Inilah zaman

    kegelapan Islam di mana masalah politik dan sosial di

    kalangan umat Islam telah menjadi kucar-kacir sehingga

    membantutkan isnstitusi keilmuan. Para ilmuan tidak

    mampu lagi mengkaji dan berijtihad. Mereka hanya

    mampu bertaklid dan dengan rela hati menutup pintu

    ijtihad. Ilmu Ekonomi Islam yang yang di asaskan oleh

    Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun dan yang lain sebelum

    mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam

    kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambungusaha mereka.2

    Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beraleh

    ke Barat. Lahirlah tokokh ilmu ekonomi Barat seperti

    Adam Smith (1723-1790), David Ricardo (1772-1823),

    J.S. Mills (1806-1873), Irving Fisher (1867-1947), John

    Maynard Keynes (1883-1946), dan lain-lain.

    Cendikiawan dari negara Islam pula menghala ke Barat

    untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan

    amalannya di negara masing-masing. Zaman kejatuhankegemilangan Islam juga berganti dengan zaman

    penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Islam.

    Maka dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu

    melalui penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh

    dikatakan kesemua negara Islam kini mengamalkan

    sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang

    dikatakan sekular itu.

    Natijah daripada sejarah pengembangan ilmu

    yang yang tebantut itu, persoalan yang mendepani kitaialah apa dia dan di mana dia Ekonomi Islam? Adakah

    sistem ekonomi Barat sesuai di amalkan oleh umat,

    negara dan masyarakat Islam dengan pengubahsuaian

    yang sewajarnya (proses Islamisasi)? Atau, adakah

    Ekonomi Islam itu merupakan satu bidang ilmu yang

    sama-sekali berlainan dari Ekonomi Barat sehinggakan

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    3/11

    tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan

    ekonomi konvensional? Pendekatan kedua ini kurang

    praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ilmu

    ekonomi Islam selepas zaman Ibn Khaldun. Pendekatan

    pertama lebih mudah dan lebih praktikal memandang

    kepada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi

    konvensional. Para ilmuan Islam boleh menggunakan

    ekonomi konvensional sebagai titik tolak dan membuat

    penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan

    Islam, mengubahsuai perkara yang tidak sesuai dan

    menolak yang jelas tidak dibenarkan.

    PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM:

    BEBERAPA ISU

    Teori Penggunaan

    Apabila membicarakan mengenai ilmu ekonomi

    kita sebenarnya membicarakan gelagat manusia untuk

    memenuhi keinginannya yang tiada berbatas dengan

    menggunakan sumbernya yang terbatas. Manusia (atau

    pengguna) kemudiannya dikembangkan pula kepada

    entiti yang lebih luas, iaitu firma dan kerajaan. Inilah

    definisi asas Ilmu Ekonomi. Ekonomi Islam pula boleh

    diberi definisi berikut: Satu bidang ilmu yang mengkaji

    gelagat pengguna yang mempunyai keinginan yangtidak terhad menggunakan sumbernya yang terhad bagi

    mendapatkan pahala yang maksimum (kebahagian di

    dunia dan akhirat).

    Apabila kita membuat perbandingan di antara

    dua definisi di atas, kita dapati bahawa Islam

    mengutamakan pahala maksimum bukannya kepuasan

    maksimum. Disamping itu Islam juga percaya bahawa

    setiap manusia itu diperuntukkan rezkinya oleh Tuhan.

    Saya berpendapat definisi konvensional lebih mudah

    kerana kita memahami proses yang berlaku bagi

    seorang pengguna dalam memuaskan kehendaknya.

    Kita juga boleh memodelkan apa yang dimaksudkan

    dengan penggunaan yang membawa kepada

    pencapaian kepuasan atau dalam bahasa ekonomi

    disebut utiliti. Model ini merupakan asas kepada teori

    permintaan dalam ilmu ekonomi konvensional.

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    4/11

    Ekonomi Islam pula menyebut objektif

    penggunaan sebagai mencapai pahala maksimum (atau

    untuk mencpai kebahagiaan di dunia dan di akhirat).

    Dalam hal ini pahala adalah urusan Tuhan yang

    merupakan fungsi kepada beberapa variable lain yang

    abstrak seperti keikhlasan, niat, situasi, dan lain-lain.

    Bagaimanakah objektif penggunaan ini hendak

    dimodelkan sehingga ia boleh membawa kepada teori

    permintaan? Walaupun ada percubaan untuk

    memodelkan fungsi permintaan Islam ini tetapi

    sehingga kini belum diterima dengan meluas.

    Teori Pengeluaran

    Unsur yang paling penting dalam menetukan

    teori penawaran ialah hasrat manusia untuk mendapatuntung yang maksimum. Oleh itu firma akan

    menjalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah

    hasil yang maksimum dengan kos yang minimum.

    Objektif memaksimumkan untung ini merupakan idea

    ciptaan Adam Smith dalam bukunya The Wealth of

    Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776. Beliau

    mengutarakan pandangan bahawa setiap manusia

    didorong oleh suatu tangan yang tidak kelihatan

    untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang pada zahirnya

    nampak mulia, tetapi sebenarnya orang itumelakukannya untuk mendapat untung bagi dirinya

    sendiri. Pengusaha kilang kasut, contohnya, bukanlah

    berniat untuk menyediakan pakaian kepada orang

    ramai, tetapi beliau membuat kasut demi mencari

    keuntungan untuk dirinya sendiri.

    Lihat petikan di bawah daripada The Wealth Of

    Nations:

    ...every individual necessarily labours to render

    the annual revenue of the society as great as he can. Hegenerally, indeed, neither intends to promote the public

    interest, nor knows how much he is promoting it. Bypreferring the support of domestic to that of foreign

    industry, he intends only his own security; and bydirecting that industry in such a manner as its produce

    may be of the greatest value, he intends only his own

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    5/11

    gain, and he is in this, as in many other cases, led by aninvisible hand to promote an end which was no part of

    his intention. Nor is it always the worse for the society

    that it was no part of it. By pursuing his own interest hefrequently promotes that of the society more effectually

    than when he really intends to promote it. I have never

    known much good done by those who affected to tradefor the public good.

    Ramai para ilmuan Ekonomi Islam mempertikai

    objektif memaksimumkan untung ini dengan

    menekankan bahawa ianya bercanggah dengan Islam.

    Objektif ini digambarkan sebagai sesuatu yang tidak

    bermoral, malah boleh membawa kepada amalan

    kegiatan haram seperti penindasan, riba, penipuan dan

    sebagainya. Pengeluar Islam boleh menjadikankeuntungan yang berpatutan sebagai objektifnya, tetapi

    harus juga mengambil kira aktiviti ekonomi sebagai

    suatu ibadat yang harus disertai dengan niat yang ikhlas.

    Selain dari itu pengeluar Islam juga harus memenuhi

    tuntutan fardhu kifayah dan mematuhi prinsip-prinsip

    syariah seperti, keadilan, khidmat masyarakat,

    keuntungan yang sederhana, dan sebagainya. Dapat

    dilihat bahawa ruanggerak pengeluar Islam mempunyai

    batasan-batasan yang lebih berbanding dengan

    kawannya yang konvensional. Adakah kekangan yang

    banyak ini menjejaskan kemampuan pengeluar Islam

    untuk bersaing dengan rakannya yang konvensional?

    Dari segi teori, Metwally (1989) telah

    memasukkan factor zakat dalam analisis keluk hasil dan

    kos dan mendapati titik keseimbangan pengeluar Islam

    adalah lebih tinggi berbanding pengeluar konvensional.

    Ini bermakna jika pengeluar Islam sememangnya

    mematuhi kehendak Islam maka kesejahteraan yang

    dicapai oleh masyarakat Islam seharusnya lebih baikdaripada masyarakat bukan Islam. Namun begitu kita

    harus ingat bahawa kebagusan sesuatu teori harus

    dilandaskan keatas amalan yang berfaedah. Dan ini

    memerlukan kajian empirikal yang khusus dan teliti.

    Faktor Pengeluaran

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    6/11

    Dalam bidang agihan pendapatan Ekonomi Islam

    menggariskan adanya pulangan kepada faktor

    pengeluaran dan juga ada habuan untuk bukan faktor.

    Ekonomi Islam hanya mengiktiraf tiga faktor

    pengeluaran iaitu, Manusia, Tanah dan Pengusaha. Ini

    berbeza daripada Ekonomi konvensional yang

    menyatakan ada empat faktor pengeluaran, iaitu Boroh,

    Tanah, Modal dan Pengusaha (ada juga penulis yang

    menjadikan Teknologi sebagai faktor pengeluaran

    kelima). Walaupun terdapat tiga faktor yang bersamaan,

    namun terdapat perbezaan yang ketara mengenai

    pendekatan Ekonomi Konvensional dan Ekonomi Islam

    terhadap faktor-faktor ini.

    Tanah merangkumi segala kekayaan dan

    khazanah yang terdapat di bumi laut dan udara. Iniadalah anugerah Tuhan kepada manusia. Ekonomi

    konvensional hanya menyebut manusia harus

    mengambil kekayaan bumi ini dan menggunakannya

    atau memprosesnya untuk menjadikan barang

    penggunaan selagi mana ada permintaan untuknya.

    Islam juga menggalakkan manusia menikmati kekayaan

    ini, tetapi ada batasan dan syaratnya, seperti tidak

    merosakkan alam, tidak mengeluarkan barang haram,

    dan sebagainya. Mengenai faktor Tanah, nampaknya

    tiada perbezaan yang ketara di antara ekonomi

    konvensional dan ekonomi Islam.

    Bagi faktor Modal dan Pengusaha, terdapat

    perbezaan yang penting di antara pendekatan ekonomi

    konvensional dan ekonomi Islam yang mempunyai

    implikasi yang besar. Mengenai Modal, Islam tidak

    tidak mengiktiraf modal pinjaman sebagai faktor

    pengeluaran tetapi hanya mengiktiraf modal ekuiti,

    manakala ekonomi Islam mengiktiraf hutang dan ekuiti

    sebagai sumber modal yang penting. Malah terdapatteori gelagat firma yang agak mantap mengenai

    campuran modal, iaitu adanya campuran yang optimum

    di antara hutang dan ekuiti. Disebabkan ilmuan

    ekonomi Islam kini sudah sependapat bahawa faedah

    keatas pinjaman adalah riba, maka perbincangan

    mengenai campuran modal dalam perniagaan Islam

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    7/11

    tidak releven kerana kesemua pembiayaan firma adalah

    melalui ekuiti. Adakah ini meletakkan firma Islam

    dalam keadaan kurang berdaya saing kerana pada

    teorinya, kos modal ekuiti adalah lebih tinggi daripada

    kos hutang.

    Seperkara yang perlu diberi perhatian oleh

    ilmuan ekonomi Islam ialah amalan menyamatarafkan

    Modal Ekuiti dan Pengusaha (tanpa modal) dalam

    tuntutan ke atas keuntungan firma. Prinsip inilah yang

    mendasari amalan mudarabah oleh perbankan Islam di

    mana bank akan menyediakan wang modal dan

    Pengusaha akan menyumbangkan usaha dan kemahiran

    pengurusanya. Kedua-dua pihak akan berkongsi

    keuntungan yang terhasil, manakala kerugian

    sepenuhnya ditanggung oleh bank. Ini berbeza daripadaekonomi konvensional yang mengiktiraf penyumbang

    modal ekuiti sebagai pemilik firma manakala Pengusaha

    tanpa modal sebagai pekerja.

    Persoalannya di sini ialah model mudarabah

    dalam pembiayaan firma telah menemui kegagalan. Ini

    telah dibuktikan daripada data-data sejarah perbankan

    Islam di Malaysia dan di negara lain. Kegagalan ini

    mudah diterangkan: Pengusaha (Islam atau bukan

    Islam) akan cenderung untuk menggunakan pembiayanmudarabah untuk projek berisiko tinggi, dan

    menggunakan pembiayaan konvensional untuk projek

    berisiko rendah.3

    Ekonomi Tanpa Faedah

    Pada hari ini nampaknya ilmuan Islam tidak lagi

    membincangkan status halal atau haramnya faedah

    bank, sebaliknya telah sepakat menerima bahawa

    faedah bank adalah riba dan ianya haram dalam Islam.4

    Namun begitu amalan ekonomi berasas faedah begitu

    meluas dan merangkumi sistem ekonomi yang

    menyentuh individu, firma dan juga kerajaan. Serentak

    dengan pengharaman faedah, maka banyak aspek ilmu

    ekonomi perlu ditulis semula. Ini termasuklah konsep

    nilai masa wang, mekanisma hutang untuk individu

    firma dan kerajaan, operasi bank pusat, dan sebagainya.

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    8/11

    Sebagai contoh, kadar faedah digunakan sebagai

    sendi untuk menerangkan gelagat manusia

    mengagihkan pendapatan dan perbelanjaan mengikut

    masa. Kadar faedah juga amat penting dalam analisis

    pelaburan, untuk mendapatkan nilai kini dan nilai

    hadapan pelaburan dan membuat perancangan

    pelaburan. Kadar faedah adalah penentu asas kepada

    kadar diskaun dan kadar kompaun dalam pengiraan

    nilai masa wang ini. Apakah kadar yang hendak

    digunakan jika faedah dikeluarkan daripada kamus

    ekonomi kewangan Islam?

    Satu lagi implikasi penting ialah penghapusan

    pasaran bon. Pasaran bon digunakan dengan meluas

    oleh korporat dan kerajaan untuk mendapatkan dana

    bagi membiayai projek-peojek pelaburan. Firma yangingin menambah modal atau membiayai projek

    pelaburan tiada pilihan melainkan menerbitkan ekuiti

    tambahan. Ini semestinya merupakan kekangan

    terhadap operasi firma. Kerajaan juga tidak lagi dapat

    menerbitkan bon kerjaan bagi membiayai projek

    pembangunan. Jika negara mengamalkan belanjawan

    kurangan, sumber kewangan yang terbuka adalah

    pencetakan wang tambahan dan ekuiti (Habibi 1987).

    Tapi apakah dia ekuiti kerajaan itu, dan apakah tarikan

    pelabur untuk melanggannya?

    Bank pusat menggunakan mekanisma operasi

    pasaran terbuka untuk mengawal penawaran wang

    dalam ekonomi. Penghapusan faedah bermakna Bank

    Pusat perlu mendapatkan alternatif lain. Dalam hubungi

    ini para ilmuan Islam telah mengutarakan berbagai

    pilihan untuk kerajaan mengamalkannya. Berbagai

    pandangan telah diutarakan, terutama oleh Siddqi

    (1970), Iqbal dan Khan (1981) dan Chapra (1985). Di

    antara mekanisma yang dicadangkan termasuklahNisbah Pembiayan Semula, Nisbah Perkongsian

    Untung, Nisbah Rizab dan Sijil Simpanan Pusat.

    Di Malaysia usaha memartabatkan perbankan Islammenunjukkan kejayaan yang terhad. Ia dimulai dengan

    penggubalan Akta Perbankan Islam 1983 yang menubuhkan

    bank Islam hinggalah kepada beberapa pindaan akta-akta

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    9/11

    berkaitan bagi membolehkan bank-bank konvensional turut

    membuka kaunter yang menawarkan perkhidmatan perbankan

    dan kewangan Islam. Di samping itu, pelbagai infrastrukturdan prasarana sokongan kepada industri perbankan Islam turut

    diperkenalkan seperti penubuhan syarikat takaful dan

    mewujudkan pasaran modal Islam. Hingga kini terdapat 30institusi kewangan dan perbankan menawarkan produk dan

    perkhidmatan berasaskan syariat Islam. Malangnya jika diukur

    daripada jumlah keseluruhan penguasaan pasaran perbankan,industri perbankan Islam hanya menguasai sekitar 12 peratus

    daripada keseluruhan pasaran dana perbankan (Laporan

    Tahunan Bank Negara 2005).

    Kesimpulan

    Kertas ini tidak bertujuan untuk mengupas secara

    menyeluruh isu mengenai perspektif dan cabaran

    ekonomi Islam. Objektif kertas ini hanyalah memberi

    beberapa pandangan mengenai beberap isu yang

    mendasari ekonomi Islam. Persoalan pokok yang

    hendak diutarakan ialah sama ada ilmu ekonomi Islam

    pada hari ini mampu menyediakan satu alternatif yang

    lebih baik dari ekonomi konvensional. Jawapan yang

    didapati adalah tidak menyakinkan. Setakat ini ekonomi

    Islam masih ditahap pengkajian dan percubaan. Ini

    merangkumi keseluruhan kerangka ilmu ekonomi

    daripada ekonomi mikro kepada ekonomi makro,daripada teori utiliti kepada teori ekonomi

    pembangunan dan kebajikan.

    Terdapat banyak cabaran yang harus dilalui oleh

    para cendikiawan Islam untuk mengembangkan dan

    memantapkan ilmu ekonomi Islam. Setelah menjadi

    mantap ia harus pula diyakinkan kepada penggunanya,

    iaitu individu, negara dan masyarakat Islam. Cabaran

    yang amat nyata di sini ialah ekonomi konvensional itu

    sendiri telah berakar umbi dikalangan individu dan

    negara, Islam dan bukan Islam, dan diamalkan secara

    meluas dan menyeluruh, walaupun terdapat beberapa

    kelemahan dalam perlaksanaannya. Islamisasi yang

    menyeluruh hendaklah dilakukan ke atasnya.

    Satu contohnya yang khusus ialah mengenai

    perbankan Islam. Kajian empirikal mengenai prestasi

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    10/11

    perbankan Islam di Malaysia dan negara lain yang

    mengamalkan dwi sistem mendapati produk perbankan

    Islam mempunyai tahap kecekapan yang kurang

    berbanding dengan produk perbankan konvensional.

    Model mudarabah dalam pembiayaan perniagaan adalah

    satu kegagalan tetapi penulisan mengenai perbankan

    Islam masih menekankan ianya adalah sesuatu yang

    baik. Para penyokongnya mengatakan kelemahan

    adalah pada perlaksanaan bukan pada modelnya. Apa

    baiknya sesuatu model jika tidak dapat diamalkan?

    Seperkara yang perlu diberi pertimbangan ialah

    perlunya gabungan para ilmuan dua bidang, iaitu

    ekonomi konvensional dan ekonomi syariah. Ini adalah

    perlu kerana bidang pengajian dewasa ini amat

    menekankan pengkhususan sehingga seseorang itumenjadi pakar dalam bidang yang amat kecil skopnya.

    Mana-mana satu golongan secara bersendirian amat

    sukar untuk menghasilkan model ekonomi Islam yang

    tahan diuji apabila berhadapan dengan ekonomi

    konvensional.

    Rujukan

    1. Sarimah Hanim Aman Shah, Ekonomi

    dari Perpektif Islam, Penerbit Fajar Bakti,2006.

    2. Virginia Hooker and Amin Saikal

    (editors), Islamic Perspectives on the

    New Millenium, ISEAS, 2004.

    3. Azlan Khalil Shamsudin dan Siti Khursiah

    Mohd Mansor, Pengantar Ekonomi

    Islam, iBook, 2006.

    4. Surtahman Kastin Kasan dan SanepAhmad, Ekonomi Islam: Dasar dan

    Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Edisi Kedua, 2005.

    5. Mustafa Dakian, Sistem Kewangan

    Islam, Utusan Publications, 2005.

  • 7/23/2019 Ekonomi Islam Perspektif Dan Cabaran

    11/11

    http://www.pmram.org/mambo/images/stories/kertas_seminar_ekonomi_islam%5B1%5D.doc.

    http://www.pmram.org/mambo/images/stories/kertas_seminar_ekonomi_islam%5B1%5D.dochttp://www.pmram.org/mambo/images/stories/kertas_seminar_ekonomi_islam%5B1%5D.dochttp://www.pmram.org/mambo/images/stories/kertas_seminar_ekonomi_islam%5B1%5D.dochttp://www.pmram.org/mambo/images/stories/kertas_seminar_ekonomi_islam%5B1%5D.doc