fem anjur persidangan antarabangsa cabaran ekologi manusia · putrajaya, 18 april fakulti ekologi...

3
08/05/2017 FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia http://www.upm.edu.my/berita/fem_anjur_persidangan_antarabangsa_cabaran_ekologi_manusia30747 1/3 FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia Oleh Syifarida Muhamad ZakiFoto oleh Marina Ismail

Upload: dinhkien

Post on 10-Aug-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia · PUTRAJAYA, 18 April Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa

08/05/2017 FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia

http://www.upm.edu.my/berita/fem_anjur_persidangan_antarabangsa_cabaran_ekologi_manusia­30747 1/3

FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia

Oleh Syifarida Muhamad ZakiFoto oleh Marina Ismail

Page 2: FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia · PUTRAJAYA, 18 April Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa

08/05/2017 FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia

http://www.upm.edu.my/berita/fem_anjur_persidangan_antarabangsa_cabaran_ekologi_manusia­30747 2/3

PUTRAJAYA, 18 April ­ Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Ekologi Manusia

Page 3: FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia · PUTRAJAYA, 18 April Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa

08/05/2017 FEM Anjur Persidangan Antarabangsa Cabaran Ekologi Manusia

http://www.upm.edu.my/berita/fem_anjur_persidangan_antarabangsa_cabaran_ekologi_manusia­30747 3/3

(HEIC 2017) bagi memperkasa dan meningkatkan keupayaannya di dalam bidang penyelidikan sains sosial terutamanya di dalam KlusterKemanusiaan dan Pembangunan Nusa Bangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan itu boleh memberi input kepada penggubalan polisi ke arahdunia yang lebih selamat.

“Penganjuran persidangan ini dapat menggariskan resolusi untuk menjadi pemacu dan landasan bagi keseimbangan ekosistem manusia,” katanyaketika merasmikan HEIC 2017 di sini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris pula berkata persidangan itu dapat mengupas cabaran ekologikal yang dihadapi dunia.

“Misi kita supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutama kepada  generasi akan datang dengan keseimbangan ekosistem manusiauntuk dinikmati oleh keluarga, masyarakat dan negara dalam persekitaran yang dinamik,” katanya.

Pengerusi HEIC 2017, Prof. Madya Dr. Haslinda Abdullah pula berkata HEIC 2017 bertemakan “Towards a Safer World: Addressing the Dynamics ofHuman Ecological Challenges” itu menghimpunkan lebih 200 penyelidik, pelaksana dan pembuat dasar dari pelbagai bidang berkaitan ekologimanusia dalam dan luar negara.

“Persidangan ini bertujuan untuk mengupas mengenai ketamadunan, agama dan nilai, pengurusan sumber, pembangunan komuniti, pembangunankanak­kanak, belia dan dewasa, dan tingkah untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh keluarga, masyarakat dan negara dalam persekitaranyang dinamik,” katanya.

Persidangan itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Beliadan Sukan (KBS), Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar,Yayasan Sime Darby, Petronas Cari Gali Sdn Bhd, Khazanah Nasional Berhad danMicrosoft Corporation (M).

Kemaskini:: 21/04/2017 [syifarida]