geo folio mimi 2013

31
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 4, JALAN USJ 4/3, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN . KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM DI USJ 4 , UEP , SUBANG JAYA , PETALING SELANGOR DARUL EHSAN . Nama Calon : Syamimi binti Mohamad Muhiddin Kelas : 3 Umar Khayyam No. Kad Pengenalan : 981204 – 56 – 5160 Angka Giliran : Nama Guru Penilai : Puan Fiona Ann Weber

Upload: syamimi-muhiddin

Post on 18-Dec-2014

437 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geo Folio Mimi 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 4,

JALAN USJ 4/3,

47600 SUBANG JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN .

KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM DI USJ 4 ,

UEP , SUBANG JAYA , PETALING SELANGOR DARUL EHSAN .

Nama Calon : Syamimi binti Mohamad Muhiddin

Kelas : 3 Umar Khayyam

No. Kad Pengenalan : 981204 – 56 – 5160

Angka Giliran :

Nama Guru Penilai : Puan Fiona Ann Weber

ISI KANDUNGAN

Page 2: Geo Folio Mimi 2013

BIL TAJUK HALAMAN

1 PENGHARGAAN

2 PENDAHULUAN

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 KAWASAN KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 DAPATAN KAJIAN6.1 Konsep Pengangkutan Awam6.2 Jenis Pengangkutan Awam6.3 Kepentingan Pengangkutan Awam6.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam6.5 Cadangan untuk mengurangkan Perkembangan Pengangkutan Awam

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN

PENGHARGAAN

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik . Namun

demikian, saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama

beberapa pihak .

Page 3: Geo Folio Mimi 2013

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah saya , Puan

Norizam binti Hussin kerana memberi saya peluang untuk menyiapkan folio Geografi ini . Saya

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi , Puan Fiona Ann Weber kerana

memberi tunjuk ajar yang berfaedah .

Seterusnya , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua – dua ibu bapa saya iaitu

Mohamad Muhiddin bin Zabidi dan Hasnah binti Daud yang sentiasa memberi dorongan dan

galakan semasa saya menyiapkan kerja ini .

Selain itu , saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan – rakan

saya Arif Faeeq bin Rusli , Marina binti Muhtar dan Adeena binti Rosli daripada kelas 3 Umar

Khayyam kerana telah menolong saya dengan cara-cara menyediakan folio ini .

PENDAHULUAN

Page 4: Geo Folio Mimi 2013

Saya telah memilih tajuk Kajian Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di USJ 4,

UEP, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan sebagai projek Kajian Geografi Tempatan tahun

2013. Saya menerima tugasan ini pada hari khamis 21 March 2013 .

Kami dinasihati untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul maklumat dalam

kumpulan kerana factor keselamatan . Namun saya bersyukur kerana dengan bekerja

dalam satu pasukan , tugas yang berat menjadi ringan . Kami diberikan masa lebih kurang 6

minggu untuk menyiapkan kerja kursus ini .

Saya memilih kawasan kajian USJ 4 kerana kawasan tersebut berhampiran dengan

rumah dan sekolah saya . Ini memudahkan kerja – kerja yang perlu dibuat .

Selain itu , kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi

untuk pergi ke tempat kawasan kajian sebaliknya , saya cuma perlu menaiki basikal .

Saya juga kenal beberapa orang jiran tetangga yang menggunakan kemudahan

pengangkutan awam iaitu bas dan teksi . Ini memudahkan saya mendapatkan sumber

maklumat melalui kaedah temu duga .

OBJEKTIF KAJIAN

Page 5: Geo Folio Mimi 2013

Kajian tentang Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di USJ 4, UEP, Subang Jaya, Selangor

Darul Ehsan ini adalah untuk mencapai objektif berikut :-

Mengenalpasti konsep pengangkutan awam

Menyata dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam

Menyata dan menghuraikan jenis – jenis pengangkutan awam

Menyata dan menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam

Mencadang dan menghuraikan langkah – langkah untuk mengurangkan masalah

perkembangan pengangkutan awam

Menerap nilai murni atau unsur patriotism dalam dapatan kajian

Page 6: Geo Folio Mimi 2013

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya terletak di USJ 4 , UEP Subang Jaya di negeri Selangor Darul Ehsan .

Kawasan ini terletak di daerah Petaling , Selangor .

Kawasan USJ 4 pada asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang dikenali

sebagai Estet Seafield. Keluasannya adalah kira-kira 0.25km per segi . Kawasan USJ 4

adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) .

Bentuk muka bumi di kawasan ini adalah beralun . Kawasan ini sesuai untuk dibina

penempatan dan jalan pengangkutan . Oleh sebab ini , kawasan ini menjadi tumpuan

penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam .

Kawasan kajian ini terletak di sebelah barat daya pusat bandar raya Kuala Lumpur .

Kedudukannya ialah 25 kilometer dari Kuala Lumpur . Perjalanan dengan menaiki bas awam

iaitu bas Metro dari USJ 4 ke pusat bandar raya mengambil kira – kira 40 minit jika tiada

kesesakan lalu lintas .

Page 7: Geo Folio Mimi 2013

PETA DAERAH PETALING

( USJ 4 , UEP SUBANG JAYA , PETALING , SELANGOR DARUL EHSAN )

Page 8: Geo Folio Mimi 2013

PETA USJ 4

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kajian ini ialah :-

Pemerhatian

Page 9: Geo Folio Mimi 2013

Melalu kaedah ini , saya dapat mengenal pasti jenis – jenis pengangkutan awam yang terdapat

di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling , Selangor .

Soal Selidik

Saya telah menjalankan soal selidik terhadap 20 orang responden untuk mengetahui

pandangan mereka terhadap masalah dan cadangann untuk mengurang masalah perkembangan

pengangkutan awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling Selangor

Rujukan

Saya telah membuat rujukan melalui internet untuk mendapatkan maklumat tentang definisi

dan huraian konsep pengangkutan awam

Page 10: Geo Folio Mimi 2013

DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Pengangkutan Awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya ,

Petaling , Selangor

Menurut Wikipedia , pengangkutan awam atau transit awam merangkumi

segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan

kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai

termasuk perkhidmatan rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh merangkumi

perkhidmatan berjadual, feri, teksi, iaitu mana-mana sistem yang boleh mengangkut orang

awam .

Page 11: Geo Folio Mimi 2013

6.2 Jenis Pengangkutan Awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling ,

Selangor

Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga iaitu darat , air dan udara .

Sistem pengangkutan amat penting bagi pembangunan sesebuah negara terutama sekali

untuk menghubungkan satu tempat dengan tempat yang lain . Kawasan kajian saya iaitu di

USJ 4, UEP Subang Jaya , Petaling , Selangor di mana tidak ketinggalan mengalami

perkembangan dalam sistem pengangkutan .

Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat

iaitu melalui jalan raya . Melalui pemerhatian , jenis pengangkutan awam di USJ 4 ialah bas

dan teksi. Pengangkutan bas yang terdapat di sini ialah bas berhenti-henti , bas tabung , bas

Page 12: Geo Folio Mimi 2013

persiaran dan bas ekspress. Pengangkutan bas ini penting untuk pelajar kolej , pekerja kilang ,

suri rumah dan lain-lain . Mereka memerlukan pengangkutan awam untuk pergi ke kolej atau

ke tempa t kerja , membeli barangan keperluan di pasar raya seperti Carefour , Mydin ,

Giant , Aeon Big dan banyak lagi .

Stesen bas utama yang terdapat di USJ berada di USJ 7 yang terletak kira-kira

3.9km dari USJ 4 yang mengambil masa selama 8 minit . Terdapat 2 syarikat bas yang

beroperasi di kawasan kajian saya iaitu bas Metro dan Rapid KL dan kekerapan untuk bas

Rapid KL ialah 30 minit manakala bas Metro adalah untuk setiap 1 jam . Laluan utama bas-bas

tersebut ialah di Persiaran Tujuan dan tambang perjalanan biasanya bergantung kepada

destinasi yang dituju .

Teksi pula merupakan pengangkutan awam segera yang sangat memudahkan

penduduk di sekitar USJ 4 kerana teksi terus sampai ke destinasi atau di hadapan rumah

penduduk . Teksi membolehkan kita bergerak ke sesuatu tempat dengan senang dan tidak

mengambil masa yang panjang.

Page 13: Geo Folio Mimi 2013

6.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling , Selangor

Kepentingan pengangkutan awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling , Selangor ialah

seperti berikut :-

1. Mengangkut penumpang

Melalui pemerhatian , pengangkutan awam di kawasan ini sangat penting untuk

mengangkut penumpang seperti pelajar sekolah , pelajar kolej & universti , pekerja awam &

swasta dan suri rumah . Bas awam seperti Metrobus dan Rapid KL dapat membawa penumpang

ke pelbagai destinasi .

2. Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Page 14: Geo Folio Mimi 2013

Selain itu , melalui pemerhatian , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan

lalu lintas kerana apabila penumpang menggunakan bas dan tidak menggunakan kereta

sendiri , bilangan kenderaan di jalan raya akan menjadi kurang . Tambahan pula , kapisiti

bas boleh muat sebanyak 40 orang lebih bagi sebuah bas dan USJ 4 dikelilingi banyak

kawasan petempatan seperti USJ 2 , USJ 3, USJ 11 dan USJ 12 .

3. Menjimatkan kos

Seterusnya , melalui pemerhatian , pengangkutan awam boleh menjimatkan kos

masyarakat kerana kos menaiki bas awam lebih murah berbanding menggunakan kereta

sendiri . Antara sebab-sebabnya ialah kerana tidak perlu membayar tempat letak kereta dan

tol . Dengan ini , penduduk dapat menjimatkan perbelajaan .

4. Meningkatkan mobiliti penduduk

Akhir sekali , pengangkutan awam banyak membantu penduduk USJ 4 kerana

pengangkutan awam boleh meningkatkan mobiliti penduduk. – penduduk yang tidak

mempunyai kereta sendiri dan penduduk yang berpendapatan rendah amat bergantung

kepada pengangkutan awam seperti bas Metro dan Rapid KL .

Saya berasa amat bersyukur kerana pengangkutan awam bas di kawasan kajian ini

telah memberi pelbagai faedah dari segi mengangkut penumpang , mengurangkan

kesesakan lalu lintas , menjimatkan kos dan meningkatkan mobiliti penduduk.

Page 15: Geo Folio Mimi 2013

6.4 Masalah perkembangan pengangkutan awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling , Selangor

Masalah perkembangan pengangkutan awam bas di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Petaling ,

Selangor :-

1. Pencemaran udara

Melalui pemerhatian , saya mendapati bahawa pengangkutan awam di kawasan

kajian saya telah menyebabkan pencemaran udara . Ini disebabkan oleh kegunaan minyak

diesel yang banyak mengeluarkan asap hitam atau karbon monoksida jika dibandingkan

dengan minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih . Keadaan ini boleh menyebabkan

kesihatan penduduk terjejas .

Page 16: Geo Folio Mimi 2013

2. Pencemaran bunyi

Selain itu , melalui pemerhatian , pencemaran bunyi merupakan satu kesan negatif

yang disebabkan oleh perkembangan pengangkutan awam . Ini berpunca daripada enjin

diesel, ianya lebih bising daripada enjin petrol . Tambahan pula , pencemaran bunyi juga

berlaku disebabkan oleh pemandu bas yang gemar membunyikan hon . Perkara ini

mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal berdekatan dengan jalan raya .

3. Kemalangan Jalan Raya

Di samping itu , kemalangan jalan raya kebanyakkannya berlaku disebabkan oleh sikap

pemandu bas yang tidak berhati-hati sewaktu memandu . Mereka juga memandu secara

merbahaya dan laju agar cepat sampai di destinasi yang ingin dituju .

4. Keselamatan penumpang terancam

Seterusnya , pemandu bas atau teksi yang memandu laju telah banyak mencederakan

penumpang . Tambahan pula , laluan bas di kawasan kajian saya hanya terletak di jalan

besar iaitu Persiaran Tujuan sahaja , oleh itu penumpang yang duduk jauh dari jalan besar

terpaksa jalan kaki ke perhentian bas . Kejadian ini boleh menyebabkan kes-kes jenayah

berlaku .

5. Kenderaan lama

Akhir sekali, melalui pemerhatian , bas yang sudah lama diguna dan sering

mengalami masalah enjin di tepi jalan akan membuat penumpang lambat ke destinasi dan

juga memakan masa mereka. Mereka juga terpaksa mencari alternatif yang lain seperti

menunggu untuk bas lain , meminta bantuan keluarga atau rakan , atau memanggil teksi

yang memberi tambang yang mahal.

Page 17: Geo Folio Mimi 2013

Walaupun ada beberapa masalah , penumpang bas di USJ 4 amat menghargai dan

berterima kasih dengan adanya pengangkutan awam bas dan teksi . Saya berharap nilai

bertanggungjawab dapat dipupuk dalam diri pemandu pengangkutan awam terutamnya bas

dan teks i untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu . Kita sebagai pengguna jalan raya di

USJ 4 juga hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di

sini .

MASALAH BILANGAN RESPONDEN

1. Pencemaran udara 20

2. Pencemaran bunyi 16

3. Kemalangan - sikap pemandu bas 10

4. Tambang Mahal 9

5. Kenderaan lama 6

6. Keselamatan penumpang terancam 4

7. Pencemaran air 2

Tajuk : Jadual Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya ,

Selangor

Sumber : Soal Selidik

Page 18: Geo Folio Mimi 2013

0

5

10

15

20

25

20

16

10 96

42

Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya , Selangor

BILANGAN RESPONDEN

Bila

ngan

Res

pond

an (o

rang

)

Masalah

Page 19: Geo Folio Mimi 2013

Tajuk : Graf Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya ,

Selangor

Sumber : Soal Selidik

6.5 Cadangan untuk mengurangkan masalah

perkembangan pengangkutan awam di USJ 4 , UEP Subang Jaya ,

Petaling , Selangor

Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam bas di USJ 4 ,

UEP Subang Jaya , Petaling , Selangor ialah seperti berikut :-

1. Kuat kuasa undang - undang

Melalui soal selidik , Jabatan Pengangkutan Jalan perlu menguatkuasakan undang-

undang dengan mendenda pemandu bas yang memandu secara melulu dan merbahaya

Page 20: Geo Folio Mimi 2013

hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain . Ini dapat memberi

pengajaran kepada pemandu yang lain untuk tidak melakukan perkara sedemikian .

2. Kempen alam sekitar

Seterusnya , melalui soal selidik , masalah perkembangan pengangkutan awam dapat

dilakukan dengan mengadakan kempen alam sekitar yang melibatkan pemandu-pemandu

bas dan penduduk kawasan usj 4 agar tidak terus mencemarkan udara dan juga boleh

disampaikan melalui media massa , surat khabar dan majalah .

3. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Selain itu , melalui pemerhatian , masalah perkembangan pengangkutan awam juga

dapat dikurangkan dengan menggunakan petrol tanpa plumbum . Pihak atasan perlulah

menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum untuk

mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara .

4. Penggunaan bahan api alternatif

Akhir sekali , masalah perkembangan pengangkutan awam dapat dikurangkan dengan

penggunaan bahan api alternatif iaitu bahan api mesra alam . Contohnya diesel dapat

digantikan dengan NGV , elektrik , tenaga suria . Tenaga mesra alam tersebut dapat

mengurangkan pencemaran udara .

 Saya  bersyukur  pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk

menjaga alam sekitar. Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan 

bertanggungjawab  dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.

Page 21: Geo Folio Mimi 2013

RUMUSANSetelah dapat menyiapkan kerja kursus ini, banyak perkara yang telah dapat saya

pelajari iaitu tentang jenis pengangkutan awam , kepentingan pengangkutan awam kepada

penduduk dan punca dan juga bagaimana untuk mengatasi masalah perkembangan

pengangkutan awam.

Saya telah memberikan definisi konsep pengangkutan awam , menyatakan dan

menghuraikan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian . Saya juga telah mengkaji dan

juga menghuraikan kepentingan pengangkutan awam dan akhir sekali , masalah

perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian serta cadangan untuk mengatasi

masalah tersebut.

Page 22: Geo Folio Mimi 2013

Di samping itu , maklumat dan data juga turut direkod dan telah dipersembahkan

dalam bentuk yang sesuai . Saya juga tidak lupa untuk menetapkan nilai atau unsur

patriotism dalam dapatan kajian.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden yang menetap di

kawasan kajian kerana mempunyai pengangkutan awam yang selesa , menepati masa ,

pemandu pengangkutan awam yang berhemah dan sebagainya . Oleh itu , sebagai penduduk

di USJ 4, Subang Jaya , kita mestilah bersyukur dengan pengangkutan awam yang ada.

Tanpa pengangkutan awam seperti bas dan teksi, susah bagi kita untuk bergerak antara satu

tempat ke satu tempat terutamanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

LAMPIRAN

Page 23: Geo Folio Mimi 2013

Gambar : Bus Rapid KL ( PJK 2652 ) di Persiaran Tujuan , USJ 4 , UEP Subang Jaya , Selangor

Gambar : Metrobus ( BSU 3607) di Persiaran Tujuan , USJ 4 , UEP Subang Jaya , Selangor

Page 24: Geo Folio Mimi 2013

RUJUKAN

BUKU TEKS TINGKATAN 2

Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku

Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

ORANG SUMBER

Fatin binti Mohamad Muhiddin , 21 , No. 245 , Jalan USJ 3/4B 47600 Subang Jaya ,

Selangor , Darul Ehsan

INTERNET

- http://www.bumigemilang.com/?tag=kerja-kursus-geografi-tingkatan-3-pmr-2013

- http://geografiperak.blogspot.com/2013/02/contoh-kkg-pengangkutan-awam.html

- http://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-konsep.html