interaksi antara tamadun islam dengan tmdun melayu
TRANSCRIPT
BAB 1
PENDAHULUAN
1
1.0 DEFINISI TAMADUN.
Secara keseluruhannya takrif tamadun boleh dilihat dari beberapa aspek bahasa. Dalam
bahasa Arab, terdapat empat istilah yang digunakan dalam mendefinisikan makna tamadun. Istilah-
istilah yang dimaksudkan itu ialah tamadun, umran dan hadharah, madaniyyat, dan thaqafah.
Tamadun atau tamaddun adalah istilah yang berasal daripada perkataan maddana dan
madana. Perkataan madana membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal,
membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Madana juga bermaksud sesuatu
yang berkaitan dengan pembangunan, perbandaran, serta kehalusan budi pekerti. Perkataan
maddana dan madana juga mempunyai kaitan dengan perkataan “madinah” yang bermaksud
bandar, perkataan “madani” atau “al-madaniyyah” yang bermaksud peradaban dan kemakmuran
hidup yang merujuk kepada kebendaan yang dicapai oleh masyarakat, serta perkataan “mudun”
pula bererti kota-kota yang memiliki ciri-ciri tamadun. Oleh hal yang demikian, perkataan
madinah, madani atau al-madaniyyah, serta mudun, kesemuanya membawa maksud kehidupan di
bandar-bandar yang masih dikaitkan dengan satu corak hidup yang maju dan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan.
Manakala istilah umran dan hadharah merupakan istilah yang paling awal digunakan untuk
mentakrif maksud tamadun. Istilah ini digunakan oleh Ibn Khaldun pada 14M. Umran merupakan
kata terbitan ‘amara yang bermaksud kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang,
tempat tinggal yang tetap bagi segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu
keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan
seterusnya menjadi sebuah bandar. Manakala istilah hadharah pula bererti kehidupan menetap, dan
lawan kepada istilah badawiah yang bererti nomad, dan berpindah randah. Hadharah juga
ditakrifkan sebagai suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar
atau kampung-kampung yang diusahakan.
Istilah thaqafah pula mempunyai sama maksud dengan “culture” yang mana merupakan
satu ramuan untuk melahirkan tamadun secara ringkas. Perkataan madaniyyah mula diperkenalkan
oleh Farid Wajdi (al-Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa
al-Nasraniyyat Ma’a al-‘Ilm wa al-Madaniyyat) pada kurun kedua puluh.
Dalam bahasa Melayu pula, tamadun dilihat dari dua aspek iaitu peradaban dan
kebudayaan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan pengertian tamadun dalam Kamus
Dewan. Maksud tamadun yang dipetik dari Kamus Dewan ialah “keadaan masyarakat manusia
2
yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran
(sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran, budaya dan corak hidup”.
Dalam bahasa Inggeris pula, makna tamadun dilhat dari aspek epitesmologi yang mana
perkaitan civilization berkait rapat dengan urbanization. Istilah civilization digunakan oleh barat
sekitar 19 Masihi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin iaitu ”civic” yang bermaksud
“bandar”. Oleh itu, civilization pula membawa maksud keadaan yang bersifat kebandaran atau
kemajuan. Selain istilah civilization, istilah-istilah lain turut digunakan untuk menggambarkan
makna tamadun. Antaranya ialah civiltas yang bermaksud tiap-tiap perubahan adalah jelas
pertumbuhannya di bandar-bandar besar dan ciri-ciri asas manusia lebih mudah ditemui di bandar.
Istilah Renainssance juga dipakai dalam mentakrifkan makna tamadun.
Dalam bahasa Cina pula, istilah Wen Ming digunakan dalam menghuraikan maksud
tamadun. Istilah diambil daripada kata akar “ming” yang bermaksud cerah, terang dan bercahaya.
Wen Ming bermaksud unsur-unsur material dan spiritual dariapda pencapaian sejarah
perkembangan manusia. Dalam bahasa cina juga tamadun digambarkan sebagai satu amalan yang
perlu dipraktikkan , pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan tutur kata secara
terbuka.
Menurut pandangan sarjana Islam, Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani
membawa maksud “masyarakat” dan apabila digabungkan dengan “umran”, ia bermaksud
masyarakat madani atau masyarakat yang bertamadun yang mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Menurut Syed Mohamad Naquib al-Attas pula, tamadun ialah keadaan kehidupan
bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur dalam
masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah pula menjelaskan maksud tamadun dalam bukunya “Sejarah
Kebudayaan Islam” sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang seiring dengan kehidupan
manusia dan perkembangan yang berupa material mahupun abstrak.
Menurut pandangan salah seorang sarjana Barat, iaitu Clive Bell, bliau mendefinisikan
tamadun sebagai “tamadun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat
maju dengan masyarakat mundur adalah tamadunnya”. Roberti Haini pula menjelaskan tamadun
ialah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. Bagi Arnold Tonybee, beliau mengatakan tamadun
ialah sejenis kebudayaan yang wujud di bandar-bandar dan disimpulkan sebagai tatacara hidup
yang dicetuskan oleh orang-orang yang hidup di bandar. Pandangan ini amat menepati dengan
kenyataan yang diutarakan oleh Ibn Khaldun. M.A.Beg membuat kesimpulan bahawa tamadun
3
terdiri daripada rangakaian fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-
undang dan rangkaian dasar politik.
1.1 TAMADUN ISLAM.
Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam. Selepas itu, risalah
Islam diturunkan kepada rasul-rasul sesuai dengan suasana dengan zaman, jumlah manusia dan
kebudayaan umat pada ketika itu. Tujuan Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing
mereka ke jalan yang benar supaya mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.
Tamadun Islam boleh ditakrifkan sebagai pencapaian umat Islam dalm bidang kerohanian
dan kebendaan yang mana bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak,
dan akhlak. Al-Quran dan as-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah S.W.T dan menjadi
sumber utama dalam tamadun Islam. Di samping merupakan wahyu daripada Allah S.W.T , al-
Quran merupakan mukjizat paling besar yang pernah diturunkan oleh Allah kepada manusia di
muka bumi ini dengan tujuan untuk mengurus dan menggariskan batas-batas tamadun Islam secara
umum dan menyeluruh. As-sunnah pula merupakan wahyu yang kedua selepas al-Quran. Oleh
sebab itulah kedudukan as-Sunnah sebagai sumber tamadun Islam amat penting di samping al-
Quran. As-sunnah merealisasikan segala ajaran al-Quran dalam bentuk nyata dan datang daripada
Rasulullah s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan.
Tamadun Islam wujud serentak dengan penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang
bermula pada malam 17 Ramadan tahun 61 Masihi dan berterusan selama 23 tahun sehingga tahun
632 Masihi iaitu tahun kewafatan Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam bermula di Makkah dan
mempunyai tapak yang kukuh di Madinah. Bukan itu sahaja, Madinah sering sahaja dirujuk
sebagai negara Islam yang pertama dalam perkembangan sejarah tamadun Islam. Antara ciri-ciri
tamadun Islam ialah kota raya, kesenian, seni bina, ilmu pengetahuan, dan sains dan teknologi.
Kota raya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam tamadun Islam walaupun
mempunyai kapasiti penduduk yang ramai. Hal ini kerana kota raya diasaskan bersandarkan
undang-undang yang mantap iaitu syariah Islamiah. Perkembangan kesenian sejajar dengan
perkembangan tamadun yang mana tertumpu ke arah peningkatan keimanan, ketakwaan, dan amal
soleh seperti seni khat, seni ukiran kayu, tekstil dan tembikar. Akhirnya ilmu pengetahuan sama
ada ilmu fardu ain atau ilmu fardu kifayah terutamanya ilmu sains dan teknologi berkembang
dengan pesatnya dan bertanggungjawab mempertingkatkan lagi pencapaian tamadun Islam.
4
Tamadun Islam menjadi tamadun yang paling unggul kerana mempunyai sifat-sifatnya
yang tersendiri. Sifat pertama bagi tamadun Islam ialah kesejagatan. Ini bermakna tamadun Islam
tidak terikat dengan bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu. Ini kerana tamadun
Islam adalah milik manusia yang berpegang kepada al-Din dan dapat dilihat di mana sahaja tanpa
ada sempadan geografi. Sifat keterbukaan yang ada pada tamadun Islam telah menjadikannya
sebuah tamadun yang unik dan istimewa. Keterbukaan yang dimaksudkan di sini ialah tamadun
Islam itu tidak terbatas kepada hak tertentu dan ia diletakkan di atas garis panduan yang tetap dan
berkembang mengikut arus perubahan semasa. Disebabkan sifat keterbukaan ini juga tamadun
Islam terbuka kepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan sebarang bentuk tamadun
selain Islam boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak betentangan dengan garis panduan
syarak. Malahan Islam itu sendiri menggalakkan penerusan tamadun yang membawa kebaikan
kepada manusia dengan tidak menjejaskan hak orang lain.
Tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman. Perkembangannya bermula dengan
penurunan wahyu pertama dan tidak pernah terhent serta tiada batas sempadan dan waktu dan terus
berkembang shingga ke hari ini. Sifat tolenrasi yang ada pada tamadun Islam sama ada terhadap
agama dan budaya telah menjadikannya sebuah tamadun yang diterima baik oleh tamadun-
tamadun lain. Hal ini kerana walaupun tamadun Islam berkembang dalam dunia yang tidak
dikenali, ia tetap mempertahankan sifat tolak ansurnya terhadap agama dan budaya Islam.
Buktinya, masyarakat bukan Islam yang berada di bawah perkembangan tamadun Islam tidak
disekat untuk mengamalkan agama dan budaya mereka dengan mengekalkan hubungan baik
terhadap masyarakat. Kesatuan dalam kepelbagaian juga merupakan salah satu sifat tamadun
Islam. Sebarang bentuk kemajuan yang dicapai oleh tamadun Islam dalam pelbagai bidang
disatukan oleh akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan. Ini bermakna sebarang
bentuk penemuan dan hasil ciptaan baharu yang dicapai oleh manusia dikembalikan kepada
kebesaran Tuhan pencipta alam seluruhnya.
1.2 TAMADUN MELAYU
Kemunculan awal tamadun Melayu terdiri daripada beberapa kota awal seperti
Langkasuka, Srivijaya, Pasai, Majapahit, dan Melaka. Dari segi kerangka masa, tamadun Melayu
boleh dibahagikan kepada beberapa zaman iaitu zaman pra-kolonial, kolonial dan pasca-kolonial.
Kemuncak zaman pra-kolonial ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka iaitu pada abad ke-15
5
sehingga pertengahan abad ke-20. Kemudian, Kerajaan Melayu Melaka telah dijajah oleh Portugis,
Belanda, dan British. Zaman pasca-kolonial terjadi selepas Tanah melayu mencapai kemerdekaan
pada 1957 lalu muncullah negeri-negeri seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia yang berusah
meneruskan pembinaan tamadun Melayu yang terencat akibat daripada penjajahan kuasa-kuasa
barat.
Secara kasarnya, pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai alam semesta
secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu
sistem nilai tertentu. Oleh itu, pandangan semesta tamadun Melayu boleh dibahagikan kepada dua
zaman iaitu pandangan semesta Melayu pra Islam dan pandangan semesta Melayu zaman Islam.
Pandangan semesta Melayu pra Islam merangkumi pandangan semesta Melayu pra-agama Hindu
dan Buddha dan pandangan semesta Melayu pengaruh agama Hindu dan Buddha.sebelum
kedatangan Islam, tamadun Melayu dipengaruhi oleh tamadun India. Pengaruh ini tersebar melalui
pelbagai saluran seperti perdagangan, kepercayaan, pebdidikan dan sebagainya. Tamadun India
telah mempengaruhi adat resam, nilai estetika, dan sebagainya yang mana pengaruh ini selalu
bercampur aduk dengan ekspresi agama. Walau bagaimanapun, kesan tamadun India lebih jelas
dalam kalangan golongan istana sedangkan golongan rakyat kebanyakan tidak berubah kerana
masih berpegang teguh dengan kepercayaan animisme.
Dalam pembinaan tamadun Melayu, faktor geografi dilihat sebagai salah satu aspek
penting. Menurut Ibn Khaldun, faktor geografi ataupun persekitaran memainkan peranan utama
dalam pembinaan sesebuah tamadun. Contoh faktor persekitaran ialah bentuk muka bumi, sumber
alam semulajadi dan sebagainya. Menurut tokoh Ibn Khaldun lagi, tamadun tidak akan terbina di
tempat-tempat yang terlalu sejuk atau terlalu panas tetapi sebaliknya akan terbentuk dalam suasana
yang sederhana. Lantaran itu, pembinaan tamadun Melayu dikatakan mempunyai ciri-ciri tersebut.
Iklim di kawasan Tanah Melayu adalah sekata panas dan lembap kecuali di tempat-tempat yang
lebih tinggi dengan suhunya lebih sejuk pada waktu malamnya.
Manakala dari sudut geografinya pula, kedudukan Tanah Melayu dikatakan amat strategik
memandangkan kedudukannya terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara tamadun
Timur dan Barat. Hal ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada Tanah Melayu
dengan pengaruh-pengaruh yang datang dari kedua-kedua benua tersebut.
Disebabkan kedudukan yang strategik inilah, tamadun Melayu telah berinteraksi dengan
banyak peradaban dan banyak orang luar ataupun asing, sehingga membawa kepada pelbagai pola
dan corak kebudayaan, peradaban dan sebagainya. Sebagainya contohnya, interasi antara tamadun
6
Melayu dengan tamadun Islam telah membawa kesan yang amat mendalam terhadap tamadun
Melayu sehingga terdpat kesannya yang masih boleh dilihat pada hari ini.
7
BAB 2
KONSEP INTERAKSI
DALAM KONTEKS
PERKEMBANGAN
TAMADUN
8
2.0 KONSEP INTERAKSI.
Secara umumnya, setiap tamadun manusia yang lahir di dunia ini sudah saling berinteraksi
sejak dari dulu hinggalah ke hari ini. Hal ini disebabkan oleh ramai sarjana berpendapat bahawa
sesebuah tamadun itu tidak boleh hidup bersendirian. Maka dengan itu, tamadun ini akan sentiasa
berinteraksi dan berhubung dengan tamadun-tamadun lain demi untuk memenuhi fitrah dan
keperluan asas sebagi manusia. Malahan interaksi serta pertembungan sesebuah tamadun dengan
tamadun lain sebenarnya merupakan satu fenomena yang biasa. Ini seiring dengan makna tamadun
yang membawa maksud satu pencapaian cemerlang manusia, maka ia seharusnya bergerak dalam
suasana yang bebas. Oleh itu, dapat lah disimpulkan bahawa sifat tamadun adalah dinamik dan
bergerak, dan bukannya bersifat tertutup dan pasif. Kewujudan interaksi ini boleh berlaku kerana
adanya sifat-sifat yang sedemikian selain semua tamadun mengamalkan sikap tolak ansur yang
tnggi dan mempunyai rasa hormat terhadap antara satu sama lain. Menerusi interaksi, tamadun-
tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu
sama lain di samping bertukar-tukar pandangan.
Interaksi antara tamadun-tamadun ini dapat dilihat dari pebagai perspektif iaitu agama,
budaya, dan bangsa sesebuah tamadun. Menerusi perspektif agama, kaitannya dengan sesebuah
tamadun adalah amat rapat. Hal ini kerana, masyarakat yang bertamadun sudah pasti memiliki nilai
pegangan agama yang tinggi, beradab sopan, dan bermoral tinggi. Dan melalui agamalah
terbentuknya pandangan sesebuah masyarakat terhadap alam semester serta menjadi panduan bagi
mereka untuk memimpin dan menikmati kehidupan bermasyarakat dalam melahirkan individu
yang lebih terpuji. Terdapat pendapat mengatakan bahawa kemunculan tamadun manusia adalah
suatu menifestasi kepada pegangan masyarakat berkenaan kepada agama. Apa yang dapat dilihat
ialah semua tamadun tradisional manusia berasaskan kepada pandangan hidup,prinsip, dan nilai
ajaran agama yang mereka anuti. Namun begitu, tamadun moden pada masa kini seakan-akan telah
mengenepikan ajaran dan nilai agama dengan menukar gantikan asasnya dengan nilai pemikiran
dan penilaian manusia dan falsafah humanisme.
Dari aspek budaya pula, ia merujuk kepada tatacara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang mana meliputi keadaan ekonomi, sosial mahupun politik masyarakat berkenaan.
Menurut Drs. Sidi Gazalba, “sesuatu kebudayaan adalah aspek rohaniah, yang jadi hakikat
9
manusia. Kebudayaan juga ialah cara berfikir dan merasa, menyatakan diri dalam seluruh
kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam suatu ruang dan suatu
waktu.”. ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa kebudayaan menjadi antara aspek asas
yang penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, tamadun mempunyai kaitan rapat
dengan budaya kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan
bertamadun. Dan dikatakan juga bahawa proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan
yang mana melibatkan proses mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui
proses interaksi antara budaya inilah maka terbentuk interaksi pada peringkat tamadun.Dari segi
bangsa pula, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi budaya dan kawasan
geografi.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa interaksi antara tamadun-tamadun ini
sudah pasti akan meningggalkan beberapa kesan dalam tamadun tersebut, sama ada impak yang
positif ataupun impak yang negatif. Dan kesan-kesan ini terjadi kerana interaksi boleh berlaku
dalam secara aman mahupun secara peperangan.
2.1 FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Umumnya, interaksi yang berlaku di antara tamadun-tamadun yang ada di dunia ini adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Pertama faktor kepimpinan yang mana faktor ini merupakan faktor terpenting yang
mempengaruhi interaksi antara tamadun yang wujud di Asia. Daya kepimpinan dianggap penting
kerana seandainya pemimpin atau raja tidak mempunyai sikap adil dan toleran, maka interaksi
akan berlaku dalam keadaan kekerasan dan peperangan. Namun perkara yang sebaliknya berlaku
apabila pemimpin itu mempunyai sikap bertoleransi dan saksama, interaksi akan berjalan dengan
aman dan damai. Sejarah sendiri telah membuktikan terdapat dua sikap berbeza dalam kalangan
para pemimpin. Contohnya kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak menyekat orang
Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah, sebaliknya hak orang Yahudi dan Kristian
dilindungi undang-undang. Sebaliknya, contoh sikap pemimpin yang tidak bertoleransi dapat
dilihat kapada Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut
Hindu.
Faktor kedua ialah sikap golongan agama. Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat
tamadun Asia yang mempunyai agama. Misalnya, dalam tamadun Islam, golongan agama dimiliki
10
oleh para ulama dan ahli-ahli sufi. Dalam Tamadun India pula golongan agama dipegang oleh
minoriti kasta Brahmin yang berteras kepada agama Hindu. Golongan agama dalam kepercayaan
Buddha pula didokong oleh sami. Manakala golongan agama dalam fahaman Krisitian pula
dikuasai oleh paderi. Walaupun terdapat sebahagian golongan agama yang mencetuskan konflik
namun tragedi ini tidak mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat di
Asia.
Kedudukan geografi turut mempengaruhi hubungan interaksi antara tamadun-tamadun di
Asia. Geografi merangkumi struktur muka bumi dan kemudahan infrastruktur perhubungan dalam
sesebuah masyarakat bertamadun. Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat
dua laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Sebagai buktinya,
laluan perhubungan ini telah menyebabkan tamadun Cina mampu menjalin interaksi dengan
negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi.
Faktor yang seterusnya ialah perdagangan. Faktor ini dikatakan sebagai penjalin kepada
interaksi antara tamadun. Contohnya, ialah interaksi antara tamadun Melayu di Asia Tenggara
dengan negara Arab iaitu tamadun Islam yang secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang
menuju ke Cina terpaksa singgah ke Tanah Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke
Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam
Melayu.
Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara
tamadun Asia. Contoh yang paling jelas ialah perkahwinan di antara masyarakat tempatan dengan
pedagang-pedagang yang datang berurus niaga di Tanah Melayu. Faktor yang terakhir ialah misi
politik. Interaksi boleh berlaku dalam suasana harmoni sekiranya tamadun-tamadun yang ada
dapat menjalinkan hubungan yang baik terutamanya dalam politik. Sebagai contohnya, interaksi
antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina dapat berjalan dalam suasana yang aman kerana
hubungan diplomatik antara kedua-dua tamadun ini telah terjalin sejak tahun 1404 M.
2.2 TEORI-TEORI KEDATANGN ISLAM
Menurut sejarah terdapat tiga teori yang sering dihubungkaitkan dengan kedatangan dan
penyebaran Islam ke Alam Melayu. Teori-teori tersebut adalah dari China, India, dan Arab. Teori
dari China mengatakan Islam telah sampai ke Alam Melayu berdasarkan laporan orang-orang Cina
11
Islam. Disebut bahawa Wahad Abi Kabsyah telah diutuskan oleh Rasulullah untuk menjalankan
dakwah namun, beliau akhirnya meninggal dunia di Canton dan akhirnya dikuburkan di situ. Teori
ini disokong oleh Emanuel Godinho De Evedia yang mengatakan Islam datang ke Nusantara
melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Ini diibuktikan dengan penemuan batu
bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai timur Tanah Melayu. Teori ini juga
disokong oleh S.Q. Fatimi yang mana beliau mengatakan bahawa Islam telah dibawa dari Canton
pada penghujung abad ke-9 Masihi akibat daripada perpindahan beramai-ramai orang Cina Islam
dariapda Canton ke Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, teori Islam dari China masih dapat
dipertikaikan kerana wujudnya penempatan orang-orang Islam yang lebih awal dariapda tarikh
tersebut.
Teori kedatangan Islam ke Nusantara dibawa oleh pedagang-pedagang dari India telah
didokong oleh orientalis barat seperti Snouck Hugronje, Brian Harrison, Arnold, dan Weirtheim.
Mereka berpendapat hubungan antara pedagang India Muslim sekitar abad ke 13 terjadi melalui
hubungan perniagaan dan kebudayaan antara masyarakat Nusantara. Pedagang- pedagang India
Muslim dijadiakn tempat mendapatkan nasihat dan bimbingan termasulah persoalan agama. Teori
ini diperkukuhkan dengan penemuan batu nisan seperti batu nisan Sultan Malik al-Salleh, Raja
Samudera pertama bertarikh 1297 Masihi. Thomas Arnold pula berpendapat Islam dibawa oleh
pedagang India Muslim dari Banggala atau dari Malabar. Namun begitu, teori-teori kedatangan
Islam dari India ke Nusantara didapati bertentangan dengan bukti-bukti daripada sumber-sumber
yang lain.
Teori kedatangan Islam dari Arab pula merupakan teori yang paling sahih dengan bukti-
bukti, penemuan-penemuan sejarah dan catatan-catatan ahli pelayaran. Dikatakan Isam dibawa
menerusi mubaligh-mubaligh dan saudagar-saudagar Arab. Secara umumnya, hubungan antara
penduduk Alam Melayu dengan bangsa Arab telah terjalin sebelum kelahiran Islam dan berterusan
sehingga Islam disebarkan. Menurut Syed Muhamaad Naguib al-Attas, kandungan persuratan
Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta sistem tulisan jawi yang digunakan menunjukkan
berasal dari Arab atau Timur Tengah. Melalui penemuan ini, dikatakan bahawa Islam telah datang
ke Nusantara pada abad ke-7 M dan dibawa oleh saudagar-saudagar dan mubaligh-mubaligh Arab
yang datanag berdagang dan berdakwah melalui jalan perdagangan Asia Tenggara untuk ke China.
12
BAB 3
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
INTERAKSI TAMADUN
MELAYU DENGAN
TAMADUN ISLAM
13
Terdapat beberapa sebab utama yang mempengaruhi perkembangan pesat Islam ke Asia
Tenggara. Syed Muhamaad Naguib al-Attas membuat kesimpulan bahawa teori-teori kedatangan
Islam yang dikemukakan sangat menekankan kepada beberapa aspek tertentu, misalnya, aspek
perdagangan yang dilihat merupakan salah satu faktor penting yang membawa Islam ke Alam
Melayu. Bukan itu sahaja, faktor perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam turut
mempengaruhi penyebaran agama Islam dengan cara melakukan pengislaman dalam kalangan
masyarakat itu. Faktor kemudahan serta kepentingan politik dianggap satu motif atau sebab untuk
memeluk Islam terutamanya dalam kalangan pembesar-pembesar dan golongan bangsawan. Faktor
pertandingan menyebarkan agama antara orang Islam dengan Kristian dikatakan telah
mempercepatkan proses penyebaran agama Islam khususnya, pada abad ke-15 dan abad ke-17
yang mana merupakan penerusan siri peperangan salib. Peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli sufi
turut menjadi penyumbang kepada kepesatan perkembangan penyebaran Islam.
3.1 Faktor perdagangan
Aktiviti perdagangan merupakan salah satu cara terpenting dalam memperkembangkan
Islam. Hal ini kerana Islam yang berasal di sebuah wilayah yang terletak beribu-ribu batu dari dari
Alam Melayu hanya dapat berkembang disebabkan oleh aktiviti perdagangan yang dijalankan
antara pedagang-pedagang luar dengan masyarakat Alam Melayu. Aktiviti perdagangan antara
masyarakat Arab dengan masyarakat tempatan dikatakan telah berjalan sejak sebelum kemunculan
Islam lagi dan turut berkembang semasa zaman Islam. Hubungan perdagangan ini berlaku
berikutan Alam Melayu mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan. Antara
barang-barang tersebut ialah lada, kemenyan dan kapur barus. Kapur barus pernah dianggap
sebagai punca tarikan utama yang membawa orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi. Semasa
menjalankan aktivit berdagang, pedagang-pedagang arab turut memainkan peranan menyebarkan
agama Islam. Ini didorong oleh sifat Islam itu sendiri yang mana Islam merupakan agama yang
bersifat dakwah dan tugas menyebarkan Islam merupakan salah satu tugas penganutnya. Jadi, tidak
mustahillah bahawa kebanyakan tapak awal Islam di Alam Melayu merupakan pelabuhan-
pelabuhan utama seperti Melaka, Aru, Perak, dan sebagainya.
14
3.2 Faktor perlumbaan penyebaran agama.
Faktor ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya pada penghujung abad-abad, misalnya
antara abad ke-16 hingga abad ke 19. Ini terjadi berikutan kesan dari kedatangan kuasa-kuasa
Barat ke kawasan Timur dan juga diikuti dengan rasa permusuhan yang berlanjutan antara
penganut Kristian dengan Islam seperti mana yang digambarkan dalam Perang Salib. Pada abad
ke-15 dan abad ke-16, berlakunya pertembungan kuasa-kuasa Barat dengan kuasa Islam sehingga
melahirkan pertentangan antaranya. Misalnya, Portugis yang telah memulakan pelayaran mereka
ke timur dan menyebabkan pertembungan berlaku dengan kuasa Islam yang telah lama bertapak di
bahagian tersebut. Penyerangan terbuka oleh Portugis ke atas petempatan serta wilayah-wilayah
Islam menunjukkan pertentangan terbuka oleh kuasa tersebut. Persaingan dalam meluaskansebaran
agama antara Kristian dan Islam berterusan sepertimana yang digambarkan dalam kes-kes
penyebaran Islam di Pulau Maluku, Sumatera dan sebagainya.
3.3 Faktor perkahwinan.
Faktor perkahwinan lebih merujuk kepada perkahwinan yang berlangsung antara padagang
dan ulam-ulama Islam yang singgah di Alam Melayu dengan perempuan-perempuan tempatan.
Perkahwinan ini terjadi kerana tiada kaum wanita yang mengiringi pedagang dan ulama Islam ke
Alam Melayu sehingga menyebabkan para pedagang dan ulama mengambil keputusan untuk
mengikat tali perkahwinan dengan wanita tempatan di kawasan-kawasan yang mereka pilih untuk
menetap. Kebiasaannya urusan perkahwinan sering kali tidak ditolak oleh keluarga wanita
tempatan kerana kebanyakan pedagang merupakan mereka yang dihormati serta mempunyai
kekayaan yang besar dan perkara ini secara tidak langsung telah membantu meningkatkan
kedudukan sosial sesebuah keluarga waanita tersebut dalam kalangan masyarakat. Perkahwinan
juga secara tidak langsung telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan
wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti
diislamkan terlebih dahulu. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan rakyat
15
jelata, malah juga berlaku dalam kalangan golongan bangsawan dan pemerintah Sebagai
contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.
3.4 Faktor politik dan penaklukan.
Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana yang harmoni.
Ini dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Islam dalam tamadun
Cina. Hubungan diplomatik Melaka dengan Cina telah terjalin sejak sejak tahun 1404 M. Ini dapat
dibuktikan persetujuan Cina untuk mengahantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke
Melaka untuk memberi perlindungan terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu dari ancaman
Siam. Hubungan yang bertujuan politik ini secara tidak langsung telah menggalakkan Islamisasi
di rantau Alam Melayu. Manakala bagi faktor penaklukan pula ia dapat dilihat dengan jelas
melalui penguasaan Melaka terhadap beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu sehingga
dikatakan bahawa kedatangan Islam di Perak dibawa dari Melaka.
3.5 Peranan ahli-ahli sufi.
Peranan ahli-ahli sufi mahupun golongan ulama menjadi tunggak utama dalam
mengembangkan dan menyebarkan agama Islam dalam tamadun Melayu. Golongan ulama ini
bukan sahaja menguasai berbagai ilmu mengenai Islam bahkan mereka amat bertakwa dan
memiliki keperibadian serta karisma yang mulia sehingga mampu menarik pengaruh masyarakat
setempat. Malahan kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan
memberi penekanan terhadap sifat keinsanan. Mereka telah berjaya memberi pandangan Islam
yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu sehingga berhasil meninggalkan kesan yang begitu
mendalam terhadap kerajaan-kerajaan Islam Melaka, Acheh, Demak dan sebagainya. Selain itu,
golongan ulama ini juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi
yang dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah di Acheh dan
seterusnya melahirkan ramai lagi ulama di rantau Alam Melayu. Peranan ahli sufi juga dapat
dilihat dalam kerajaan Demak yang mana telah munculnya Wali Songo yang ditugaskan menjadi
penentu kuasa dalam perlantikan seseorang raja .
16
3.6 Geografi.
Kedudukan geografi merangkumi bentuk muka bumi dan kemudahan infrastruktur
perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah telah membuktikan kedudukan
geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Tamadun Melayu
merupakan sebahagian daripada benua Asia dan geografinya terletak betul-betul di tengah jalan
perdagangan antarabangsa iaitu di antara India dan China. Misalannya, Pelabuhan Melaka yang
mana kedudukan geografinya yang strategik dan terlindung dari angin monsun telah menjadikan
pelabuhan ini sebagai tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di
pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka di
samping menyebarkan dakwah kepada penduduk setempat.
.
17
BAB 4
KESAN POSITIF TAMADUN ISLAM
DALAM TAMADUN MELAYU
18
Kedatangan Islam dalam tamadun Melayu telah membawa kesan yang amat ketara.
Tinggalan kesan ini dapat dilihat dari aspek akidah, politik dan kerajaan, undang-undang, sosial,
ekonomi, kebudayaan, bahasa dan sastera, kesenian, dan dalam bidang pendidikan ddan ilmu
syariah.
4.1 Pengaruh Islam dalam akidah.
Umumnya, akidah bermaksud iman, yakni kepercayaan atau keyakinan hidup. Sebelum
kedatangan Islam ke Alam Melayu, masyarakat tempatan telah pun mempunyai kepercayaan
mereka tersendiri yang biasanya diistilahkan sebagai animisme, dinamisme, dan pemujaan Hyang
atau nenek moyang. Mereka percaya bahawa setiap benda dan jiwa mempunyai perwatakan sendiri
samada ia membawa kesan buruk mahupun baik. Contohnya, pemujaan Hyang dilakukan kerana
mereka yakin bahawa roh nenek moyang mereka masih mempunyai tenaga yang kuat sehingga
boleh mempengaruhi mereka.
Selepas kedatangan Hindu-Buddha, terdapat segelintir masyarakat tempatan yang
menganut agama Hindu atau Buddha atau kedua-duanya sekali. Bukan itu sahaja, kedatangan
Hindu-Buddha telah mewujudkan sinkretisme atau persenyawaan yang mana kedua-dua agama
India itu dianut bersama-sama dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Ini membuktikan sifat
tolaransi masyarakat Melayu dalam menerimapengaruh luar dan serentak dengan itu pula mereka
masih mempertahankan tradisi nenek moyang mereka. Bahkan dengan kedatangan Hindu-Buddha,
upacara keagamaan menjadi lebih formal dan tersusun tetapi pengaruh itu tidak melibatkan
kesemua ajaran Hindu-Buddha yang asli. Menurut pendapat Syed Muhammad Naguib al-Attas,
kedatangan Hindu-Buddha tidak mengubah pandangan masyarakat Melayu secara mutlak atau
keseluruhan.
Awal adab ke-15, masyarakat Melayu dikatakan telah menerima kedatangan Islam dan
disambut baik oleh masyarakat setempat. Islam telah berjaya mengubah bentuk kepercayaan, gaya
hidup, dan pandangan semesta masyarakat Melayu. Jika sebelum kedatangan Islam masyarakat
19
Melayu percaya kepada konsep dewa dan anisme, tetapi setelah Islam diserap masuk, kepercayaan
tersebut telah bertukar iaitu kepercayaan kpada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Antara elemen-
elemen asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam ialah kepercayaan kepada yang Maha Esa,
Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta. Kedua konsep perhitungan dan pembalasan
yang muktamad di akhirat dan diikuti keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang
baik dan sebaliknya. Seterusnya, menghormati maruah dan martabat manusia di samping
berpegang kapada keadilan, kebebasan, dan kesaksamaan. Dan yang terakhir ialah manjalani
kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.
Walaupun Islam talah bertapak kuat namun ini tidak menghalang kepercayaan animisme
dan Hindu-Buddha daripada terus hidup seperti sebelumnya. Contohnya, kesan kepercayaan
tradisional pada kegiatan ‘memanggil semangat’ pada upacara perkahwinan, orang baru sembuh
dari penyakit atau baru pulang dari perjalanan. Namun apa yang pasti sikap toleransi dan
kompromi penduduk tempatan telah menyebabkan pengaruh kepercayaan baru atau asing tidak
pernah ditolak malah disambut baik dan seterusnya disesuaikan dengan warisan nenek moyang
mereka.
4.2 Pengaruh Islam dalam politikdan kerajaan
Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya telah melahirkan banyak pusat
prdagangan dan kerajaan Islam dan bukan itu sahaja Islam juga telah merubah sistem politik
pentadbiran dan perundangan Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, kerajaan Islam pernah wujud di
Kelantan, Terengganu, Kedah, Beruas, Melaka, dan Johor.
Tamadun Islam turut mempengaruhi sistem politik tamadun Melayu. Konsep Dewaraja dari
warisan Hindu-Buddha, yang menjadi pegangan politik dan lambang daulat raja-raja tempatan
telah ditukargantikan dengan konsep ‘khalifatullah fil-ardhi’. Ini bermaksud raja tidak lagi
dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu akan tetapi raja merupakan khalifah Allah yang
diamanahkan memakmurkan bumi. Kedatangan Islam juga telah menukarkan gelaran Raja kepada
Sultan. Walau bagaimanapun, unsur kesucian diri sultan serta nasab keturunan baginda masih lagi
mempunyai pengaruh penting dalam susun lapis masyarakat. Ini berkait rapat dengan sistem
feudalisme warisan Hindu-Buddha yang mana mementingkan keturunan raja sahaja dalam sistem
pemilihan bakal raja. Sistem ini lebih dikenali sebagai sistem monarki.
20
4.3 Pengaruh Islam dalam sosial.
Selepas kedatangan Islam, sistem sosial dalam masyarakat Melayu tidak mengalami
banyak perubahan. Ini disebabkan sistem sosial masih berasaskan semangat kesedaran kelas (class
consciousness) yang mana susun lapis masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah masih dikekalkan. Contoh yang paling jelas dapat dilihat
dalam sistem hierarki sosial kerajaan Melaka yang mana terdapat dua golongan iaitu golongan
atasan dan golongan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada raja, kerabat diraja, pembesar dan
ulama istana. Manakala golongan bawahan pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
Selepas kedatangan Islam, sistem khalifah mula diperkenalkan. Sistem ini berasaskan
kepada konsep keadilan tanpa mengenal kedudukan atau pangkat dalam lapisan masyarakat dan
seterusnya menjadikan sistem pentadbiran lebih sistematik dan adil. Antara kesan sistem ini ialah
wujudnya sistem mesyuarat dalam kalangan ahli-ahli pakar yang lebih dikenali sebagai sistem
syura, dan juga sistem hisbah iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
juga gelaran sultan bagi raja dan termasuklah kriteria pemilihan menteri. .
4.4 Pengaruh Islam dalam Undang-undang.
Undang-undang Melayu telah diubah mengikut kesesuaian undang-undang Islam
sementelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Undang-undang Islam mula diperkenalkan apabila
Raja Melaka memeluk Islam pada abad ke-15. Pada peringkat awal, unsur Islam hanya ditokok
tambah mengikut kesesuaiannya dalam undang-undang adat. Misalnya, Hukum Kanun Melaka
yang terdahulu mengandungi kedua-dua undang-undang adat dan Islam. namun pengaruh undang-
undang Islam semakin kuat sehingga menenggelamkan undang-undang adat. Ini dapat dilihat
dengan jelas dalam undang-undang Pahang, undang-undang Johor dan dalam perlembagaan
Terengganu 1911.
Walaupun kerajaan Melaka merupakan sebuah kerajaan Islam, namun sistem
pemerintahannya tidak berlandaskan undang-undang sepenuhnya. Jelasnya, terdapat dua jenis
undang-undang yang di dalam kerajaan Melaka, iaitu undang-undang Laut Melaka dan undang-
undang Kanun Melaka. Dalam undang-undang Laut Melaka ayng terdapat 25 fasal, tetapi hanya
satu fasal sahaja yang mengenai hukum Islam sebenar iaitu berkenaan dengan zina. Manakala
undang-undang yang berkaitan dengan hal-hal laut banyak berpandukan kepada hukum dan
21
peraturan adat. Dalam Hukum Kanun Melaka, hanya terdapat lebih kurang 18 fasal sahaja yang
menurut undang-undang Islam seperti kesalahan membunuh. Namun hukuman yang berbentuk
Islam yang diperkenalkan selepas kedatangan Islam merupakan alternatif kepada bentuk hukum
adat yang sedia ada.
Pengaruh undang-undang Islam dalam undang-undang Melayu dapat dibuktikan dengan
penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 di Kuala Berang, Terengganu. Bahasa yang tertera pada
Batu Bersurat itu ialah bahasa Melayu yang ditulis dengan bahasa Arab dan terdapat sedikit
catatan berkenaan hukum hakam pada batu tersebut. Ini menunjukkan bahawa penduduk tempatan
pada masa itu sudah lama memeluk Islam. Walaupun unsur Islam telah dimasukkan ke dalam
hukum Kanun Melaka, namun terdapat beberapa keadaan yang mana hukum Kanun Melaka
bertentangan dengan hukum Islam. Contohnya, hukuman kesalahan dijalankan berdasarkan status
sosial atau hierarki dalam masyarakat. Hukum kanun Melaka menyatakan hukuman akan
dijatuhkan lebih berat sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan ke atas seseorang yang lebih
berdarjat tinggi daripadanya. Hukuman ini terang-terangan bertentangan dengan kehendak hukum
Islam. Secara keseluruhannya, hanya setelah Islam bertapak di Tanah Melayu, undang-undang
bertulis dan tidak bertulis dipengaruhi oleh hukum hakam Islam biarpun belum mantap
sepenuhnya.
4.5 Pengaruh Islam dalam ekonomi.
Dari segi aktiviti ekonomi, masyarakat di Tanah Melayu menjalankan kegiatan pertanian,
perikanan, pnternakan dan seumpamanya, kegiatan-kegiatan ini lebih dikenali sebagai agraria.
Aktiviti ekonomi yang dijalankan ini masih bergantung kepada sumber alam dan masih
berlangsung selepas kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, kegiatan perdagangan semakin
meningkat dalam kalangan Melayu. Sehubungan dengan itu, wujud pasar atau kota yang bersifat
internasional yang mana terdapat pedagang-pedagang asing dari Arab, Parsi, dan sebagainya.
Ekoran daripada aktiviti perdagangan, sistem matawang mula diperkenalkan dalam
tamadun Melayu. Hal ini didorong dengan pertambahan pedagang-pedagang asing yang berdagang
di Tanah Melayu di samping perkembangan kegiatan perdagangan yang bersifat antarabangsa.
4.6 Pengaruh Islam dalam kebudayaan.
22
Penerapan unsur Islam dalam kebudayaan Melayu merupakan salah satu usaha menyelusuri
proses Islamisasi yang berlaku dalam tamadun Melayu sehingga berjaya mengenengahkan identiti
dan jati diri serta pembinaan tamadun Melayu Islam di rantau ini.
Islam dan adat menjadi asas penting dalam proses pembudayaan terutamanya dalam
budaya Melayu. Beberapa upacara yang menggabungkan unsur agama dan adat diadakan pada
hampir setiapkitaran hidup manusia. Contohnya, ketika peringkat mengandung, ibu bapa
dikehendaki melakukan perkara yang baik-baik termasuk meninggalkan larangan agama. Semasa
proses kelahiran pula, bapa akan mengazankan jika bayi itu lelaki dan mengiqamatkan jika bayi itu
perempuan. Tujuan melakukan adat ini adalah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya
kepada bayi itu seruan azan atau kalimah syahadah dan meniupkan “roh dan semangat Islam”
kepada bayi tersebut. Selain itu, terdapat banyak lagi adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu yang diselitkan juga unsur-unsur Islam.
4.7 Pengaruh Islam dalam bahasa dan sastera
Sesungguhnya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar
kepada bahasa Melayu dengan menjadikanya sebagai bahasa “lingua franca”di Nusantara. Ini
kerana sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu Kuno dan bahasa Jawa Kuno merupakan dua
bahasa tempatan yang dominan. Manakala bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa ilmu. Namun
bahasa Sanskrit tidak lagi digunakan sebagai bahasa ilmu setelah kedatangan Islam. Bahasa
Sanskrit kemudiannya ditukarkan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah dinaik
tarafkan sebagai bahasa pengantar di kawasan Nusantara. Secara tidak langsung, pengaruh Islam
seolah-olah telah manyatupadukan penduduk Melayu yang terpisah disebabkan oleh perbezaan
bahasa untuk berkomunikasi.
Seiring dengan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sistem tulisan
Arab Jawi diperkenalkan sehingga kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa sastera sangat
popular pada masa itu. Buktinya, sastera yang dihasilkan dari warisan Hindu kemudiannya telah
ditulis dalam tulisan Arab dan Jawi. Kedatangan Islam juga telah membawa anjakan perubahan
dalam penghasilan sastera.
Sastera Melayu yang berunsurkan Islam dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu
prosa dan puisi. Dalam prosa, diceritakan tentang hikayat-hikayat Nabi Muhammad, pahlawan
Islam, para sahabat nabi dan para ahli sufi serta orang yang salih. Contoh hikayat Nabi Muhammad
23
ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh dalam
Hikayat para pahlawan pula ialah Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah
dan sebagainya. Manakala dalam puisi pula, ia merangkumi karya-karya Hamzah Fansuri seperti
Syair Perahu, Syair Burung Pingai dan sebagainya, seterusnya karya-karya Abdul rauf Fansuri
iaitu Syair Makrifat. Dan juga termasuk syair-syair lain seperti Syair Nur Muhammad, Syair Nabi
Ayub dan banyak lagi.
4.8 Pengaruh Islam dalam kesenian.
Pengaruh kesenian Islam dalam masyarakat Melayu dapat diperhatikan dengan jelas pada
makam atau batu nisan, kaligrafi atau penulisan khat dan seni bina masjid. Batu nisan merupakan
karya seni Islam terawal yang masuk ke Alam Melayu. Antara batu nisan terawal yang
memperlihatkan penagruh Islam ialah batu nisan Sheikh Abdul Qadir Hussain Shah Alam yang
dijumpai di Langgar, Kedah bertarikh 903 Masihi. Bentuk dan hiasan pada batu nisan menonjolkan
kesenian yang ada pada batu tersebut. Ini kerana batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang bertarikh
1417 Masihi di Gresik, Jawa memperlihatkan reka bentuk seperti badan kapal terbalik yang
mengesankan pengaruh Parsi. Dari segi perhiasan pula, terdapat tulisan yang dipetik dari ayat-ayat
al-Quran yang mana menunjukkan kemahiran seni pengukiran dalam seni khat Arab. Malahan
pada batu nisan itu juga terdapat, tulisan-tulisan syair Farsi atau pola hiasan daun-daunan yang
menyamai gaya bauatn Farsi.
Pada peringkata awal, pengaruh Hindu mempengaruhi seni bina masjid dari segi bantuk
dan hiasannya. Ini dapat dilihat terdapatnya ukiran-ukiran seperti bunga teratai, daun-daunan,
garis-garis geometri dan bukit-bukit karang. Namun begitu, reka bentuk masjid yang dibina oleh
orang Islam dipengaruhi oleh falsafah tauhid. Dan secara keseluruhannya, masjid merupakan
simbol yang memiliki makna-makna tertentu bagi masyarakat Islam seperti mimbar, mihrab, yang
dipenuhi dengan seni kaligrafi islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran. Tujuan ukiran
dan tulisan ayat-ayat al-Quaran dibuat adalah untuk menggambarkan unsur kesucian dan
mendekatkan diri seseorang itu kepada Tuhan. Mimbar merupakan tempat yang mana imam
ataupun khatib membacakan khutbah manakala mihrab ialah tempat imam bersembahyang untuk
memimpin para jemaah.
4.9 Pengaruh Islam dalam hiburan
24
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu turut memberi kesan kepada seni hiburan yang mana
merangkumi seni suara dan seni muzik. Bidang seni suara umpamanya marhaban dan qasidah
merupakan sejenis suara Arab yang telah diubahsuaikan dan dijadikan suatu bentuk lagu dalam
masyarakat Melayu. Di dalam marhaban dan qasidah, terkandung perutusan ajaran-ajaran Islam
atau piji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mana dilagukan dalam bahasa Arab. Seni
lagu ini kebiasaanya dipersembahkan dalam upacara-upacara perkahwinan, maulidur rasul dan
berkhatan.
Tidak lama kemudian lahir seni nasyid sebagai salah satu hiburan kepada masyarakat
tempatan. Nasyid merupakan sejenis lagu yang berasal daripada bahasa Arab yang dinyanyikan
tanpa iringan muzik. Namun, nasyid kemudiannya disertai dengan alat-alat muzik yang berasal
dari negeri Arab seperti gambus, rebana dan sebaginya. Seterusnya, seni nasyid ini terus
berkembang dan manjadi popular dalam masyarakat Melayu kontemporari.
4.10 Pengaruh Islam dalam pendidikan dan ilmu syariah
Dari segi pendidikan dan pelajaran, tamadun Islam telah membawa pengaruh yang besar
terhadap tamadun Melayu. Pendidikan dalam Islam meliputi aspek institusi-institusi pendidikan
dan strukturnya, aspek ilmu yang diajar serta guru-guru dan murid-muridnya. Bidang pendidikan
semakin berkembang setelah kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Perkembangan ini dikuatkan lagi
dengan mendapat dorongan daripada pihak memerintah terutamanya sultan-sultan tempatan.
Pada peringkat awal perkembangan, aktiviti pendidikan dijalankan di istana-istana yang
mana telah dijadikan sebagai pusat pembelajaran. Peranan istana dalam bidang pendidikan ialah
dijadikan sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan penterjemahan sehingga dapat
meneterjemahkan karya-karya seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
serta beberapa tulisan yang berkisar tentang Nabi Muhammad dan juga peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam sejarah Islam. Selain istana, rumah-rumah maulana, masjid dan madrasah turut
dijadikan sebagai tempat pengajian.
Kebanyakan guru-guru agama adalah mereka yang terdiri daripada bangsa Arab dan
kedudukan mereka adalah setaraf dengan golongan pembesar di istana. Manakala murid-muridnya
pula terdiri daripada golongan bangsawan, kerabat diraja dan rakyat biasa. Pemerintah-pemerintah
Melaka, Acheh dan Johor-Riau amat menekankan ilmu pendidikan sehingga ketiga-tiga kesultanan
25
ini memainkan peranan yang amat penting sebagai tunggak utama penyebaran dan pendidikan
Islam. Peranan yang dimainkan oleh Sultan Melaka dalam menaungi kegiatan pendidikan boleh
disamakan dengan peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Bani Umayyah dan Bani
Abbasiyyah.
Dari segi ilmu pengetahuan, kandungan pengajaran lebih diberikan kepada ilmu syariah
atau naqliyyah yang merangkumi tiga aspek ajaran Islam iaitu usuluddin, fekah dan tasawuf.
Antara kitab-kitab yang dipercayai menjadi asas pegangan di Melaka adalah seperti al-Durr al-
Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Minhaj al-Talibi oleh al-Nawawi, dan Ihya Ulumiddin oleh al-
Ghazali. Pengajaran Islam dilakukan melalui tulisan jawi. Dan pengenalan tulisan Jawi telah
manjadi pemangkin kepada perkembangan intelaktual dan pemikiran masyarakat setempat.
Sesungguhnya, pendedahan kepada ilmu pendidikan dan ilmu syariah kepada masyarakat di Tanah
Melayu telah membawa perkembangan positif kepada tamadun Melayu.
KESIMPULAN
Kemunculan banyak tamadun di muka bumi ini, telah membuka peluang kepada tamadun-
tamadun tersebut untuk menjalinkan hubungan antara mereka bagi memenuhi kerperluan fitrah
manusia, sama ada dari segi pegangan dan kepercayaan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya.
Interaksi yang wujud ini telah memberi kesan terhadap perkembangan tamadun tersebut tidak kira
sama ada impak yang positif mahupun impak yang negatif.
Dalam tugasan kali ini saya dikehendaki menulis satu esei mengenai interaksi antara
Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu serta kesan positif kemasukan tamadun Islam dalam
tamadun Melayu. Secara umumnya, kedatangan Islam dalam tamadun melayu merupakan satu
rahmat yang tidak ternilai kepada masyarakat tempatan. Tidak dinafikan kedatangan Islam
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor paling utama yang menyumbang kepada kedatangan
Islam ialah faktor perdagangan. Hal ini kerana, kegiatan perdagangan merupakan kegiatan yang
paling pesat berjalan pada ketiak itu. Selain itu, kemasukan Islam juga didorong oleh faktor
perlumbaan penyebaran agama antara Islam dengan Kristian di samping faktor perkahwinan,
politik dan penaklukan serta kedudukan strategik tamadun Melayu di laluan perdagangan. Ahli-
ahli sufi dan ulama juga berperanan dalam menyebarkan agama Islam dalam tamadun Melayu.
Seperti yang diketahui, setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, terdapat banyak kesan
tinggalan yang boleh dilihat. Contohnya dalam akidah masyarakat tempatan. Kedatangan Islam
26
telah berjaya mengubah pegangan kepercayaan, corak hidup serta pandangan semesta masyarakat
Melayu. Namun begitu, terdapat segelintir penduduk yang masih mengamalkan amalan tradisi
nenek moyang mereka. Kedatangan Islam bukan sahaja mempengaruhi kepercayaan penduduk
tetapi turut memberi kesan dalam sistem pentadbiran, politik serta kerajaan. Islam juga telah
menberi pengaruh dalam sistem sosialis masyarakat, undang-undang, kebudayaan, ekomoni,
kesenian, hiburan, bahasa dan sastera serta dalam bidang ilmu pendidikan dan syariah .
Sesungguhnya, tamadun Melayu amat bertuah kerana telah menerima kedatangan Islam,
agama yang syumul dan unggul berbanding agam-agama lain. Tamadun Melayu telah manyambut
Islam dengan baik serta mengamalkan hukum hakam dan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan
mereka.
27
REFLEKSI.
Pada hemat saya, tugasan bagi matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) merupakan salah satu pengalaman kerja yang tidak akan saya lupakan. Hal ini
kerana, tugasan ini memberi makna yang begitu mendalam terhadap diri saya. Melalui
tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang ilmu ketamadunan, interaksi dan perhubungan
antara pelbagai tamadun seperti Tamadun Melayu, Cina, India dan Jepun. Melalui kerja
kursus ini juga, saya dapat memahami dengan lebih jelas dan mendalam tentang interaksi
antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu, faktor yang mempengaruhi interaksi
antara kedua-dua tamadun ini serta kesan yang ditinggalkan tamadun Islam dalam
tamadun Melayu.
Bagi membolehkan saya mendapatkan maklumat-maklumat yang lengkap, saya
telah mengambil keputusan untuk mencari bahan-bahan atau sumber yang berkenaan
dengan tajuk tugasan ini, bersama-sama rakan di Pusat Sumber IPDA. Dan
Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran kami , akhirnya kami telah menemui beberapa
buah buku yang boleh dijadikan sumber rujukan yang sahih.
Sepanjang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan Ustaz
Mohammad Akhir bin Wahab, terlalu banyak pengetahuan yang saya bersama-sama
rakan perolehi. Jikalau sebelum ini kami hanya didedahkan dengan sedikit sahaja
maklumat mengenai ilmu ketamadunan, namun dengan melaksanakan tugasan yang
diberikan ini, saya dapat meluaskan pandangan dan pengetahuan saya yang sudah sedia
cetek ini. Diharap dengan memperoleh sedikit pengetahuan ini, saya dapat
mengembangkannya dan menyebarkannya kepada orang lain suatu hari nanti.
28