isi kandungan...jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah no.8 dan lain-lain nombor...

52
Isi Kandungan #1: Rumah apa yang senang anda sewakan dan jual balik? 6

Upload: others

Post on 03-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Isi Kandungan

#1: Rumah apa yang senang anda sewakan dan jual balik? 6

Page 2: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#2: Barang baik – Kenapa kena tunggu untuk beli? 7

#3: Rumah second hand harga rendah – Indah khabar dari rupa? 8

#4: Buat apa yang anda benar-benar faham saja. Jangan cuba-cuba buat benda yang anda tak tau 8

#5: Benda penting yang anda wajib ambil tau sebelum beli rumah 9

#6: Wajib lawat rumah sebelum buat keputusan membeli 10

#7: Rumah dekat kubur – Elok atau elak beli? 11

#8: Fahamkan pasaran sewa untuk setiap rumah yang anda beli 12

#9: Sentiasa beli rumah yang anda mampu tanggung 13

#10: Tetapkan harga maksimum rumah yang anda mampu beli 13

#11: Pelaburan hartanah takde shortcut. Anda rajin, anda dapat 14

#12: Tak perlu kedekut keluar modal untuk upah peguam yang pandai buat kerja 15

#13: Elak bayar harga premium semata-mata nak nombor rumah cantik 16

#14: Tambah lebih ramai kawan yang pakar ubah suai rumah 17

#15: Jangan kena tipu beli rumah yang ada GRR (Guaranteed Rental Return) 17

#16: Elak ikut bulat-bulat cakap dan pandangan orang lain 18

#17: Sikap suka turut emosi – Beli rumah ikut hati, mati 19

#18: Ini satu tindakan busuk yang bakal makan diri anda 20

#19: Confirm ke ada MRT? – Hanya beli rumah bila projek dah sah berjalan 20

#20: Tapis bakal penyewa anda dengan serius 21

#21: Jangan sesuka hati naikkan sewa. Nanti ada penyewa benci anda 22

#22: Elak bergantung dekat satu sumber maklumat semata-mata 23

#23: Pelabur yang baik sentiasa patuh pada janji 24

#24: Belum tentu anda buat untung bila market value rumah meningkat 24

#25: Lokasi – Kawasan mana ada permintaan sewa yang tinggi? 25

Page 3: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#26: Elak terkena perangkap tawaran “indah khabar dari rupa” 26

#27: Pelaburan hartanah patut jana pendapatan pasif. Bukan sebaliknya 27

#28: Jangan beli rumah sebab pemandangan semata-mata 28

#29: Periksa dulu sebelum beli - Kenapa ada pemaju jual projek melalui banyak agensi? 29

#30: Macam mana elak beli rumah pada harga yang melampau? 29

#31: Tak semua rumah murah rugi untuk kita beli 30

#32: Kenapa tak patut beli rumah pelaburan yang jauh dengan rumah anda duduk sekarang? 31

#33: Elak tertumpu 100% kepada hartanah freehold. Leasehold pun boleh buat duit (kalau tahu cara) 32

#34: Strategi kalis rugi - Perkara penting anda patut buat sebelum beli mana-mana rumah pelaburan 32

#35: Untung, rugi, dan break-even - Apa yang seorang pelabur wajib ambil tahu? 33

#36: Pening kepala layan pandangan orang sebelum beli rumah? 34

#37: Duduk sendiri, atau untuk pelaburan - Apa anda patut buat dengan rumah yang anda beli? 34

#38: Patut beli rumah under construction, atau rumah second hand? 35

#39: Hartanah hype - Yakin ke hartanah ini confirm buat untung? 36

#40: Sentiasa kaji supply and demand dan harga pasaran sebelum beli rumah 37

#41: Apa yang anda wajib buat sebelum beli rumah dengan mana-mana pemaju? 38

#42: Ambil tahu tentang proses kitaran hartanah (property cycle) sebelum membeli 39

#43: Tak sempat beli? Takpe. Terus cuba lagi 39

#44: Ambil tahu siapa kontraktor yang bantu projek pemaju 40

#45: Kenapa perlu elak beli daripada pemaju yang takde nama? 41

#46: Hartanah pelaburan - Beli rumah yang dipasarkan secara meluas. Jangan beli yang takde nama 42

Page 4: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#47: Anda buat untung semasa membeli. Bukan semata-mata semasa menjual 43

#48: Anda pasti buat untung bila beli dengan pemaju yang ada nama? Betul ke? 44

#49: Pinjam dengan “ah long” atau beli rumah guna kad kredit - Kenapa anda sengaja cari pasal? 44 #50: Kenapa pemaju sedaya-upaya jual rumah semasa ekspo hartanah? 45 

#1: Rumah apa yang senang anda sewakan             

dan jual balik?

Page 5: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Kalau nak beli hartanah untuk tujuan pelaburan, elakkan membeli                 

hartanah yang kita sendiri minat. 

Sebaliknya, beli hartanah yang orang ramai mahukan. 

Ini terbukti lebih berkesan untuk kita sewakan dengan cepat, atau jual                     

balik hartanah yang dibeli tu dengan lebih mudah.

Bagi tujuan niche market play (pasaran hartanah yang lebih spesifik),                   

kita perlukan pegangan modal (holding power) yang kuat.  

 

Kalau takde, tak payah cerita nak main game ni dulu. 

Kenapa pilih untuk susahkan diri sendiri, padahal kita boleh rolling balik                     

duit tu? 

Apa yang anda patut buat? 

Sentiasa jawab dulu soalan ini sebelum beli rumah: 

“Siapakah mereka yang berpotensi membeli rumah kat kawasan yang                 

kita nak beli tu?”

Dengan kata lain, kenal pasti dulu jenis orang akan beli rumah kat                       

kawasan tu. 

Ingat ya. Lain padang, lain belalang. 

Klik sekarang untuk baca: Lelaki ini kongsi 10 tip beli rumah pertama                       

pada umur 25 tahun.

Page 6: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#2: Barang baik – Kenapa kena tunggu untuk               

beli? 

Tak usah menunggu lagi. Bila dah ada ilmu dan modal, terus beli                       

hartanah untuk tujuan pelaburan. 

Setiap masa adalah masa yang terbaik untuk melabur (atau beli                   

rumah untuk duduk sendiri), lebih-lebih lagi bila hartanah itu tergolong                   

dalam kategori good buy. 

Hartanah yang baik adalah hartanah yang tak terkesan terlalu teruk                   

akibat daripada kejatuhan harga dalam pasaran. 

Apa yang anda patut buat? 

Kenal pasti dulu apakah jenis rumah yang tergolong dalam kategori                   

“good buy.” Boleh je cari maklumat ni dalam Internet. 

#3: Rumah second hand harga rendah – Indah               

khabar dari rupa?

 

Tok faham kalau korang rasa teruja bila dah dapat hartanah subsale                     

pada harga bawah nilai pasaran (below market value). 

Page 7: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Tapi jaga-jaga ya. Mungkin ia sekadar indah khabar dari rupa. 

Mana tau. Harga rendah yang kita dapat tu, hanya sekadar perkara                     

yang sedap mata memandang je. Ada kemungkinan hartanah itu                 

dalam proses nak masuk dalam pasaran lelong. 

Apa yang anda patut buat? 

Sentiasa periksa dulu kalau ada sebarang kaveat sebelum beli rumah                   

subsale (rumah second hand). Mungkin hartanah tu dah bertukar                 

status jadi hartanah lelong. 

#4: Buat apa yang anda benar-benar faham             

saja. Jangan cuba-cuba buat benda yang           

anda tak tau

 Elakkan membeli hartanah yang korang tak biasa beli. 

Contohnya, korang hanya ada pengalaman beli hartanah dalam               

pasaran subsale. Tapi, atas sebab nak diversify (mempelbagaikan)               

portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. 

Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah                 

lelong langsung. Bertambah haru biru jadinya. 

Kenapa Tok pesan macam ni? 

Page 8: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Sebab risiko korang bakal tersontot sangat tinggi. Bahkan, korang                 

bagaikan memperjudikan nasib. Kan tak elok berjudi? 

Apa yang anda patut buat? 

Sebelum beli hartanah, kaji dulu tahap kewangan korang dan                 

pastikan korang betul-betul mampu dulu. 

Sambil tu, pelan exit strategy jugak. Senang kalau terjadi apa-apa                   

perkara yang buruk nanti. 

Paling kurang, boleh la rendahkan tahap kerugian korang tu.

#5: Benda penting yang anda wajib ambil tau               

sebelum beli rumah

Hindarkan diri daripada buat keputusan berpandukan harga jualan               

semata-mata, serta harga pasaran sesebuah rumah yang korang nak                 

beli tu. 

Ada sesetengah hartanah dan lokasi yang boleh perangkap emosi                 

kita (pembeli). Terutama sekali kalau korang nak beli rumah kat                   

kawasan yang dah capai tahap matang. 

Lagi tambah lauk bila hartanah kat sesebuah kawasan tu pulak tak                     

banyak bekalan rumah. 

Page 9: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Kawasan yang dah capai tahap matang pasti ada rekod transaksi                   

yang banyak. Boleh la korang kaji data demand dan supply kawasan                     

tu. 

#6: Wajib lawat rumah sebelum buat           

keputusan membeli

Jangan sekali-kali gatal tangan beli hartanah tanpa buat site visit. Buat                     

ni, padah korang tanggung sendiri (jangan cakap Tok tak pesan).

Page 10: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Perumpamaan tindakan ni bagaikan korang pilih bini dalam kawasan                 

yang gelap gelita.

Takkan korang nak buat macam ni kan? Tok yakin korang semua                     

masih waras. Hehe. 

Apa yang anda patut buat? 

Buat lawatan ke kawasan hartanah tu masa matahari terpacak kat                   

atas kepala, dan juga waktu bulan dan bintang sedang berdansa di                     

langit (chewah). 

Klik sekarang untuk baca: Beli dan simpan, atau terus jual? – 4 strategi                         

asas pelabur hartanah newbie boleh buat untung. 

#7: Rumah dekat kubur – Elok atau elak beli? 

Masuk pula bab pemandangan. Sehabis boleh elakkan beli hartanah                 

yang berhadapan dengan tanah kubur. 

Mungkin ada sesetengah yang tak kisah. Tapi kebanyakan orang tak                   

gemar menyewa kalau unit tu berhadapan dengan kubur. Lagi-lagi                 

penyewa golongan Hawa. 

Tok ada cakap sebelum ni (tengok balik poin #1). Beli hartanah yang                       

prospek suka nak beli (atau menyewa). Bukan ikut hati, kehendak, dan                     

minat diri kita sendiri. 

Page 11: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat?

Tak payah risau. Pakcik Google korang boleh tolong. 

Kalau nak pastikan 100%, periksa jugak dengan pihak berkuasa                 

tempatan untuk dapatkan maklumat pembangunan kawasan rumah             

yang nak dibeli. 

#8: Fahamkan pasaran sewa untuk setiap           

rumah yang anda beli 

Elakkan daripada jadi terlalu asyik dengan untung sewaan unit dalam                   

satu bangunan yang sama. 

Perkara ni bergantung kat nasib jugak. Kalau nasib baik, dapat la                     

sewakan pada kadar yang tinggi berbanding biasa. 

Tak lupa jugak kehebatan ejen yang uruskan deal sewa korang tu. 

Kalau ayat manis (dan korang mampu layan apa yang penyewa                   

nakkan), tak mustahil boleh lonjakkan lagi kadar sewa. 

Apa yang anda patut buat? 

Usaha untuk fahamkan dalam-dalam tentang pasaran sewaan unit               

yang kita beli tu, dan buat keputusan untuk tentukan kadar sewaan                     

Page 12: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

yang sesuai. 

Dah dapat satu figure yang munasabah? Terus gunakan kadar tu. 

#9: Sentiasa beli rumah yang anda mampu             

tanggung

Elakkan mindset untuk datang ke seminar atau kelas hartanah                 

semata-mata nak tambah koleksi rumah pelaburan. 

Pdahal, kalau tengok kelayakan dan komitmen, korang jelas tak                 

mampu. 

Apa yang korang boleh buat? 

Gunakan smart financing untuk tanggung hartanah pelaburan yang               

korang beli. Raikan kuasa leverage sebaik mungkin. 

Boleh je beli rumah pakai tanpa pakai banyak duit sendiri. Yang                     

penting, kena tau dan belajar cara yang betul dengan orang yang                     

betul. 

Apa yang anda patut buat?  Sentiasa beli rumah yang korang mampu tanggung. Jangan               

cuba-cuba buat benda yang korang tak tau. 

Page 13: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#10: Tetapkan harga maksimum rumah yang           

anda mampu beli

Sehabis boleh, korang patut elak tawar-menawar harga sekitar               

RM5,000 ke RM10,000 semata-mata untuk close deal dengan pembeli                 

atau penjual. 

Lebih-lebih lagi kalau korang serius nak beli rumah tu. 

Pernah tak korang dengar pepatah Bahasa Inggeris ni?: 

“Don’t be a penny wise, pound stupid.”

Korang kemain berhati-hati bila berbelanja untuk satu jumlah yang                 

kecil, tapi tak uruskan perbelanjaan yang besar dengan betul. 

Page 14: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Wajib untuk tetapkan had harga yang korang mampu beli. Tak perlu                     

korang ikut atau bandingkan kemampuan dengan orang lain.  

 

Perangai paling teruk? Terus ikut cakap orang lain tanpa sebarang usul                     

periksa. Buat ni, memang korang sengaja cari nahas. 

Klik sekarang untuk baca: Betul ke anda berhak pegang hartanah                   

freehold sampai bila-bila?

#11: Pelaburan hartanah takde shortcut. Anda rajin, anda               

dapat 

Kalau nak jadi pelabur hartanah yang serius dan buat banyak duit,                     

jangan terlalu mudah percaya apa yang orang cakap. 

Korang sendiri perlu ada pendirian dan pandangan tersendiri tentang                 

sesebuah hartanah. 

Lebih-lebih lagi kalau nak beli untuk tujuan pelaburan. 

Page 15: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Rajin-rajinkan diri korang buat homework. Kalau korang sendiri tak                 

buat, siapa lagi? 

#12: Tak perlu kedekut keluar modal untuk             

upah peguam yang pandai buat kerja

Ini yang ramai orang kantoi buat. Sebab berkira sangat, diri sendiri                     

yang rugi. 

Fikir balik sebelum korang hadkan kos untuk tanggung bayaran                 

peguam yang tau buat kerja. 

Lagipun, korang boleh je minta diskaun dekat mereka. Ada rezeki,                   

memang boleh dapat. Janji korang minta elok-elok. 

Dan satu lagi. Korang boleh jadikan peguam tu sebagai long-term                   

partner. 

Senang kerja korang nanti sebab tak payah susah-susah nak cari                   

peguam lain setiap kali. 

Apa yang anda patut buat? 

Korang boleh tanya dekat pelabur hartanah yang dah season (orang                   

Page 16: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

lama) dan belajar dengan mereka tentang ini. 

#13: Elak bayar harga premium semata-mata           

nak nombor rumah cantik

Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8                 

dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. 

Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan                 

nombor rumah yang korang nak tu. 

Baik lagi korang guna duit tu untuk buat renovation dan tingkatkan                     

nilai rumah. Lagi untung boh!

Apa yang anda patut buat? 

Elakkan bayar harga premium untuk dapatkan unit dengan nombor                 

rumah yang cantik. 

#14: Tambah lebih ramai kawan yang pakar             

ubah suai rumah

Korang tak perlu terlalu fokus dekat kualiti rumah yang baru dapat VP                       

(vacant possesion), kalau rumah tu untuk tujuan pelaburan. 

Page 17: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Rugi je masa korang tuntut balik segala ubah suai dekat pemaju untuk                       

betulkan balik apa yang patut. 

Ya, isu paling besar dekat sini adalah masa. Takkan nak tunggu sampai                       

semua sempurna, baru boleh mula buat duit? 

Apa yang anda patut buat? 

Buat kawan dengan mereka yang pakar dalam kerja ubah suai                   

rumah. 

Ada je cara untuk betulkan balik rumah tu dengan lebih cepat (tanpa                       

perlu tunggu developer buat kerja). 

#15: Jangan kena tipu beli rumah yang ada               

GRR (Guaranteed Rental Return)

Kenapa perlu ada insentif GRR, kalau rumah yang pemaju tu nak jual                       

betul-betul bagus? 

Dah banyak kes macam ni yang berlaku. 

Pemaju yang rajin gunakan GGR ni, biasanya cuba untuk tutup                   

kekurangan yang ada dalam projek pembangunan mereka. 

Page 18: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Belajar dan kaji berapa nilai sebenar sesuatu hartanah yang korang 

nak beli.  

 

Kadang-kadang, ramai tak perasan yang mereka bayar sekali harga 

GRR bila membeli rumah daripada pemaju.

#16: Elak ikut bulat-bulat cakap dan 

pandangan orang lain

Jangan senang-senang beli rumah sebab ramai yang beli dan dapat 

Page 19: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

saranan untuk beli cepat-cepat sesuatu projek baru (atau rumah 

subsale) sebelum terlambat. 

Ini semua game yang bermain dengan emosi korang. 

Akan keluar macam-macam perkataan bombastik yang keluar 

daripada mulut mereka, dan buatkan korang rasa rugi kalau tak beli. 

Padahal, projek tu tak boleh jana untung yang baik untuk korang pun. 

Tapi sebab pengaruh kawan-kawan, korang beli jugak. 

Last-last, baru korang tau yang hartanah tu jenis taik. Tak boleh buat 

duit langsung. Korang jugak yang terpaksa tanggung rugi, kan? 

Apa yang anda patut buat? 

Cari dan buka balik buku Ekonomi 101, dan belajar tentang demand 

and supply.  

 

Ilmu ini akan bantu korang buat keputusan dan beli rumah pelaburan 

yang sentiasa buat untung.

Klik sekarang untuk baca: 7 pakar kewangan bocorkan rahsia beli 

rumah pertama. Rugi tak baca.

Page 20: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#17: Sikap suka turut emosi – Beli rumah ikut 

hati, mati

Jangan sekali-kali beli rumah gunakan emosi korang. Sentiasa 

gunakan akal yang Allah S.W.T bagi tu.

Tersalah beli nanti, batang hidung korang sendiri yang kena tanggung. 

Bukan orang lain. 

Kalau korang nak buat keputusan, buat dekat luar galeri jualan projek. 

Tarik nafas panjang-panjang dan fikir betul-betul dulu setiap kali nak 

buat keputusan. 

Apa yang anda patut buat? 

Korang boleh jenguk projek dalam setiap galeri jualan yang ada. 

Cuma, elak buat keputusan dalam sales gallery tu. 

Sebab banyak yang akan pengaruh keputusan membeli korang tu. 

Takut lepas dah sign cek nanti, korang pulak yang rasa menyesal. 

#18: Ini satu tindakan busuk yang bakal makan 

diri anda

Page 21: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Kuantiti bukan segala-galanya. 

Seorang pelabur hartanah yang bagus tak terlalu fokus untuk tambah 

koleksi rumah dalam portfolio mereka. 

Mereka lebih pentingkan kualiti berbanding kualiti. 

Apa yang anda patut buat? 

Korang kena kira dulu keupayaan untuk tanggung bayar rumah 

pelaburan yang ada. 

Kira semua yang berkaitan – monthly installment, dan sebagainya. 

#19: Confirm ke ada MRT? – Hanya beli rumah 

bila projek dah sah berjalan

Jangan sekali-kali beli rumah yang dekat dengan projek MRT, selagi 

projek perumahan tu tak confirm atau sedang dalam pembinaan. 

Apa yang anda patut buat? 

Sentiasa sahkan dulu segala maklumat yang korang dapat. Lagi 

bagus kalau korang boleh dapatkan tender notice. 

Page 22: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#20: Tapis bakal penyewa anda dengan serius 

Akan sentiasa ada penyewa yang akan minta korang rendahkan 

kadar sewa. 

Pada pandangan Tok, benda ni terus wujud selagi ada pasaran 

sewaan dalam dunia ni.

Cuma, korang tak perlu senang-senang rendahkan kadar sewa dan 

ikut permintaan penyewa korang tu. 

Tak kira la untuk sewa dekat student, atau sewa unit komersial. Jalan 

paling selamat adalah tetapkan kadar sewa mengikut kadar pasaran, 

Pada kebanyakan masa, mereka ni boleh jadi pembayar yang baik. 

Page 23: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Dapatkan ejen yang bagus dan minta bantuan mereka untuk tapis 

prospek korang dengan baik. 

Pastikan semua dokumen yang perlu, korang lengkapkan. 

Klik sekarang untuk baca: Panduan supaya orang muda senang nak 

beli rumah pertama. Baca 11 tip ini sekarang.

#21: Jangan sesuka hati naikkan sewa. Nanti 

ada penyewa benci anda 

Tok tau. Sebagai pemilik, korang berhak buat apa je dekat rumah 

korang tu. 

Tapi, jangan la suka-suka hati naikkan sewa tanpa bagitau dekat 

penyewa korang. 

Kalau dah ada sebarang perjanjian dengan penyewa berkenaan 

kadar sewa, sila kekalkan perjanjian tu. 

Korang sendiri pun tak suka kalau terpaksa tanggung kos sewa yang 

lebih tinggi secara tiba-tiba, betul? 

Jadi, jangan buat macam ni dekat penyewa korang ye. 

Page 24: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Fahamkan apa yang berlaku dalam pasaran setempat, dan kaji 

demand and supply hartanah sekitar kawasan rumah yang korang 

nak beli tu. 

#22: Elak bergantung dekat satu jenis sumber 

maklumat semata-mata

Elak gunakan forum hartanah untuk mengukur permintaan sesebuah 

hartanah yang korang nak beli. 

Biasanya, ramai yang ada agenda tersendiri dalam forum-forum 

macam ni.  

 

Ada yang nak promote untuk jual rumah yang ada dalam lisiting, dan 

ada jugak yang mengutuk pemaju, dan macam-macam lagi. 

Jadi, forum dah tak sesuai korang jadikan alat bantuan untuk buat 

keputusan membeli. 

Susah nak jumpa forum genuine dengan perbincangan berkaitan 

hartanah. 

Apa yang anda patut buat? 

Page 25: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Banyakkan sumber maklumat korang, dan elak bergantung dekat satu 

jenis sumber je. Jadikan pakcik Google sebagai kawan baik korang. 

#23: Pelabur yang baik sentiasa patuh pada 

janji

Jangan sekali-kali ubah keputusan membeli (atau menjual) korang 

secara tiba-tiba.  

 

Korang dah berjanji nak jual (atau beli) rumah tu, tapi last-last minute, 

korang boleh cancel pulak. 

Sesiapa pun panas hati kalau berurusan dengan orang macam ni. 

Apa yang anda patut buat? 

Buat keputusan awal-awal dan jangan senang-senang ubah 

keputusan tu. 

Kalau tak nak jual atau beli, bagitau orang tu awal-awal. Jangan buat 

last minute. 

Page 26: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#24: Belum tentu anda buat untung bila market 

value rumah meningkat

Gembira sebab nilai hartanah (market value) korang meningkat? 

Tahniah Tok ucapkan. 

Cuma, jangan suka sangat dulu. 

Perbuatan ni seperti korang dah tau berapa jumlah ayam yang ada 

dalam setiap telur yang belum menetas. 

Apa yang anda patut buat? 

Periksa balik market value dan rekodkan nilai ini. Bila dah ada data, 

baru korang boleh buat kira-kira yang lebih realistik.

Dengan data yang betul, baru, baru korang boleh buat keputusan 

yang betul. Setuju? 

#25: Lokasi – Kawasan mana yang ada 

permintaan sewa yang tinggi? 

Jangan sekali-kali lupakan faktor lokasi. 

Tak semua rumah yang ada dalam kawasan SS2 dan TTDI boleh jana 

Page 27: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

untung yang baik. 

Sama jugak dengan rumah yang dekat dengan KLCC. 

Tak semua hartanah yang dekat KLCC dapat permintaan tinggi, sama 

harga dan nilai dengan unit lain yang berdekatan, dan sebagainya. 

Tak semestinya unit yang korang jual tu, akan sama harga dengan unit 

lain dalam satu kawasan yang sama. 

Apa yang anda patut buat? 

Buat segmen “permintaan dan harga sewa” dalam satu lokasi. Korang 

sendiri akan terkejut tengok perbezaan yang besar kat situ nanti. 

Page 28: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#26: Elak terkena perangkap tawaran “indah 

khabar dari rupa” 

Jangan terpedaya dengan pakej yang tak masuk akal. 

Contohnya: Perumahan banglo berharga RM99,000 je, lepas korang 

bayar deposit RM1,000 duit booking, terus lesap.

Satu lagi Tok nasihatkan. 

Jangan pandang benda fizikal, contoh macam kereta percuma, 

kabinet dapur eksklusif, percuma gajet dan seumpamanya. 

Kalau boleh untuk tujuan membeli rumah pelaburan ni, korang tengok 

apa cash back ataupun diskaun tunai yang ada. 

Page 29: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Ingat, duit tunai sentiasa lebih bagus daripada barang-barang 

percuma ni tadi.

Nilai pasaran mengikut lokasi, kenapa nak kena tahu?

Supaya anda boleh  tahu bila ada offer yang tak masuk akal dan 

kemungkinan besar satu penipuan terancang.

Klik sekarang untuk baca: Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama.

#27: Pelaburan hartanah patut jana 

pendapatan pasif. Bukan sebaliknya

Jangan main pinjam je. Korang tak patut main-main apply loan 

rumah.  

 

Tau dulu kemampuan korang. Buat strategi untuk masuk dan keluar 

daripada pelaburan (exit plan) untuk elakkan masalah lebih besar 

pada masa depan. 

Jangan meminjam sampai tak mampu nak bayar balik.  

 

Page 30: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Ingat. Objektif pelaburan hartanah adalah sebagai pendapatan pasif. 

Bukan sebagai mimpi ngeri dan stress yang tak masuk akal. 

#28: Jangan beli rumah sebab pemandangan 

semata-mata

Jaga faktor pemandangan bila nak membeli rumah.

 

Lagi-lagi bila kawasan depan rumah yang korang nak beli tu hanyalah 

tanah kosong.

 

Tok sarankan beli pemandangan yang menghadap bahagian dalam, 

bangunan lain, kawasan rekreasi, dan sebagainya.

 

Bukan apa, tanah yang kosong ni boleh jadi apa-apa.

 

Kawasan kubur, pelupusan sampah dan sebagainya yang mana 

boleh pengaruhi harga rumah korang secara negatif.

Apa yang anda patut buat? 

Gunakan bantuan pakcik Google dan segala bantuan yang ada 

sebaiknya. 

Page 31: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#29: Periksa dulu sebelum beli - Kenapa ada 

pemaju jual projek melalui banyak agensi?

Bila berdepan dengan satu projek perumahan yang ada beberapa 

ejen berlainan menjual, baik korang berhati-hati. 

Fikir dulu 2 kali sebelum korang bayar yuran booking untuk rumah 

tersebut. 

Tanyakan kepada diri sendiri, kenapa pemaju tak jual sendiri? 

Kalau betul ejen boleh kurangkan kos untuk pamaju, kenapa banyak 

sangat ambik ejen daripada agensi lain-lain? 

Apa yang anda patut buat? 

Korang boleh tanya agensi luar yang jual projek pemaju tu. Tanya 

sebab apa pemaju gunakan servis mereka. 

Tengok sama ada sebab mereka tu logik atau tak. Kalau banyak yang 

tak logik berbanding logik, baik korang elak beli unit tu. 

Page 32: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#30: Macam mana nak elak beli rumah pada 

harga yang melampau?

Kalau rumah tak terjual walaupun selepas VP (Vacant Possession), 

boleh jadi harga rumah ni mahal terlampau semasa pelancaran. 

Atau kemungkinan, ada terlampau banyak unit yang ada (oversupply) 

dan permintaan (demand) yang sikit kat kawasan tu. 

Apa yang anda patut buat? 

Semak harga yang dilancarkan dan fahamkan permintaan dan 

tawaran (supply and demand) sesebuah lokasi tu terlebih dulu. 

Page 33: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Klik sekarang untuk baca: Orang yang nak beli rumah pertama patut 

hadam 11 tip ini. Gerenti duit anda tak lebur.

#31: Tak semua rumah murah rugi untuk kita 

beli

Pernah dengar orang cakap: 

"Benda yang baik, harga tak murah. Dan benda yang murah, tak 

semestinya baik." 

Kalau pernah dengar, tolong jangan percaya. 

Benda ni tak selalunya betul. Lebih-lebih lagi dalam pasaran lelong. 

Banyak je rumah murah yang bagus Tok jumpa. Kalau korang cari 

dekat tempat yang betul, confirm korang akan jumpa punya. 

Apa yang anda patut buat? 

Bagi sepenuh tumpuan kepada ciri-ciri yang korang nak dapatkan. 

Tau dulu apa yang korang mahukan.  

 

Pantau harga pasaran semasa, harga pasaran lelong, dan 

sebagainya supaya korang tak beli rumah pada harga yang tak 

munasabah. 

Page 34: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Bila jumpa je harga yang terbaik, terus beli tanpa buang banyak 

masa. 

#32: Kenapa tak patut beli rumah pelaburan 

yang jauh dengan rumah anda duduk 

sekarang?

Kalau tak banyak ilmu dan pengalaman, elakkan melabur dalam 

hartanah yang jaraknya lebih daripada 50KM daripada tempat 

tinggal korang sekarang.

Apa yang anda patut buat? 

Bantuan Google Maps akan bantu senangkan kerja korang. 

#33: Elak tertumpu 100% kepada hartanah 

freehold. Leasehold pun boleh buat duit (kalau 

tahu cara) 

Leasehold atau freehold, korang jangan kisah sangat. 

Ada masanya, rumah leasehold pun boleh jana keuntungan lebih 

banyak berbanding unit freehold. Dengan syarat, kena ada dekat 

Page 35: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

lokasi yang betul. 

Apa yang anda patut buat? 

Ambil tahu segala perkara tentang market value unit (yang korang 

nak beli) dekat sesuatu kawasan. 

Dengan data tu, korang akan tau nak beli rumah yang mana satu. 

#34: Strategi kalis rugi - Perkara penting anda 

patut buat sebelum beli mana-mana rumah 

pelaburan 

Jangan ambik nasihat daripada guru hartanah 100%. Buat kerja rumah 

korang sendiri sebelum korang beli mana-mana rumah. 

Apa yang anda patut buat? 

Kaji, kaji, dan teruskan mengkaji. Dah puas kaji, baru buat keputusan 

membeli. Korang yang nak beli hartanah tu, bukan orang lain. 

Page 36: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#35: Untung, rugi, dan break-even - Apa yang 

seorang pelabur wajib ambil tahu?

Jangan fikir yang semua pelaburan yang dibuat akan jana 

keuntungan kaw kaw.

Ada masanya pasaran naik, ada masanya turun. Boleh jadi korang 

jana untung, dan boleh jadi korang rugi. 

Kawal persepsi dan emosi korang tu. Jangan biarkan berlebih sangat. 

Apa yang anda patut buat? 

Kaji faktor mikro dan makro. Gabungkan 2 benda ni dan buat 

keputusan dari situ. 

Page 37: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#36: Pening kepala nak layan pandangan 

orang lain sebelum beli rumah? 

Jangan ambik terlampau banyak pendapat daripada pelbagai pihak 

dalam membuat keputusan. Pening kepala korang nanti. 

Dapatkan maklumat, hadamkan, dan proses sendiri segala maklumat 

yang korang dapat tu. 

Lepas tu, fikir masak-masak sebelum buat sebarang keputusan. 

Apa yang anda patut buat? 

Sentiasa cuba dapatkan maklumat, bukan pandangan orang lain. 2 

perkara ni cukup berbeza. 

Page 38: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Klik sekarang untuk baca: Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh beli 

rumah pertama?

#37: Duduk sendiri, atau untuk pelaburan - Apa 

anda patut buat dengan rumah yang anda 

beli? 

“Kalau tak lepas nak sewakan, aku boleh duduk sendiri dekat rumah 

ni.”

Ini mindset yang tak elok ada dekat seorang pelabur hartanah. 

Lambat laun, fikirkan ni akan makan diri korang nanti.

Jalan paling selamat adalah cari dulu rumah yang ada potensi untuk 

dapat capital appreciation yang baik. Jual rumah tu, dan gunakan 

duit untung untuk beli rumah duduk sendiri. 

 Apa yang anda patut buat?   

Tetapkan keputusan sama ada korang nak beli rumah untuk duduk 

sendiri, atau untuk tujuan pelaburan. 

Dan sebelum beli, kaji dulu segala yang patut. Kalau beli untuk duduk 

sendiri, apa kelebihan unit tu berbanding unit di kawasan lain?  

 

Dan kalau beli untuk pelaburan pulak, berapa banyak potensi 

kenaikan capital appreciation yang korang jangkakan akan dapat? 

Page 39: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#38: Patut beli rumah under construction, atau 

rumah second hand? 

Jangan korang tertumpu sangat dekat projek-projek baru je. 

Projek baru mungkin boleh menjamin keuntungan lepas 2 atau 3 

tahun.

Tapi kalau dalam pasaran subsale, korang ada kemungkinan untuk 

dapat keuntungan segera selepas pembelian. 

Selain itu juga, kalau banyak simpanan tunai, boleh cuba tengok 

pasaran lelong. 

Cuma, korang wajib ada simpanan untuk main dalam pasaran lelong. 

 Apa yang anda patut buat? 

Luangkan masa untuk kuatkan networking dengan ejen-ejen hartanah 

yang ada. 

Kalau korang jaga hubungan baik dengan golongan ni, korang ada 

peluang cerah untuk dapatkan rumah pada bawah market value. 

Page 40: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#39: Hartanah hype - Yakin ke hartanah ini 

confirm buat untung? 

Jangan terkejar sangat untuk beli hartanah jenis macam ni. 

Sebab benda hype ni boleh mengganggu fikiran logik korang dalam 

membuat pilihan yang baik. 

Dan jangan terikut-ikut orang lain beli. Orang lain beli, korang pun 

menyibuk nak ikut tanpa sebarang usul periksa. 

Apa yang anda patut buat? 

Kenal pasti punya hype tu sebelum apa-apa. Tanya mereka yang 

bertanggungjawab sebarkan hype projek tu kepada umum. 

Dah tau? Baru korang layak buat keputusan membeli. 

Page 41: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

#40: Sentiasa kaji supply and demand dan 

harga pasaran sebelum beli rumah

Jangan jadikan trafik sesak sebagai alasan yang sesebuah rumah tu 

tak bagus, sebab kebanyakan rumah dengan ciri ini mempunyai 

kadar capital appreciation tertinggi.

Dan dah tentu tak semua pasaran macam ni. 

Biasanya, rumah mass market ada peluang dapatkan capital 

appreciation yang tinggi berbanding pasaran yang lain. 

Page 42: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Kaji dekat tempat yang betul. Korang tak perlu kaji kepadatan trafik 

dalam sesebuah kawasan pun. 

Yang penting untuk korang kaji adalah supply and demand dan juga 

market value. 

Trafik yang sesak selalunya tak bagus untuk projek hartanah high-end. 

Klik sekarang untuk baca: Prosedur beli rumah pertama dari mula 

sampai dapat kunci.

#41: Apa yang anda wajib buat sebelum beli 

rumah dengan mana-mana pemaju?

Jangan main ikut pemaju secara membuta tuli je. 

Ada sesetengah projek dekat kawasan yang tak terkenal, walaupun 

pemaju dia ternama, boleh jadi lebih teruk berbanding projek kelolaan 

pemaju yang takde nama. 

Korang kena berhati-hati daripada jadi mangsa unsur hype. Kalau tak, 

buat rugi duit korang je. 

Page 43: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Belajar dan kaji profil pemaju yang baru bertapak dalam industri. Baru 

boleh elak daripada tertipu dengan pemaju yang cuba nak sontot 

korang. 

Untuk projek daripada pemaju yang dah ada nama, periksa dulu 

projek mereka tu dekat kawasan mana. 

Sentiasa elak diri korang daripada bayar harga premium untuk projek 

yang bukan-bukan, walaupun daripada pemaju terkemuka. 

#42: Ambil tahu tentang proses kitaran 

hartanah (property cycle) sebelum membeli

Jangan fikir yang tahun kegemilangan pasaran hartanah (2008-2012) 

merupakan kitaran yang akan berlaku secara berkala. Belum tentu 

lagi bang. 

Banyak faktor-faktor yang pengaruhi perkara ni. Yang pasti, korang tak 

boleh jangka bila benda ni akan berlaku. 

Apa yang korang boleh buat adalah berhati-hati semasa membeli 

hartanah untuk tujuan flipping atau nak dapatkan untung sewaan. 

Jalan paling selamat adalah beli hartanah dengan capital 

appreciation yang bagus.

Page 44: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Teruskan kaji trend pasaran terkini dan bertindak mengikut situasi dan 

strategi yang korang tetapkan. 

Cipta exit plan yang bagus supaya pelaburan korang kekal selamat. 

#43: Tak sempat beli? Takpe. Terus cuba lagi

Jangan bersedih bila tak dapat beli rumah yang korang nak. Pasaran 

sentiasa akan wujudkan peluang yang baru. 

Terlepas satu hartanah yang baik, tak bermakna korang dah takde 

harapan buat selamanya. 

Kan rezeki ada dekat setiap tempat tapak kaki korang berlabuh? 

Apa yang anda patut buat? 

Pastikan korang updated dengan setiap perkara dan berita terkini 

berkaitan hartanah. 

Korang pasti tak nak terlepas pandang tawaran yang menarik yang 

ada, bukan? 

Page 45: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Senang je. Rajin-rajin la ke laman web seperti The Edge Property, The 

Star Propery, atau bolej je follow sifu-sifu yang ada dekat Facebook tu. 

#44: Ambil tahu siapa kontraktor yang bantu 

projek pemaju

Jangan fikir pemaju popular boleh sentiasa bagi kualiti rumah yang tip 

top. Ini persepsi tak betul. 

Isu kualiti ni bergantung kepada kontraktor yang diupah untuk projek 

tu. Kalau kontraktor tu jenis barai, end-quality rumah korang tu 

memang barai la. 

Kebanyakan pemaju hanya sekadar jalankan pemasaran untuk projek 

terbaru mereka.

Mereka hanya menjual je, bukan membina. 

Betul. Pemaju mainkan peranan yang besar dalam mengurus 

kontraktor yang bangunkan projek mereka. 

Tapi kadang-kadang, kalau ada berlaku masalah berkaitan isu 

pembinaan, memang akan ambil masa yang lama nak selesaikan. 

Memang kena ambil masa. 

Apa yang anda patut buat? 

Page 46: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Kalau korang tak larat nak hadap pelbagai masalah, orang boleh pilih 

rumah dalam kategori subsale (rumah second hand). 

Tapi kalau korang nak beli jugak projek under construction, pastikan 

korang kaji dulu kontraktor yang terlibat. 

#45: Kenapa perlu elak beli daripada pemaju 

yang takde nama?

Jangan ingat semua pemaju boleh bagi rumah tepat pada masanya. 

Bila beli daripada pemaju yang takde rekod dalam membina rumah, 

pastikan korang semak maklumat pemaju terlebih dulu. 

Berbeza semasa pasaran hartanah tengah booming, mana-mana 

pemaju boleh bina dan jual projek mereka. 

Cuma, susah nak buat benda ni masa ekonomi tengah tak stabil. 

Banyak developer yang takde back-up kewangan mungkin ada 

hadapi masalah yang besar. Terutama sekali mereka yang takde 

pengalaman lalui zaman ekonomi merosot. 

Apa yang anda patut buat? 

Semak dulu maklumat SSM, Tak banyak keluar duit pun kalau sekadar 

nak tahu latar belakang pemaju tu. 

Page 47: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Klik sekarang untuk baca: 5 sebab graduan kena beli rumah pertama 

lepas dah dapat kerja.

#46: Hartanah pelaburan - Beli rumah yang 

dipasarkan secara meluas. Jangan beli yang 

takde nama

Jangan beli daripada pemaju yang tak melabur duit banyak untuk 

tujuan pemasaran, walaupun nama dan projek mereka gah. 

Sebab kalau tujuannya adalah untuk flipping, lagi senang untuk flip 

unit yang dipasarkan secara menyeluruh.

Apa yang anda patut buat? 

Buka surat khabar dan rajinkan diri cari maklumat dekat media sosial. 

Fahamkan pasaran mereka yang cari rumah untuk duduk sendiri. 

#47: Anda buat untung semasa membeli. 

Bukan semata-mata semasa menjual

Jangan lupa yang keuntungan dibuat ketika korang membeli 

sesebuah hartanah, bukan sekadar semasa menjual. 

Page 48: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Semua orang boleh jual hartanah yang mereka beli. 

Yang paling penting adalah perbezaan harga antara harga yang 

korang beli dan harga yang korang jual. 

Apa yang anda patut buat? 

Pelabur yang baik akan buat segala homework yang perlu, baru buat 

keputusan untuk beli hartanah yang terbaik. 

Semasa pasaran sedang bergerak perlahan, perbezaan harga antara 

harga yang korang beli dan harga yang orang lain beli akan jadi 

indikator utama. 

Siapa yang berjaya beli rumah dengan harga terbaik, dia pemenang 

sebenar. 

#48: Anda pasti buat untung bila beli dengan 

pemaju yang ada nama? Betul ke?

Jangan ada mentaliti "ikut saja 10 pemaju terbesar dah cukup." 

Benda ni, korang tak boleh pakai lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi 

yang mencabar.

Page 49: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Apa yang anda patut buat? 

Korang serius nak tahu apa yang pelabur hartanah buat? 

Mereka akan luangkan masa selama 200 jam untuk buat segala kajian 

yang perlu. Baru mereka boleh buat keputusan membeli. 

Sekarang, tanya diri korang. Sanggup buat atau tak? 

#49: Pinjam dengan “ah long” atau beli rumah 

guna kad kredit - Kenapa anda sengaja cari 

pasal? 

Jangan sekali-kali korang pinjam dengan “ah long” untuk beli rumah 

dan juga kad kredit. 

Takde capital appreciation yang boleh tampung kos pinjaman yang 

melampau. Silap-silap, sampai mati pun tak selesai lagi hutang. 

Apa yang anda patut buat? 

Buat dulu kira-kira supaya korang tau kemampuan kewangan, sama 

ada korang betul-betul mampu atau sebaliknya. 

Kalau tak mampu, buat apa susahkan diri sendiri? Boleh je beli 

Page 50: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

hartanah lain yang kena dengan kemampuan korang. 

#50: Kenapa pemaju sedaya-upaya jual 

rumah semasa ekspo hartanah?

Elakkan beli rumah dekat ekspo hartanah. 

Selalunya ekspo ni tempat pemaju jual stok-stok rumah lama yang tak 

laku. 

Kalau betul projek tu satu pembelian yang baik, walaupun unit 

bumiputera sekalipun, senang je pemaju nak jual sampai sold out. Tak 

payah tunggu ekspo untuk habiskan stok-stok rumah lama tu. 

Apa yang anda patut buat? 

Tok tak larang pun korang tak pergi ke ekspo hartanah. Boleh je pergi 

sana untuk dapatkan maklumat. 

Lagi satu, fahamkan maksud “stok lama” dalam pasaran hartanah. 

Ekspo hartanah adalah tempat mengumpul maklumat tentang 

pasaran hartanah, bukan sekadar tempat tambah koleksi hartanah. 

Hak Cipta Terpelihara GH Media PLT

Page 51: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan

Tak mustahil untuk beli rumah walaupun tak banyak simpanan dalam bank

Semua benda boleh jadi kalau ada ilmu yang betul.

Cuma, susah nak cari ilmu yang betul selagi tak jumpa sumber yang betul untuk 

belajar.

Korang dah tak payah cari jauh-jauh. 

Banyak korang boleh belajar daripada perkongsian 16 otai hartanah ni, dan 

cara mereka beli rumah dengan modal yang sangat minima.

Klik gambar bawah ni sekarang untuk belajar:

Page 52: Isi Kandungan...Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, seperti rumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untuk dapatkan