jenis-jenis dan aksesori kamera
TRANSCRIPT
Jenis-jenis dan Aksesori Kamera
Terdapat banyak jenis kamera yang boleh digunakan untuk mengambil
foto. Antara jenis kamera yang menjadi pilihan ialah:
1) Kamera Format Kecil
2) Kamera Format Besar
3) Kamera Format Sederhana
4) Kamera Kotak/Fokus tetap
5) Kamera Polaroid/ Kamera Segera
6) Kamera Digital
1) Kamera Format Kecil
• Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 35mm. Kamera ini boleh
dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :
a) Kamera Kompak Biasa
- Ia agak ringkas.
- Dikenali sebagai ‘kamera pandang terus’/ ‘kamera hala dan petik’.
- Kamera jenis ini hanya mempunyai peralatan asas bagi sesebuah
kamera spt pemidang tilik (view finder), kanta, tuil penggerak filem, tuil
penggulung filem dan shutter.
- Jurukamera hanya perlu menekan butang pengatup dengan memberi
fokus kepada subjek yang hendak diambil.
- Terdapat satu lampu imbasan (flash).
- Ia mudah dikendalikan dan harganya murah.
b) Kamera Rangefinder
- Ia mempunyai pemidang tilik yang bergabung dengan pelaras fokus pada
mata.
- Alat rangefinder yg terdapat pada pemidang tilik dapat menentukan fokus
pada kanta kamera.
- Jurukamera perlu memutarkan pelaras fokus pada kanta ke kiri /kanan
sambil melihat sama ada subjek di hadapan kamera itu kelihatan
jelas/kabur.
- Paling popular
c) Kamera jenis rifleks satu kanta (SLR)
• Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah
depannya.
• Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang.
• Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa
yang memancarkan imej ke filem.
• Ia dilengkapkan dengan
• sistem lensa yang boleh ditukar ganti.
• Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa
merosakkan filem.
• Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide
angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.
2) Kamera Format Besar
• Kamera ini menggunakan helaian filem.
• Bentuknya yang besar sangat popular dalam kalangan jurukamera.
• Penggunaannya terdapat banyak di dalam studio kerana kualiti gambar
yang dihasilkan amat berkualiti.
3) Kamera Format Sederhana
• Kamera jenis ini menggunakan filem saiz seperti 120 atau 220 yang
mempunyai ukuran bidang 60mm x 60mm.
• Ia terdapat dalam bentuk SLR (Single Len Reflex) dan jenis TLR (Twin lens
Reflex).
• Kamera jenis TLR mempunyai dua kanta.
• Kanta atas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta bawah
sebagai kanta objektif.
• Kamera TLR kurang digunakan pada masa kini kerana kesukarannya
untuk mendapatkan filem gulung.
4) Kamera Kotak/ Fokus Tetap
• Terdiri daripada satu kanta , satu butang pengetup dan tuil penggerak
filem.
• Mempunyai fokus tetap.
• Menggunakan filem bersaiz 110,120 dan 127.
• Sangat murah dan mudah dikendalikan.
• Ia sesuai untuk membuat snap-shots.
5) Kamera Polaroid/ Kamera Segera
• Kamera ini merupakan kamera yang menghasilkan gambar foto
dalam jangka masa yang cepat, iaitu antara 1minit -2 minit bagi
melihat gambar yang dihasilkan.
• Gambar foto diproses di dalam kamera dan tidak memerlukan filem
diproses di bilik gelap.
• Saiz gambar yang dihasilkan ialah 85mm x 109mm.
• Filem khas digunakan yang permukaannya mengandungi bahan
kimia yang dapat memproses imej menjadi positif dengan cepat.
• Harganya mahal bebanding daripada filem gulungan.
6) Fotografi Digital
• Berbanding dengan kamera filem, ia menggunakan sensor elektronik
yang di panggil CCD (Charge-coupled device) atau CMOS
(Complementary metal–oxide–semiconductor ) untuk merakam imej
sebagai data binary.
• Ini memboleh imej disimpanan dan disuntingan menggunakan
komputer peribadi. Jualan kamera digital sekarang telah melampaui
jualan kamera filem; dan mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat
pada kamera filem seperti merakam video dan suara.
• Sebahagian peranti yang lain seperti telefon mudah alih, juga
sekarang telah dilengkap dengan fungsi fotografi digital.
Lens
• Lens merupakan alat terpenting dari kamera. Berfungsi
untuk memfokuskan cahaya hingga mampu menerakan
gambar tangkapan ke medium penangkap (film atau
sensor digital)
Jenis-jenis lens
1) Sudut Super Lebar (Super Wide Angel)
- Jangkauan sangat luas
2) Sudut Lebar (Wide Angle)
- Sesuai untuk memotret penorama atau pemandangan
3) Lens Standard
• Lensa berjangkauan normal.
• Sesuai untuk mengambil portrait.
4) Telefoto
• Lensa berjangkauan panjang, biasa digunakan oleh fotografer di
pinggir lapangan sepak bola atau paparazi. Contoh ukuran lensa : 85
mm, 100 mm, 135 mm, 200 mm, 300mm.
5) Makro
• Lensa berjangkauan sempit, biasa nya digunakan untuk mengambil
foto makro atau detil-detil dari sebuah benda.
• Contoh ukuran lensa : 50 mm macro, 100 mm macro, 135 mm macro