jurnal minggu pertama

Upload: incik-faisal

Post on 08-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

JURNALMINGGU 120-23 JANUARI 2013

Masalah dan PeristiwaPraktikum saya bermula dari 20 Januari hingga 17 April 2014. Pada minggu praktikum yang pertama saya di Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Telok, saya melapor diri bertemu dengan Guru Besar Sekolah, Puan Hajah Hadijah binti Ahmad bersama guru pembimbing saya, Puan Zahariah binti Samadun. Beliau telah memberi layanan yang sangat baik kepada kami. Pada hari itu adalah taklimat ringkas dari guru pembimbing tentang praktikum. Semasa pertemuan tersebut kami juga berbincang mengenai latihan praktikum yang akan saya jalani disini. Dalam pertemuan tersebut saya berbincang dengan guru pembimbing tentang jadual waktu pengajaran, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan pengajaran, buku-buku panduan guru, buku-buku teks murid serta buku-buku aktiviti.Kelas-kelas yang terlibat dalam latihan praktikum ini ialah 1, 2 dan 5. Saya diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Arab tahun 2 Amin, 2 Arif, 5 Amin dan 5 Arif. Manakala Pendidikan Islam tahun 1 Arif. Walau bagaimanapun pada minggu pertama ini saya sudah ditugaskan untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian Praktikum, menyiapkan portfolio dan menyempurnakan Rancangan Pengajaran Semester. Namun saya mengambil kesempatan untuk masuk ke kelas bagi memudahkan saya untuk berkomunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, saya menyiapkan dan menyediakan aktiviti pengajaran dengan secepatnya.Selain itu, saya perlu membahagikan tugas antara sekolah dan juga tugasan praktikum. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah Buku Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Mingguan dan Rancangan Pengajaran Semester. Saya juga perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan fizikal dan mental supaya dapat bersedia dengan halangan dan cabaran akan saya hadapi semasa praktikum.

Analisis MasalahMinggu pertama merupakan minggu yang sibuk kerana bertungkus lumus menyiapkan segala kekurangan dalam praktikum.

CadanganSaya perlu terus mengambil peluang untuk belajar daripada guru-guru berpengalaman di sini dan melihat cara pembelajaran murid-murid seperti mana yang telah dipelajari di IPG. Saya juga perlu belajar dalam mengurus kelas dan menjalankan aktiviti sekolah dari segi kurikulum dan kokurikulum bagi menambah ilmu pengetahuan.

Tindakan Susulan Dengan teori yang ada kini tiba masanya untuk saya mengaplikasikannya di dalam situasi pembelajaran dan pengajaran yang sebenar. Saya juga perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi memperoleh ilmu yang bermanfaat di sekolah ini.

KesimpulanMinggu pertama merupakan minggu yang penting bagi saya dalam mengeratkan silaturrahim di kalangan warga sekolah. Di samping itu juga ia penting untuk saya mengumpul maklumat untuk sesi penyeliaan dan sukatan pelajaran yang akan diajar kepada murid. Saya perlu sentiasa mengambil peluang untuk belajar perkara baru yang memberi manfaat kepada saya.

1