kdkb113 folio

Upload: khalid-sulaiman

Post on 18-Jul-2015

209 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KEPIMPINAN TUN GHAFAR BABASEPANJANG PEMERINTAHANNYA

COLLAGE OF FOUNDATION AND GRADUATE STUDIES EN MOHD ARIFF AHMAD TARMIZI MUHAMAD KHALID BIN SULAIMAN CE085969

PENYELIDIKAN KEPIMPINAN KEPIMPINAN DAN KEUSAWANAN KDKB113

Tan Sri Sanusi Junid ... "Salahkah saya menyokong seorang tua yang berjasa dan setia? Salahkah saya menyokong seorang tua yang terlalu banyak menumpah keringat dan jasa baktinya kepada bangsa, agama dan negara ini? Jika UMNO mahu mengembumikannya, biarlah saya yang mengusung jenazahnya dan mengembumikannya di saat UMNO tidak memerlukaannya lagi."

PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus inidengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah Keusahawan dan Kepimpinan, KDKB113 saya iaitu, En. Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, yang juga merupakan dekan Institute of Liberal Studies ( IKAL ) di Universiti Tenaga Nasional di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Dalam kesibukan beliau sebagai dekan, beliau telah memberikan saya tunjuk ajar dan juga dorongan untuk menyiapkan tugasan ini Kami juga mengucapkan ribuan teima kasihkepada rakan -rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Madhukar Dhirajlal dan Pn. Ranjanbala serta abang saya saudara Nitish Madhukar kerana memberi saya semangat yang tidak terhenti. Bukan itu sahaja, ibu bapa saya telahmenanggung segala kos perbelanjaan kertas penyelidikan ini.Tambahan itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) yang menginap di Kelompok Amanah yang sudimeluangkan masa mereka untuk mengisi borang soal kaji selidik secara spontan. Pelbagai ilmu yang dapat kamir u n g k a i s e p a n j a n g k a m i m e n y i a p k a n t u g a s a n i n i . S e j a j a r d e n g a n a n j a k a n p a r a d i g m a dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Padadewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah j u g a a p e m b a n g u n a n d a l a m b i d a n g p e n d i d i k a n . J u s t e r u i t u h a r u s l a h m a h a s i s w a i n i tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.s e k i a n . T e r i m a k a s i h .

1|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Isi kandungan

Perkara

Muka surat

1.

Penghargaan

1

2.

Tajuk 1: Latar belakang tokoh

3

3.

Tajuk 2: Kajian peribadi

4.

Tajuk 3: Tatacara kajian

5.

Tajuk 4: Analisis kajian

6.

Tajuk 5: Kesimpunlan

7.

Lampiran

8.

Rujukan

9.

2|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

BAHAGIAN 1PENGENALANSalahkah saya, dari keturun miskin, anak orang miskin, anak penarik kereta lembu ingin tegak di tengah-tengah bangsa saya bagi membela dan menghapuskan kemiskinan bangsa saya? -TUN GHAFAR BABA-

3|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen. Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004). Kehidupan awal Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang diPertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Keluarga Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia. Politik Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948. Pada 1955 Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

4|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ketua Menteri Melaka Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.[1] MARA Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri. Masalah kepimpinan MCA Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan. Menolak jawatan Menteri Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.5|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Timbalan Perdana Menteri Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi. Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987. Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.[1] Jawatan

Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951, Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955 Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973 Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967 Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993 Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962 Naib Presiden UMNO 1962 - 1987 Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986) Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa Melayu.

Lain-lain Beliau pernah menjadi Pengerusi PGA dan Lawn Tennis Association mulai Disember 1984, Presiden Asian Tennis Circuit Council, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Melaka, Pengerusi Merdeka Scholarship Fun Committee dan Bekas Presiden Bulan Sabit Merah Melaka.6|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Penghargaan Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan . Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja. Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah Bapa Perpaduan oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award pada tahun 1988, anugerah Bapa Yang Disayangi oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran Tun pada tahun 1995 dan anugerah Tun Abdul Razak Foundation National Award pada 19 Mac 1998.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962. MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato Seri Mohamed Khaled Nordin. Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka. Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.

Meninggal dunia Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun. Tun Abdul Ghafar merupakan negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn . Jenazah lain ialah

7|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Bibliografi 1. Biografi mubarak Melaka : Tun Abdul Ghafar Baba : tokoh pejuang bangsa dan negarawan unggul / Mahadi Abu Hassan. : Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009. 2. Tun ghafar Baba / E-man. : Cipta Publishing, 2007. 3. Penitianku : sebuah catatan peribadi Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba / Ghafar Baba. : National Culture and Art Department, 2006. 4. Ghafar Baba : a biography / Alias Mohamed : Pelanduk Publications, 1993.

Pendamai: Antara cabaran dan pergolakan

8|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

TAJUK 2Pandangan tentang tokoh dipilihTokoh politik kampungan

9|Page TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

DEFINISI PEMIMPIN Pemimpin adalah orang yang berupaya mempengaruhi atau mengajak ahli-ahli organisasi supaya bersetuju dengan rela hati melaksanakan kerja-kerja organisasi dengan cekap dan berkesan dari definisi kepimpinan. Ianya adalah proses mempengaruhi aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penetuan dan pencapaian matlamat organisasi. Aktiviti yang dilakukan juga mempengaruhi orang supaya mereka berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan. Pimpinan adalah merupakan suatu konsekuensi dari kedudukan atau status mereka, jadi merupakan suatu kekuasaan dari jabatan yang dipegangnya. Tanpa kedudukan seperti itu, para pemimpin masih dapat mencapai tujuan, apabila kekuasaannya itu betul-betul sesuai dengan nilai-nilai yang dianut olehkelompok yang dipimpinnya. 2.2 DEFINISI GAYA

Mengikut Kamus Dewan (1992), gaya ialah stail atau cara melakukan sesuatu seperti mengarang, bercakap dan lain-lain. Menurut Ainon (2005) menyatakan gaya kepimpinan merupakan gaya seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya. Aminuddin (1994) pula mengatakan ia merujuk gaya kepimpinan kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza. Gaya juga adalah satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai situasi kepimpinan. Jadi, cara kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana yang berlainan. Gaya kepimpinan seorang pemimpin boleh membawa kepada pencapaian dalam sesuatu perkara dalam sesbuah organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategi organisasi. Selain itu, gaya juga merupakan perlakuan, stail, cara atau orientasi kepimpinan pemimpin dalam mengurus, memimpin dan mentadbir organisasi ke arah mencapai matlamat, visi dan misi sesebuah organisasi.

2.3

DEFINISI KEPIMPINAN

Menurut Merton (1969), kepimpinan didefinisikan sebagai satu hubungan interpersonal di mana ahli-ahlinya menyetujui permintaan pemimpin tanpa paksaan. Menurut Kotter (1990) menyarangkan kepimpinan menggerakkan individu untuk bertindak tanpa paksaan. Selain itu, menurut Campbell (1991) melihat kepimpinan sebagai tindakan memfokuskan sumber manusia untuk merekacipta peluang-peluang yang dikehendaki. Akhir sekali, menurut Fiedler dan10 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Chemers (1984) mendefinisikan kepimpinan berdasarkan fungsi pemimpin yang melibatkan Pemberian motivasi, arah tuju dan bimbingan kepada pekerjanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut definisi tersebut, kepemimpinan dapat didefinisikan sebagai suatu perilaku dengan tujuan tertentu untuk mempengaruhi aktivitas para anggota kelompokuntuk mencapai tujuan bersama yang dirancang untuk memberikan manfaatindividu dan organisasi. Sedangkan menurut Anderson (1988), "leadershipmeans using power to influence the thoughts and actions of others in such a way that achieve high performance". KEPIMPINAN YANG BERKESAN Menurut Edmons (1978) menyatakan leaders can make a difference yang bermaksud bahawa sesebuah organisasi itu boleh dimajukan dan kemajuan sekolah berpunca daripada kepimpinan pemimpin. Pemimpin yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber di bawah kawalannya, bukan sahaja pemimpin bawahan, malah semua pekerja dari yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidak berdedikasi kepada berdedikasi. Pendek kata semua nilai-nilai negative dari segi tindakan, sikap dan andaian perangkap minda (mind trap) yang merupakan penghalang kepada sebuah kejayaan akan mampu dipositifkan demi mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir organisasi bagi melahirkan generasi berkualiti. Kepimpinan pemimpin menjadi penting kerana beliau merupakan orang yang diharapkan dapat menetukan arah tuju sesebuah individu, menyediakan garis panduan dan bimbingan, menjelaskan peranan dan prosedur kerja, memotivasi dan menyediakan sumber dan sokongan serta menilai dan mengambil tindakan susulan serta melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh organisasi. Pentadbiran dan pengurusan di peringakat organisasi boleh menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah organisasi kerana ia bergantung kepada pucuk pimpinan iaitu pemimpin yang membawa ke arah kejayaan. Organisasi yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam sesuatu bidang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berkesan. Saya belum pernah melihat organisasi yang mundur ditadbiir oleh pemimpin yang cekap. Saya juga pernah melihat organisasi-organisasi yang mundur berjaya dimajukan, tetapi ada yang menyedihkan iaitu organisasi-organisasi yang maju merosot secara mendadak. Ini bermakna jatuh bangun sesebuah institusi atau organisasi adalah kerana kualiti ketua atau pemimpin. Kredibiliti pemimpin adalah merujuk kepada empat cirri utama iaitu kejujuran, berpandangan kehadapan, inspirasi, dan kompeten. Efikasi kendiri pula merupakan komponen yang juga penting kerana pemimpin yang mempunyai kepercayaan serta keyakinan terhadap kebolehan sendiri akan dapat melaksanakan tugas dengan penuh kecekalan serta sentiasa mengukur dan menilai setiap tugasnya berbanding dengan individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah. Dibawah ini saya sertakan ciri-ciri organisasi yang berkesan: 1. Kepimpinan yang professional. 2. Berwawasan dan mempunyai matlamat bersama. 3. Mempunyai persekitaran yang menggalakkan berkerja.11 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Arahan yang bermatlamat. Memberi penghargaan dan mempunyai hasrat yang tinggi. Memberi pengukuhan. Membuat pemantauan. Memberi tanggungjawab kepada pekerja. Wujud perkongsian rumah-pejabat(organisasi) Perjabat(Organisasi) yang bertambah maju

GAYA KEPIMPINAN Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada pendapat saya, sebenarnya tiada satupun Gaya kepimpinan yang lebih baik. Terdapat tiga jenis kepimpinanyang biasa diamalkan sebagai stail pengurusan, iaitu Kepimpinan Autokratik, Demokratik, dan Laissez-faire. Soal kepemimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakka nkecacatan ataupun kemajuan. Ini terbukti peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting, kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi.Kepemimpinan dalam sesebuah organisasi memerlukan Konsep Perkongsian Penyaluran Budaya Pengurusan secara dua hala. Ringkasnya, kepemimpinan adalah proses merancang,mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi danmenggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan. KEPIMPINAN AUTOKRATIK Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Pemimpin berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggungjawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi. Cara berkomunikasinya juga hanyalah satu hala sahaja iaitu dari atas ke bawah. Mereka banyak menggunakan ugutan dan hukuman. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri. Hasil kepimpinan autokratik ialah orang bawahan mempunyai motivasi yang rendah mungkin kerana tertekan. Orang bawahan pula akan bekerja secara bersungguh-sungguh semasa ketua pemimpin berada bersama mereka. Orang bawahan akan bergantung kepada ketua dalam semua perkara dan suasana emosi akan menjadi tegang. KEPIMPINAN LESSE-FAIRE Kebiasaannya pengikuut merupakan golongan professional yang berkemahiran tinggi. Mereka pandai mengurus dan bertindak sebagai juru tunjuk atau pemudahcara kepada pekerja dan pekerja boleh membuat keputusan. Pemimpin memberi kebebasan kepada orang bawahan untuk membuat keputusan dan bertindak. Orang bawahan akan menggunakan kemahiran dan pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Orang bawahan juga akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja. Jadi, gaya ini boleh dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerjaya.12 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Jika gaya ini disalah gunakan maka pekerja tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Ketua biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. Masalah disiplin juga akan turut berlaku dan perhubungan antara pemimpin dan pekerja adalah bebas dan tiada sempadan. KEPIMPINAN DEMOKRATIK Gaya kepimpinan ini mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Dasar dan keputusan adalah melalui mesyuarat. Ketua akan membantu ahlinya membentuk matlamat dan alternative sendiri dan ketua sebagai pemudah cara. Ketua bersikap objektif dan adil dalam member teguran, pujian dan kritikan. Hasilnya ialah pekerja dapat membina disiplin, menggalakkan kerjasama, saling menghormati dan perhubungan mesra sesama mereka. Pekerja akan lebih bermotivasi dan berminat untuk bekerja keras walaupun tiada ketua. Interaksi akan berlaku antara ahli dan ketua. TRANSFORMASIONAL Teori kepimpinan transformasi ini juga dikenali sebagai kepimpinan karismatik, kepimpinan inspirational atau institutional. Asas kepada teori ini adalah pemimpin-pemimpin mengilhamkan atau meninspirasikan para pengikutnya untuk mengenalpasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang fokus atau berpusat. Secara asasnya, kepimpinan transformasi ini melalui empat gaya transformasi iaitu meransang secara intelek, keunggulan gelagat atau karisma, motivasi yang berinspirasi dan menumpu kepada setiap individu. Antara dimensi kepimpinan yang agak popular ialah pembentukan struktur pemuafakatan dalam membuat keputusan. Mereka akan memberikan sokongan secara individu dan menjangkakan hasil kerja yang terbaik dengan pengharapan untuk melihat kecemerlangan, kualiti dan hasil kerja yang terbaik dari pekerja. Kaedah pembentukan visi dan matlamat adalah dengan menonjolkan amalan profession yang baik. Mereka akan menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikap keterbukaan. Mereka juga akan mencipta ransangan intelektual untuk mencabar pekerja supaya menkaji semula andaian-andaian tentang tuga-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atau sepatutnya dilakukan. Dengan itu, organisasi tersebut boleh meningkatkan kecekapan kerja berpasukan dan meningkatkan identiti sesebuah organisasi. Semangat dan kepercayaan antara pekerja dan pemimpin akan berlaku disamping menjana perubahan positif sesebuah organisasi. Pengikut juga akan peka terhadap matlamat dan organisasi sesebuah individu. KEPIMPINAN SITUASI Gaya kepimpinan ini lebih kearah mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi. Seorang pemimpin yang berkesan adalah mereka yang dapat mengubah gaya kepimpinannya mengikut situasi yang berbeza. Sejarahnya ialah pada 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard telah membangunkan model kepimpinan situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau stail kepimpinan dan tahap perkembangan pengikut. Stail kepimpinan yang diutarakan ialah Telling(Directing), Selling(Coaching), Participating(Supporting), dan Degating.

13 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, perkembangan pemimpin bawahan dan pekerja. Berdasarkan kajian majalah Klikman pada tahun 1985, pemimpin instruksional ialah pembimbing kepada pemimpin bawahan. Mereka akan membangunkan organisasi dan menggerakkan perkembangan pekerja. Kualiti kerja juga akan dibangunkan disamping membuat kajian dalam pelbagai tindakan. Kajian-kajian Highsmith dan Rallis pada tahun 1986 mendapati pemimpin perempuan lebih banyak menumpukan masa mereka kepada aktiviti instruksional berbanding dengan pemimpin lelaki seperti isu dalaman, tumpuan kepada pekerja, penglinatan pekerja, pembangunan staf, perancangan strategik dan kolaboratif dan pembangunan komuniti.

14 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Tun Ghafar Baba: Dari penjual kayu api ke Parlimen. Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Kehidupan awal Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya bernama Baba Abdullah berasal dari Sungai Udang, Melaka dan ibunya, Saodah Saleh dari Kampung Bemban, Melaka. Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba membesar dalam sebuah keluarga yang susah. Bapanya melakukan pelbagai bidang pekerjaan termasuk sebagai penarik beca, kereta lembu dan penoreh getah. Allahyarham Abdul Ghafar adalah anak yang keenam daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau menjadi anak yatim piatu ketika berumur lapan tahun. Sejak itu, Allahyarham Tun Abdul Ghafar tinggal bersama bapa saudaranya. Beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga.

Beliau terpaksa berdikari bagi menampung perbelanjaan hariannya dengan menjadi Caddy, pemungut bola golf dan penjual kayu api. Ketika usia 14 tahun, beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika berumur 34 tahun, beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis RajaRaja di Istana Negara.

15 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004). Keluarga Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bongsu, Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia. Politik Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948.

Beliau cukup yakin dengan peranan PKMM bagi membela nasib orang-orang Melayu. Beliau sering menghadiri perhimpunan dan mendengar ceramah dari tokoh-tokoh PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, Ishak Muhamad dan lain-lain. Tokoh-tokoh ini sering melawat ke negeri Melaka.

16 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Pada 1955, Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991), Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

17 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

MARA Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972), Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

18 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Masalah kepimpinan MCA Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden, Tan Sri Dr Neo Yee Pan. Peranan Ghafar sebagai orang tengah sewaktu parti MCA menghadapi krisis kepimpinan pada tahun 1984 menjadikannya seorang yang tersayang kepada parti tersebut. Setiap tahun, pemimpin MCA akan pergi ke rumah Ghafar untuk meraikan hari jadinya dan berseloroh untuk mengatakan bahawa beliau pernah menjadi "presiden sementara" mereka. Allahyarham turut dilihat sebagai faktor penstabil (stabilising factor) kepada parti komponen Barisan Nasional berdasarkan sifat rasional dan pemikiran matang Allahyarham, terutama apabila berhadapan dengan isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum, budaya dan bahasa. Ketua Menteri Melaka Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.

Menolak jawatan Menteri Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan19 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.

Timbalan Perdana Menteri Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi. Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987. Pada 1993, Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi. Pada tahun tersebut, 95% ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja. Pasukan yang menentang Tun Ghafar digelar 'Team Wawasan'. Pasukan ini terbentuk daripada satu kumpulan atau pakatan politik dalaman yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 1993 yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding oleh sebab Tun Ghafar Baba menarik diri. Ia juga terdiri daripada individu seperti Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib yang mana mereka telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Team Wawasan dikaitkan dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO.

20 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Jawatan Setiausaha Kesatuan guru-guru (1949 1951); Setiausaha UMNO Melaka (1951 1955); Pengerusi UMNO Melaka (1955 1973); Ketua Menteri Melaka (1959 1967); Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1957 1993); Ketua Penerangan UMNO (1958 1962); Naib Presiden UMNO (1962 1987); Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986); Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri (1986 1993).

21 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Penghargaan Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan. Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja. Beliau menerima gelaran Tun selepas bersara sepenuhnya daripada politik. Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962. MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato Seri Mohamed Khaled Nordin. Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka. Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.

22 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Meninggal dunia Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun. Tun Abdul Ghafar merupakan Negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Jenazah lain ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Sungguhpun pepatah lama ada mengatakan patah tumbuh hilang berganti, namun pemergian Allahyarham Tun Abd Ghafar Baba awal pagi semalam bagaikan kehilangan sebutir permata yang tidak mungkin akan dapat dicari ganti. Pemergian buat selama-lamanya Allahyarham Tun Abd Ghafar Baba bukan saja ditangisi ahli keluarganya, malahan jutaan rakyat Malaysia turut merasakan satu kehilangan yang tidak akan ada pengganti. Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.

** Nota :: Pada suatu ketika, Tun Ghafar pernah ditanya, bagaimana beliau boleh meninggalkan23 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

kuasa, status dan gelaran yang direbutkan oleh orang lain. Allahyarham Tun Ghafar menjawab: Saya sukakan kehidupan yang biasa, membawa kereta saya sendiri dan boleh berhenti di tepi jalan untuk makan rojak di bawah pokok.

24 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

ARKIB : 24/04/2006 Disanjungi kawan, dihormati lawan Di kalangan rakyat jelata Tun Ghafar Baba, 81, yang lebih dikenali dengan panggilan `Encik Ghafar' akan dikenang sebagai seorang pemimpin akar umbi yang sentiasa hampir dengan mereka. Walaupun raut mukanya sentiasa kelihatan serius, bekas Timbalan Presiden UMNO itu mempunyai watak yang amat sederhana, mudah didampingi, seorang yang periang dan gemar menyelitkan unsur-unsur jenaka ketika berucap di hadapan rakyat. Kesederhanaan wataknya dapat dilihat daripada keengganannya menerima sebarang pingat atau darjah kebesaran sepanjang bergerak aktif dalam politik dan kerajaan. Beliau lebih senang dengan panggilan ``Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba''. Beliau hanya sedia menerima anugerah yang membawa gelaran `Tun' selepas bersara sepenuhnya daripada politik. Di kalangan rakan-rakan politik terutama sesama parti komponen Barisan Nasional, Allahyarham dikenali sebagai seorang pendamai penuh diplomasi yang berjaya merungkai banyak pertelagahan dalaman. Malah, Allahyarham pernah mencipta sejarah politik tersendiri apabila menjadi satu-satunya orang Melayu yang diberi kepercayaan memimpin sebuah parti bukan Melayu iaitu MCA ketika parti itu dilanda krisis kepimpinan pada 1985/1986. Ghafar yang pada masa itu Naib Presiden UMNO telah dilantik memangku jawatan Presiden MCA selama kira-kira 10 bulan apabila kerusi tertinggi parti berkenaan menjadi rebutan antara bekas presiden (Tan Sri) Neo Yee Pan dan Presiden Tan Koon Swan. Kehadiran Allahyarham dalam menyelesaikan krisis parti itu sentiasa diingati oleh para pemimpin MCA, yang tidak pernah lupa mengunjungi Allahyarham pada setiap ulang tahun kelahirannya dan pada Hari Raya Aidilfitri. Dalam UMNO, karisma Allahyarham sebagai tokoh penstabil kerap kali diserlahkan, dan antara yang paling sukar dilupakan ialah peristiwa beliau dipujuk mengisi kerusi Timbalan Perdana Menteri, setelah jawatan itu dikosongkan (Tan Sri) Musa Hitam pada 1985. Ketika itu Musa masih mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Tindakan Musa meletak jawatan pada ketika itu telah menimbulkan perpecahan yang hebat di dalam UMNO dengan satu pihak menyokong beliau dan satu lagi menyokong Perdana Menteri ketika itu (Tun) Dr. Mahathir Mohamad. Kesediaan Ghafar menerima tawaran Dr. Mahathir untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri berjaya meredakan keadaan kerana anggota UMNO menghormati beliau sebagai25 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

seorang pemimpin yang tidak mementingkan kuasa atau pangkat, tetapi sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan parti dan negara. Keikhlasan Ghafar sekali lagi dibuktikan apabila beliau dengan rendah diri berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1993, walaupun beliau berjaya mengalahkan Musa untuk jawatan itu pada pemilihan parti 1987. Mengulas peristiwa itu beberapa tahun kemudian, Ghafar mengakui tindakannya tidak mempertahankan jawatan itu semata-mata untuk mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Menyusuli peristiwa itu ialah keputusan Allahyarham untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, dan kisah yang hangat diperkatakan orang ketika itu ialah tentang surat peletakan jawatannya yang ditulis di atas sekeping kertas Penerbangan Malaysia dengan pen yang dipinjam. Allahyarham dikatakan menulis surat itu ketika berada di bilik VIP Lapangan terbang Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi. Peristiwa seperti yang dialaminya pada 1987 dan 1993 itu bukanlah tidak pernah dilalui Ghafar sebelum itu. Seawal 1959 lagi beliau pernah menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan tahun. Allahyarham juga pernah meninggalkan Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn pada 1974 dan menolak tawaran Dr. Mahathir untuk menjadi Menteri Pelajaran pada 1981. Ghafar terkenal sebagai seorang pemimpin yang cermat ketika menjalankan tugas dan sentiasa memastikan agar beliau tidak tersalah guna kuasa sama ada dalam parti atau dalam kerajaan. Anaknya, Asri pernah berkata bahawa semasa arwah bapanya menjadi Ketua Menteri Melaka, mereka adik-beradik tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk ke sekolah bagi mengelak daripada dituduh sebagai menyalahgunakan kuasa. Itulah di antara beberapa keistimewaan Ghafar yang sukar ditandingi oleh kebanyakan pemimpin politik yang lain. Di kalangan kaum sebangsanya Ghafar menjadi satu ikon ``tokoh politik kampungan'' yang berjiwa Melayu tulen. Lahir di dalam keluarga miskin dengan 10 adik-beradik, Allahyarham tidak pernah merasa segan untuk berulang kali menceritakan kepada rakyat tentang pengalaman pahit yang pernah dilaluinya, termasuk sanggup menjaja ubi kayu di sekeliling kampungnya di Melaka.26 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

``Pada zaman kanak-kanak, saya dan adik beradik tidak pernah menikmati kemewahan hidup dan kalau adapun peluang untuk makan nasi berlauk daging, ia hanya akan berlaku dua kali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha,'' cerita Ghafar dalam beberapa siri ceramahnya setiap kali menjelang pilihan raya umum di negara ini. Ketika usianya meningkat 14 tahun, Ghafar berusaha mencari wang saku dengan menjadi pemungut bola golf dan bola tenis untuk golongan atasan, antaranya ialah Almarhum Yang diPertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ironinya, 20 tahun kemudian `budak caddy' itu berupaya duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila beliau selaku Ketua Menteri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Mengenai peristiwa itu, Allahyarham pernah berkata: ``Itulah kehidupan namanya. Kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku pada kita.'' Ghafar yang lulus Maktab Perguruan Sultan Idris Shah Tanjung Malim dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 14 tahun, mengakui bahawa beliau tidak pernah menyangka karier politiknya akan mencapai tahap yang begitu tinggi selaku Timbalan Perdana Menteri. Dilahirkan pada 18 Feb 1925 di Kuala Pilah, Ghafar mula menyertai politik sejak berusia 15 tahun dengan menganggotai Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada 1948, sebelum ia diharamkan oleh British. Allahyarham kemudian menyertai UMNO pada 1951 dan sehingga ini belum ada mana-mana tokoh politik di negara ini yang mampu mengatasi rekodnya yang berjaya mempertahankan kedudukan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri atau Anggota Parlimen selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Kawasan Parlimen yang paling lama diwakilinya ialah Jasin yang dimenanginya sebanyak lima penggal berturut-turut sejak pilihan raya umum 1978. Kawasan Parlimen terakhir diwakilinya ialah Batu Berendam yang dimenanginya pada 1999. Sebelum memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Ghafar juga pernah menyandang beberapa lagi jawatan penting parti termasuk Naib Presiden UMNO (1962 hingga 1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) dan Pengerusi BN Sabah (1992). Allahyarham juga merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional dari 1974 hingga 1993. Dalam kerajaan pula beliau pernah menyandang jawatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Untuk beberapa ketika beliau juga pernah memangku jawatan Perdana Menteri iaitu semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung pada 1989.27 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Selain kerjaya politik yang penuh warna-warni itu, Ghafar juga terkenal kerana usahanya memartabatkan ekonomi bangsa Melayu. Sebagai pengerusi Mara yang pertama pada 1967, beliau terlibat dalam mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 bagi menggalakkan pelajar Melayu mengikuti jurusan sains di universiti sebagai usaha menambah bilangan profesional bumiputera. Beliau turut menjadi penggerak utama penubuhan Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan Institut Teknologi Mara, kini UiTM. Dengan jasanya kepada agama, bangsa dan negara yang tidak terhitung itu, Allahyarham Abdul Ghafar Baba sudah pasti akan sentiasa dikenang sebagai seorang pemimpin sejati yang sukar dicari ganti. - Bernama

28 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Coretan bekas setiausaha Tun Ghafar Baba Bagi kebanyakan orang, tarikh 15 Oktober 2005 lalu, akan diingati dengan berita Tun Ghafar Baba dalam keadaan tenat. Tetapi bagi pengamat politik, tarikh itu pada tahun 1993 juga mengingatkan mereka Ghafar yang kini semakin stabil telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dalam politik pula, beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada 25 Oktober 1993 selepas memegang jawatan itu selama 19 tahun dan pada 1 November 1993, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mengimbas kembali perjuangan Ghafar dalam politik, ternyata beliau memang `manusia politik yang mempunyai kedudukan yang mantap dan berpanjangan. Sebenarnya banyak kisah suka duka politik Ghafar. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana beliau terpaksa beberapa kali menolak untuk dilantik sebagai anggota Kabinet. Beliau juga pernah memohon untuk berhenti menjadi anggota Kabinet, satu keputusan yang sukar dilakukan di kalangan ahli politik masa kini. Namun disebabkan tenaga dan buah fikirannya amat diperlukan, Ghafar akhirnya berjaya menduduki Kabinet sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bagi mengimbas kembali liku-liku perjuangannya, bekas setiausaha akhbar Ghafar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Dr. Alias Mohamed menulis rencana dua siri yang disiarkan hari ini dan esok. Semoga kisah perjuangan Ghafar ini akan menjadi panduan kita bersama khususnya di kalangan generasi muda dalam dunia politik. Walaupun sinonim dengan Melaka, negeri tempat beliau menghabiskan hampir 60 tahun daripada hayatnya berhempas-pulas berjuang dalam politik UMNO, namun Tun Ghafar Baba sebenarnya lahir di Negeri Sembilan. Dalam manuskrip riwayat hidupnya yang ditulis tangan dan diserah kepada saya pada tahun 1993, Ghafar menulis: Saya dilahirkan dalam sebuah rumah kampung yang berlantaikan batang pinang, berdinding buluh dan beratap rumbia. Rumah kecil ini didirikan di pinggir hutan sebuah kampung bernama Tebat Kering, Bukit Temensu dalam jajahan Kuala Pilah. Di situlah pada 18 Februari 1925 saya dilahirkan sebagai anak keenam daripada satu keluarga yang terdiri daripada 10 adik-beradik, kebanyakannya mati waktu kecil kerana kemiskinan. Demikianlah Ghafar memulakan kisah kelahirannya dengan penuh menyayat hati dalam tulisan tangan yang cantik. Malah, beliau tidak berselindung dan berpura-pura betapa kemiskinan mencengkam dan menghimpit kehidupan keluarganya sejak mula dilahirkan. Potret kemiskinan dan kesengsaraan keluarga Ghafar ibarat mendung tebal yang gelap-gelita. Beliau sendiri mencoretkan pengakuan warna kehidupan ibu dan bapanya yang sebenar sekitar akhir tahun 1920-an dan awal 1930-an.

29 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Saodah binti Salleh, ibu Ghafar yang tercinta, bekerja kampung. Beliau mengutip damar untuk dijual di stesen kereta api Kuala Pilah dan berulang-alik ke rumah sejauh enam batu setiap hari. Keperitan hidup inilah yang akhirnya meragut nyawa ibunya dalam tahun 1931 ketika berusia 38 tahun, sewaktu melahirkan anak ke- sepuluh. Anaknya ini juga meninggal dunia. Ghafar kemudian menceritakan kepada saya secara terbuka walaupun pada waktu itu telah berusia 68 tahun. Katanya: Saya sangat menderita akibat kematian ibu saya. Seolah-olah kemelaratan hidup dan kematian ibu tidak mencukupi untuk menggerhanakan nasibnya, dua tahun kemudian dalam tahun 1933, bapa beliau pula menyahut panggilan Ilahi juga dalam usia muda iaitu 42 tahun. Tanpa bapa, Baba bin Abdullah, yang membanting tulang dan membakar kulit di terik mentari sebagai penoreh getah, kadangkala membawa kereta lembu, kehidupan Ghafar dan adikberadiknya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sewaktu kedua-dua orang tuanya masih ada, keluarganya berpeluang makan daging hanya dua kali setahun sewaktu Hari Raya Puasa dan Raya Haji, kerana di musim seperti itu daging Hari raya diagih percuma oleh orang kaya. Selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia, adik-beradik Ghafar tinggal dengan bapa saudara mereka,Hitam bin Abdullah, di Sungai Udang, Melaka, manakala beliau sendiri terus tinggal di Kuala Pilah dengan seorang lagi bapa saudaranya yang juga tersangat miskin. Setiap pagi Jumaat, kata Ghafar, dia membersihkan kubur ibu dan ayahnya di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah. Itulah tujuan sebenarnya dia menetap di Kuala Pilah. Dengan latar belakang yang sebegitu daif maka tidak hairanlah Ghafar tidak segan-silu sering menceritakan di perjumpaan-perjumpaan ramai ahli UMNO tentang kemiskinannya. Tetapi dia tidak lupa mencuit perasaan hadirin dengan berkata: Tamrin tak mengapalah kerana dia anak orang kaya, sambil disambut gelak ketawa para hadirin. Ghafar biasanya mempamerkan dua personaliti satu serius dan satu lagi periang. Ramai yang salah anggap bahawa Ghafar kurang mesra dengan orang ramai. Tanggapan ini biasanya datang daripada mereka yang kurang rapat dengan Ghafar. Tamrin, anak kedua Ghafar selepas Sharani (kini arwah), seorang ahli perniagaan dan bekas ahli parlimen Batu Berendam, cukup arif tentang mood ayahnya ini, namun tidak bermakna Ghafar sukar ditemui dan diajak bercakap. Malangnya, seperti yang saya sendiri saksikan, ramai di antara mereka ini mengambil peluang daripada kemesraannya. Ghafar mula `mengenali Melaka hanya dalam tahun 1937 setelah beliau mengambil keputusan untuk pindah dan tinggal bersama-sama adik-beradiknya yang lain yang tinggal dengan bapa saudara mereka di negeri itu. Ketika itu Ghafar berusia 12 tahun, iaitu enam tahun setelah ibunya meninggal dunia dan empat tahun sesudah bapanya menjejak langkah ibunya. Kata Ghafar: Saya terpaksa meninggalkan pekan Kuala Pilah, kampung halaman yang sangat saya kasihi dan meninggalkan kubur ibu bapa saya.

30 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Watak Ghafar yang terlalu simple dan merendah diri jelas terpancar. Malah dalam beberapa tahun seterusnya tindakan dan keputusan-keputusan yang dibuat adalah konsisten dengan wataknya yang tidak suka menonjol diri dan mendabik dada. Menceritakan peluang `mengaji dalam tahun 1930-an, Ghafar berkata: Waktu itu ada universiti dalam negeri. Oleh itu anak-anak yang mahu melanjutkan pelajaran hingga ke universiti luar negeri hanya boleh berbuat demikian dengan memasuki sekolah Inggeris. Walaupun sekolah Inggeris, (Tuanku Muhammad School), tidak jauh dari rumah saya, tetapi tidak ada seorang pun adik-beradik saya yang ke sekolah. Ibu bapa saya tidak mampu membayar yuran sekolah dan membeli buku-buku. Oleh sebab itu saya sendiri dimasukkan ke Sekolah Melayu Kuala Pilah. Saya berjalan kaki ke sekolah dengan tidak berkasut sejauh enam batu setiap hari. Jika hujan saya menggunakan pelepah pisang sebagai payung, kata Ghafar tentang kedaifan hidupnya sebagai anak sekolah. Setelah ibu bapanya meninggal dunia dan hilang tempat bergantung, beliau terpaksa bekerja sendiri ketika usianya 10 tahun. Dalam tahun 1935, setiap hari saya membantu seorang Jawa menjual nasi lemak dan kadangkadang membantu seorang Cina menjual aiskrim di sekolah saya untuk mendapat belas kasihan daripada kedua-dua mereka memberikan sebungkus nasi lemak dan secebis aiskrim percuma sebagai upah. Di sebelah petang saya bekerja memungut bola tenis (ball boy) dan menjadi caddy bagi pegawai-pegawai Inggeris yang bermain tenis dan golf di Kuala Pilah dengan bayaran 10 sen sehari. Saya pernah menjadi ball boy kepada Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Agong Pertama, kata Ghafar. Siapa sangka dengan takdir Tuhan, 25 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1959, anak yatim piatu yang dibakar terik mentari di padang golf bertemu kembali dengan baginda yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu sewaktu Ghafar menjadi Ketua Menteri. Walaupun beliau menyedari beliau adalah bekas pemungut bola tenis Tuanku Abdul Rahman, tetapikami tidak pernah membuka terumba lama itu. - Tuan White Ghafar menceritakan pada suatu hari dia pernah menjadi caddy kepada seorang pegawai Inggeris, Tuan White. Beliau ialah Guru Besar Tuanku Muhammad School. Menurut Ghafar, Tuan White cuba melakukan kekasaran terhadapnya kerana Ghafar gagal mencari bola golfnya yang hilang dalam rumput panjang. Kerana takut dipukul, saya cabut lari dan tidak pergi sekolah selama tiga hari. Selepas itu saya memberanikan diri ke sekolah. Malangnya saya didera pula oleh guru besar kerana tidak datang ke sekolah selama tiga hari. Cerita Ghafar ini ialah cerita budak malang yang jatuh ditimpa tangga yang banyak berlaku kepada kanak-kanak kampung yang tidak dapat mempertahankan diri dibandingkan anak-anak pembesar dan anak raja.

31 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Pada tahun 1957, setelah memenangi pilihan raya kebangsaan yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955, Ghafar dijemput melawat England oleh Colonial Office di London bersama-sama dengan empat orang lain. Kata Ghafar: Waktu melawat sekolah latihan guru-guru di Brinsford Lodge di luar kota London saya terkejut kerana tidak disangka-sangka berjumpa semula dengan Tuan White, pegawai Inggeris yang saya benci itu. Rupa-rupanya dia berada di maktab tersebut sebagai principal. Saya ingin membangkitkan cerita lama waktu saya menjadi caddy di Kuala Pilah dahulu, tetapi tidak sempat kerana saya terpaksa pergi ke London terlebih dahulu. - Pendidikan dan sekolah Jepun Di Sekolah Melayu Kuala Pilah biasanya Ghafar mendapat tempat pertama atau kedua. Tidak pernah jatuh nombor tiga. Tetapi malangnya, cerita Ghafar, setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa saya dan oleh kerana kesengsaraan hidup, maka pada tahun 1937 saya gagal dalam peperiksaan untuk naik ke darjah lima. Kerana sedih dan malu, Ghafar mengambil keputusan meninggalkan pekan Kuala Pilah. Di Melaka Ghafar menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Tangga Batu. Dan pada tahun 1939 pada usia 14 tahun beliau terpilih menjadi guru pelatih dan mengajar di Sekolah Melayu Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Pada waktu itu pun beliau belum dapat menyusun kehidupannya. Ketika menjadi guru pelatih Ghafar masih menumpang di rumah seorang nelayan. Setiap hari dia menunggang basikal ke Kota Melaka sejauh 11 batu untuk membeli barangbarang jualan. Di samping itu, dia menghadiri kelas mempelajari bahasa Jepun dan akhirnya lulus peperiksaan dan memasuki sebuah kolej orang-orang Jepun di Durian Daun, yang bernama Kua Kun Rin Syo. Kolej ini melatih anak-anak tempatan untuk menjadi pegawai tinggi. Dalam tempoh empat bulan beliau lulus daripada sekolah yang menggunakan bahasa Jepun itu. Ghafar kemudian menjadi guru mengajar bahasa Jepun kepada guru-guru di Melaka. Mungkin kerana lama tidak menggunakan bahasa Jepun, maka dalam tahun 1991 beliau meminta saya mencarikan seorang pensyarah bahasa Jepun. Pada waktu itu ada seorang pensyarah bahasa Jepun di Pusat Bahasa Universiti Malaya. Oleh kerana beliau ingin menguji kefasihannya dalam bahasa itu, saya mempelawa pensyarah Melayu yang berasal dari Kelantan itu untuk menjalankan ujiannya ke atas Ghafar. Dalam ujian itu ternyata Ghafar bukan sahaja boleh membaca akhbar Jepun dengan lancar, bahkan faham maknanya sekali. Pendudukan tentera Jepun membawa penderitaan yang lebih teruk kepada rakyat kerana kekurangan segala-galanya. Dalam tahun 1946 Ghafar ditawarkan melanjutkan pelajaran di Hiroshima. Tetapi pelayaran beliau ditangguhkan kerana ketiadaan kapal. Saya bernasib baik tidak jadi belayar ke Hiroshima, kerana beberapa hari kemudian tentera Amerika menggugurkan bom atom ke atas kota raya itu. Beberapa orang pelajar Malaya yang telah ke Hiroshima dahulu daripada saya mati dalam serangan bom atom yang pertama. Hanya seorang dua sahaja yang dapat balik dengan selamat ke tanah air. Seorang daripadanya Abdul Razak bin Hamid. Beliau bersama-sama dengan Ghafar di kolej Jepun di Melaka dan juga di Sultan Idris Training College Tanjung Malim di zaman British selepas perang Jepun.

32 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Peristiwa-peristiwa zaman Jepun banyak menjadi kenang-kenangannya. Dalam masa pendudukan Jepun, dengan kehendak saudara- maranya, Ghafar mendirikan rumah tangga dengan Asmah binti Alang. Perkahwinan ini menghasilkan 10 orang cahaya mata. - Politik sebelum Jepun Menurut Ghafar, perjuangan rakyat India, Vietnam, Filipina, Burma, Indonesia di rantau ini untuk mencapai kemerdekaan masing-masing mempengaruhi jiwanya untuk mengambil bahagian dalam politik. Dalam tahun 1939 sebelum pecah Perang Dunia Kedua, Ghafar baru berumur 14 tahun, tetapi telah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), pertubuhan politik pimpinan Ibrahim Haji Yaacob, seorang guru Melayu dari Temerloh, Pahang. KMM akhirnya dibubar oleh tentera Jepun. Selepas perang, Ibrahim Haji Yaacob melarikan diri ke Indonesia kerana bimbang diberkas oleh British. Beliau menjadi persona-non-grata, iaitu tidak dibenarkan balik ke Malaya setelah negara mencapai kemerdekaan kerana dituduh menyokong dasar konfrontasi rejim Soekarno yang menentang penubuhan Malaysia dalam tahun 1963. Setelah Jepun menyerah diri pada tahun 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, (PKMM) yang dipelopori oleh Mukhtaruddin Laso dan Dr. Burhanuddin Helmi, ditubuhkan untuk mencapai kemerdekaan negara bersama-sama dengan rakyat Indonesia. Gagasan Melayu Raya yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin PKMM bercita-cita untuk menyatukan Malaya dengan Indonesia. Saya menjadi ahli parti tersebut, kata Ghafar. - Sultan Idris Tanjung Malim Apabila Perang Dunia Kedua tamat, Malaya diperintah semula oleh BMA (British Military Administration) dan sekolah-sekolah dibuka seperti biasa. Saya turut menjadi guru semula dengan gaji sebanyak RM15 sebulan. Tetapi dalam tahun 1946, Ghafar diterima memasuki maktab perguruan SITC (Sultan Idris Training College), Tanjung Malim, Perak. Di sinilah minatnya dalam politik bermula. Kata Ghafar: Di SITC saya mencuri keluar malam ke pekan Tanjung Malim untuk mendengar ceramah Dr. Burhanuddin, Presiden PKMM. Beliau baru balik dari menjelajah seluruh negara Asia dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Perbuatan meninggalkan maktab di waktu malam menyalahi peraturan dan perbuatan saya itu diketahui oleh guru-guru. Tetapi sehingga hari ini beliau tidak tahu apa sebabnya pihak maktab tidak mengambil tindakan terhadapnya. Di SITC sambil belajar, Ghafar menjalankan perniagaan menjual buku-buku untuk menyara hidup anak isterinya di kampung di samping menumpukan masa dalam perjuangan politik. Pada tahun ketiga (1949) saya dilantik menjadi Ketua Penuntut SITC, satu-satunya jawatan yang sangat-sangat diminati oleh setiap orang penuntut waktu itu. Pengetua kolej ialah seorang berbangsa Inggeris. Pada anggapannya kalau saya menjadi Ketua Penuntut maka saya tidak akan menentang Inggeris, kata Ghafar. Sebaliknya, Ghafar menggunakan kesempatan ini untuk menyalakan lagi semangat nasionalisme di kalangan penuntut bagi meneruskan perjuangan dalam politik apabila balik ke negeri masingmasing.33 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan oleh British pada tahun 1948 dan banyak pemimpinnya ditahan. Ghafar kemudian menyambung perjuangan dalam Trade Union dan akhirnya dia dipilih menjadi Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka selama tiga tahun. Selepas itu beliau kembali cergas dalam politik. - Masuk UMNO dan politik Melaka Ketika diadakan perhimpunan besar di Sultan Sulaiman Club pada 1 April 1946 bagi membincangkan penubuhan UMNO Ghafar tidak dapat hadir. Tetapi PKMM turut menghantar wakil. Pada 11 Mei 1946 UMNO dilahirkan di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, bekas Menteri Besar Johor. Tujuan UMNO ditubuhkan ialah untuk menumbangkan Malayan Union, yang diwujudkan oleh British untuk menyatukan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Rancangan British ialah untuk menguasai pemerintahan negeri-negeri di Tanah Melayu, manakala raja-raja dijadikan ketua agama dan adat di negeri masing-masing. Malangnya tanpa merujuk kepada rakyat Melayu raja-raja Melayu kesemuanya menandatangani perjanjian gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh utusan British, Sir Mac Micheal. UMNO menentangnya dengan hebat. Di merata-rata tempat, terutama di ibu-ibu negeri, perhimpunan raksasa orang Melayu diadakan bagi menentang Malayan Union. Akhirnya, Malayan Union dikuburkan dan digantikan dengan satu perjanjian baru dalam tahun 1948 yang dinamakan Federation of Malaya Agreement. Menurut Ghafar: Federation of Malaya Agreement adalah lanjutan Kolonial British terhadap negara kita. Minat Ghafar dalam politik membawa beliau kepada pidato Tunku. Pada 30 Ogos 1951 pertama kali saya mendengar pidato Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO, sewaktu Tunku berkunjung ke Melaka. Ucapan beliau meyakinkan saya bahawa perjuangan UMNO adalah tegas untuk mencapai kemerdekaan sesuai dengan perjuangan PKMM yang diharamkan dalam tahun 1948. Tetapi waktu itu UMNO ingin berjuang secara perlembagaan, bukannya dengan kekerasan seperti PKMM. Ghafar tidak membuang masa dan memasuki UMNO. Beliau terpilih menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Melaka hingga 1955, kemudiannya menjadi ketua UMNO bahagian itu selama 23 tahun berturut-turut tanpa bertanding. Di Perhimpunan Agung UMNO Melaka pada 1953 satu resolusi diluluskan menuntut British mengadakan pilihan raya di Malaya untuk menentukan hasrat rakyat sama ada mahu merdeka atau tidak. Pada mulanya UMNO menuntut hanya 60 peratus daripada ahli Federal Legislative Council dipilih oleh rakyat sebagai permulaan. Tetapi British menolak. Setahun kemudian, pada tahun 1954, sekali lagi Perhimpunan Agung Khas UMNO diadakan di Melaka. Kali ini UMNO Melaka membuat resolusi yang lebih keras iaitu mendesak British mengadakan pilihan raya seratus peratus. Akhirnya British bertolak ansur dengan UMNO yang mendesak mengadakan pilihan raya bagi memilih 52 orang wakil dalam Dewan Undangan Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) yang mengandungi 98 orang ahli. Parti yang menang dalam pilihan raya mendapat tujuh kerusi tambahan (nominated members). - Pilihan raya 1955

34 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

UMNO meletakkan 35 orang calon dalam pilihan raya yang berlangsung pada 27 Julai 1955. MCA 15 dan MIC 2. Ghafar salah seorang calon yang bertanding di kawasan Melaka Luar dengan mendapat majoriti 26,226 undi mengalahkan Jaafar Tan, calon Parti Negara yang hilang deposit. Parti Perikatan yang didukung oleh UMNO, MCA, MIC menang 52 kerusi dan kalah satu kerusi di Kerian, Perak kepada calon tunggal Pas, Haji Ahmad Haji Husin. Ketika UMNO bertapak di Melaka ia menjalankan kegiatannya di sebuah bangunan buruk No. 47, Mill Road, Pekan, Melaka. Bangunan ini dipinjamkan oleh seorang sahabat Ghafar, Tambi Abdullah, untuk dijadikan pejabat UMNO Bahagian Melaka dengan percuma. Waktu itu UMNO tidak mampu mengadakan seorang budak pejabat. Jadi saya sendiri membersihkan pejabat setiap hari dan menaip surat-surat. Di sebelah malam saya berkempen menghidupkan UMNO yang baru bertapak itu. Dalam tahun 1951 UMNO Melaka mempunyai 49 ahli. Ketika dipilih menjadi Setiausaha Bahagian, bilangannya meningkat lebih 30,000 orang, kata Ghafar. Ghafar meninggalkan UMNO Melaka pada tahun 1972 setelah dipecahkan kepada empat bahagian mengikut kawasan pilihan raya pada waktu itu. - Kemerdekaan 1957 Pada tahun 1956, setahun selepas pilihan raya kebangsaan yang pertama, rombongan rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman berangkat ke England untuk mendapat persetujuan British supaya Malaya menjadi sebuah negara merdeka pada tahun 1957. Pergerakan Pemuda UMNO membuat ketetapan supaya tarikh kemerdekaan negara dimaktubkan pada 31 Ogos 1957. Perjanjian menyerahkan kembali kemerdekaan Malaya ditandatangani di London pada 8 Februari 1956, iaitu jatuh pada hari jadi Tunku. Sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, UMNO Melaka mencadangkan supaya pengisytiharan tarikh kemerdekaan itu dibuat di Melaka kerana negeri itu dianggap negeri bersejarah. Oleh itu Perikatan Melaka menubuhkan `Jawatankuasa Sambutan yang dipengerusikan oleh Muhammad Abdul Rahman, Ketua Pemuda UMNO. Sambutan yang sepatutnya dibuat pada petang 20 Februari 1956 tetapi diubah kepada sebelah pagi. Perubahan ini dibuat atas kehendak Ibu Pejabat UMNO kerana di sebelah petang satu perhimpunan lagi akan diadakan di Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan Tunku dengan rombongannya. Tetapi Jawatankuasa Sambutan di Melaka membantah kehendak Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur. Mereka bercadang untuk menculik Tunku apabila kapal terbang yang dinaiki beliau mendarat di Melaka pada sebelah pagi supaya pengisytiharan tarikh kemerdekaan itu tetap diadakan di sebelah petang juga seperti jadual asalnya.

35 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Ghafar menjelaskan: Saya tidak bersetuju dengan rancangan Pemuda UMNO ini dan atas sifat saya sebagai Ketua Bahagian saya membubarkan Jawatankuasa Sambutan itu dan mengambil alih semua kerja-kerja sambutan kepulangan Tunku. Pada 18 Februari 1956 Ghafar ke Singapura dengan menaiki kapal terbang Dakota. Inilah kali pertama pengalaman saya menaiki kapal terbang. Katanya, dia ke Singapura untuk memberitahu Hamid Jumat, Ketua UMNO Singapura, supaya jangan membuat apa-apa sambutan bagi kepulangan Tunku kerana dia berharap pengisytiharan tarikh kemerdekaan dibuat di Melaka juga dan bukan di tempat lain. Pada 19 Februari 1956 Ghafar mengarahkan semua ahli-ahli UMNO memberitahu rakyat di seluruh Melaka bahawa pengisytiharan tarikh kemerdekaan tetap dibuat di sebelah pagi pada 20 Februari 1956, dan bukan di sebelah petang seperti yang dirancangkan oleh Jawatankuasa Sambutan yang telah dibubarkan itu. Akhirnya, kerja-kerja Ghafar mengumpulkan orang berjaya. Bukan sahaja penduduk Melaka, bahkan penduduk seluruh negara telah berhimpun seramai 100,000 orang di Padang Bandar Hilir, (sekarang diberi nama Padang Pahlawan) bagi menyambut kepulangan Tunku dan rombongannya dari London memberi ucapan aluannya sebelum Tunku mengisytiharkan tarikh kemerdekaan.. 1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak, mewakili Raja-Raja Melayu. 2. Tun Tan Cheng Lock wakil masyarakat Cina, dan 3. Tun Sambanthan, wakil masyarakat India Sebagai pengerusi, Ghafar turut berucap mengalu-alukan kejayaan rombongan rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku itu. Di antara lain Ghafar berkata:Pada 450 tahun yang lalu di sinilah tempatnya datuk nenek orang Melayu Melaka berkorban dalam perjuangan menentang imperialis. Pada hari ini, 450 tahun kemudian, walaupun sudah sekian lama jasad datuk nenek kita hilang ditelan bumi, tetapi rumput-rampai, air laut yang ada di sekeliling kita pada hari ini menjadi saksi bahawa roh datuk nenek kita hidup semula dan menyaksikan anak cucunya yang telah menyambung perjuangannya sekian lama dapat menebus kembali kemerdekaan Melaka yang telah hilang itu. Rakyat Melaka terhutang budi kepada Tunku Abdul Rahman kerana dengan usahanya yang gigih Melaka, yang telah diperintahkan berkurunkurun lama oleh penjajahan Barat dan Timur, dapat dikembalikan kemerdekaannya tidak lama lagi. Menurut Ghafar, Tunku, sebagaimana biasa, berucap dengan nada sederhana tetapi penuh bererti. Setelah menghuraikan beberapa perkara penting yang dinukil dalam perjanjian kemerdekaan yang ditandatangani di London, maka sampailah saat yang ditunggu-tunggu untuk Tunku mengisytiharkan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Malaya. Kata Ghafar mengingati saat-saat bersejarah dan penuh kenangan itu: Masih dapat saya gambarkan sehingga hari ini kedengaran tempik sorak 100,000 rakyat di Padang Bandar Hilir dengan penuh perasaan terharu bercampur riang gembira yang tidak terhingga kerana perjuangan besar rakyat Malaya telah mencapai kejayaan dengan sepenuh-penuhnya.

36 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Tunku telah dihadiahkan sebilah keris berumur 100 tahun oleh UMNO Cawangan Simpang, Melaka. Di sebelah petang, satu lagi perjumpaan raksasa dalam hujan lebat diadakan di Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan Tunku dan rombongan beliau. Salah satu isu yang dirundingkan di London ialah menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas yang diketuai oleh Lord Reid yang kemudian dikenali dengan Suruhanjaya Reid. Wakil-wakil daripada negara Pakistan, India, Australia dan Great Britain menjadi ahli-ahli suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan Malaya Merdeka. Perikatan memainkan peranan penting dengan mengemukakan beberapa cadangan dan pindaan ke atas perlembagaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid. Kata Ghafar: Saya berasa bangga kerana dapat bersama sebagai Ahli Badan Perundangan tersebut meluluskan perlembagaan buat kali pertama untuk melahirkan sebuah negara Malaya yang merdeka penuh. Dalam tahun 1957 Ghafar mengingati satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Katanya: Pada 30 Ogos 1957 ketika saya sedang bekerja di pejabat UMNO Melaka tiba-tiba seorang ahli UMNO datang memberitahu bahawa satu upacara sedang berlangsung di Padang Bandar Hilir di mana pegawai-pegawai British yang diketuai oleh Resident Commissioner, Mr. Hammet, akan menurunkan dengan rasminya bendera Union Jack yang menjadi lambang pemerintahan kolonial di Melaka sejak tahun 1895. Oleh itu, saya dengan serta-merta berlari ke tempat tersebut kerana ingin menyaksikan bendera British (Union Jack) yang terakhir diturunkan. Peristiwa itu merupakan satu sejarah penting bagi diri saya, kata Ghafar. Beliau masih ingat dengan jelas di upacara itu, dua orang anggota tentera laut British menurunkan perlahan-lahan bendera Union Jack disaksikan oleh Resident Commissioner Melaka yang terakhir. Katanya, upacara itu juga disaksikan oleh beberapa orang penarik beca yang berehat di situ. Bendera itu dilipat dengan kemas kemudian dua orang anggota tentera tersebut membawa bendera Union Jack ke tepi pantai dan dengan sebuah perahu ia kemudian dibawa naik ke kapal yang sedang menunggu untuk dibawa balik ke England dan disimpan dalam muzium di London, kata Ghafar. Ghafar tidak menyembunyikan perasaannya: Saya merasa satu kepuasan menyaksikan peristiwa tersebut kerana saat itulah yang saya tunggu-tunggu setelah bertahun-tahun lamanya berjuang untuk menentukan pemerintahan British dihapuskan daripada bumi Melaka dan Malaya. Selepas itu Ghafar menuju ke Kuala Lumpur menaiki teksi untuk menyaksikan upacara menurunkan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor. Di hadapan ribuan manusia tepat pada pukul 12.00 malam bendera itu diturunkan oleh pemuda-pemuda UMNO yang diketuai oleh Tahir Majid. Berbeza dengan penurunan Union Jack di Melaka kerana yang menurunkan Union Jack di Melaka ialah orang Inggeris sendiri, kata Ghafar.

37 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Pada esok paginya dalam hujan renyai-renyai, tetapi di bawah cahaya matahari yang terangbenderang, hampir 100,000 orang berkumpul di Stadium Merdeka yang baru berumur setahun dibina oleh Tunku untuk menyaksikan upacara pengisytiharan kemerdekaan. Perisytiharan ini dibaca oleh Tunku sendiri atas sifatnya sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu disaksikan oleh kesemua Raja-Raja Melayu dan Wakil Baginda Queen dan Duke of Gloucester. Tunku meneriak perkataan Merdeka sebanyak 31 kali sempena tarikh pengisytiharan yang disambut dengan penuh bersemangat oleh setiap rakyat yang hadir. Ghafar sekali lagi berpeluang menyaksikan peristiwa yang bersejarah ini dengan bangganya. Pada sebelah petangnya beliau pulang ke Melaka untuk menyaksikan pengisytiharan pembebasan negeri Melaka dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pada mulanya saya berhajat memulaukan majlis tersebut kerana saya telah berselisih faham dengan Tunku bersabit dengan pelantikan gabenor Melaka yang pertama. Katanya, dia tidak membantah pelantikan seorang Cina menjadi gabenor Melaka. Tetapi apa yang sangat dia inginkan ialah untuk melihat gabenor yang pertama itu mestilah orang Melayu kerana Melaka asalnya mempunyai raja dan juga sebagai sebuah negeri yang tertua lagi bersejarah. Malangnya, Tunku tidak dapat mengubah keputusan yang telah dibuat bersama-sama dengan baginda Queen di London. Sebagai tolak ansur saya diamanahkan oleh Tunku untuk membaca surat kemasukan Melaka sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat, jelasnya. Masih jelas dalam ingatannya selepas Gabenor Leong Yew Koh memberi ucapan ringkas, beliau menyaksikan bendera Melaka buat kali pertama dinaikkan atas puncak tiang sebagai tanda lahirnya negeri Melaka yang merdeka dan berdaulat. Ghafar kemudian ditugaskan mengetuai sebuah jawatankuasa untuk melukis bendera Melaka. Warna biru yang ada pada bendera Melaka sekarang ini pada asalnya mengikut cadangan saya ialah warna hijau. Tetapi Tunku mahukan warna biru, mungkin mengingati warna biru ialah warna Parti Perikatan, kata Ghafar. Terang Ghafar lagi mengenai perkara ini: Warna merah pada bendera negeri Melaka melambangkan keberanian, warna putih melambangkan kesucian, bulan dan bintang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu zaman dahulu dan bintang yang berbucu lima melambangkan rukun Islam. Menurut Ghafar, tiga bulan sebelum diisytiharkan kemerdekaan Tunku menawarkan jawatan Ketua Menteri Melaka yang pertama kepada beliau. Tetapi dia menolak kerana dia tidak mahu menjadi Ketua Menteri yang dilantik sedangkan pelantikan itu hanya untuk selama dua tahun sahaja. Pada fikirannya tidak banyak pembangunan yang boleh dilaksanakan bagi menjadi modal Perikatan untuk menghadapi pilihanraya dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1959. Akhirnya, Datuk Othman Talib, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama (yang dilantik) selama dua tahun.

38 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Pada tahun 1959 pilihan raya diadakan di Melaka bagi memilih semua seramai 20 orang ahli Dewan Undangan Negeri. Tunku mendesak saya supaya bertanding. Pada mulanya saya enggan menerima tawaran itu, kata Ghafar. Dengan izin Allah Parti Perikatan menang 100 peratus (20 kerusi) yang ditandingkan. Kemudian Tun Razak dan Manickavasagam, Presiden MIC, datang ke Melaka untuk memujuk beliau menjadi Ketua Menteri. Dalam ceritanya yang diberi kepada saya, Ghafar mengaku: Saya berasa berat untuk menerima tawaran itu. Sebaliknya saya mengemukakan beberapa nama lain yang difikirkan lebih layak untuk menjadi Ketua Menteri. Tetapi kesemua nama-nama itu ditolak oleh Tunku. Pada esok harinya Tunku menghantar sebuah kapal terbang tentera ke Melaka membawa saya ke Kuala Lumpur bertemu dengannya untuk memujuk saya menerima tawaran tersebut. Pada tahun 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pada waktu yang sama beliau masih menjadi Ketua Menteri Melaka. Oleh kerana saya terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi Mara sambil menjadi Ketua Menteri Melaka, maka selepas enam bulan kemudian saya mengambil keputusan meletakkan jawatan Ketua Menteri dan memegang satu jawatan sahaja iaitu Pengerusi Mara. Saya berpendapat adalah lebih penting menjadi Pengerusi Mara untuk membolehkan saya membantu orang Melayu di seluruh negara, sedangkan sebagai Ketua Menteri Melaka saya hanya dapat membantu segelintir rakyat di negeri itu sahaja. Setahun kemudian, dalam tahun 1968, Ghafar dilantik pula menjadi Senator dan Menteri Tak Berportfolio dalam Kabinet Tunku. Sebenarnya, kata Ghafar, sejak tahun 1967 lagi Tunku telah mulai menyebut-nyebut hendak membawa beliau masuk dalam Jemaah Menteri Kerajaan Pusat. Setiap kali beliau membuat tawaran itu saya menolak dengan baik. Peristiwa ini bermula pada satu hari semasa beliau bertemu dengan Tunku di Royal Selangor Golf Club. Di pertemuan ini Tunku memberitahunya supaya mendengar berita radio pukul 1.30 tengah hari pada hari itu. Saya sudah pun menduga bahawa berita yang akan saya dengar itu ialah untuk melantik saya menjadi Menteri Kerajaan Pusat. Jadi saya meminta beliau supaya menggugurkan cadangan itu. Tetapi Tunku hanya tersenyum dan berdiam diri. Selepas itu saya menelefon Tun Razak supaya memujuk Tengku agar tidak meneruskan cadangannya. Permintaan saya akhirnya berhasil kerana berita radio pukul 1.30 tengah hari itu tidak menyiarkan apa-apa berita mengenai diri saya. Menurut Ghafar, kebetulan pada hari Tunku mencadangkan untuk melantiknya dalam Kabinet beliau telah bersiap untuk memulakan lawatan ke Kesatuan Soviet bagi kali pertama. Sungguhpun lawatan itu bukan lawatan rasmi kerana saya telah meletakkan jawatan Ketua Menteri, tetapi saya diberi sambutan meriah. Saya menjadi tetamu negara mungkin kerana sistem komunis memandang tinggi kepada ketua-ketua parti politik. Kebetulan juga pada waktu itu saya masih memegang jawatan Naib Presiden UMNO, kata Ghafar menceritakan bagaimana beliau boleh sampai ke Soviet dalam tahun 1967. Dari Rusia Ghafar terus ke Mekah menunaikan fardu haji. Dalam perjalanan balik beliau singgah di Bangkok. Katanya: Saya terperanjat melihat Duta Malaya ke Bangkok, Hamid Pawanteh, datang menemui saya tergesa-gesa dan mengucapkan tahniah. Rupa-rupanya Hamid baru sahaja

39 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

mendengar berita radio yang saya telah dilantik menjadi Menteri Kerajaan Pusat, iaitu Menteri Tak Berportfolio. Ghafar merasakan peristiwa ini amat lucu kerana Tunku tidak putus asa untuk memberi jawatan kepadanya yang dia tolak dengan bersungguh-sungguh. PILIHAN raya pada 11 Mei 1969 membawa malapetaka kepada Perikatan dan negara. Pada 13 Mei 1969 berlaku peristiwa berdarah yang paling buruk iaitu pergaduhan kaum di Malaysia. Menurut Ghafar, sebelum pilihan raya itu beliau sendiri menduga isu besar dalam pilihan raya tersebut ialah soal perkauman. Walaupun Perikatan menang dalam pilihan raya itu, tetapi kedudukan politik bergelora kerana Perikatan kalah teruk di Pulau Pinang dan Kelantan. Pulau Pinang jatuh ke tangan Gerakan dan di Kelantan Pas terus berkuasa. Wong Pau Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang dan kesemua barisan Exconya kalah. Di Selangor, Perikatan tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana kekurangan satu suara. Beberapa orang Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan kalah, termasuk Tan Sri Senu Abdul Rahman, Menteri Penerangan, Dr. Lim Swee Aun, Menteri Perdagangan, Tan Sri Zahir Ismail (bekas Speaker Dewan Rakyat) dan juga Tun Dr. Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri). Pada 11 Mei 1969, kata Ghafar, sehari selepas pilihan raya itu, parti pembangkang yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Cina, mengadakan perarakan besar di Kuala Lumpur untuk merayakan kemenangan parti mereka. Pada keesokan hari UMNO pula mengadakan perarakan dan akhirnya tercetus pergaduhan. Mengenangkan peristiwa itu, Ghafar masih ingat bahawa pada 12 Mei 1969 Saya berada di Royal Selangor Golf Club bersama-sama dengan James Bell, Duta Amerika Syarikat. Tiba-tiba saya dipanggil oleh Tun Razak ke rumahnya. Dalam pertemuan itu kami berbincang tentang keputusan pilihan raya yang buruk itu. Semasa kami sedang berbincang, tiba-tiba Tunku pula memanggil Tun Razak Hussein ke kediamannya. Saya turut sama. Tunku memberitahu bahawa pergaduhan kaum telah tercetus di Kuala Lumpur. Kami bertiga pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawaipegawai polis di situ. Pada sebelah malamnya Tunku mengambil keputusan mengisytiharkan darurat setelah memaklumkan hal itu kepada yang di-Pertuan Agong. Ghafar ditugaskan menjadi pengerusi jawatankuasa menyediakan barang-barang keperluan untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur yang telah diisytiharkan berkurung. Pada tahun 1973 Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri, meninggal dunia. Pada waktu itu Tun Razak berada di Jamaica menghadiri Persidangan Komanwel. Sekembalinya dari Jamaica, Tun Razak memanggil Ghafar ke rumahnya untuk membincangkan pengganti Tun Dr. Ismail. Menurut Ghafar: Saya tidak berlengah-lengah lagi mencadangkan agar Tun Hussein Onn, salah seorang Naib Presiden UMNO, diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Keesokan harinya, Majlis Tertinggi UMNO menerima Hussein Onn menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Pemangku Timbalan Presiden UMNO. Ramai tidak mengetahui bahawa dalam tahun 1974, Ghafar memohon berhenti menjadi Menteri, tetapi tidak disetujui oleh Tun Razak. Dalam tahun 1975 sekali lagi beliau menghantar40 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

surat rasmi hendak berhenti. Kali ini pun ditolak. Tun Razak secara terus terang berkata kepada Ghafar bahawa jika sesuatu berlaku ke atas Tun Hussein (kerana uzur pada waktu itu), beliau akan melantik Ghafar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi apa yang telah berlaku adalah sebaliknya. Tun Razak terlebih dahulu kembali ke rahmatullah dan Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri. Menjelaskan hubungannya dengan Tun Razak, Ghafar berkata : Hubungan saya dengan Tun Razak amat akrab. Beliau membawa saya ke negara Jepun. Bersama-sama dengannya kami ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tun membawa saya ke Bangkok menghadiri sidang damai MalaysiaIndonesia dan ke Jakarta untuk menandatangani perjanjian damai Malaysia-Indonesia yang ditandatangani oleh beliau bagi pihak Malaysia dan Adam Malik bagi pihak Indonesia. Dalam lawatan ini saya menemui Presiden Sukarno buat kali pertamanya. Pada waktu itu beliau tidak berkuasa lagi kerana pemerintahan telah beralih tangan kepada Jeneral Suharto. Beliau amat terhutang budi kepada Tun Razak dan juga Tunku. Dengan sokongan kedua-dua mereka inilah, katanya, beliau dapat menyertai politik di peringkat kebangsaan sehingga Dr. Mahathir menaruh kepercayaan kepadanya dan mempelawa untuk menjadi timbalannya dalam tahun 1986. Tun Razak meninggal dunia di London ketika menjalani rawatan. Ghafar menceritakan bagaimana pada suatu hari selepas makan tengah hari beliau tertidur dan bermimpi didatangi oleh seorang yang memakai baju putih dan bercakap dalam bahasa Inggeris memberitahu beliau Tun Razak is dead. Saya tersentak dan terkejut daripada tidur. Beberapa minit kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada Hussein Onn yang menjemput saya datang ke rumahnya kerana hendak membincangkan satu masalah yang `sangat besar. Apabila saya sampai ke rumahnya, Hussein Onn memberitahu saya bahawa Tun Razak sedang sakit kuat. Selang tak berapa lama kemudian, Tan Sri (kini Tun) Ghazali Shafie pula sampai dan membawa khabar yang lebih buruk. Katanya, Tun Razak telah meninggal dunia. Keadaan menjadi kaku. Kami semua diselubungi oleh perasaan sedih yang tidak terhingga. Saya melarikan diri ke dalam bilik air kerana tidak dapat menahan perasaan dan mencurahkan air mata yang tidak dapat ditahan-tahan. Saya merasa diri saya dan seluruh rakyat telah hilang tempat bergantung dan sukar hendak mencari pemimpin penggantinya. Beliau ialah seorang pemimpin yang bekerja keras, jujur, baik dan disegani oleh pihak kawan dan lawan. Ghafar menceritakan satu peristiwa dalam tahun 1976 di mana beliau ditugaskan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengebumian Jenazah Allahyarham Tun Razak. Jenazah Tun Razak dibawa balik dari London dan diletakkan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Taman. Kata Ghafar : Kira-kira jam 3.00 pagi orang telah pun tidur kerana keletihan, kecuali saya dan beberapa orang ahli keluarganya sahaja yang masih duduk menghadap jenazah tersebut. Tibatiba saya teringat keranda jenazah Tun Razak yang dibawa dari London itu tidak sesuai. Jadi sebuah keranda baru mesti dibuat segera.41 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Saya serta-merta memerintah polis supaya mencari seorang tukang kayu untuk membuat keranda baru mengikut yang biasa digunakan. Nasib baik keranda itu dapat disiapkan sebelum pukul 10.00 pagi esoknya. Pengebumian tidak boleh ditangguhkan. Bukan sahaja masa pengebumian telah diisytiharkan kepada umum, malah kita perlu menghormati pemimpinpemimpin negara yang akan datang memberi penghormatan terakhir kepada Tun. Kata Ghafar lagi: Lebih 200,000 rakyat, terutama yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tun Razak di bangunan Parlimen. Banyak cermin dinding bangunan Parlimen pecah kerana orang ramai berpusu-pusu dan tolak-menolak untuk masuk ke situ memberi penghormatan kepada Allahyarham Tun. Di antara pembesar negara asing ialah Presiden Ferdinand Marcos dari Filipina, Adam Malik dari Indonesia dan Tun Thanat Khoman, Menteri Luar Thailand. Mereka beratur bersama-sama rakyat di upacara pengebumian Tun Razak di makam Masjid Negara. Berharap Apabila Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, kata Ghafar, beliau memaklumkan kepadanya untuk tidak menyertai Kabinet. Saya ditawarkan menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Menteri Pertanian. Selepas itu jawatan itu ditinggalkan kosong selama tiga bulan kerana Tun Hussein berharap Ghafar akan menukar fikiran dan menerima jawatan itu. Tetapi saya tetap menolak dan meninggalkan Kabinet, demikian tegasnya. Kemudian pada suatu malam Ghafar dijemput oleh Tun Hussein ke rumahnya untuk membincangkan rombakan semula Kabinet. Turut hadir pada malam itu ialah Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan. Hussein Onn berhasrat hendak memberhentikan tiga orang menteri penuh dan tiga orang Timbalan Menteri. Saya telah diminta oleh Tun Hussein supaya menyampaikan keputusannya ini kepada mereka yang berkenaan, kata Ghafar. Selepas pilihan raya 1978, Tun Hussein sekali lagi meminta saya kembali ke Kabinet menjadi Menteri bagi hal ehwal bandar raya Kuala Lumpur. Saya menolak juga tetapi terus memegang jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional yang saya pegang semenjak 1974 kerana saya ingin berkhidmat kepada parti dan membantu kerajaan dari luar. Dalam tahun 1981, setelah Tun Hussein mengundurkan diri kerana uzur, Dr. Mahathir yang menggantikan Tun Hussein pernah meminta saya menjadi Menteri Pelajaran dalam Kabinetnya, tetapi saya menolak dengan baik. Namun saya terus menyokong kerajaan pimpinan Dr. Mahathir secara terbuka. Dalam tahun 1983 satu krisis perlembagaan telah berlaku. Majlis Tertinggi UMNO memutuskan supaya sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ghafar. Ahli-ahlinya terdiri daripada Datuk Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Kamaruddin Mat Isa, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Mustapha Jabar, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Marina

42 | P a g e TUN GHAFAR BABA WIRA MELAYU DAN MALAYSIA

Yusof, seorang peguam dan bekas pemimpin wanita UMNO. Tugas jawatankuasa ini ialah bagi menemui Raja-Raja Melayu untuk menjelaskan tujuan pindaan perlembagaan itu. Dalam ucapan penutupnya di perjumpaan itu, Ghafar memberi pandangan beliau bahawa kedaulatan Raja-Raja terletak dalam sanubari hati rakyat. Jika rakyat bersimpati dan menaruh perasaan kasih sayang kepada Raja-Raja, maka pemerintahan Raja Berperlembagaan akan berkekalan. Dalam bulan Mac 1986 Tan Sri Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Majlis Tertinggi UMNO bersidang hingg