kepentingan aktiviti kokurikulum serta strategi untuk menarik minat pelajar dalam menerapkan...

12
KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI Oleh: Uzana Binti Ismail Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh 1.0 PENDAHULUAN Kolej Komuniti memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat dengan menyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan, latihan dan program pembelajaran sepanjang hayat. Abdul Rahim (2000) menyatakan dalam era pembangunan menuju abad ke-21, masyarakat dan negara amnya menuntut supaya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melahirkan graduan yang berkualiti dan cemerlang. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Falsafah pendidikan merupakan panduan dan dikenali sebagai FPK. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di peringkat Kolej Komuniti merupakan saluran yang paling berkesan dalam merealisasikan FPK terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya akan menjana tenaga manusia yang berkemahiran tinggi selaras dengan misi dan visi Kolej Komuniti. Dasar dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di dalam sistem pendidikan di negara kita bukanlah satu isu baru yang dibincangkan . Aktiviti kokurikulum yang diterapkan dalam sistem pendidikan adalah salah satu daripada pendekatan strategik untuk merealisasikan FPK yang merupakan sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur kepada semua usaha dan rancangan pendidikan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai sahsiah diri yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jika dilihat daripada intipati FPK, ia bolehlah ditafsirkan sebagai suatu hasrat untuk

Upload: upenkktm

Post on 14-Aug-2015

6.405 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Aktiviti kokurikulum yang diterapkan dalam sistem pendidikan adalah salah satu daripada pendekatan strategik untuk merealisasikan FPK yang merupakan sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur kepada semua usaha dan rancangan pendidikan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai sahsiah diri yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK

MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI

KOLEJ KOMUNITI

Oleh:

Uzana Binti Ismail

Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

1.0 PENDAHULUAN

Kolej Komuniti memainkan

peranan utama dalam pembangunan

modal insan masyarakat setempat

dengan menyalurkan pengetahuan dan

kemahiran serta menyemai nilai dan

etika positif melalui pendidikan, latihan

dan program pembelajaran sepanjang

hayat. Abdul Rahim (2000) menyatakan

dalam era pembangunan menuju abad

ke-21, masyarakat dan negara amnya

menuntut supaya Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) melahirkan graduan yang

berkualiti dan cemerlang. Dalam

konteks pendidikan di Malaysia,

Falsafah pendidikan merupakan

panduan dan dikenali sebagai FPK.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di

peringkat Kolej Komuniti merupakan

saluran yang paling berkesan dalam

merealisasikan FPK terutamanya dalam

konteks melahirkan pelajar yang

seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial yang akhirnya

akan menjana tenaga manusia yang

berkemahiran tinggi selaras dengan

misi dan visi Kolej Komuniti.

Dasar dan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum di dalam sistem

pendidikan di negara kita bukanlah satu

isu baru yang dibincangkan . Aktiviti

kokurikulum yang diterapkan dalam

sistem pendidikan adalah salah satu

daripada pendekatan strategik untuk

merealisasikan FPK yang merupakan

sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur

kepada semua usaha dan rancangan

pendidikan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang mempunyai

sahsiah diri yang seimbang dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jika

dilihat daripada intipati FPK, ia bolehlah

ditafsirkan sebagai suatu hasrat untuk

Page 2: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

memastikan usaha berterusan dalam

bidang pendidikan. Antara lainnya

memperkembangkan potensi individu

secara berterusan melalui proses

pendidikan meliputi keseimbangan

rohani, jasmani, emosi dan

intelek.Kokurikulum dikenali sebagai

kurikulum tambahan, pendidikan untuk

waktu lapang ataupun aktiviti kelas

tambahan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum

adalah sebahagian kurikulum formal

yang merangkumi aktiviti-aktiviti

persatuan, kelab, sukan dan permainan

serta unit beruniform yang dijalankan di

luar bilik darjah. Collins (1973)

merumuskan bahawa apa jua aktiviti

selain kurikulum di sekolah-sekolah

dalam konteks pembelajaran murid

dianggap sebagai kokurikulum. Abdul

Alim (1994) pula menganggap

kokurikulum sebagai aktiviti-aktiviti

yang masih bersifat pendidikan yang

dilaksanakan di dalam dan di luar

institusi pendidikan tanpa mengabaikan

aspek-aspek kurikulum.

Aktiviti kokurikulum diasaskan

berdasarkan falsafah bahawa semua

pelajar perlu mempunyai keseimbangan

rohani, jasmani, emosi dan intelek. Para

pelajar juga dipercayai mempunyai

minat, bakat serta kemahiran yang

boleh dimajukan. Dalam falsafah

kokurikulum turut menyatakan bahawa

semua pelajar boleh dididik dan

mempunyai kemahiran untuk mendidik

diri sendiri dan orang lain. Malah, kolej

komuniti serta institusi yang

bertanggungjawab perlu membantu

pelajar tersebut untuk merealisasikan

bakat dan potensi mereka.

2.0 AKTIVITI KOKURIKULUM

DAPAT MENERAPKAN FPK DI

KALANGAN PELAJAR KOLEJ

KOMUNITI.

Tujuan utama kokurikulum

adalah berlandaskan kepada FPK itu

sendiri iaitu untuk memupuk minat,

kegemaran dan kepandaian istimewa

pelajar, mengembangkan keperluan

intelek, kebolehan dan bakat kreatif,

meluaskan bidang ilmu pengetahuan,

mempertingkatkan kesihatan jasmani

dan kemahiran pemikiran, memupuk

nilai moral, estetik, rohani dan sosial

serta melapangkan jiwa murni. Di

samping itu, pelaksanaan aktiviti

kokurikulum adalah bertujuan

mengembangkan potensi mental, sosial,

jasmani dan rohani pelajar secara

optimum. Ini kerana pendidikan yang

dijalankan di dalam kelas lebih

memfokuskan kepada kecerdasan

intelektual perkembangan bakat dalam

Page 3: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

kemahiran seseorang individu. Justeru

itu, aktiviti kokurikulum adalah

pendidikan di luar kelas dan merupakan

pendidikan tidak formal serta perlu

dilaksanakan bagi memberi ruang

seseorang individu untuk

memperkembangkan kemampuan

rohani dan jasmani mereka serta

keperluan emosi dan intelek. Apabila

keseimbangan ini tercapai maka secara

tidak langsung akan melahirkan

generasi Malaysia yang memenuhi ciri-

ciri yang terkandung dalam pengertian

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kesemua aktiviti kokurikulum ini

memainkan peranan tersendiri dalam

mengimbangi potensi individu dari

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

pelajar ke tahap yang cemerlang serta

secara menyeluruh dan bersepadu.

Potensi individu mengikut setiap aspek

boleh dihuraikan seperti dibawah:

i) Unsur rohani : Mengandungi sifat

kejiwaan dan kebatinan yang baik

serta berupaya berdisiplin kendiri

dan membentuk akhlak mulia.

ii) Unsur Jasmani : Berupaya memberi

tumpuan kepada perkembangan

angota-angotatubuh badan dengan

cekap dan sihat.

iii) Unsur Emosi : Mempunyai perasaan

jiwa yang sihat serta berupaya

memperkembang kecerdasan emosi

ke tahap yang matang.

iv) Unsur Intelek : Berupaya memberi

tumpuan kepada daya berfikir

secara kritis dan kreatif

Melalui pelaksanaan aktiviti

kokurikulum di Kolej Komuniti, pelajar

banyak didedahkan dengan program

pembangunan modal insan yang

bertujuan untuk membangunkan

sahsiah diri pelajar dan menjadikan

pelajar insan yang mempunyai

keseimbangan rohani. Aspek

kerohanian dalam diri pelajar ini

dibentuk menerusi aktiviti-aktiviti

kokurikulum yang berteraskan

kerohanian dan ilmiah seperti program

ceramah motivasi dan ceramah agama

yang biasanya dikelolakan melalui unit

bimbingan kaunseling dan kerjaya.

Melalui aktiviti kokurikulum ini,

pelajar juga dilatih untuk mengamalkan

akhlak yang baik serta didedahkan

dengan cara untuk membentuk

kekuatan dalaman yang berkonsepkan

kepada pegangan agama dan amalan

kepercayaan kepada tuhan. Para

pensyarah yang mengurus aktiviti

kokurikulum bertindak memberi

Page 4: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

bimbingan dan nasihat yang berkaitan

dengan akidah, ibadah dan akhlak.

Pelaksanaan dan penganjuran aktiviti

dan program-program ilmiah ini akan

dapat membangunkan sahsiah diri

pelajar. Di samping itu, program-

program yang berunsurkan prinsip-

prinsip kerohanian secara tidak

langsung akan membentuk pelajar

supaya mempunyai sifat-sifat percaya

kepada Tuhan, beradab, berusaha, taat,

bertanggungjawab, jujur, ikhlas, dapat

mengawal diri, tolong menolong,

berkemahiran, berdaya tahan dan

sebagainya.

Aspek jasmani amat ditekankan

dalam proses pendidikan kerana akal

yang sihat bermula pada tubuh yang

sihat. Kesihatan jasmani perlu dijaga

supaya tubuh dapat memikul jiwa yang

besar dan dapat membantu akal untuk

belajar. Nabi SAW juga menyuruh

umatnya memelihara kesihatan dan

tubuh badan. Sabdanya yang bermaksud

“Badan itu juga memerlukan hak yang

harus engkau penuhi” ( Riwayat Bukhari

). Kepentingan pengisian jasmani yang

akan dapat melahirkan generasi pelajar

yang mempunyai sahsiah diri yang

seimbang yang mementingkan

kesihatan jasmani dalam menjalani

kehidupan seharian. Program-program

kokurikulum tersebut dirangka melalui

aktiviti sukan. Aktiviti kokurikulum

sukan dan permainan misalnya, adalah

satu-satunya aktiviti yang dapat

memberikan sumbangan terhadap

kesuburan jasmani, kemahiran dan

kecergasan serta ciri-ciri sosial yang

juga terdapat dalam aktiviti badan

beruniform mahupun dalam kelab dan

persatuan. Kegiatan sukan di sekolah

dan institusi pendidikan merupakan

saluran yang amat berkesan untuk

membina kecergasan di dalam diri

pelajar menerusi aktiviti fizikal dan

amalan kecergasan. Sukan dan

permainan memberi peluang kepada

pelajar untuk memperkembang fizikal,

sosial, mental dan emosi mereka sama

ada secara individu mahupun

berkumpulan. Menerusi aktiviti sukan

ini juga, pelajar akan dapat membina

kesihatan badan dan memperkembang

jasmani, rohani serta semangat

kesukanan mereka. Secara teori sains,

apabila badan sihat, kecerdasan otak

iaitu perkembangan intelek akan dapat

ditingkatkan secara optimum. Secara

tidak langsung kegiatan aktiviti

kokurikulum menerusi aktiviti sukan

akan dapat memberi sumbangan positif

terhadap kesegaran dan pertumbuhan

mental, sosial dan emosi.

Sebagai contoh, pertandingan

sukan bola sepak di peringkat institusi

Page 5: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

pengajian. Acara sukan ini dapat

melahirkan individu yang cergas dari

segi fizikal dan mental serta memupuk

semangat kerja berpasukan dikalangan

para pelajar. Program seperti ini

melahirkan pelajar yang mempunyai

jasmani yang sihat yang tidak hanya

tertumpu kepada kecemerlangan

akademik semata-mata tanpa bergiat

aktif dalam bidang kokurikulum. Selain

itu, pelajar dapat membina emosi yang

positif melalui semangat bekerjasama

serta menjana minda pelajar dalam

mengurus sesuatu aktiviti apabila

mereka berada di alam pekerjaan nanti.

Pengalaman sebegini akan melahirkan

pelajar yang bersikap progresif, dan

berdaya saing.

Selain itu, keseimbangan dari

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

turut dapat dibangunkan menerusi

aktiviti kelab dan berpersatuan.

Persatuan dan kelab boleh dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu persatuan

akademik dan bukan akademik.

Persatuan akademik adalah

berdasarkan kepada kurikulum

manakala persatuan bukan akademik

adalah berdasarkan hobi, rekreasi dan

seni bela diri. Menurut Abd.Rahman

(1994), persatuan akademik adalah

aktiviti-aktiviti yang masih bersifat

pendidikan yang dilaksanakan di dalam

dan di luar sekolah tanpa mengabaikan

aspek-aspek kurikulum. Dalam kelab

dan persatuan, pelajar mendapat

peluang untuk memupuk dan

seterusnya mengamalkan nilai-nilai

murni yang akan dapat membantu

membina perkembangan emosi

menerusi sikap yang ditonjolkan seperti

kerjasama di antara ahli persatuan yang

lain, semangat kekitaan dan perpaduan

dalam usaha untuk menjayakan projek-

projek yang dirancang oleh kelab dan

perstauan tersebut. Kelab dan

persatuan yang berasaskan kepada

mata pelajaran diwujudkan bagi tujuan

menambah minat dan kemahiran

pelajar-pelajar dalam mata pelajaran

tersebut. Persatuan-persatuan dalam

kategori ini adalah Persatuan Bahasa

Malaysia, Persatuan Sains dan

Matematik, Persatuan Bahasa Inggeris

dan sebagainya.

Penglibatan pelajar dalam

persatuan akan dapat mengembangkan

potensi mereka untuk mengaplikasikan

kemahiran yang dipelajari dalam bidang

berkaitan untuk diaplikasikan di dalam

aktiviti persatuan seperti aktiviti kuiz,

bahas dan pidato serta projek pelajar.

Sebagai contoh, aktiviti kuiz dalam

persatuan memberi peluang kepada

pelajar untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan dalam bidang yang

Page 6: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

berkaitan. Aktiviti bahas dan pidato

pula memberi peluang kepada pelajar

untuk menggunakan kemahiran bahasa

dalam mengeluarkan hujah dan

keupayaan berfikir untuk mematahkan

hujah dengan menggunakan fakta dan

kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis. Apabila seseorang pelajar terlibat

dalam aktiviti pertandingan, secara

tidak langsung pelajar akan membuat

persediaan yang rapi bagi menghadapi

pertandingan tersebut. Melalui aktiviti

ini wujudnya sifat berusaha, berani dan

yakin diri di kalangan pelajar dalam

menunjukkan bakat mereka di

pertandingan tersebut. Sifat-sifat ini

adalah perlu dalam diri setiap pelajar

bagi memastikan pelajar bukan sahaja

dapat menonjolkan diri dalam akademik

tetapi juga bukan akademik. Situasi ini

amat baik bagi membantu pelajar

mengawal emosi mengikut situasi yang

bakal dihadapi. Selain itu, sesetengah

aktiviti persatuan dan kelab

menggalakkan pelajar untuk melibatkan

diri dalam aktiviti projek. Pelajar dapat

menggunakan peluang tersebut untuk

mengaplikasikan pengetahuan

berasaskan bidang mereka di samping

dapat meningkatkan daya kreativiti.

Menerusi pengisian kokurikulum yang

dijalankan ini, pelajar dapat

meningkatkan penguasaan intelek yang

memberi tumpuan kepada daya berfikir

secara lebih kritis dan dinamis.

Selain itu, persatuan dan kelab

yang berunsur hobi dan rekreasi

bertujuan untuk menarik minat dan

mendedahkan pelajar dengan ilmu

pengetahuan dalam sesuatu bidang atau

hobi yang tertentu misalnya Persatuan

Senifoto, Seni Mempertahankan Diri,

Kelab Rekreasi dan sebagainya.

Kegiatan kokurikulum ini membolehkan

pelajar mengisi masa lapang dengan

aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan

menyeronokkan di samping dapat

membina kesihatan jasmani dan

kecerdasan emosi di kalangan pelajar.

Di dalam aktiviti ini juga, pelajar dapat

mengamalkan sikap toleransi terhadap

rakan-rakan sehingga melahirkan

pelajar yang bersikap progresif, berdaya

saing dan mempunyai kebolehpasaran.

Keseimbangan dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek juga

dapat dipupuk melalui aktiviti

kokurikulum yang berbentuk unit

beruniform. Kerajaan telah mengambil

langkah yang drastik dengan

mewujudkan badan berunfiorm di

institusi pendidikan. Umpama

serampang dua mata, kerajaan

memperkenalkan badan beruniform ini

bagi mengurangkan isu gejala sosial dan

juga memenuhi sukatan aktiviti di

Page 7: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

samada di sekolah mahupun di institusi

pendidikan. Melalui unit beruniform di

Kolej Komuniti khususnya, setiap

pelajar dapat mempelajari dan

membentuk diri memiliki kemahiran

insaniah yang seimbang iaitu disiplin

dan ketrampilan diri. Kedua-dua

komponen ini akan disemaikan kepada

semua pelajar agar mampu menjadi

generasi yang mempunyai tahap disiplin

yang tinggi, semangat daya saing dan

daya juang yang kental di disamping

semangat cintakan Negara yang

berterusan dengan sentiasa bersyukur

kepada Allah S.W.T iaitu berpegang

teguh kepada kepercayaan agama

masing-masing dalam setiap perkara

yang dilakukan.

Melalui aktiviti yang dianjurkan

oleh kelab rekreasi biasanya melibatkan

aktiviti perkhemahan di hutan atau

tempat-tempat rekreasi. Aktiviti

perkhemahan dipenuhi dengan pelbagai

aktiviti yang mencabar minda dan

menguji kesabaran. Aktiviti tersebut

memerlukan pelajar mempunyai tahap

keberanian yang tinggi dalam diri.

Keyakinan yang tinggi apabila

melakukan aktiviti yang sihat tersebut

pasti dapat memberikan kepuasan yang

sangat mengujakan. Selain itu, aktiviti

tersebut turut memerlukan kita untuk

mempamerkan riak-riak keseronokan.

Justeru, apabila kita melibatkan diri

dalam aktiviti rekreasi kita bukan sahaja

berupaya membina ketahanan emosi

dan jasmani bahkan kita dapat

menghindarkan diri daripada sebarang

gejala sosial yang kurang sihat dan tidak

bermoral. Jadi di sini, jelaslah akan

kepentingan aktiviti rekreasi dalam

mencapai kehendak yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, aktiviti kokurikulum

juga melatih pelajar untuk memupuk

nilai-nilai murni dalam personaliti diri.

Pelajar akan diberi tanggungjawab

untuk menjalankan tugas melalui

jawatan-jawatan yang dibentuk samada

dalam aktiviti berpersatuan, unit

beruniform dan juga sukan. Justeru itu,

sikap bertanggungjawab akan

mendorong pelajar untuk melaksanakan

tugas yang diamanahkan dengan

bersungguh-sungguh. Pelajar juga

didedahkan dengan pelbagai masalah

yang timbul dalam aktiviti kokurikulum.

Masalah merupakan cabaran dan

latihan terbaik untuk melahirkan

generasi pelajar yang bijak mengambil

dan membuat keputusan bagi

menyelesaikan masalah yang timbul

tersebut. Setiap kali masalah berjaya

diselesaikan, keyakinan diri pelajar

akan meningkat dan pelajar akan

terdidik secara berterusan menerusi

Page 8: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

pengalaman sebenar yang dialami.

Pengalaman bukan sahaja boleh

memperkaya dan mengukuhkan ilmu

tetapi juga mencabar dan mengubah

ilmu yang sedia ada pada pelajar. Secara

tidak langsung, pelajar dapat melatih

diri untuk berani membuat keputusan

dan melatih diri untuk menjadi ketua

yang dapat memimpin yang seterusnya

dapat dijadikan bekalan sebaik saja

melangkah keluar dari Kolej Komuniti

dan beroleh kerjaya. Keadaan ini jelas

menunjukkan kokurikulum mempunyai

peranan dan pengaruh secara langsung

atau tidak langsung di dalam

pembentukan diri dan personaliti

pelajar Kolej Komuniti yang seimbang

selaras dengan aspirasi Falsafah

Pendidikan Negara.

3.0 STRATEGI UNTUK MENARIK

MINAT PELAJAR KOLEJ

KOMUNITI DALAM AKTIVITI

KOKURIKULUM.

Setelah kita memami

kepentingan kokurikulum dalam

merealisaiakan FPK langkah dan

strategi-strategi yang berkesan perlu

dirancang oleh pelbagai pihak

berkenaan untuk mengalakkan

penglibatan pelajar dalam kegiatan

kokurikulum. Justeru itu, sebagai

langkah permulaan, pihak kementerian

iaitu Kementerian Pengajian Tinggi

seharusnya menekankan kepentingan

penyertaan kegiatan kokurikulum di

kalangan pelajar melalui pengenalan

sistem pendidikan baharu. Menurut

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Yang Berhormat Dato Saifudin, dalam

mencapai kepada matlamat melahirkan

insan yang sepadu dan seimbang,

paradigma yang sepatutnya digunakan

ialah memberikan penekanan seimbang

terhadap kedua-dua komponen-

akademik dan kokurikulum-dalam

sistem pendidikan kita hari ini. Intipati

yang ingin disampaikan oleh beliau

ialah kedua-dua komponen penilaian

kurikulum dan komponen kokurikulum

perlu diberikan perhatian yang

sewajarnya.

Salah satu cadangan yang boleh

diambil di peringkat Kolej Komuniti

ialah aktiviti kokurikulum perlu

dijadikan sebahagian daripada

komponen penilaian mata pelajaran

wajib. Setiap pelajar perlu diwajibkan

menyertai sekurang kurangnya 2

aktiviti kokurikulum. Kehadiran pelajar

juga hendaklah diwajibkan dan

kehadiran pelajar direkod dan dipantau

oleh pihak yang terbabit. Pendekatan ini

walaupun dilihat bersifat paksaan,

Page 9: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

sekiranya diimplimentasikan secara

berterusan, holistik dan konsiten

mampu meningkatkan penyertaan

pelajar dengan berkesan.

Selain itu, wajaran yang boleh

diambil adalah mengadakan pemberian

insentif seperti biasiswa danbantuan

kewangan serta kelonggaran syarat bagi

kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

khususnya kepada pelajar yang

melibatkan diri secara aktif dalam

kegiatan kokurikulum. Penglibatan yang

cemerlang dalam aktiviti kokurikulum

boleh dijadikan sandaran pelajar untuk

mencapai cita-cita mereka. Kerajaan

juga seharusnya memberi anugerah

khas yang diambil kira sebagai markah

bonus untuk memohon kemasukan ke

Institut Pengajian Tinggi kepada para

pelajar yang telahberjaya mengambil

bahagian dalam pertandingan di

peringkat kebangsaan danjuga di

peringkat antarabangsa.

Kajian yang dibuat oleh Mohd.

Suzli (1997) mendapati sekolah-sekolah

yang dikaji menghadapi masalah

kewangan, kemudahan dan peralatan

yang tidak mencukupi. Kebanyakan

pelajar kurang berminat untuk

menyertai aktiviti kokurikulum

disebabkan ciri-ciri kemudahan atau

program terutamanya aktiviti bersukan

seperti kesesakan penggunaan dan

kedudukan yang tidak strategik yang

menyebabkan kemudahan tidak dapat

digunakan dan program tidak dapat

diikuti. Halangan ini mengakibatkan

pelajar-pelajar terpaksa berkongsi

alatan dengan rakan mereka semasa

menjalankan aktiviti kokurikulum dan

keadaan ini sedikit sebanyak

menjejaskan minat mereka. Justeru itu,

kerajaan perlu menyediakan pelbagai

peruntukkan berupa kewangan dan

barangan untuk menjadikan program

kokurikulum lebih bermakna dan tidak

akan disia-siakan. Bagi mengatasi

masalah ini, kerajaan hendaklah

menambah peruntukkan pembelian

peralatan sukan mengikut jumlah

pelajar dalam sesebuah institusi

pendidikan. Kerajaan juga perlu

menambahbaik kemudahan

infrastruktur di kolej komuniti.

Kemudahan infrastruktur yang baik

dapat menarik minat dan penglibatan

pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti

kokurikulum. Kemudahan yang baik

serta selamat sebenarnya mampu

mengelakkan kecederaan yang boleh

menimpa pelajar serta memastikan

segala aktiviti yang dijalankan berlaku

dengan lancar dan sempurna dan situasi

ini sudah pasti akan menambah

keyakinan diri dan minat pelajar untuk

Page 10: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

menglibatkan diri dalam setiap aktiviti

yang diadakan.

Langkah seterusnya adalah

memperkasakan aktiviti kokurikulum

dengan mewujudkan aktiviti yang

pelbagai dan mampu memancing minat

pelajar untuk menyertainya. Lantaran

itu, pihak kolej komuniti perlu

melakukan perubahan seperti

mewujudkan aktiviti kokurikulum yang

menarik dan segar sebagai contoh

aktiviti papan luncur, aktiviti berkayak

dan juga aktiviti basikal lumba. Aktiviti

berpersatuan dan kelab juga perlu

disesuaikan mengikut peralihan masa

yang memenuhi citarasa pelajar. Aktiviti

yang pelbagai memberi ruang kepada

pelajar untuk membuat pilihan

mengikut minat dan keserasaian dengan

personaliti mereka.

Peranan pensyarah adalah tidak

terkecuali dalam membantu memupuk

minat dan memberi galakan dalam diri

pelajar. Berdasarkan kepada kajian yang

dilakukan oleh Mohd. Suzli (1997),

kebanyakan pensyarah kokurikulum

tidak mempunyai kemahiran dalam

aktiviti kokurikulum. Faktor-faktor ini

menyumbang kepada ketidakhadiran

pelajar dan menjejaskan minat mereka

untuk tidak melibatkan diri dalam

aktiviti tersebut. Justeru itu, penyertaan

dan penglibatan pensyarah memainkan

peranan terbesar dalam menjayakan

aktiviti kokurikulum. Pensyarah perlu

menyertai aktiviti bagi memastikan

keberkesanan perlaksanaan gerak kerja

kokurikulum di Kolej Komuniti

berlangsung dengan berkesan.

Semangat pensyarah dalam

menguruskan aktiviti kokurikulum

secara tidak langsung akan membantu

memupuk minat dan mengalakkan

pelajarnya hadir serta melibatkan diri

dalam kegiatan kokurikulum.

Pensyarah juga seharusnya bijak

memainkan peranan dan mengambil

pendekatan yang strategik semasa

proses pembelajaran dan pengajaran

kokurikulum untuk menarik minat

pelajar menyertai aktiviti

kokurikulum.Oleh itu, bagi memastikan

objektif penyampaian tercapai para

pensyarah perlu dilengkapi dengan

kepakaran dan ilmu pengetahuan dalam

bidang kokurikulum. Pengagihan tugas

kepada pensyarah kokurikulum juga

haruslah berlandaskan minat,

kebolehan serta kelayakan yang dimiliki

agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum

lebih berkesan. Langkah ini sekiranya

dilaksanakan secara bersepadu dan

terancang sudah pasti akan

meningkatkan peratus kehadiran

pelajar yang menyertai aktiviti

kokurikulum.

Page 11: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

4.0 KESIMPULAN

Kokurikulum dilihat sebagai

medium serta wadah terbaik bagi

penerapan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Kegiatan kokurikulum

amat penting dalam usaha melahirkan

generasi yang berkualiti dan cemerlang

dalam semua aspek mengikut acuan

Malaysia selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan kepada perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dan

seimbang supaya menjadi seorang

insan, warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan

berbakti. Pembangunan pelajar

yang menekankan aspek-aspek tersebut

merupakan salah satu elemen penting

dalam usaha membangunkan mutu

pendidikan negara serta melaksanakan

wawasan negara.

Menyedari hakikat ini, tindakan

yang proaktif perlu diambil dengan

menggubal dasar pendidikan dan

merangka kurikulum dan kokurikulum

yang lebih holistik agar konsep untuk

membina modal insan yang mempunyai

keseimbangan sahsiah diri dapat

dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Peranan daripada semua pihak

terutamanya pihak pengurusan Kolej

Komuniti amat perlu dalam memastikan

keberkesanan pelaksaan ini. Oleh itu,

secara kesimpulannya, aktiviti

kokurikulum memberi arah dan hala

tuju kepada pelajar supaya

menceburkan diri dalam kegiatan yang

berfaedah. Berikutan penceburan dalam

kegiatan ini, diharapkan dengan

kemahiran-kemahiran yang dipelajari

oleh pelajar Kolej Komuniti melalui

aktiviti-aktiviti tersebut akan

melahirkan modal insan kelas pertama

dan seterusnya menyokong teras Misi

Nasional dalam meningkatkan

keupayaan pengetahuan dan inovasi

Negara.

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd

(2005). Bakat Dan Kemahiran

Mempimpin. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors

Sdn.Bhd.

2. Abu Bakar Nordin (1991).

Kurikulum Perspektif dan

Pelaksanaan. Kuala Lumpur:

Pustaka Antara.

3. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman

(2003). Falsafah Pendidikan Dan

Kurikulum. Perak : Quantum Books.

Page 12: KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI

4. Alim Abu Rahim (1997).

Pengurusan Kokurikulum. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

5. Asiah Abu Samah (1985).

“Kokurikulum Dalam Pendidikan Di

Malaysia. Kertas Kerja Seminar

Kebangsaan Mengenai

Kokurikulum.” Jitra: Universiti

Utara Malaysia.

6. Mohd Suzli Abdullah. ( 1997).

Permasalahan aktiviti kokurikulum

sekolah sekolah menengah agama

Yayasan Islam Kelantan di Daerah

Pasir Mas. Tesis tidak diterbitkan.

Universiti Utara Malaysia.

7. Mook Soon Sang (2008).

Pengurusan Kokurikulum &

Pendidikan Sukan. Selangor :

Penerbitan Multimedia.

8. Http://www.ipislam.edu.my/index.

php/research/read/18/ Faktor-

faktor yang menghalang

penglibatan pelajar dalam kegiatan

Kokurikulum Sukan Di

9. Dato Saifudin Bin Abdullah. (2006).

Kolum Berita Harian Kokurikulum

Pelengkap Akademik

10. 50 Tahun Pembangunan

Pendidikan Tinggi di Malaysia

(1957-2007) -USM, 2007.