kerja kump laporn lengkp b.a.doc
TRANSCRIPT
LAPORAN LENGKAP
KPR 5063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
TAJUK :
Mengkaji persepsi pelajar terhadap kaedah
pengajaran Bahasa Arab dalam meningkatkan
tahap pencapaian kemahiran asas bahasa
Arab di
Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ahmadi,
Sg.Udang, Melaka
1
Nama Ahli Kumpulan :
Sidi Abd Rashid Bin Ariffin
L20102006236
Syed Mohamad Azlan Syed Abd Hamid
L20102006238
Mohamad Rizal Bin Mohamad Aris
L20102006219
Mohd Firdaus Bin Ashaan
L20102006222
Mohd Azlan Bin Abu Kasim
L20102006238
2
BAB 1
1.0 PENGENALAN
LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam meniti arus kemodenan dunia hari ini, pengajian bahasa arab juga telah
bertukar corak dengan pelbagai kaedah dan pedagogi pengajaran sehingga dikatakan
keupayaan dan pencapaian murid kini semakin meningkat tahap penguasaannya.
Didapati, kaedah pengajaran Bahasa Arab di Malaysia telah berkembang dengan cepat
dan pesat . Namun begitu, masih menjadi persoalan kenapa tahap pencapaian murid
dalam kemahiran asas bahasa Arab seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca
masih lemah dan tidak meningkat ke tahap pencapaian yang digariskan dalam falsafah
pendidikan bahasa Arab.
Merujuk sedikit kepada apa itu bahasa Arab. Bahasa Arab merupakan bahasa Al-
Quran Karim, bahasa Rasulullah s.a.w serta bahasa ahli syurga di akhirat kelak. Ia
menjadi salah satu bahasa terpenting di dunia kerana terdapat kira-kira dua puluh satu
buah negara Arab dengan bilangan penduduknya melebihi seratus juta yang bertutur
dalam bahasa ini. Sementara umat Islam dari pelbagai bangsa dan negara di dunia ini
yang berhubung dengan al-Quran dan al-hadith pula melebihi seribu juta orang. Bahasa
Arab merupakan mekanisme penting bagi muslim memahami al-Quran dan mendalami
ilmu agama, ia juga medium komunikasi yang mampu mewujudkan interaksi dua hala
dalam perhubungan manusia.
3
Bahasa Arab mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai bahasa al-Quran dan
al-Hadith sekaligus bahasa ibadat dalam Islam. Di dalam al-Quran sendiri, Allah s.w.t
telah banyak merakamkan ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan bahasa Arab dan
kepentingannya samaada secara langsung atau tidak. Antaranya firman Allah s.w.t pada
ayat 2 surah Yusoff yang bermaksud sebagaimana berikut :
“Sesungguhnya kami turunkan ia sebagai sebuah al-Quran yang dibaca dengan bahasa
Arab , semoga kamu berfikir”
Firman Allah s.w.t seterusnya dinukilkan pada ayat 3 surah Fussilat yang bermaksud :
“ Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, iaitu al-Quran yan diturunkan dalam
bahasa arab bagi orang-orang yang mengetahui “
Ayat-ayat yang dinyatakan diatas merupakan sebahagian daripada ayat al-Quran
yang menunjukkan keagungan bahsa Arab kerana ia merupakan bahasa al-Quranul Karim
yang merupakan kitab mukjizat yang paling mulia.Ibnu Taimiyah menyimpulkan bahasa
Arab menjadi suatu kewajipan yang mesti dipelajari oleh semua umat Islam.
Sebagaimana kenyataan berikut:
4
“Bahasa Arab adalah sebahagian daripada agama, mengetahuinya adalah
wajib, dengan menggunakan bahasa Arab kita dapat memahami maksud al-
Quran dan al-Sunnah dengan lebih jelas”.
Dr Mazin Al-Mubarak menegaskan bahawa :
“You cannot find a language that is directly connected with faith infree way of
the connection of the Arabic to Islam, because it is the Quranic language of
Islam, th workshipping language of Islam, therefore it is the correct means to
understand the Holy Quran and the science that emerged the Quran”.
Kepentingan dan keperluan bahasa Arab di kalangan masyarakat dewasa ini
adalah dengan menjadikannya sebagai corak dan budaya hidup moden yang
mempamerkan peningkatan dan kepelbagaian fungsi yang tidak terhingga. Golongan
profesional misalnya memerlukan bahasa Arab yang khusus supaya dapat membantu
untuk memajukan lagi profesion mereka. Sementara dari aspek individu, mereka
memerlukan bahasa arab untuk pelbagai tujuan personal (Abd Rahim Hj Ismail, 1994: 4).
Mengikut pendapat Dr Tumi Uman Al-Syabini, bahasa Arab merupakan bahasa
antarabangsa dan menjadi bahasa perantaraan di negara-negara Arab. Terdapat usaha
kerajaan untuk mempertingkatkan bahasa Arab yang kian berlipat ganda. Ini dapat dilihat
daripada beberapa tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan murid. Pihak Kementerian itu
telah merancang beberapa program untuk memajukan bahasa Arab. Pada tahun 1980,
5
kementerian telah memberi latihan khusus kepada guru-guru bahasa Arab dalam atau luar
negara, termasuklah dengan menghantar mereka ke Arab Saudi dan ke Sudan.
Melalui kursus-kursus tersebut, guru-guru mula didedahkan dengan konsep baru
dalam pengajaran bahasa Arab.
Apabila KBSM dilancarkan, sukatan bahasa Arab telah digubal semula. Pada
peringkat awalnya, sukatan matapelajaran ini masih menggunakan nama lama (bahasa
Arab) , tetapi pada 12 Jun 1992, ia telah diberi nama baru, bahasa Arab Komunikasi
(B.A.K). Sukatan pelajaran bahasa Arab dalam KBSM ini mempunyai matlamat.
Antaranya ialah :
a) Membekalkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan kemahiran bahasa Arab bagi
membolehkan mereka memahami isi-isi al-Quran, al-Hadis, kitab-kitab agama
dan ilmu pengetahuan yang ditulis dalam bahasa Arab.
b) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan bercakap dengan sebutan yang betul
dan lancar secara bertulis dalam bahasa Arab.
c) Menanam minat supaya pelajar-pelajar gemar mendengar dan membaca bahan-
bahan ilmiah dan kreatif dalam bahasa Arab untuk menambahkan pengetahuan.
2.0 PENYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN
Menyingkap fenomena yang berlaku kini dalam senario pendidikan bahasa Arab,
pelbagai tanggapan negatif masyarakat, ibu bapa dan pelajar mengasak minda para guru
6
bahasa arab. Bahasa Arab dikatakan suatu subjek yang sukar dan membosankan. Ramai
juga yang menganggap bahasa arab adalah subjek yang tiada prospek kerjaya masa
depan. Mereka menyuluh dari sudut kepentingan material semata-mata tanpa melihat
kepada kepentingan nilai moral dan tamadun kepada sesebuah bangsa itu sendiri.
Berdasarkan situasi yang berlaku, bahasa Arab dipelajari sekadar untuk memenuhi
keperluan akademik sekolah dan bukan dari minat yang lahir dari hati. Justeru, mutu
pencapaian dan penguasaannya dalam kalangan pelajar semakin merosot. Hasil
perbincangan dalam beberapa peringkat seminar pendidikan Islam, proses pengajaran dan
peranan guru dikatakan menjadi faktor utama kepada kemerosotan tersebut. Hal ini
kerana kaedah penyampaian dan pengajaran guru dianggap punca penentu kejayaan atau
kegagalan pelajar dalam mana-mana program pendidikan. Guru bukan sekadar berfungsi
untuk menyampaikan isi pengajaran dan kandungan silibus malah berperanan penting
untuk memupuk minat pelajar dalam mendalami dan menjiwai nilai bahasa Arab itu
sendiri.
Terdapat kenyataan membuktikan bahawa guru bahasa Arab kurang kemahiran
dan pengalaman dalam bidang pengajaran bahasa Arab serta tiada kelulusan ikhtisas yang
bertauliah. Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir (1990:13) masalah pengajaran ini adalah
disebabkan kekurangan guru yang mempunyai pengkhususan . Kebanyakan yang menjadi
guru bahasa Arab adalah sekadar untuk memenuhi kekosongan jawatan tanpa mereka di
nilai terlebih dahulu dari segi kelayakan ikhtisas dan keupayaan mereka dalam bidang
pengajaran berkenaan. Selain itu, turut berlaku percanggahan dalam kalangan guru
7
sendiri berkaitan pendekatan dan teknik pengajaran secara berkesan sama ada relevan
melaksanakan sistem lama (KLSM) atau sistem baru (KBSM).
Faktor percanggahan ini berlaku berdasarkan kepada pengalaman dan latar
belakang pendidikan guru yang berbeza mengikut situasi dan tempat mereka belajar
dahulu. Hasil kajian Mohamad Awang (1996), mendapati latar belakang pendidikan
seseorang guru mempengaruhi profesionalisme bentuk pengajaran mereka.
Hakikatnya, rata-rata guru menyatakan kebimbangan mereka terhadap
kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Apabila ditinjau secara rambang,
didapati guru masih belum memahami konsep sebenar pendekatan komunikasi dalam
pengajaran bahasa Arab. Kebanyakan mereka cenderung kepada pendekatan tradisional
yang berpusatkan guru iaitu menekankan pengajaran nahu, sorof, hafalan dan terjemahan.
Sedangkan konsep komunikasi sebenar adalah bersifat interaksi dua hala antara guru
dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Hal ini mendatangkan rasa bosan di
kalangan pelajar dan mereka menganggap bahasa Arab bukan suatu perkara yang penting
dalam menjamin masa depan hidup mereka.
Menyedari beberapa permasalahan yang berlaku dalam proses pengajaran guru
dan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab maka wajar kajian ini dijalankan supaya
gambaran lebih jelas berkaitan sejauhmana keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam
mengamalkan teknik dan pendekatan pengajaran bahasa Arab terhadap pecapaian dan
penguasaan murid terhadap bahasa Arab. Apakah kaedah yang diaplikasikan telah
berlaku perubahan sejajar dengan matlamat KBSM dan wawasan negara untuk
8
melahirkan modal insan yang berpersonaliti tinggi dan unggul (towering personality) atau
masih ditakuk lama meninggalkan zaman. Kajian ini juga untuk meninjau apakah
permasalahan yang dihadapi semasa proses pengajaran guru dilaksanakan dalam kelas
samada berkaitan dengan bahan bantu mengajar, latarbelakang dan pengalaman guru,
minat pelajar atau suasana persekitaran. Penulis juga akan mengkaji sejauhmana
keberkesaanan kaedah pengajaran guru terhadap pencapaian dan penguasaan pelajar
dalam bahasa Arab. Pada hemat penulis, kajian ini secara tidak langsung dapat membantu
guru dalam mencadangkan beberapa kaedah pengajaran yang lebih sesuai dan efektif
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dalam pendidikan bahasa Arab .
3.0 OBJEKTIF
3.1 OBJEKTIF UMUM
Melihat sejauhmana keberkesanan persepsi pelajar terhadap kepentingan
matapelajaran bahasa arab dalam meningkatkan tahap pencapaian kemahiran asas di
sekolah.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
1. Mengenalpasti jenis kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam mata
pelajaran bahasa Arab.
2. Mengkaji sejauhmana keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh
guru.
3. Mengetahui masalah yang dihadapi berkaitan perlaksanaan kaedah pengajaran
yang digunakan.
9
4.0 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah jenis-jenis kaedah pengajaran yang digunakan dalam matapelajaran
bahasa arab?
2. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran bahasa arab yang digunakan
oleh guru di sekolah tersebut?
3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa perlaksaan kaedah pengajaran
bahasa arab yang digunakan?
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan menjadikan kaedah pengajaran bahasa Arab sebagai pokok
persoalan dengan disertasi yang khusus ditinjau terhadap sekolah agama. Kajian ini di
harap dapat memenuhi tujuan dan persoalan berikut:
Untuk mendedahkan masalah kajian kepada pihak yang bertanggungjawab
mengenai pengajian bahasa Arab agar mereka dapat mengenalpasti kaedah yang
efektif untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar di negara ini.
10
Mendapatkan gambaran yang sejelas-jelasnya tentang masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan
pengajian bahasa Arab.
Mengemukakan cadangan-cadangan serta alternatif lain ke arah penyelesaian
masalah.
Untuk menyiapkan tugasan kursus PPEX 3101 yang diberikan oleh pensyarah.
Kajian ini diadakan adalah untuk melihat tentang kaedah pengajaran bahasa Arab
yang terdapat salah sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah. Hal ini penting kerana
kebanyakan hasil penyelidikan yang diketengahkan mengenai sebelum ini adalah tentang
masalah penguasaan bahasa Arab tidak dikhususkan kepada kaedah pengajaran.
Kajian ini juga amat wajar direnungi dan dimanfaatkan agar dapat menimbulkan
keyakinan untuk menjana satu kaedah pengajaran yang paling efektif dan mantap supaya
pelajar dapat memahami dan menguasai bahasa Arab. Sumbangan kajian ini diharapkan
dapat membantu guru-guru dalam menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan dan
diaplikasikan dalam kelas.
6.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan hanya terhadap pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah
menengah sahaja iaitu seramai 50 orang pelajar. Pelajar-pelajar tingkatan satu dipilih
kerana mereka tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.
11
Gangguan tidak akan timbul kepada pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak akan
mengambil peperiksaan pada tahun ini.
Pemilihan sekolah ini berdasarkan faktor lokasi yang berdekatan dengan tempat
tinggal penyelidik. Keadaan ini akan memudahkan pengurusan dan menjimatkan masa.
Hal ini juga memudahkan untuk berhubung dengan sekolah tersebut yang tidak jauh dari
sini yang hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja dari pusat pengajian.
7.0 TEMPAT KAJIAN
SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-AHMADI, KM 18, PAYA RUMPUT JAYA, SUNGAI UDANG 76300 MELAKA
8.0 DEFINISI KONSEP
PENGENALAN
Definisi bahasa
Menurut Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Linguistik Jerman ( abad ke
19), bahasa adalah satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh “lautform” bentuk
luran dan fikiran yang dibentuk oleh “ idenform” bentuk dalaman. Daripada sintesis
inilah beragam-ragam ujaran yang tidak terbatas jumlahnya dapat diterbitkan.
Seorang sarjana Linguistik Swiss awal abad ke 20 iaitu Ferdinand de Saussure,
pula berpendapat bahawa bahasa adalah satu sistem isyarat “A system of sign” yang
mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi
12
“sound images” dan kedua-duanya ini (erti dan bayangan bunyi) adalah bersifat
psikologi. Menurut beliau lagi, yang penting gabungan antara kedua-duanya itu tidak
terpisah tetapi bergabung dalam satu rangkaian ucapan menurut hukum-hukum
tatabahasa. Charles F, seorang sarjana Lingustik Amerika abad ke 20, pengikut
Bloomfield telah mendefinisikan bahasa dari sudut psikilogi behaviorisme sebagai satu
sistem berstruktur daripada tabiat-tabiat yang sangat rumit. Menurut Abdul Fatah b Jana
di dalam kitab Al-Khasais bahasa merupakan bunyi-bunyi yang digambarkan oleh setiap
masyarakat bagi menyampaikan tujuan-tujuan mereka. Ibn Hajib pula di dalam kitab
Mukhtasar menjelaskan bahawa bahasa itu adalah segala lafaz yang meletakkan makna.
Dengan itu jelaslah bahawa bahasa itu ialah satu sistem isyarat yang dibentuk
daripada bunyi-bunyi yang dilafazkan dengan teratur yang digunakan oleh sesuatu
kelompok masyarakat untuk menjelaskan segala tujuan dan maksud mereka.
Definisi Bahasa Arab
Setelah melihat definisi-definisi bahasa, akan melihat pula definisi bahasa Arab
yang digariskan oleh Al Hurini pengarang kitab) ( القموس دباحة على التقييدات
menurut beliau lagi bahasa arab ialah ungkapan daripada pertuturan orang Arab dan
kemudian dipindahkan kepada ungkapan-angkapan yang mempunyai makna.
Di dalam Islam, dua sumber utamanya iaitu al-Quran dan as-sunnah adalah di
dalam bahasa Arab dan menjadi asas utama dalam sistem perundangan Islam di samping
sumber-sumber yang lain. Al-Quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad yang
13
lafaznya di dalam bahasa Arab telah dijelaskan oleh Allah dalam fiman-Nya, surah Taha,
ayat 113 yang bermaksud: dan demikianlah kami menurunkan al-Quran dalam bahasa
Arab, dan kami telah menerangkan dengan berulang kali di dalamnya sebagaimana dari
ancaman agar mereka bertaqwa atau agar al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi
mereka.
Sumber perundangan yang kedua selepas Al-Quran ialah Hadis Rasulullah s.a.w
yang menerangkan isi kandungan Al Quran yang berbentuk umum dan memerlukan
penafsiran. Al Zarkasyi di dalam bukunya Al Burhan fi Ulum Al Quran, telah memetik
kata-kata Imam Syafie yang mengatakan tentang hal yang demikian iaitu : Segala apa
yang diperkatakan oleh ummah adalah penerangan bagi sunnah dan kesemua Sunnah
adalah penerangan bagi Al-Quran.
Pada hari ini umat Islam yang ingin mendalami hadis-hadis hendaklah merujuk
kepada kitab-kitab hadith terutamanya kitab hadith yang masyhur dengan nama Al kuttub
Al Sittah.Profesor Madya Dr. Ishak Mohd Rejab menyatakan bahasa Arab telah mula
diperkenalkan kepada pendidikan dirantau ini sejak lama dulu dan mungkin bersama
dengan kedatangan Islam. Kedatangan Islam pada abad ke 13 masihi ke alam melayu
sebagai rahmat Allah kepada penduduk rantau ini.
Bahasa Arab adalah bahasa yang maju dan mempunyai kedudukan yang unik
dalam sejarah manusia dan tamadun dan merupakan asas yang utama dalam penurunan
al-Quran. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmiah yang kaya dan luas pengertiannya dan
14
bahasa Arab juga dalam konteks dalam dunia pendidikan, ianya mampu menjadi bahasa
pengantar utama dalam bidang pengajian. Selain itu, bahasa Arab menjadi bahasa yang
wajib dipelajari dan dikuasai oleh orang-orang yang hendak mendalami pengetahuan
Islam.
Keistimewaan bahasa arab
Kejayaan serta kemampuan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan peradaban
serta bahasa komunikasi sejak dari zaman sebelum Islam sehinggalah ke hari ini adalah
disebabkan terdapat beberapa ciri keistimewaan di dalam bahasa tersebut. Ia mempunyai
keistimewaan sebagai bahas Al-Quran yang keunggulannya terserlah dengan jelas serta
tidak dapat diertikan oleh sebarang pengkaji yang jujur. Selain dari keistimewaan ini
yang dapat disebut sebagai aspek atau ciri luaran, terdapat ciri dalam bahasa itu. Di antara
keistimewaan bahasa Arab yang agak menonjol:
a) Bahasa yang kuat dan ringkas
Kekuatan bahasa ini sudah tentu diwarisi dari dalam persekitaran masyarakat arab
yang mencorakkan bahasa tersebut. Kekuatan ini membolehkan bahasa arab dapat
bertahan manghadapi segala halangan dan cabaran sehingga dapat terus kekal
sehingga ke hari ini. Sedangkan banyak bahasa lain yang wujud sebelumnya atau
sezaman telah banyak yang pupus.
b) Bahasa Arab adalah bahasa i`rab
15
Iaitu bahasa yang berlaku perubahan tanda baris diakhir perkataan. Perubahan
i`rab ini membawa perbezaan makna walaupun mungkin perubahan i`rab ini
membawa sedikit kesulitan untuk menjaganya tetapi kelainan tanda baris
sebutannya. Maka dengan ini dapat disedari keistimewaan yang wujud pada
bahasa arab.
c) Ia bahasa yang menerima ‘istiqaq’
Iaitu yang boleh dipecahkan serta dibantu dari satu perkataan dasar. Oleh kerana
yang menerima ‘istiqaq’ inilah yang menjadikan bahasa ini kaya dengan
perbendaharaan kata serta menjadikan bahasa iniboleh dibantu dan direkacipta
pelbagai perkataan.
d) Ia juga bahasa yang boleh ditukar ganti kedudukannya hurufnya dari
pangkal
ke tangan dan kehujung dan keekornya membawa perubahan kepada
pengertiannya.
e) Ia adalah bahasa yang kaya dengan kata-kata hikmah dan mampu
mencerna
Pengertian yang mendalam dalam hubungan ini pernah diungkap
“Jika kamu mahu bertutur dengan anjing, kamu gunakan bahasa Jerman,
kalau kamu mahu bertutur dengan kuda kamu gunakan bahasa Inggeris.
16
Kalau kamu mahu bertutur dengan isteri kamu gunalah bahas Perancis, dan
jika kamu mahu bertutur dengan seorang ahli falsafah atau seorang pendita,
kamu gunalah bahasa Arab”
Bahasa arab telah masuk ke semenanjung tanah melayu melalui pedagang-
pedagang arab. Proses pengajaran bahasa Arab di negara ini bermula di masjid, surau dan
madrasah. Pengajaran pada waktu ini mengikut pendekatan traditional. Cara pengajaran
pada peringkat awal ialah melalui kelas al-Quran, bermula dari ayat dan surah yang
pendek seperti ‘Juz Amma’, manakala huruf arab diperkenalkan diperingkat awal untuk
membolehkan orang melayu/ Islam membaca alQuran dengan baik dan mengenal huruf
Arab.
Pengajaran bahasa Arab lebih teratur melalui sistem pondok. Cara pengajarannya
ialah dengan tok guru membaca kitab-kitab dan menghuraikannya satu persatu tahap
menggunakan papan hitam dan alat bantuan mengajar separa moden. Pengajaran di
pondok menggunakan kaedah kuliah (syarahan) berdasarkan kitab tertentu di dalam satu-
satu pelajaran. Pelajar mendengar kuliah tersebut di samping ‘menadah kitab’ yang
digunakan dan mencatat mana-mana maklumat yang diperlukan.
Tujuannya ialah untuk memberi pengetahuan yang cukup yang berkaitan dengan
bahasa itu untuk membolehkan mereka membaca kitab Arab yang menjadi sumber utama
bagi ilmu Islam. Sejak dari itu hingga sekarang ini pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab telah menghadapi berbagai-bagai peringkat perkembangan dan dipihak yang lain
17
pula mutu pencapaian serta penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar samada di
sekolah atau di pusat pengajian tinggi menghadapi keadaan turun naik.
9.0 KONSEP KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur , kemas dan sistematik. Ia merupakan langlah-langkah atau
peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus
dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran. Dalam menerangkan sesuatu
prosedur pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan kaedah yang
sesuai terutama kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.
Pengajaran merupakan proses komunikasi antara guru dengan murid. Proses
komunikasi ini akan mengakibatkan pembelajaran berlaku dalam kalangan murid.
Menurut Koh Boh Soon, beliau mentakrifkan pengajaran sebagai:
“Satu proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelajar unsur seerti
kecerdasan, bakat, minat pelajar, motivasi, persekitaran sekolah, rumah,
dan dorongan ibu bapa ke atas pelajar itu”
Arable Othman pula mengatakan :
“Satu organisasi aktiviti yang dirancang dan diolah oleh guru untuk
menyampaikan kefahaman tentang maklumat tertentu kepada pelajar dalam
suatu suasana yang dipanggil 1 darjah”.
18
Dr. Abdul Hamid Othman pula berpendapat:
“Pengajaran bererti pemindahan pengetahuan , pendidikan seseorang yang
mempunyai pengetahuan kepada orang lain yang belum mengetahui. Bile
seseorang memindahkan pengetahuan yang dipunyai kepada orang lain yang
belum mempunyai pengetahuan tersebut maka berlakulah proses pengajaran”
Mengajar adalah proses sosial yang melibatkan komunikasidan interaksi antara
dua pihak iaitu antara guru dan pelajar. guru bukan sahaja mengarah pelajar, tetapi juga
belajar tentang pelajar dengan menggunakan apa yang dia pelajari untuk membuat
keputusan apa langkah yang akan dilakukan seterusnya dalam pengajaran. Proses
pembelajaran berlaku apabila murid mula bercakap dan bukannya apabila guru bercakap.
Kaedah pengajaran menurut Edgar Gruce Wesley (1950), beliau mentakrifkan
sebagai urutan kegiatan terarah bagi guru yang menyebabkan timbulnya proses belajar di
kalangan murid atau ia adalah proses yang perlaksanaanya secara sempurna
mwnghasilkan proses belajar atau ia adalah jalan kearah pengajaran yang lebih sempurna.
Berdasarkan definisi yang diberikan sarjana pendidikan Islam ini, dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa kaedah mengajar bermakna segala kegiatan terarah yang dijalankan
oleh guru dalam rangka mneyampaikan pengajaran yang berkesan , sekaligus ia
membantu murid-murid untuk mencapai proses belajar dan perubahan yang dikehendaki
19
terhadap tingkah laku murid, selanjutnya menolong murid-murid memperoleh maklumat,
pengetahuan, ketrampilan, kebiasaan, sikap, minat dan nilai-nilai yang diinginkan.
Jadi, kaedah mengajar adalah merupakan faktor yang terpenting dalam pengajaran
dan pendidikan. Mungkin seseorang guru yang tekun dan mempunyai pengetahuan yang
luas dalam bidang kerjayanya kurang berjaya dalam tugasnya sebagai seorang guru
kerana kaedah mengajar yang digunakan kurang baik dan berkesan.
Mengikut Dr. Mohamad Abdul Qadir Ahmad, kaedah pengajaran adalah “metd
yang digunakan oleh guru dalam menjalankan akiviti pengajaran untuk menyampaikan
ilmu kepada pelajarnya dengan cara yang paling udah, masa yang paling singkat, dan
perbelanjaan paling kurang, metod yang berjaya ialah yang dapat mengatasi banyak dari
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada program, buku dan pelajar.
Pengajaran yang baik hendaklah memberi pertimbangan kepada sifat
perseorangan murid yang berbeza dari segi latar belakang, sosio ekonomi, kecerdasan,
peringkat emosi, pencapaian, keadaan jasmani, akhlak dan pengalaman. Di dalam kelas
ada murid yang lemah, sederhana dan pandai. Mereka ini tidak boleh diajar dengan
menggunakan kaedah yang serupa. Guru perlu menyesuaikan kaedah, aktiviti, tugasan
dan nasihat berdasarkan kefahaman tentang sifat murid.
Oleh itu, sekiranya guru tidak dapat menggunakan teknik iaitu 1 muslihat yang
digunakan oleh guru untuk menyampaikan butiran pengajaran yang benar-benar berlaku
20
di dalam bilik darjah dan kaedah yang bersesuaian dengan situasi pembelajaran, sudah
pasti pengajaran tidak akan mendatangkan hasil yang berkesan.
Kesimpulannya, pengajaran bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
secara terancang, menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang tertentu, samada dalam
suasana yang formal dan tidak formal oleh guru kepada murid. Pengajaran tidak
semestinya disampaikan oleh manusia, tetapi boleh berbentuk filem, buku terancang,
computer dan rakaman video.
10.0 METADOLOGI PENGAJARAN BAHASA ARAB
Dalam proses pendidikan, metodologi merupakan kaedah utama bagi mencapai
matlamat dalam membentuk kefahaman dan penguasaan ilmu pengetahuan. Ia merupakan
asas utama dalam membantu pelajar untuk memperoleh ilmu. Antara metod atau kaedah-
kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa Arab adalah seperti:
10.1 Kaedah langsung (the direct method)
Kaedah ini mementingkan pembelajaran bahasa Arab untuk yang bukan berbahasa
Arab, di mana kaedah ini yang digunakan oleh kanak-kanak atau pelajar untuk
mempelajari bahasa ibunda. Ciri utama kaedah ini antaranya:
kaedah ini lebih memberi perhatian kepada kemahiran bertutur
berbanding dengan kemahiran membaca, menulis dan terjemah. Penggunaan
21
bahasa ibunda (terjemahan) dianggap membawa kemudharatan dalam
mempelajari bahasa asing.
Tidak menekankan kepada tatabahasa (nahu) kerana ia berpendapat
kaedah tersebut tidak mencapai matlamat untuk kemahiran bahasa.
Menggunakan hubungan secara langsung di antara perkataan dan
pengertiannya. Ia juga digunakan untuk menerangkan maksud sesuatu bahasa.
Sebagai contoh, dalam menerangkan qar’a (membaca), guru secara langsung
akan melakonkan aksi tersebut di hadapan pelajar.
Menggunakan cara hafal dan ikut di mana ia mendedahkan kepada
pelajar ayat-ayat puisi atau dialog dalam bahasa Arab yang mana ia dapat
memperkukuhkan lagi kemahiran dalam bahasa Arab.
Dalam kaedah ini, pelajar tidak harus menghafalkan kaedah-kaedah tetapi guru
membentuk situasi yang sesuai dan dipraktikkan secara lisan langsung. Tugas guru
menjelaskan erti yang konkrit dengan benda-benda langsung atau membuat gambar-
gambar benda yang masih abstrak dengan melalui asosiasi di samping itu harus banyak
menggunakan latihan mendengar dan menegurnya secara spontan dengan tujuan agar
murid dapat mencapai penguasaan bahasa secara langsung dan cepat.
Aktiviti belajar banyak dibimbing oleh guru secara langsung dipraktik dalam
kelas, meskipun di luar kelas murid sudah terbiasa mempraktikkannya dengan kawan
yang setarafnya. Mengajar cara membaca harus diberikan secara lisan dahulu iaitu
dengan cara menunjukkan atau menuliskan kata-kata yang sukar satu demi
22
satu.Kemudian menghubungkan dalam bentuk prosa dan ayat (perkataan- perkataan)
selepas itu dari satu ayat menjadi beberapa jumlah ayat hingga terbentuklah menjadi satu
judul cerita, rencana, petikan, dan karangan untuk dibaca. Sesungguhnya pada peringkat
awal murid dilatih berfikir dalam bahasa Arab kemudian lama kelamaan murid akan
terbiasa dengan bahasa Arab itu.
10.2 Kaedah membaca (reading)
Selain daripada metod langsung, metod membaca yang merupakan asas utama
dalam membentuk individu yang berpengetahuan tinggi dalam membina peradaban
yang unggul. Metod ini diajar di sekolah-sekolah yang bertujuan mengajarkan dan
melatih kemahiran membaca dalam bahasa asing. Matapelajaran dibahagi menjadi
bahagian-bahagian pendek yang didahului dengan kata-kata yang maknanya akan
diajarkan melalui konteks terjemahan atau gambar-gambar. Pada peringkat
kemampuan tertentu, murid akan menguasai kosa kata kemudian diajar pula bacaan
tambahan dalam bentuk cerita ringkas dengan tujuan supaya penguasaan murid
terhadap kosa kata menjadi lebih mantap.
10.3Kaedah grammar dan terjemahan.
Kaedah ini adalah kaedah campuran gramatika dan metod terjemahan. Dengan
sendirinya mempunyai ciri-ciri khusus yang sama antara kedua-dua kaedah
tersebut.
23
10.4 Kaedah syarahan
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah dijalankan dalam proses
pembelajaran pada zaman Rasulullah. Baginda telah menggunakan pendekatan ini
bagi mengimplimentasikan ilmu pengetahuan yang telah diwahyukan kepada
sahabatnya. Sesungguhnya kaedah syarahan merupakan kaedah yang paling banyak
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini
sangat mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan tenaga, fikiran dan kewangan
yang terlalu banyak. Guru yang menggunakan kaedah syarahan ini biasanya apabila
guru ingin memberi informasi kepada anak muridnya secara lisan. Sememangnya,
pemberian informasi secara lisan ini disebut juga sebagai syarahan atau pidato.
10.5 Kaedah perbincangan
Kaedah ini merupakan kaedah yang melibatkan aktiviti komunikasi dan interaksi di
antara murid dengan guru. Ia melibatkan aktiviti dalam bentuk ilmiah dari segi
penyampaian, pandangan dan berkongsi maklumat. Pada peringkat akhir, kedua
belah pihak membuat rumusan terhadap hasil perbincangan. Kaedah perbincangan
merupakan kaedah perakaran iaitu guru memberi suatu persoalan (masalah) kepada
pelajar, kemudian pelajar-pelajar diberi kesempatan sama-sama berbincang unuk
menyelesaikan masalah-masalah itu dengan teman-teman mereka. Dalam
24
perbincangan, pelajar boleh tukar-menukar informasi dan mempertahankan
pendapatnya dalam rangka penyelesaian masalah yang ditinjau dari pelbagai segi.
Sebagai penunjuk jalan, guru harus memainkan peranan.
10.6 Kaedah Simulasi
Kaedah simulasi ialah kaedah yang mengkehendaki para pelajar menggunakan
kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Kaedah simulasi ialah di
mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan
pelajar melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suasana yang
terancang. Terdapat pelbagai jenis simulasi. Antaranya ialah lakonan atau drama,
sosio drama, perbahasan, dan simulasi segera dan permainan. Untuk simulasi
segera, guru akan memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan pelajar akan
memegang sesuatu peranan dan dan menggambarkan bagaimana peristiwa itu
berlaku.
11.0 DAPATAN KAJIAN
Banyak kajian telah dijalankan dalam mengkaji gaya-gaya pembelajaran yang
diamalkan pelajar sesuai dengan diri sendiri. Menurut kajian yang dilakukan oleh Abu
Talib Abdullah(1998), beliau menjalankan kajian untuk mengenal pasti gaya dan strategi
pembelajaran yang melibatkan seramai 135 orang pelajat ting 4 dan di 5 buah sekolah
bantuan penuh kerajaan di daerah Johor Bharu.
25
Beliau mendapati pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Bahasa Melayu
menunjukkan corak dan penggunaan gaya dan srategi yang berlainan daripada pelajar-
pelajar yang lemah dalam subjek tersebut. Ujian yang dilakukan juga menunjukkan
terdapat hubungan yang positif antara gaya tertentu dengan strategi tertentu dalam belajar
Bahasa Melayu.
Gaya pembelajaran dipercayai memberi sumbangan terhadap pencapaian
akademik pelajar. Ini dapat dilihat dari kajian yang dijalankan oleh Susabda (1992) untuk
menentukan sama ada terdapat perbezaan pencapaian akademik yang berkait rapat
dengan gaya pembelajaran pelajar. Beliau juga menjalankan kajian ini untuk
mengenalpasti sama ada terdapat perkaitan antara gaya pembelajaran pelajar dengan gaya
pengajaran guru. Hasil kajian beliau mendapati terdapat perbezaan gaya pembelajaran
antara pelajar berpencapaian rendah dengan yang berpencapaian tinggi.
Kajian beliau menunjukkan gaya pembelajaran pelajar berpencapaian rendah dan
sederhana adalah lebih cenderung kepada gaya pembelajaran konkrit, manakala pelajar
yang berpencapaian tinngi mempunyai gaya pembelajaran yang cenderung kepada
pemikiran abstrak. Ini menunjukkan gaya pembelajaran pemikiran abstrak memang
penting bagi pelajar untuk memperolah pencapaian akademik tinggi, di mana pelajar suka
berfikir dan menilai serta merancang sesuatu dengan sistematik, dan membentuk teori
serta idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dapatan kajian Susabda juga mendapati pelajar yang mempunyai gaya
pembelajaran yang selaras dengan gaya pengajaran pengajar lebih cenderung kepada
26
pembelajaran konsepsualisasi abstrak dan pemerhatian reflektif. Kajian ini menjelaskan
bahawa pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang selaras dengan gaya
pengajaran pengajar lebih cenderung untuk menghasilkan maklumat melalui pemikiran
secara mendalam dan analitik berbanding pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran
yang kurang kurang selaras dengan gaya pembelajaran pengajar dimana mereka lebih
cenderung untuk menghasilkan maklumat melalui latih tubi atau praktikal sahaja.1
Klavas dan rakan-rakannya juga membuat kajian berkaitan gaya pembelajaran
pelajar dan mendapati keadaan bagaimana gaya pembelajaran pelajar yang telah
diintegrasikan ke dalam kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran yang disesuaikan
berdasarkan gaya pembelajaran pelajar yang telah di kaji. Kesan daripada integrasi
tersebut, markah ujian meningkat dan masalah-masalah disiplin berkurangan.
12.0 KESIMPULAN
Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baik sistem
pendidikan sekalipun, kalau agen yang menyampaikan itu tidak efektif, ia tidak akan
mencapai matlamat kesempurnaan insan. Guru juga adalah faktor utama penentu kualiti
pendidikan. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke
semasa merupakan matlamat pendidikan negara pada asasnya. Justeru, keberkesanan
sesutu proses pengajaran adalah bergantung kepada kaedah penyampaian dan
penampilan guru.
1 Mohd Kashfi Mohd Jailani. Op.cit.hlm 32
27
Penampilan guru bukan sahaja perlu diberi tumpuan dari segi ilmu dan
pengetahuan malah perlu diberi perhatian dan fokus juga kepada keupayaan mengajar,
kemahiran mengaplikasikan teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan serta
kemampuan untuk meningkatkan suasana yang pembelajaran yang menarik, sesuai dan
kondusif. Guru Bahasa Arab yang berkesan berupaya membantu muridnya
mengembangkan segala potensi diri agar produktivitinya menyumbang kepada
peningkatan prestasi pencapaian, perubahan dari sudut keupayaan komunikasi murid
menggunakan bahasa Arab dan pembentukan akhlak murid itu sendiri.
BAB DUA
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang beberapa penulisan dan kajian yang
berkaitan dengan topik kajian :
1. 0 Kajian bagi menganalisis persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan
dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia.
Penyelidik
menggunakan kaedah kajian lapangan yang melibatkan 87 orang responden dari Pusat
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM), Nilai Negeri Sembilan
dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian mendapati, sebanyak
87.3% pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia kerana
pengintegrasian tersebut mempunyai kepentingan yang signifikan dan nilai komersial
yang tersendiri. Melalui pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9%
pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini
pada masa hadapan. Majoriti pelajar iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan
multimedia dalam pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan
28
interaktif. Didapati bahawa sebanyak 85.7% pelajar berminat untuk mendalami dan
menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab. Sebagai rumusan, penyelidik
mempunyai pandangan yang positif terhadap pengintegrasian bahasa Arab dan
multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi dan kajian ini perlu
diteruskan dengan kajian-kajian susulan.
2 . Kajian bagi pemerhatian kepada kelemahan murid dalam membaca perkataan-
perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab dan ayat-
ayat Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ sebagaimana yang dilaksanakan dalam
Program j-QAF melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab,
Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama dan Tasmik. Kelemahan murid dalam kemahiran
membaca perkataan Bahasa Arab adalah berpunca daripada kelemahan mereka dalam
menguasai kemahiran membaca Buku Iqra’. Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra’ 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK
(2) Taman Keramat, Gombak, Selangor. Kajian bagi mengenalpasti masalah ini adalah
melalui pemerhatian dan analisis terhadap markah Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa
Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF (Oktober 2009)1. Kajian tindakan ini adalah
penting untuk dilaksanakan bagi tujuan merealisasikan dan mencapai objektif dan
matlamat program j-QAF, khususnya melibatkan kumpulan pertama murid j-QAF 2005
yang akan menamatkan persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini.
3 .Memandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan
komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kajian penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan ini, adalah satu kajian awal yang
respondennya terdiri daripada 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agama berasrama
penuh di Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah
Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Kajian
dikendalikan menggunakan tinjauan.dan bagi tujuan pengumpulan data, borang soal-
selidik telah diedarkan kepada subjek kajian yang dipilih dan seterusnya data ini
dianalisis secara deskriptif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan
29
komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah
yang dipilih di atas. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada
guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan peranan
mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Hasil
kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik
terhadap PBBK. Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk
menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar
ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bahagian akhir, pengkaji telah
menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan PBBK dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab berdasarkan dapatan kajian
4 .PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ALIRAN
AGAMA TERHADAP PENGAJIAN ILMU RETORIK ARAB
Kajian ini berkaitan dengan kesan pembelajaran ilmu Retorik Arab atau al-Balaghah di
sekolah-sekolah menengah agama kerajaan Johor (SMA). Kajian bertujuan mengetahui
persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu retorik Arab, mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu retorik Arab dan
untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu retorik Arab di
kalangan pelajar dan pengaplikasian ilmu ini dalam gaya bahasa mereka. Sebanyak 320
orang pelajar dari tingkatan lima sekolah-sekolah menengah agama di Johor telah dipilih
sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal-selidik bagi mendapatkan data kajian dan
memproses data yang diperolehi dengan menggunakan skala Likert. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat yang mendalam terhadap
ilmu Balaghah dan kajian juga telah menunjukkan bahawa pengajaran ilmu Balaghah di
sekolah yang dipilih berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu
Balaghah. Namun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para
pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi memastikan para
pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin, penyelidik telah
mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), pengurusan
30
sekolah dan para guru.
Penyelidik: Azhar bin Muhammad (Ketua)
Abdul Hafiz bin Abdullah
Bushrah binti Ahmad
BAB TIGA
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 PENGENALAN
Penyelidikan merujuk kepada suatu kajian yang dijalankan dengan cara
mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi data secara sistematik bagi
memperolehi pengetahuan tentang sesuatu fenomena.2 Dengan pengetahuan tersebut
penyelidik berupaya memberi penjelasan, ramalan dan pemahaman yang lebih berasas
dan disokong oleh fakta terhadap sesuatu topik atau fenomena yang dikaji.3
Walau bagaimanapun, pengetahuan yang didapati oleh penyelidik bukanlah
merupakan kebenaran yang mutlak mengenai sesuatu fenomena.4 Fakta-fakta baru atau
fakta yang tidak diperolehi semasa sesuatu kajian dijalankan mungkin akan ditemui
kemudian.5 Ini sudah tentu akan mengubah penemuan penyelidikan dan sekaligus
2 Hadley & Mitchell 1995: 1-263 Mohd Nasir Omar, 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.4 Ibid.5 Ibid.
31
berubah dan berkembang. Oleh itu, keperluan kepada bidang penyelidikan juga akan
berterusan sesuai dengan perkembangan pengetahuan manusia.
Kajian ini dijalankan dengan cara menggabungkan beberapa pendekatan yang
dianggap sesuai (multi-method approach).6 Ia menggunakan pelbagai teknik
pengumpulan data bagi meneliti tajuk kajian iaitu keberkesanan pengajaran bahasa Arab .
Dengan cara ini keterbatasan yang terdapat dalam satu-satu pendekatan tertentu akan
dapat dipenuhi oleh yang lain. Antara metodologi utama yang digunakan adalah kajian
perpustakaan, tinjauan dan pemerhatian serta metod soal selidik menggunakan borang
kaji selidik.
3.2 METOD PENGUMPULAN DATA
(a) Kajian Perpustakaan
Hampir separuh kajian ini menggunakan teknik ini bagi memperolahi data dan
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Kajian perpustakaan digunakan untuk
mendapatkan bahan-bahan penulisan, dokumen dan rekod dalam bidang etika dan
kaunseling Islam dan Barat. Berikut ialah perpustakaan yang menjadi tempat rujukan
kami:
1. Perpustakaan Utama Universiti Malaya
2. Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiiti Malaya
3. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
4. Perpustakaan Awam Pusat Islam
6 Ibid.
32
5. Perpustakaan Negara
(b) Metod soal selidik
Metod ini adalah satu teknik untuk mengumpul data dengan menggunakan set
soalan atau item dalam bentuk tulisan yang disediakan terlebih dahulu dan perlu dijawab
oleh responden.7 Soal selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk
mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab segala persoalan
kajian.8 Ia juga merupakan metod yang paling penting untuk memenuhi data dalam bab 3.
Melalui metod ini kami akan mengedarkan borang soal selidik yang mengandungi
soalan-soalan yang telah dirangka khusus berkaitan dengan tajuk kajian. Instrumen kajian
ini mengandungi satu set soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
A terdiri daripada 3 soalan untuk mendapatkan profil dan maklumat responden. Manakala
bahagian B mengandungi 13 soalan dan bahagian C mengandungi 13 soalan serta
bahagian D 5 soalan yang berkaitan dengan jenis kaedah yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran bahasa Arab, keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh
guru dan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan pelaksanaan kaedah pengajaran yang
digunakan.
(c) Metod Tinjauan (observasi)
7 Sabitha Marican, 2006. Penyelidikan Sains Sosial; Pendekatan Pragmatik. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.8 Ibid.
33
Metod tinjauan bermaksud cara pengumpulan data dengan melakukan
pengamatan secara langsung terhadap objek penilitian.9 Kami juga menggunakan kaedah
tinjauan untuk mendapatkan maklumat mengenai responden. Tinjauan yang dibuat adalah
secara tidak langsung melalui perbualan dengan beberapa orang murid dan guru di
sekolah tersebut. Selain itu tinjauan juga akan dijalankan sepanjang proses berurusan
dengan pentadbiran sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat sampel secara tidak
langsung
( d ) Metod Dokumentasi
Metod Dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan kajian
terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah yang dikaji.10
3.3 METOD ANALISIS DATA
Dalam bahagian ini, kami akan memproses semua bahan yang telah dikumpulkan
hasil daripada pembacaan dan penelitian. Maklumat yang diperolehi akan dianalisa oleh
kami dengan mengunakan kaedah metod penganalisa data seperti berikut:
(a) Metod induktif
Metod induktif merupakan satu cara penganalisaan data melalui pola berfikir bagi
mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang
bersifat umum. Maka, satu rumusan dapat dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi.
9 Mohamad Nor Ibrahim, 1992. (Latihan Ilmiah) Keberkesanan Pengajiab Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Tadbiran Yayasan Islam Kelantan: satu tijauan khusus di Kota Bharu10 Ibid.
34
(b) Metod deduktif
Metod deduktif merupakan cara untuk menghasilkan kesimpulan dan rumusan
secara khusus yang diperolehi hasil pertimbangan maklumat yang tersedia dan bersifat
umum. Contohnya dalam usaha mengumpulkan data tentang aplikasi kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa Arab. Data yang berbentuk umum
akan digunakan sebagai pembuktian terhadap hasil dapatan yang lebih khusus dan
terperinci. Ia bermula dari persoalan umum kepada pernyataan yang khusus. Metod ini
juga akan digunakan ketika melakukan wawancara atau temu bual bersama guru bahasa
Arab.
3.4 METOD TEMU BUAL
Metodologi temu bual atau wawancara akan digunakan untuk membantu kami
memperolehi data dan maklumat serta mengukuhkan lagi tinjaun kami lakukan.
Temubual atau wawancara merupakan satu teknik untuk mengumpul data dengan cara
menemuramah responden atau individu-individu tertentu. Ia bertujuan untuk
mendapatkan keterangan secara lisan atau maklumat spontan daripada responden melalui
sesi soal jawab.11 Jenis temu bual yang akan kami lakksanakan ialah temu bual secara
bersemuka (face to facae). Temu bual bersemuka ialah salah satu daripada cara
pengumpulan data yang dilakukan dengan menemubual secara langsung responden yang
dipilih sebagai subjek kajian. Ia tidak dilakukan melalui cara perantaraan seperti telefon,
komputer dan lain-lain teknik media.12
11
12.
35
Cara temu bual memberikan lebih banyak peluang untuk kami berbual dan
beramah mesra serta membentuk hubungan yang baik (rapport) dengan responden.13
Maka, secara tidak langsung kami akan dapat mengagak keadaan atau situasi sama ada
responden ingin terlibat dalam kajian atau tidak. Ini dapat dipastikan dengan melihat pada
emosi yang dizahirkan ketika temu bual itu dilakukan serta tahap kefahaman mereka
terhadap soalan yang diajukan. Temu bual ini akan dilakukan secara soalan berstruktur
dan tidak berstruktur.
Oleh hal yang demikian kami telah memutuskan untuk menemuramah dua orang
responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Arab tingkatan
empat untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan tajuk kajian serta untuk
memperolehi maklumat dari perspektif guru bahasa Arab itu sendiri mengenai
keberkesanan pengajaran bahasa Arab. Kami telah memilih dua orang guru untuk
mendapatkan keterangan bagi pihak kelompok sasaran dalam penyelidikan ini. Kami
memilih golongan ini kerana kami percaya bahawa mereka memiliki maklumat berkaitan
dengan murid memandangkan mereka sentiasa berhadapan dengan karenah murid serta
lebih banyak memerhatikan tingkah laku murid di sekolah.
3.5 SASARAN
Sasaran penyelidikan kami adalah tertumpu kepada guru dan 50 orang murid
tingkatan satu Sekolah Menengah Arab JAIM Al-Ahmadi dan 2 orang guru yang
mengajar subjek Bahasa Arab.
13
36
3.6 INSTRUMEN KAJIAN
BORANG SOAL SELIDIK
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB
PERHATIAN:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat balas daripada pelajar tingkatan satu . Semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan akan digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.
Anda diminta menjawab semua soalan dengan tepat dan ikhlas. Kerjasama anda didahului ucapan terima kasih.
________________________________________________________________________
BAHAGIAN A
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan pilihan anda dan isikan tempat kosong
1. Kelas:_______________________
2. Bangsa:a) Melayu ( )b) Cina ( )c) India ( )d) Lain-lain: ___________________
BAHAGIAN B (persepsi pelajar)
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan pilihan anda
37
Bil Soalan Sangat selalu
Selalu Kadang-kadang
Tidak Pernah
1. Guru baca-murid baca-guru terjemah
2. Guru banyak bersyarah
3. Guru melebihkan aktiviti (guru bagi banyak contoh murid lakukan
4. Guru mengajar sedikit sedikit sampai murid faham
5. Guru mengajar secara hafalan
6. Mengajar dengan gaya yang menarik
7. Membawa kepada kami keluar kelas untuk mengaitkan pelajar dengan suasana sebenar
8. Guru lebih suka bercerita
9. Banyak duduk sahaja di meja guru
10. Banyak menyoal murid
11. Membuat projek
12. Menggalakkan murid menggunakan kamus
13. lain-lain nyatakan _______________________________________________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN C
Arahan: Nyatakan cara yang paling berkesan guru anda mengajar dalam membantu anda mempelajari bahasa arab. Tandakan pada jawapan (/) yang berkenaan
Bil Soalan Sangat Berkesan Kurang Tidak Amat
38
berkesan berkesan berkesan tidak berkesan
1. Guru baca-murid baca-guru terjemah
2. Guru banyak bersyarah
3. Guru melebihkan aktiviti (guru bagi banyak contoh murid lakukan
4. Guru mengajar sedikit sedikit sampai murid faham
5. Guru mengajar secara hafalan
6. Mengajar dengan gaya yang menarik
7. Membawa kepada kami keluar kelas untuk mengaitkan pelajar dengan suasana sebenar
8. Guru lebih suka bercerita
9. Banyak duduk sahaja di meja guru
10. Banyak menyoal murid
11. Membuat projek
12. Menggalakkan murid menggunakan kamus
13. Lain-lain (nyatakan):__________________________________________________ __________________________________________________
BAHAGIAN D
Arahan: Tuliskan no.1-4 pada ruang yang disediakan
39
Masalah kaedah pengajaran bahasa arab yang paling utama adalah:
1. Guru kurang menggunakan alat bantu mengajar [ ]
2. Guru kurang berkomunikasi dengan pelajar [ ]
3. Pelajar kurang mahir dalam berbahasa arab [ ]
4. Masa pengajaran yang tidak cukup [ ]
5. Masalah-masalah lain (sila tuliskan)
______________________________________________________________________________________________
SOALAN TEMUBUAL GURU
1) Bagi pendapat guru sejauhmanakah kepentingan bahasa Arab kepada murid ?
2) Bagaimanakah minat murid Tingkatan Satu sekolah ini terhadap subjek bahasa Arab ?
3) Apakah kaedah dan teknik yang biasa guru amalkan dan laksanakan dalam proses pengajaran bahasa Arab?
4) Bagi pendapat guru, apakah pendekatan berkesan yang mampu menarik minat murid untk mendalami bahasa Arab?
5) Bagaimanakah tahap penguasaan dan pencapaian bahasa Arab murid Tingkatan Satu sekolah ini ?
6) Apakah masalah yang dihadapi sepanjang pengajaran guru di dalam kelas ?
ANGGARAN BELANJAWAN PENYELIDIKAN
BIL. PERKARA/BARANG JUSTIFIKASI HARGA (RM)
1. 1 kertas A4 x RM12 Untuk kegunaan percetakan RM
40
2. 2 thumb drive x RM100 Untuk menyimpan segala maklumat responden, dapatan kajian, ,draft laporan dan maklumat/data yang diperolehi sepanjang kajian dijalankan
RM
3. 1 toner/katrij x RM100 RM
4. Tambang teksi ke sekolah RM
5. Makanan RM
JUMLAH RM
RUJUKAN
1. Abdul Hadi Mohd Salleh.(1998). Pengajaran bahasa arab komunikasi. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
41
2. Mohd Zaidi Mohd Zin.(2005). Metodologi Pengajian bahasa arab. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
3. Mohamad Awang. (1996). Kaedah pengajaran bahasa arab sekolah menengah. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
4. Ismail Muda. (1999). Satu kajian penguasaan bahasa arab di kalangan pelajar sekolah menengah.Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
5. Haji Mat Nor. (1998). Keberkesanan kursus bahasa arab komunikasi di peringkat asas. Latihan ilmiah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
6. Ahmad Fikri Haji Husin.(1995). Kaedah dan teknik pengajaran bertutur. Tesis. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
7. Mat Taib Pa.(1998, Julai-Disember). Bahasa arab dan pengajian islam. Al-Manar. Hlm 56.
8. Sabitha Marican (2006). Penyelidikan Sains Sosial, Pendekatan Pragmatik, Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.
9. Munif Zarriruddin Fikri Nordin (2001, Januari). Perkembangan Bahasa Arab dan Kesannya Kepada Bahasa dan Pemikiran Melayu dalam Era Globalisasi. Dewan Bahasa. Hlm 26.
10. Ismail Abdullah, Mohd Alwi Yusoff (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah Semenanjung Malaysia: Permasalahan dan Cara Mengatasinya: Seminar Hasil Penyelidikan KUIM,(hlmn 145-177) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa da Pustaka.
42