kptn membaca

Upload: aza-ina

Post on 07-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 kptn membaca

    1/2

    SOALAN:

    Kempen-kempen untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang kebaikan membaca

    perlu diteruskan dan dipelbagaikan kerana banyak kebaikannya. Bincangkan kebaikan

    membaca kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja.

    Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan

    diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan

    membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan,seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat

    membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak

    boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk

    menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam

    kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan

    masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana membaca jambatan iIlmu .

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat

    menambahkan ilmu pengetahuan. al ini kerana terdapat berbagai!bagai maklumat termasuk isu

    semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat

    khabar. "erdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. #bu bapa haruslah sanggup

    membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak!anak dan diri sendiri. Dengan membaca,

    seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana

    bangsa membaca bangsa berjaya. $ewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan

    membaca dan seterusnya menjayakan kempen!kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang

    amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai!nilai murni dalam diri seseorang.

    Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

    $elain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki.

    al ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita

    membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang $ains kita akan mengenali lebih banyak

    istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti anemia dan %!ray. Malah, apabila

    seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. #ndi&idu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah.

    Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini.

    Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan

    ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

    "ambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang

    cemerlang. al ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan

    pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. "erdapat juga mata pelajaran tertentu yang

    memerlukan pembacaan yang banyak. $ebagai contoh, 'ahasa Melayu, 'ahasa #nggeris dan

    $ejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat

    maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di

    perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan

    kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan #(" supaya

    pelajar!pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. $ecara

    eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut.

    Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah

    menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

    Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara

    dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. )ita boleh menjadikan

    amalan membaca sebagai hobi kita. $elain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai

    hobi sekiranya perkara itu berfaedah. "erdapat *+ jam diperuntukkan kepada seseorang, namun

    masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai akti&iti. Denganini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. $ekiranya

  • 8/18/2019 kptn membaca

    2/2

    seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu

    bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa

    dengan amalan membaca.

    Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. al ini demikian

    kerana tokoh!tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi

    negara kita. anjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. )emajuan dalam bidang sains

    dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. $ebagai contoh, negara Jepun yang

    maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secaraautomatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu!ilmu yang diperoleh ini

    bolehlah digunakan dalam memajukan sektor!sektor tertentu seperti sektor pelancongan. -pabila

    sektor!sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti cendawan tumbuh

    selepas hujan. $ecara umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain.

    )emajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin

    membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam

    keadaan yang lebih baik

    )esimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada indi&idu mahupun

    negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. #lmu pengetahuan

    yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlangmalah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk

    memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. #bu bapa

    mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. al ini disebabkan

    budaya membaca perlu dipupuk sejak anak!anak kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari 

    rebungnya’.  #bu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak!anak dengan

    banyak membaca buku. $elain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti

    perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. )empen!kempen membaca juga perlu

    dipergiat. Jika usaha!usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan

    menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan

    budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.