laporan lengkap kempen derma darah & pemeriksaan kesihatan cmp2011(group d)

21
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS LAPORAN KEMPEN DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TARIKH : 6 DISEMBER 2014 TEMPAT : DEWAN SERI TANJUNG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ANJURAN : KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM CMP2011 KUMPULAN D DENGAN KERJASAMA

Upload: d067791

Post on 10-Nov-2015

184 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LAPORANKEMPEN DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATANTARIKH :

6 DISEMBER 2014TEMPAT :DEWAN SERI TANJUNGUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISANJURAN :

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUMCMP2011 KUMPULAN DDENGAN KERJASAMAPUSAT KOKURIKULUM1.0 PenengenalanKegiatan kokurikulum merupakan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Disamping mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada, kegiatan luar bilik darjah ini boleh menggalakkan perkembangan sahsiah dan personaliti pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, mempunyai jatidiri, berdaya saing dan berwawasan. Justeru atas dasar ini pelajar-pelajar kursus CMP2011 Pengurusan Kokurikulum Kumpulan D mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan dengan kerajasama pihak Tabung Darah Negara Kuala Lumpur bagi menampung tabung darah yang semakin berkurangan. Kempen Derma darah dan pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan ini sememangnya dapat memantapkan sahsiah dan perkembangan minda peserta dan diharapkan aktiviti ini dapat membentuk pelajar yang lebih berkeyakinan dan berilmu dan sekaligus dapat menjulang nama universiti.

2.0 Objektif

2.1 Memenuhi keperluan syarat untuk kursus CMP2011 Pengurusan Kokurikulum Kumpulan D2.2 Memupuk minat mahasiswa/i berkecimpung dalam aktiviti kokurikulum

2.3 Menjalin semangat perpaduan dan hubungan yang lebih erat diantara mahasiswa/i melalui aktiviti pengurusan kokurikulum

3.0 Senarai AJK Perlaksana dan Senarai TugasNamaJawatankuasa

Khairil Aman Bin KamaruzamanPengerusi

Eracee Anak AlipSetiausaha

Nur Haiza Binti IzharBendahari

Siti Farhana Binti RamliPersiapan Tempat

Mohd Nashrin Bin Nor HalimTeknikal

Sharoiren Wecerley WalingAktiviti

Abdul Fazil Bin Abd RahmanPendaftaran

Quraisah Binti Abdul HamidMakanan

Nazree Bin MunirPDI

Nur Hazirah Binti Zainal Abidin3K

3.1 AJK Persiapan Tempat

Sebelum program berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat pelantikan Ahli Jawantankuasa Tertinggi (MT) dan pembahagian aktiviti di Dewan Kuliah Pusat 8 pada jam 5.00 petang. Pembahagian anak buah untuk setiap ketua Ahli Jawantuakuasa Tertinggi. Untuk AJK Persiapan Tempat telah memilih seramai 10 orang anak buah. Seramai 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Perbincangan di Dewan Kuliah Pusat 8 mengenai tugas setiap ketua untuk program yang akan dijalankan. Antaranya, AJK Persiapan Tempat perlu menyediakan tempat untuk peserta yang terlibat untuk aktiviti derma darah pada hari tersebut. Manakala, pada 5 Disember 2014, ketua AJK Persiapan Tempat dan beberapa orang pelajar telah menyediakan persiapan awal untuk aktiviti derma darah yang akan diadakan pada keesokkan harinya. Antara tugas yang dilakukan ialah menyusun kerusi, meja dan mengosongkan kawasan dewan untuk kegunaan Pusat Darah Negara keesokannya.Pada hari kejadian, kami membantu AJK pendaftaran menyusun meja dan kerusi untuk sesi pendaftaran para peserta. Setibanya wakil Pusat Darah Negara di lokasi kejadian. Kami semua membantu mengeluarkan barang-barang dan menyusun katil derma darah, meja dan kerusi yang dibawa oleh Pusat Darah Negara mengikut arahan yang diberikan oleh ketua perubatan yang bertugas disana.

Sebaik sahaja program tamat, AJK Persiapan Tempat dan anak buah telah menyusun kembali katil, kerusi dan meja untuk Majlis Penutupan Derma Darah. Menyediakan kerusi untuk majlis penutupan Majlis Penutupan Derma Darah.

3.2 AJK Teknikal

Pada 6 November 2014 akan diadakan satu program yang diajurkan dibawah matapelajaran Pengurusan Kokurikulum CMP2011 dimana saya dilantik menjadi AJK Teknikal dalam mesyuarat majlis tertinggi. Perlantikan ini meletakkan saya sebagai ketua teknikal dan mempunyai 7 orang ahli dibawah saya yang membantu saya. Sebelum program dijalankan, pengarah program telah mengadakan perjumpaan pada 4 Disember 2014 iaitu hari Khamis pada jam 9.00 malam bagi membincangkan program yang bakal diadakan nanti. Membincangkan perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas program. Semasa dalam perbincangan tersebut saya telah diberikan tugas meminjam PA sistem di Pusat Kokurikulum. Akan tetapi oleh kerana kesibukan dalam urusan lain saya tidak dapat meminjam lalu menyerahkan kepada ahli dibawah saya. Tugas itu telah ditanggungjawabkan kepada Sularmore Azral, tetapi dia juga sibuk dengan urusan lain. Oleh kerana telah lewat untuk meminjam, saya tidak jadi meminjam PA sistem kerana di tempat program sudah disediakan peralatan tersebut. AJK teknikal telah diminta hadir pada 5 Disember 2014 iaitu hari Jumaat bertujuan membuat persiapan awal serta melihat kawasan program dan melakukan tinjauan keadaan peralatan disana. Kami telah melakukan pemeriksaan pada peralatan PA sistem agar berfungsi untuk program esok.

Semasa program derma darah berlangsung, Ajk teknikal berkumpul di dalam dewan tepat pada masa yang ditetapkan. Memulakan kerja memasang PA system dan peralatan lain serta membantu pihak Pusat Darah Negara mengangkat peralatan dan menyusun atur peralatan mereka. Selain itu, memastikan PA sistem berada dalam keadaan berfungsi untuk memaklumkan aturcara program dan memudahkan maklumat disampaikan. Bersiap sedia membantu Pusat Darah Negara dan AJK yang lain jika ada yang perlu untuk sepanjang program berjalan.

Selepas program selesai, semua AJK diberikan arahan untuk hadirkan diri pada pukul 3.00 petang pada hari tersebut untuk melakukan pembersihan dan penyusunan semula peralatan selepas program selesai. Membantu pihak Pusat Darah Negara mengemas peralatan mereka serta menyimpan PA sistem dan peralatan lain seperti sedia ada sebelum program diadakan.3.3 AJK AktivitiPada 4 Disember 2014, ketua AJK Aktiviti menghadiri mesyuarat yang diadakan bersama dengan ahli jawatankuasa lain untuk berbincang susun atur di hari program agar sebarang kekeliruan dapat diatasi pada hari kejadian.

Semasa program berjalan, kami juga turut membantu menguruskan tempat pelancaran program dengan membantu wakil Pusat Darah Negara menyediakan alat-alat yang akan digunakan sepanjang program berlangsung. Seterusnya, AJK Aktiviti memastikan para peserta mendaftar di tempat pendaftaran yang disediakan. AJK Aktiviti juga memastikan para penderma mendaftar terlebih dahulu sebelum menderma. Semasa program berjalan AJK aktiviti juga memastikan para penderma memeriksa kesihatan untuk memastikan mereka melepasi syarat-syarat sebagai penderma sebelum layak untuk menjadi penderma. Akhir sekali AJK Aktiviti juga memastikan program berjalan dengan lancar sepanjang aktiviti dijalankan.

Selepas program berakhir, AJK Aktiviti membantu AJK lain untuk mengemas peralatan yang digunakan sepanjang program dan memastikan tempat pelancaran program berada dalam keadaan yang asal.3.4 AJK PendaftaranPada 5 Disember 2014 iaitu hari sebelum bermulanya program berlangsung. Kami semua ketua AJK yang lain bersama ahli yang lain pergi ke Dewan Sri Tanjung untuk membuat persediaan awal. Setelah itu, saya telah mengambil senarai nama peserta kumpulan D daripada En. Anizan di pejabat untuk menanda kehadiran semasa program berlangsung esok hari.Pada pagi 6 Disember 2014 kami bersama beberapa AJK yang lain telah membuka enam kaunter pendaftaran di hadapan Dewan Sri Tanjung. Enam kaunter tersebut adalah untuk pendaftaran setiap kumpulan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan kami telah meletakkan dua meja pendaftaran. Selain itu, kami telah meletakkan kertas A4 disetiap meja untuk digunakan semasa sesi pendaftaran jika instruktor tidak membawa senarai nama peserta mengikut kelas masing-masing.Ketika sesi pendaftaran berlangsung, pada jam 8.15 pagi peserta ramai yang datang dan sesi pendaftaran berjalan lancar. Ketika peserta mendaftar, kami telah memaklumkan peserta bahawa sesi pendaftaran kedua akan dibuka pada jam 11 pagi iaitu pendaftan untuk balik. Pada pendaftaran pertama kami telah membahagikan roti dan air kepada peserta selepas. Manakala pada jam 11.00 pagi kami membuka kaunter pendaftaran kali kedua seperti diarahkan oleh En.Anizan untuk sesi pendaftaran balik. Sesi yang kedua ini juga berjalan dengan lancar tetapi terdapat beberapa peserta yang mendaftar dan tidak mengambil makanan kerana tidak mahu menunggu makanan. Hal ini kerana makanan lewat sampai dan lewat diagihkan kepada peserta disebabkan beberapa masalah tertentu. Selepas selesai program derma darah, kami telah mengumpul semua kertas-kertas senarai nama peserta yang telah mendaftar. Dalam pada itu, kami telah meneliti senarai-senarai pendaftaran setiap kumpulan, kami dapati penyertaan setiap kumpulan amat mengalakkan kecuali kumpulan E yang mempunyai penyertaan agak sedikit berbanding kumpulan-kumpulan yang lain.

3.5 AJK Makanan

Sebelum berlangsungnya aktiviti derma darah ini. Mesyuarat untuk aturcara aktiviti telah diadakan pada 4 Disember 2014. AJK makanan telah diarahkan untuk menyediakan makanan untuk sarapan pagi dan juga makan tengah hari untuk 1189 orang peserta yang terdiri dari pelajar untuk subjek pengurusan Ko-Kurikulum CMP 2011 sesi 2014/2015 yang merangkumi kumpulan kelas A,B,C,D,E dan F.

Semasa aktiviti berlangsung, di sebelah pagi sekitar jam 8.00 pagi peserta mendaftar diri di Dewan Sri Tanjung dan pemberian makan sarapan pagi dilakukan. Setiap peserta menerima bekalan iaitu sebungkus roti, air minuman. Pada waktu tengah hari pula sekitar jam 11.15 pagi kami mengagihkan makanan kepada peserta yang telah selesai membuat pendaftaran kedua sebagai makanan tengah hari. Setiap peserta menerima satu bungkus nasi lemak beserta air kotak.

Setelah berakhirnya program, berlaku banyak lebihan makanan kerana boleh dikatakan sebahagian peserta program derma darah tidak mengambil makanan yang diperuntukkan kepada mereka. Oleh sebab itu, AJK Makanan telah mengagihkan kepada setiap ketua AJK untuk membawa pulang lebihan makanan agar diagihkan kepada penduduk kolej kediaman untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Seterusnya, kerja-kerja pembersihan sekitar tapak khemah pemberian makanan kepada peserta dijalankan.3.6 AJK Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan (3K)

Pada 4 Disember 2014 mesyuarat telah diadakan oleh pengarah program bersama semua ketua AJK. Tugas yang telah diamanahkan kepada AJK 3K adalah memastikan tempat program berada di dalam keadaan selamat, bersih dan ceria. Seterusnya, AJK 3K juga diarahkan untuk menyediakan alatan kerja kebersihan seperti beg sampah, penyapu dan kain untuk melancarkan perlaksanaan tugas pada hari berlangsungnya program.Pada hari kejadian, kami AJK 3K telah membantu AJK lain untuk membuat persedian tempat program. Antaranya, membantu Pusat Darah Negara menyusun atur barang-barang yang akan digunakan semasa program. Selain itu, kami juga menyediakan plastik sampah di luar dewan agar kebersihan lebih terjaga. Kami juga akan pastikan persekitaran tempat program berada di dalam keadaan ceria, bersih dan selamat.Setelah majlis penutup berlangsung, pembahagian tugas kepada ahli AJK 3K untuk mengutip semua sampah yang berada di sekitar Dewan Sri Tanjung. Setelah itu, kami mengumpul semua beg sampah di satu tempat agar memudahkan kakitangan universiti menjalankan kerja selanjutnya. Seterusnya, kami memastikan keadaan sekitar dewan berada dalam keadaan yang ceria, bersih dan selamat buat kali terakhir sebelum meninggalkan kawasan dewan.

3.7 AJK PDI

Pada 4 Disember 2014. Pengarah program telah mengadakan mesyuarat bersama ketua setiap AJK. AJK PDI telah diberi tugasan untuk menyediakan banner, menampal poster, dan mengambil gambar pada hari program berlangsung. Setelah itu, unit kami membuat satu perjumpaan untuk membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli agar memudahkan kerja. Kami telah menampal poster-poster program derma darah di setiap kolej kediaman dan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (kampus lama). Bajet yang telah dikeluarkan untuk menempah banner adalah sebanyak RM150

Semasa program berlangsung, Unit kami telah membantu AJK lain menyusun atur barang-barang dari Pusat Darah Negara di dalam dewan agar persiapan lebih cebat dilakukan. Setelah itu, AJK PDI mengambil gambar sepanjang aktiviti yang berlaku dalam dewan sebagai bukti bahawa program yang telah dirancang berlangsung dengan baik pada hari tersebut. AJK PDI hanya menyediakan satu kamera sahaja memandangkan ahli yang lain tidak mempunyai kamera. Kami bergilir mengambil gambar agar setiap ahli dapat berkerjasama menjalankan tugas yang diberikan.Selepas berakhirnya program, Unit kami membantu AJK lain untuk mengemas tempat berlangsungnya program kembali seperti asal.4.0 Tentatif Program

6 Disember 20148.30 pagi 8.50 pagi

Pelajar berkumpul dan sesi pendaftaran9.00 pagi

Ucapan Pengerusi Majlis9.15 pagiUcapan Perasmian Oleh Dr Azali Rahmat Pengarah Pusat Kokurikulum

9.30 pagi 4.00 petangProgram Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan5.0 Penyertaanprogram derma darah adalah program khusus kerjasama antara pusat ko dengan kumpulan D kelas pengurusan kokurikulum. Program ini diadakan pada 6 Disember 2014 bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang. Program ini disertai oleh kumpulan-kumpulan kelas pengurusan kokurikulum yang terdiri daripada group A,B,C,D,E, dan F.6.0 Maklumat Perbelanjaan

BilPerkaraKuantitiHarga seunit (RM)Jumlah(RM)

1Makanan + Minuman118933567

2Banner1150

JUMLAH KESELURUHAN3717

7.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya kursus seumpama ini para pelajar lebih menghayati ilmu dan dapat mempraktikkan bila keadaan memerlukan dan secara tidak langsung sebagai bekalan yang berguna bila di sekolah kelak.8.0 Disediakan Oleh(.)

KHAIRIL AMAN BIN KAMARUZAMAN

Pengerusi

Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Kursus Pengurusan Kokurikulum (Kumpulan D)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak.

9.0 Disemak Oleh

(...)

ANIZAN BIN MD. NOORPensyarah

Kursus Pengurusan Kokurikulum (Kumpulan D)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak.

Lampiran

Para peserta dan Ajk sedang mengambil pendaftaran

Tempat program sedang dikemas dengan dibantu oleh Ajk yang bertugas

Para peserta sedang mendaftar untuk menderma darah.

Petugas dari Pusat Darah Negara sedang menyediakan segala kelengkapan

Aktiviti derma darah sedang dijalankan

Keadaan para peserta yang sanggup menjadi sukarelawan derma darah

Acara penutupan sedang berlangsung

Cenderamata diberikan kepada wakil daripada Pusat Darah Negara

Tempat program sedang dikemaskan semula

Sesi fotografi beramai-ramai