malaysia terus tumpu integrasi...
TRANSCRIPT
17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 9 OGOS 2017
KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:www.ppj.gov.my
KENYATAAN TENDER(KONTRAKTOR BUMIPUTERA SAHAJA)
SYARAT MEMASUKI TENDER
TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN
TAPAK
TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL
HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN &
BAYARAN ATAS NAMA
TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER
DITUTUP
Gred G5
Kategori ME
Pengkhususan M01
Dan
Berdaftar dengan Bahagian
Pembangunan Kontraktor Dan
Usahawan (BPKU) untuk Taraf Bumiputera
14 Ogos 2017(Isnin)
10.00 PagiBilik Cemara, Aras 5, Blok C,
Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran
Perdana, Presint 3,62675 Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
14 Ogos 2017(Isnin)Hingga
25 Ogos 2017(Jumaat)
Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Perbadanan
Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ringgit MalaysiaRM250.00
(Tidak dikembalikan)
Harga dokumen tidak termasuk 6% GST.
Pembelian dokumen akan dikenakan 6% GST.
Tunai/Draf Bank
Perbadanan Putrajaya
5 September 2017(Selasa)
12.00 tengah hariBahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan,
Aras 1, Blok C, Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan
Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
3. Kontraktor-kontraktor juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang serupa bernilai sekurang-kurangnya
RM1,000,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu.4. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat.5. Taklimat Tender yang disusuli dengan lawatan tapak akan diadakan pada jam 10.00 pagi, 14 Ogos 2017 bersamaan hari
Isnin di Bilik Cemara, Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DALAM SIJIL SSM/BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cop Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut.
6. Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). Salinan Sijil-Sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU.
7. Tender ini akan ditutup pada 5 September 2017 bersamaan hari Selasa pada jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.
8. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.
1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas.
2. Tender serta kelayakan asas Kontraktor adalah seperti berikut:
CADANGAN KERJA-KERJA MENGGANTIKAN SISTEM HAWA DINGIN YANG LAMA KEPADA SISTEM HAWA DINGIN YANG BARU DI SOUQ BAZAR DAN SELERA PUTRA, PRESINT 1, PUTRAJAYA
(NO.TENDER : PPj/T/JB/18/2017)
Risiko dalam memohon pinjaman IPOBARU-BARU ini dunia saham dikejutkan dengan kes saham syarikat yang baru disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia telah mengalami kejatuhan sebanyak 36 peratus dari harga terbitan. Ia juga telah mengejutkan pelabur yang baru pertama kali memohon saham IPO.
Topik kali ini akan memberi tumpuan kepada pinjaman pembiayaan saham dan panggilan margin ke atas saham IPO.
Kronologi proses penyenaraian saham tersebut pada asalnya diterbitkan pada harga RM8 tetapi kemudian disemak semula harga kepada RM6.50 setelah dibuat penilaian semula. Penetapan harga RM6.50 tersebut juga disebabkan oleh permintaan yang rendah berbanding pe nawaran saham tersebut serta sentimen pasaran semasa yang kurang memberangsangkan.
Sentimen pasaran pada pertengahan tahun ini bermula pada bulan Mei lalu menjadi agak kurang rancak selepas pasaran mengalami aliran menaik pada awal tahun. Dengan kata lain, penyenaraian saham IPO tersebut telah memasuki fasa yang mana pasaran mengalami pembetulan harga.
Sekali pun harga telah disemak semula kepada RM6.50, ia masih tidak dapat menarik minat pelabur lebihlebih lagi pelabur runcit kerana berdasarkan harga RM6.50 ini sekiranya dihitung menggunakan kaedah perkiraan yang mudah, saham tersebut perlu naik sekurangkurangnya antara 50 sen hingga RM1 atau lebih.
Saya membuat perban dingan harga merujuk kepada saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang harganya telah mencatatkan premium sebanyak 91 sen pada harga terbitan RM4.55.
Pada ketika penyenaraian FGV atau Maxis, tidak terdapat apaapa berita negatif mahupun krisis dalaman negara
serta kurangnya pergolakan politik pada waktu itu. Sentimen pasaran semasa pada waktu FGV disenaraikan agak positif seiring dengan penyenaraian beberapa saham IPO di papan Bursa Malaysia yang mencatatkan premium yang sangat baik. Boleh dikatakan ramai pelabur mendapat rezeki durian runtuh daripada saham IPO.
Dengan adanya kemuda han pinjaman yang boleh dimohon bagi langganan saham IPO, pemohon yang berjaya mendapat peruntukan saham di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini boleh mendapatkan pinjaman ke atas pembiayaan saham tersebut. Dengan kata lain, pemohon boleh membuat pinjaman sebahagian daripada jumlah keseluruhan saham yang berjaya diperoleh.
Sekiranya pemohon telah membuat pinjaman bank, maka peminjam tersebut atau pelabur telah terdedah kepada risiko panggilan margin. Panggilan margin ini harus dipatuhi dan sekiranya pe minjam gagal untuk menambah modal tunai yang terhutang semasa harga saham mengalami penurunan, saham yang masih dalam pinjaman itu akan dijual paksa atau dikenakan panggilan margin.
Walau bagaimanapun, pelabur akan dimaklumkan oleh pihak broker saham tentang panggilan margin ke atas sahamsaham yang masih berhutang menyediakan wang yang mencukupi untuk menaikkan kedudukan nisbah pinjaman tersebut.
Sekiranya pelabur gagal untuk menambah atau mendepositkan wang yang secukupnya dalam tempoh yang ditetapkan, maka pihak broker saham akan menjual sa
hamsaham tersebut setakat untuk merendahkan nisbah kedudukan margin tersebut.
Dalam kes saham tersenarai yang dibincangkan di ruangan ini, faktor utama yang mencetuskan penurunan harga drastik disebabkan pengumuman tentang pendapatan suku kedua syarikat yang merosot sebanyak 72 peratus disebabkan gangguan bekalan air yang mengakibatkan permasalahan dalam operasi kilang yang telah menjejaskan pengeluaran produk.
Seperti yang telah saya tekankan dalam beberapa siri artikel terdahulu, pelabur dan pedagang saham perlu peka dan ambil tahu tentang berita perkembangan semasa serta asasasas fundamental sesebuah syarikat tersenarai.
Seperkara lagi di dalam kes ini, pihak syarikat tersenarai buat pertama kalinya telah mengeluarkan satu tawaran pembelian semula (share buy back) saham daripada pemegang saham yang mendapat peruntukan di bawah MITI untuk menjual saham yang diperoleh itu pada harga yang sama iaitu RM6.50.
Sekiranya pelabur saham bertindak cepat mengisi borang tawaran tersebut untuk menjual saham pada harga terbitan, maka pelabur telah terhindar daripada menanggung kerugian kerana harga saham tersebut telah jatuh serendah RM4.14 atau 36 pe ratus kejatuhan daripada harga terbitan semasa panggilan margin ini yang dibuat secara besarbesaran dalam beberapa hari. Bayangkan harga dari RM6.50 telah jatuh serendah RM4.14 serta kerugian yang ditanggung oleh pemegang saham.
Oleh kerana saham IPO yang baru disenaraikan tidak mempunyai cukup data untuk kajian analisis teknikal, maka pelabur perlu beralih kepada fundamental syarikat tersebut dalam membuat keputusan melabur.
Malaysia terus tumpu integrasi ASEANOleh NABILA YASMIN [email protected]
� KUALA LUMPUR 8 OGOS
MALAYSIA sebagai satu daripada negara anggota ASEAN akan terus mem
beri tumpuan kepada integrasi ekonomi dengan melaksanakan rangka kerja Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC 2025) yang telah dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke27 di Kuala Lumpur pada November 2015.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rangka kerja tersebut merupakan sebuah dokumen yang menggariskan langkahlangkah yang akan dilaksanakan dari 20162025 untuk mewujudkan ASEAN yang bersepadu dan kompetitif serta dinamik.
Beliau berkata, Malaysia juga komited untuk melaksanakan se
mua komitmen yang dibuat di bawah rangka kerja berkenaan dan berusaha ke arah inisiatif memudahkan perdagangan seperti mempercepatkan kerja pelaksana an awal Jendela Tunggal ASEAN untuk pelepasan kastam, Sistem Kastam Transit ASEAN (ACTS), Skim Pengiktirafan ASEAN dan mempercepatkan kerjakerja pe matuhan piawaian dan standard ASEAN.
“Untuk memperkukuhkan lagi integrasi serantau serta menyokong pengurangan jurang pembangunan, Malaysia sekali lagi menjadi peneraju dalam menangani isuisu yang berkaitan dengan langkahlangkah bukan tarif dan halangan bukan tarif.
“Malaysia juga mengambil langkah untuk mempercepatkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sem
pena sambutan ulang tahun ke50 ASEAN yang disambut di Menara MITI di sini.
Sempena Ulang Tahun ke50 ASEAN hari ini, Mustapa turut memimpin Majlis Mengibarkan Bendera ASEAN yang turut dihadiri oleh kirakira 200 pegawai MITI dan agensinya .
Mustapa berkata, hari ini ASEAN telah berkembang menjadi satu daripada rantau yang paling dinamik di dunia dengan prestasi ekonomi yang pesat.
Ujarnya, perkembangan ekonomi ASEAN, yang kini mempunyai penduduk 630 juta orang, telah berkembang dengan pesat dan mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada 4.8 peratus pada 2016.
“Bagi tahun 2017, kadar pertumbuhan KDNK dijangka pada 4.8 peratus dengan trend positif ditunjukkan oleh negaranegara anggota,” katanya.
MUSTAPA MOHAMED (empat dari kanan) bersama warga kerja Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengibar bendera ASEAN dan negara-negara anggota pada majlis menaikkan bendera ASEAN sempena Ulang Tahun ke-50 Pertubuhan Negara-Negara ASEAN di Kuala Lumpur, semalam.
CIKGU SAHAM
Zuraida Mohd. Zakaria
Hard Rock Cafe Melaka pertaruh menu baharuMELAKA 8 Ogos – Bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang sentiasa mahukan kelainan, Hard Rock Cafe (HRC) Melaka menampilkan beberapa menu baharu berasaskan makanan barat dan mediterranean sebagai pilihan kepada pelanggan yang pelbagai.
Pengurus Besarnya, K. S. Anderson berkata, terdapat lapan menu baharu diperkenalkan oleh kafe yang sinonim dengan hidangan klasik Amerika Syarikat itu sejak 1 Ogos lalu termasuk sajian utama
nya iaitu burger.Menurutnya, hidangan ba
haru yang dipadankan dengan selera tempatan, barat, latin dan Afrika itu merangkumi sajian pembuka selera, burger dan pasta dalam senarai hidangan kafe tersebut.
“Antara menu baharu itu termasuk Cauliflower ‘Wings’, Cauliflower Burger, Atomic Burger, Java Lava Burger, Tropical Burger dan Serunding Burger yang pas tinya akan memikat selera penggemar makanan barat dengan cita rasa berbeza,’’ katanya.
CHEF Hard Rock, Fred Elson (kiri) memperkenalkan menu terbaharu Hard Rock Cafe Melaka, di Melaka, semalam. – UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN
MAB jangka penjimatan 30 peratus guna Airbus A350
SINGAPURA 8 Ogos – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjangkakan penjimatan kos kirakira 30 peratus apabila melakukan pertukaran daripada pesawat Airbus model A380 ke A350 menjelang tahun hadapan.
Ketua Pegawai Operasi MAB, Kap ten Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan berkenaan akan mula menerima kehadiran enam pesawat A350 dengan dua daripadanya pada penghujung tahun ini yang akan digunakan bagi penerbangan ke London dan baki empat lagi pesawat akan diterima pada 2018.
Menurutnya, penggunaan minyak yang lebih efisien bagi pesawat A350 merupakan antara penyebab utama penjimatan se kali gus mem
beri kelebihan kepada MAB.“London merupakan laluan
utama namun agak mencabar kepada kami dan pertukaran pesawat ini jelas akan memberi im
pak positif kepada operasi MAB. “Pertukaran pesawat ini juga
bakal membuatkan MAB kurang terdedah kepada kos operasi yang tinggi sekali gus dapat mengu
rangkannya kepada kirakira 30 peratus,” katanya kepada pemberita semasa la watan media Malaysia ke Pusat Latihan Airbus Asia (AATC) di sini hari ini.
Yang turut ha dir, Pengurus Besar AATC, Kapten Yann Lardet.
MAB memeterai perjanjian pajakan pesawat Airbus A350 dengan syarikat Air Lease Corporation dengan penghantaran pesawat secara berperingkat bermula penghujung tahun ini.
Pesawat berkenaan mempunyai 286 tempat duduk merangkumi empat tempat duduk kelas pertama, 35 kelas
perniagaan dan 247 kelas ekonomi. Mengulas lanjut, Izham berkata,
seramai 144 juruterbang MAB sedang dan bakal mengikuti latihan di AATC bagi proses penyesuaian pesawat A350 secara berperingkat.
“Kesemua 114 juruterbang kebanyakannya mempunyai latar belakang menerbangkan pesawat A330 akan melalui latihan ini yang akan berterusan sehingga Mei tahun hadapan. – UTUSAN
IZHAM ISMAIL (kiri) berjabat tangan dengan Yann Lardet di dalam simulator pesawat A350 di Pusat Latihan Airbus Asia di Singapura, semalam.
AFIQ MOHD. SHAH
Melaporkan dari SINGAPURA