cbp mahu bersaing dengan bank...

1
Petua meminimum atau mengelak kerugian pelaburan Di dalam pelaburan saham seba- gaimana yang tersedia maklum, kita boleh menjana keuntungan dalam berbagai cara, begitu juga dengan kerugian yang terjadi melalui beberapa kesilapan. Pada minggu lepas saya telah terang- kan kesilapan strategi dalam menjual saham yang meng- akibatkan pelabur menanggung kerugian yang sepatutnya boleh dielakkan daripada berlaku. Bagaimana pelabur boleh mengelakkan diri daripada ber- lakunya kesilapan yang berpo- tensi merugikan pelabur? Perkara yang sangat pen- ting sebelum seseorang itu melakukan urus niaga saham ialah pelabur perlu tahu saham apakah yang ingin dibeli. Mak- sudnya seperti berikut:- l Apakah jenis saham yang ingin dibeli? Sebagai contoh sama ada ia merupakan sejenis waran, sa- ham biasa, saham keutamaan, terbitan hak, waran berstruktur dan sebagainya. l Apakah peruntukan-pe- runtukan yang terdapat pada saham yang ingin dibeli? Sebagai contoh, pemegang saham bakal mendapat terbit- an hak, terbitan bonus, saham pecahan, pembayaran dividen dan sebagainya. l Apakah yang bakal terjadi pada saham tersebut di masa hadapan? Sebagai contoh, sama ada jumlah unit saham akan ber- tambah atau menyusut, sa- ham syarikat tersenarai telah diklasifikasikan sebagai saham di bawah PN 17 dan sebagainya. Dengan adanya pemahaman tentang struktur pasaran sa- ham, maka pelabur dapat me- ngurangkan risiko kerugian atau mengelakkan kerugian yang bakal berlaku disebabkan tiada asas pengetahuan tentang pasaran saham. Justeru, pelabur yang tiada asas pengetahuan tentang pasa- ran saham dinasihatkan untuk bertanya kepada dealer atau re- misier apa sahaja perkara berke- naan pasaran saham. Di samping itu, pelabur baharu boleh mem- baca penerangan tentang keselu- ruhan pasaran saham di laman web Bursa Malaysia. Di laman web tersebut terdapat penera- ngan seperti jenis-jenis produk, prosedur dagangan, terminologi pasaran, senarai syarikat broker saham dan sebagainya. Pelabur juga harus membaca atau mengambil tahu tentang perkembangan semasa berita- berita syarikat tersenarai teru- tamanya berita tentang syari- kat tersenarai yang sahamnya berada di dalam portfolio pelaburan pelabur. Berita atau pengumuman ini boleh didapati di platform urus niaga saham itu sendiri. Di samping itu, no- tis pemberitahuan juga kadang kala dihantar dalam bentuk ba- han bercetak kepada pemegang saham contohnya pengumuman tentang pemberian terbitan hak. Sekiranya pelabur tidak fa- ham tentang pengumuman pemberian sesuatu peruntuk- an kepada pemegang saham syarikat tersenarai tertentu, pelabur boleh meminta bantu- an remisier, dealer atau mana- mana pegawai yang berkenaan di syarikat broker saham untuk menerangkan tentang perun- tukan tersebut. Ramai pelabur masih tidak faham tentang pe- runtukan-peruntukan saham syarikat tersenarai seperti ter- bitan hak, pemberian dividen, terbitan bonus, saham pecahan dan sebagainya. Ramai pelabur saham yang melakukan tindak- an ini iaitu terus membeli sa- ham yang akan melalui proses- proses ini tanpa mempunyai pengetahuan langsung. Dan sekiranya harga saham atau jumlah unit saham berubah, mereka masih tidak sedar dan tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku. Salah satu contoh juga ialah yang mana saham syarikat ter- senarai bakal membayar divi- den kepada pemegang saham. Ramai pelabur tidak peka atau tidak tahu tentang tarikh pelak- sanaan (ex-date) serta tarikh pembayaran. Pelabur kadang kala tersedar apabila harga saham berubah pada tarikh pelaksanaan. Mereka juga tidak membuat perkiraan tentang kejatuhan harga saham pada tarikh pelaksanaan serta jum- lah pembayaran dividen terse- but serta tidak mengetahui nilai par saham tersebut. Pemba- yaran dividen ini diumumkan dalam kadar peratus atau sen. Kebiasaannya harga sa- ham akan berubah pada tarikh pelaksanaan. Ia cenderung ke- pada kejatuhan harga dan dari- pada sini adakah pembayaran dividen pada tarikh yang mana pelabur bakal terima itu mele- bihi harga asal yang dibeli? Dengan erti kata lain, modal pelaburan bertambah. Ataupun adakah ia masih sama walau- pun pelabur telah mendapat dividen disebabkan harga jatuh pada tarikh pelaksanaan dan masih tidak naik atau masih menurun sehingga tiba tarikh pembayaran dividen? Dalam kes penyusutan modal pula, pelabur dinasihatkan un- tuk menghubungi dealer atau remisier untuk memeriksa baki saham yang telah melalui pro- ses ini kerana pada tarikh per- laksanaan, baki saham masih menunjukkan jumlah yang asal. Pada masa tersebut, Sistem De- positori Pusat masih belum lagi mengemas kini data-data. De- ngan penerangan selama dua siri ini, diharapkan pelabur tidak lagi membuat atau mengulangi kesilapan di masa akan datang. Selamat melabur. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria

Upload: hathien

Post on 06-Mar-2019

213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CBP mahu bersaing dengan bank komersialwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · mengelak kerugian pelaburan Oleh ZUNAIDAH ZAINON ekonomi@utusan.com.my

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 19 JULAI 2017

CBP mahu bersaing dengan bank komersial

TNB umum lanjutan tambahan SIPP Energy

Petua meminimum atau mengelak kerugian pelaburan

Oleh ZUNAIDAH [email protected]

� KUALA LUMPUR 18 JULAI

KOPERASI Co-opbank Per-satuan Malaysia Berhad (CBP) melalui proses trans-

formasinya akan menyaksikan bank tersebut mampu bersaing dengan bank-bank komersial yang lain di negara ini.

Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari berkata, pelan hala tuju CBP akan memberi keutamaan dari segi memperkasa modal insan, mene-rapkan penggunaan teknologi se-cara menyeluruh dan juga mening-katkan pengurusan modal.

Katanya, langkah itu bukan sa-haja berupaya meningkatkan ke-cekapan dalam pengurusan bank malah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan ke-pada para pelanggan CBP.

“Ini amat penting kerana ia membolehkan kami memper-kenalkan rangkaian produk ba-haru pada masa akan datang dan pelaksanaan kerja perlu diteliti semula terutama daripada aspek keselamatan.

“Selain itu, kita juga cuba me-menuhi pematuhan yang ditetap-kan Suruhanjaya Koperasi Ma-laysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya kita dapat

terus memainkan peranan seba-gai institusi perbankan,” katanya selepas majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri CBP di sini hari ini.

Yang turut dihadir, Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Dr. Noor Zari Hamat dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abd. Razak. Pada majlis itu, CBP turut menyampaikan zakat kepada 20 pelajar asnaf di Sekolah Kebang-saan Datuk Keramat.

Kamari Zaman dilantik sebagai Pengerusi CBP bermula 15 Julai lalu.

Setakat Disember 2016, CBP berjaya mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan jum-lah pendapatan melebihi RM136.9 juta iaitu peningkatan sebanyak 26.3 peratus berbanding RM108.4 juta pada 2015.

Peningkatan keuntungan itu sebahagian besarnya disumbang-kan menerusi keuntungan pem-biayaan sebanyak 19.9 peratus kepada RM107.3 juta pada 2016 berbanding RM89.5 juta tahun se-belumnya.

KUALA LUMPUR 18 Julai – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bersetuju untuk melanjutkan tambahan 30 hari bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli Saham dengan SIPP En-ergy untuk pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Southern Power Generation Sdn. Bhd. (SPG).

TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, tempoh lanjutan itu adalah bagi memu-dahkan SIPP memenuhi prasyarat

berkaitan perjanjian tersebut.Mei lalu TNB mengambil alih

51 peratus kepentingan dalam SPG, syarikat tujuan khas bagi pembangunan loji janakuasa ga-bungan kitaran turbin gas 2x720 megawat (mW) di Pasir Gudang, Johor, pada anggaran RM4.7 bi-lion.

Projek itu dijangka memula-

kan operasi komersial pada 1 Julai 2020.

“Selain meningkatkan kapasiti penjanaan TNB, projek itu juga akan memberi impak positif ke-pada pendapatan dan menambah nilai jangka panjang kepada pe-megang saham.

“Ia juga akan meningkatkan penjanaan bahagian pasaran dan kecekapan portfolio aset yang akan memacu aspirasi untuk menjadi 10 syarikat utiliti global utama menjelang 2025,” katanya.

Di dalam pelaburan saham seba-gaimana yang tersedia maklum, kita boleh menjana keuntu ngan dalam berbagai cara, begitu juga dengan kerugian yang terjadi melalui beberapa kesilapan. Pada minggu lepas saya telah terang-kan kesilapan strategi dalam menjual saham yang meng-akibatkan pelabur menanggung kerugian yang sepatutnya boleh dielakkan daripada berlaku.

Bagaimana pelabur boleh mengelakkan diri daripada ber-lakunya kesilapan yang berpo-tensi merugikan pelabur?

Perkara yang sangat pen-ting sebelum seseorang itu melakukan urus niaga saham ialah pelabur perlu tahu saham apakah yang ingin dibeli. Mak-sudnya seperti berikut:-

l Apakah jenis saham yang ingin dibeli?

Sebagai contoh sama ada ia merupakan sejenis waran, sa-ham biasa, saham keutamaan, terbitan hak, waran berstruktur dan sebagainya.

l Apakah peruntukan-pe-runtukan yang terdapat pada saham yang ingin dibeli?

Sebagai contoh, pemegang saham bakal mendapat terbit-an hak, terbitan bonus, saham pecahan, pembayaran dividen dan sebagainya.

l Apakah yang bakal terjadi pada saham tersebut di masa hadapan?

Sebagai contoh, sama ada jumlah unit saham akan ber-tambah atau menyusut, sa-ham syarikat tersenarai telah diklasifikasikan sebagai saham di bawah PN 17 dan sebagainya.Dengan adanya pema ha m an tentang struktur pasaran sa-ham, maka pelabur dapat me-ngurangkan risiko kerugian atau mengelakkan kerugian yang bakal berlaku disebabkan tiada asas pengetahuan tentang pasaran saham.

Justeru, pelabur yang tiada asas pengetahuan tentang pasa-ran saham dinasihatkan untuk

bertanya kepada dealer atau re-misier apa sahaja perkara berke-naan pasaran saham. Di samping itu, pelabur baharu boleh mem-baca penerangan tentang keselu-ruhan pasaran saham di laman web Bursa Malaysia. Di laman web tersebut terdapat penera-ngan seperti jenis-jenis produk, prosedur dagangan, terminologi pasaran, senarai syarikat broker saham dan sebagainya.

Pelabur juga harus membaca atau mengambil tahu tentang perkembangan semasa berita-berita syarikat tersenarai teru-tamanya berita tentang syari-kat tersenarai yang sahamnya berada di dalam portfolio pelaburan pelabur. Berita atau pengumuman ini boleh didapati di platform urus niaga saham itu sendiri. Di samping itu, no-tis pemberitahuan juga kadang kala dihantar dalam bentuk ba-han bercetak kepada pemegang saham contohnya pengumuman tentang pemberian terbitan hak.

Sekiranya pelabur tidak fa-ham tentang pengumuman pemberian sesuatu peruntuk-an kepada pemegang saham syarikat tersenarai tertentu, pelabur boleh meminta bantu-an remisier, dealer atau mana-mana pegawai yang berkenaan di syarikat broker saham untuk menerangkan tentang perun-tukan tersebut. Ramai pelabur masih tidak faham tentang pe-runtukan-peruntukan saham syarikat tersenarai seperti ter-bitan hak, pemberian dividen, terbitan bonus, saham pecahan dan sebagainya. Ramai pelabur saham yang melakukan tindak-an ini iaitu terus membeli sa-ham yang akan melalui proses-proses ini tanpa mempunyai pengetahuan langsung. Dan

sekiranya harga saham atau jumlah unit saham berubah, mereka masih tidak sedar dan tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku.

Salah satu contoh juga ialah yang mana saham syarikat ter-senarai bakal membayar divi-den kepada pemegang saham. Ramai pelabur tidak peka atau tidak tahu tentang tarikh pelak-sanaan (ex-date) serta tarikh pembayaran. Pelabur kadang kala tersedar apabila harga saham berubah pada tarikh pelaksanaan. Mereka juga tidak membuat perkiraan tentang kejatuhan harga saham pada tarikh pelaksanaan serta jum-lah pembayaran dividen terse-but serta tidak mengetahui nilai par saham tersebut. Pemba-yaran dividen ini diumumkan dalam kadar peratus atau sen.

Kebiasaannya harga sa-ham akan berubah pada tarikh pelaksanaan. Ia cenderung ke-pada kejatuhan harga dan dari-pada sini adakah pembayaran dividen pada tarikh yang mana pelabur bakal terima itu mele-bihi harga asal yang dibeli? Dengan erti kata lain, modal pelaburan bertambah. Ataupun adakah ia masih sama walau-pun pelabur telah mendapat dividen disebabkan harga jatuh pada tarikh pelaksanaan dan masih tidak naik atau masih menurun sehingga tiba tarikh pembayaran dividen?

Dalam kes penyusutan modal pula, pelabur dinasihatkan un-tuk menghubungi dealer atau remisier untuk memeriksa baki saham yang telah melalui pro-ses ini kerana pada tarikh per-laksanaan, baki saham masih menunjukkan jumlah yang asal. Pada masa tersebut, Sistem De-positori Pusat masih belum lagi mengemas kini data-data. De-ngan penerangan selama dua siri ini, diharapkan pelabur tidak lagi membuat atau mengulangi kesilapan di masa akan datang. Selamat melabur.

KAMARI ZAMAN JUHARI dan Mohd. Nor Abd. Razak (kanan) menunjukkan isyarat bagus di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri CBP di Kuala Lumpur, semalam.– UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 19 JULAI 2017

RISDA disaran utamakan koperasi pekebun kecilOleh NUR NAZLINA [email protected]

KUALA LUMPUR 18 Julai – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) diarahkan untuk membantu pe­kebun­pekebun kecil dengan mem berikan peluang yang ada dalam projek­projek mereka ke­pada Koperasi Pekebun Kecil Ge­tah Nasional Bhd. (NARSCO).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguru­san RISDA termasuk di peringkat negeri dan daerah digesa untuk memberi peluang kepada kope­rasi­koperasi pekebun kecil bagi meningkatkan pendapatan yang boleh membantu ahli mereka memperoleh pendapatan daripa­da dividen.

Katanya, NARSCO menyasar­kan peningkatan untung bersih sebanyak RM2 juta pada tahun depan berban ding RM1.38 juta yang dicatatkan pada tahun lalu, didorong oleh bantuan daripada RISDA serta usaha sama dengan syarikat­syarikat dan agensi kera­jaan yang lain.

“Hari ini NARSCO telah me­nandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Universiti Agrosains Malay­sia (UCAM), SAS Plastic Industries Sdn. Bhd. dan FELCRA Travel and Tours Sdn. Bhd.

“Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memperluaskan lagi sayap perniagaan NARSCO yang tidak hanya tertumpu pada aktiviti per­

niagaan ladang sahaja,” katanya pada majlis Seminar Koperasi Peke­bun Kecil 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengeru­si RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pengerusi NARSCO, Datuk Zamri Yaakob.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, bagi memastikan sese­buah koperasi pekebun kecil itu berjaya, mereka bukan sahaja per­lu mencari peluang perniagaan malah harus memastikan pengu­rusan koperasi mereka dibuat se­cara profesional.

Ini terma suklah dengan me ngambil mereka yang pa­kar dalam suatu bidang untuk menja wat jawatan yang sepa­tutnya se perti pengurusan pen­tadbiran, kewangan dan pe­masaran.

“Kita mahu koperasi pekebun kecil dianggap seperti sebuah entiti perniagaan yang lain. Jika koperasi berpendapatan tinggi, dividen akan dikongsi dan diba­yar kepada ahli dan dengan cara itu ahli dapat menambah penda­patan mereka.

“Namun saya lihat ketika ini, ada sesetengah koperasi yang tidak mampu untuk memberikan dividen kepada ahli atau mempu­nyai pulangan yang terlalu kecil. Adalah penting untuk memasti­kan sesebuah koperasi itu berjaya supaya ahli pun lebih berminat untuk menambah saham mere­ka,” katanya.

Sehingga kini, RISDA mempu­nyai 63 buah koperasi meliputi 54 koperasi pekebun kecil daerah, lima koperasi pekebun kecil ne­geri, tiga koperasi pekebun kecil gabungan dan sebuah koperasi in­duk iaitu NARSCO.

Sementara itu, pada majlis tersebut juga, NARSCO turut mengumumumkan pem ba ya­r an dividen lima peratus bersa­maan dengan RM80,16O. Setakat ini, keahlian koperasi mencecah 146, 955 orang dan keuntungan bersih kumpulan bagi tahun 2016 berjumlah RM19.6 juta.

Pada majlis yang sama juga, Ismail Sabri turut menyampai­kan anugerah kepada empat buah koperasi pekebun kecil yang telah

disenarai oleh Suruhanjaya Kope­rasi Malaysia (SKM) antara 100 buah koperasi yang terbaik di Ma­laysia.

Koperasi tersebut merupakan, Koperasi Pekebun Kecil Gabu­ngan Perak Bhd., Koperasi Peke­bun Kecil Batu Pahat Bhd., Kope­rasi Pekebun Kecil Pekan Bhd. dan Koperasi Pekebun Kecil Larut Ma­tang Bhd.

Info Perniagaan Teras NARSCO Berhad

l Pembekalan baja dan bahan-bahan kimia.l Kontrak perladangan.l Pembelian peralatan dan perisian komputerl Pemegangan saham.l Pelaburan dan subsidiari.

NARSCO Travel & Tour Sdn. Bhd. dan FELCRA Travel & Tour Sdn. Bhd.

* Pengurusan pengangkutan dan pelancongan.

Memorandum Persefahaman

NARSCO Bhd. dan UCAM *Pengurusan dalam bidang latihan, pendidikan dan

aktiviti berasaskan pengetahuan.

NARSCO Bhd. dan SAS Plastic Industries Sdn. Bhd.*Pemasaran set alatan menoreh, barangan plastik dan

komponen-komponen pertanian berasaskan plastik.

ISMAIL SABRI YAAKOB menyampaikan replika Bantuan Pembangunan Koperasi Pekebun Kecil kepada Zamri Yaakob dalam Majlis Perasmian Seminar Koperasi Pekebun Kecil 2017 di Dewan Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam – UTUSAN/JEFFRI IRAN

SEBAHAGIAN ahli koperasi pekebun kecil yang hadir pada Majlis Perasmian Seminar Koperasi Pekebun Kecil 2017, semalam.

Kita mahu koperasi pekebun kecil dianggap seperti sebuah entiti perniagaan yang lain. Jika koperasi berpendapatan tinggi, dividen akan dikongsi dan dibayar kepada ahli dan dengan cara itu ahli dapat menambah pendapatan mereka.”

ISMAIL SABRI YAAKOBMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah