sunway mahu lebih banyak tanah...
TRANSCRIPT
22 UTUSANBIZ UTUSAN MALAYSIA • RABU 13 SEPTEMBER 2017
Sunway mahu lebih banyak tanah TODOleh NUR HANANI [email protected]
� KUALA LUMPUR 12 SEPT.
SUNWAY Bhd. berhasrat mengambil alih lebih banyak tanah yang memiliki sam
bungan baik kepada infrastruktur awam baharu terutamanya kawasan pembangunan berorientasikan transit (TOD).
Pengarah Urusan Bahagian Hartanah Sunway bagi Malaysia dan Singapura, Sarena Cheah berkata, TOD adalah pemba ngunan urban memaksimumkan ruang kediaman, perniagaan dan rekreasi dalam jarak berjalan kaki dari pengangkutan awam.
Katanya, kumpulan itu telah memperoleh lima tanah di Lembah Klang bernilai RM5.5 bilion termasuk di Kajang dan Wangsa
Maju sejak Januari lalu.“Kami mahu mempelbagaikan
lokasi projek pembangunan yang mudah diakses dengan jalan raya dan infrastruktur awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).
“Sehubungan itu, kami sedang mencari lebih banyak tanah untuk pembangunan TOD, lebihlebih lagi apabila projek MRT dan LRT selesai, ia akan menambah nilai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Sunway melancarkan Sunway Velocity Hotel bernilai RM140 juta yang merupakan satusatunya hotel berorientasikan transit, selain hotel terbesar dan bersepadu di Cheras dekat sini.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Operasi Sunway Hotels & Resorts, Kelly Leong; Ketua Pega
wai Eksekutif Sunway Hotels & Resorts, Albert Cheong; Pengarah Fawanis Sdn. Bhd., Ahmad ZulQarnain dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT, Datuk Jeffrey Ng.
Sunway Velocity Hotel yang merupakan projek usaha sama di antara Sunwaydan Fawanis di kawasan TOD mula beroperasi pada 20 September ini.
Menurut Sarena, pihaknya menyasarkan kadar penginapan mencecah 75 peratus pada tahun pertama hotel berkenaan beroperasi didorong lokasi yang strategik, saiz pasaran dan harga kompetitif.
“Pada tahun ini dan 2018, kami menjangkakan tetamu hotel ini terdiri dalam kalangan warga tempatan sebanyak 60 peratus serta baki meliputi pelancong dari Singapura, China dan rantau Asia Pasifik,” katanya.
Modal tunai RM100 untuk melabur sahamSATU iklan pemasaran pembelajaran saham menarik perhatian saya: “Anda sudah boleh memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia hanya bermodalkan RM100” dan “Melabur saham bukan hanya untuk orang kaya sahaja”.
Dua ayat ini sangat popular digunakan dewasa ini, lebihlebih lagi iklan pemasaran di media sosial Facebook yang bertujuan mengajak orang ramai menghadiri kelas pembelajaran saham berbayar. Walhal, banyak organisasi yang berkaitan dengan pasaran modal mengadakan pembelajaran saham secara percuma kepada orang ramai.
Jika kita perhatikan ayat copy writing ini, ia merupakan satu strategi pemasaran untuk menarik lebih ramai orang menyertai seminar atau kelas tersebut. Namun, secara realiti kadang kala ia tidak menggambarkan keadaan yang sebenar di dalam dunia saham.
Kirakira 20 tahun dahulu, orang ramai pergi ke syarikat broker saham untuk membuka akaun urus niaga saham dengan tujuan untuk membeli dan menjual saham. Tujuan membeli dan menjual saham hanya untuk meraih keuntungan dari perbezaan harga beli dan jual serta mendapatkan pembayaran dividen. Jarang yang membuka akaun urus niaga saham tanpa melakukan transaksi saham. Mereka ini membeli saham di pasaran terbuka dan juga memohon saham IPO.
Pelanggan pada masa itu banyak bergantung kepada re-misier dari segi mendapatkan maklumat saham sehinggakan dalam membuat pemilihan saham apa yang ingin dibeli oleh kerana di waktu itu tiada kemudahan internet serta ilmu analisis fundamental dan teknikal tidak diberi penekanan dalam pemilihan saham. Kebanyakannya membeli saham dengan mengikut orang lain atau membeli saham semberono. Sekiranya ada yang membuat kajian,
ianya terlalu sedikit sekali.Dan ketika itu juga, orang
ramai jarang melabur dengan modal tunai RM100 kerana di waktu itu orang ramai banyak melakukan urus niaga saham secara kontra dan harga saham agak mahal. Modal tunai juga tidak diperlukan ketika membeli saham. Mereka biasanya akan menunggu hari terakhir untuk membayar keseluruhan nilai pembelian pada hari terakhir penyelesaian. Ini kerana mereka hanya akan membayar jumlah kerugian kontra ataupun menerima untung kontra tanpa membayar keseluruhan jumlah pembelian pada hari yang ditetapkan.
Selepas pasaran saham pulih dari kemelut krisis kewangan Asia 1997, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti telah banyak membuat pembaharuan dan kawal selia pasaran modal. Ini termasuk bankbank pelaburan yang mengenakan berbagai syarat kepada pelanggan yang ingin membuka akaun urus niaga saham. Satu daripada syarat ialah meletakkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun amanah pelanggan untuk mendapatkan kemudahan had membeli.
Had membeli ini boleh jadi
dua atau tiga kali ganda modal tunai yang berada di dalam akaun amanah pelanggan. Sebagai contoh, jika pelanggan mempunyai modal tunai RM1,000, maka dia boleh membeli saham di antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja. Ini berbeza pada 20 tahun dahulu di mana remisier bebas memberikan had membeli kepada pelanggan serta mengikut budi bicara pihak broker saham.
Berbalik kepada topik hari ini, adakah modal RM100 itu mencukupi atau sesuai untuk membeli saham?.
Untuk makluman pembaca, jumlah unit saham telah dipecahkan atau diubah dari satu lot bersamaan 1,000 unit saham kepada satu lot bersamaan 100 unit saham. Perubahan ini telah dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memberi peluang golongan bawahan atau yang bermodal kecil untuk membeli sahamsaham yang mahal harganya dalam unit yang kecil bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia memiliki ekuiti syarikat tersenarai.
Contohnya, saham Maybank yang berharga RM9.66 atau RM9,660 untuk 1,000 unit saham dapat dibeli hanya dengan modal RM966 untuk 100 unit saham atau satu lot saham Maybank. Jumlah RM966 ini tidak termasuk lainlain kos semasa beli dan juga jual. Pelabur dan pedagang saham perlu membuat perkiraan koskos yang terlibat agar harga saham dapat melepasi kos tersebut untuk menghasilkan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat.
Walau bagaimanapun, masih ramai pelabur yang tidak mempunyai modal yang optimum tetapi keinginan mereka untuk melabur di pasaran saham sangat tinggi lebihlebih lagi apabila membaca iklan seperti yang disebut di atas. Tetapi persoalannya, adakah ia realistik?
Kita sambung topik ini di minggu hadapan.
Aplikasi PRUdream Planner tawar penyelesaian terbaikOleh MUHD. SHAHIZAM [email protected]
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan PRUdream Planner iaitu sebuah aplikasi interaktif yang membolehkan agenagen menilai keperluan dan keutamaan kewangan pelanggan bagi menawarkan penyelesaian terbaik.
Ketua Pegawai Strategi PAMB, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, aplikasi tersebut membantu ejenejen untuk membuat perancangan melalui cara yang mudah difahami dan diakses oleh para pelanggan.
Jelas beliau, PR-Udream Planner turut menyediakan kaedah baharu dan inovatif kepada ejenejen dalam menawarkan rundingan yang lebih berkesan.
“Melalui aplikasi ini, ejenejen
dapat mengumpul pelbagai maklumat yang berkaitan dengan profil kewangan pelanggan menerusi pelbagai soalan yang disediakan. Seterusnya, ejen akan menilai keperluan dan keutamaan kewangan pelanggan berdasarkan
kepada matlamat hidup mereka.
“Setelah mengenal pasti keperluan pelanggan, agen akan menawarkan pilihan daripada pelbagai pelan penyelesaian insurans PAMB serta memberi cadangan khusus agar memenuhi keperluan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Saifulrizal menambah, Prudential berhasrat untuk meningkatkan produktiviti dan profesionalisme tenaga kerja agensi serta memberi pengalaman jualan baharu kepada
pelanggan melalui PRUdream Planner.
Menurut beliau, aplikasi tersebut berperanan sebagai panduan kepada para pelanggan di mana
ia belajar tentang diri, apa yang dihargai dan cara untuk mereka mencapai matlamat kewangan.
Katanya, PRUdream Plan-ner menyokong rangka Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Bank Negara Malaysia dalam mempromosikan inovasi serta profesionalisme dari segi produk dan perkhidmatan insurans.
“Aplikasi ini juga melengkapkan misi PAMB untuk menyediakan pengalaman jualan berasaskan penyelesaian yang berkualiti kepada para pelanggan.
“Di samping itu, kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan jangka panjang dalam kalangan ahli keluarga dapat ditingkatkan dalam usaha mencapai impian masingmasing,” ujarnya.
Celcom perkukuh kedudukan dalam industriKUALA LUMPUR 12 Sept. – Celcom Axiata Bhd. (Celcom) mengukuhkan kedudukannya dengan prestasi yang lebih baik berbanding industri dalam pendapatan perkhidmatan asas suku tahunan meskipun berdepan keadaan mencabar.
Penyedia rangkaian telekomunikasi itu merekodkan peningkatan 1.4 peratus dalam pendapatan perkhidmatan kepada RM1.495 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017 ketika industri merekodkan kemerosotan sebanyak 2 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Kuehner berkata, dalam suku kajian itu, Celcom mencatatkan jumlah pendapatan bernilai RM1.621 bilion iaitu peningkatan 0.7 peratus daripada pencapaian suku pertama tahun ini.
Katanya, keuntungan selepas cukai, pelunasan dan kepentingan minoriti (PATAMI) Celcom juga melonjak 22.9 peratus kepada RM331 juta sementara pendapatan sebe
lum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 7.2 peratus kepada RM630 juta.
Menurut beliau lagi, antara faktor yang mempengaruhi pertumbuhan itu adalah penambahbaikan pendekatan dalam me menuhi kehendak pengguna serta penyelarasan pengurusan kewangan dan operasi syarikat.
“Kami telah memperkenalkan program pendigitalan pengedar yang memperbaiki ketersediaan produk secara keseluruhan dan membolehkan pengalaman pengedaran yang lebih baik buat ekosistem jualan dan agihan,” katanya ketika ditemui di taklimat media perniagaan suku kedua Celcom di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat telekomunikasi itu, Jennifer Wong.
ECERDC bawa usahawan ke CAEXPO 2017KUALA LUMPUR 12 Sept. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membawa 20 usahawan tempatan ke Nanning, China bagi mempromosikan produkproduk keluaran mereka sempena Ekspo ChinaASEAN Ke14 (CAEXPO 2017) yang bermula hari ini sehingga Jumaat depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jebasingam Issace John (gambar) berkata, inisiatif tersebut merupakan antara satu usaha ECERDC dengan sokongan kerajaan persekutuan dan negeri untuk meningkatkan lagi permintaan produkproduk usahawan ECER di China.
Menurut beliau, usahawanusahawan daripada industri seni dan kraf ECER dipilih untuk menjadi sebahagian daripada delegasi Malaysia ke CAEXPO 2017.
“Para usahawan perlu diberi pendedahan dengan lebih luas agar mereka dapat mempromosikan hasil seni dan kraf tempatan. Pada masa sama, penglibatan usahawan ini akan memaparkan potensi wilayah ECER sebagai sebuah destinasi pelancongan budaya sekali gus membawa lebih banyak faedah sosioekonomi kepada masyarakat tempatan.
“Kami percaya terdapat permintaan yang kukuh dan kian meningkat untuk warisan kebudayaan yang unik daripada pengguna di seluruh dunia termasuk China dan ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Issace John menambah, hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan China telah membuka peluang yang amat luas kepada para usahawan tempatan untuk menerokai pasaran China dan ASEAN.
CIKGU SAHAM
Zuraida Mohd. Zakaria
Satu daripada syarat ialah meletakkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun amanah pelanggan untuk mendapatkan kemudahan had membeli.”
KELLY LEONG (kiri), Albert Cheong (dua dari kiri), Ahmad Zul-Qarnain (tengah), Sarena Cheah (dua dari kanan) dan Jeffrey Ng pada majlis pelancaran Hotel Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
MICHAEL KUEHNER (kiri), Jennifer Wong (tengah) dan Azwan Khan Osman Khan ketika berkongsi pencapaian perniagaan suku kedua Celcom Axiata Bhd. (Celcom) di Kuala Lumpur, semalam.
WAN SAIFULRIZAL WAN ISMAIL
Nama UPM pada pesawat AirAsiaSEPANG 12 Sept. – Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul universiti pertama yang mempunyai nama dan logonya dipaparkan di sebuah pesawat Airbus 320200 milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Pesawat dengan nombor pendaftaran 9MAQD itu memaparkan logo UPM, slogan With Knowledge We Serve serta logo pokok.
Bahagian kokpit pesawat berkenaan turut dihiasi dengan motifmotif berkaitan UPM.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk
Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama antara pihak universiti dan industri seumpama ini perlu diteruskan dalam usaha mewujudkan persekitaran positif bagi keduadua pihak.
Ke arah itu katanya, mentaliti berpandukan silo perlu dikikis oleh semua pihak.
“Pelancaran kerjasama UPM dan AirAsia ini merupakan satu testimoni daripada inisiatif program CEO@Faculty yang dijalankan di UPM barubaru ini.
“Oleh itu, saya berharap kerjasama universitiindustri dapat terus
dipertingkatkan selaras dengan peredaran masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pesawat berkenaan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Naib Canselor UPM, Datin Paduka Dr. Aini Ideris.
Sementara itu, Fernandes berkata, kerjasama antara pihak universiti dan industri seperti program CEO@Facul-ty dapat memberi gambaran sebenar kepada keduadua pihak terlibat.
PESAWAT Air Asia Airbus A320-200 (9MAQD) yang tertera logo Universiti Putra Malaysia dalam majlis pelancaran pemasangan livery pesawat AirAsia di Sepang Aircraft Engineering, Sepang, semalam.
AS masih ada peluang sertai TPPAKUALA LUMPUR 12 Sept. – Amerika Syarikat (AS) masih mempunyai tempoh sehingga Februari 2018 untuk memuktamadkan pendiriannya sama ada mahu menyertai Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) atau sebaliknya.
Menurut Penasihat Kanan ASEAN Advisory Pte. Ltd., Yong Hee Kong, meskipun TPPA tidak bermakna tanpa penyertaan AS, namun masih ada negara yang mahu perjanjian tersebut dimuktamadkan, contohnya Jepun dan Australia.
“Ini kerana, TPPA bukan sekadar satu perjanjian dagangan tetapi melibatkan banyak aspek, antaranya hak intelek, tarif dan tarikan pelaburan yang akan menjadi mo del kepada perjanjian dagangan global pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas simposium ‘Pengunduran AS, Kebangkitan China: Bagaima
na kita menghadapinya?” anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di sini hari ini.
Bagi Malaysia, ujar Hee Kong, perjanjian itu amat penting kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana ia membawa pelbagai ke lebihan terutama dari segi mening katkan aktiviti dagangan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia dan 10 lagi negara anggota TPPA masih mencari pilihan untuk meneruskan perjanjian tersebut biarpun tanpa kehadiran AS.
Ini berikutan langkah yang dibuat Presiden AS, Donald Trump yang menandatangani arahan eksekutif pada 23 Januari lalu untuk menarik diri secara rasmi daripada rundingan TPPA sebagai menunaikan janjinya ketika berkempen sebagai calon Presiden AS.