airasia sasar 1.5 juta pelancong ke indonesia...

1
Masalah kerap dihadapi pelabur baharu SOALAN yang kerap saya terima ialah apakah persediaan untuk melabur, bagaimana hendak mendapatkan ilmu dan maklu- mat pelaburan, apakah buku- buku yang sesuai untuk dibaca, apakah petua untuk menjadi seorang pelabur atau pedagang sepenuh masa dan sebagainya. Walaupun sudah banyak ar- tikel yang ditulis di ruangan ini, sebagai panduan saya akan berikan beberapa langkah lagi yang mungkin dapat memban- tu para pembaca menangani masalah yang diutarakan itu. n Modal yang mencukupi Maksud modal yang men- cukupi ialah modal tunai yang berlebihan yang diagihkan untuk masa hadapan. Jumlah modal pelaburan ini agak sub- jektif kerana ada yang mengata- kan dengan modal RM100 kita sudah boleh membeli sesuatu saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Perlu diingatkan bahawa ter- dapat kos-kos yang terlibat di dalam proses jual beli saham iaitu caj pembrokeran, cukai GST dan yuran scan. Sekiranya kita tidak dapat menyediakan jumlah modal yang mencukupi, ini bermakna kita belum lagi mempunyai persediaan atau persiapan untuk melabur. Kemungkinan juga kita tidak mempunyai simpanan atau wang yang berlebihan. Pelaburan saham ini berbeza dengan dagangan forex kerana dagangan forex boleh dibuat dengan menggunakan modal yang sangat kecil. n Matlamat atau tujuan pelaburan Dewasa ini ramai hadir ke seminar pelaburan saham se- bagai trend atau ikut-ikutan lebih-lebih lagi seminar per- cuma. Mereka juga tidak tahu atau tidak didedahkan dengan risiko-risiko pelaburan tetapi diindahkan dengan kata-kata, beli saham terus naik dan mem- berikan pulangan yang luma- yan. Maka, selepas tamat seminar saham, berbondong-bondong peserta seminar membuka akaun urus niaga saham. Ada yang terus membeli saham bila akaun urus niaga telah diaktif- kan kerana adanya kemudahan urus niaga dalam talian yang sangat mudah dikendalikan. Sememangnya mereka san- gat teruja dengan cerita kenai- kan saham semasa di dalam seminar saham yang dihadiri, walhal dalam satu hari dagan- gan Bursa Malaysia terdapat beratus-ratus saham naik ter- masuk juga beratus-ratus yang jatuh. Mereka sangat teruja dengan cerita-cerita daripada contoh- contoh saham yang naik sahaja tetapi tidak diceritakan tentang saham-saham yang jatuh atau- pun yang dinyah senarai dari- pada Bursa Malaysia. n Ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan diper- cayai Ramai orang mudah terpeso- na apabila membaca iklan-iklan tentang pelaburan saham yang untung berlipat kali ganda. Maka, sesiapa sahaja akan ter- pikat dengan seminar-seminar sebegini seolah-olah letak duit dan duit akan berkembang. Dan ramai yang mencari-cari sumber yang boleh memberi- kan cadangan saham-saham yang bakal memberikan pu- langan lumayan tanpa meru- juk betul-betul maklumat yang diperoleh itu. n Faham apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepe- nuhnya Hadir seminar atau bengkel saham tetapi tiada kesinambu- ngan pembelajaran atau tidak membuat kajian saham kerana telah disuap dengan anggapan beli saham dan simpan maka harga saham akan terus naik. Yang mempunyai wang ber- lebihan dalam pelaburan saham sudah tentu boleh menunggu harga saham naik dalam masa satu atau dua tahun, tetapi yang bermodalkan kecil ini resah ge- lisah menanti harga saham naik walaupun telah memegangnya selama dua minggu atau satu bulan. n Membuat keputusan sendiri Jarang pelabur dan pedagang saham membuat keputusan sendiri. Mereka lebih gemar atau yakin mendengar cakap orang. Orang tersebut pula ada kalanya yang mereka tidak ke- nal atau berjumpa. Hanya kenal di alam maya boleh memberikan mereka keyakinan untuk mengikuti saranan-saranan tentang saham tanpa membuat penyelidikan atau bertanya pendapat profe- sional yang bertauliah. n Sentiasa mengikuti per- kembangan semasa Terdapat juga ramai peda- gang dan pelabur saham yang tidak ambil kisah tentang perkembangan atau berita se- masa dunia saham serta ekono- mi dunia. Mereka beranggapan bahawa melabur saham seperti menyimpan duit di bank yang tidak akan merosot nilainya. Maka, setelah saham tersebut dibeli tanpa ilmu dan kajian, ianya dibiarkan begitu sahaja di dalam akaun CDS. n Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca Terdapat juga yang langsung tidak tahu bagaimana untuk mencari sumber pembacaan tentang saham walaupun dunia sekarang semua maklumat be- rada di hujung jari. Apa-apa sa- haja maklumat atau pencarian boleh dicari di internet terma- suk terjemahan bahasa. Mereka masih tertanya-tanya bagaima- na hendak bermula, apakah bahan bacaan yang sesuai dan sebagainya. Sebagai rumusan, kepada sesiapa yang ingin melabur saham perlu mempunyai mat- lamat, prinsip serta kesung- guhan dalam membuat ka- jian saham dan pembelajaran sendiri. Ini amat penting untuk menghindarkan diri daripada membuat kesilapan yang me- ngakibatkan kerugian dalam pelaburan. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria

Upload: lequynh

Post on 24-May-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

16 UTUSANBIZ UTUSAN MALAYSIA • RABU 2 OGOS 2017

AirAsia sasar 1.5 juta pelancong ke Indonesia

Sijil halal CCM diperbaharui Jakim

TDA yakin capai nilai pemerolehan RM68 bilion

Tiada lambakan pelaburan China

PBSN lancar dana unit amanah baharu

Sime Darby Property lupus SDSB pada PNB

Masalah kerap dihadapi pelabur baharu

Oleh ZULKIFLI [email protected]

� SHAH ALAM 1 OGOS

SYARIKAT penerbangan tam­bang murah, AirAsia Bhd. menyasarkan untuk mem­

bawa 1.5 juta penumpang Malay­sia ke Indonesia menjelang hu­jung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, jumlah tersebut sama dengan yang disa­sarkan Kementerian Pelancongan Indonesia bagi memacu industri pelancongan di negara itu.

Menurutnya, berdasarkan re­kod, sebanyak empat juta pe­numpang kedua­dua negara telah menggunakan perkhidmatan Air­Asia pada tahun lalu sahaja.

“Kami yakin sasaran itu mam­pu dicapai dengan mudah selain turut berkemampuan membawa pelancong dari hab perniagaan lain seperti Australia, Jepun, Ko­rea Selatan, India, Thailand dan negara Asia Barat.

“Kerjasama dengan Indonesia juga membuka peluang kepada Air­Asia dalam meneroka potensi la­luan destinasi baharu di negara itu seterusnya mengukuhkan jenama AirAsia,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran promosi pelancongan Kementerian Pelan­congan Indonesia dan AirAsia Bhd. di sini hari ini.

AirAsia kini mempunyai lebih 350 penerbangan seminggu ke 15 destinasi di Indonesia seperti Acheh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makas­sar dan Yogyakarta.

Aireen memberitahu, kerjasa­ma tersebut akan menyaksikan kedua­dua pihak memberi tum­puan kepada usaha pemasaran dari segi pengiklanan dan promo­si serta penjenamaan dalam pe­nerbangan, pameran dan jualan.

“Kementerian Pelancongan In­donesia sangat agresif dalam me­lonjakkan kehadiran pelancongan dan semestinya kita sedia mem­

bantu mereka,” jelasnya.Sementara itu, Penasihat Ka­

nan Menteri Pelancongan Dalam Bidang Kemudahan Udara Ke­menterian Pelancongan Indone­sia, Robert D. Waloni menjelas­kan, pemilihan AirAsia dibuat atas kemampuan syarikat pener­bangan tersebut membawa pelan­cong melebihi syarikat penerban­gan terbesar Indonesia, Garuda Indonesia Airlines.

“Kita juga melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lum­pur 2 (KLIA2) adalah hab pelan­congan kepada Indonesia selain Malaysia menduduki kedudukan pertama pelancong mengunjungi Indonesia saban tahun,” jelasnya.

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Chemical Company Malaysia Berhad (CCM) menerima sijil halal yang telah diperbaharui oleh Jabatan Kema­juan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk­produk seperti vitamin dan suplemen.

Pengerusi CCM, Datuk Normala Abdul Samad berkata, sijil terse­but diserahkan sendiri oleh Men­teri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, standard ha­lal sangat penting dalam indus­tri kesihatan dan farmaseutikal kerana menggabungkan elemen syariah serta sains dalam pelbagai peringkat pengeluaran.

“Dahulunya persepsi halal hanya tertumpu kepada indus­tri berkaitan makanan, namun kesedaran pengguna telah me­ningkat dengan menjadikan halal sebagai sebahagian gaya hidup mereka. Pengguna bukan Islam juga semakin memahami kepen­tingan halal kerana menawarkan produk yang selamat, berkhasiat, berkualiti dan bersih.

“Oleh itu, pembaharuan sijil ini mencerminkan keyakinan Jakim terhadap usaha dan komitmen CCM dalam memastikan stan dard halal sentiasa dipatuhi. Kami ber­harap pengiktirafan ini akan me­ngukuhkan lagi kedudukan CCM

sebagai peneraju pasaran farma­seutikal halal di Malaysia dan global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Normala, CCM sen­tiasa komited dalam memastikan operasi harian termasuk setiap peringkat pengeluaran mematuhi standard halal.

Jelas beliau, CCM menganggap pematuhan halal sebagai sebaha­gian daripada fardu kifayah yang mana ia akan meningkatkan gaya hidup orang Islam dan bukan Is­lam.

“Bagi memastikan komit­men itu terlaksana, CCM telah melaksanakan Sistem Jaminan Pengurusan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan halal dalam industri.

“Sistem ini berintegrasi de­ngan pembangunan, pelaksana­an, penambahbaikan, penge­luaran, produk, sumber manusia dan prosedur supaya menepati keperluan syariah. Sistem ini telah menjadi asas kepada proses pembaharuan sijil oleh Jakim,” ujarnya.

Industri farmaseutikal di Ma­laysia berkembang antara lapan hingga 10 peratus setahun de ngan pasaran halal global dijangka bernilai AS$132 bilion (RM565 bi­lion) menjelang 2021.

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Technology Depository Agency Bhd. (TDA) yakin negara dapat mencapai nilai sasaran pemerolehan RM68 bilion menjelang 2020 melalui Program Kerjasama Industri (ICP).

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zailani Safari berkata, agensi itu telah menyelesaikan pemerolehan bernilai kira­kira RM5 bilion setakat ini bagi 2017 berbanding RM1 bilion tahun lalu.

“Kami bekerjasama dengan banyak agensi untuk membantu kami mencapai sasaran, dan kami yakin jika semuanya berjalan lancar, kami mampu mencapainya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Asian Rail Academy (ARA) di sini, hari ini.

Semasa majlis itu, TDA turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan ARA dan Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk menyokong Pusat Kecemerlangan Rel Negara (NRCOE) yang berperanan mengisi keperluan industri kereta api tempatan melalui pendidikan dan latihan.

“Kami melihat usaha NRCOE ini akan memenuhi keperluan pembangunan kereta api masa hadapan, bukan hanya di Malaysia, malah juga rantau ASEAN,” katanya.

Katanya, NRCOE menyasarkan untuk mengurangkan jurang keperluan modal insan.

Beliau menambah, tenaga kerja dalam industri kereta api tempatan ketika ini berjumlah 22,000 orang, dan dijangka meningkat kepada 68,000 menjelang 2030.

Zailani berkata, ICP akan membantu pembangunan industri kereta api Malaysia ke arah menjadi perniagaan lebih kukuh dan mampan. – BERNAMA

Oleh ZUNAIDAH [email protected]

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Malaysia tidak perlu bimbang berlakunya ‘lebihan’ pelaburan dari China memandangkan negara telah mempelbagaikan sumber ekono­mi melibatkan rakan pelabur as­ing yang lain.

Ketua Ekonomi dan Rakan Kong­si Deloitte China, Prof. Stephen Xu Sitao berkata, Bank Negara Ma­laysia (BNM) dan pihak berkepen­tingan yang lain sebaliknya perlu mengambil pendekatan tertentu untuk memahami keberkesanan dasar­dasar yang dilaksanakan Chi­na berbanding menjadi pemacu di peringkat serantau.

Katanya, dari segi pelaburan, dalam tempoh sembilan bulan berturut­turut China merupakan rakan dagang Malaysia terbesar kerana hubungan ekonomi yang komprehensif antara kedua­du­anya telah dibina daripada asas yang kukuh.

“Mengambil contoh Australia, negara itu sejak beberapa tahun lalu mencatat jumlah eksport ke China hampir 35 hingga 36 peratus yang sebenarnya tinggi dan begitu juga Korea Selatan, suku daripada nilai eksportnya adalah ke China.

“Dalam konteks ini, saya meli­hat Malaysia belum lagi mencapai tahap tersebut. Ini kerana, Malay­sia telah mempelbagaikan ekono­mi dan rakan dagang. Jadi, tidak timbul isu mengenai pendedahan terlalu banyak pelabur dari China ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ucaptama mengenai Per kem­bangan Ekonomi China dan Per­anan Dalam Ekonomi Global pada

Persidangan Perbankan Global Institut Pengamal Perbankan Ber­tauliah Asia (AICB) di sini hari ini. Yang turut hadir Pengerusi AICB, Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Eksekutif AICB, P. Prasad.

Persidangan dua hari bermula hari ini, diadakan dengan ker­jasama Universiti Tsinghua bagi menyediakan platform kepada pemain industri untuk memaha­mi sektor perbankan di China dan meneroka peluang­peluang yang disediakan.

Pelaburan China di Malaysia mula meningkat sejak Presiden Xi Jinping memimpin negara kuasa kedua ekonomi dunia itu pada 2012. Sejak 2009, China merupa­kan rakan dagang terbesar Ma­laysia (menggantikan Singapura) dengan hubungan dagangan dua hala tahun lalu sahaja berjumlah AS$83.4 bilion (RM356.91 bilion). China juga adalah pasaran eksport terbesar Malaysia.

Pada November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa masuk urus niaga bernilai AS$33.6 bilion (RM143.79 bilion) ke Malaysia yang disifatkan pelaburan terbesar anta­ra kedua­dua negara setakat ini.

Berdasarkan laporan Bloom­berg, China komited untuk me­ngimport barangan bernilai AS$2 trilion (RM8.56 trilion) dari Ma­laysia dalam tempoh lima tahun akan datang (melonjak hampir lapan kali ganda berbanding im­port pada 2016 dalam tempoh itu), selain meningkatkan pelaburan sehingga AS$150 bilion (RM641.92 bilion) ke negara ini dan menawar­kan sehingga 10,000 tempat untuk menjalani latihan di negara itu.

Dalam pembentangannya, Xu Sitao berkata, China boleh mem­pelajari langkah Malaysia melak­sanakan kawalan modal ketika krisis kewangan Asia pada 1998 dengan menambat ringgit pada RM3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana kawalan itu dilakukan pada waktu yang tepat disebabkan sentimen ketika itu menyaksikan kebanyakan mata wang Asia berada dalam tekanan.

“Bagi China, jika mahu melak­sanakan langkah kawalan modal lakukan pada ketika mata wang secara relatifnya berada di bawah nilai. Bagaimanapun, sama ada kita (China) mahu melakukannya ataupun tidak, saya tidak pasti,” katanya.

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Permoda­lan BSN Bhd. (PBSN) melancarkan dana unit amanah, BSN Dana Sha­riah Money Market (BSNDSMM) pada harga tawaran permu­laan RM1 seunit dalam tempoh bertenang selama 21 hari hingga 21 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBSN, Kamarul Izam Idrus berkata, dana baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam dana unit amanah saham yang diurus­kan oleh PBSN.

“Dana ini berkecairan tinggi dan dijangka mampu menjana pendapatan jangka pendek serta mengekalkan tahap kestabilan modal.

“Pendapatan yang diperoleh akan dilaburkan semula seba­gai unit tambahan. Pelancaran unit amanah saham ini juga melengkap kan tawaran produk pe laburan PBSN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PBSN merupakan syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional

(BSN) yang beroperasi mengurus­kan unit­unit amanah saham, dana pasaran wang dan mandat khusus.

Menurut Kamarul, harga Nilai Aset Bersih (NAB) untuk dana itu boleh berubah­ubah mengi­kut pasaran selepas tempoh bertenang tersebut tamat.

“Pelaburan minimum adalah sebanyak RM500 bagi pelabur individu, manakala RM100,000 pula bagi pelabur korporat.

“Buat masa ini, dana itu hanya boleh didapati di PBSN,” ujarnya.

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sime Darby Property Bhd. melupus­kan keseluruhan kepentingan­nya dalam Seriemas Development Sdn. Bhd. (SDSB) kepada unit Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dengan harga RM625 juta.

Menerusi perjanjian jualan sa­ham tersebut, unit Sime Darby Bhd. itu akan melupuskan 40 per­atus kepentingan ekuitinya meli­batkan sejuta saham biasa kepada PNB Development Sdn. Bhd.

Menurut kumpulan itu, cada­ngan pelupusan berkenaan adalah selaras dengan strategi Sime Darby untuk membuka kunci nilai mela­

lui pelepasan, sambil mengurang­kan pinjaman menerusi hasil.

“Pertimbangan itu dicapai atas dasar kesanggupan pembelian antara kedua­dua belah pihak mengambil kira nilai pasaran ta­nah dan pelaburan hartanah milik SDSB bernilai RM2.79 bilion.

“Ia juga berdasarkan penilaian SDSB setakat 31 Mac 2017 pada RM1.23 bilion, serta dividen tu­nai RM120 juta SDSB kepada Sime Darby Property pada 30 Jun 2017,” jelasnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

SDSB merupakan syarikat swasta dengan 40 peratus kepen­

tingan ekuiti milik Sime Darby Property, manakala baki 60 pera­tus lagi dipegang oleh PNB mela­lui PNB Development.

Menurut Sime Darby lagi, ca­dangan pelupusan itu dijangka tidak memberi kesan ke atas aset bersih sesaham dan penggearan disatukan Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018.

Jelas kenyataan itu, PNB dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pemegang saham utama yang berminat dengan cadangan pelupusan tersebut masing­ma­sing dengan 6.06 peratus dan 41.14 peratus.

SOALAN yang kerap saya terima ialah apakah persediaan untuk melabur, bagaimana hendak mendapatkan ilmu dan maklu­mat pelaburan, apakah buku­buku yang sesuai untuk dibaca, apakah petua untuk menjadi seorang pelabur atau pedagang sepenuh masa dan sebagainya.

Walaupun sudah banyak ar­tikel yang ditulis di ruangan ini, sebagai panduan saya akan berikan beberapa langkah lagi yang mungkin dapat memban­tu para pembaca menangani masalah yang diutarakan itu.

n Modal yang mencukupiMaksud modal yang men­

cukupi ialah modal tunai yang berlebihan yang diagihkan untuk masa hadapan. Jumlah modal pelaburan ini agak sub­jektif kerana ada yang mengata­kan dengan modal RM100 kita sudah boleh membeli sesuatu saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa ter­dapat kos­kos yang terlibat di dalam proses jual beli saham iaitu caj pembrokeran, cukai GST dan yuran scan. Sekiranya kita tidak dapat menyediakan jumlah modal yang mencukupi, ini bermakna kita belum lagi mempunyai persediaan atau persiapan untuk melabur.

Kemungkinan juga kita tidak mempunyai simpanan atau wang yang berlebihan. Pelaburan saham ini berbeza dengan dagangan forex kerana dagangan forex boleh dibuat dengan menggunakan modal yang sangat kecil.

n Matlamat atau tujuan pelaburan

Dewasa ini ramai hadir ke seminar pelaburan saham se­bagai trend atau ikut­ikutan lebih­lebih lagi seminar per­cuma. Mereka juga tidak tahu atau tidak didedahkan dengan risiko­risiko pelaburan tetapi diindahkan dengan kata­kata, beli saham terus naik dan mem­berikan pulangan yang luma­yan.

Maka, selepas tamat seminar saham, berbondong­bondong peserta seminar membuka akaun urus niaga saham. Ada

yang terus membeli saham bila akaun urus niaga telah diaktif­kan kerana adanya kemudahan urus niaga dalam talian yang sangat mudah dikendalikan.

Sememangnya mereka san­gat teruja dengan cerita kenai­kan saham semasa di dalam seminar saham yang dihadiri, walhal dalam satu hari dagan­gan Bursa Malaysia terdapat beratus­ratus saham naik ter­masuk juga beratus­ratus yang jatuh.

Mereka sangat teruja dengan cerita­cerita daripada contoh­contoh saham yang naik sahaja tetapi tidak diceritakan tentang saham­saham yang jatuh atau­pun yang dinyah senarai dari­pada Bursa Malaysia.

n Ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan diper­cayai

Ramai orang mudah terpeso­na apabila membaca iklan­iklan tentang pelaburan saham yang untung berlipat kali ganda. Maka, sesiapa sahaja akan ter­pikat dengan seminar­seminar sebegini seolah­olah letak duit dan duit akan berkembang.

Dan ramai yang mencari­cari sumber yang boleh memberi­kan cadangan saham­saham yang bakal memberikan pu­langan lumayan tanpa meru­juk betul­betul maklumat yang diperoleh itu.

n Faham apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepe­nuhnya

Hadir seminar atau bengkel saham tetapi tiada kesinambu­ngan pembelajaran atau tidak membuat kajian saham kerana telah disuap dengan anggapan beli saham dan simpan maka harga saham akan terus naik.

Yang mempunyai wang ber­lebihan dalam pelaburan saham sudah tentu boleh menunggu harga saham naik dalam masa satu atau dua tahun, tetapi yang bermodalkan kecil ini resah ge­

lisah menanti harga saham naik walaupun telah memegangnya selama dua minggu atau satu bulan.

n Membuat keputusan sendiri

Jarang pelabur dan pedagang saham membuat keputusan sendiri. Mereka lebih gemar atau yakin mendengar cakap orang. Orang tersebut pula ada kalanya yang mereka tidak ke­nal atau berjumpa.

Hanya kenal di alam maya boleh memberikan mereka keyakinan untuk mengikuti saranan­saranan tentang saham tanpa membuat penyelidikan atau bertanya pendapat profe­sional yang bertauliah.

n Sentiasa mengikuti per­kem bangan semasa

Terdapat juga ramai peda­gang dan pelabur saham yang tidak ambil kisah tentang perkembangan atau berita se­masa dunia saham serta ekono­mi dunia. Mereka beranggapan bahawa melabur saham seperti menyimpan duit di bank yang tidak akan merosot nilainya. Maka, setelah saham tersebut dibeli tanpa ilmu dan kajian, ianya dibiarkan begitu sahaja di dalam akaun CDS.

n Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca

Terdapat juga yang langsung tidak tahu bagaimana untuk mencari sumber pembacaan tentang saham walaupun dunia sekarang semua maklumat be­rada di hujung jari. Apa­apa sa­haja maklumat atau pencarian boleh dicari di internet terma­suk terjemahan bahasa. Mereka masih tertanya­tanya bagaima­na hendak bermula, apakah bahan bacaan yang sesuai dan sebagainya.

Sebagai rumusan, kepada sesiapa yang ingin melabur saham perlu mempunyai mat­lamat, prinsip serta kesung­guhan dalam membuat ka­jian saham dan pembelajaran sendiri. Ini amat penting untuk menghindarkan diri daripada membuat kesilapan yang me­ngakibatkan kerugian dalam pe laburan.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

AIREEN OMAR menyampaikan cenderamata kepada Ketua Staf Kementerian Pelancongan Indonesia, Judi Rifajantoro (dua dari kanan) pada majlis perasmian pelancongan Kementerian Pelancongan Indonesia dan AirAsia Berhad di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

JAMIL KHIR BAHAROM menyampaikan sijil halal Jakim kepada Normala Abdul Samad disaksikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif CCM, Leonard Ariff Abdul Shatar (dua dari kanan) dan Pengarah Bahagian Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam konteks ini, saya melihat Malaysia belum lagi mencapai tahap tersebut. Ini kerana, Malaysia telah mempelbagaikan ekonomi dan rakan dagang.”

STEPHEN XU SITAOKetua Ekonomi dan Rakan Kongsi Deloitte China