page 33 bahagian pengurusan...
TRANSCRIPT
Page of 33
Pelan Induk GIS GPS Page
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS JPS GEOMIND
J A B A T A N P E N G A I R A N D A N S A L I R A N
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page i
Isi Kandungan
RINGKASAN EKSEKUTIF ......................................................................................... 1
PENGENALAN ........................................................................................................... 2
Latar Belakang ....................................................................................................... 2
Tujuan ..................................................................................................................... 3
Kronologi ................................................................................................................ 3
Kolaborasi ............................................................................................................... 7
Maklumbalas Stakeholder .................................................................................... 13
IMPAK INOVASI ...................................................................................................... 14
Elemen Inovatif/Kreativiti ...................................................................................... 14
Elemen Keberkesanan ......................................................................................... 17
Elemen Signifikan ................................................................................................. 19
Elemen Relevan ................................................................................................... 24
GAMBAR .................................................................................................................. 28
PENUTUP ................................................................................................................ 30
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page ii
Senarai Jadual
Jadual 1: Elemen Keberkesanan ............................................................................. 19
Jadual 2: Elemen Relevan ....................................................................................... 22
Senarai Lampiran
Lampiran A: Kronologi Dan Aktiviti Pembangunan Pelan Induk JPS
Lampiran B: Mesyuarat-mesyuarat dan Bengkel
Lampiran C: Cabutan Minit Mesyuarat Dedikasi Geospatial
Lampiran D: Pelancaran Pelan Induk JPS di NRE
Lampiran E: Cabutan Minit Mesyuarat dengan Pihak JUPEM
Lampiran F: Senarai Teras dan Program Terperinci
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 1
RINGKASAN EKSEKUTIF
Usaha dan inisiatif yang berterusan bagi mengatur langkah kehadapan perlu
dilaksanakan bersesuaian dengan agenda tranformasi Negara bagi meningkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan pada hari ini. Teknologi Geographic
Information System (GIS) adalah amat penting dalam membuat analisa dan
membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat dan cepat dalam
perancangan pembangunan Negara.
GIS telah lama digunakan di Jabatan, tetapi digunakan dan disimpan secara
berasingan. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JPS Malaysia telah mengambil
inisiatif untuk menjadikan penggunaan GIS secara bersepadu. Pelan Induk GIS
Bersepadu JPS yang mengandungi 5 Teras dan 23 program telah berjaya
diwujudkan dengan sokongan pihak atasan/bahagian/negeri JPS.
Pelan ini menjadi hala tuju dan garis panduan yang membantu JPS membangunkan
teknologi GIS yang berkesan, terkini dan dapat berfungsi dengan jayanya serta
menepati keperluan semasa bisnes JPS. Ini bagi memastikan program-program dan
inisiatif ICT yang dilaksanakan oleh JPS selaras dengan Dasar Kerajaan iaitu
Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi dengan mengutamakan
pencapaian NKRA serta lain-lain perkembangan teknologi semasa.
Pelan Induk GIS JPS 2014-2018 merupakan satu-satunya pelan yang komprensif
PERTAMA dihasilkan sama ada dikalangan agensi/jabatan di bawah Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) atau di peringkat sektor awam, yang
dibangunkan khusus untuk memastikan pembangunan GIS yang lebih terancang.
Pusat Infrastruktur Data Geospatial (MaCGDI), NRE, sedang berusaha mendapat
Peruntukan Pembangunan RMKe-11 bagi membangunkan pelan yang setara untuk
keseluruhan sektor awam pada Tahun 2016.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 2
PENGENALAN
Latar Belakang
Sebagai sebuah organisasi sektor awam yang terpenting dalam pengurusan
sumber air di Malaysia, penggunaan teknologi geospatial terkini yang setanding
dengan tahap antarabangsa adalah satu keperluan di Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), Malaysia.
Usaha untuk menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam
pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai ini
memerlukan kewujudan strategi pengurusan dan model Sistem Maklumat
Geografi (GIS) yang berkesan yang merangkumi penyatuan pengurusan data dan
perancangan pembangunan aplikasi GIS.
Oleh itu, kajian dan pembentukan pelan strategi yang menyeluruh adalah perlu bagi
merangka pembangunan GIS sebagai platform tunggal secara berpusat yang
diintegrasikan dengan aplikasi „GIS web-based‟ JPS sedia ada. Bagi tujuan tersebut,
Bahagian Pengurusan Maklumat dengan sokongan Jawatankuasa GIS JPS
mengambil inisiatif bertindak sebagai Pengurus Projek melaksanakan kajian ini.
Pelan Induk GIS Bersepadu JPS yang mengandungi 5 Teras dan 23 Program telah
berjaya diwujudkan dengan sokongan pihak atasan/bahagian/negeri JPS.
Berdasarkan Pelan ini, JPS telah berjaya melaksanakan beberapa program,
antaranya mengwujudkan (Seksyen GIS (Program 5), membangunkan Pangkalan
Data Induk GIS (Program 7), mempromosikan penggunaan GIS (Program 2) dan
menyedia serta mengemaskini piawaian dan prosedur pembangunan GIS (Program
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 3
4). Bagi merealisasikan GIS Bersepadu JPS, usaha-usaha untuk program-program
lain sedang giat dilaksanakan.
Tujuan
Tujuan Pelan Induk GIS Bersepadu JPS dibangunkan adalah bagi menyediakan
pelan terperinci mengenai halatuju, strategi, garis panduan, cadangan model data
dan cadangan konseptual sistem sasaran GIS bagi tempoh lima (5) tahun yang akan
menjadi rujukan bagi pembangunan Model Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Bersepadu di JPS Malaysia.
Kronologi
Cetusan idea untuk melaksanakan Pelan Induk GIS Bersepadu telah bermula akhir
tahun 2012 di mana satu taklimat pada 3 Disember 2012 telah diberikan kepada
Jawatankuasa GIS yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan ketika itu, Y.Bhg.
Dato‟ Ir. Zainor Rahim. Disusuli pembentangan kepada Jawatan kuasa Teknikal ICT
pada 23 Januari 2013, bersetuju untuk BPM meneruskan projek ini. Pegawai BPM
ketika itu Cik Rosminah, Cik Norazlina, Encik Hamid Anuar dan Encik Zulkefli telah
berusaha menyediakan terma rujukan pelantikan perunding, menyelaras dan
mengerakkan Pasukan Projek. Kronologi dan aktiviti yang di telah dilaksanakan
seperti di Lampiran A.
Pendekatan yang digunakan untuk membangunkan Pelan Induk GIS Bersepadu
JPS adalah melalui kaedah pemantapan halatuju dan sokongan melalui mesyuarat
dan lawatan teknikal, maklumbalas melalui soal selidik dan sesi perbincangan,
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 4
analisa keperluan, penyelidikan jurang serta penyelarasan keperluan dan kehendak
melalui bengkel. Sila rujuk Lampiran B.
Aliran proses penyediaan Pelan Induk GIS Bersepadu JPS meliputi lima (5) aspek
utama iaitu sumber manusia, data, proses kerja, standard dan teknologi. Rajah 1
menunjukkan senarai tugasan/fasa yang telah dilaksanakan sepanjang
pelaksanaan projek:
Rajah 1: Fasa Pelaksanaan
Fasa 1 - Orientasi Kajian
i. Membentuk Jawatankuasa Kerja dan mendapat sokongan penuh daripada
Stake-holder yang berkaitan;
ii. Mengesahkan butiran projek dan mewujudkan rangka kerja kajian;
iii. Mewujudkan protokol komunikasi dan laporan;
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 5
iv. Mengenalpasti teras dan inisiatif utama Pelan Induk; dan
v. Menyediakan pelan pelaksanaan kajian
Fasa 2- Penyelidikan dan Kajian Keperluan
i. Membuat siasatan dan menganalisa keadaan semasa berkenaan aktiviti dan
fungsi kementerian berkaitan penggunaan GIS;
ii. Membuat siasatan dan menganalisa keadaan semasa berkenaan aktiviti,
fungsi dan organisasi JPS berkaitan penggunaan GIS;
iii. Menyemak dan menganalisa persekitaran pembangunan projek-projek GIS
sedia ada dan mencadangkan keperluan;
iv. Menjalankan kajian sumber-sumber sedia ada (tadbir urus, sumber manusia,
perkakasan, perisian dan aplikasi);
v. Mengkaji objektif, dasar dan halatuju pembangunan GIS JPS dengan aliran
kemajuan teknologi semasa dan akan dating;
vi. Menjalankan kajian dan analisa terperinci dan mengenal pasti keperluan GIS
semasa dan akan datang bagi menyokong operasi teras JPS dan operasi
sokongan bahagian-bahagian di JPS; dan
vii. Menjalankan kajian terhadap piawai, garis panduan dan pekeliling berkaitan
GIS
Fasa 3- Penilaian dan Semakan
i. Mengujipakai dan menganalisa sistem GIS semasa atau sedia ada,
pangkalan data GIS, perkakasan serta perisian dan rangka kerja yang terlibat.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 6
Fasa 4- Analisa Keprluan dan Jurang
i. Menjalankan kajian menyeluruh tentang keperluan dan jurang data GIS yang
dikehendaki di JPS termasuk keperluan data migration dari sistem manual ke
sistem baru; dan
ii. Mengkaji serta mencadangkan perisian dan perkakasan bagi menyokong
pembangunan model sistem GIS secara berpusat yang akan dilaksanakan
menggunakan teknologi GIS terkini.
Fasa 5- Rekabentuk Konseptual Sistem Sasaran
i. Menyediakan cadangan pembangunan teknikal dan infrastruktur yang sesuai
untuk pelaksanaan projek GIS;
ii. Mencadangkan perisian dan perkakasan bagi menyokong
iii. pembangunan sistem yang akan dilaksanakan menggunakan teknologi
terkini;
iv. Menyediakan cadangan peningkatan keupayaan aplikasi GIS yang telah
dikenalpasti;
v. Mendefinisikan senibina, aliran proses kerja, pengurusan data dan rangkaian
sistem sasaran; dan
vi. Mereka bentuk Model Data.
Fasa 6- Cadangan Pelan Induk GIS JPS
i. Menyediakan halatuju dan rangka-rangka kerja institusi, sumber manusia dan
infrastruktur GIS di JPS;
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 7
ii. Mengenalpasti strategi dan operasi yang akan digunakan dalam
pembangunan projek-projek GIS untuk organisasi, bahagian serta pihak
berkepentingan yang berkaitan dengan JPS;
iii. Mengenal pasti, menilai dan menyediakan alternatif dalam kaedah-kaedah
pelaksanaan projek GIS untuk JPS;
iv. Menyediakan anggaran kos bagi membangunkan sistem sasaran; dan
v. Menganggarkan jangkaan penjimatan kos dan kadar keuntungan bagi sistem
sasaran.
Kolaborasi
Pembangunan Pelan Induk GIS Bersepadu JPS telah berkolaborasi dengan
Pengurusan Kanan, Pengurus Projek, Perunding, Pejabat Pengurusan Projek,
Jawatankuasa Kerja GIS JPS dan agensi-agensi awam yang berkaitan. Rajah 2
dibawah menunjukkan struktur carta organisasi pemabangunan pelan ini.
Rajah 2: Carta Organisasi Pembangunan Pelan Induk GIS JPS
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 8
i. Pengurusan Kanan
Jawatankuasa Kerja GIS JPS yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Sektor
Pengurusan bertindak sebagai wakil pengurusan kanan. Peranan dan
tanggungjawab pengurusan kanan adalah seperti berikut:
a) Mengesahkan perancangan serta arah tuju dan strategi kajian;
b) Mengesahkan aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan secara terperinci;
c) Mengesahkan isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan
penyelesaian;
d) Mengesahkan kemajuan pelaksanaan kajian berdasarkan jadual pelaksanaan
yang telah ditetapkan; dan
e) Menyemak dan mengesahkan penyerahan kajian.
ii. Pengurus Projek
Pengarah Bahagian Pengurus Maklumat bertindak sebagai Pengurus Projek.
Pengurus Projek bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti berikut
a) Menyemak arah tuju dan strategi kajian;
b) Menyemak dan memantau aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan kajian
secara terperinci;
c) Menyemak isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan penyelesaian;
d) Menyemak laporan kemajuan dan laporan akhir kajian; dan
e) Mengatur urusan mesyuarat dan bengkel yang dijalankan.
iii. Perunding
Pasukan Perunding terdiri daripada empat orang kakitangan profesional dalam
bidang kejuruteraan, Sistem Maklumat Geografi dan Sistem Maklumat yang
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 9
bertindak sebagai Solution Architect, Database Administrator, Analyst
Programmer dan IT System Engineer. Pasukan Perunding bertanggungjawab
melaksanakan aktiviti berikut:
a) Merancang serta menyediakan arah tuju, strategi serta metodologi kajian;
b) Mengenalpasti aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan kajian secara terperinci;
c) Mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan
penyelesaian;
d) Melaksanakan kajian berdasarkan jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan;
e) Mengenalpasti dan mendapat maklumbalas keperluan kajian daripada sesi
temubual, soal selidik dan menyuarat;
f) Bertindak sebagai ketua fasilitator bengkel dan penyelaras perbincangan;
g) Membuat analisa keperluan, menyemak garispanduan, sumber dan
infrastuktur sedia ada serta menjalankan penyelidikan jurang; dan
h) Menyediakan laporan kemajuan dan laporan akhir kajian.
iv. Pasukan Pengurusan Projek
Pasukan Pengurusan Projek terdiri daripada tiga (3) orang pegawai Bahagian
Pengurusan Maklumat, JPS yang menyokong tugasan-tugasan Pengurus Projek.
Bidang tugas Pasukan Pengurusan Projek adalah seperti berikut:
a) Mengatur urusan mesyuarat, sesi perbincangan dan bengkel Pelan Induk GIS
Bersepadu JPS;
b) Mengkoordinasikan segala bahan dan maklumat yang diperolehi;
c) Mengkoordinasi komunikasi dalaman organisasi dan agensi lain;
d) Memastikan kemajuan pelaksanaan kajian berdasarkan jadual pelaksanaan
yang telah ditetapkan; dan
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 10
e) Menyemak laporan kemajuan dan laporan akhir kajian.
v. Jawatankuasa Kerja GIS JPS
Jawatankuasa Kerja GIS JPS yang dikendalikan oleh Bahagian Korporat JPS
terdiri daripada Bahagian JPS seperti berikut:
a) Bahagian Korporat (BKOR);
b) Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai (BPLSZP);
c) Bahagian Projek Khas (BPK);
d) Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BSAH);
e) Bahagian Pengurusan Banjir (BPB);
f) Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA);
g) Bahagian Rekabentuk dan Empangan (BRE);
h) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME);
i) Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI); dan
j) Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
Mereka bertindak dalam melakukan tugasan seperti berikut:
a) Menyemak arah tuju dan strategi kajian;
b) Menyemak aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan kajian secara terperinci;
c) Menyemak isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan penyelesaian
d) Memberi maklum balas berkaitan keperluan dan kehendak GIS bagi pihak
bahagian masing-masing dalam sesi temubual, perbincangan dan soal
selidik; dan
e) Mengambil bahagian dalam menyuarat dan bengkel yang diadakan.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 11
vi. Agensi-agensi Lain yang Berkaitan
Penglibatan agensi-agensi lain dalam kajian ini bertujuan seperti berikut:
a) Mendapatkan input bagi fasa penyelidikan dan analisa keperluan kajian
melalui perkongsian maklumat berkenaan teknologi, pembangunan sistem,
penggunaan dan penyenggaraan GIS;
b) Mengenalpasti laluan komunikasi di antara JPS dan agensi serta
tanggungjawab semua agensi berkaitan GIS;
c) Menjadi platfom penyelarasan melalui kaedah perbincangan mengenai
peranan dan sokongan agensi-agensi berkaitan dalam pembentukan Pelan
Induk GIS dan rangka pembangunan Model GIS;
d) Mengenal pasti kekangan dan kekurangan dalam menjalankan kajian yang
berkaitan dengan sokongan agensi lain serta merangka tindakan dan
cadangan yang diperlukan untuk pembaikan dan tindakan pada masa akan
datang; dan
e) Mengenal pasti kaedah pengurusan GIS dan rekabentuk Model Sistem
Sasaran yang menepati keperluan agensi-agensi yang terlibat sebagai
pengguna umum.
Antara agensi awam yang terlibat dalam soal selidik, maklum balas serta
perkongsian pengurusan GIS adalah seperti berikut:
a) MaCGDI - Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara;
b) JAS - Jabatan Alam Sekitar;
c) JKPTG - Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
d) JMG - Jabatan Mineral dan Geosains;
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 12
e) PERHILITAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara;
f) JPSM - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
g) JUPEM -Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;
h) NAHRIM - Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia;
i) FRIM - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia;
j) INSTUN - Institut Tanah dan Ukur Negara; dan
k) JPBD - Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Organisasi swasta yang telah dipilih sebagai penanda aras Kajian adalah Tenaga
Nasional Berhad (TNB). Lawatan Teknikal ke CGIS TNB adalah salah satu
kaedah bagi mendapatkan input penyelidikan dan analisa keperluan dalam
Kajian Strategi Pengurusan dan Rangka Pembangunan Model Sistem Maklumat
Geografi (GIS) Secara Bersepadu bagi Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.
Tujuan lawatan teknikal adalah seperti berikut:
a) Memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman berkenaan
pembangunan CGIS TNB kepada pegawai-pegawai JPS dan Perunding;
b) Mengetahui keupayaan, kualiti, fungsi, proses dan kos pembangunan dan
penyelenggaraan CGIS TNB mengikut standards TNB;
c) Meninjau kesamaan dari segi halatuju, pembangunan dan pelaksanaan
sistem CGIS yang boleh diadaptasikan dalam cadangan Pelan Induk dan
Rekabentuk Sistem Sasaran GIS JPS; dan
d) Mendapatkan pandangan dari CGIS TNB berkenaan sasaran Kajian dan
Pembangunan Model GIS Bersepadu JPS.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 13
Disamping itu, sesi perkongsian pengalaman pengurusan dan pembangunan GIS
daripada Penang Geographical Information System (PeGIS) telah diadakan
dalam tempoh kajian. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan dan meninjau
kesamaan halatuju dan sasaran PeGIS yang dapat diadaptasi dalam kajian ini.
Maklumbalas Stakeholder
Pelan Induk ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Dedikasi Geospatial
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Bil.1/2014 pada 17 Febuari 2014
yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato‟ Sri Zoal Azha Bin Yusof (KSU).
Mesyuarat juga telah bersetuju supaya data-data rizab sungai menjadi priority utama
dalam perancangan JPS dimana perkara ini terdapat dalam Pelan Induk yang
telah dirancang ini. Cabutan minit adalah seperti di Lampiran C.
Pelancaran Pelan Induk GIS JPS juga telah dilancarkan semasa perhimpunan
bulanan NRE pada Mei 2014. Rujukan adalah seperti di Lampiran D. Pihak
MaCGDI juga telah menjadikan Pelan Induk ini sebagai benchmark untuk
penyediaan Pelan Induk GIS Sektor Awam.
Selain itu, perbincangan bagi perkongsian maklumat geospatial juga telah diadakan
dengan pihak JUPEM seperti Lampiran E.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 14
IMPAK INOVASI
Elemen Inovatif/Kreativiti
Pelan Induk ini telah dihasilkan bersesuaian dengan teknologi dan kehendak masa
kini. Banyak faedah dan kemudahan yang boleh diperolehi daripada pelan ini iaitu:
i. Pewujudan satu platform GIS Bersepadu JPS seragam, komprehensif dan
kompeten;
ii. Penyelarasan produk-produk GIS Jabatan berdasarkan halatuju dan polisi yang
lebih jelas;
iii. Penyelarasan pembangunan Model GIS Bersepadu Jabatan;
iv. Koordinasi perkhidmatan GIS lebih tersusun dan seragam antara Jabatan;
v. Menyediakan aplikasi GIS yang menyokong fungsi teras JPS;
vi. Kesediaan Model Data berpusat dan berintegriti; dan
vii. Kemudahan capaian untuk melaksanakan aktiviti GIS oleh JPS secara online
dan terkawal mengikut kategori pengguna.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 15
Pelan Induk GIS Bersepadu JPS yang mengandungi 5 Teras dan 23 program telah
berjaya diwujudkan dengan sokongan pihak atasan/bahagian/negeri JPS.
Berdasarkan Pelan ini, JPS telah berjaya melaksanakan beberapa program,
antaranya mengwujudkan Seksyen GIS (Program 5), membangunkan Pangkalan
Data Induk GIS (Program 7), mempromosikan penggunaan GIS (Program 2) dan
menyedia serta mengemaskini piawai dan prosedur pembangunan GIS (Program
4).. Bagi merealisasikan GIS Bersepadu JPS, usaha-usaha untuk program-program
lain sedang dipergiatkan. Rajah 3 dibawah menerangkan secara ringkas setiap teras
dan Lampiran F menerangkan secara terperinci teras dan program yang berkaitan
bagi setiap teras.
Rajah 3: Teras Strategik Pelan Induk GIS JPS
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 16
Pembangunan Model GIS Bersepadu boleh dilihat seperti Rajah 4 dibawah dan
pewujudan satu platform GIS Bersepadu JPS yang menuju kearah one-stop-center
geospatial bersepadu JPS adalah seperti Rajah 5.
Rajah 4: Struktur Model GIS Bersepadu
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 17
Rajah 5: Konsep one-stop-center geospatial bersepadu JPS
Elemen Keberkesanan
Bil. Faedah Keterangan
1. Efisien
Memudahkan warga JPS
untuk akses maklumat
geospatial dengan lebih
cepat dan mudah
Sebelum ini JPS Malaysia menyimpan,
merujuk, mengemaskini, menggunakan
maklumat geospatial secara berasingan. Ini
boleh menjadikan data/maklumat geospatial
yang duplicate dan sukar untuk memastikan
data/maklumat geospatial yang terkini.
Maklumat juga terpaksa diambil pada
dipelbagai lokasi.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 18
Bil. Faedah Keterangan
2. Komunikasi berkesan
Meningkatkan
keberkesanan sistem
penyampaian JPS
.
Kebanyakan maklumat geospatial tidak dapat
disampaikan secara on-line. Maklumat Cuma
boleh diperolehi secara manual dan dilokasi
yang pelbagai. Namun kini, melalui kemudahan
teknologi ICT yang dimanfaatkan maklumat
jabatan disampaikan secara terus atas talian
melalui aplikasi yang dibangunkan. Sebarang
pindaan atau tambahan maklumat dapat dibuat
pada satu (1) tempat/server. Oleh yang
demikian, maklumat berkenaan jabatan dapat
disampaikan dengan lebih berkesan.
3. Penjimatan Kos
Penggunaan kos yang
lebih rendah
Dengan adanya pelan ini, perancangan bagi
mendapatkan data/maklumat geospatial lebih
terancang dan tersusun. Sebagaimana yang
dimaklumi kos perolehan data geospatial amat
tinggi. Apabila data geospatial telah
disepadukan, data-data yang telah ada dapat
digunakan bersama dalam satu (1) pangkalan
data induk. Perolehan data yang sama tidak
perlu dilaksanakan lagi.
4. Tahap kepuasan
stakeholder
Meningkatkan tahap
Perkongsian maklumat sebelum ini adalah
sangat sukar kerana data/maklumat geospatial
yang disimpan adalah secara berasingan.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 19
Bil. Faedah Keterangan
kepuasan Pengguna
(Pengurusan Atasan JPS
dan Kementerian dan
Warga JPS)
Dengan wujudnya pangkalan data dan aplikasi
secara bersepadu, maka kepuasan stakeholder
dapat ditingkatkan kerana perkhidmatan yang
berkualiti, cepat, mudah boleh dilaksanakan
pada bila-bila masa dari mana sahaja.
Jadual 1: Elemen Keberkesanan
Elemen Signifikan
i. Kepelbagaian Keperluan dan Permintaan Terhadap GIS
JPS sebagai sebuah organisasi ulung di Malaysia yang dipertanggungjawabkan
dalam pengurusan sumber air, banjir, lembangan sungai, persisir dan zon pantai
memerlukan hasil inovasi GIS secara berterusan untuk menyokong pengurusan
yang lebih cekap dan berkesan bagi mencapai misinya.
Keperluan dan permintaan terhadap GIS bukan hanya meliputi aktiviti dalaman
yang dijalankan oleh Bahagian-Bahagian JPS dan JPS Negeri, malah ia
melibatkan agensi-agensi luar khususnya agensi-agensi di dalam Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar.
ii. Perubahan Teknologi GIS/ICT dan Peningkatan Penyelidikan Bidang Teras
Sumber Air Menggunakan GIS
Teknologi GIS daripada masa ke semasa berkembang dan semakin fleksibel
dalam memenuhi keperluan pengurusan yang diperlukan oleh JPS. Perubahan
ini perlu disesuaikan selari dengan kehendak pengurusan di peringkat pembuat
keputusan, keperluan perancangan, operasi dan penyampaian maklumat kepada
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 20
pengguna. Selain itu, perkembangan teknologi ICT juga secara tidak langsung
menyokong peningkatan teknologi GIS.
Oleh itu, kedua-dua teknologi ini perlu seiring bagi menampung kerja-kerja
pemprosesan data, storan dan pengaksesan data.
Beberapa masalah semasa yang dikenalpasti adalah berkaitan aduan pengguna
yang mengalami masalah dalam mengakses server GIS dan sistem terutama
berkaitan aktiviti memproses dan mengemaskini maklumat. Selain itu juga,
keupayaan komputer sedia ada tidak mampu menampung kerja-kerja
pemprosesan disebabkan kebanyakan saiz data-data GIS adalah berkapisiti
tinggi.
Oleh itu, JPS perlu menilai semula teknologi perkakasan, perisian, rangkaian dan
infrastruktur GIS dan ICT sedia ada bagi menyiapkan JPS ke arah Pembangunan
GIS secara bersepadu di JPS.
Untuk berjaya dalam arus teknologi GIS, terdapat beberapa aktiviti sampingan
dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan GIS perlu
dilaksanakan. Aktiviti yang dimaksudkan ialah melihat arus pembangunan
teknologi GIS, aliran perkakasan dan trend terkini. Antara contoh R&D GIS ialah
membangunkan aplikasi pilot Geoportal JPS di peranti tablet sebelum
membangunkan aplikasi ini secara menyeluruh, mobile GIS dan 3D GIS untuk
analisa yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan sungai dan pantai. Daripada
aktiviti R&D ini, kakitangan GIS di JPS akan dapat mengenalpasti kekangan,
jurang dan penyelesaian sebelum aplikasi menyeluruh dilaksanakan.
Aktiviti R&D ini juga perlu digabungkan dengan teknologi kejuruteraan dan
permodelan hidrologi dan hidraulik agar produk dan perkhidmatan JPS dapat
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 21
memenuhi keperluan dari segi perancangan, pemantauan dan operasi,
pengukuran dan penyediaan laporan
iii. Integriti Data
Walaupun terdapat Garis Panduan dan Piawai GIS yang sedia ada di JPS,
didapati data GIS dalam simpanan JPS yang dibekalkan oleh pembekal,
kontraktor dan konsultan masih belum menepati standard yang dikehendaki
sepenuhnya.
Antara masalah yang dikenalpasti adalah penggunaan unjuran peta atau sistem
koordinat yang berbeza seperti RSO dan Cassini. Selain itu juga, data GIS yang
diperolehi daripada sumber yang berbeza menyebabkan tiada keseragaman dan
pertindihan data.
Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tiada infrastruktur data geospatial
yang sesuai, kakitangan projek yang kurang mahir dalam pembangunan
pangkalan data dan pelaksanaan pembangunan projek GIS serta tiada audit data
bagi sistem yang telah dibangunkan.
iv. Persediaan Kakitangan
Selaras dengan permintaan terhadap GIS dan perubahan teknologi geospatial
yang dinamik, JPS mestilah mempunyai sumber kemudahan dan kakitangan
yang kompeten. Setiap penggunaan GIS yang membantu fungsi teras JPS
mestilah dipupuk dan dianggap sebagai satu peluang untuk meningkatkan
produktiviti Jabatan. Tahap keupayaan GIS yang berbeza di kalangan kakitangan
dan kepelbagaian bidang adalah cabaran yang perlu ditangani.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 22
Antara cabaran yang dikenalpasti adalah tidak ada kakitangan tetap yang
bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan GIS di JPS. Perpindahan
kakitangan yang berpengalaman dalam bidang GIS ke Bahagian/Negeri lain
secara tidak langsung memberi kesan kepada aktiviti penyelarasan dan
koordinasi aktiviti GIS.
Dengan adanya perancangan strategik GIS Bersepadu ini, ia secara tidak
langsung membuka peluang yang luas kepada kakitangan JPS mendalami
pengetahuan GIS melalui sesi Latihan Formal dan Tidak Formal, Perpindahan
Teknologi, Seminar dan Persidangan GIS tempatan serta antarabangsa.
v. Integrasi
GIS adalah satu platform yang dapat meningkatkan integrasi dan hubungan
diantara Bahagian dalam perancangan, perkongsian maklumat GIS dan
peningkatan teknologi. Oleh itu, interaksi dua hala, kerjasama yang erat dan
komitmen dari pelbagai peringkat dalam JPS adalah penting bagi menjayakan
GIS Bersepadu JPS.
Punca jurang perkongsian data dan ketidakseragaman aplikasi GIS dalam JPS
adalah kerana pembangunan GIS yang berasingan mengikut keperluan
Bahagian. Selain itu, tiada perancangan awalan dan pelan induk bagi
memastikan sistem yang dibangunkan dapat berfungsi sebagai mekanisma
perkongsian data antara Bahagian.
Dalam Kajian ini, Infrastruktur Data dan Aplikasi GIS Bersepadu JPS
dicadangkan bagi mewujudkan proses integrasi yang lebih terancang. Antara
keperluan integrasi GIS adalah kemudahan yang menyediakan pengguna
capaian yang pantas, tepat dan interaktif. Ini memerlukan perisian dan
perkakasan GIS terkini. Disamping itu, integrasi kepada kepelbagaian bidang
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 23
kejuruteraan adalah cabaran dalam merekabentuk sistem yang memenuhi
keperluan kepelbagaian suaipakai (customization) dan antaramuka sistem bagi
semua pihak. Bagi memastikan operasi Model GIS Bersepadu JPS berjalan
lancar, satu struktur sistem yang terancang dan sokongan teknikal yang
berkemampuan perlu diwujudkan bagi mengurangkan tekanan operasi
vi. Kewangan
Salah satu cabaran penting dalam pembentukan Model GIS Bersepadu JPS
adalah kekukuhan sokongan kewangan dan peruntukan khas untuk menyokong
pembangunan GIS di JPS.
Ketika ini, tiada belanjawan yang khusus disediakan bagi tujuan pembangunan
GIS. Secara umumnya, Ia merupakan sebahagian daripada belanjawan lebihan
Bahagian dan JPS Negeri bagi menjalankan aktiviti GIS secara ad-hoc. Dengan
ketiadaan Seksyen GIS, ia menyukarkan pihak pengurusan JPS untuk
menyediakan belanjawan tahunan khusus bagi menyokong aktiviti GIS di JPS.
vii. Pengurusan Pertukaran Amalan kepada Kaedah Penggunaan GIS
Antara faktor yang memerlukan JPS melaksanakan perubahan amalan
pengurusan kepada kaedah penggunaan GIS adalah peningkatan permintaan
terhadap perkhidmatan JPS berkaitan GIS daripada pelbagai pihak samada
dalaman JPS dan agensi luar. Perkhidmatan ini termasuk menyediakan bekalan
data GIS, penyebaran maklumat, pemetaan, nilai statistik dan keputusan bagi
perkhidmatan fungsi teras. Perubahan kaedah ini juga membantu merapatkan
jurang penggunaan GIS di kalangan pelbagai agensi yang faedahnya dapat
membantu semua pihak untuk memanfaatkan maklumat dan aktiviti pengurusan
dengan cara yang lebih berkesan.
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 24
Pasukan Pengurusan Eksekutif Tertinggi adalah peneraju kepada perubahan ini
dan pemangkin bagi kejayaan perancangan dan program pembangunan Model
GIS Bersepadu di JPS. Pendekatan top down adalah kritikal memandangkan
sudah lebih sedekad pembangunan GIS di JPS disokong oleh inisiatif individu
dan Bahagian JPS.
Dengan adanya perlaksanaan GIS secara bersepadu dan penubuhan Seksyen
GIS, kualiti pengurusan GIS akan dapat ditingkatkan. Kualiti data GIS juga akan
dapat ditingkatkan dan sekaligus dapat membantu pihak JPS membuat
keputusan dengan lebih tepat.
Elemen Relevan
Bil. Inisiatif Keterangan
1. Menyokong Dasar
Kerajaan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang berkesan dalam pelbagai aspek
penyampaian perkhidmatan dan operasi dalaman
Kerajaan merupakan salah satu kunci utama ke
arah mencapai aspirasi Negara. Usaha dan
inisiatif yang berterusan bagi mengatur langkah
kehadapan perlu dilaksanakan bersesuaian
dengan agenda tranformasi Negara bagi
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
kerajaan pada hari ini. Agenda Transformasi
Digital Sektor Awam dalam Pelan Strategik ICT
Sektor Awam merupakan hala tuju dalam
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 25
Bil. Inisiatif Keterangan
perlaksanaan dan pembangunan ICT secara
keseluruhan bagi tempoh lima (5) tahun.
Pelan ini akan menjadi hala tuju dan garis
panduan yang membantu JPS membangunkan
teknologi GIS yang berkesan, terkini dan dapat
berfungsi dengan jayanya serta menepati
keperluan semasa bisnes JPS. Kaedah yang
diambil ini, bagi memastikan program-program
dan inisiatif ICT yang dilaksanakan oleh JPS
selaras dengan Dasar Kerajaan iaitu Program
Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan
Rancangan Malaysia Kesepuluh Kerajaan dengan
mengutamakan pencapaian NKRA serta lain-lain
perkembangan teknologi semasa.
Pelan yang diwujudkan ini juga menyokong
inisiatif MyGDI iaitu ke arah “Spatial Enabled
Government in Malaysia”.
2. Memenuhi Ekspektasi
dan Kehendak Semasa
Penggubalan strategi di dalam pelan ini adalah
berdasarkan kepada penilaian dan analisis
penemuan beberapa kajian yang telah dijalankan
untuk menyediakan strategi yang mampan bagi
pelaksanaan GIS Jabatan selaras dengan aspirasi
kerajaan, menepati kehendak semua pihak yang
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 26
Bil. Inisiatif Keterangan
memerlukan maklumat khususnya warga JPS
serta pihak atasan dan menjadi amalan terbaik
global
Usaha penyediaan Pelan Induk Sistem Maklumat
Geografi (GIS) Bersepadu JPS 2014 – 2018
merupakan satu usaha yang positif dalam agenda
tranformasi Negara bagi pengurusan maklumat
untuk terus maju mencapai visi “Menjadi sebuah
Jabatan yang lebih efektif dan efisien melalui
pembudayaan ICT” dan misi “Memperkasa
perkhidmatan dan perkongsian maklumat Jabatan
melalui peningkatan infrastruktur serta aplikasi
ICT” bagi memenuhi ekspektasi rakyat yang mahu
perkhidmatan yang cepat, cekap, berkesan,
mudah dan murah.
3. Menyokong konsep
penggunaan teknologi
ICT secara optimum dan
menggalakkan
perkongsian maklumat
geospatial
Pelan ini mengandungi strategi pengurusan GIS
dan pelan penstrukturan model pangkalan data
korporat JPS yang terdiri daripada lima (5) teras
utama iaitu Jajaran (Wawasan), Pengurusan Data,
Kemudahan, Integrasi dan Kelestarian.
Pelan ini bermatlamat untuk memastikan
penggunaan teknologi ICT secara optimum dan
menggalakkan perkongsian maklumat geospatial
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 27
Bil. Inisiatif Keterangan
antara agensi serta orang ramai. Dasar
perkongsian ini dapat mengelakkan pertindihan
dan pembaziran dalam pengutipan dan
penyenggaraan maklumat geospatial. Dasar ini
selaras dengan kehendak kerajaan yang
berasaskan prinsip kepantasan, akses, kos, nilai
tambah, ketelusan dan inovasi
Jadual 2: Elemen Relevan
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 28
GAMBAR
Antara program-program yang telah dilaksanakan
Promosi di National Geospatial Information Symposium (NGIS) pada bulan
Mac 2014 bertempat di PICC
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 29
Penubuhan Seksyen GIS
Pembangunan Pangkalan Data Bersepadu GIS JPS
Pengarah
(Jurutera J54)
Seksyen Aset
J48 (Awam)
J41 Awam (sedia ada)
J29/J36 Mekanikal/
36 (aset)
J29/J36 Awam
(sedia ada)
Seksyen GIS
Operasi & Pembangunan
Aplikasi GIS J48[1]
J44/J41 [1] (Jurugeospatial)
Penolong (Jurugeospatial
/Jurutera/Pemb. Teknik/Pelukis
Pelan) [3]
Pengurusan Pengkalan Data GIS
J48 [1] (Jurugeospatial)
J44/J41 [1] (Jurugeospatial)
Penolong Jurugeospatial
/Jurutera/Pemb. Teknik/Pelukis
Pelan) [3]
Sokongan Infrastruktur ICT di
BPM
CABARAN INOVASI 2015
Pelan Induk GIS GPS Page 30
PENUTUP
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkesan dalam
pelbagai aspek penyampaian perkhidmatan. Usaha dan inisiatif yang berterusan
bagi mengatur langkah kehadapan perlu dilaksanakan bersesuaian dengan agenda
tranformasi Negara bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
pada hari ini.. Teknologi Geographic Information System (GIS) adalah amat penting
dalam membuat analisa dan membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang
tepat dan cepat dalam perancangan pembangunan Negara.
Pelan Induk Sistem Maklumat Geografi (GIS) Bersepadu JPS 2014 – 2018
merupakan iniasiatif dalam menyediakan pelan terperinci mengenai strategi, hala
tuju dan penyelarasan yang akan menjadi rujukan bagi pembangunan model Sistem
Maklumat Geografi (GIS) secara berpusat dan bersepadu di JPS bagi tempoh lima
(5) tahun. Penggubalan strategi di dalam pelan ini adalah berdasarkan kepada
penilaian dan analisis penemuan beberapa kajian yang telah dijalankan untuk
menyediakan strategi yang mampan bagi pelaksanaan GIS Jabatan selaras dengan
aspirasi kerajaan, menepati kehendak semua pihak yang memerlukan maklumat
khususnya warga JPS serta pihak atasan dan menjadi amalan terbaik global. Pelan
yang diwujudkan ini juga menyokong inisiatif MyGDI iaitu ke arah “Spatial Enabled
Government in Malaysia”.