pejabat daerah dan tanah alor gajah, melaka buletin … edisi 2_2014.pdf · tujuan kaunter luar ini...
TRANSCRIPT
PRESTASI KUTIPAN HASIL
PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR
GAJAH SEHINGGA 30 APRIL 2014
BULETIN PDTAG Mac-April 2014
Edisi 2,
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT
Tuan Daud bin Hassan
PENYELARAS
PENERBITAN
En Ikraam bin Rosli
KETUA PENGARANG
En Saiful Ridzuan bin
Mohammad
SETIAUSAHA
En Abd Rahim bin Hamzah
GRAFIK
En Ghafar bin Ngah
Pn Noor Fazlina bte Duanam
JURUGAMBAR
En. Abdul Halim bin Borhan
PENGARANG
Pn Hjh Jamiah bte Baba
En Norazmar bin Jais
Pn Norizah bte Md. Shah
En Abdul Musid bin Abd Manaf
Pn. Melor bte Omar
Objektif utama Unit Hasil adalah merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan, pentadbiran organisasi dan pungutan cukai dengan cekap, teratur, berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan undang-undang sedia ada. Unit Hasil juga bertanggungjawab untuk menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan, melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat dan memungut tunggakan hasil terhutang (Notis 6A) dan tindakan perampasan tanah melalui Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (Notis 8A).
Bagi mencapai objektif tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah telah membuka Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah iaitu di Masjid Tanah yang beroperasi pada hari Isnin, Selasa dan Rabu (8.00 pagi hingga 2.00 petang) dan Sabtu (8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari). Manakala operasi di Pejabat Daerah dan Tanah sendiri, pentadbiran telah mempergiatkan usaha dengan membuka kaunter kutipan pada waktu rehat iaitu dari 1.00 petang hingga 2.00 petang bagi memudahkan kakitangan kerajaan dan orang yang bekerja dapat membuat urusan tanpa mengganggu waktu kerja hakiki. Tujuan Kaunter Luar ini dibuka adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai
membayar cukai mengikut kesesuaian tempat kediaman. Kakitangan di Unit Hasil sendiri juga telah mempergiatkan usaha bagi menaikkan lagi jumlah kutipan hasil tanah dengan cara mengadakan Kempen Kutipan Luar Cukai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka sempena Karnival UMNO pada 4 April 2014.
Be rdasa rkan usaha -usaha tersebut, sehingga 30 April 2014, Kutipan Hasil Tanah secara kese lu ruhannya ber jumlah RM17,288,730.89 iaitu sebanyak 42.93% berbanding sasaran RM40,625,010.00. Menurut J a b a t a n K e w a n g a n d a n P e r b e n d a h a r a a n N e g e r i , Peratusan Ideal yang sepatutnya dicapai oleh setiap Pejabat Tanggungjawab (PT) hendaklah melebihi 32.69% dan Prestasi yang telah ditunjukkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah iaitu 42.93% telah berjaya mencapai prestasi kutipan ideal. Hanya pihak PDTAG yang berjaya mencapai sasaran tersebut berbanding antara Pentadbiran Tanah Melaka Tengah dan Jasin. Prestasi ini akan cuba dikekalkan oleh Unit Hasil bagi mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan.
PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA
Muka Surat 4
TUAN PEGAWAI DAERAH ENCIK DAUD BIN HASSAN
20.3.1960
PUAN SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM
28.3.1986
PUAN NOR LILIWATI BINTI MD ISA
14.3.1985
PUAN NOORLIZA BINTI MOHAMAD DAUD
10.3.1979
ENCIK AZLEE BIN MD YUSOP
31.3.1984
ENCIK NORHISHAM BIN HASIM
31.3.1981
PUAN MARHAYU BINTI MD SOM
11.3.1982
PUAN SARIMAH BINTI HARUN
24.3.1972
ENCIK ABDUL LAZID BIN ISMAIL
25.3.1959
TUAN HJ GHAPAL BIN AHMAD
11.3.1954
ENCIK DAHALAN BIN MAT SAH
25.3.1966
ENCIK MOHD YASIN BIN SAID
3.3.1967
PUAN HJH ROGAYAH BINTI HJ HASSAN
11.4.1954
TUAN HJ ISMAIL BIN IBRAHIM
17.4.1959
ENCK JAMAL BIN SAAT
1.4.1966
PUAN VERONICA KOH
7.4.1985
CIK DEEPASHINI A/P MOGAN
7.4.1985
PUAN HAMIDAH BINTI HJ MD. YUSOF
11.4.1963
ENCIK MOHD SHARIR BIN JALIL
30.4.1985
ENCIK MOHAMMAD SYAHRIN BIN ZAINUDDIN
17.4.1981
PUAN NORAZIMAH BINTI JAMIL
27.4.1982
ENCIK GHAPAR BIN NGAH
29.4.1964
EN. MUHAMMAD HAIDIR ILHAM BIN MOH ZAM-ZAM
15.4.1992
Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia
Peringkat Daerah Alor Gajah diadakan dengan
matlamat utama iaitu sebagai hari pengiktirafan
Kerajaan terhadap sumbangan golongan muda
kepada pembangunan negara disamping
mengiktiraf pemimpin belia, penggerak-
penggerak, rakan kongsi serta agensi yang
berperanan dalam pembangunan belia. Majlis
Perasmian Karnival ini telah diadakan pada
20 April 2014 yang dirasmikan oleh YB Datuk
Hjh. Norpipah binti Abdol (Timbalan Exco
Pembangunan Belia dan Warisan Negeri
Melaka). Pelbagai Aktiviti telah diadakan
sepanjang karnival tersebut berlangsung
antaranya Majlis Malam Cinta Allah dan Rasul,
Pertandingan Kompang, Pertandingan Futsal,
Karaoke dan banyak lagi yang merangkumi
peringkat umur.
KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA
PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2014
Muka Surat 1
MAC APRIL
LAWATAN KERJA KE NEGERI KEDAH & PERLIS
Unit Pembangunan Masyarakat telah
mengadakan lawatan kerja ke Negeri Kedah
dan Negeri Perlis pada 17 hingga 18 April
2014. Lawatan tersebut bertujuan untuk
mempelajari dan memberi pendedahan kepada
pegawai-pegawai mengenai projek-projek
pertanian dan usahawan yang dilaksanakan di
negeri tersebut.
MAJLIS PENGUNDIAN PROJEK PROGRAM BANTUAN RUMAH
Majlis Undian Projek Program Bantuan Rumah
telah diadakan pada 18 April 2014 bertempat
di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan
Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah.
Sebanyak 5 projek telah ditawarkan kepada
5 syarikat .
MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH (JKTD)
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah
(JKTD) bil. 2/2014 telah diadakan pada
10 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Dato’
Dol Said, Pejabat Daerah Dan Tanah Alor
Gajah, Melaka.
Muka Surat 3
GOTONG ROYONG PELUPUSAN FAIL
UNIT PEMBANGUNAN TANAH & PELUPUSAN
Pada 3 hingga 4 April 2014 telah diadakan
Gotong Royong Pelupusan Fail Unit
Pembangunan Tanah dan Pelupusan bertempat
di Bilik Stor Unit Pembangunan Tanah dan
Pelupusan iaitu di Bahagian Pembangunan
Daerah. Pelupusan fail ini dilaksanakan
berdasarkan Seksyen 26, Akta Arkib Negara
2003 [Akta 629]. Antara fail-fail yang dilupuskan
ialah fail Permohonan Tanah Kerajaan, Lesen
Pendudukan Sementara, Tukar Syarat Nyata
Tanah, Pecah Sempadan Tanah, Pecah
Bahagian dan lain-lain. Kesemua fail-fail ini
dilupuskan selepas 6 tahun dari tarikh fail ditutup
berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Tanah
Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan).
Pelupusan fail ini juga bertujuan untuk
mengurangkan jumlah fail-fail yang ditutup
(selesai).
PENYERAHAN BR1M 3.0 FASA 2
Majlis Penyerahan BR1M 3.0 Fasa 2 telah diadakan pada 2 Mac 2014 bertempat di
JAPERUN setiap DUN Daerah Alor Gajah. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang.
Muka Surat 2
MESYUARAT FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN
PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH
Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah Alor Gajah Bil. 3/2014
telah diadakan pada 19 Mac 2014 di Bilik Mesyuarat Dato’ Dol Said, Pejabat Daerah dan
Tanah Alor Gajah.
AUDIT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN
BERKUALITI 5S
Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s telah dijalankan pada 27 Mac
2014. Audit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini bertujuan untuk mengiktiraf
semula amalan 5s yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Audit selama satu hari ini telah telah dilaksanakan oleh Juruaudit MPC iaitu Encik Ismail bin
Mohd Nor.
PERTANDINGAN TULISAN KHAT JAWI
Pertandingan Tulisan Khat Jawi dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi 5S sempena Audit
Pensijilan Semula 5s yang diadakan pada 27 Mac 2014. Pertandingan ini disertai oleh
semua Zon 5s iaitu sebanyak enam zon yang menghantar dua orang setiap zon.
Pemenang pertandingan ini menerima hadiah wang tunai dan juga piala iringan.