pen gen alan

38
1.0 PENGENALAN / PENDAHULUAN Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greek , φάρμακον pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat- ubatan dengan selamat. Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat. Terdapat beberapa unit di perkhidmatan farmasi Hospital Raja Perempuan Zainab II. Di antaranya ialah: Farmasi Pesakit Luar Farmasi Satelit Farmasi Klinikal a. Total Parenteral Nutrition (TPN) b. Therapeutic Drug Monitoring c. Cytotoxic Drug Reconstitution Stor integrasi Unit pembungkusan (pre-packing) Jabatan Farmasi Hospital Raja Perempuan Zainb II diketuai oleh En.Lee Beng Kiat (Ketua Pegawai Farmasi U54). Kerja kursus in akan lebih membincangkan tentang perkhidmatan farmasi di unit pesakit luar. Farmasi Pesakit Luar merupakan bahagian yang memberi khidmat bekalan ubat kepada pesakit pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik klinik Pakar, Unit Kemalangan dan kecemasan serta pesakit discaj. WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER FARMASI FARMASI UTAMA HARI MASA AHAD - KHAMIS 7.30PAGI 12.00 MALAM JUMAAT 8.00PAGI 12.30 T/HARI SABTU & KELEPASAN AM 8.00PAGI 12.00 MALAM

Upload: lovely-nice

Post on 10-Aug-2015

569 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

1.0 PENGENALAN / PENDAHULUAN

Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greek φάρμακον, pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.

Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.

Terdapat beberapa unit di perkhidmatan farmasi Hospital Raja Perempuan Zainab II. Di antaranya ialah:

Farmasi Pesakit Luar Farmasi Satelit Farmasi Klinikal

a. Total Parenteral Nutrition (TPN)b. Therapeutic Drug Monitoring c. Cytotoxic Drug Reconstitution

Stor integrasi Unit pembungkusan (pre-packing)

Jabatan Farmasi Hospital Raja Perempuan Zainb II diketuai oleh En.Lee Beng Kiat (Ketua Pegawai Farmasi U54). Kerja kursus in akan lebih membincangkan tentang perkhidmatan farmasi di unit pesakit luar. Farmasi Pesakit Luar merupakan bahagian yang memberi khidmat bekalan ubat kepada pesakit – pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik – klinik Pakar, Unit Kemalangan dan kecemasan serta pesakit discaj.

WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER FARMASI

FARMASI UTAMA

HARI MASAAHAD - KHAMIS 7.30PAGI – 12.00 MALAMJUMAAT 8.00PAGI – 12.30 T/HARISABTU & KELEPASAN AM 8.00PAGI – 12.00 MALAM

Page 2: Pen Gen Alan

Di samping itu, Farmasi Pesakit Luar mempunyai 8 kaunter, iaitu 1 kaunter untuk penerimaan preskripsi dan 7 kaunter untuk mendispen ubat kepada pesakit. Pesakit akan di beri nombor giliran selepas penyerahan preskripsi di kaunter berikut. Nombor giliran tersebut akan diberi mengikut tiga kategori kaunter iaitu Kaunter Ekspress adalah untuk pesakit – pesakit dengan satu item atau ubat yang biasa sahaja dan dari unit ENT manakala Kaunter Penyayang pula adalah khas untuk pesakit golongan tua yang berumur lebih dari 60 tahun, wanita mengandung, orang kurang upaya, kanak – kanak, untuk preskripsi yang mengandungi sirup dan Kaunter Biasa adalah untuk ubat medical, dermatologi, obsterik dan ginekologi (O & G),paediaterik.

Page 3: Pen Gen Alan

1.1 MISI DAN VISI PERKHIDMATAN FARMASI

MISI PERKHIDMATAN FARMASI

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan, sejajar dengan aspirasi dan cabaran Negara.

VISI PERKHIDMATAN FARMASI

Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan Negara.

Page 4: Pen Gen Alan

1.2 OBJEKTIF – OBJEKTIF UNIT FARMASI PESAKIT LUAR

Terdapat beberapa objektif utama Unit Farmasi Pesakit Luar ditubuhkan iaitu :

Membekalkan ubat bagi semua preskripsi yang diterima mengikut masa yang dijanjikan dalam Piagam Pelanggan.

Meningkatkan tahap pengetahuan pesakit mengenai penggunaan dan kegunaan ubat – ubatan yang beliau terima.

Memberikan khidmat pendispensan yang berkualiti. Bekalan ubat yang jelas, selamat, termampu dan mencukupi. Memastikan kejayaan terapeutik rawatan ubatan pesakit.

Page 5: Pen Gen Alan

2.0 DEFINISI/ KONSEP/ TERMINOLOGI

2.1 Perkhidmatan-berkhidmat(bertugas, )kerja (usaha,kemudahan) untuk kebajikan (kepentingan,keperluan) orang ramai dan lain-lain,perubatan perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan rakyat (bekalan perubatan dan sebagainya).

2.2 Farmasi-kelengkapan dan kegiatan (kerja) menambah dan menyediakan ubatan. -tempat ubat-ubatan danbahan-bahan buatan di berikan,di dispenseri.

2.3Di-penggunaan ayat yang menunjukkan tempati,kata nama tempat.

2.4Unit-sesebuah bahagian @ jabatan -bahagian terkecil bagi dapat berdiri sendiri dari sesuatu yang lebih besar,satuan yang merupakan yang merupakan bahagian dari keseluruhan kalau di perinci.

2.5Pesakit luar-pesakit yang terdiri daripada orang awam yang datang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Defensi secara keseluruhan.

Perkhidmatan famasi di unit pesakit luar ialah bahagian yang memberi khidmat kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan jabatan pesakit luar,klinik-klinik pakar,unit kemalagan dan kecemasan dan pesakit discaj.Perkhidmatan farmasi pesakit luar juga merupa kan aktiviti yang dijalan kan oleh satu unit hasil interaksi berkesan antara pegawai farmasi atau penolong pegawai farmasi untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit yang menerima rawatan tanpa perlu dimsukkan ke wad di hospital (pesakit menerima rawatan,memperolehi ubat dan peluang pada hari yang sama.)La juga menunjuk kepada bidang berkaitan pesakit ubat atau drug dalam bentuk yang sesuai di sana termasuklah mendispen,sintesis,pengeluaran,pembungkusandan penjualan drug yang merangkumi persediaan serta pembekalan.bidang ini juga merangkumi pengetahuan tentang bahan asas penghasilan ubatan tersebut,sifat fizikal dan kimianya terhadap pengguna.Selain itu kesan baik dan buruk ubat tersebut perlu di fahami secara terperinci bagi mengelakkan kesan sampingan yang negatif kepada pesakit.

Page 6: Pen Gen Alan

3.0 PERKHIDMATAN FARMASI DI UNIT FARMASI PESAKIT LUAR HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU KELANTAN

PENDISPENSAN

Apakah preskripsi?

Preskripsi adalah merupakan formula dan arahan daripada seorang doktor berdaftar sama ada doktor biasa, doktor pakar, doktor gigi mahupun doktor veterinar yang ditujukan kepada seorang ahli farmasi bagi mennyediakan, membekalkan serta membancuhkan sesuatu ubat untuk didispenskan kepada seseorang pesakit.

Jenis – jenis preskripsi yang sedia ada di hospital kerajaan ialah preskripsi bertulis, preskripsi yang dibuat secara lisan iaitu preskripsi untuk kecemasan serta preskripsi yang dipreskribkan dengan menggunakan sistem komputer. Di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), preskripsi yang di keluarkan kepada Jabatan Pesakit Luar terutamanya di unit Farmasi Pesakit Luar adalah dalam bentuk preskripsi manual iaitu bertulis. Sebelum pesakit mendapat ubat, preskripsi hendaklah diserahkan terlebih dahulu di kaunter penyerahan preskripsi (kaunter 1).

Seperti yang telah di ketahui, komponen – komponen yang penting dan di perlukan dalam sesebuah preskripsi adalah seperti :

i. Nama, nombor kad pengenalan dan umur pesakit;ii. Tarikh preskripsi dikeluarkan kepada pesakit;

iii. Nama atau tandatangan ringkas, alamat serta nombor telefon penulis preskripsi (preskriber);

iv. Nama ubat dengan kekuatan ubat – ubatan dan dosej ubat – ubatan yang tepat;

v. Frekuensi pengambilan ubat – ubatan ;vi. Jangka masa atau tempoh rawatan pesakit;

vii. Diagnosis;viii. Tandatangan dan cop rasmi dari doktor atau preskriber.

Pendispensan adalah aktiviti paling utama dan paling penting bagi menyerahkan ubat kepada pesakit. Sebelum pendispensan dilakukan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah penerimaan preskripsi, saringan (screening), pengisian, saring dan akhir sekali pendispensan. Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengamalkan sistem island iaitu triple checking.

Page 7: Pen Gen Alan

3.1.2 CARTA ALIRAN KERJA PEMBEKALAN UBAT

Penerimaan preskripsi dan pemberian nombor giliran

Staf farmasi membuat saringan/ semak silang mengenai nama pesakit, sejarah pengubatan pesakit, interaksi ubat – ubatan dan penyakit

Pengisian ubat dilakukan sekiranya tiada masalah dalam preskripsi

Pegawai Farmasi membuat double checking mengenai ubat – ubatan yang akan di dispen

Pegawai Farmasi memanggil nombor giliran dan mendispen ubat kepada pesakit

Pesakit akan menyerahkan preskripsi di kaunter penyerahan dan proses penyaringan akan bermula dimana petugas di kaunter tersebut akan memastikan preskripsi yang diterima adalah betul, jelas dan lengkap. Sekiranya ada maklumat yang tidak lengkap, petugas akan mendapatkannya dari pesakit. Seterusnya preskripsi tersebut akan dihantar ke bahagian pengisian.

Semasa pendispensan, Pegawai Farmasi akan mendapatkan pengesahan daripada pesakit. Antaranya adalah nama pesakit, nombor kad pengenalan pesakit. Ini adalah untuk memastikan bahawa ubat yang akan diterima pesakit adalah betul (right patient), dos yang diberikan oleh preskriber adalah sesuai serta cara pengambilan ubat yang betul. Staf farmasi juga akan memastikan pesakit mendapat bekalan ubat yang mencukupi sehingga temujanji yang seterusnya. Sekiranya temujanji melebihi satu bulan, bekalan berperingkat akan diberikan dimana tarikh sambungan ubat akan dicatat di belakang preskripsi.

Page 8: Pen Gen Alan

Terima Preskripsi

Saring Preskripsi

Masalah?

Memproses Preskripsi

Hubungi Preskriber

Tidak

Ya

3.1.3 ALIRAN KERJA PENYARINGAN PRESKRIPSI

Selepas penyerahan preskripsi, pesakit akan diberi nombor giliran dan diminta duduk ditempat yang disediakn sebelum nombor giliran dipanggil.

Semasa pengisian ubat dilakukan, staf farmasi perlu mahir dalam membaca preskripsi dan mengetahui istilah latin. Di samping itu juga, staf farmasi perlu cekap dalam pengiraan, mengetahui kontraindikasi setiap ubat, interaksi drug yang mungkin berlaku, mengetahui maksimum dan minimum dos, kekuatan ubat dan susun atur ubat. Dengan ini masa menunggu akan dapat dikurangkan. Jika terdapat kesalahan di dalam preskripsi, preskriber akan segera dihubungi bagi mendapatkan pengesahan. Antara kesalahan preskriber yang banyak berlaku adalah tiada tempoh masa rawatan, interaksi ubat, dos, kekuatan, bentuk dosej. Kesalahan lain biasanya berlaku difarmasi adalah dalam perlabelan dan pengisian. Ubat yang dibekalkan kepada pesakit adalah dalam tempoh sebulan sahaja. Bagi pesakit yang memerlukan rawatan ubat melebihi sebulan akan menyambung semula bekalan tersebut secara berperingkat. Borang to come again (TCA) akan diisi untuk direkod dan preskripsi akan diberi semula kepada pesakit bersama tarikh sambungan ubat. Ini adalah bagi mengawal dan mendapatkan jumlah sebenar penggunaan ubat dalam masa sebulan disamping dapat mengetahui tahap komplian pesakit. Petugas di unit ini bertanggungjawab ke atas tarikh temujanji pengambilan ubat sambungan ini (tarikh TCA).

Rekod dan Failkan Dokumen Berkaitan

Page 9: Pen Gen Alan

Selain itu, petugas farmasi perlu melabel dengan jelas dan betul. Proses ini memerlukan penumpuan bagi mengelakkan kecuaian pihak farmasi supaya pesakit tidak menerima ubat yang salah. Petugas farmasi juga perlu memastikan ubat diisi ke dalam sampul atau bekas ubat yang betul. Contohnya sampul untuk pesari diisi dalam sampul merah yang sudah mempunyai label khas.

Kemahiran mengira kuantiti ubat diperlukan bagi memastikan kuantiti dibekalkan adalah mencukupi dan mempercepatkan proses pengisian. Proses terakhir adalah memeriksa label dan kandungan sampul atau bekas ubat. Biasanya ia dilakukan Pegawai Farmasi sebelum mendispen ubat kepada pesakit.

Semua proses di atas dipanggil system island (triple checking) yang digunakan Farmasi Pesakit Luar HRPZ II. Objektif utamanya adalah bagi mengelakkan kesalahan medikasi (medication error) dan menggapai piagam pelanggan yang asal. Konsep asalnya adalah setiap petugas tidak boleh melakukan kerja berturutan yang akan menyumbang kepada medication error (petugas yang mendispen tidak boleh melakukan proses filling ubat).

Sebelum pendispensan dilakukan, pegawai farmasi membuat screening sekali lagi. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kesilapan medikasi (medication error). Kesilapan medikasi bermaksud sebarang kejadian yang boleh dicegah atau dihalang yang boleh menyebabkan atau membawa kepada penggunaan ubat yang tidak betul atau membahayakan pesakit selagi ubat tersebut berada dalam kawalan personel perubatan, pesakit atau pengguna. Jika ada kesilapan semasa pengisian, staf yang mengisi ubat akan dipanggil untuk memperbetulkan semula. Selepas itu, pegawai farmasi akan mendispen ubat kepada pesakit mengikut nombor giliran yang diberikan. Pegawai farmasi akan memastikan preskripsi yang telah didispen ditandatangani dan mencatat tempoh serta tarikh bekalan ubat yang telah dibuat (bagi prekripsi yang dibekalkan secara berperingkat). Ini bagi memastikan pesakit tidak akan mengambil ubat berulang kali dan melebihi tempoh rawatan yang ditetapkan. Ia juga dapat mengawal pembaziran kos terhadap ubatan yang mungkin berlebihan.

Page 10: Pen Gen Alan

Selepas pendispensan, preskripsi akan ditandatangani oleh pegawai yang bertugas. Jika berlaku kesilapan dalam pendispensan, pegawai yang berkenaan akan bertanggungjawab. Selepas tamat waktu bertugas, preskripsi akan dibilang dan direkod di dalam buku log dan pengeluaran setiap jenis ubat akan direkod terus dalam sistem komputer.

Page 11: Pen Gen Alan

3.1.4 KESILAPAN PENGUBATAN (MEDICATION ERROR)

Kesilapan pengubatan boleh didefinisikan sebagai sebarang kejadian yang boleh di halang atau dicegah yang boleh menyebabkan atau membawa kepada penggunaan ubat yang tidak tepat serta memudaratkan pesakit selagi ubat – ubatan tersebut masih berada di dalam kawalan pekerja kesihatan profesional, pesakit atau pengguna.

Jenis-jenis kesilapan pengubatan yang lazimnya berlaku ialah kesilapan pempreskriban, kesilapan pendispensan, kesilapan administrasi, kesilapan mengilang dan kesilapan pesakit. Namun begitu, kesilapan yang paling jelas dan kerap didapati ialah kesilapan pempreskriban. Kira –kira 50 % kesilapan pengubatan adalah disebabkan oleh kesilapan pempreskriban. Selain itu, kesilapan pempreskriban yang sering berlaku pada kebanyakannya adalah berpunca daripada masalah preskripsi yang bermasalah ( rujuk Lampiran).

Sepanjang sesi pengendalian preskripsi di Farmasi Pesakit Luar, antara kesilapan – kesilapan yang biasa terjadi ialah :

Tulisan sukar di baca dan di fahami

Secara umumnya, kebanyakan preskripsi yang dipreskrib oleh doktor atau pegawai perubatan di hospital adalah di tulis dengan tulisan yang tidak jelas dan sukar untuk dibaca oleh Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas.

Keadaan seumpama ini boleh menyebabkan Penolong Pegawai Farmasi tersebut tersilap menginterpretasikan preskripsi. Akibatnya, Penolong pegawai farmasi itu berkemungkinan besar akan melakukan kesilapan semasa menulis butir – butiran seperti nama ubat, kekuatan ubat atau frekuensi pengambilan ubat di atas sampul ubat – ubatan yang di preskrib.

Kesilapan semasa pengisian ubat – ubatan ke dalam sampul ubat – ubatan

Selepas selesai menhira jumlah kuantiti ubat-ubatan yang perlu di bekalkan kepada pesakit, kerja-kerja pengisian ubat – ubatan ke dalam sampul ubata – ubatan perlu dilakukan.

Peringkat kerja ini juga melibatkan kesilapan yang tidak diingini berlaku di kalangan pelatih –pelatih. Pelatih – pelatih kadang-kala tersilap mengisi ubat ke dalam sampul ubat. Salah satu contoh yang amat ketara ialah Tablet Vitamin B Complex sering disalah-masukkan ke dalam sampul ubat Tablet Folic Acid 5 mg serta begitu juga dengan sebaliknya kerana saiz tablet dan warnanya hampir sama.

Kadang-kadang, kesilapan dalam pengisian ubat-ubatan dengan kuantiti yang tidak tepat juga berlaku. Sekiranya tempoh rawatan pesakit melebihi satu bulan, pesakit hanya akan dibekalkan dengan jumlah kuantiti ubat-ubatan selama satu bulan terlebih dahulu bagi setiap jenis ubat sehingga tempoh waktu rawatannya tamat. Pembekalan ubat-ubatan yang berkurangan kepada pesakit menyebabkan pengambilan ubat-ubatan selama satu bulan tidak kesampaian dan tidak mencukupi serta pesakit perlu mengunjungi Farmasi Pesakit Luar sebelum tibanya masa satu bulan dengan lebih awal lagi untuk mendapatkan bekalan ubat –

Page 12: Pen Gen Alan

ubatan yang seterusnya. Pembekalan ubat-ubatan yang berlebihan pula mungkin akan mengakibatkan pembaziran yang tidak diperlukan.

Kesilapan ‘sound alike’

Manakala, kesilapan ‘sound alike’ pula merupakan kesilapan yang berlaku semasa menginterpretasi preskripsi yang diterima daripada doktor kepada pesakit. Individu atau penolong pegawai farmasi yang menginterpretasi preskripsi tersebut akan menginterpretasikan dengan salah disebabkan oleh sesetengah ubat yang mempunyai nama atau sebutan yang hampir sama.

Bagi ejaan ubat-ubatan yang hampir sama antara satu sama lain ini, nama-nama ubat tersebut mungkin akan menimbulkan kekeliruan jika hanya dengan sekali pandang sahaja. Nyawa pesakit akan terancam pada bila-bila masa sahaja seandainya Penolong Pegawai Farmasi tersebut tersebut tersilap membekalkan ubat kepada pesakit.

Ubat-ubat yang mempunyai nama tau sebutan yang hampir sama ini kemungkinan daripada kumpulan farmakologi, pengkelasan dan indikasi yang sama. Tetapi ada juga sesetengah ubat ini yang berbeza dari segi pengkelasan dan cara tindakannya.

Namun begitu walaupun ubat-ubat ini mempunyai persamaan dan sebutan yang hampir sama, setiap individu mempunyai tindak balas yang berlainan terhadap sesuatu ubat. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan setiap pesakit mendapat ubat yang betul seperti yang dipreskrib oleh doktor kepada pesakit.

Contoh-contoh ubat-ubat yang menyebabkan kesilapan ‘sound alike’ berlaku adalah seperti :

1. Avandia vs Amaryl2. Methyldopa vs Metronidazole3. Glibenclamide vs Gliclazide4. Alprazolam vs Lorazepam5. Cardura vs Coumadin6. Combivir vs Epivir7. Xanax vs Zantac8. Combivent vs Combivir vs – Salbutamol & Ipratropium vs Lamivudine &

Zidovudine9. Chlorpromazine vs Clomipramine 10. Terazosin vs Doxazosin11. Plendil vs Isordil12. Lasix vs Losec13. Dexchlorpheniramine vs Chlorpheniramine14. Potassium Chloride vs Potassium Citrate 15. Glipizide vs Gliclazide16. Amoxycillin vs Ampicillin17. Metoprolol vs Atenolol18. Penglobe vs Penegan19. Ventolin vs Voltaren20. Penicillin vs Penicillamine

Page 13: Pen Gen Alan

21. Quinine vs Quinidine22. Ketotifen vs Ketoprofen

Kesilapan ‘look alike’

Berbeza dengan kesilapan ‘sound alike’, kesilapan ‘look alike’ merupakan kesilapan yang disebabkan oleh bentuk, warna dan pembungkusan yang hampir sama di antara dua jenis ubat yang berbeza. Persamaan yang dimiliki oleh kedua-dua ubat ini seperti pembungkusan dan warna yang hampir sama menyebabkan penyediaan ubat yang salah kepada pesakit semasa ubat-ubat yang dipreskrib ini disediakan. Ini secara tidak langsung akan membahayakan kesihatan pesakit lebih-lebih lagi jika ubat yang diberikan kepada pesakit tersebut merupakan ubat yang tidak sepatutnya diambil oleh mereka.

Selain itu, kedua-dua ubat yang kelihatan hampir sama ini juga berkemungkinan mempunyai kumpulan farmakologi, pengkelasan dan indikasi yang sama. Tetapi ada juga sesetengah ubat ini yang berbeza dari segi pengkelasan dan cara tindakannya. Walaupun begitu disebabkan kedua-dua ubat tersebut kelihatan hampir sama, kakitangan hospital atau klinik kesihatan yang menyediakan ubat tersebut akan tersalah ambil atau menyediakan ubat yang dipreskrib dan memberikan ubat yang salah kepada pesakit.

Misalnya, Tablet Metoprolol Tartrate 100mg dan Tablet Metformin 500mg (Rujuk Lampiran) juga mempunyai saiz, bentuk dan warna yang hampir sama. Kesilapan memasukkan Tablet Metoprolol Tartrate 100mg ke dalam sampul ubat Tablet Metformin 500mg sudah tentu akan menimbulkan kesan yang amat bahaya kepada nyawa pesakit kerana kedua-dua ubat tersebut merupakan ubat-ubatan dari kategori yang berlainan dan mempunyai indikasi yang berlainan.

Akibatnya, kesihatan pesakit mungkin akan terjejas dan nyawa pesakit mungkin dalam keadaan bahaya. Oleh itu, amat penting untuk memastikan bahawa ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit adalah betul dan menurut preskripsi yang dipreskribkan. Ini dapat dilakukan dengan membaca label pada botol atau bungkusan ubat dengan teliti ketika menyediakan ubat tersebut agar kesilapan seumpama ini dapat dielakkan.

Contoh-contoh ubat-ubat yang menyebabkan kesilapan ‘look alike’ sama ada dari segi pembungkusan, warna dan bentuk yang hampir sama berlaku adalah seperti (rujuk lampiran) :

o Vitamin B Complex = Vitamin Folic Acid

o Kapsul Cloxacillin 250mg = Kapsul Cephalexin 250mg

o Sirap Promethazine (Metaryl®) = Sirap Chlorpheniramine (Alleryl®)

o Felodipine 5mg = Felodipine 10mg

o Warfarin Sodium 1mg = Warfarin Sodium 2mg = Warfarin Sodium 5mg

o Metoprolol Tartrate 100mg = Metformin 500mg

o Olanzapine 5mg = Olanzapine 10mg

Page 14: Pen Gen Alan

Kesilapan dos atau kekerapan

Seterusnya ialah kesilapan medikasi yang melibatkan kesilapan dos atau kekerapan. Kesilapan seumpama ini merupakan kesilapan yang sering berlaku semasa preskripsi dipreskrib oleh doktor. Terdapat sesetengah doktor yang terlupa atau tidak pasti dengan dos ubat yang perlu diberikan kepada pesakit dan tersalah mempreskrib dos ubat tersebut. Masalah ini hanya dapat dikenalpasti semasa preskripsi tersebut dipreskrib oleh pegawai Farmasi atau penolong pegawai farmasi.

Kesilapan dos atau kekerapan merupakan kesilapan yang perlu dielakkan kerana ia mempunyai kesan dan pengaruh yang sangat besar jika tidak dikenalpasti sejak dari awal lagi dan ia akan menjadikan lebih teruk jika ubat tersebut sampai kepada pesakit. Akibatnya, pesakit mungkin mengambil ubat yang overdose atau mengambil ubat yang tidak dapat merawat penyakit mereka sepenuhnya kerana dos ubat yang kurang daripada dos yang sepatutnya.

Kadang-kala, terdapat juga Pegawai perubatan yang mempreskrib ubat-ubatan dengan kekuatan yang “ganjil” atau “pelik”. Contohnya, tablet colchicine 5mg di tulis dengan tablet colchicine 6mg. Masalahnya, tablet colchicine di hospital raja perempuan zainab II hanya mempunyai kekuatan 5mg sahaja.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah apabila terdapat sesetengah preskripsi yang di tulis oleh Pegawai perubatan yang langsung tidak mempunyai kekuatan bagi sesetengah jenis ubat, tiada frekuensi pengambilan sebahagian ubat atau tidak mempunyai prekuensi pengambilan ubat-ubatan yang jelas, dan tiada tempoh masa.

Selain itu, cara penulisan atau tulisan semasa mempreskrib juga memainkan peranan yang sangat penting semasa sesuatu preskripsi itu diintepretasikan. Ini kerana tulisan yang tidak jelas dan sukar dibaca boleh menyumbang kepada berlakunya kesilapan medikasi yang seterusnya. Contohnya, dos Tablet Paracetamol yang sebenarnya ialah 1g tds tetapi dipreskrib sebagai 1g qid. Disamping itu, titik perpuluhan dan angka ‘0’ pada dos sesuatu ubat turut mempengaruhi penyediaan ubat kepada pesakit berdasarkan preskripsi yang diintepretasi. Contohnya, Tablet Warfarin 2mg dalam sehari diintepretasikan sebagai 20mg dalam sehari akan membahayakan kesihatan pesakit.

Hal-hal seumpama ini bukan hanya merumitkan lagi tugas Penolong Pegawai Farmasi malah menyukarkan lagi pengiraan dilakukan lalu menyumbang kepada pengisian ubat-ubatan dengan kuantiti yang tidak tepat yang diddispens kepada pesakit di bahagian kaunter.

Namun, semua situasi ini pasti akan menyumbang kepada berlakunya kesilapan dos atau kekerapan di sesebuah hospital atau klinik kesihatan. Oleh itu, salah satu cara untuk mengatasinya ialh dengan menitikberatkan dan mengintepretasikan dengan betul titik perpuluhan dan angka ‘0’ pada dos sesuatu ubat ketika preskripsi tersebut diintepretasi.

Page 15: Pen Gen Alan

Contoh-contoh ubat yang menunjukkan kesilapan dos dalam sesuatu preskripsi adalah seperti:

Tablet Diclofenac Sodium 500mg tds Dos yang betul adalah 50mg tds

Tablet Ranitidine 800mg on Dos yang betul 300mg on

Tablet Digoxin 25mg od Dos yang betul adalah 250mcg od

Tablet Warfarin 20mg daily Dos yang betul adalah 2mg daily

Tablet thyroxine 1mg od Dos yang betul adalah 100mcg od

Tablet Metformin 5mg tds Dos yang betul adalah 500mg tds

Tablet Lovastatin 2mg on Dos yang betul adalah 20mg on

Manakala, contoh-contoh ubat yang menunjukkan kesilapan kekerapan dalam sesuatu preskripsi pula adalah :

Tablet Theophyline SR 250mg tds Kekerapan yang betul ialah 250mg bd

Tablet Daonil 5mg tds Kekerapan yang betul ialah 5mg bd atau daily

Tablet Lovastatin 20mg om Kekerapan yang betul ialah 20mg on

Tablet Ascorbic Acid 5mg tds Kekerapan yang betul ialah 5mg od

Sirap Benadryl 10ml od Kekerapan yang betul ialah 10ml tds

Tablet Warfarin 5mg tds Kekerapan yang betul ialah 5mg od

Sirap MMT 15ml qid Kekerapan yang betul ialah 15ml tds

Kesilapan intepretasi abbreviation

Kesilapan intepretasi abbreviation ialah kesilapan yang berlaku semasa preskripsi diintepretasikan. Individu yang mengintepretasikan preskripsi tersebut akan silap mengintepretasi ubat yang dipreskrib dalam preskripsi tersebut dan memberikan ubat yang salah kepada pesakit.

Page 16: Pen Gen Alan

Berbeza dengan kesilapan yang lain, kesilapan interpretasi abbreviation berlaku disebabkan oleh tulisan yang sukar dibaca dan ubat yang dipreskrib menyerupai nama ubat yang lain. Oleh itu, kemungkinan untuk berlaku kesilapan seumpama ini adalah tinggi untuk berlaku.

Memang tidak dinafikan bahawa “Masa itu Emas”. Bagi menjimatkan masa dan mempercepatkan proses rawatan, doktor atau para Pegawai Perubatan sering menulis nama sesetengah ubat dengan menggunakan singkatannya sahaja. Perbuatan atau sikap seumpama ini amatlah membahayakan kerana Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Farmasi Pesakit Luar kadang-kadang boleh tersalah tafsir terhadap nama singkatan ubat-ubatan tersebut.

Akibatnya, ubat yang diberikan kepada pesakit akan digantikan dengan ubat yang salah dan kesilapan administrasi juga mugkin berlaku kesan daripada kesilapan ini. Penggunaan abbreviation atau singkatan di dalam preskripsi, maklumat yang tidak lengkap tentang sesuatu ubat dan penggunaan simbol adalah merupakan salah satu sebab utama menyumbang kepada berlakunya kesilapan ini.

MTX iaitu Methotrexate diintepretasi salah sebagai Mitoxantrone Mcg iaitu microgram diintepretasi salah sebagai miligram SC diintepretasi salah sebagai SL Calcium Lactate diintepretasi salah sebagai Calcium Carbonate AZT iaitu Zidovudine diintepretasi salah sebagai Azathioprine.

Page 17: Pen Gen Alan

3.1.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KESILAPAN PENGUBATAN

Jumlah kakitangan di Unit Farmasi pesakit Luar yang tidak mencukupi

Dewasa ini, masalah kekurangan anggota atau kakitangan Farmasi di Jabatan Farmasi merupakan salah satu isu yang senantiasa diperbincangkan dari masa ke semasa. Ini dapat dilihat melalui bilangan anggota atau kakitangan Farmasi yang terdapat di hampir semua unit Jabatan Farmasi di hospital kerajaan adalah tidak mencukupi.

Di antara semua unit dalam Jabatan Farmasi, unit Farmasi Pesakit Luar turut mengalami permasalahan kekurangan anggota Farmasi yang amat ketara. Anggota Farmasi yang dimaksudkan di Farmasi pesakit Luar bukan sahaja merujuk kepada Pegawai Farmasi sahaja, tetapi juga merujuk kepada Penolong Pegawai Farmasi serta anggota-anggota sokongan seperti Pembantu Perawatan Kesihatan yang turut memainkan peranan penting di Jabatan Farmasi tersebut.

Beberapa faktor yang menyebabkan kekurangan anggota Farmasi di Farmasi Pesakit Luar ialah cuti sakit dan cuti perayaan anggota Farmasi, penukaran sementara anggota Farmasi ke unit-unit lain di Jabatan Farmasi, kehadiran anggota Farmasi ke kursus-kursus yang ditetapkan dan sebagainya.

Apabila terdapat beberapa anggota Farmasi yang memohon cuti sakit pada masa yang sama, keadaan ini akan menyebabkan tenaga pekerja tidak mencukupi di Farmasi Pesakit Luar lalu melambatkan proses kerja di unit tersebut. Begitu juga dengan anggota-anggota Farmasi yang memohon cuti untuk menyambut perayaan kebesaran masing-masing. Seandainya terlalu ramai anggota Farmasi yang memohon cuti semasa perayaan secara serentak, kekurangan tenaga pekerja yang lebih teruk bakal terjadi dan seterusnya boleh mengakibatkan kerja pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit menjadi lebih kelam-kabut di Farmasi Pesakit Luar.

Kadang-kadang, unit-unit lain di Jabatan Farmasi turut mengalami kekurangan tenaga pekerja yang lebih serius berbanding dengan keadaan di Farmasi Pesakit Luar. Oleh yang demikian, beberapa anggota Farmasi akan ditukarkan ke unit-unit tersebut dapat berjalan dengan lancar. Penukaran sedemikian sering mengganggu proses pembekalan ubat-ubatan di Farmasi Pesakit Luar disebabkan oleh masa yang lebih lama diperlukan oleh Penolong Pegawai Farmasi untuk membekalkan ubat-ubatan sebelum didispens kepada pesakit.

Bagi menambahkan pengetahuan, meluaskan pandangan serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang anggota Farmasi yang bekerja di Jabatan Farmasi, pihak pengurusan akan menghantar beberapa orang anggota Farmasi dari beberapa unit untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mahupun kursus-kursus yang terdapat di luar negara. Ini akan menyebabkan anggota Farmasi berkurangan di unit tersebut. Maka, masa penungguan pesakit turut bertambah jika bilangan pesakit yang perlu mendapatkan ubat-ubatan pada waktu tersebut adalah ranai.

Sementara itu, terdapat juga pelbagai jenis ubat yang perlu dihadkan penggunaannya serta dipreskrib mengikut kategori kakitangan yang telah ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Perolehan

Page 18: Pen Gen Alan

Ubat-ubatan. Pegawai-pegawai yang berkuasa untuk menguruskan dan mempreskrib ubat-ubatan dinyatakan mengikut kategori-kategori seperi berikut:

A* = Konsultan/Pakar untuk indikasi yang spesifik sahaja.

A = Konsultan/Pakar;

A/KK = Konsultan/Pakar/Pakar Kesihatan Keluarga;

B = Pegawai Perubatan;

C = Kakitangan Paramedik;

C+ = Kakitangan Paramedik dalam perbidanan.

Maka, hal ini bermakna semakin ramai anggota kesihatan termasuk anggota-anggota Farmasi juga amat diperlukan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti pempreskriban, pembekalan atau pendispensan ubat-ubatan di Farnasi Pesakit Luar di hospital.

Page 19: Pen Gen Alan

Bekalan Ubat-ubatan yang tidak mencukupi

Masalah seterusnya yang sering berlaku di Unit Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar ialah bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi. Ini ditunjukkan melalui statistik yang menunjukkan bilangan pesakit yang mengunjungi Farmasi Pesakit Luar yang kian bertambah. Sehubungan itu, permintaan pesakit terhadap ubat-ubatan dari Farmasi Pesakit Luar juga semakin tinggi. Maka, secara tidak langsung kuantiti bekalan ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit luar turut meningkat.

Walaupun ubat-ubatan hanya dibekalkan selama dua bulan sahaja secara beransur-ansur sehingga tamat tempoh rawatan kepada pesakit yang memerlukan jangka masa rawatan yang lebih lama, namun, sesetengah stok ubat-ubatan masih tidak mencukupi. Kini, antara ubat-ubatan yang paling banyak dibekalkan kepada pesakit pada setiap hari adalah terdiri dari pengkelasan anti-hipertensi dan anti-diabetik selain dari ubat-ubatan kumpulan Analgesik seperti Tablet Paracetamol 500mg.

Bekalan ubat ke Farmasi pesakit Luar di hospital kadang-kala juga tidak mencukupi. Di Hospital Raja Perempuan Zainab II, bekalan ubat yang tidak mencukupi pernah melibatkan ubat-ubatan “fast but common item drugs” seperti Sirap Paracetamol 120mg/5ml, Tablet Felodipine 5mg dan 10mg (Felocor®), Tablet Valsartan 80mg (Diovan®), Tablet Montelukast 10mg (Singulair®) dan sebagainya.

Di hospital kerajaan Malaysia, pembelian ubat-ubatan adalah berdasarkan kuota yang telah ditetapkan melalui syarikat Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. Kuantiti ubat-ubatan yang dapat dibeli daripada syarikat PHARMANIAGA terikat dengan kontrak yang melibatkan sejumlah peruntukan daripada perbenlajaan kerajaan. Lazimnya, masalah timbul apabila ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit tidak mencukupi disebabkan oleh syarikat atau pengedar yang hanya membekalkannya dengan kuantiti yang sedikit akibat daripada bajet yang digunakan dalam pembelian ubat-ubatan hampir habis sebelum tempoh masa kontrak dengan pengedar tersebut tamat.

Jadi, penyelesaian yang melibatkan alternatif baru perlu dicari bagi mengatasi masakah tersebut.

Page 20: Pen Gen Alan

3.1.6 CARTA ALIRAN KERJA PEMBEKALAN UBAT DI UNIT FARMASI PESAKIT

LUAR

Terima preskripsi daripada pelanggan

Semak preskripsi

Masalah???Rujuk pegawai atasan

Lekatkan nombor giliran

Serah nombor siri kepada pelanggan

Pengisian ubat

Panggil nombor giliran pelanggan

Kaunseling untuk kes terpilih

Pembekalan ubat

Page 21: Pen Gen Alan

MASA MENUNGGU

Takrifan asas bagi masa menunggu adalah masa yang diperlukan pesakit dari mula

pemberian preskripsi kepada kaunter serahan sehingga pesakit tersebut dipanggil kaunter

berkaitan untuk perolehan bekalan ubat.

Di Unit Farmasi Pesakit Luar, pesakit perlu menunggu dalam tempoh masa tertentu

sebelum boleh memperolehi bekalan ubat. Jika preskripsi yang mempunyai banyak item ubat

atau pesakit ramai, pesakit perlu menunggu agak lama berbanding pesakit yang preskripsinya

hanya mengandungi satu atau dua item sahaja. Biasanya pesakit yang mengambil satu atau

dua ubat sahaja akan diberi nombor berdasarkan kaunter ekspess dan akan menerima ubat

di kaunter nombor dua.

Proses penerimaan preskripsi: - preskripsi akan disaring di kaunter 1 iaitu merupakan

kaunter mengambil nombor giliran sekaligus sebagai kaunter pertanyaan. Petugas di kaunter

1 biasanya adalah penolong pegawai farmasi Disini , nombor akan diberi kepada pesakit

mengikut item di dalam preskripsi berdasarkan tiga kaunter iaitu kaunter ekspress (kaunter

2), penyayang (kaunter 3) dan biasa. Kaunter 2 biasanya melibatkan preskripsi yang

mengandungi dua atau tiga item, preskripsi dari unit kecemasan, tempoh bekalan yang tidak

melebihi dua minggu. Kaunter 3 biasanya untuk orang tua, kurang upaya dan untuk ubat-

ubat seperti sirap dan memerlukan penyediaan ekstemporenous (kaunter penyayang).

Manakala kaunter 4 hingga kaunter 8 untuk item-item yang banyak (kaunter biasa).

Meminimakan masa menunggu akan mengelakkan ketidakpuas hati pelanggan (pesakit).

Pesakit akan merasa marah jika menunggu terlalu lama. Satu kes telah terjadi berkaitan masa

menunggu iaitu seorang pesakit lelaki telah memarahi pegawai farmasi kerana telah

menunggu terlalu lama bagi memperolehi ubat. Setelah membuat post moterm bagi

mengetahui puncanya, kita mendapati bahawa preskipsi pesakit itu mempunyai banyak item

iaitu melebihi tujuh item,

Frekuensi dan dos ubat yang tidak betul dan tidak lengkap oleh doktor. Disebabkan itu,

pegawai farmasi perlu menghubungi doctor yang menulis preskripsi. Masa yang lama diambil

untuk menghubungi doktor kerana ketiadaan doktor berkenaan di pejabat. Di dalam kes ini,

Page 22: Pen Gen Alan

kesalahan tidak seharusnya diletakkan seratus peratus kepada pihak farmasi. Pegawai

farmasi atau penolong pegaawai farmasi juga harus bijak dan sentiasa bersedia dalam

menangani masalah seperti ini.

Akibat dari menunggu terlalu lama, ada segentir pesakit yang tidak mengambil ubat

apabila nombor giliran dipanggil. Bakul yang mengandungi ubat yang tidak dituntut akan

disimpan di dalam almari selepas tamat waktu perkhidmatan mengikut hari. Ada dua

kebarangkalian kenapa ubat tidak dituntut disini iaitu pertama pesakit terlalu mengejar masa

atau mempunyai hal-hal kecemasan yang lain . Kedua, pesakit yang bosan menunggu terlalu

lama dan tiadanya sifat kesabaran dalam diri. Kebarangkalian pertama mungkin ubat akan

dituntut oleh pesakit pada keesokan harinya. Manakala kebarangkalian kedua pula mungkin

dituntut dan mungkin pula ditinggalkan terus tanpa dituntut. Kebarangkalian kedua akan

menyebabkan pesakit hanya membuang masa menerima preskripsi dari doktor tetapi tidak

mendapat rawatan selengkapnya , ekoran tidak mengambil bekalan ubat yang diperlukan. Ini

akan menyumbang kepada penurunan taraf kesihatan pesakit.

Mengikut piagam pelanggan, tempoh menunggu adalah kurang dari 30 minit sekiranya

ubat yang dibekalkan adalah kurang dari dua item (ubat). Tempoh menunggu tersebut paling

ideal untuk dikaitkan dengan kaunter 1 kerana ia dipanggil kaunter ekspress . Jumlah ubat

dalam preskripsi untuk kaunter ini biasanya kurang dari 3 perkara (ubat).

Dalam usaha menepati kehendak piagam pelanggan, petugas farmasi mestilah

memberikan komitmen yang tinggi terutama semasa waktu puncak bagi memberikan

perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Petugas di belakang kaunter perlu berinteraksi secara

berkesan bersama petugas di kaunter untuk menghasilkan kerjasama yang jitu untuk

kepuasan pelanggan di hadapan kaunter.

Page 23: Pen Gen Alan

Semasa waktu puncak ( waktu pesakit yang ramai), kita dapat melihat bagaimana

petugas farmasi bertungkus-lumus melakukan kerja (mengisi ubat) dengan cepat, tepat dan

cekap bagi melaksanakan piagam pelanggan iaitu meminimakan masa menunggu. Staf-staf

farmasi juga sentiasa berusaha melakukan yang terbaik semasa melakukan aktiviti di

belakang kaunter dan di kaunter. Petugas farmasi mestilah sentiasa konsentrasi, mahir dalam

membaca preskripsi serta istilah-istilahnya, mahir mengira dengan tepat dan pantas,

berdisiplin, bijak berkomunikasi, berkeyakinan, mempunyai tahap kebersihan yang tinggi.

Setiap perjalanan preskripsi dari kaunter serahan sehingga masa pesakit dipanggil akan

direkodkan secara automatik kedalam sistem komputer yang dipanggil sistem QMS. Sistem

ini akan menunjukkan secara jelas nombor preskripsi, kaunter yang bertanggungjawab

menguruskan preskripsi itu dan juga tempoh masa pesakit telah menunggu untuk menerima

ubat. Sekiranya masa menunggu yang dipamer menghampiri 30 minit, nombor giliran di

dalam komputer akan bertukar dari hitam ke merah. Pada masa yang sama, petugas farmasi

akan bertindak mencari preskripsi tersebut untuk didahulukan pemberian ubatnya

berbanding preskripsi lain. Ini merupakan tindakan yang kreatif dan cekap untuk mematuhi

piagam pelanggan seterusnya memuaskan hati pesakit dan mengelakkan kemarahan pesakit.

Kita perlulah bersikap penyayang, professional dan bekerja secara berpasukan.

Page 24: Pen Gen Alan

SUSUN ATUR UBAT-UBATAN

Susun atur ubat-ubatan di bahagian Farmasi Hospital Raja Perempuan Zainb II adalah

berdasarkan konsep 5S. Konsep 5S diguna pakai oleh semua unit farmasi. Ia merupakan satu

sistem yang terdiri daripada Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal (5S). Tujuan

perlaksanannya adalah pencarian dapat dibuat dengan cepat dan masa menunggu dapat

dipendekkan. Indikator piawai untuk pencarian barang adalah 30 saat. Ini dapat dicapai

dengan bantuan pelan lokasi dan master indeks setiap ubat yang ada di Farmasi Pesakit Luar.

Disamping itu, susunan yang teratur akan nampak kemas dan menarik.

Aplikasi 5S turut menyumbang kepada peningkatan produktiviti disamping mengekalkan

kualiti dalam tahap yang memberangsangkan. Kos perbelanjaan negara bagi pembelian

ubat-ubatan dapat dijimatkan kerana tiada pembaziran berlaku dan penghantaran ubat

dilaksanakan dengan tepat, cepat dan cekap. Peningkatan moral untuk melaksanakan

tugasan harian dapat menyumbang kepada suasana selamat dan ceria di tempat kerja.

Penyusunan ubat-ubatan di Farmasi Pesakit Luar turut menggunakan aplikasi 5S dimana

ubat disusun mengikut jenis penyakit ( indikasi ubat). Sebagai contoh, ubat antihipertensi

(Amlodipine , Perindopril , Captopril , Losartan, Bisoprolol , Glyceryl Trinitrate) akan

diletakkan bersama ( alamri yang sama). Manakala ubat antipsikotik (Olanzapine , Sertraline ,

Carbamazepine , Risperidone , Sodium Valproate ) akan diletakkan pada almari yang sama

dengan ubat HIV ( Stocrin , Lamivudine , Stavudine , Zidovudine ). Ubat-ubatan yang biasa

digunakan (kaunter ekspress) disusun dalam rak yang bertingkat (bewarna biru) pada satu

barisan yang panjang di belakang kaunter untuk unit kecemasan. Contoh ubat tersebut

adalah Actified, Tramadol, Piriton, Ranitine, Metoclopropamide, Paracetamol, Lomotil,

Buscopan. Di kaunter ekspress ini juga diletakkan ubat untuk kegunaan di rongga iaitu ubat

titis mata, telinga dan hidung. Contoh ubat tersebut ialah CMC eye oinment, Sodium

Bicarbonat ear drop dan Sofradex ear/eye drop.

Page 25: Pen Gen Alan

Ubat-ubat untuk kegunaan di luar seperti oinment, krim diletakkan bersama. Ia berada

di hujung almari. Ubat-ubat seperti sirup akan diletakkan di bahagian almari paling atas.

Manakala ubat untuk kegunaan rektum, vagina diletakkan bersama bagi memudahkan

pencarian. Contohnya seperti Ravin Enema dan Annusol Suppositori. Ubat ini diletakkan di

dalam almari plastik berwarna biru berhampiran almari ubat pesakit yang tidak dituntut.

Ubat-ubatan dan cecair yang dibancuh yang dihasilkan di Farmasi Galenikal diletakkan

berhampiran sink membasuh tangan iatu di dalam dan di bawah almari di tepi sink. Ini

kerana ubat dibekalkan dalam botol yang besar dan perlu dipindah masuk ke botol lebih kecil

sebelum dibekalkan kepada pesakit. Contoh ubatnya adalah Mixture Potassium Chloride . di

almari ini juga turut dimuatkan botol-botol losyen, bekas krim dan botol minum untuk diberi

kepada pesakit jika kuantiti yang sedikit diperlukan.

Ubat-ubatan yang kerap digunakan dan majoriti pesakit mengambilnya diletakkan dalam

satu bekas plastik yang besar bagi menjamin bekalannya mencukupi kerana ianya mudah

dipantau. Ada antara ubat ini telah siap di bungkus di perkhidmatan pra-bungkus. Contoh

ubatnya adalah Paracetamol, Folic Acid dan Vitamin C.

Manakala insulin diletakkan di dalam peti sejuk. Terdapat laci di tepi kaunter. Laci ini

akan diletakkan alat tulis , label dan bekas ubat. Bagi memudahkan pegawai farmasi

menggunakannya jika memerlukan.

Page 26: Pen Gen Alan

Ubat untuk kanser pula diletak di dalam laci almari dan disertakan label pada laci bagi

memudahkan pencarian ubat. Contoh ubat kanser tersebut ialah Tamoxifen, Azathioprine

dan Methotrexate. Manakala ubat yang telah di packing mengikut tempoh tertentu akan

diletakkan di bahagian belakang kaunter satu (1).

Ubat dalam bentuk mixture dipisahkan dari rak susunan ubat tablet bagi mengelakkan

kerosakan kepada ubat tablet sekiranya berlaku tumpahan dari ubat mixture. Ubat mixture

tadi disusun bertingkat dimana unatuk susunan bahagian atas bagi internal medicine .Contoh

ubatnya adalah Sirap Ampicillin, Sirap Promethazine dan Mixture Carminative. Susunan di

bahagian bawah pula untuk external medicine .Contoh ubat yang diletak disini ialah Calamine

Lotion, Miconazole Cream, Neomycin Cream, dan Thymol Gargle.

Ubat-ubatan yang telah siap di packing akan diletakkan di dalam almari bertingkat-

tingkat. Contohnya ubat Metoprolol telah di packing kepada satu pek (30 biji).

Page 27: Pen Gen Alan

KATEGORI UBAT

Kategori ubat List A memerlukan tandatangan Doktor Pakar atau Ketua Jabatan. Manakala

untuk ubat kategori A* memerlukan tandatangan Konsultan. Ubat List B memerlukan

tandatangan Doktor. Manakala List C memerlukan sekurang-kurangnya tandatangan Medical

Asisstance (MA). Borang JF/1/94 (Jabatan Farmasi) iaitu borang permohonan ubat-ubat

terkawal bukan standard (case by case) . Untuk permohonan ubat yang memerlukan borang

ini mestilah disertakan alasan (sebab memerlukan ubat ini). Borang ini digunakan untuk

ubat-ubat List A , mahal dan susah didapati. Penggunaan borang ini adalah untuk

pengawalan ubat-ubat yang mahal supaya tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh

doktor. Ini juga untuk menjimatkan kos perubatn dan belanjawan tahunan HRPZ II. Contoh

borang ini disertakan pada ruangan lampiran.

Ubat untuk untuk case by case hanyalah diberikan kepada pesakit yang telah membuat

permohonan kepada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Contohnya ubat Escitalopram,

Ezetimibe, Co-appovel. Manakala untuk ubat standard berkuota pula hanya diberikan secara

terhad setiap tahun. Contohnya pada tahun 2009, hanya terhad untuk 30 orang sahaja

menerima ubat tersebut. Orang yang ke-31 tidak akan dapat ubat tersebut pada tahun 2009.

Pesakit ini akan membuat permohonan ubat tersebut pada tahun 2010. Contohnya,

Esomeprazole, Doxazosin. Ubat Dangerous Drug (DD) dikendalikan oleh Pegawai Farmasi

(Lorazepam, Clonazepam).

CONTOH UBAT, NAMA DAGANGAN DAN KATEGORI UBAT

Page 28: Pen Gen Alan

NAMA GENERIK NAMA DAGANGAN KATEGORI

Tablet Amiodarone 200mg Cordarone A*

Tablet Azathioprine 50mg Imuran A

Tablet Acarbose 50mg Glucobay A*

Aciclovir 3% Eye Ointment Zovirax Oint A*

Tablet Atorvastatin 10mg, 20mg Lipitor A* (perlu JF)

Tablet Glibenclamide 5mg Daonil B

Tablet Gliclazide 80mg Diamicron B

Tablet Metformin HCL 500mg Glucophage B

Injection Bleomycin HCL 15mg Bleocin A (perlu JF)`

Capsul Ciclosporin 25mg/100mg Sandimun A* (perlu JF)

Tablet Chlorpheniramine Maleate

4mg

Piriton C

Tablet Phenobarbitone 30mg Luminal B (DD)

Tablet Clonazepam 2mg Rivotril B (DD)

Tablet Gabapentin 300mg/400mg Neurontin A* (perlu JF)

Tablet Felodipine 5mg Plendil A (perlu JF)

Tablet Irbesartan 150mg/300mg Aprovel A* (perlu JF)

Tablet Paracetamol 500mg Panadol C

Tablet Pantoprazole 40mg Controloc A*

Tablet Magnesium Trisilicate Gelusil C

Tablet Albendazole 200mg Zentel Tablet C

Page 29: Pen Gen Alan

KAUNSELING

Kaunseling juga merupakan salah satu perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Di

Hospital Raja Perempuan Zainab II mempunyai satu bilik khas untuk sesi kaunseling

dijalankan. Kaunseling boleh dijalankan secara individu ataupun berkumpulan. Kaunseling

diperlukan untuk kes-kes yang memerlukan kefahaman tentang ubat-ubatan. Contohnya,

cara penggunaan alat atau ubat seperti cara penggunaan inhaler (pesakit yang baru pertama

kali menggunakannya perlu ditunjukkan cara penggunaannya. Inhaler diberi penerangan cara

menyedut yang betul supaya ubat yang dipicit keluar dari inhaler tidak membazir terlepas ke

udara.

Begitu juga dengan pesakit yang menggunakan insulin. Mereka perlu keterangan lanjut

jika ada perubahan atau pertama kali menggunakannya. Bagi Insulin, cara penerangan

pengambilan kuantiti insulin yang tepat ke dalam jarum suntikannya dilakukan oleh pegawai

farmasi bagi memastikan pesakit menyuntik kuantiti insulin yang betul untuk setiap

pengambilan ubat. Biasanya, Pegawai Farmasi yang bertanggungjawab memberi kaunseling.

Penggunaan ubat sublingual juga memerlukan kaunseling ( Glyceryl Trinitrate). Ia lebih

mengutamakan pesakit yang baru pertama kali menggunakan ubatan yang perlu bantuan

demonstrasi cara penggunaannya.

. Ubat yang memerlukan penerangan lanjut berkenaan cara penggunaannya memerlukan

bantuan dari pegawai farmasi untuk menyampaikan maklumat selengkapnya supaya pesakit

Page 30: Pen Gen Alan

komplien terhadap ubatan. Semasa sesi kaunseling, pesakit akan diberikan penerangan

penggunaan ubat, kesan sampingannya serta perkara yang perlu dilakukan untuk

meningkatkan kesan terepeutik ubat. Sesi ini berlaku secara dua hala kerana pesakit turut

memberikan pendapat berkenaan cara hidup dan mengapa mereka sukar untuk komplien

terhadap pengambilan ubat.

Antara perkhidmatan khusus untuk sesi kaunseling di ialah

TUGAS PENYIMPANAN

Page 31: Pen Gen Alan

Tugasan penyimpanan merupakan salah satu faktor penting dalam usaha mengekalkan

komposisi ubat supaya potensi ubat tidak menurun yang boleh menyebabkan tindakan ubat

berkurang. Produk farmaseutikal akan stabil hanya dalam tempoh terhad. Persediaan yang

mempunyai hayat simpanan tiga tahun atau lebih boleh dikatakan stabil. Ketidakstabilan

produk menyebabkan degradasi bahan aktif atau bahan lain dalam ubat berkenaan.

Perubahan suhu, cara pembungkusan, cara penyimpanan dan formula yang kurang sesuai

mengganggu kestabilan produk farmaseutikal. Tugasan penyimpanan ini biasanya dilakukan

oleh petugas farmasi yang menyelia substor Farmasi Pesakit Luar dan dibantu oleh pembantu

am rendah (PAR).

Objektif utama penyimpanan dilakukan supaya ubat dapat disimpan dengan lebih lama

sehingga menghampiri tarikh luputnya. Ia turut menjamin bekalan ubatan yang dibekalkan

kepada pesakit adalah selamat digunakan. Dalam keterangan yang lebih luas, pesakit akan

mendapat kesan terapeutik ubat yang diingini kerana potensi ubat yang dibekalkan adalah

terjamin mutunya. Kesan sampingan tidak diingini daripada ubat yang telah rosak akibat

kaedah penyimpanan yang tidak sesuai juga dapat dielakkan.

Pembelian ubat-ubatan daripada syarikat-syarikat seperti Pharmaniaga, Hovid dan

sebagainya dilakukan oleh stor integrasi. Keperluan ubat yang diperlukan atau akan

digunakan oleh Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Satelit, Farmasi Bekalan Wad dan unit pra-

pembungkusan akan diinden terus oleh substor farmasi kepada stor integrasi Hospital Raja

Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu menggunakan kaedah elektronik iaitu sistem

komputer.

Substor yang bertanggungjawab keatas tugas penyimpanan ubat-ubat untuk farmasi

pesakit luar. Suhu didalam substor mestilah kurang daripada 30ºC. Manakala didalam bilik

sejuk atau peti sejuk (cold chain), suhu mestilah diantara 2-8ºC. Ini adalah untuk memastikan

suhu penyimpanan bagi ubat-ubat yang memerlukan suhu yang sesuai adalah betul. Biasanya

Page 32: Pen Gen Alan

beza diantara kedua-dua tempat penyimpanan ialah fungsi atau kegunaan ubat masing-

masing.

Bilik sejuk farmaseutikal (cold chain) biasanya digunakan untuk menyimpan stok ubatan

yang diambil terus dari stor integrasi. Penyimpanan disini adalah untuk sementara waktu

sebelum bekalan ubat tadi di agih kepada Farmasi Pesakit Luar. Contoh ubat ialah vaksin

hepatitis B , meningoccal , intron A, epprex.

Farmasi pesakit luar mempunyai dua peti sejuk khas untuk kegunaannya sendiri. Ubat

yang biasa disimpan di dalam peti sejuk ini adalah ubat dari jenis insulin (humulin R, humulin

N, humulin 30/70, glargine, mixtard penfill), manakala satu lagi peti sejuk menyimpan ubat-

ubat jenis cecair, mikstur seperti sirup folic, sirup captopril,syrup frusemide, ubat titis mata

(CMC eye drop) dan berbagai ubat lain yang perlu disimpan dalam suhu tertentu (suhu

rendah dari suhu bilik). Peti sejuk ini dikhususkan bagi kegunaan petugas farmasi yang

menjalankan aktiviti di kaunter bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan proses

pendispensan sekaligus mengurangkan masa menunggu oleh pesakit.

Manakala ubat-ubat yang boleh disimpan pada suhu dibawah 30ºC akan disimpan terus di

dalam substor farmasi. Contoh ubat seperti injection

(frusemide, dobutamine, terbutaline), tablet (atorvastatin, antibiotic), krim (daktarin,

neomycin, daivonet).

Ubat seperti insulin dan injection perlu melalui proses penghantaran dan penyimpanan

yang dipanggil rangkaian sejuk. Proses ini memerlukan ubat tersebut dikeluarkan, dibawa

dan disimpan semula di dalam peti sejuk farmaseutikal pada kadar yang segera. Sebagai

contoh, insulin yang diperolehi dari peti sejuk farmaseutikal stor integrasi atau substor perlu

Page 33: Pen Gen Alan

dibawa dan disimpan di peti sejuk farmaseutikal Farmasi Pesakit Luar dengan cepat dan

berhati-hati. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap ubat tersebut.

Prinsip asas rangkaian sejuk perlu dipatuhi dan difahami secara jelas kerana ubatan yang

memerlukan rangkaian sejuk tidak boleh didedahkan terhadap suhu yang melebihi 8ºC pada

jangkamasa yang lama. Ini boleh menyebabakan kerosakan kepada ubat hasil tindakbalas

bahan aktif ubat terhadap haba. Sekiranya ubat yang telah rosak ini terus diberikan kepada

pesakit, ini boleh meningkatkan risiko pesakit tidak mendapat kesan terapeutik yang diingini

malahan lebih teruk lagi akan menjejaskan kesihatan pesakit itu sendiri.

Definisi rangkaian sejuk (cold chain) adalah sistem untuk mengangkut, mengedar dan

menyimpan vaksin dalam keadaan poten bermula dari penghasilannya hingga ke tempat

penggunaannya pada suhu yang ditetapkan. Biasanya rangkaian sejuk digunakan untuk jenis

vaksin. Vaksin akan dijaga dari peringkat pengeluaran sehingga penggunaannya oleh pesakit.

Kerosakan mungkin berlaku dimana-mana tempat sepanjang cold chain ini, samada semasa

mengangkut, menyimpan atau semasa pengurusannya yang akan menyebabkan daya vaksin

berkurang (impotent). Oleh sebab itu , vaksin harus dijaga dengan baik setiap masa.

Konsep FEFO (First Expired First Out) diaplikasikan dalam tugasan penyimpanan. Ia

dipraktikkan kepada semua jenis ubat. Konsep ini mengamalkan ubat yang mempunyai tarikh

luput lebih awal akan digunakan terlebih dahulu. Hasilnya, pembaziran ubat dapat dielakkan

kerana tiada lagi ubat yang akan disimpan sehingga tarikh luput tanpa digunakan.

Page 34: Pen Gen Alan

PENSTORAN

Penstoran memerlukan sistem pendokumen yang sesuai bagi memastikan segala resit

dan pengeluaran dapat direkodkan dengan sempurna.Terdapat format tertentu yang diguna

pakai dalam system perekodan stor.Bagi segala rekod yang direkodkan didalam komputer,

salinan secara hard copies diperlukan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Bekalan ubatan di Farmasi Pesakit Luar disimpan di dalam substor farmasi. Substor akan

menyimpan ubat-ubatan yang diterima dari stor integrasi sebelum disalurkan untuk

kegunaan Farmasi Pesakit Luar. Ini bagi memastikan bekalan ubat di Farmasi Pesakit Luar

tidak kehabisan sehingga menyukarkan pesakit memperolehi ubat. Walaupun begitu,

terdapat juga risiko Farmasi Pesakit Luar kehabisan bekalan ubat dan ubat tersebut akan

diberi status keep in view (KIV). Jika perkara ini berlaku, staf farmasi yang bertanggungjawab

menjaga stok akan menginden terus ke stor integrasi.

Bekalan ubat yang diperlukan akan diinden oleh substor kepada stor integrasi dengan

menggunakan sistem berkomputer. Bekalan ubat yang diinden akan di cetak dan dihantar

kepada staf farmasi yang bertugas di stor integrasi. Pembantu tadbir yang bertugas di stor

integrasi kemudiannya akan memantau bekalan ubat yang tersimpan di stor perolehan

sebelum mengeluarkan kuantiti bekalan mengikut situasi (ubat yang telah mencapai tahap

low atau hampir nil tidak akan dibekalkan kecuali kes kecemasan).

Page 35: Pen Gen Alan

Biasanya ubat dalam simpanan substor adalah untuk tempoh satu bulan kerana ia

bersesuaian dengan bekalan ubat kepada pesakit Farmasi Pesakit Luar iaitu maksimum

bekalan selama satu bulan untuk pesakit. Walaubagaimanapun, terdapat arahan yang

berubah dari semasa ke semasa disebabkan kekurangan stok pada bulan tertentu. Biasanya,

jika kekurangan stok, pesakit hanya akan dibekalkan untuk tempoh selama dua minggu

sahaja.

Untuk membuat pesanan stok ubat dari stor perolehan, substor perlu mengkaji

penggunaan ubat tersebut di Farmasi Pesakit Luar. Ini bagi mengelakkan kekurangan atau

berlebihan bekalan semasa simpanan di substor. Jika berlakunya kekurangan atau kehabisan

stok akan menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang memuaskan. Manakala jika

berlebihan stok pula, menyebabkan pembaziran jika terlalu lama disimpan (tamat tarikh

luput).

Proses keluar ubat (ke Farmasi Pesakit Luar) dan juga masuk (dari stor integrasi) perlu

direkod di dalam bin card bewarna hijau atau merah jambu. Perbezaan dalam proses keluar

dan masuk ubat dapat dipastikan melalui warna pen yang mencatat proses keluar dan masuk

ubat. Ubat yang masuk ke substor Farmasi Pesakit Luar akan direkod menggunakan pen

bewarna merah, manakala ubat yang keluar (diissue) direkod menggunakan pen berdakwat

hitam atau biru. Ia sekaligus dapat membezakan kuantiti ubat yang keluar dan masuk di

substor disamping membantu memudahkan perkiraan jumlah stok yang keluar dan masuk

setiap bulan iaitu baki jumlah yang masuk akan ditolak dengan yang dikeluarkan. Setiap

barangan atau stok mempunyai kad stok yang tersendiri walaupun produk yang sama tetapi

berlainan kekuatan.