pengurusan sukan
TRANSCRIPT
Pengurusan Sukan &
Kerjaya Dalam SukanDisediakan oleh:
Aliyyah ArissaIhdini
FarhanaSu Jen
PENGURUSAN SUKAN• Suatu proses yang menyeluruh
bagi menstruktur persatuan sukan dan akitiviti-aktivitinya.
• Pelbagai aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan untuk ahli-ahli persatuan melalui pengurusan sukan.
PERSATUAN SUKAN • Suatu entiti kumpulan yang
berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid.
• Ditubuhkan berdasarkan minat, hasrat dan kecenderungan ahli-ahlinya dengan pengawasan guru yang dipertanggungjawabkan.
Tujuan Penubuh
an Persatuan Sukan
Merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan
Mewujudkan peluang memperkembangkan
bakat dan potensi kepimpinan
Mewujudkan wahana bagi murid
mengembangkan bakat dan potensi ke
peringkat yang lebih tinggi
Menetapkan matlamat yang
dipersetujui
Berkongsi pengetahuan
dan pengalaman
Berkongsi sumber dan
peralatan
Langkah-langkah Penubuhan
Persatuan Sukan di Sekolah
MENUBUHKAN JAWATANKUASA PENAJA - pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa - menentukan matlamat & objektif penubuhan - menyediakan perlembagaan & peraturan - merancang aktiviti
MENULIS PERMOHONAN RASMI KEPADA PENGETUA - kertas cadangan permohonan - menulis surat rasmi
MEMOHON KELULUSAN DARIPADA PENGETUA - jawatankuasa penaja menghantar permohonan - pengetua meneliti lalu menerima/menolak permohonan
PENDAFTARAN AHLI-AHLI - mendaftar ahli-ahli persatuan yang diluluskan oleh pengetua
MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN - memilih ahli jawatankuasa - pengesahan dokumen persatuan - merancang aktiviti tahunan - mengoperasi persatuan
PERLEMBAGAAN PERSATUAN
• Setiap persatuan sukan mesti mempunyai perlembagaan secara bertulis yang perlu menjelaskan cara persatuan tersebut beroperasi.
• Ini supaya dapat memberi panduan kepada jawatankuasa baru bagi menjalankan tugas apabila dipilih menggantikan jawatankuasa lama.
Organisasi PersatuanPengerusi
Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan
Setiausaha
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Kemudahan
dan Peralatan
JawatankuasaPengadilan
dan Kepegawalan
Bendahari
Jawatankuasa Kebajikan dan
Sosial
• Setelah mendapat kelulusan penubuhan persatuan, ahli jawatankuasa akan dilantik.
• Proses ini biasanya dilakukan melalui undian dan mendapat persetujuan ramai.
Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa
• Setiap ahli jawatankuasa mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu terhadap persatuan dan mesti memainkan peranan masing-masing dengan aktif dan produktif.
PENGERUSI1.Mempengerusikan mesyuarat2.Merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan3. Mengawasi perjalanan undian untuk pemilihan jawatankuasa.4.Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat.
TIMBALAN PENGERUSI1.Menjalankan tugas pengerusi sewaktu ketiadaannya2.Membantu pengerusi jika perlu3.Menjalankan tugas lain yang telah ditetapkan
SETIAUSAHA1.Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli jawatankuasa.2.Menguruskan semua hal surat-meyurat. 3.Mengemas kini fail dan rekod persatuan.4.Mengurus dan mengawal keahlian persatuan.5.Menyediakn laporan tahunan persatuan.
BENDAHARI1.Mengemas kini urusan kewangan persatuan.2.Memungut yuran persatuan.3.Menguruskan pembelian/pembayaran berdasarkan bil.4.Menyediakan bajet tahunan persatuan.5.Menyediakan penyata tahunan dan laporan kewangan persatuan.
Jawatankuasa Kecil Peranan
Teknik dan Pertandingan • Mengurus hal-hal teknikal sukan.• Merancang dan mengelola pertandingan.• Merancang jadual pertandingan.
Kemudahan dan Peralatan • Mengenal pasti kemudahan dan alatan sukan yang diperlukan.• Mengurus pinjaman dan pemulangan alatan sukan.• Memeriksa keselamatan kemudahan dan alatan sukan.• Mengurus pembelian alatan sukan.
Pengadilan dan Kepegawaian • Menyediakan senarai pengadil dan pegawai untuk sesuatu pertandingan.• Merancang kursus, klinik dan seminar kepengadilan.• Menyediakan jadual bertugas untuk pengadil.
Kebajikan dan Sosial • Menyediakan program kebajikan dan sosial ahli, pemain dan pegawai pasukan pelawat.• Menguruskan sambutan ketibaan dan kepulangan tetamu.
PERANCANGAN AKTIVITI DI PERINGKAT SEKOLAH
• Aktiviti kelab dan persatuan sukan di sekolah biasanya meliputi aktiviti pertandingan di peringkat dalaman, daerah, negeri dan kebangsaan.
• Perancangan aktiviti sukan sekolah perlu mengambil kira takwim sekolah dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD), Negeri dan juga MSSM.
• Ini dapat mengelakkan pertindanan aktiviti.
Pengelolaan Pertandingan• Para pelajar kerap diberi
peluang oleh Jawatankuasa persatuan sukan untuk mengelolakan pertandingan sukan bagi persatuannya.
Perkara yang perlu diberi
perhatian apabila merancang
pertandingan
Objektif pertandingan
Kesesuaian tarikh, masa dan tempat
pertandingan
Kepegawaian dan pengadilan
Sumber kewangan yang mencukupi
Kemudahan dan peralatan untuk
pertandingan
Format atau sistem pertandingan
Kemantapan Struktur+
Perancangan +
Pelaksanaan Aktiviti
KEJAYAAN!
=
KERJAYA DALAM SUKAN
Kerjaya ialah bidang pekerjaan yang menghasilkan pendapatan tetap.
Kerjaya dalam sukan ialah jenis pekerjaan yang membangunkan sesuatu aspek khusus berkaitan sukan.
Secara langsungCth: Atlet
profesional, jurulatih
Secara tidak langsung
Cth: Wartawan Sukan
Saluran membina kerjaya dalam sukan di Malaysia
SPMPendidikan Sekolah Menengah
Memasuki Pasaran Kerjaya
Mengambil elektif Sains Sukan di Ting. 4
& 5
Pengajian Peringkat Diploma
Insitut bagi pengajian sains sukan:• UPM• UiTM• UM• UTM • UMS • UPSI
BIDANG KERJAYA DALAM SUKAN
Sukan kini adalah suatu industri yang menyediakan pelbagai pilihan pekerjaan.
Kerjaya dalam sukan mempunyai kepelbagaian profesion yang tinggi dan ini membolehkan individu daripada pelbagai kelayakan menceburkan diri dalam kerjaya kesukanan.
Tahap pendidikan sukan yang kukuh adalah asas pembinaan kerjaya sukan yang mantap.
CONTOH KERJAYA DALAM SUKAN
PENYELAM
WARTAWAN SUKAN
PEMAIN BOLA SEPAK
JURULATIH
SoalanApakah pengurusan sukan?
Suatu proses yang menyeluruh bagi menstruktur persatuan sukan dan aktiviti-aktivitnya.
Apakah kesan baik daripada aktiviti bersukan secara berkumpulan mengikut persatuan?
-Dapat memupuk nilai kerjasama- Aktiviti boleh berjalan dengan lancar
Apakah kebaikan perancangan aktiviti sukan?
-Dapat mengelakkan pertindanan aktiviti- Dapat membuat persediaan & latihan sewajarnya
Apakah maksud kerjaya dalam sukan?
Jenis pekerjaan yang melibatkan unsur-unsur kesukanan.
Berikan contoh kerjaya dalam sukan
Atlet profesional, jurulatih, wartawan sukan