problem solving

24
SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN YANG BERKESAN (PENDEKATAN PENGAJARAN) Disediakan Oleh Nur Khairina Bt Abd Manaf (D20081032206) Nur Akma Bt Makhtar (D20081032217) Nur Farhana Bt Daglon Dol Hamid (D20081032214) Siti Nor Afaf Bt Mahasan (D20081032219) Atiqah Bt Mohd Azmi (D20081032227)

Upload: afaf-cynofa

Post on 24-May-2015

2.175 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Problem solving

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN YANG BERKESAN

(PENDEKATAN PENGAJARAN)

Disediakan Oleh

Nur Khairina Bt Abd Manaf (D20081032206)

Nur Akma Bt Makhtar (D20081032217)

Nur Farhana Bt Daglon Dol Hamid (D20081032214)

Siti Nor Afaf Bt Mahasan (D20081032219)

Atiqah Bt Mohd Azmi (D20081032227)

Page 2: Problem solving

Guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada pelajar

1. Apakah masalah tersebut?

Masalah tersebut ialah guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada

pelajar. Guru hanya mengajar untuk menghabiskan silibus mata pelajaran tanpa mengambil

kira tahap pelajarnya.

2. Mengapa wujudnya masalah itu?

Masalah ini terjadi kerana guru tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk

menyampaikan pengajarannya mengikut kaedah yang sesuai. Ini menyebabkan guru tidak

berjaya untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, dan

menyebabkan pelajar mengalami pembelajaran yang membosankan, seterusnya pelajar tidak

memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar-pelajar tidak mahu masuk ke kelas.

NUR KHAIRINA BT ABD MANAF

D20081032206

Page 3: Problem solving

Masalah: Guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada pelajar

Kelemahan

Guru perlu merancang

dengan lebih awal agar

aktiviti dapat berjalan

lancar.

Guru perlu mengambil

masa yang lama untuk

merancang dan

menjalankannya.

Langkah 2 : Menggunakan aras

pengajaran yang sesuai.

Langkah 1 : Penggunaan kaedah

dan teknik yang pelbagai.

Kelebihan

Menjadikan sesuatu

pengajaran itu

menarik.

Memberi ruang kepada

pelajar untuk bergiat

secara aktif.

Membuatkan sesi

pembelajaran tidak

jemu dan bosan.

Kelebihan

Pelajar yang cerdik tidak

akan merasa bosan dan

pelajar yang lemah tidak

merasa ketinggalan.

Pelajar yang cerdik dapat

membimbing pelajar yang

lemah.

Guru dapat memberi

perhatian yang sepenuhnya

kepada pengajaran.

Kelemahan

Guru mengambil masa

untuk menyusun pelajar

sebelum sesi

pengajaran.

Guru perlu mengambil

masa yang lama untuk

merancang dan

menjalankannya.

Page 4: Problem solving

Langkah 1 :

Penggunaan

kaedah dan teknik

yang pelbagai.

Langkah 2 :

Menggunakan aras

pengajaran yang sesuai.

Penyelesaian

terbaik

Langkah yang terbaik adalah dengan penggunaan kaedah dan teknik yang

pelbagai.

Dengan kepelbagaian kaedah pengajaran diharapkan dapat memberi

menarik minat pelajar untuk belajar.

Guru juga dapat memikirkan teknik atau kaedah yang sesuai dengan

tahap pelajar yang cerdik mahupun lemah dengan mempelbagaikan

kaedah pengajaran.

Page 5: Problem solving

GURU TIDAK MENGAMBIL KIRA ARAS KEFAHAMAN PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

1. Apakah masalah tersebut?

Masalah di atas bermaksud guru mengajar sesuatu topik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran tetapi mengabaikan aras kefahaman pelajar terhadap penerimaan topik

tersebut. Guru mengandaikan bahawa semua pelajarnya telah memahami sesuatu topik

dan terus mengajar topik yang seterusnya yang mempunyai kaitan dengan topik-topik

sebelum ini.

2. Mengapa wujudnya masalah itu?

Masalah ini terjadi kerana guru ingin cepat menghabiskan sukatan pelajaran sebelum

peperiksaan diadakan. Seperti yang kita ketahui, guru bukan sahaja terlibat dalam

pengajaran di dalam kelas sahaja, tetapi terpaksa menghadiri mesyuarat, program-

program ko-kurikulum, dan sebagainya. Hal-hal seperti inilah yang menyebabkan guru

banyak meninggalkan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang diajarnya.

Jadi, apabila sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan seperti yang diperuntukkan

dalam rancangan pengajaran tahunan, guru ini akan cepat-cepat menghabiskan sukatan

pelajarannya lantas mengabaikan tahap kesesuaian kefahaman pelajarnya.

NUR AKMA BT MAKHTAR

D20081032217

Page 6: Problem solving

LANGKAH 1:

Guru perlu mengajar bertumpukan individu iaitu setiap pelajar

mengikut tahap dan kadar masing-masing.

Kelebihan

Guru dapat mengajar

berdasarkan aras

pengetahuan pelajar.

Kelemahan

Guru terpaksa mengambil

masa yang lama untuk

menghabiskan sesuatu

topik.

Guru perlu menumpukan

perhatian kepada setiap

seorang pelajarnya.

Page 7: Problem solving

LANGKAH 2: Guru perlu sentiasa membuat penilaian selepas proses p&p

Kelebihan

Guru dapat mengetahui aras

pengetahuan seseorang

pelajarnya.

Guru dapat mengenalpasti

kelemahan atau kesilapan

pelajar semasa proses p&p.

Kelemahan

Guru perlu lebih masa

untuk membuat penilaian

kemudiannya menyemak

latihan untuk setiap pelajar.

Page 8: Problem solving

LANGKAH 1:

Guru perlu mengajar bertumpukan

individu iaitu setiap pelajar mengikut

tahap dan kadar masing-masing.

LANGKAH 2:

Guru perlu sentiasa membuat penilaian

selepas proses p&p.

Penyelesaian

Terbaik

Langkah penyelesaian terbaik untuk isu ini ialah guru perlu membuat penilaian

selepas sahaja mengajar sesuatu topik.

Guru bukan sahaja memberi kerja untuk pelajar habiskan, tetapi guru juga perlu

menyemak setiap satu jawapan yang ditulis oleh pelajar.

Jadi, guru akan mengetahui perkembangan pelajaran setiap pelajarnya. Guru

akan mengetahui jenis kesilapan dan kesalahfahaman konsep oleh pelajarnya.

Penilaian yang dibuat diharap dapat membantu guru untuk mengenalpasti aras

kefahaman pelajarnya.

Page 9: Problem solving

KUALITI PENGAJARAN

1. Apakah masalah tersebut?

Kualiti pengajaran ini adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru

untuk memberikan pengajaran yang berkesan. Masalah ini adalah kritikal kerana apabila

seseorang guru itu gagal dalam memberikan pengajaran yang berkesan, maka para

pelajarnya akan terabai sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang telah

disediakan. Masalah kualiti pengajaran ini timbul sebelum, semasa dan selepas

pengajaran.

2. Mengapa wujudnya masalah ini?

Masalah yang timbul sebelum pengajaran adalah persediaan mengajar guru itu sendiri

sebelum pengajaran dilaksanakan. Kebanyakan guru gagal dalam persediaan mengajar ini

dan telah mengakibatkan guru gagal memberikan pengajaran yang lebih berkesan.

Masalah semasa pengajaran pula datangnya dari sikap guru itu sendiri. Mengajar sambil

lewa, syok sendiri, tidak bersedia atau tidak berpengetahuan dan tidak berkemahiran

dalam bidangnya, serta tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menyebabkan

pelajar mudah bosan dengan pengajaran guru tersebut, objektif pengajaran tidak dapat

dicapai sepenuhnya dan pelbagai lagi masalah yang akan timbul dalam memberikan

pengajaran yang lebih berkesan.

Masalah selepas pengajaran adalah membuat refleksi proses pengajaran dan

pembelajaran yang telah dilaksanakan guru tidak menilai diri sendiri sama ada pengajaran

yang telah dilaksanakan berkesan ataupun tidak. Ini amat penting dalam mengetahui

keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka dan penting bagi guru untuk merancang

pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap pelajar.

NUR FARHANA BT DAGLON DOL HAMID

D20081032214

Page 10: Problem solving

MASALAH: MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI

PENGAJARAN YANG BERKESAN: KUALITI PENGAJARAN

LANGKAH 1: Guru perlu bersedia dengan persediaan mengajar dari segi ABM, rancangan

mengajar serta menetapkan objektif yang perlu dicapai semasa pengajaran dilaksanakan.

Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti

berikut:

Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik

Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara

eksplisi.t

Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim

matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

Kelebihan Kelemahan

1. Dapat membantu guru menganggar

masa yang diperlukan oleh setiap

tajuk yang akan diajar dengan lebih

baik.

2. Guru dapat mengajar dengan yakin

dan akan menyampaikan segala

maklumat yang ingin disampaikan

1. Gagal memberikan pengajaran yang

berkesan

2. Guru gagal mengajar dengan

sistematik dan yakin

LANGKAH 2: Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu

konsep.

Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan yang untuk menguasai sesuatu

kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

Page 11: Problem solving

Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dikalangan

pelajar.

Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti

luar kelas.

Kelebihan Kelemahan

1. Pelajar tidak akan mudah bosan

dengan pengajaran guru.

2. Objektif pengajaran akan tercapai.

3. Dapat meningkatkan kefahaman

pelajar terhadap pembelajaran

mereka.

1. Kaedah pengajaran dengan

menggunakan komputer tidak dapat

dilaksanakan kerana kekurangan

bahan sokongan di sekolah.

LANGKAH 3: Guru perlu membuat refleksi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebiasaannya pada masa sekarang, tidak ramai guru yang mengenang kembali proses

pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan menilai diri sendiri sama ada

pengajaran yang telah dilaksanakan itu berkesan mahupun tidak. Ini amat penting dalam

mengetahui keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini juga penting bagi guru untuk

merancang pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap

pelajar.

Refleksi ini juga digunakan untuk guru melihat perkembangan diri sendiri dalam poses

pengajaran ini. Refleksi dapat dibuat dengan guru merenung kembali proses pengajaran dan

pembelajaran selepas selesai pengajaran, menulis kekuatan dan kelemahan proses pengajaran

dan pembelajaran serta menulis strategi untuk mengatasi kelemahan diri sendiri. Ini akan

mendorong guru tersebut dalam memperbaiki diri sendiri serta meningkatkan keupayaan guru

tersebut dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.

Page 12: Problem solving

Kelebihan Kelemahan

1. Sebagai rujukan guru.

2. Guru dapat menilai diri mereka sama

ada mereka telah melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan

baik mahupun tidak.

3. Dapat merangka kaedah yang lain

sekiranya kaedah yang digunakan

sebelum ini gagal setelah

dilaksanakan.

1.

Berdasarkan ketiga-tiga langkah yang telah dikemukakan, langkah yang terbaik untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dalam mencapai pengajaran yang berkesan

khususnya dalam aspek kualiti pengajaran adalah:

Penyelesaian Terbaik:

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Page 13: Problem solving

Penyelesaian terbaik adalah dengan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan:

Pelajar tidak mudah bosan dengan pengajaran guru.

Pelajar dapat belajar dengan sama rata walaupun perbezaan tahap pembelajaran

Guru mendapat kepuasan mengajar apabila pelajarnya memahami maklumat atau

pengajaran yang disampaikan olehnya.

Pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik.

Diharapkan agar guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk tujuan yang

lebih baik. Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai diharap dapat membantu pelajar

dalam memahami sesuatu konsep pelajaran serta memudahkan mereka dalam

pembelajaran.

Mengajar yang berkesan adalah agenda utama bagi seseorang guru tersebut.

Keberkesanan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada

kemampuan dan kebijaksanaan guru untuk mentafsir, merancang dan menyampaikan

kandungan pelajaran serta kemampuan guru tersebut untuk membimbing pelajar hingga

tercapai objektif pengajaran yang telah ditentukan.

Langkah 2 : Guru perlu

mempelbagaikan kaedah pengajaran

Page 14: Problem solving

INSENTIF

Insentif pengajaran (What is the problem?)

Guru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah, selain daripada

pelajar dan kurikulum, iaitu termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku-

buku teks dan lain-lain. Bagaimanapun suatu persoalan yang timbul adalah tentang apakah

peranan guru matematik dalam penerapan nilai kepada pelajar. Nik Azis (1996) dalam kajian

Mohd Uzi Bin Dollah (2007), menegaskan tentang peranan guru di bilik darjah yang boleh

mempengaruhi pelajar.

Untuk memenuhi tuntutan di atas, guru perlu meneliti apakah masalah yang berlaku

dalam pendekatan pengajaran yang berkesan. Antara masalah yang berlaku ialah penggunaan

insentif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan intensif

yang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang

mereka lakukan. Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar

untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang di beri oleh guru. Penggunaan intensif

yang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang

mereka lakukan. Contoh kajian menunjukkan pencapaian pelajar lebih tinggi jika guru

memeriksa kerja rumah yang diberi berbanding dengan pelajar yang kerja rumahnya tidak

disemak (Cooper,1989).

SITI NOR AFAF BT MAHASAN

D2001032219

Page 15: Problem solving

Punca-punca (Why is there a problem?)

Mengenali ciri-ciri pelajar yang lemah matematik akan membantu guru memahami masalah

yang mereka hadapi dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran tersebut.

Pengalaman menunjukkan ciri-ciri pelajar yang saya maksudkan sebagai lemah matematik

bertepatan dengan hasil kajian Mercer (1997). Oleh itu, adalah amat penting bagi guru

mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar lemah dalam mata pelajaran

matematik pada masa yang sama dapat melaksanakan pengajaran yang berkesan.

Antara punca-punca yang menyebabkan sesuatu kaedah pengajaran itu kurang

berkesan ialah melalui sikap guru itu sendiri. Guru tersebut tidak mempunyai kemahiran-

kemahiran untuk membina keyakinan diri. Kebanyakan guru pada masa kini tidak mempunyai

peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan yang wujud

dalam diri mereka.

Terdapat juga segelintir daripada golongan guru yang mempunyai kekurangan yang

ada pada diri sendiri untuk menanangi dan menghadapi seseuatu masalah atau cabaran

sebagai seorang pendidik. Terdapat juga kajian oleh Uzi Bin Dollah (2007) yang

menunjukkan bahawa amalan dan tingkah laku guru boleh mempengaruhi pelajar dalam

pembelajaran matematik (Rohaty & T. Subahan, 1993), Kajian Rohaty dan T. Subahan (1993)

ke atas guru pelatih (pelajar) mendapati bahawa sahsiah dan tingkah laku pendidik

mempengaruhi pembelajaran pelajar. Marzita Puteh (2002) pula melaporkan dapatan kajian

bahawa, apabila guru tidak mempersembahkan keyakinan terhadap pengajaran matematik,

boleh menjadikan pelajar tidak berminat terhadap subjek dan kurang berkeyakinan terhadap

kemampuan diri.

Antara punca lain yang sering berlaku dalam pengajaran oleh seseorang guru ialah

kegunaan bahan dan alat bantu mengajar sehingga memperlihatkan ketidakcekapan

pendidik dan kemerosotan pencapaian dan penerimaan pelajar dalam kelas matematik.

Kaedah pengajaran juga tidak dipelbagaikan dengan hanya menggunakan kaedah lama iaitu

pengajaran berasaskan guru iaitu „chalk and talk‟. Melalui kaedah ini pelajar akan mudah

bosan dan pembelajaran yang tidak menyeronokkan. Pembelajaran seperti ini juga

menyebabkan pelajar kurang aktif di dalam kelas.

Page 16: Problem solving

Kelebihan

Akan melahirkan seorang guru

yang berdedikasi dan

melaksanakan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran sungguh-

sungguh.

Kelemahan

KEMAHIRAN PENYELESAIAN

MASALAH

MASALAH

Bagaimanakah guru mampu mengatasi masalah

yang berlaku dalam pendekatan pengajaran yang

berkesan yang berkaitan dengan insentif.

LANGKAH PENYELESAIAN 1

Guru perlu mempunyai semangat dan

kesungguhan dalam dunia pendidikan. Abrami

Leventhal (1982)

KESAN

Sikap pelajar itu sendiri yang

tidak ingin memotivasikan diri

mereka sendiri.

Page 17: Problem solving

LANGKAH PENYELESAIAN 2

Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh

menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat bantu

mengajar.

Kelemahan

Sekolah di kawasan

pedalaman mempunyai

masalah dalam

menyediakan bahan bantu

mengajar yang sesuai.

Kelebihan

Penggunaan insentif bahan

bantu mengajar dapat

menarik minat pelajar untuk

belajar bersungguh-sungguh.

KESAN

LANGKAH PENYELESAIAN 3

Guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara

memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat

menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada

pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.

KESAN

Kelebihan

Pelajar akan merasakan

mereka dihargai apabila

diberi pujian dan ganjaran .

Dapat meningkatkan

keyakinan dan semangat

pelajar untuk belajar.

Kelemahan

Guru kemungkinan menghadapi

masalah apabila memberi

dendaan kepada pelajar yang

tidak dapat menguasai sesuatu

kemahiran terutamanya kepada

pelajar yang mempunyai masalah

dalam displin

Page 18: Problem solving

Penyelesaian terbaik

Semua jalan penyelesaian adalah yang terbaik, tidak kira dari segi insentif

penggunaan bahan bantu mengajar, motivasi dan dorongan kepada guru dan

pelajar, memberi ganjaran atau sebagainya. Persoalannya, adakah guru itu

sendiri mampu melaksanakan hasil pengajaran yang berkesan dalam

pengajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru merupakan pendokong

utama dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilmu di dada

sahaja tidak cukup untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sekiranya

guru itu sendiri tidak mempunyai minat dan kesungguhan dalam pengajaran.

Guru perlulah mempunyai semangat kecintaan dalam dunia pendidikan

lantas mampu untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam dunia

pendidikan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak bangsa.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Page 19: Problem solving

MASA

Apakah masalah tersebut?

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi

melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.

Pengurusan masa yang berkesan merupakan cirri penting dalam gaya hidup manusia.

Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk

merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut

bertujuan untuk meningkatkan eberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat

penting bagi membantu remaja terutamanya pelajar mengurus dan mengendalikan masa

dengan bijak dan bertanggunajawab.

ISUKegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan pembelajaran

(p&p) yang kurang berkesan

TAJUK

Pendekatan Pengajaran

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

ATIQAH BT MOHD AZMI

D20081032227

Page 20: Problem solving

Masa pengajaran dan pembelajaran (p&p) bermaksud masa yang cukup untuk pelajar

mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru di

pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated time) oleh pihak

sekolah kepada guru–guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (time–on-

task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa

yang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Kajian oleh The Beginning Teacher Evaluation Study (1998) menunjukkan masa yang

di peruntukan kepada sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar

apabila masa itu diukur pada peringkat kelas (Marliave, Fisherdan Dishaw, 1978). Kajian

tentang engaged time atau time-on-task menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di

dalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik (Kavweit, 1989).

Mengapa masalah tersebut berlaku?

Masalah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan adalah disebabkan kegagalan

daripada guru menguruskan masa dengan betul. Guru tidak memahami keadaan murid iaitu

guru tidak mengetahui sama ada p&p guru dan kaedah yang telah digunakan oleh guru pada

hari tersebut membuatkan murid faham atau tidak. Sekiranya murid tidah memahami

pembelajaran pada hari tersebut, maka guru terpaksa mengulang kembali p&p pada kelas

yang seterusnya. Ini akan mengakibatkan masa dibazirkan begitu sahaja. Menurut Sabri

Ahmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah seterusnya adalah guru mahu menghabiskan silibus tanpa menyedari tahap

kefahaman murid. Keadaan ini berlaku kerana guru tidak mahu membuat kerja lebih masa

sekiranya silibus yang mereka ajar tidak habis. Bagi guru adalah menghabiskan silibus

sebelum tarikh peperiksaan. Menurut Rohaida bt Mat Rasat (2005), kadangkala kita

merasakan subjek ini terlalu mudah bagi kita dan tidak memahami mengapa pelajar-pelajar

tidak dapat memahami apa yang telah kita cuba sampaikan berkali-kali.

Masa yang diperuntukkan untuk mengajar juga adalah sedikit. Menurut Lai Kim

Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), guru kekurangan masa dalam pelaksanaan

aktiviti berpusatkan pelajar dan guru-guru juga mempunyai masa yang terbatas untuk

memberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar terutama pelajar yang lemah dalam masa yang

Page 21: Problem solving

singkat. Keadaan ini mungkin berlaku kerana terdapatnya beban tugas sampingan seperti

tugas pengkeranian yang terpaksa disiapkan seterusnya membataskan masa dan fokus guru

terhadap penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru tidak cukup masa menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar.

Penggunaan komputer akan menarik minat pelajar tetapi penyediaan sebagai alat bantu

mengajar amat sukar dan memerlukan masa yang lama kerana guru perlu belajar terlebih

dahulu dan cekap dalam menggunakan komputer. Menurut Norhayati Abd Mukti (2000)

dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati

bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna

yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas.

Masalah : Kegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan

pembelajaran (p&p) yang kurang berkesan

Kelebihan :

Guru akan sentiasa bersedia dengan

pelbagai kaedah dan strategi

pengajaran dan tidak hanya terikat

pada kaedah chalk and talk sahaja.

Pengajaran lebih tersusun dan

sistematik. Pengajaran dapat tercapai

sekiranya guru mengajar secara

sistematik. Pelajar lebih memahami

sekiranya guru mengajar daripada

aras mudah, sederhana dan yang

terakhir adalah susah

Pengajaran yang menarik dapat

dihasilkan. Tidak semua pengajaran

perlu menggunakan komputer.

Sekiranya guru merancang

pengajaran dengan sesuai dan

menarik, kaedah chalk and talk sahaja

sudah memadai.

Langkah 1 : Merancang pengajaran yang

sesuai kepada pelajar

Kelemahan :

Pengajaran yang dirancang kadang-

kala tidak disokong oleh pentadbiran

sekolah. Guru kanan matematik tidak

percaya dengan kaedah yang

dirancang oleh guru dan mengatakan

kaedah-kaedah ini hanya

membunagkan masa.

Perancangan ini juga boleh terhalang

sekiranya kelengkapan yang terdapat

di sekolah kurang daripada yang

dijangkakan. Keadaan ini bertambah

buruk sekiranya guru mengajar di

sekolah pedalaman yang

kebanyakkannya tidak mempunyai

kemudahan ICT.

Page 22: Problem solving

Kelebihan :

Kemahiran menyelesai masalah

secara kreatif adalah kemahiran

membuat keputusan secara kreatif.

Sebagai contoh sekiranya masa yang

tinggal hanya sedikit, latihan yang

sepatutnya diberikan di kelas boleh

diberikan sebagai kerja rumah.

Sekiranya guru dapat menbuat

keputusan dendan kreatif dah tepat

maka pengajaran dapat diselesaikan

mengikut masa yang ditetapkan atau

mungkin akan lebih cepat daripada

dijangkakan. Keadaan ini akan

membuatkan guru mempunyai masa

yang lebih dan boleh mengulangkaji

pelajaran sebelum menjelangnya

peperiksaan.

Langkah 2 : Kemahiran menyelesai masalah

secara kreatif

Kelemahan :

Tidak semua manusia mempunyai

kemahiran yang begitu tinggi dalam

membuat keputusan yang betul dan

tepat dalam masa yang pendek.

Kadang-kala kita tidak boleh

menghalang masalah yang dihadapi

di sekolah contohnya terdapat latihan

kebakaran yang membuatkan kelas

guru tertangguh.

Page 23: Problem solving

Kelebihan :

Kebanyakkan guru perlu menghadiri

kursus dan dibebani oleh kerja-kerja

selain daripada mengajar. Jadi

sekiranya guru mempunyai masa

yang lapang, guru harus menyiapkan

tugasan yang perlu diselesaikan.

Sekiranya tugasan-tugasan tersebut

telah disiapkan, maka guru

mempunyai masa yang banyak untuk

menyediakan pengajaran yang

menarik atau menggunakan perisian

Matematik. Ini kerana perisian

Matematik perlu menggunakan masa

yang lama untuk memahaminya.

Langkah 3 : Menghapuskan tabiat “tangguh

dan tunggu”

Kelemahan :

Kebanyakkan guru sudah

bekerluarga, jadi kebanyakkan masa

mereka telah dipenuhi dengan aktiviti

keluarga.

Kebanyakkan guru lebih berminat

untuk berehat daripada menghabiskan

masa mereka memahmi perisian

Matematik atau mencuba kaedah

pengajaran yang lain. Mereka anggap

bahawa semua itu hanya membuang

masa.

Page 24: Problem solving

KESIMPULAN

LANGKAH 1 :

Merancang

pengajaran yang

sesuai kepada

pelajar

LANGKAH 3 :

Menghapuskan

tabiat “tangguh

dan tunggu”

LANGKAH 2 :

Kemahiran

menyelesai

masalah secara

kreatif

PENYELESAIAN TERBAIK

TETTERBAIK

Langkah penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah ini adalah dengan

merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar. Pemilihan ini adalah

berdasarkan:

Guru dapat mengurangkan masa kerana pengajaran yang tidak sesuai bukan

sahaja membuatkan murid tidak faham malah memakan masa kerana guru

terpaksa mengulang semula pengajaran tersebut.

Pelajar guru tidak akan bosan sekiranya guru menggunakan kaedah pengajaran

yang berlainan dan pelajar akan yakin dengan guru tersebut kerana berjaya

membuatkan mereka memahami pembelajaran pada hari tersebut.