proceeding - researchgate

15
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/335175666 STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN Conference Paper · August 2019 CITATION 1 READS 4,070 4 authors, including: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: Teaching and Learning View project Characteristics of Islamic Leadership, Its Relationship to Organizational Commitment. View project Izatul Akmar 4 PUBLICATIONS 1 CITATION SEE PROFILE Amin Che Ahmat Universiti Teknologi MARA 17 PUBLICATIONS 14 CITATIONS SEE PROFILE Muhammad Nasri Md Hussain Universiti Utara Malaysia 19 PUBLICATIONS 14 CITATIONS SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Amin Che Ahmat on 15 August 2019. The user has requested enhancement of the downloaded file.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROCEEDING - ResearchGate

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/335175666

STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN PRODUK

USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN

Conference Paper · August 2019

CITATION

1READS

4,070

4 authors, including:

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Teaching and Learning View project

Characteristics of Islamic Leadership, Its Relationship to Organizational Commitment. View project

Izatul Akmar

4 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

Amin Che Ahmat

Universiti Teknologi MARA

17 PUBLICATIONS   14 CITATIONS   

SEE PROFILE

Muhammad Nasri Md Hussain

Universiti Utara Malaysia

19 PUBLICATIONS   14 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Amin Che Ahmat on 15 August 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.

Page 2: PROCEEDING - ResearchGate

eISBN: 978-967-17121-3-9

PROCEEDING

SUSTAINABILITY THROUGH ZAKAT TRANSFORMATION AGENDA

AUGUST 5TH, 2019MENARA ZAKAT, JALAN TELUK WAN JAH,05200 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA

Page 3: PROCEEDING - ResearchGate

Kedah International Zakat Conference (KEIZAC 2019), is the first international conference organized by Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) in collaboration with Institut Penyelidikan & Inovasi Zakat (UUM), Pusat Kajian Fiqh Zakat (UniSHAMS) and Akademi Pengajian Islam Kontemporari (UiTM Kedah). It will be held on 5th August 2019 (Monday) at Menara Zakat, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah. Malaysia. This conference will provide a platform for the intellectuals and industries from various fields and disciplines in business, education, innovation and social sciences to debate and discuss the current issues worldwide in zakat perspective as well as finding solutions to the problems, exchange and share their knowledge with others to sustain zakat through transformation agenda. There are more than 10 countries among lecturers, researchers, students, and industrial players that are expected to participate in this conference. LZNK hereby humbly welcomes all delegates from all over the world to come and share their knowledge.

Topics of interests for this conference included: • Zakat & Maqasid Shariah

• Zakat & SDGs 2030

• Zakat & Fund Raising

• Zakat & Fund Management

• Zakat & Fund Distribution

• Zakat & Social Impact

• Zakat & IR 4.0

• Zakat & Law

• Fiqh Zakat

KEDAH INTERNATIONALZAKAT CONFERENCE

Page 4: PROCEEDING - ResearchGate

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

www.zakatkedah.com

First Edition 2019

eISBN: 978-967-17121-3-9

© Copyright

All rights reserved. No part of this book may be reproduced or transmitted in any form or

any means, electronic or mehanical, including photocopying, or by an information storage

and retrieval system-except by a reviewer who may quote brief passages in a review to be

printed in a magazine or newspaper-whithout any prior permission from the Lembaga

Zakat Negeri Kedah.

Scope

1st Kedah International Zakat Kedah Conference 2019 e-proceeding is peer-reviewed and

scientific paperwork which is published in 5 August 2019. 1st KEIZAC e-proceeding is a

type of scientific proceeding (e-proceeding) research paper related in zakat field. By

involving a large research community in an innovative public peer-review process, 1st

KEIZAC 2019 aims to provide fast access to high-quality papers and continual platform

for sharing studies of academicians, researchers, and practitioners; disseminate knowledge

and research in zakat studies; bridge the gap between theory and practice in the zakat issues.

The responsibility towards facts and views in these e-proceeding are belong to authors.

Their argument does not necessarily reflect the views or policies of LZNK or the Malaysian

government.

Published in Malaysia by:

Lembaga Zakat Negeri Kedah,

Aras 3, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah,

05200 Alor Setar,

Kedah Darul Aman

Tel : +604-733 1740

Fax : +604-731 6280

Page 5: PROCEEDING - ResearchGate

PERUNDANGAN BERKAITAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN 616-623

OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DAN INSTITUSI WAKAF,

ZAKAT DAN BAITULMAL DI MALAYSIA

Suhaimi Ishaka, Ku Nor Izah Ku Ismail, Chek Derashid, Fathiyyah Abu

Bakar, Norfaiezah Sawandi and Muhammad Syahir Abdul Wahab

REFLECTION OF MAQASID AL-SHARIAH IN ZAKAT MANAGEMENT: 624-634

A STUDY ON CENTRE FOR ZAKAT MANAGEMENT (CZM) AND

ZAKAT BOARD OF BANGLADESH

Mohammad Nurullah

RISK MANAGEMENT FRAMEWORK FOR ZAKAT INSTITUTION 635-643

Nazifah Mustaffhaa and Sharifah Norzehan Syed Yusuf

SHARIAH JUSTIFICATION FOR ZAKAT ON SALARIES AND INCOME 644-660

OF THE SELF-EMPLOYED PROFESSIONALS: THE CASE

OF NIGERIA WITH SPECIAL REFERENCE TO SUDAN AND

MALAYSIA

Mahadi Ahmad

STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN 661-670

PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN

Izatul Akmar Ismail, Amin Che Ahmat, Muhammad Nasri Md Hussain,

Abu Bakar Hamed

STRATEGI INSTITUSI ZAKAT SEBAGAI PEMANGKIN KEJAYAAN 671-683

ASNAF: KAJIAN FENOMENOLOGI IKON USAHAWAN ASNAF

BERJAYA DI SELANGOR

Izatul Akmar Ismail, Muhammad Nasri Md Hussain, Abu Bakar Hamed

STRATEGI MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT: ANALISA BERDASARKAN 684-697

ANALISA BERDASARKAN HASIL KUTIPAN KUMPULAN PEMBAYAR

DAN KAEDAH PEMBAYARAN

Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Dr. Mohd Farihal Osman,

Prof. Madya Dr. Shuhairimi Abdullah, Dr. Nadratun Nafisah Abdul Wahab

SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS AND THE ROLE OF ZAKAT 698-708

Shamsuddeen Muhammad Ahmad and Nur Farhah Mahadi

SUSTAINABLE FINANCIAL INCLUSION: A FIQH ANALYSIS OF 709-728

ZAKAT–BASED MICROFINANCE SCHEME

Dr. Sa‘id Adekunle Mikail, Salami Saheed Adekunle

SUSTAINABLE FOOD SECURITY THROUGH ZAKAT FUND IN 729-737

MALAYSIA

Nur Marina Abdul Manap

Page 6: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019) pp. 661-670

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

Journal Website: journal.zakatkedah.com.my

Email Journal: [email protected]

661

STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN

PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN.

Izatul Akmar Ismaila, Amin Che Ahmatb*, Muhammad Nasri Md Hussainc,

Abu Bakar Hamedd

acd Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah.

([email protected]) b* Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus

Tapah, 35400 Tapah Road, Perak. ([email protected])

Abstrak

Era teknologi sentiasa berkembang pesat menjadikan kehidupan manusia bertambah pantas dan

cekap. Seiring dengan Relovusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang melibatkan Internet of Things (IOT)

atau Internet Kebendaan, institusi zakat wajar mengambil peluang ini sebagai salah satu medium

dalam memperbaiki taraf kehidupan asnaf. Maka, objektif kajian ini akan mengkaji medium

alternatif yang boleh digunakan oleh institusi zakat bagi membantu usahawan asnaf untuk

membantu meningkatkan prestasi jualan mereka ialah melalui strategi e-pemasaran. Peningkatan

jualan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi seterusnya mengeluarkan mereka dari

kategori asnaf dan menjadi pembayar zakat pada masa hadapan. Kajian berbentuk fenomenologi

ini menemubual tujuh orang usahawan asnaf berjaya di negeri Selangor. Kajian ini meneroka

penggunaan strategi e-pemasaran dalam transformasi pemasaran produk usahawan asnaf. Hasil

kajian mendapati antara strategi pemasaran yang digunakan adalah melalui medium online

seperti Facebook dan WhatsApp. Namun, terdapat pelbagai medium e-pemasaran lain yang perlu

diambil peluang oleh usahawan asnaf dan institusi zakat dalam memasarkan produk usahawan

asnaf. Hasil kajian mencadangankan medium e-pemasaran dapat dijadikan salah satu pemangkin

transformasi kejayaan usahawan asnaf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kata kunci: E-Pemasaran, Usahawan Asnaf, Transformasi Zakat, Revolusi Industri 4.0.

Abstract

The evolving technology era makes human life grow fast and more efficient. Along with Industrial

Revolution 4.0 (IR 4.0) involving the Internet of Things (IOT), the zakat institution deserves this

opportunity as one of the mediums in improving the standard of living asnaf. The objective of this

Page 7: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

662

study is to study alternative mediums that can be used by zakat institutions to assist asnaf

entrepreneurs through e-marketing strategies to help improve their sales performance. Then

remove them from the category of asnaf and become future payers of zakat. This phenomenological

study interviewed seven successful asnaf entrepreneurs in Selangor. This study explores the use of

e-marketing strategies in marketing transformation of asnaf entrepreneur products. The findings

show that the marketing strategy used is through online medium such as Facebook and WhatsApp.

However, there are various other e-marketing mediums must be taken by asnaf entrepreneurs and

zakat institutions in marketing the products of asnaf entrepreneurs. The findings suggest that the

e-marketing medium can be used as one of the catalysts for the successful transformation of asnaf

entrepreneurs at the national and international levels.

Keywords: E-Marketing, Asnaf Entrepreneurs, Zakat Transformation, Industrial Revolution 4.0.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemunculan Industri Revolusi 4.0 menjadikan perkembangan teknologi bertambah canggih dan

pesat. Internet bukan sahaja menjadi medium komunikasi atas talian tetapi turut memberikan

perkembangan pesat dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi, politik, dan sebagainya. Di

Malaysia umpamanya, pelbagai aplikasi perniagaan diperkenalkan sebagai alternatif kepada

sistem perniagaan tradisional sedia ada seperti aplikasi GRAB dan UBER sebagai alternatif kepada

teksi. Manakala aplikasi Lazada dan Shopee memudahkan seseorang membeli barang tanpa perlu

ke pasar raya, foodpanda pula memberikan perkhidmatan penghantaran makanan sehingga ke

pintu rumah dan lain-lain. Antara matlamat strategi pemasaran tersebut bagi menarik pelanggan

membeli barangan dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga. Hal ini berlaku demikian

kerana pemasaran yang berkesan dapat menarik lebih ramai pelanggan terhadap sesuatu produk

dan perkhidmatan.

Dalam konteks membantu usahawan asnaf pula, salah satu inisiatif yang boleh

dilaksanakan ialah membantu memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Inisiatif ini telah

dilaksanakan melalui kerjasama oleh SMECorp dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP) melalui Program Tunas Usahawan Baitumal (Asnafperneur) di mana peserta program

akan diberikan pendedahan latihan berkaitan perniagaan, keusahawanan dan pemasaran ekonomi

digital (BH Online, 29 Jun 2019). Oleh yang demikian, seiring dengan perkembangan teknologi,

usahawan asnaf dan institusi zakat mestilah mengambil peluang ini dengan melaksanakan

transformasi pemasaran produk usahawan asnaf menerusi strategi e-pemasaran untuk

meningkatkan hasil jualan usahawan asnaf.

Page 8: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

663

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Strategi pemasaran ialah falsafah pemasaran umum sesebuah syarikat digariskan merangkumi

jenis-jenis kumpulan pelanggan yang disasarkan dengan usaha intensif jualan awal; kumpulan

pelanggan yang disasarkan untuk jualan seterusnya; kaedah mengenal pasti dan mengikat

pelanggan yang berpotensi; ciri produk atau perkhidmatan (termasuk kualiti, harga, penghantaran,

jaminan) yang ditekankan untuk jualan, dan konsep pemasaran yang inovatif atau luar biasa yang

akan meningkatkan penerimaan pelanggan (Kuratko & Hodgetts, 2007: 733).

Strategi pemasaran amat penting bagi menyampaikan maklumat produk, mendapatkan

pelanggan yang bersesuaian dan elemen utama kejayaan kejayaan sesebuah perniagaan (Lussier,

Bandara, & Marom, 2016). Jika terdapat kelemahan pada aspek pemasaran, sesebuah perniagaan

akan mengalami kegagalan (Arasti, Zandi, & Talebi, 2012). Menurut Balwi & Halim (2008),

pemasaran merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan model pembangunan

usahawan asnaf. Pemasaran merupakan fasa penting untuk mengembangkan perniagaan selain

pendedahan, pendidikan, pelaksanaan dan pemantauan. Selain itu, kajian juga menunjukkan

pemasaran yang bersifat kreatif dan unik juga memangkin kejayaan penjualan produk usahawan

asnaf yang berjaya (Halim, Said, & Yusuf, 2012). Walau bagaimanapun, pada masa kini terdapat

isu kurangnya pendedahan ilmu berkaitan aspek pemasaran oleh usahawan asnaf terutamanya

melalui e-pemasaran. Oleh itu, kajian ini akan menghuraikan aspek e-pemasaran yang digunakan

oleh usahawan asnaf berjaya di Selangor dan institusi zakat untuk memasarkan produk keluaran

usahawan asnaf.

Strategi E-Pemasaran

Perkataan ‘strategi’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai

rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Dewan Bahasa dan Pustaka,

2017). Manakala dalam Business Dictionary, ‘strategy’ ditakrifkan sebagai kaedah atau

perancangan yang dipilih untuk masa depan yang diingini, seperti pencapaian matlamat atau

penyelesaian kepada masalah (Business Dictionary, t.t).

E-pemasaran didefinisikan sebagai penggunaan teknologi maklumat untuk aktiviti

pemasaran, dan proses membina, berkomunikasi, menyampaikan, dan menawarkan penukaran

yang mempunyai nilai kepada pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat secara meluas (Strauss, J

& Frost, R, 2014). Strategi pemasaran ini boleh menjangkau pasaran dan pelanggan yang lebih

meluas dengan kos yang rendah berbanding secara tradisional. E-pemasaran mempunyai matlamat

utama seperti pemasaran tradisional tetapi menggunakan teknologi maklumat. Selain itu, e-

pemasaran dilaksanakan untuk melengkapkan strategi e-dagang dan e-niaga (Mazzarol, 2015).

Page 9: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

664

Selain itu, terdapat juga pandangan yang menjelaskan bahawa E-pemasaran bukan sekadar

perbincangan berkaitan jalurlebar semata-mata, malah melibatkan teknologi lain yang

membolehkan pengurusan perhubungan pelanggan, perancangan sumber perusahaan, pengurusan

rantaian bekalan, pemesejan teks, pengimbas kod bar dan TV digital (Gilmore, Gallagher, &

Henry, 2007). Secara umumnya dapat difahami bawah antara medium e-marketing termasuklah;

i) sosial media seperti facebook, twitter, instagram, ii) pemasaran mobil atau ‘m-marketing’ seperti

telefon, laptop, komputer dan lain-lain, iii) website (Dann, S. & Dann, S. 2011).

Namun Strauss, J & Frost, R, (2014) pula menjelaskan, e-pemasaran terbahagi kepada tiga.

Pertama, media yang diperolehi (earned media) merangkumi perkongsian dari orang lain iaitu

mention, share, repost dan review. Kedua, media yang berbayar (paid media) seperti pay per click,

display ads, retargeting, paid influencer, paid content promotion dan social media ads. Ketiga,

media yang dimiliki (owned media) termasuklah website, mobile site, blog site dan sosial media

seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah penyelidikan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui sesi temu bual

bersemuka bersama 7 ikon usahawan asnaf berjaya di Selangor. Selain itu, kaedah pemerhatian

terhadap sistem e-pamasaran digunapakai oleh ikon usahawan asnaf dan institusi-institusi zakat.

Informan dipilih terdiri dari ikon usahawan peringkat kebangsaan dan peringkat negeri Selangor

dari tahun 2014 hingga 2018. Berikut adalah profil informan yang dipilih:

Jadual 1. Profil Ikon Usahawan Asnaf Negeri Selangor

PROFIL INFORMAN INF 1 INF 2 INF 3 INF 4 INF 5 INF 6 INF 7

Jantina

Lelaki x x x x x

Perempuan x x

Umur

25-34 tahun x x

35-44 tahun x

45 -54 tahun x x x

55-64 tahun x

Pendidikan

Tertinggi

Sekolah Rendah x

SRP x

SPM x x x x x

Page 10: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

665

Jenis Perniagaan

Makanan x x x

Perkhidmatan x x x

Peruncitan x

Pengiktirafan

Ikon Zakat

Kebangsaan

x x

Anugerah Usahawan

Cemerlang LZS

x x x

Anugerah Keluarga

Harapan LZS

x x

Ikon Usahawan

TERAS

x x

Sumber: Temubual dengan setiap informan.

DAPATAN KAJIAN

Medium E-Pemasaran Digunapakai oleh Ikon Usahawan Asnaf.

Hasil temu bual yang dijalankan mendapati bahawa semua ikon usahawan asnaf mempunyai laman

sosial facebook dan mempromosikan produk dan aktiviti melalui facebook masing-masing.

INF 1 : “..Ni saya punya program dengan Ustaz Don di hospital kanak-kanak

ampang. Kebanyakkannya kanak-kanak OKU lah. Ha, ni yang TV alHijrah. Masa

dapat anugerah haritu. Dia punya anugerah pun saya hantaq dekat zakat. Saya

nak simpan, nak, bagilah. Semua ada dalam facebook. Dia ada 2 Shahrul

D’Rayyan dengan D’Rayyan” .

INF 3 : “Marketing marketing memang masuk, memang ada masuk dalam

facebooklah apalah apa semua tu biasalah tu ada juga..aaa, anak buatkan. Apa

emel pun ada juga. Pastu ada kita masukkan hari-hari, kita ada masukkan masuk

masuk. Pastu kalau ada kawan-kawan semua kita dok hantar hantar hantar”.

INF 7 : “Ada fb ada insta..Miko bubble garage. Yang itu, yang ini fb. Nak kira fb

personal tapi dekat sini saya banyak sharing aa macammana nak buat ni”.

Pengkaji juga mendapati terdapat informan menjelaskan permulaan pemasaran

perkhidmatan beliau bermula dari medium sosial. Hal ini demikian kerana, beliau adalah suri

rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai ramai rakan, namun medium facebook menjadikan

perkhimatannya dikenali dan kini berkembang ke seluruh negeri Selangor.

Page 11: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

666

INF 6 : “ Saya dekat facebook. Saya daripada mula masa saya nak pergi kursus tu

pun saya dah dah dah update kat facebooklah saya pergi kursus”.

Selain menggunakan medium facebook, terdapat informan yang menggunakan whatsapp

sebagai salah satu medium memperkenalkan produknya kepada pelanggan. Whatsapp tersebut

juga berupaya menjalinkan hubungan yang rapat dengan pelanggan seterusnya mengembangkan

perniagaannya. Setelah perkhidmatannya mendapat keyakinan dari pelanggan, beliau juga berjaya

memperoleh tawaran menyediakan makanan di kantin salah sebuah sekolah kluster di negeri

Selangor.

INF 1 : “Ya saya fokus sekolah. Sebab apa sekolah ni, cikgu dia ada group dia tao.

Dia ada whatsapp group. Jadi, saya nak buat marketing memang mudah dekat

sekolah. Saya fokus satu cikgu ja, jumpa satu cikgu bagi kat cikgu, bagi dia makan.

Benda tu dengan sendirinya. Saya tak pernah pergi cari dekat luar ka tak dak”.

Selain daripada medium seperti facebook, instagram dan whatsapp, terdapat informan

yang berhasrat untuk membina applikasi bagi perkhidmatannya untuk berkembang ke seluruh

Malaysia.

INF 7 : “ Ok. Pencapaian ok ni cita-cita sayalah, daripada start saya BM, semua

kawan-kawan rapat saya tahu tau, saya nak ada satu warehouse yang buat dengan

apps la kalau macam Bubble Garage kan, apps orang, saya nak staf saya ada, saya

nak, saya nak complete, saya nak ada dalam warehouse tu saya nak ada body and

paint…Sebab saya sembang-sembang macammana aa kos nak buat apps kan so

lepas ni kalau orang nak syampoo kan pergi ke Bubble Garage, Bubble apps you

just order je, atau you nak cuci kusyen atau you nak buat polishing , kita akan

hantar kita punya, you order macam kita hantar sekarang. Saya nak ada satu label

macam tu”.

Keaktifan Pemasaran Media Sosial oleh Ikon Usahawan Asnaf.

Hasil pemerhatian pengkaji di laman sosial facebook dan instagram mendapati sebahagian ikon

aktif mempromosikan produk, perkhimatan dan aktiviti-aktiviti perniagaan mereka. Manakala

sebahagian yang lain kurang mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Informan yang

berumur di bawah 44 tahun seperti informan 1, 6 dan 7 aktif dalam media sosial. Manakala

informan lain yang berumur 44 tahun ke atas kurang aktif dalam mempromosikan produk mereka

melainkan informan 4 walaupun berumur 55 tahun ke atas tetapi facebook perniagaannya aktif. Ini

Page 12: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

667

Hal ini disebabkan beliau dibantu oleh anaknya yang sentiasa mengemaskini maklumat di halaman

facebook tersebut. Berikut merupakan analisis ringkas dari pemerhatian yang telah dilakukan:

Jadual 2. Tinjauan Penggunaan Media Sosial oleh Ikon Usahawan Asnaf

Negeri Selangor

INFORMAN MEDIA

SOSIAL

KIRIMAN

(POSTS)

PENGIKUT KANDUNGAN

POSTS

INF 1 Facebook Kemaskini

terakhir 26 April

2019

- Produk, aktiviti

harian dan aktiviti

bersama LZS

Instagram 72 kiriman (posts) 1416

INF 2

Facebook Kemaskini

terakhir 30

November 2018

- Kehidupan harian

Instagram 0 kiriman (posts) 51

INF 3 Facebook Kemaskini

terakhir 9

November 2018

- Produk

Instagram 0 posts 243

INF 4 Facebook Kemaskini

terakhir 17 Jun

2019

- Jenis dan harga

produk, lokasi

perniagaan dan

video produk Instagram 103 kiriman

(posts)

339

INF 5 Facebook Kemaskini

terakhir 11 April

2019

- Produk dan

kehidupan harian

INF 6 Facebook Kemaskini

terakhir 28 Jun

2019

- Jenis dan harga

perkhidmatan,

video dan testimoni.

Instagram 297 kiriman

(posts)

765

INF 7 Facebook Kemaskini

terakhir 10 Jun

2019

Jenis perkhidmatan,

video dan testimoni.

Instagram 5 kiriman (posts) 47 Sumber : Laman facebook dan instagram informan yang dilihat pada 28 Jun 2019.

Page 13: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

668

E-Pemasaran Produk Usahawan Asnaf oleh Institusi Zakat.

Institusi zakat memainkan peranan penting dalam memastikan asnaf keluar dari kepompong

kemiskinan. Selain memastikan bantuan yang selayaknya kepada asnaf, sokongan lain haruslah

dititikberatkan seperti latihan, kemahiran, dan membantu mempromosikan produk mereka. Hasil

pemerhatian yang dilakukan di laman web insitusi zakat, didapati kebanyakan tidak

mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan asnaf secara formal serta menyeluruh

melainkan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang melalui BizZakat.my. Menerusi BizZakat.my

pengguna boleh menyemak senarai direktori usahawan yang menjadi pembayar zakat dan direktori

maklumat perniagaan usahawan asnaf.

Tinjauan pengkaji menerusi playstore pada 28 Jun 2019 untuk mencari aplikasi dari

insititusi zakat negeri mendapati hanya enam buah negeri sahaja mempunyai aplikasi tersendiri

iaitu Pahang (ZakatKLIK!, BizZakat dan ZakatChat), Negeri Sembilan (ZakatN9), Sarawak (Jejak

Asnaf, Jejak Asnaf Ver 2.0), Kedah (MyZakatKedah), Kelantan (MyMAIK eZakat Payment) dan

Melaka (i-MAIM). Namun, hanya Pusat Kutipan Zakat Pahang sahaja yang mempunyai direktori

usahawan asnaf di seluruh negeri Pahang menerusi aplikasi BizZakat. Aplikasi BizZakat ini

dilancarkan pada 4 Ogos 2017 dan dikemaskini pada 13 Januari 2019. Hasil carian mendapati

terdapat 215 orang senarai usahawan asnaf di seluruh negeri Pahang. Lebih 1000 orang pengguna

memuat turun aplikasi ini. Penilaian maklumbalas yang diberikan oleh 249 orang pengguna adalah

positif iaitu 4.9 daripada 5 bintang.

KESIMPULAN

Perkembangan teknologi yang pesat dapat memberi faedah kepada usahawan asnaf dan institusi

zakat. Kemahiran e-pemasaran mestilah diterapkan kepada usahawan asnaf zakat di Malaysia.

Umumnya e-pemasaran ini wajar digunakan oleh usahawan asnaf sama ada menerusi e-pemasaran

yang tidak mempunyai kepakaran dan kos yang tinggi seperti facebook, instagram, whatsapp.

Manakala e-pemasaran yang memiliki kos dan kepakaran yang tinggi seperti tv digital, apps, laman

web wajar dibantu oleh institusi zakat bagi meningkatkan prestasi jualan usahawan asnaf. Selain

itu, kajian ini juga mendapati cadangan seperti memasukkan direktori usahawan asnaf bagi setiap

negeri wajar dilaksanakan dengan segera. Direktori tersebut mestilah mempunyai maklumat

terperinci berkenaan perniagaan usahawan asnaf termasuklah jenis perniagaan, nombor telefon,

alamat premis, facebook atau instagram dan lain-lain lagi. Hal ini akan memudahkan dan

menggalakkan peningkatan permintaan produk usahawan asnaf dalam meningkatkan taraf

ekonomi mereka seterusnya menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.

Page 14: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

669

BIBLIOGRAFI

Arasti, Z., Zandi, F., & Talebi, K. (2012). Exploring the effect of individual factors on business

failure in Iranian new established small businesses. International Business Research, 5(4), 2.

Balwi, M. A. W. F. M., & Halim, A. H. A. (2008). Mobilisasi zakat dalam pewujudan usahawan

asnaf: satu tinjauan. Jurnal Syariah, 16 (Keluaran Khas), 567-584.

Business Dictionary online (t.t). Perkataan Strategy. Dipetik dari

http://www.businessdictionary.com/definition/strategy.html pada 29 Jun 2019.

Dann, S. & Dann, S. (2011). E-marketing: Theory and Application. Macmillan International

Higher Education.

Gilmore, A., Gallagher, D., & Henry, S. (2007). E-marketing and SMEs : operational lessons for

the future. European Business Review, 19(3), 234–247.

http://doi.org/10.1108/09555340710746482

Halim, H. A., Said, J., & Yusuf, S. N. S. (2012). Individual characteristics of the successful asnaf

entrepreneurs: Opportunities and solutions for zakat organization in Malaysia. International

Business and Management, 4(2), 41-49.

Kamus Dewan Online (2017). Perkataan Strategi. Dipetik dari

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=strategi pada 29 Jun 2019.Kuratko, D.F &

Hodgetts, R.M., (2007). Entrepreneurship: Theory, Process, Practice. 7th edition. Thomson.

Kuratko, D.F & Hodgetts, R.M., (2007). Entrepreneurship: Theory, Process, Practice. 7th

edition.Thomsom.

Lussier, R. N., Bandara, C., & Marom, S. (2016). Entrepreneurship success factors: an empirical

investigation in Sri Lanka. World Journal of Entrepreneurship, Management and Sustainable

Development, 12(2), 102–112. http://doi.org/10.1108/WJEMSD-10-2015-0047

Mazzarol, T. (2015). SMEs engagement with e-commerce , e-business and e-marketing. Small

Enterprise Research, 22(1), 79–90. http://doi.org/10.1080/13215906.2015.1018400

Strauss, J & Frost, R, (2014). E-marketing. 7th edition. Routledge, Taylor and Francis Group.

Temu bual dengan Informan 1 pada 10 Ogos 2018 di Kantin Sekolah Bukit Beruntung.

Temu bual dengan Informan 2 pada 18 Ogos 2018 di Kedai Makan berhadapan McD Damansara.

Page 15: PROCEEDING - ResearchGate

Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019)

eISBN: 978-967-17121-3-9

Published by Lembaga Zakat Negeri Kedah

670

Temu bual dengan Informan 3 pada 17 Ogos 2018 di Pasar Taman Datuk Harun.

Temu bual dengan Informan 4 pada 16 Ogos 2018 di Dataran Armcorp Mall.

Temu bual dengan Informan 5 pada 25 Ogos 2018 di kedai runcit Batu 23, Sungai Nibong, Sabak

Bernam.

Temu bual dengan Informan 6 pada 8 November 2018 di Telok Panglima Garang.

Temu bual dengan Informan 7 pada 1 Disember 2018 di Pangsapuri Rista Villa.

View publication statsView publication stats