pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu ......semua penonton akan _____ untuk menyaksikan...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR3A
Modul 2
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 2
A. Bacaan
Bacaan : Melawat Zoo Negara
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思
1 baru-baru ini
- belakangan ini
近来
2 pemuliharaan
- memulih dan memelihara
维护
3 pupus
- habis / mati semua sekali
绝种
4 persekitaran
- kawasan sekitar
周围环境
5 habitat
- tempat tinggal semula jadi bagi haiwan
居住之处
6 rekreasi
- berehat sambil melapangkan fikiran
休闲
7 mengunjungi
- melawat
光顾/参观
8 hari kelepasan am
- cuti umum/awam
公共假期
9 dikenakan bayaran
- dikehendaki membayar
须付费
10 ditempatkan
- diletakkan, dipindahkan ke
被安置在
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11 fizikal
- rupa atau bentuk luaran
外貌/形
12 digolongkan
- dikumpulkan, dikategorikan
被归入
13 mamalia
- haiwan yang beranak dan menyusu
哺乳动物
14 sebahagian besar
- kebanyakan
大部分
15 diliputi
- ditutupi
被盖
16
reptilia
- haiwan yang berdarah sejuk, bersisik dan
bertelur
两栖动物
17 sesetengah
- sebahagian
一些
18 gelagat
- kelakuan
行为
19 mengusik-usik
- mengacau, mempermainkan
戏弄
20 menjamu selera
- makan, mengisi perut
享用食物
21 sempat
- cukup masa
来得及
22 celah
- ruang di antara dua benda
裂缝
23 berendam
- rendam di dalam air
沉浸
24 alam
- persekitaran benda hidup
自然环境
25 maging
- haiwan yang makan daging
肉食动物
26 aksi
- gerak-geri
动作
27 persembahan
- pertunjukan
表演
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
28 memperlihatkan
- menunjukkan, mempersembahkan
呈献
29 berlabel
- bertanda
有标志
30
peta taburan
- peta yang menunjukkan tempat yang wujudnya
binatang di dunia ini
分布图
31 tempoh kehamilan
- tempoh masa mengandung
怀孕期间
32 memperoleh
-mendapat
获得
b. Latihan perbendaharaan kata – Isi tempat kosong
1. Manusia juga ______________ dalam keluarga mamalia.
2. ___________________, pihak kerajaan telah meluluskan
permohonan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan bayaran
panggilan telefon.
3. Taman ___________ turut disediakan di taman perumahan yang
baru itu.
4. Mangsa banjir telah ______________ di balai raya sementara
menunggu paras air bah turun.
5. ______________ pemain organ terkenal di dunia itu amat
mempesonakan.
6. Encik Ramli _____________ banyak pengalaman yang berharga
daripada pengembaraan ke luar negeri kali ini.
7. Jika tiada kesesakan lalu lintas, kita masih ______________
menaiki bas yang dijadualkan bertolak pada pukul 8.00 malam itu.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. ______________ pelajar lebih suka bermain permainan video
daripada menonton televisyen pada masa lapang.
9. Semua penonton akan _____________________ untuk
menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini.
10. Para pelancong tertarik oleh ____________ orang utan yang
lucu itu.
11. Selepas penat membeli-belah, Puan Ainon dan anak perempuannya
_________________ di restoran makanan segera yang terdapat
di dalam pusat beli-belah itu.
12. Jutawan muda itu memiliki _______________________
daripada harta bapanya yang baru meninggal dunia itu.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Bacaan
Melawat Zoo Negara
Baru-baru ini, Alia dan Melina telah melawat Zoo Negara. Zoo
Negara ialah pusat pemuliharaan binatang liar. Tujuannya adalah untuk
mengawal binatang liar ini supaya tidak pupus. Pihak Zoo Negara juga
merupakan persekitaran yng sesuai dengan sifat dan habitat binatang-
binatang liar tersebut. Selain itu, Zoo Negara juga merupakan tempat
rekreasi. Ramai orang mengunjungi Zoo Negara pada hujung minggu dan
hari-hari kelepasan am.
Melina dan Alia pergi bersama kakak Melina. Mereka pergi dengan
kereta. Apabila tiba di Zoo Negara, mereka lihat ramai orang. Setiap
pelawat dikenakan bayaran masuk, iaitu RM12 bagi orang dewasa dan
RM6 bagi kanak-kanak. Selepas membayar tiket masuk, mereka pun
menaiki kereta api khas yang disediakan oleh pihak Zoo Negara.
Melina dan Alia melihat banyak binatang liar. Binatang-binatang itu
ditempatkan di dalam sangkar khas. Antara binatang yang terdapat di
Zoo Negara ialah singa, harimau, arnab, orang utan, buaya, ular, burung-
burung dan lain-lain lagi.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Melina dan Alia masih ingat lagi tentang sifat fizikal haiwan yang
dipelajari mereka di sekolah. Harimau, singa, arnab dan orang utan
digolongkan dalam keluarga mamalia. Sebahagian besar daripada haiwan
mamalia hidup di darat. Binatang-binatang ini berdarah panas,
melahirkan anak dan badan diliputi bulu-bulu halus.
Ular dan buaya pula digolongkan dalam kumpulan reptilia.
Sesetengah haiwan reptilia hidup di air dan sesetengah lagi hidup di
darat. Haiwan reptilai berdarah sejuk, bertelur dan kulitnya bersisik
kering.
Melina dan Alia melihat pelbagai gelagat kanak-kanak yang melawat
Zoo Negara. Ada yang nakal mengusik-usik orang utan. Ada yang
menangis kerana takut akan harimau. Mereka terhibur dengan gelagat
kanak-kanak dan telatah haiwan-haiwan di situ.
Selepas penat berjalan, kakak Melina mengajak mereka berehat
dan makan tengah hari. Mereka makan di restoran makanan segera.
Pihak Zoo Negara juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk
keselesaan pelawat. Kemudahan-kemudahan tersebut ialah taman
rekreasi, tandas awam, pengangkutan, tempat menjamu selera dan lain-
lain.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Selepas ini, kita hendak ke mana pula, kak?” tanya Melina kepada
kakaknya.
“Selepas makan kita pergi melawat Taman Buaya. Kemudian, kita
lihat pertunjukan ikan lumba-lumba pula,” jawab kakaknya.
“Pertunjukan ikan lumba-lumba? Bila pertunjukan itu akan
diadakan?” tanya Alia pula.
“Ya Alia, pertunjukan ikan lumba-lumba itu akan bermula pada
pukul 4.00 petang. Masih sempat lagi untuk kita lawat Taman Buaya
dahulu,” jawab kakak Melina.
“Tentu menarik pertunjukan itu. Saya pernah melihat ikan lumba-
lumba membuat pertunjukan di televisyen,” sambut Melina dengan wajah
berseri-seri.
“Cepatlah makan, Melina. Nanti tidak sempat pula kita. Saya
hendak mendapatkan tempat di bahagian hadapan sekali,” Alia pula
bersuara. Kakak Melina hanya tersenyum melihat gelagat Alia dan
adiknya.
Selepas makan, mereka melawat Taman Buaya. Ramai orang di situ.
Taman Buaya itu menempatkan lima ekor buaya. Pihak Zoo Negara
menyediakan kolam dam tempat tinggal yang sesuai dengan habitat
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
buaya. Melina dan Alia melihat dua ekor buaya sedang berehat dicelah
batu dan tiga ekor buaya lagi sedang berendam di dalam air. Buaya dapat
hidup dalam dua alam, iaitu di darat dan di air. Buaya bertelur dan
menetaskan anak. Buaya ialah haiwan maging. Pada setiap pagi dan
petang, penjaga Taman Buaya itu akan memberi buaya-buaya itu daging.
“Kalaulah awak terjatuh ke dalam kolam itu, habis awak
dimakannya,” Alia mengusik Melina.
“Kalau begitu, awaklah yang jatuh, saya hendak melihat
pertunjukan ikan lumba-lumba selepas ini,” balas Melina pula.
“Cepatlah kak, kita pergi ke sana,” gesa mereka berdua.
Apabila sampai di kolam besar tempat pertunjukan itu diadakan,
kelihatan sudah ramai orang berbaris untuk membeli tiket. Mereka pun
turut berbaris. Setelah mendapatkan tiket, mereka terus mengambil
tempat di barisan hadapan. Tepat pukul 4.00 petang pertunjukan itu pun
bermula.
Dua ekor ikan lumba-lumba dilepaskan ke dalam kolam tersebut.
Pelbagai aksi menarik ditunjukkan oleh ikan lumba-lumba. Ikan lumba-
lumba tersebut dengan bijak mengikut arahan jurulatihnya.
Persembahan itu sungguh menarik dan menghiburkan. Melina tidak
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
melepaskan peluang merakamkan gambar ikan lumba-lumba iu sewaktu
memperlihatkan aksi yang menarik. Semua pelawat berasa sungguh
terhibur.
“Sungguh seronok saya melihat aksi ikan lumba-lumba yang bijak iu
tadi,” kata Alia sewaktu dalam perjalanan pulang.
“Ya, Alia, Melina, zoo sebenarnya dapat mendidik orang ramai
tentang habitat haiwan. Contohnya, dengan menyediakan maklumat
berlabel yang menunjukkan habitat semula jadi, peta taburan, cara
hidup, sumber makanan utama, tempoh kehamilan dan sebagainya,” kata
kakak Melina.
Alia dan Melina mengangguk faham. Mereka akui, mereka telah
memperoleh pengetahuan yang berguna dengan melawat Zoo Negara.
Selama ini mereka hanya mempelajarinya di sekolah, tetapi pada hari
itu, mereka dapat melihat sendiri habitat dan sifat haiwan-haiwan
tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Pemahaman
1. Haiwan mamalia
i. berdarah sejuk
ii. berdarah panas
iii. tidak berdarah
iv. bersisik
v. beranak
vi. bertelur
vii. menyusu
Jawapan :_______________
2. Jika Encik Mazhar membawa orang rumahnya dan tiga orang anak
ke Zoo Negara, bayaran yang dikenakan ialah ____________. (KBAT)
3. Antara berikut, kemudahan yang manakah tidak disediakan oleh
pihak Zoo Negara untuk keselesaan pengunjung ?
i. pondok makan
ii. kereta api khas
iii. tandas awam
iv. sangkar khas
v. kolam ikan lumba-lumba
vi. kaunter tiket
vii. taman buaya
Jawapan :_______________
4. Apakah keistimewaan buaya berbanding dengan ikan lumba-lumba ?
A. buaya lebih garang
B. buaya boleh berehat di celah batu
C. buaya boleh hidup di dalam air dan darat
D. buaya boleh membuat persembahan yang lebih menarik
E. buaya tidak sepandai ikan lumba-lumba
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Berdasarkan maklumat yang diberi berikut, pilih haiwan yang
berkenaan.
maging beranak satu alam berenang berdarah panas
A. gajah B. ikan lumba-lumba
C. dinasaur D. ikan paus
E. buaya F. biawak
Jawapan :______________
6. Apakah maklumat yang dapat kita peroleh daripada peta taburan
haiwan ? (KBAT)
7. Kategorikan haiwan berikut mengikut jenis. (KBAT)
ikan lumba-lumba buaya harimau kuda
zirafah singa kerbau biri-biri
Haiwan Maging Haiwan Maun
1.
2.
3.
4.
1.
2.
3.
4.
( %)
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
Kata Kerja Transitif & Kata Kerja Tidak Transitif
1. Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan
sesuatu perbuatan.
2. Kata kerja digolongkan kepada dua kategori:
Kata Kerja
Kata Kerja Transitif
(KKT)
Kata Kerja Tak Transitif
(KKTT)
Penerangan
kata kerja yang diikuti oleh
objek / penyambut / kata
nama
kata kerja yang
menerangkan
perbuatan yang
dilakukan oleh
pembuat ke atas diri
sendiri
tidak diikuti oleh
objek / penyambut
kata kerja diikuti oleh
frasa sendi atau
tanda baca
tanpa imbuhan
berimbuhan beR-
berimbuhan meN-
berimbuhan ter-
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh
Subjek KKT Objek
Roslan membaca buku
Minah menggoreng ikan
Mutu menunggang basikal
Subjek KKTT Frasa
sendi /
Tanda
baca
Roslan tidur di bilik.
Minah menangis .
Mutu mandi .
Jenis
KKT Aktif KKT Pasif
wujud dalam
ayat aktif
berimbuhan
awalan
meN-
wujud
dalam
ayat
pasif
berimbu-
han
awalan
di- atau
tiak
berimbu-
han
Abu
mengemas
bilik
tidurnya.
Mona
dimarahi
ibu.
Buku itu
saya beli.
KKTT Tanpa
Pelengkap
KKTT
Berpelengkap
boleh
berdiri
sendiri
tanpa
ketera-
ngan atau
dengan
ketera-
ngan yang
bukan
kata nama
mesti
diikuti
oleh
unsur lain
yang
bukan
kata nama
Rina tidur. Rina pulang
dari sekolah.
Rina tidur di
bilik.
Rina berbual
dengan
kawannya.
Latihan 1.1
Gariskan kata kerja dan tulis „KKT‟ untuk kata kerja transitif dan „KKI‟
untuk kata kerja intransitif. (KBAT)
1
2
3
Mariam bersalam dengan Guru Besar dalam majlis
penyampaian hadiah
Pekerja kontrak itu sedang menebuk lubang pada
dinding,
Wanita yang mengandung itu ialah ibu saya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4
5
6
7
8
Latihan 1.2
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
mencarut mengugut memohon tergantung
berhijrah berbanding berkawat melombong
membisu menghela bersandar menempeleng
1. Ahli pengakap sedang ______________ dengan penuh semangat
di hadapan sekolah.
Rusdiman ternampak ibu kandungnya di pusat
perubatan itu.
Nasmi telah melaporkan kejadian itu kepada pihak
polis.
Pasukan badminton negara kita berjaya menjulang
Piala Thomas pada tahun 1992.
Azizah suka bersiar-siar di taman bunga.
Seekor ular telah mematuk kaki Azli semalam.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pekerja-pekerja yang ______________ bijih timah di
Semenanjung Malaysia kebanyakannya berbangsa Cina.
3. Pemuda yang ______________ pada tiang lampu itu seorang
mata-mata.
4. Mee Lan ingin _______________ kebenaran daripada pihak
sekolah untuk bercuti selama sebulan.
5. Walaupun berkali-kali disoal, Jamal tetap _______________.
6. Gajah digunakan untuk ___________ kayu balak di Thailand.
7. Budak-budak itu telah ditangkap oleh pengawas atas kesalahan
_____________.
8. Penagih dadah itu _______________ Chee Lan agar menyerahkan
wangnya.
9. Ayah Muthu telah ____________ nya setelah dia didapati
merokok.
10. Keluarga Encik Hashim akan ________________ ke Kanada
bulan depan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.3
Lengkapkan peta minda berikut dengan tajuk berikut dan kata kerja
yang diambil daripada petikan pemahaman modul ini :
kata kerja kata kerja transitif kata kerja tidak transitif
i-Think
1.
2.
3.
4
5.
1.
2.
3.
4.
5.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pertuturan
Situasi 1 :
Bekalan elektrik di rumah anda terputus. Buat aduan kepada Tenaga
Nasional. Lakonkan:
a. Diri anda
b. Pegawai Tenaga Nasional
Anda Pegawai Tenaga Nasional
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Berita
Panduan Mengarang
1. Karangan jenis berita memerlukan anda melaporkan sesuatu
kejadian atau peristiwa penting.
2. Isi berita yang penting hendaklah anda dahulukan manakala isi-isi
yang kurang penting dikemudiankan.
3. Lima persoalan yang harus anda gunakan untuk menulis berita, iaitu
apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.
4. Berita ditulis dalam beberapa perenggan. Jumlah perenggan tidak
dihadkan tetapi setiap perenggan hendaklah sederhana panjang.
5. Gunakan bahasa yang mudah tetapi padat.
6. Karangan ini merupakan karangan berformat. Format karangan
adalah seperti berikut:
a. NAMA TEMPAT ditulis di sebelah kiri perenggan pertama
dengan huruf besar sepenuhnya dan diikuti oleh tanda koma
(,).
b. Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda
sempang (-) sebelum memulakan perenggan pertama. (Ada
berita akhbar yang menggunakan tarikh dan bukan hari)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Karangan Contoh:
Sepasukan Polis Pencegah Jenayah telah berjaya menumpaskan
sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda
pemberita salah sebuah akhbar tempatan. Tulis berita tentang kejadian
tersebut. Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
KUALA LUMPUR, Selasa – Sepasukan Polis Pencegah Jenayah telah
berjaya menumpaskan suatu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar
raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa buah kereta curi hasil
daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis, inmspektor Riduan bin Hasim menyatakan bahawa
siasatan tentang sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut
jurucakap itu lagi, beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai, pasukan polis telah membuat
serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Pudu. Lima orang
ditahan dalam serbuan tersebut. Seorang daripadanya dipercayai pakar
mekanik.
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri. Beberapa plat
nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu, gerakan sedang dilakukan oleh polis untuk mencari
seorang lelaki yang bernama Ah Chong. Ah Chong dapat membantu polis
untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke
hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1 :
Andaikan bahawa anda pemberita dari akhbar tempatan. Anda telah
ditugaskan untuk melaporkan suatu kemalangan jalan raya. Tulis berita
tersebut. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
Latihan 2 :
Tulis sebuah berita tentang pengumuman keputusan peperiksaan UPSR
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Berita
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
F. Rampaian Bahasa
A. Kata Ganda Ganda – Nyatakan jenis dan maksud
Jenis Kata Ganda
Maksud Kata Ganda
a. Kata ganda seluruh
b. kata ganda semu
c. kata ganda separa
d. kata ganda berirama
e. kata ganda berimbuhan
a. banyak
b. sejenis hidupan
c. kata nama / sejenis benda
d. pelbagai jenis
e. perbuatan saling
f. perbuatan bersahaja
g. perbuatan berulang
h. seperti
i. menegaskan kata sifat
j. semuanya begitu
Bil Kata Ganda Maksud Kata Ganda
1 angan-angan
2 ayun-temayun
3 barang-barang
4 bebuli
5 bantu-membantu
6 atas-mengatasi
7 baru-baru
8 basa-basi
9 bebuluh
10 bebola
11 bayang-bayang
12 balas-membalas
13 batu-batan
14 benar-benar
15 anting-anting
16 becang-becok Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7 cecair
18 beri-beri
19 anyam-menganyuam
20 api-api
B. Perkataan Banyak Makna
Perkataan Banyak Makna
Perkataan Banyak
Makna
Maksud Contoh
1. anggota a. bahagian badan
b. ahli
a. Anggota Ali
tercedera kerana
terlibat dalam
kemalangan jalan
raya semalam.
b. Semua anggota
persatuan itu
diminta menghadiri
mesyuarat tahunan
yang diadakan pada
pagi esok.
2. asing a. berbeza,
berlainan,
terpisah,
tersendiri
b. luar, bukan
tempatan
c. bukan dari dunia
ini
a. Binatan gitu
dikurung di tempat
yang asing
daripada binatang-
binatang lain.
b. Orang British ialah
orang asing di
negara kita.
c. Ali meminati
cerita-cerita
makhluk asing yang
ditayangkan di
televisyen.
3. asli a. jati, tulen
a. Meja itu diperbuat
daripada kayu asli
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. bukan saduran,
bukan tiruan
c. peribumi, penduduk
asal
yang tahan.
b. Barang-barang itu
diperbuat daripada
getah asli.
c. Kaum Iban
merupakan
penduduk asli
negeri Sarawak.
4. asyik a. menaruh perasaan
cinta yang amat
sangat
b. leka, lena, sibuk
a. Putera Indera
sedang asyik
kepada Tuan Puteri
Bulan Purnama.
b. Razali dan Murad
dimarahi cikgu
kerana asyik
berbual di dalam
kelas.
5. awam a. umum, am
b. biasa (bukan
anggota pertubuhan
tertentu)
a. Kita mesti menjaga
kemudahan awam
dengan baik.
b. Orang awam
berhak mengetahui
dasar kerajaan.
C. Pepatah Melayu
Pepatah Melayu
Pepatah Maksud Contoh Ayat
Air pun ada pasang
surutnya
Untung nasib
seseorang sentiasa
berubah dan tidak
dapat ditentukan.
Untung nasib Encik
Chong samalah seperti
pepatah air pun ada
pasang surutnya
kerana pada tahun lalu
perniagaannya hampir
muflis tetapi sekarang
dia mempunyai dua
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
buah syarikat yang
besar dan maju.
Bagaimana acuan
begitulah kuihnya
Sifat seseorang anak
mengikut sifat
bapanya
Rahim sangat handal
bermain catur seperti
ayahnya; bagaimana
acuan begitulah
kuihnya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my