refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan

2
Refleksi Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan Refleksi : Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesa. Oleh : Siful Mujahid Bin Ismail Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya memberi saya ruang dan masa untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) ini. Projek ini adalah salah satu tugasan dalam mata pelajaran Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3108 yang dibimbing oleh pensyarah saya iaitu En Ranjit Singh A/L Malakiat . Bagi semester ini saya telah diamanahkan untuk menghasilkan tugasan yang berkaitan dengan isu keguruan secara individu. Pada mulanya saya mendapat tugasan ini, terlintas dihati saya bahawa tugasan ini agak menarik dan mencabar. Ternyata setelah saya alaminya ketika menyiapkan tugasan ini pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru tentang pendemokrasian pendidikan telah dapat saya terokai. Pelbagai input yang baru telah saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini. Setelah membuat sedikit perbincangan bersama rakan-rakan lain, saya pun mula mencari bahan-bahan melalui buku, laman web ilmiah dan sebagainya lagi. Selain itu juga saya meminta pandangan daripada pensyarah mengenai tajuk kursus ini. Alhamdulillah, setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran dan halangan yang saya tempuhi. Antaranya kekangan masa kerana menyiapkan draf

Upload: ansar-azman

Post on 11-Aug-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan

Refleksi Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan

Refleksi : Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesa.

Oleh : Siful Mujahid Bin Ismail

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya memberi saya

ruang dan masa untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) ini. Projek ini adalah

salah satu tugasan dalam mata pelajaran Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional

Guru EDU3108 yang dibimbing oleh pensyarah saya iaitu En Ranjit Singh A/L Malakiat .

Bagi semester ini saya telah diamanahkan untuk menghasilkan tugasan yang berkaitan

dengan isu keguruan secara individu.

Pada mulanya saya mendapat tugasan ini, terlintas dihati saya bahawa tugasan ini

agak menarik dan mencabar. Ternyata setelah saya alaminya ketika menyiapkan tugasan ini

pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru tentang pendemokrasian pendidikan telah dapat

saya terokai. Pelbagai input yang baru telah saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini.

Setelah membuat sedikit perbincangan bersama rakan-rakan lain, saya pun mula

mencari bahan-bahan melalui buku, laman web ilmiah dan sebagainya lagi. Selain itu juga

saya meminta pandangan daripada pensyarah mengenai tajuk kursus ini.

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini,

pelbagai cabaran dan halangan yang saya tempuhi. Antaranya kekangan masa kerana

menyiapkan draf untuk kajian tindakan yang perlu kami siapkan, dapatan maklumat serta

lain-lain. Walaubagai manapun akhirnya tugasan ini dapat saya siapkan dengan bantuan dan

bimbingan pensyarah serta kerjasama rakan sekelas.

            Akhirnya saya begitu puas hati setelah tugasan ini berjaya dilaksanakan walaupun

terdapat beberapa kelemahan di dalamnya. Tapi hati kecil saya tidak lekang berbisik bahawa

sebuah kejayaan itu adalah pengakhiran bagi kegagalan dengan syarat, usaha yang

Page 2: Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan

berterusan.  Saya juga berharap semoga melalui pengalaman serta pengetahuan baru saya ini

dalam Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ini, ia dapat memberikan manfaat

kepada saya apabila berada di sekolah nanti. Mudah-mudahan ia juga mampu mematangkan

lagi idea dan pemikiran saya kelak.

InsyaAllah.