repot akhir

Upload: lee-kok-soon

Post on 07-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    1/20

    PENDAHULUAN

    Demi merealisasikan impian dan cabaran Malaysia ke arah negara maju

    menjelang tahun 2020, penyediakan sumber tenaga kerja yang terlatih dan

    berpengetahuan tinggi amat dititikberatkan. Pendedahan kepada situasi sebenar dunia

    pekerjaan semasa belajar amat bertepatan dengan melahirkan tenaga kerja yang

    mahir dan berpengetahuan. Latihan Industri merupakan salah satu daripada

    komponen pembelajaran yang diwajibkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus

    Diploma Teknologi Elektronik Industri UTM-PSDC. Melalui proses pembelajaran di

    industri seperti latihan industri ini, diharapkan agar para pelajar dapat menimba

    pengalaman yang berharga dan dapat mempraktikan sebahagian teori dan amaliyang

    dipelajari semasa proses P&P di dalam kampus dan mengadaptasikannya ke dalam

    suasana alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, menjalani latihan industri ini juga

    dapat melatih dan membina ketahanan mental dan fizikal para pelajar agar dapat

    digunakan untuksurvival semasa di alam pekerjaan kelak. Latihan Industri yang

    dijalankan di Telekom Malaysia Pahang Alor Akar (TM Pahang Alor Akar) selama

    18 minggu skop kerja yang dilakukan antaranya ialah menggunakan teknologi terkini

    untuk menghasilkan pelan route untuk laluan semua kabel bagi rujukan para

    kontraktor dan juga kakitangan TM dari unit lain bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, penambahbaikan pengubahsuaian dan juga membuka laluan baru.

    Kesimpulannya, bagi unit AND Pahang, tugas utama adalah untuk merangka

    perancangan dalam pembinaan laluan kabel TM ke seluruh negeri. Dan untuk

    melaksanakan kerja-kerja ini, pengetahuan dalam semua peralatan dan sistem yang

    digunakan perlu diketahui untuk merangka laluan dan menentukan sistem yang

    diperlukan untuk digunakan.

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    2/20

    DEDIKASI

    Buat ibu dan ayah tersayang

    Masni Binti Omar dan Bukhari Bin Shaari

    Serta adik-adik yang tersayangi

    Pihak TM terutama kepada

    Encik Surandran Vengadaraman dan Encik Aziz

    Pihak Kolej PSDC

    PA, Puan Intan Azlin Binti Idris dan Encik Zairi Suhardi

    Semua rakan-rakan Kolej (2008-2011)

    ABSTRAK

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    3/20

    Latihan industri yang dijalankan di Telekom Malaysia Pahang Alor Akar

    (TM Pahang Alor Akar) bahagian AND (Access Network Development).

    Perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh organisasi ini termasuklah

    perkhidmatan talian telefon, perkhidmatan sistem perhubungan, dan produk-produk

    TM seperti jalur lebar (broadband) dan streamyx. Kerja-kerja di jabatan ini

    merangkumi bidang elektronik perhubungan dan penggunaan teknologi dalam

    lukisan kejuruteraan iaitu penggunaan perisian lukisan berbantu komputer. Antara

    kerja-kerja yang dilakukan terdiri daripada merangka laluan bagi route baru untuk

    laluan kabel yang baru, menyimpan rekod, membuka fail kontrak projek baru,

    merekod keperluan dan pelbagai kerja yang diperlukan dalam sektor ini. Setelah

    menjalani latihan selama 4 bulan disini, saya dapat mempelajari dan menimba

    pengalaman dalam alam pekerjaan. Disamping memahami serta mengetahui sistem

    dan teknologi terkini dalam bidang perhubungan yang semakin canggih pada masa

    kini. Saya juga dapat mengaplikasikan kemahiran saya dalam lukisan berbantu

    komputer dan apa yang telah saya pelajari dalam kuliah sekaligus mendapat

    gambaran sebenar tentang kerja yang dilakukan oleh sektor AND ini. Saya berharap

    dengan pendedahan dan pengalaman yang ditimba dapat membantu saya untuk

    bersedia menghadapi apa jua jenis cabaran dalam alam pekerjaan kelak.

    PENGHARGAAN

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    4/20

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Syukur ke

    hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya telah menamatkan latihan industri

    dgn jayanya dan buku laporan ini telah siap sepenuhnya. Jutaan terima kasih buat ibu

    dan ayah yang tidak putus memberikan semangat dan juga kemudahan dalam

    persediaan menyiapkan buku ini. Terima kasih juga kepada syarikat TM terutama

    kerana telah memberi kebenaran untuk saya menimba ilmu serta menambahkan lagi

    pengalaman saya dalam dunia pekerjaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Terima

    kasih kepada semua kaki tangan TM yang telah banyak membimbing serta memberi

    tunjuk ajar tanpa rasa jemu melayan karenah saya semasa menjalani praktikal

    terutamanya En. Surandran sebagai supervisor saya yang sering memberi komen

    yang bernas. En. Aziz sebagai pengajar saya yang tidak jamu mendengar soalan dari

    saya. Tidak dilupakan En. Syed Ahmad, En. Syed Jamal, En. Mazli, En. zukfali, Cik.

    Khairunisa, En. Hairol, dan Puan Zainon. Tidak dilupakan kepada semua rakan

    seperjuangan Nor Fadila, Lee Kok Soon, Abu Fahmi dan Amirul yang sama-sama

    memberi buah fikiran dalam penghasilan buku laporan akhir ini. Jutaan terima kasih

    buat semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam

    penghasilan buku laporan akhir latihan industri ini.

    ISI KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    PENDAHULUAN vii

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    5/20

    DEDIKASI viii

    ABSTRAK ix

    PENGHARGAAN x

    ISI KANDUNGAN xiBAB 1 : PENGENALAN ORGANISASI

    2.1 Latar Belakang Syarikat

    2.2 Carta Organisasi

    2.3 Visi dan Misi Syarikat

    BAB 2 : KERJA MAJOR

    BAB 3 : KERJA MINOR

    BAB 4 : PENGALAMAN KERJABAB 5 : KESELAMATAN

    BAB 6 : CADANGAN DAN SARANAN

    KESIMPULAN

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

    BAB 1

    PENGENALAN ORGANISASI

    1.1 Latar Belakang Syarikat

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    6/20

    Pada 1 Januari 1987, JTM telah telah diswastakan dan namanya ditukarkan

    kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB). Logo STMB adalah seperti

    berikut :

    Rajah 1.1.1 : Logo STMB

    Pada 7 November 1990, STMB telah diswastakan sepenuhnya dan namanya

    juga telah bertukar menjadi Telekom Malaysia Berhad (TMB) dan ini sekaligus

    telah menyenaraikan nama TMB dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

    Tujuan TMB diwujudkan adalah untuk mengurangkan beban perbelajaan kerajaan

    dan untuk meningkatkan mutu kecekapan dan ia merupakan sebuah organisasi

    swasta yang bercita-cita tinggi. Selain itu, TMB sanggup menerima tanggungjawab

    yang lebih mencabar dalam era meningkatkan kecekapan, mutu perkhidmatan

    telekomunikasi dan memenuhi keperluan pelanggan untuk masa hadapan.

    Logo TMB adalah seperti berikut :

    Rajah 1.1.2 : Logo TMB

    Kemudian, TMB telah melalui proses penjenamaan semula iaitu kepadaTelekom,dan akhir sekali syarikat telah dikenali sebagai TM yang mana nama

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    7/20

    tersebut telah digunapakai sehingga kini. Motto yang digunakan oleh TM ialah

    Merintis Kemungkinan. Berikut adalah logo baru TM selepas penjenamaan semula

    syarikat Telekom.

    Rajah 1.1.3 : Logo TM

    Logo terkini yang digunakan sekarang melambangkan identiti kumpulan

    terdiri daripada tiga warna yang bersemangat dan jelas iaitu oren, biru dan merah.

    Warna oren melambangkan semangat ceria anak syarikat multimedia kami, TMNet

    manakala merah dan biru pula menggambarkan kebebasan, iaitu identiti Celcom,

    syarikat selular TM. Huruf "TM" dan warna-warna baru ini menggambarkan imej

    baru TM sebagai sebuah organisasi yang tegas, berani, bersemangat dan bertenaga.

    Pengubahsuaian ini bukan sahaja menggambarkan perubahan luaran sahaja kepada

    nama dan logo. Perubahan kali ini menekankan pendekatan dasar ke arah menyemai

    budaya berorientasikan khidmat pelanggan di kalangan anggota TM. Pelancaran

    identiti jenama yang baru ini adalah sesuatu yang amat penting dan perlu untuk

    melonjakkan TM ke satu tahap kecemerlangan yang lebih tinggi lagi.

    1.2 VISI TELEKOM MALAYSIA

    Visi TM adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke

    arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak yangberkepentingan dalam Syarikat.

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    8/20

    1.3 MISI TELEKOM MALAYSIA

    Untuk mencapai Visi ini TM berazam melaksanakan perkara-perkara berikut :

    Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang diceburi.

    Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan

    dan yang menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

    Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga

    berdasarkan kepercayaan.

    Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang

    peniagaan di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih.

    Menjadikan majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah

    kecemerlangan prestasi.

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    9/20

    1.4 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

    RAJAH 1.4

    BAB 2

    LAPORAN KERJA MAJOR

    2.1 SKOP PEKERJAAN

    Skop kerja di Telekom Malaysia Pahang Alor Akar ( Ibusawat TM

    Pahang Alor Akar) bahagian AND (Access Network Development) ini

    merangkumi switching, transmision, planing, fundamental, danimplementation. Walaupun saya ditempatkan di bahagian planing dan

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    10/20

    fundamental, saya perlu memahami bahagian lain kerana untuk merancang

    sesuatu projek saya kena memahami dan mengetahui peralatan yang terlibat

    dan sistem yang akan digunakan.

    Di bahagian planing, kemahiran dalam menggunakan perisian lukisan

    berbantu komputer amat diperlukan. LNMS (Local Network Management

    System) merupakan sistem rangkaian yang berhubung dgn semua Ibusawat

    TM di seluruh negara. Dalam sistem ini mengandungi pelan-pelan yang

    menunjukkan laluan kabel cooper, fibre optic, termasuklah simbol satelit

    bumi, simbol ibusawat-ibusawat, simbol sistem, simbol kabinet, maklumat

    kabel, maklumat kabinet, maklumat sistem, , nama jalan raya, nama

    kampung, nama mukim, nama daerah, dan nama negeri. Sebagai pelatih

    industri, saya ditugaskan supaya menghasilkan pelan bagi satu-satu kawasan

    yang telah ditentukan oleh En. Surandran, kemudian saya akan gunakan

    LNMS untuk mendapatkan pelan yang asal.

    Sistem LNMS

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    11/20

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    12/20

    RAJAH 2.2.1

    Rajah menunjukkan langkah-langkah dalam menghasilkan

    pelan lokasi yang perlu untuk rujukan semua pihak yang terbabit

    dalam perancangan dan perlaksanaan serta penyelenggaraan.

    Langkah pertama bermula dengan membuka LNMS (Local

    Network Management System) untuk mendapatkan maklumat tentang

    pelan asal. Dalam sistem ini terdapat semua maklumat tentang laluan

    kabel, kabel dan segala rangkaian. Justeru paparan akan jadi terlalu

    padat dengan semua maklumat serta laluan kabel. Pada menu bar

    terdapat pilihan level control. Fungsi level control adalah untuk

    menentukan maklumat apa yang akan terpapar dan yang akan

    dipadamkan untuk memudahkan kerja dan mengurangkan serabut

    pada skrin. Terdapat 63 level atau boleh diertikan sebagai 63 lapis

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    13/20

    gambar dalam satu paparan. Sebagai contoh saya ditugaskan untuk

    memplot lokasi sekitar Ibusawat Alor Akar dan maklumat tentang

    kabel copper dan kabinet. Maka untuk dapatkan paparan yang

    dikehendaki saya perlu tutup semua level yang tidak berkenaan dgn

    kabel copper dan kabinet. Setelah selesai menapis semua maklumat

    yang tidak berkenaan, paparan pada skrin hanya ada Ibusawat Alor

    Akar, kabel copper dan kabinet. Ini memudahkan kerja saya untuk

    menentukan sempadan Ibusawat dan mengetahui penghujung bagi

    kabel copper yang datang dari Ibusawat Alor Akar.

    Langkah seterusnya mencari lokasi dengan menggunakan

    pilihan locate yang berada dalam pilihan general utilities. Terdapat

    banyak cara untuk mencari samada dengan mencari menggunakan

    nama ibusawat, kod kabinet, atau kod kabel. Untuk mencari mengikut

    nama ibusawat, saya perlu mengetahui singkatan atau kod bagi setiap

    nama ibusawat. Bagi ibusawat Alor Akar kod atau nama singkatanya

    AAR. Bagi Teruntum TRM dan selainnya. Kod ini hanya digunakan

    oleh pihak TM untuk memudahkan semua pihak untuk mengenalpasti

    kabinet berada dibawah kawalan ibusawat mana. Ini kerana terdapat

    juga kes-kes seperti kabinet dari ibusawat lain memasuki kawasan

    sempadan ibusawat lain. Kod ini amat membantu dalam kerja

    mengenalpasti kabinet yang berada di satu satu kawasan.

    Langkah seterusnya memplot lokasi yang telah diarahkan.

    Setelah mengenalpasti lokasi yang betul, pada pilihan general utilities

    terdapat pilihan plot. Ada dua cara yang biasa digunakan untuk

    memplot samada ad-hoc atauscale.Ad-hoc digunakan apabila arahan

    yang diberikan untuk memplot kawasan yang terlibat saja dan

    kawasan yang tidak terlibat tidak akan dimasukan dalam satu pelan.

    Manakala bagiscale semua kawasan yang berada dalam lingkungan

    plot akan diplot tanpa ada pengasingan atau aplikasi seperti ad-hoc.

    Setelah memilih satu antara dua cara diatas, satu window akan

    tertera.Di dalamnya terdapat beberapa perkara yang perlu diisi seperti

    tajuk, katagori, skala,saiz kertas dan nama penyedia. Antara yang

    perlu diisi terdapat dua yang amat penting iaitu skala dan saiz kertas.

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    14/20

    Skala menentukan keluasan lingkungan plot pada peta dan saiz kertas

    juga akan diselaraskan dgn saiz skala supaya pelan yang dihasilkan

    tidak cacat. Setelah selesai, klik pada ok dan window tadi akan

    terpadam dan kembali pada LNMS. Pada LNMS akan terpapar satu

    kotak yang menunjukan lingkungan kawasan yang akan diplot. Skala

    minima yang boleh digunakan adalah 500 dan maksima 35000. Bagi

    ad-hoc klik pertama untuk menentukan kawasan yang ingin diplot.

    Klik yang seterusnya untuk menentukan darjah kotak samada

    90darjah atau selainnya. Klik yang seterusnya untuk menentukan ad-

    hoc itu sendiri. Satu sempadan perlu dibuat samada mengikut garisan

    sempadan ibusawat itu sendiri atau sebagainya. Ini bertujuan untuk

    mengasingkan kawasan yang ingin diplot dgn tidak. Klik yang

    seterusnya untuk untuksave dan selesailah proses plot menggunakan

    ad-hoc. Bagi scale, prosesnya lebih ringkas. Setelah selesai mengisi

    perkara-perkara dalam window, seperti biasa satu kotak akan tertera.

    Klik pertama untuk menentukan kawasan yang ingin diplot. Klik yang

    seterusnya untuk mentukan darjah. Klik yang seterunya untuksave.

    Lebih ringkas berbanding ad-hoc, namun sekiranya arahan yang

    diberikan memerlukan aplikasi ad-hoc maka kerja mungkin menjadi

    sukar sedikit.

    Setelah selesai memplot, pelan mestilah disimpan dalam satu

    fail. Langkah ini perlu kerana pelan tadi biasanya akan diedit

    terdahulu sebelum dicetak. Pelan akan diedit dalam perisian Plot edit

    sebelum dicetak.

    Langkah seterusnya membuka fail pelan yang telah diplot tadi

    dalam perisian plot edit. Dalam plot edit terdapat banyak peralatan

    atau tools yang digunakan untuk mengubahsuai pelan supaya menjadi

    lebih kemas dan mudah untuk dilihat. Pada pilihan File ada pilihan

    open. Cari nama fail yang telah disimpan tadi dan buka untuk kerja

    kerja seterusnya.

    Langkah seterusnya mengubahsuai pelan. Pelan yang diambil

    dari LNMS biasanya sesuai untuk dilihat menggunakan komputer

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    15/20

    sahaja dan kalau dicetak secara terus memang susah untuk dilihat

    kerana saiz simbol akan jadi sgt kecil. Oleh yang demikian, pelan

    perlulah diubahsuai dari segi saiz simbol dan maklumat lain bukan

    mengubah bentuk atau mengubah maklumat yang sedia ada. Antara

    cara untuk mengubah saiz objek dan simbol ialah dengan

    menggunakan tool scale. Scale digunakan untuk mengubah saiz

    semua objek dalam pelan mengikut nisbah yang kita tentukan. Semasa

    menukarkan saiz objek, nisbah skala yang ditentukan mestilah

    bersesuaian supaya objek tidak menjadi terlalu besar atau terlalu kecil.

    Ini memerlukan kemahiran dalam menentukan saiz yang betul.

    Namun tidak semua jadi seperti yang dimahukan setiap kali selepas

    mencetak pelan. Apabila merujuk kepada en. Aziz dan en. Suran,

    mereka memberitahu bahawa untuk menentukan saiz ini memang

    memerlukan kepandaian kendiri dalam mengagak nisbah skala yang

    diperlukan. Akan tetapi semasa saya melakukan kerja-kerja

    pengubahsuaian, saya terjumpa satu cara yang boleh menyelesaikan

    masalah ini. Setiap pelan mempunyai bingkai yang telah disertakan

    sekali semasa ia diplot dari LNMS, pada bingkai ini terdapat logo

    TM, maklumat-maklumat pelan, petunjuk dan ruangan untuk

    tandatangan penyemak. Pada ruangan petunjuk atau legend, terdapat

    simbol-simbol seperti kabinet, sistem dan sebagainya yagn terdapat

    dalam pelan. Saiz petunjuk ini pula sama sahaja setiap kali ia dicetak.

    Maka saya menggunakan petunjuk ini sebagai rujukan untuk

    menentukan saiz yang perlukan supaya simbol yang hendak diubah

    dapat dilihat dengan jelas. Selain dari saiz objek, ketebalan objek juga

    perlu diubah. Ketebalan perlu dalam menimbulkan objek yang ingin

    ditunjukan supaya objek menjadi timbul dan mudah dinampak dari

    objek yang berada disekitarnya. Selain itu, garisan bagi sempadan

    ibusawat dan sempadan kabinet mestilah berbeza supaya mudah untuk

    membezakan antara sempadan ibusawat dengan sempadan kabinet.

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    16/20

    Langkah seterusnya untuk mencetak pelan yang telah betul-

    betul mengikut spesifikasi yang dimahukan. Untuk mencetak, perisian

    Iplot digunakan untuk menentukan jenis pencetak yang akan

    digunakan, saiz kertas, kedudukan pelan pada kertas, dan jenis dakwat

    yang digunakan.

    Rajah 2.2.2

    Semasa mengisi maklumat dalamIplot, saiz kertas yang boleh

    dipilih antaranya A0, A1, A3, dan A4. Bagi jenis pencetak terdapat

    dua iaitu laserjetdan large laserjet BW. Bagi menentukan kedudukan

    pelan pada kertas, saiz imej akan dimaksimumkan untuk memenuhi

    saiz kertas dan imej akan diletakan betul-betul ditengah-tengah kertas.

    Setelah semua maklumat telah ditentukan, maka pelan boleh

    lah dicetak dengan klik pada plot. Akhirnya pelan yang lengkap

    dihasilkan.

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    17/20

    BAB 3

    LAPORAN KERJA MINOR

    3.1 Kerja dalaman (dalam pejabat)

    3.1.1 Mengemaskini dokumen dan menyusun atur dokumen

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    18/20

    Dokumen-dokumen lama yang tidak digunakan akan

    dilupuskan dan kulit dokumen yang masih dalam keadaan yang baik

    akan digunakan semula untuk menjimatkan perbelanjaan. Fail-fail

    yang berada pada rak disusun semula mengikut nombor atau

    kumpulan kawasan yang sama supaya mudah untuk mencari

    kelompoknya.

    Rajah 3.1.1

    3.1.2 Mengikuti survey yang dilakukan oleh pekerja TM

    Untuk lebih memahami dan mengetahui peranansurvey dalam

    kerja-kerja diunit ini. Saya mengikuti pekerja untuk memantau

    kawasan kerja untuk melihat sendiri bagaimana pemasangan kabel

    optik dan copperdilaksanakan. Melihat bagaimana kerja-kerja

    dilakukan dalam manhole samada penyambungan, pemasangan atau

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    19/20

    penggantian kabel-kabel yang rosak atau lama kepada kabel yang

    baru. Rajah 3.1.2.1 menunjukkan kerja penyambungan kabel fiber.

    Rajah 3.1.2.1

    Mengikut En. Zukfali ke ibusawat Sungai Lembing untuk

    memeriksa masalah yang berlaku kerana sering berlaku masalah yang

    menyebabkan talian antara Sungai Lembing dgn kawasan luar sering

    terputus. Rajah 3.1.2.2 menunjukkan pemeriksaan dijalankan.

    Rajah 3.1.2.2

    Mengikut En. Aziz ke kawasan Taman Perumahan Puteri di

    Tanjong Lumpur untuk melihat bagaimana sistem MSAN dipasang

    dan diselaraskan menggunakan komputer dan kerja-kerja ini

    dilakukan oleh kontraktor TM. MSAN bermaksud multi system

    access network. Rajah 3.1.2.2 menunjukkan kerja penyelarasan

    MSAN.

    Rajah 3.1.2.2

  • 8/6/2019 REPOT AKHIR

    20/20

    Mengikut En. Aziz melihat kerja-kerja penyambungan kabel pada

    kabinet. Mendengar penjelasan bagaimana susunan kabel dalam

    kabinet disusun, mengenal pasti kabel yang datang dari ibusawat dan

    kabel yang akan pergi ke DP(distribution point) sebelum pergi ke

    rumah-rumah. Rajah 3.1.2.3 menunjukkan penerangan yang

    disampaikan oleh en. Aziz.

    Rajah 3.1.2.3

    3.1.3 Menyediakan fail-fail projek untuk pegawai bermesyuarat

    Membantu pekerja menyediakan fail-fail bagi projek-projek

    kecil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat antara pegawai-

    pegawai dan Pengurus TM AND dengan kontraktor-kontraktor.

    3.1.4 Menghantar maklumat dokumen ke Ibusawat Pahang Barat

    (Temerloh)

    Mengikut en. Aziz ke ibusawat Temerloh untuk mengemaskini

    maklumat dokumen-dokumen yang terdapat di sana. Segala maklumat

    yang lama akan diperbaharui untuk rujukan unit AND Temerloh. Fail-fail yang tidak lengkap akan direkod untuk tindakan selanjutnya.