sejarah assignment (nasir)

Upload: william-lee

Post on 15-Jul-2015

323 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1 Pengenalan Sebelum kedatangan British , penduduk asal Tanah Melayu ialah orang Melayu serta orang asli dan Masyarakat Melayu Tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi yang teratur di Tanah Melayu sejak beberapa abad lamanya lagi. Kegiatan ekonomi awal yang diamalkan adalah berbentuk sara diri dan juga dikenali sebagai ekonomi tradisi tetapi sistem ekonomi komersial ataupun dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis juga telah wujud di Tanah Melayu setelah kedatangan penjajah British pada abad ke-19. Namun begitu, kegiatan ekonomi berbentuk komersial telah wujud di negeri negeri Melayu sejak sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka.1 Pada penghujung abad ke14 , pembukaan Melaka oleh Parameswara dan telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot Barat Timur. Pelabuhan di Melaka banyak dikunjungi oleh pedagang India , China dan Eropah. 1.1 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini ialah mengkaji bagaimana berlakunya transisi Ekonomi Kapitalis yang membawa kepada PECAH DAN PERINTAH di negara kita, Malaysia serta mengkaji kesan amalan British PECAH DAN PERINTAH dan usaha usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan kaum akibat ancaman PECAH DAN PERINTAH. 2 . Ekonomi Tradisi Sebelum ketibaan British ke Tanah Melayu , kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri diamalkan oleh Masyarakat Melayu Tradisional dan sistem ekonomi ini juga dikenali sebagai ekonomi tradisi. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas

1

Ruslan Zainuddin , (2003) . Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd , hal . 102 .

keperluan seperti pakaian dan sebagainya. 2 Akan tetapi, kelazimannya mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan hasilan yang berlebihan kerana Masyarakat Melayu Tradisional memang tidak memerlukan lebihan hasil yang banyak dan biasanya kejadian lebihan ini jarang didapati.3 Selain daripada tidak berupaya mengeluarkan hasilan yang berlebihan , terdapat juga di sesetengah negeri , petani kepada dikehendaki menyerahkan satu persepuluh daripada hasil mereka pembesar sebagai tanggungjawab mereka. Pengeluaran yang

bertambah bermakna mereka terpaksa memberi lebih banyak sumbangan kepada golongan pemerintah atau pembesar daerah. 4 Selain daripada itu , masyarakat tradisi dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan hasil disebabkan oleh masalah tenaga buruh yang terbatas. Oleh itu , mereka terpaksa bergantung pada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah atau sawah. Di samping itu , modal yang digunakan dalam sistem ekonomi adalah kecil. Kekuatan ekonomi orang Melayu adalah bergantung pada kegiatan pertanian dan kegiatan pertanian telah dijadikan sebagai kegiatan utama penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman. Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. 5 Padi ditanam hanya untuk kegunaan sendiri sahaja dan bukannya untuk dijual. Secara amnya , mempunyai dua jenis padi untuk ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Lereng lereng bukit sesuai untuk menanam padi huma kerana ia tidak memerlukan air yang banyak dan ia biasanya ditanam oleh masyarakat pendalaman seperti Semai , Dayak ,Iban , Jakun , Termiar , Kadazan dan Murut menjalankan pertanian pindah. Padi sawah dipercayai mula diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau.6 Kawasan rendah sesuai untuk menanam padi sawah kerana kawasan ini mempunyai banyak air. Biasanya padi sawah ditanam di tebing sungai. Walau bagaimanapun , mereka juga menanam pelbagai2 3

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia#Sistem_ekonomi_di_Malaysia Ruslan Zainuddin , (2003) . Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd , hal . 96. 4 Ibid , hal . 97 . 5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia#Sistem_ekonomi_di_Malaysia 6 Ruslan Zainuddin , (2003) . Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd , hal . 99.

tanaman yang lain di samping tanaman padi seperti sayur sayuran dan buah buahan. Sebelum kedatangan British dan kemasukan buruh Cina secara beramai ramai ,kegiatan perlombongan dijalankan oleh orang Melayu dengan kaedah mendulang serta kaedah lombong Siam dan tapak tapak perlombongan adalah dimiliki oleh pembesar pembesar tempatan seperti Long Jaafar , Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. 7. Bijih dan emas ini mula dilombong sejak 2000 tahun dahulu oleh orang Melayu secara tradisi dan kecil kecilan. Pada masa itu, tidak banyak pengeluaran atau kawasan lombong yang dibuka. Mendulang adalah kaedah melombong bijih timah yang tertua sekali. Kerja melombong ini dilakukan di kawasan yang mempunyai air yang mengair , biasanya di sungai. 8 Hal ini kerana bijih timah banyak didapati di lembah lembah sungai. Cara melombong menggunakan lombong Siam ialah

melibatkan penggalian lubang sedalam tiga hingga empat meter untuk mendapatkan bijih timah. Cara seperti ini tidak dapat menghasilkan banyak bijih timah dan dilakukan untuk keperluan sara diri sahaja. Oleh itu , Orang Melayu hanya bekerja sebagai kerja sampingan sahaja dalam kegiatan perlombongan mendulang. Logam logam ini asalnya adalah barang dagangan dan kemudian mempunyai nilai untuk dijadikan mata wang. Kegiatan perlombongan merupakan punca pendapatan utama bagi para pembesar Melayu. Pelombong pula terdiri daripada penduduk tempatan iaitu kaum lelaki dan wanita yang bekerja sepanjang tahun. Masa mereka bekerja bermula dari jam 5.00 pagi hingga 10.00 pagi dan seterusnya dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Peruntukan masa seperti ini dibuat untuk membolehkan mereka mengusahakan tanah pertanian. Bagi mereka , pekerjaan ini merupakan sebahagian daripada tugas dan kewajipan kepada pembesar. Perkembangan pesat kegiatan melombong menyebabkan berlakunya pertukaran hak milik perusahaan perlombongan pada peringkat awalnya diusahakan oleh pembesar Melayu kepada pedagang Eropah dan Cina. Di samping itu, mereka juga menternak binatang. Ternakan binatang dalam masyarakat tradisional seperti ayam , itik , lembu dan kerbau. Selain

7 8

Ruslan Zainuddin , (2003) . Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd , hal . 105 . ibid, hal . 100 .

menjadi sumber makanan , binatang seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk menarik kayu. 9 Kegiatan berburu juga diamalkan oleh masyarakat

tradisional sebagai satu daripada usaha sampingan bagi menambahkan lagi sumber makanan. Antara binatang yang diburu termasuklah ayam hutan , rusa , kancil , pelanduk dan seladang. Kegiatan menangkap ikan merupakan satu daripada hasil mata pencarian utama yang dilakukan oleh masyarakat tradisional Melayu , terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan laut , sungai dan tasik. 10 Ini disebabkan oleh sungai , laut dan tasik dapat membekalkan sumber makanan kepada mereka serta menambahkan sumber makanan lagi. Kegiatan menangkap ikan dijalankan secara sara diri , cukup untuk makanan sekeluarga dan sedikit lebihan yang ada ditukar untuk mendapatkan barang keperluan lain.11 Sekiranya mereka ingin mendapatkan barangan keperluan lain seperti pakaian dan garam yang tidak mampu mengeluarkannya dengan sendiri , mereka boleh mendapatkannya melalui sistem pertukaran barang ataupun dikenali sebagai sistem barter di kampung sendiri atau dari tempat lain. 3 Ekonomi Kapitalis Kegiatan ekonomi komersial berbeza dengan kegiatan ekonomi sara diri. Kegiatan ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran lain lain. 12 Menurut Wikipedia , sistem ekonomi komersial hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran British telah membawa banyak kesan terhadap Tanah Melayu khususnya dari segi perpecahan kaum. Apabila Tanah Melayu terdedah kepada unsur unsur perdagangan kapitalis , pertanian komersial mula diperkenalkan oleh para pembesar yang menggunakan pengeluaran mengikut sistem tradisional dengan menggunakan buruh asing. Kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian komersial diberi perhatian penting semasa pemerintahan British sehingga9

Ruslan Zainuddin , (2003) . Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd , hal . 100 . Ibid , hal . 100. 11 Ibid , hal . 100 . 12 Ibid , hal . 102 .10

menjadi sumber pendapatan utama kepada Tanah Melayu. Antara tanaman yang diusahakan ialah lada hitam , gambir , buah pala , cengkih , tebu , ubi kayu dan kopi. 13 Semua tanaman ini merupakan tanaman jangka masa pendek kecuali kopi. Lada hitam yang ditanam di Pulau Pinang sejak tahun 1790 dan mendapat pasaran baik di Eropah. Pada awal abad ke 19 , buah pala dan cengkih juga ditanam di Pulau Pinang tetapi tanaman yang lebih berjaya pada masa itu ialah tebu. Sebelum tahun 1800 , penanaman tebu bermula di Batu Kawan , seberang Perai. Setelah tanaman lada hitam dan buah pala merosot, kawasan tebu tertumpu di bahagian selatan Seberang Perai. Selepas tahun 1874, kawasan lain seperti Kerian dan Perak juga terlibat dalam penanaman tebu. Pada awal ke 20 , beberapa kilang memproses gula didirikan di kawasan tersebut. Tanaman ubi kayu juga diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan pada pertengahan abad ke 19. Pada masa itu , ubi kayu ditanam secara meluas dan sebagai tanaman eksport. Pada pertengahan abad ke 19 , kegiatan pertanian lebih berjaya di Johor. Antara tanaman yang diusahakan ialah lada hitam dan gambir. Pada tahun 1860 an , Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir dengan 15000 orang buruh Cina diambil bekerja di ladang ladang tersebut.14 Pada tahun 1876 , konsesi tanah diberikan kepada orang Cina untuk mengusahakan kedua dua tanaman ini. Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada hitam dan gambir selain melalui perlombongan. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Ekoran daripada sistem ini , dicatatkan dalam tahun tahun 1870 an masyarakat Cina di Johor telah mencapai 100000 orang.15 Orang Cina selain terlibat dalam kegiatan pertanian mereka juga terlibat dalam kegiatan perlombongan. Saudagar Cina dan pedagang Eropah dari Negeri Negeri Selat ialah golongan terawal yang melabur dalam perlombongan bijih timah. Mereka telah membawa ramai buruh dari China untuk bekerja di kawasan perlombongan. Akan tetapi, penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai ramaiRuslan Zainuddin , (2003) . Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd , hal . 104 . ibid , hal . 104 . 15 Mardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . , hal . 152 .14 13

hanya berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan sultan Kedah pada tahun 1826 , pengambilalihan Singapura dari tangan sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri Negeri Selat pada tahun 1826.16 Selepas kedatangan British , penduduk tempatan tidak lagi menjalankan kegiatan melombong malah mereka dipaksa ditempatkan di kawasan kampung dan menjalankan kegiatan pertanian menanam padi sawah atas alasan tidak hendak bercampur tangan serta merosakkan adat istiadat Melayu melalui kemodenan diberi oleh British. Sebenarnya , ini adalah dasar politik British untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Dasar Pecah dan Perintah. Kegiatan melombong kemudiannya telah diambil alih oleh buruh Cina yang dibawa masuk oleh British dan mereka ditempatkan di bandar serta lombong lombong bijih timah manakala orang Melayu dipaksa ditempatkan di kawasan kampung dan menjalankan kegiatan pertanian untuk memastikan bekalan makanan sentiasa ada atas Dasar pecah dan Perintah. Saudagar Cina dan pedagang Eropah telah memperkenalkan beberapa kaedah baharu dalam melombong untuk menambahkan hasil keluaran bijih timah. Contohnya , saudagar Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah , mesin wap dan pam kerikil manakala pengusaha Eropah pula memperkenalkan kapal gorek. Kaedah kaedah baharu itu telah menambahkan hasil keluaran bijih timah berbanding dengan kaedah mendulang yang digunakan oleh orang Melayu. Oleh itu, British amat menggalakkan kemasukan orang orang Cina ke Tanah Melayu untuk membuka lombong. Antara usaha British menggalakkan kemasukan orang orang Cina ialah meluluskan beberapa undang undang yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 1877 , The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. 17 Di samping itu , Jabatan Pelindung Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi buruh buruh Cina. Walaupun lombong bijih timah dibuka oleh syarikat yang dimiliki oleh orang Eropah dan Cina tetapi menjelang akhir abad ke 19 hingga awal abad ke 20 , hampir semua pengeluaran bijih timah dikuasai oleh orang

16 17

Mardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . , hal . 152 . Ibid , hal . 153 .

cina. Orang orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu ini juga sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok. Kelompok kelompok utama ini adalah Hokkien , Kantonis , Hakka , Teochew dan Hailam.18 Orang Hokkien dan orang Hailam kebanyakannya adalah peniaga dan pekedai makanan. Orang Kantonis ramainya yang menjadi pelombong dan petukang. Orang Teochew pula ramai yang menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai sebagai pelombong . Oleh itu, mereka ini tinggal di bandar dapat menjalankan perniagaan kerana di bandar mempunyai infrastruktur yang lengkap , mempunyai pasaran dan bandar juga sebagai kawasan tumpuan orang ramai. Tanaman kopi mula ditanam oleh peladang Eropah yang mempunyai pengalaman dalam mengusahakan tanaman tersebut di Ceylon iaitu Sri Lanka. Kopi seterusnya ditanam secara besar besaran di Selangor , Perak , Negeri Sembilan , Johor dan Sarawak. Walau bagaimanapun , tanaman kopi kurang diberi perhatian kerana harganya merosot. Para pengusaha Eropah mula beralih kepada tanaman getah selepas harga kopi merosot. Tanaman getah ditanam secara besar besaran menjelang awal abad ke 20. Pada masa itu , tanaman getah ditanam secara sistem ladang dengan menggunakan ramai buruh yang dibawa masuk dari India Selatan. Langkah membawa masuk buruh dari India Selatan telah menggalakkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kebanyakan buruh India ini datang dari wilayah Selatan India. Pada mulanya , buruh buruh India ini bekerja sebagai pekerja di ladang ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Bilangan buruh India semakin meningkat apabila sektor penanaman getah diperkenalkan di Tanah Melayu dan semakin giat. Oleh itu, tumpuan masyarakat India ini adalah di kawasan kawasan utama penanaman getah iaitu Perak , Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga sepuluh tahun kemudiannya , seramai 48000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.19 Angka ini meningkat secara mendadak sepuluh tahun kemudiannya iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan 908000 orang buruh India berhijrah

18 19

Mardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . hal . 153 . Ibid , hal . 154 .

ke Tanah Melayu. Catatan menunjukkan 90% merupakan orang Tamil yang berasal dari Madras sementara selebihnya dari Telegu dan Malayali. 20 Selain orang Tamil , ada juga orang orang Punjabi dan pendatang dari Ceylon. Kebanyakan orang Tamil bekerja di estet estet getah dan kelapa sawit sebagai buruh. Pada awal abad ke 20, mereka juga berkhidmat di jabatan jabatan kerajaan. Kebanyakan orang India ditempatkan di estet estet getah untuk memudahkan mereka pergi bekerja di ladang getah dan dapat merealisasikan Dasar Pecah dan Perintah British. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh buruh India ini adalah sistem kangani. Makna sistem kangani ialah seseorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India dan mencari buruh buruh baharu untuk bekerja dengannya sendiri di Tanah Melayu. 21 Akan tetapi sistem kangani ini telah dihapuskan pada tahun 1938 dan digantikannya dengan sistem kontrak. Sistem kontrak bererti di mana seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak. 22 Tanaman getah kemudiannya diusahakan secara besar besaran di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak. Sebenarnya , hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi lagi apabila penganut Hindu Buddha menyebarkan agama mereka. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka apabila pedagang- pedagang India berniaga di sana.23 Perkembangan perusahaan motokar menambahkan lagi permintaan terhadap getah sehingga menyebabkan kenaikan harga getah. Getah juga menjadi bahan mentah yang penting bagi kilang kilang di Eropah. Selepas kedatangan British , orang

Melayu telah ditempatkan di luar bandar dan menjalankan kegiatan pertanian bagi mengekalkan bekalan makanan yang berterusan. British tidak berminat campur tangan terhadap hal ehwal Melayu. Oleh itu , hal ehwal Melayu telah diserahkan kepada Raja Raja Melayu. Orang Cina dan India dijaga oleh British kerana pihak British ingin mendapatkan hasil keluaran seperti bijih timah danMardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . , hal . 154 . Ibid , hal . 154 . 22 Ibid , hal . 154 . 23 ibid , hal . 153 .21 20

getah. Akibatnya , kesan ekonomi kapitalis ini telah membawa perpecahan kaum kepada penduduk di Tanah Melayu melalui Dasar Pecah dan Perintah khasnya bagi kaum Melayu , Cina dan India kerana ketiga tiga bangsa ini tidak ada hubungan interaksi antara mereka dan telah menyebabkan wujudnya perasaan curiga dan cemburu di antara mereka. Contohnya, orang Melayu berasa tidak puas hati dan cemburu terhadap orang Cina yang dapat tinggal di bandar yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap. 4 Perpecahan Kaum Dasar Pecah dan Perintah atau divide and rule yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu telah membawa kesan buruk perpecahan kaum kepada kaum kaum di Tanah Melayu. Menurut Wikipedia, jurang perbezaan ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah atau divide and rule oleh penjajah Inggeris.24 Pihak British sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang akan membawa risiko penentangan terhadap penjajahan British. 25 Selain itu, British juga ingin mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung dan mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas.26 Oleh itu, tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk peribumi meninggalkan aktiviti pertanian. 27 Antara kesan daripada dasar British tersebut termasuklah penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional , kaum Cina pula ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan serta kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British. Maka , keadaan ini telah menyebabkan tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini dan perbezaan kesefahaman antara mereka telah mengakibatkan perasaan curiga dibentuk dalam kalangan mereka. Selain itu , kaum kaum24 25

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru#Dasar_Pecah_dan_Perintah ibid 26 ibid 27 ibid

Melayu berasa tidak puas hati dan berasa cemburu terhadap kaum kaum Cina yang dapat ditempatkan di bandar serta dapat menikmati kemudahan kemudahan seperti jalan jalan raya dan jabatan pos dan di bandar bekalan bekalan seperti bekalan makanan mudah diperoleh serta dapat menjalankan aktiviti perdagangan. Sekiranya berbanding dengan kampung , kemudahan di bandar lebih moden dan canggih manakala kemudahan di kampung tidak dimajukan oleh British serta dibiarkan ketinggalan zaman. Oleh itu , perasaan tidak puas hati oleh kaum Melayu terhadap dasar British telah ditimbulkan serta rasa cemburu kepada kaum kaum Cina yang dapat tinggal di bandar. Semasa pendudukan Jepun , Jepun mengamalkan sikap bertimbang rasa kepada orang orang Melayu dan India. 28 Contohnya , Kesatuan Melayu Muda yang telah diharamkan oleh British dibenarkan bergerak semula dan cuba menaikkan semangat kebangsaan orang orang Melayu dengan menggalakkan penubuhan pertubuhan politik Melayu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) oleh Jepun. Setakat inilah orang Melayu barulah dapat menikmati kemudahan kemudahan yang ada di bandar dan mendapat peluang serta pengalaman untuk terlibat dalam bidang pentadbiran. Bagi orang India pula , Jepun berjanji untuk membebaskan India daripada British dan mereka ini diberikan layanan yang baik oleh Jepun.29 Akan tetapi , bagi orang orang Cina di Tanah Melayu diberikan layanan buruk oleh Jepun kerana mereka dianggap oleh Jepun sebagai musuh tradisi mereka. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya penentangan bawah tanah terhadap pemerintahan Jepun oleh orang orang Cina. Selain itu , orang orang Melayu yang bekerja dengan Jepun seperti ahli ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah memberitahu kepada Jepun tentang gerak geri orang orang Cina. Oleh itu , keadaan inilah telah menimbulkan perasaan marah dan benci terhadap orang orang Melayu oleh orang orang Cina. Walau bagaimanapun , bukan semuanya orang Melayu bekerja dengan Jepun. Terdapat juga orang orang Melayu yang menentang

28 29

Kok Koun Chin , (1988) . Sejarah Malaysia STPM , Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . hal 97 . Ibid , hal 97 .

penjajahan Jepun seperti Jeneral Tun Ibrahim Ismail.30 Orang orang Melayu menentang Jepun kerana semasa pemerintahan Jepun berlakunya kebuluran kerana makanan dan terpaksa bekalan beras diimport dari Thailand dan Burma. Pertubuhan anti Jepun telah ditubuhkan iaitu Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA). Kebanyakan ahli ahli MPAJA ialah orang orang Cina yang berfahaman komunis. Berdasarkan Wikipedia , Malayan People's Anti-Japanese Army atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya Komunis ataupun singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti atau juga dipanggil Bintang Tiga telah

Malaya (PKM)

memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945.31 Pihak British telah memberi bantuan dan memberi sokongan kepada pertubuhan tersebut kerana kedua dua pihak menentang musuh yang sama. British membekalkan senjata api dan memberi latihan kepada ahli ahli MPAJA untuk menggulingkan Jepun. Oleh itu , MPAJA mempunyai senjata yang agak lengkap serta ahli ahli yang terlatih. Mereka menggunakan taktik gerila iaitu serangan secara mengejut dan sulit dari hutan bagi menjayakan penentangan mereka. Namun begitu , gerakan anti Jepun yang ditubuhkan tidak berjaya untuk mengusir Jepun keluar dari Tanah Melayu sehinggalah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerahkan diri, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu. Dalam tempoh 14 hari ini , Parti Komunis Malaya (PKM) ataupun dikenali sebagai Bintang Tiga cuba menguasai Tanah Melayu dan telah mencetuskan huru hara. Oleh sebab ahli PKM kebanyakannya kaum Cina mereka telah mencetuskan banyak

pertempuran kaum dan penyeksaan terhadap orang Melayu sebagai membalas dendam akibat layanan baik yang diterima oleh mereka semasa pendudukan Jepun. 32 British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha untuk mengawal keadaan serta memerangi kumpulan Bintang Tiga pada September 1945. Beberapa rancangan telah diperkenalkan untuk memulihkan keadaan huru hara ini seperti pengisytiharan Darurat , Rancangan Briggis dan Rancangan30 31

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_bin_Ismail http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_People%27s_Anti-Japanese_Army 32 Mardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . hal . 28 .

Templer.

Rancangan Penempatan Semula juga diperkenalkan oleh British.

Tujuan rancangan ini untuk menyekat makanan supaya tidak mudah diperoleh oleh komunis yang sebelum ini mendapatkan bekalan daripada kampung kampung di pinggir hutan. 33 Kerajaan British berharap supaya komunis ini kelaparan dan keluar dari hutan. Kerajaan British telah gagal menghapuskan komunis walaupun berbagai-bagai telah usaha dilaksanakan olehnya. Namun keadaan negara boleh dianggap selamat semasa pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Darurat akhirnya hanya diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Selepas merdeka, rusuhan kaum telah berlaku pada tahun 1964 dan

dikenali sebagai Rusuhan Kaum 1964. Selain itu , rusuhan yang paling serius ialah peristiwa 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Kongsi gelap juga merupakan satu punca kepada perpecahan kaum di Tanah Melayu. Kongsi gelap dapat didefinisikan sebagai kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar di sisi undang-undang dan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram seperti perniagaan dadah , perjudian , pelacuran dan sebagainya.34 Kongsi kongsi gelap ini telah membawa rusuhan antara mereka di Tanah Melayu. Contohnya, pada tahun 1852, 1857 dan 1859 rusuhan yang berlaku di Pulau Pinang yang berpunca daripada pergaduhan di antara Toh Peh Kong yang mewakili orang Hokkien dengan Ghee Hin yang mewakili orang Kantonis.35 Biasanya , rusuhan berlaku disebabkan oleh terdapat kongsi gelap yang ingin menguasai sesebuah kawasan yang di bawah perlindungan kongsi gelap yang lain. Penubuhan kongsi gelap Cina disebabkan oleh kecuaian Negeri Negeri Selat. Pada tahun 1830 an dan 1840 an , terdapat rayuan untuk menghapuskan kegiatan tersebut tetapi kerajaan Negeri Negeri Selat tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana sistem kehakiman dan pasukan polis tidak lengkap. Kekurangan kawalan itu telah memberi dorongan kepada pertumbuhan kongsi kongsi gelap.36

Kongsi gelap dikatakan sebagai

penyumbang kepada perpecahan kaum kerana terdapat sesetengah orangMardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . hal . 29 . http://ms.wikipedia.org/wiki/Kongsi_gelap 35 Kok Koun Chin , (1988) . Sejarah Malaysia STPM , Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . hal 14 . 36 Ibid , hal 97 .33

34

Melayu dan pembesar tempatan menyokong kumpulan kongsi gelap yang tertentu dan lain. Sebagai contohnya, pada tahun 1861 , berlaku pergaduhan di antara kumpulan Hai San dengan Ghee Hin. Punca pergaduhan tersebut ialah masalah perebutan penggunaan air untuk melombong. Kumpulan Hai San telah menyerang sekumpulan orang Ghee Hin yang bermain judi di Kemunting. Pegawai Ngah Ibrahim mengambil sikap tidak mahu campur tangan apabila Ghee Hin membuat aduan dan tindakan beliau ini telah dikatakan memihak kepada Hai San. Kumpulan Ghee Hin telah mengadu kepada pihak berkuasa British di Pulau Pinang sebagai tindakan protes terhadap Ngah Ibrahim. Pihak British telah menghantar dua buah kapal perang mengugut dan Ngah Ibrahim terpaksa membayar ganti rugi. Tambahan pula , pesaing pesaing politik Melayu turut memihak kepada kongsi kongsi gelap tertentu dan ini telah merumitkan lagi situasi tersebut. Pertelagahan di Selangor juga melibatkan Ghee Hin dan Hai San. Pada masa itu , kongsi gelap tidak dapat dianggap rahsia kerana kewujudannya diketahui umum dan ketua ketuanya diiktiraf oleh pemerintah Melayu dan pihak British. Dalam keadaan pemerintahan pusat yang lemah , golongan elit Selangor terpaksa menggunakan kongsi gelap untuk memenuhi kepentingan politik. Pertelagahan dan perebutan kuasa di Selangor adalah untuk menguasai sumber ekonomi dan perasaan dengki dalam kalangan elit Melayu dan Cina. Persaingan merebut kawasan lombong yang jelas antara kumpulan Ghee Hin dengan Hai San. Situasi menjadi tegang dengan adanya pengelompokan mengikut kongsi gelap. Kebanyakan orang Cina di Kancing menyertai kumpulan Ghee Hin manakala di Kuala Lumpur dikuasai oleh Hai San. Peristiwa yang membawa pergaduhan yang lebih hebat ialah apabila anggota Hai San Yap Ah Sze dibunuh oleh Kah Yeng Kheng di Kancing dan pembunuhan tersebut dianggap satu penghinaan kepada kumpulan Hai San. Kedatangan Chong Chong , seorang ketua pelombong dari Lukut ke Kancing menghangatkan lagi sengketa kerana rebutan kuasa dan kepentingan perniagaan. Balu Yap Ah Sze mengadu kepada anggota kumpulan Hai San Yap Ah Loy untuk membantunya mengutip hutang daripada orang orang Kancing. Akan tetapi , anggota kumpulan Ghee Hin Chong Chong menghasut orang Kancing supaya

jangan menuntut kehendak Yap Ah Loy. Akibatnya Yap Ah Loy telah menyerang dan membunuh musuhnya beramai ramai. Pergaduhan tersebut menjadi lebih kompleks apabila kumpulan politik Melayu yang berpecah turut terlibat. Pada peringkat awal Raja Mahadi bersekutu dengan Yap Ah Loy. Menjelang tahun 1870 an keadaan berubah Raja Mahadi berpakat dengan anggota Kumpulan Ghee Hin iaitu Chong Chong manakala Yap Ah Loy memberi sokongan kepada Tunku Kudin.37 Sokongan yang berbeza terhadap kumpulan kongsi gelap oleh pembesar Melayu dan anak buah pembesar telah semakin menyebabkan perpecahan kaum berlaku kerana sekiranya berlaku rusuhan kongsi gelap , anak buah pembesar tempatan akan menyertai aktiviti kongsi gelap yang disokong oleh pembesar tempatannya sendiri. 5 Peristiwa 13 Mei Sebelum berlakunya Peristiwa 13 Mei , rusuhan kaum telah tercetus di Malaysia selepas merdeka seperti Rusuhan Kaum 1964. Sebab sebab peristiwa Rusuhan Kaum 1964 berlaku ialah persidangan yang diadakan di Singapura itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agong

UMNO di Semenanjung Malaysia telah membuat kesimpulan bahawa orangorang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari

kerajaan PAP memandangkan mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi material. 38 Selain itu , Utusan Melayu, akhbar Melayu di Malaysia, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang terkemuka, juga sering menyuarakan pendirian yang sama di dalam penerbitan mereka, dan ia telah menuduh PAP sebagai menghina dan cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu di Singapura. Di samping itu , MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke arah kebangkitan suasana perkauman. Menterinya di dalam kerajaan, Khaw KAI Boh, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya, mendakwa bahawa kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan beliau bercakap tentang Cauvinis Cina diMohamad Isa Othman, (1999) . Gerakan Protes dalam perspektif sejarah Malaysia pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 , Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn .Bhd , hal 177. 38 http://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan_Kaum_1964#Sebab-sebab_berlakunya_rusuhan_kaum37

Singapura. Pendirian PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Singapura, yang dibayangkan. Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 ini berlaku kerana Elemenelemen tertentu UMNO adalah bantahan terhadap pergabungan Singapura Dengan Malaya memandangkan Singapura mempunyai bilangan penduduk berbangsa Cina yang lebih besar telah membuatkan UMNO bimbang akan kehilangan kuasa politik. Sebagai contohnya , Kebimbangan UMNO semakin bertambah apabila parti bersekutunya di Singapura gagal memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya yang diadakan pada 21 September 1963 di Singapura, walaupun di dalam kawasan yang mempunyai majoriti Melayu.39

Selepas Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 , rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei tercetus sekali lagi di Malaysia dan peristiwa kali ini membawa kesan yang lebih buruk lagi sekiranya berbanding dengan rusuhan kaum yang tercetus dahulu. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.40 Politik merupakan satu faktor utama yang menyebabkan tercetusnya peristiwa tersebut. Antaranya termasuklah Parti Tindakan Rakyat (PAP) secara terang - terang tidak menerima hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan dan rakyat Singapura yang majoriti orang Cina serta keinginan PAP campur tangan dalam arena politik Tanah Melayu. Keadaan ini telah membuatkan Tunku Abdul Rahman memaksa Singapura keluar dari Malaysia. Walaupun PAP telah keluar dari Malaysia , namun tindakannya sebelum ini telah menanamkan syak wasangka dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu.41 Hubungan ini diburukkan lagi oleh pilihan raya yang diadakan pada tahun 1969 kerana beberapa isu sensitif telah dibangkitkan oleh DAP dan parti pembangkang yang lain. Motif mereka ialah untuk memenangi pilihan rayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan_Kaum_1964#Sebab-sebab_berlakunya_rusuhan_kaum http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei 41 Mohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , (1994) . Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd , hal . 124 .40 39

tersebut dan berkuasa dalam Parlimen. Walaupun Parti Perikatan masih boleh terus memerintah tetapi undi dan kerusi yang diperoleh pada keseluruhannya telah merosot. Keadaan ini telah membangkitkan semangat dan kegembiraan pihak parti pembangkang seperti DAP telah mengadakan siri perarakan. Perarakan tersebut bukan sahaja dianjurkan untuk merayakan kemenangan tetapi mengambil kesempatan ini untuk merendah dan menghina orang Melayu.42

Sebenarnya, perarakan tersebut sebagai sambungan kepada

perarakan jenayah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.43 Perarakan ini telah membakar semangat perkauman dan menjadi punca tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Semasa pendudukan British di Tanah Melayu , kerajaan British telah menjalankan Dasar Pecah Dan Perintah antara penduduk Tanah Melayu kedudukan ekonominya ditakrifkan mengikut kaum.44 Di bawah dasar ini , orang Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan pertanian manakala imigran Cina telah ditempatkan di bandar dan menjalankan kegiatan perlombongan serta

perdagangan. Bagi imigran India pula , mereka ditempatkan di kawasan ladang getah. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kemiskinan atau berpendapatan rendah kebanyakannya ialah orang Melayu dan mereka berasa tidak puas hati kerana berasa ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh pendatang asing. Kerajaan telah mengambil tindakan untuk membantu orang Melayu dengan menubuhkan FAMA , MARA dan FELDA tetapi tindakan kerajaan telah menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan orang Cina. Orang Cina berasa tindakan kerajaan membantu orang Melayu telah menggugat kedudukan ekonomi mereka. Oleh itu, perasaan syak wasangka dan tidak puas hati tersebutlah yang menjadi salah satu faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei. Dari sudut sosial pula wujudnya isu kerakyatan menambah buruk lagi hubungan antara kaum Cina dengan Melayu. Kelonggaran kerakyatan yang diberikanMohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , (1994) . Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd , hal . 124 & 125. 43 Mardiana, Hasnah , (2000) . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . hal . 181 . 44 Mohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , (1994) . Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd , hal . 125 .42

kepada imigran asing berdasarkan prinsip jus soli telah membimbangkan kaum Melayu. 45 Kaum Melayu merasa hak keistimewaan dan cengkaman politik mereka dicabar oleh kaum pendatang dan mereka juga mengkhuatiri bahawa kedudukan mereka direndahkan. Selain itu, isu pelajaran juga satu faktornya. Dasar Pelajaran Baru yang telah dianjurkan itu telah menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah tetapi ini ditentang oleh kaum Cina dengan keras kerana mereka berpendapat bahawa mereka sepatutnya diberi hak yang sama dengan orang Melayu serta bahasa Cina patut diakui sebagai bahasa rasmi. Hubungan buruk antara Cina dengan Melayu juga merupakan ekoran daripada layanan diskriminasi semasa pendudukan Jepun.46 Pengisytiharan PKM sebagai parti yang rasmi selepas British kembali ke Tanah Melayu disebabkan oleh PKM telah membantu mengalahkan tentera Jepun. Pengisytiharan tersebut telah menyemarakkan lagi isu perkauman antara kaum Cina dengan kaum Melayu. Isu agama dan kebudayaan yang berbeza juga turut mewujudkan prasangka antara kaum disebabkan oleh ketiadaan interaksi antara kaum atas Dasar Pecah dan Perintah British. Sebagai akibat tragedi ini , banyak nyawa yang tidak berdosa telah berkorban dan banyak harta benda dimusnahkan. Usaha usaha kerajaan Malaysia menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum ialah menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17 Mei 1969. MAGERAN bertujuan untuk mengawal ketenteraman , memastikan kelicinan perjalanan pentadbiran negara serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.47 Selain itu , Majlis Perpaduan Negara dan Majlis Muhibah ditubuhkan di bawah arahan MAGERAN dan Majlis Perpaduan Negara bertujuan untuk membincangkan perkara berkenaan dengan perpaduan negara serta

mencadangkan langkah untuk memupuk perpaduan. Fungsi utama bagi Majlis Muhibah pula ialah menggalakkan perkembangan muhibah dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia dan berusaha ke arah memulihkan kepercayaan danMohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , (1994) . Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd , hal . 125 . 46 Ibid , hal . 126 . 47 Ibid , hal . 127 .45

keyakinan dalam pelbagai kaum.48 Di samping itu , Majlis Perundingan Negara ditubuhkan pada 29 Januari 1970 yang bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN khasnya dalam perhubungan kaum. Konsep rukun negara yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia juga merupakan satu usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tujuan rukun negara adalah untuk mencapai perpaduan negara dalam kalangan rakyat tanpa mengira keturunan bagi memelihara kehidupan demokrasi. Bagi orang bukan kaum Melayu , rukun negara merupakan jalan tengah dalam merapatkan hubungan antara orang Melayu dengan Cina.49 Satu lagi usaha kerajaan untuk menggalakkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum ini ialah

meluluskan Pindaan Perlembagaan oleh Dewan Rakyat. Tujuan pindaan adalah untuk menghapuskan isu isu sensitif , membetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam sektor tertentu dan memupuk perpaduan negara. Perkara sensitif seperti kuasa dan taraf raja Melayu (perkara 181) , hak keistimewaan orang Melayu (perkara 153), bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan (perkara 152) dan agama Islam sebagai agama rasmi tidak boleh dipersoalkan.50 Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. 51 DEB adalah untuk mengatasi masalah rusuhan kaum pada tahun 1969 dan mengelakkan berlakunya rusuhan kaum sekali lagi. Oleh sebab punca utama peristiwa 13 Mei ialah ketidakseimbangan pengagihan pendapatan , pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik , perbezaan ini harus dihapuskan ataupun dikurangkan.52 Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara ini. Kerajaan telah mengambil beberapa strategi bagi menjayakan matlamat DEB ini. Antaranya termasuklah mengurangkan

Mohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , (1994) . Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd , hal . 128 . 49 Ibid , hal . 128 . 50 Ibid , hal . 129 . 51 http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru#Dasar_Pecah_dan_Perintah 52 Mohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , (1994) . Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd , hal . 129 .

48

keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990 , memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi , menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain, meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi serta pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.53

Dasar Kebudayaan

Kebangsaan juga diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha memupuk perpaduan. Dasar ini dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. 54 Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan dan memperkayakan dan kemanusiaan sosioekonomi.55

mempertingkatkan

kualiti kehidupan

dan

kerohanian

yang seimbang dengan pembangunan

Kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah untuk pemeliharaan

menjayakan dasar tersebut. Antaranya termasuklah pemulihan, dan pembangunan kebudayaan

ke arah menguatkan asas Kebudayaan

Kebangsaan melalui usaha sama ada penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan atau perhubungan budaya . Langkah kedua untuk menjayakan dasar tersebut ialah meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan

53 54

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru#Dasar_Ekonomi_Baru http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan 55 http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/04Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan.pdf

yang berkesan.56 Strategi yang lain juga diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjayakan dasar itu seperti mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia ,serta memenuhi keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.57 Selain itu , kerajaan Malaysia juga memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya dan menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja serta memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih. Antara usaha untuk menjayakannya termasuklah menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama , mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah , mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua , melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dan meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. 58 Selain strategi tersebut , kerajaan Malaysia Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh dan mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan

pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan56 57

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/04Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan.pdf ibid 58 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikankebangsaan.html

sains gunaan serta mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.59 Kerajaan Malaysia juga memperkenalkan Rancangan Malaya Tahap Pertama untuk memupuk perpaduan , meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengimbangkan ekonomi serta merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum bagi menghindarkan berlakunya rusuhan kaum sekali lagi. Rancangan tersebut bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar , mengurangkan kadar kemiskinan khasnya penduduk di luar bandar serta mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapat negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada pengeluaran getah dan bijih timah. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. RIDA membantu menjayakan rancangan ini melalui cara memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil , membantu pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan. FELDA pula membantu menjayakan

rancangan ini melalui cara meningkatkan hasil pendapatan negara dengan mempelbagaikan jenis tanaman, meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan membuka tanah secara besar besaran untuk tujuan pertanian dan membina petempatan baharu yang dilengkapi kemudahan asas. Melalui FELDA , penduduk di luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baharu ini dan menjadi petani moden. RIDA dan FELDA telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar bagi menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar juga menubuhkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur

untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri , daerah dan kampung. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga ditubuhkan pada tahun 1965 untuk menjayakan rancangan ini. FAMA telah membantu menjayakan rancangan tersebut melalui membantu petani mengatasi

59

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikankebangsaan.html

masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan Malaysia merancang dan melaksanakan Rancangan Malaysia Pertama untuk mengeratkan lagi perpaduan rakyat. Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia.60

Objektifnya

adalah

untuk

memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat , meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin , membangunkan ekonomi luar bandar , mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara dan mengurangkan pengangguran serta memajukan sektor perindustrian. 61 Untuk menjayakan rancangan tersebut , pembukaan tanah oleh FELDA menjadi lebih pesat dengan projek Tiga Segi Jengka , Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) telah ditubuhkan dengan tujuan membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Pada tahun 1966 , penubuhan Majlis Amanah Rakyat(MARA) menggantikan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). MARA telah membantu menjayakan rancangan ini melalui memberi pinjaman dan latihan kepada usahawan bumiputera supaya mereka menjadi pengusaha dan peniaga yang kukuh dan berdikari , menggalakkan kaum bumiputera menceburkan diri dalam bidang perusahaan dan perniagaan dengan memberikan bantuan modal serta mengadakan program latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan belia di luar bandar. Di samping itu, Bank Bumiputera juga ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perdagangan dan

perusahaan selain menubuhkan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969 untuk mempergiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut. Kerajaan Malaysia juga menubuhkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) pada tahun 1969 untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi baru bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian

60 61

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Pertama ibid

kecuali getah. Selain itu , kerajaan Malaysia juga meluluskan Akta Pelaburan pada tahun 1969 untuk menggalakkan kemunculan industri baru. 6 Penutup Sebagai kesimpulannya , berdasarkan penemuan hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik bahawa walaupun ekonomi kapitalis membawa kesan buruk kepada kita seperti memaksa rakyat mendapatkan duit tunai , melibatkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu melalui pelaksanaan Residen dan pihak British membawa masuk buruh Cina yang beramai ramai telah membawa kegiatan kongsi gelap di Tanah Melayu. Namun begitu, ekonomi kapitalis juga membawa kesan baik seperti harta benda dimiliki sepenuhnya oleh individu tanpa gangguan kerajaan , mengamalkan dasar bebas dalam kegiatan import serta eksport dan telah berjaya mencipta telegraf serta telefon yang telah mengatasi masalah komunikasi jarak jauh. Seterusnya, kita patutlah menghayati dan menghargai pembentukan masyarakat yang majmuk ini kerana hasil pembentukan masyarakat yang berbilang kaum ini tidak mendatangkan dengan senang tetapi jalan pembentukannya adalah sukar dan menghadapi pelbagai masalah seperti berlaku rusuhan kaum. Selain itu , kita juga patut menghargai kemerdekaan yang nenek moyang memperjuangkan selama 400 tahun dan mempertahankan tanah air kita daripada musuh musuh walaupun berkorban untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita. Di samping itu , Peristiwa 13 Mei 1969 telah pun tidak boleh kita mengubah sejarahnya tetapi kita boleh mengambilnya sebagai pengajaran dan berusaha memastikannya tidak berlaku sekali lagi.

Bibliografi

1. Kok Koun Chin , Sejarah Malaysia STPM , Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . 1988 , 1990. 2. Mardiana, Hasnah , . Pengajian Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . 2000. 3. Mohamad Idris , Che Su Mustaffa , Fuziah Shaffie , Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara , Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 1994. 4. Mohamad Isa Othman, Gerakan Protes dalam perspektif sejarah Malaysia pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 , Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn .Bhd 1999. 5. Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd 2000 , 2003. 6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru#Dasar_Ekonomi_Baru 7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru#Dasar_Pecah_dan_Per intah 8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan 9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia#Sistem_ekonomi_di_Mala ysia 10. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_bin_Ismail 11. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kongsi_gelap 12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_People%27s_Anti-Japanese_Army 13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei 14. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Pertama 15. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan_Kaum_1964#Sebabsebab_berlakunya_rusuhan_kaum 16. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242dasar-pendidikan-kebangsaan.html

17. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/04Dasar_Kebudayaan_ Kebangsaan.pdf