sejarah - tingkatan 4 - 1
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
1/25
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HURAIANSUKATANPELAJARANKURKULUMBERSEPADUSEKOLAHMENENGAH
SEJARAHTNGKATAN 4
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
2/25
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
SEJARAH
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
3/25
ISBN
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
4/25
KANDUNGANRukun Negara i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Kata Pengantar iii
Pendahuluan 1
Matlamat dan Objektif Mata Pelajaran Sejarah 3
Organisasi Kurikulum: Kandungan
Unsur Patriotisme Struktur Disiplin Sejarah
Petunjuk Pemikiran Kritis dan Kreatif
4
Penerangan Tentang Lajur dan Aras 15
Pendekatan Isi Kandungan Kurikulum 18
Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 19 - 64
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
5/25
i
RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yangliberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkanatas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
6/25
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untukmelahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
7/25
iii
KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yangbertujuan untuk memenuhi cita-cita dan semangatFalsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakanmurid menghadapi arus globalisasi serta ekonomiberasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran danpembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktivitimengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapatmembantu guru merancang dan melaksanakanpengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsurbernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiranbelajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumatdan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai,pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontekstual,pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaranakses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangatpatriotik dan kew arganegaraan tetap diutamakan.Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinankepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan hariandan dunia pekerjaan.
Selaras dengan matlamat utama mata pelajaranSejarah sebagai pendukung utama pemupukansemangat patriotik di kalangan murid, guru perlumemberi penekanan kepada kemahiran pemikiransejarah dan membimbing murid-murid untukmenganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secararasional. Melalui pemahaman dan penghayatanaspek sejarah negara, diharap murid dapatmemperkasa keperibadian bangsa Malaysia.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran inibanyak pihak ter libat terutama guru, pensyarahmaktab dan universiti serta pegaw ai KementerianPendidikan, dan individu yang mew akili badan-badan
tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikansumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehinggaterhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini,Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN)PengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
Huraian Sukatan Pelajaran SejarahSekolah Menengah Atas
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
8/25
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
9/25
Patriotis me adalah perasaan cinta yang kuat
terhadap tanah air. Perasaan ini perlu w ujud di hatisetiap individu rakyat Malaysia yang berbilangkaum. Sehubungan itu, semangat patriotik dapatmembentuk rakyat Malaysia yang bersatu padudan harmoni. Justeru, berdasarkan pengetahuandan pemahaman aspek-aspek sejarah negara,murid dibimbing untuk menganalisis dan menilaifakta-fakta sejarah secara rasional. Natijahdaripada pemahaman dan penghayatan sejarahnegara, murid-mur id dapat membina kekuatansemangat cinta akan negara.
Waw asan 2020 menyarankan Malaysia menjadinegara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu,rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuantentang dunia luar supaya berkemampuan untukbersaing dengan mereka. Persaingan tidak dapat
dielakkan dalam dunia globalisasi kerana kuasapolit ik dan ekonomi dikaw al oleh masyarakat yangberilmu dan bermaklumat. Maka adalah pentingpendidikan di Malaysia memperkenalkan muridkepada dunia luar menerusi kurikulum futuris yangturut menekankan kepada pendidikan bertarafdunia yang berkait rapat dengan teknologimaklumat.
Daya tahan perlu disuburkan di kalangan murid.Pembinaan daya tahan menerusi kemahiranpembelajaran, pemahaman, dan pemikiranberupaya menyediakan murid dalam mempelajarisesuatu yang baru, memahaminya denganmendalam, dan memilih maklumat yang pentingdan relevan.
Perkembangan pembelajaran turut d idorong oleh
peningkatan pendidikan sepanjang hayat. Sehubunganitu penampilan pendidikan sejarah sebagai satu disiplinilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatanpembelajaran yang melibatkan murid-murid secara aktifdan berterusan.
Oleh itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlulahditekankan sebagai ilmu yang praktikal dan mampumembentuk setiap w arganegara Malaysia berjiw apatriotik.
Bagi memudahkan pengkajian dan pemahaman muridterdapat enam tema yang disusun seperti berikut:
Tema 7: Tamadun Awal Manusia
Tema 8: Tamadun Islam dan Perkembangannya
Tema 9: Perkembangan di Eropah dan Kesannya
Terhadap Ekonomi Negara
Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme
Sehingga Perang Dunia Kedua
Tema 11: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah
Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Tema 12: Malaysia dan Kerjasama Masyarakat
Antarabangsa.
Tema 7, Tema 8, dan Tema 9 dipelajari di Tingkatan 4.
Tema 10, Tema 11, dan Tema 12 dipelajari di Tingkatan 5.
Pendidikanbertaraf
dunia
Penyuburan
daya tahan
Pendidikan
sepanjanghayat
2
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
10/25
3
MATLAMAT
Mata Pelajaran Sejarah bertujuan untuk memupukdan memperkukuh semangat setia negara dan jati dirisebagai warganegara Malaysia dan w argadunia.Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarahtanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan,murid dapat memahami keadaan masyarakat dannegara serta hubungannya dengan sejarah dunia.Usaha ini bertu juan mew ujudkan semangatperpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia.Mata Pelajaran Sejarah juga dapat mew ujudkaningatan bersama terhadap sejarah sebagai rangkarujukan kesedaran kebangsaan dan persefahamanantarabangsa.
OBJEKTIF
Objektif kurikulum Sejarah membolehkan murid:
1. Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarahsebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannyasebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampuberdikari.
2. Menjelaskan perkembangan masyarakat dannegara dari segi polit ik, ekonomi, dan sosial.
3. Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dankebudayaan Malaysia serta mengamalkannyadalam kehidupan seharian.
4. Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokohyang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan
dan pembangunan negara dan mempertahankanmaruah bangsa.
5. Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diridalam usaha mempertahankan kedaulatan,pembangunan dan kemajuan negara.
6. Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagaisebahagian daripada peradaban dunia dan
sumbangannya di peringkat antarabangsa.
7. Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarahuntuk mempertingkatkan daya pemikiran dankematangan.
8. Mengamalkan nilai-nilai murni.
9. Menganalisis, merumus dan menilai fakta-faktasejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
11/25
ORGANISASI KURIKULUM
Organisasi kurikulum Sejarah merupakan kesepaduanberbentuk intra yang berlaku dalam pembelajaranSejarah. Unsur-unsur yang terlibat ialah ilmu(kandungan), kemahiran (Struktur disiplin Sejarah:Kemahiran Pemikiran Sejarah) dan penerapan nilai(patriotisme) yang boleh menyuburkan intelek, rohani,emosi dan jasmani. Kesepaduan ini berjalan serentakdalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
1. Kandungan
Fokus utama kandungan kurikulum Sejarah adalahkepada pengetahuan dan pemahaman SejarahNegara Malaysia. Pengkajian Sejarah ini bermuladengan zaman prasejarah hingga masa kini.
Kandungan kurikulum Sejarah memberi tumpuankepada aspek-aspek sejarah tempatan berfokuskepada pengkajian yang bersifat mikro berkaitandengan keadaan setempat. Kajian SejarahTempatan merangkumi aspek sejarah diri dankeluarga, sekolah, persekitaran kaw asan sekolahdan kawasan tempat tinggal atau kediaman.
Sejarah negara bertitik tolak dari Zaman Kesultanan
Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yanggemilang di Gugusan Kepulauan Melayu pada kurunke-15. Kesultanan Melayu Melaka telah membinasatu tradisi budaya, polit ik dan ekonomi yang d iwarisisehingga kini. Walaupun pengkajian sejarah negaradimulakan dengan Kesultanan Melayu Melaka,sejarah petempatan-petempatan dan kerajaan-kerajaan aw al di Gugusan Kepulauan Melayu jugadikaji.
Aspek sejarah negara luar dikaji terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan sejarah Malaysia. Aspekini dimasukkan dengan tujuan supaya murid dapatmemahami secara lebih jelas tentang sejarah negarakita.Rajah 1: Organisasi Kurikulum Sejarah
Kesepaduanberbentuk
intra
SejarahMalaysia
fokus
pengkajian
Kajian
SejarahTempatan
Pengkajian
sejarah luarnegara yang
berkaitan
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
12/25
5
2. Unsur Patriotisme
Fokus utama kurikulum Sejarah bertujuan menanamsemangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni dikalangan murid bagi melahirkan w arganegara yang:
2.1 Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
menghormati raja dan pemimpin negara
menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokohnegara
menghormati lambang-lambang negara (sepertibendera, lagu kebangsaan, jata negara)
menjaga dan mempertahankan maruah bangsadan negara
menghargai dan mengamalkan tradisi dan budayabangsa
berbangga dengan sejarah negara
2.2 Bersemangat Setia Negara
cinta akan bangsa dan negara taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
sedia berkorban untuk bangsa dan negara bertanggungjaw ab kepada bangsa dan negara
berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan
bangsa dan negara peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan
negara
bersyukur sebagai w arganegara Malaysia
2.3 Bersemangat Kekitaan
bersatupadu dan berhar moni
bertolak ansur dan berto leransi bekerjasama dan tolong menolong hormat menghormati
bersefahaman dan ber muafakat muhibah atau semangat bermasyarakat
2.4 Berdisiplin
berakhlak dan berbudi pekerti mulia mempertahankan dan menjunjung Per lembagaan
Negara
mematuhi peraturan dan undang-undang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah
tinggi bertindak w ajar
bersifat amanah dan jujur berlaku adil dan bertimbang rasa
2.5 Berusaha dan Produktif
rajin dan gigih berdikari tabah menghadapi cabaran
menyokong dan melibatkan diri dalam usahapembangunan
berganding bahu membangunkan negara berilmu dan berketrampilan
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
13/25
3. Struktur Disiplin Sejarah
Pendidikan Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yangsistematik. Pemahaman terhadap struktur ini akanmengembangkan proses pengajaran dan pembelajaransejarah yang lebih dinamik. Struktur disiplin pendidikanSejarah meliputi:
Rajah 2 : Struktur Disiplin Sejarah
3.1 Inkuiri dalam Sejarah
Sejarah merupakan disiplin ilmu yang berkembanguntuk mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh itu,sejaraw an, guru sejarah dan murid adalah terdedahkepada persoalan: Apa, Mengapa, Bagaimana, Biladan Siapa (Pemikiran Inkuiri) setiap kali merekamempelajari ilmu sejarah. Di dalam PendidikanSejarah, guru-guru akan membimbing murid untukmengemukakan persoalan-persoalan pada aw alpengkajian Sejarah. Melalui persoalan ini, murid akanberusaha mencari sumber, bukti atau maklumat yangdapat menjaw ab persoalan yang telah ditimbulkan.
3.2 Pengumpulan Sumber
Ilmu Sejarah pada asasnya mementingkanpengkayaan sumber sejarah di kalangan murid. Paramurid didedahkan tentang tatacara mendapatkansumber, punca-punca sumber, pengkelasan sumberpertama dan kedua. Seterusnya merekod bukti-buktiyang diperoleh daripada sumber-sumber tersebut.Umumnya sumber merangkumi sumber lisan dantulisan, artifak, gambar, lukisan, bangunan danpersekitaran yang dapat menjelaskan tentang sesuatuperistiw a masa lalu.
PENGUMPULAN SUMBER
INKUIRI DALAM SEJARAH
KEMAHIRAN PEMIKIRAN
SEJARAH
PENJELASAN SEJARAH
PEMAHAMAN SEJARAH
EMPATI
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
14/25
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
15/25
3.3.4 M embuat rasionalisasi melibatkan penggunaan
akal f ikiran dan membuat pertimbangan yang w ajardalam menyelesaikan sesuatu persoalan yang timbuldaripada peristiw a sejarah. Usha ini, memerlukankemahiran murid-murid untuk mengumpul data,membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti danmembuat inferens daripada data yang d ikumpul.
3.4 Penjelasan Sejarah
Melalui pendekatan bersepadu, penekanan juga perludiberi ke atas penggunaan Bahasa Melayu sebagaialat untuk membicarakan ilmu pengetahuan secarailmiah dan mengutarakan pendapat denganmenggunakan bahasa yang gramatis, tepat danberkesan dalam bentuk tulisan atau lisan.Sehubungan itu, murid akan belajarmengorganisasikan analisis sumber sejarah dengan
menggunakan kemahiran pemikiran sejarah dengansempurna. Mereka merekod hasil analisis mereka danseterusnya menulis atau menjelaskan dengan tepatdan bertanggungjaw ab.
3.5 Pemahaman Sejarah
Pemahaman sejarah ber maksud pemahaman secarakritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan
manusia zaman silam. Perkara ini membolehkanpelajar melihat zaman silam secara empati.Pemahaman sejarah boleh mendidik muridmenganalisis bagaimana manusia mengalamiperubahan dan kesinambungan dalam kehidupan.
3.6 Empati
Empati dalam sejarah ditakrifkan sebagai suatupencapaian pemikiran yang memahami sesuatuperistiw a masa lalu daripada pelbagai perspektif.Murid yang dapat melihat sejarah secara empatisebenarnya membina corak pemikiran yang lebihterbuka, toleransi dan matang. Sejajar dengan itu,Pendidikan Sejarah adalah alat yang dapatmenghasilkan w arganegara yang lebih
bertanggungjaw ab.
Kemahiran generik yang dikenal pasti perlu untuk murid-murid meneroka ruang-ruang ilmu dalam disiplin sejarahialah:-
Kemahiran ber komunikasi
Kemahiran menggunakan teknologi
Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti Kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis
maklumat Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik
Kemahiran memahami budaya
Kemahiran Berfikir yang perlu dikuasai oleh mur id pulaboleh dibahagi kepada 2 kategori utama iaitu:-
Kemahiran berf ikir secara kritis Kemahiran berfikir secara kreatif
Kemahiranmeng-
organisasidan
berkomunikasi
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
16/25
9
Rajah berikut menunjukkan peta domain pemikiran yang mengaitkan dua kemahiran berf ikir dengan dua proses berfikir. Matlamatpembelajaran kemahiran berf ikir secara kritis dan kreatif menuju kepada proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalahdengan bijak.
PEMIKIRAN KRITIS
mencirikan membandingankan dan membezakan
mengumpulkan dan mengelaskan membuat urutan
menyusun mengikut keutamaan menganalisis
mengesan kecondongan menilai
membuat kesimpulan
PEMIKIRAN KREATIF
menjana idea
membuat inferens
menghubungkaitkan
meramal
membuat hipotesis mensintensis
mengitlak
menganalogi
membuat gambaran mental
mereka cipta
MEMBUAT KEPUTUSANMENY ELESAIKAN MASALAH
Rajah 3 : Domain Pemikiran
KBKK
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
17/25
4. Petunjuk Pemikiran Kre atif dan Kritis
Berikut adalah Jadual 4: Petunjuk Pemikiran Kritis dan Kreatif yang dapat memberi panduan kepada guru secara terperinci untukmemudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
4.1 Petunjuk Pemikiran Kritis
Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yangmemberi makna yang sama
(a) Mencirikan
Mengenal pastikriteria seperti ciri,sifat, kualiti dan unsursesuatu konsep.
Menyatakan ciri unsur
Memerihalkan sifat Menyenaraikan ciri, sifat dan
unsur
Mengenal pasti kualit i, sifat,ciri dan unsur
Menyebut ciri, sifat dan
unsur
(b) Membandingkandan m embezakan
Mencari persamaan
dan perbezaanberdasarkan kriteriaseperti ciri, sifat,kualiti dan unsursesuatu peristiw a.
Mencari persamaan danperbezaan
Menentukan ciri sepadandan tak sepadan
Menyatakan ciri serupa dan
tidak serupa Menyatakan persamaan dan
perbezaan Menyusun c iri yang sama
dan Perbezaan
Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yangmemberi makna yang sama
(c) Mengumpulkan danmengelaskan
Mengasingkan danmengumpulkanperistiw a kepadakumpulan masing-
masing berdasarkankriteria tertentu seperticiri. Pengumpulan iniadalah berdasarkanciri sepunya.
Membuat pengelasanberasaskan kepada ciri yangsepunya
Mengumpulkan mengikutsesuatu kategori
Mengumpulkan mengikut ciriyang boleh dibandingkan
Mengkategorikan ciri Menyusun mengikut kriteria Menyusun mengikut
kumpulan
(d) Membuat urutan
Menyusun maklumatmengikut tertibberdasarkan sifatnyaseperti masa, bentukatau bilangan.
Menyusun mengikut sesuatutertib berasaskan nilai,abjad, kronologi, corak,masa dan lain-lain
Menyusun secara menaikatau menurun
Menyusun secara rantaiurutan
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
18/25
11
Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yang
memberi makna yang sama
(e) Menyusunmengikutkeutamaan
Menyusun maklumatmengikut tertibberdasarkan
kepentingan.
Mengatur mengikut sesuatukriteria daripada yang palingpenting kepada yang kurangpenting
Menyenaraikan idea yangpaling penting kepada yangkurang penting
Menyusun berdasarkansegera kepada kurangsegera
Menyenaraikan mengikuthierarki berdasarkanmatlamat
Mengatur mengikut palinghadapan kepada paling
belakang Menyusun mengikut paling
atas kepada paling baw ah
(f) Menganalisis
Mengolah maklumat
denganmenghuraikannyakepada bahagianyang lebih kecil bagimemahami sesuatukonsep atau peristiw aserta mencari makna
Mencerakin maklumat
Mengolah idea Mengesan penyebab
Menghuraikan faktorpenyebab
Membuat andaianberasaskan maklumat
Menghuraikan mengikut cir i Menghuraikan kepada
bahagian
yang tersirat. Mencerakin komponen yang
terlibat Mencari bukti yang
menyokong
Mengimbas kembali idea Mengkaji kesan baik dan
buruk
Mengkaji keputusanberasaskan fakta
(g)Mengesankecondongan
Mengesan pandanganatau pendapat yangberpihak kepada ataumenentang sesuatu.
Menentukan pendirian beratsebelah
Menentukan pemberatankepada satu p ihak
Menentukan pendirian kesatu pihak
(h) Menilai
Membuatpertimbangan tentangsesuatu perkaradaripada segikebaikan dan
keburukan,berdasarkan buktiatau dalil yang sah.
Menaksir maklumat Mempertimbangkan
pendapat dan pandangan Mempertimbangkan
cadangan
Menyatakan rasional Membahaskan isu atau
pernyataan Membuat pertimbangan Memberi alasan untuk
menerima atau menolak Membuat pilihan
Mengimbas kembali pilihan Menentukan ni lai
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
19/25
Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yang
memberi makna yang sama
(i) Membuatkesimpulan
Membuat pernyataantentang hasil sesuatukajian yangberdasarkan kepada
sesuatu hipotesisatau mengukuhkansesuatu perkaraberdasarkanpenyiasatan.
Merumuskan isu
Menyatakan hasil selepasanalisis
Menyusun alasan Membuat resolusi
Membuat persetujuan
Membuat keputusanbijaksana yang muktamad
Membuat rumusan Menggulung hujah
Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang
memberi makna yang sama
(a) Menjanakan idea
Menghasilkan ideayang berkaitandengan sesuatuperkara.
Mengemukakan idea
Mencadangkan alternatif Mencadangkan sebab
Menyenaraikan idea Menyatakan cara lain Menyumbangkan pendapat
Menyatakan kemungkinan Menghasilkan idea
Mencetus idea Melahirkan idea
(b) Membuat inferens
Membuat kesimpulanaw al yangmunasabah, yangmungkin benar atautidak benar untukmenerangkan sesuatuperistiw a ataupemerhatian.
Membuat kesimpulan aw aldaripada pemerhatian
Membuat rumusan aw aldaripada data
Membuat kesimpulan aw aldaripada maklumat
Membuat tanggapan aw al Membuat penyataan awal
Membuat pendirian awal Menyatakan ketetapan aw al
4.2 Petunjuk Pemikiran
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
20/25
13
Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yangmemberi makna yang sama
(c) Menghubungkaitkan
Membuat perkaitandalam sesuatu keadaanatau peristiw a untukmencari sesuatu struktur
atau corakperhubungan.
Menerangkan sebab danakibat
Menyatakan perkaitan
Menyatakan sebab musabab Menyatakan implikasi
mengkaji perkaitan Mencari perkaitan Mengaitkan idea Menyatakan pertalian
Membuat perhubungan
(d) Meramal
Membuat jangkaantentang sesuatuperistiw a berdasarkanpemerhatian danpengalaman yang laluatau data yang bolehdipercayai.
Menyatakan apa yang akanberlaku
Membuat jangkaan Menganggarkan apa yang
akan berlaku
Membuat pelunjuran Menyatakan kemungkinan
yang akan berlaku
Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yangmemberi makna yang sama
(e) Membuat hipotesis
Membuat pernyataanumum tentanghubungan antarapemboleh ubah
dimanipulasikan danpemboleh ubahbergerak balas yangdifikirkan benar bagimenerangkan sesuatuperkara atau peristiw a.Pernyataan ini perlu diujiuntuk membuktikan
kesahihannya.
Menyatakan cadangan yangperlu diuji kesahihannya
Membuat andaian yangperlu dibuktikankebenarannya
Membuat pernyataan yangperlu diuji ketepatannya
Menyatakan pandanganyang perlu diuji kejituannya
(f) Mensintesiskan
Menggabungkan unsuryang berasingan untukmenghasilkan satugambaran menyeluruhdalam bentuk sepertipernyataan, lukisan danartifak.
Menggabungkan idea Menggubal semula Menyatukan idea-idea
Menyepadukan idea
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
21/25
Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang
memberi makna yang sama(g) Mengitlak
Membuat pernyataanumum terhadap sesuatuperkara untukkeseluruhan kumpulanberdasarkanpemerhatian ke atas
sampel atau beberapamaklumat daripadakumpulan itu.
Membuat pernyataan umumberdasarkan pola
Membuat generalisasi
Membuat rumusan umumdaripada keseluruhan idea
(h) Menganalogikan
Membentuk kefahamantentang sesuatu konsepyang kompleks secara
mengaitkan konsep itudengan konsep yangmudah atau maujud yangmempunyai ciri yangserupa.
Memetafora Membuat sindiran
Membuat kiasan
Membuat perlambangan Membuat simulasi
Membandingkan sesuatuyang ada ciri persamaan
(i) Membuat gambaranmental
Membuat tanggapan atau
membayangkan sesuatuidea, konsep, keadaanatau gagasan dalamminda atau f ikiran.
Mengimaginasi Menggambarkan dalam
bentuk lain Membayangkan dalam minda
Melakarkan peta minda Membuat khayalan Cuba fikirkan suatu peristiw a
Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang
memberi makna yang sama
(j) Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatuyang baru ataumelakukanpengubahsuaian kepadasesuatu yang sedia ada
untuk mengatasimasalah secaraterancang.
Cadangan idea original
Menghasilkan gubahanoriginal
Mereka bentuk Mencipta sesuatu
Membuat inovasi
Menghasilkan idea yangkreatif
Membuat pengubahsuaian
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
22/25
15
5. PENERANGAN TENTANG LAJUR DAN ARAS
Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ) ini adalah untuk kegunaanguru merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilikdarjah.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Sejarahdipersembahkan dalam tiga bahagian iaitu SinopsisTema/Tajuk, Carta Aliran dan Perincian Kandungan
Sukatan Pelajaran.
Sinopsis Tema/Tajuk merupakan ringkasan yang memberikefahaman mengenai kandungan dan skop keseluruhansesuatu tema/tajuk.
Carta aliran pula bertujuan menerangkan dengan lebih jelastentang rentetan peristiw a bagi sesuatu tema/tajuk. Cartaaliran mengandungi empat elemen iaitu latar belakang, sebab
dan akibat, fokus utama dan kesan.
Perincian kandungan Sukatan Pelajaran puladipersembahkan dalam lima lajur iaitu Tajuk, HasilPembelajaran, Konsep/Istilah, Cadangan aktiviti pembelajarandan Unsur Patriotisme / Hasil Tingkah Laku Patriotisme.
Dalam lajur Tema/Tajuk disenaraikan tajuk/subtajukdan ruang lingkup isi kandungan pengetahuan yang
akan dipelajari bagi setiap tema/tajuk. Dalampengajaran dan pembelajaran, semua pengetahuan yangdisenaraikan boleh digabungkan, dikaitkan dan dibincangkansecara berasingan mengikut kesesuaian tajuk, kesediaan dantahap keupayaan murid.
Dalam lajur Hasil Pembelajaran disenaraikan hasil
pembelajaran yang per lu dicapai oleh muridmenerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagisetiap tajuk mengikut. Aras ialah tahap
pembelajaran berdasarkan kebolehan dan kematangan yangperlu dicapai oleh murid. Walau bagaimanapun gurudigalakkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yangmeliputi ketiga-tiga aras untuk melahirkan murid yangmempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Bagi memudahkanpemeringkatan aras dibuat, model Taksonomi Bloom
digunakan sebagai panduan sepertimana yang dijelaskandalam jadual berikut:
ARAS1
Pengetahuan dan kemahiran yang boleh dikuasaioleh semua murid. Pengetahuan dan kemahiran iniadalah merupakan pengetahuan dan kemahiranasas meliputi pengetahuan dan pemahaman dalamTaksonomi Bloom dan mencakupi pemikiran
sejarah yang mudah
ARAS2
Pengetahuan dan kemahiran yang boleh dikuasaioleh major iti murid. Pengetahuan dan kemahiranini adalah merupakan peringkat aplikasi dananalisis dalam Taksonomi Bloom dan mencakupipemikiran sejarah yang lebih tinggi. Murid bolehmengaplikasi dan menganalisis bagaimanamanusia menggunakan masa, ruang, perubahan
dan kesinambungan tentang segala aspekkehidupan manusia1
2
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
23/25
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
24/25
17
5.2 Pemahaman Idea dan Konsep Sejarah
Sejarah mempunyai idea dan konsep khusus.Pemahaman dan penghayatan tentang idea dan konseptersebut amat penting untuk menjadikan pengetahuansejarah relevan dan berguna dalam kehidupan seharian.
5.3 Pemupukan Nilai dan Sikap Patriotik
Mata pelajaran Sejarah adalah pendukung utama
pemupukan semangat patriotik. Dalam pengajaran danpembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap aspeknilai dan iktibar melalui pengalaman sejarah untukmemupuk semangat setia negara, kebanggaan dankeperibadian sebagai rakyat Malaysia
5.4 Peningkatan Kemahiran Belajar dan Minat
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah,penekanan haruslah diberi terhadap perkembangankemahiran seperti mengumpul, mengelaskan, mentafsir,menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi maklumat.Penguasaan kemahiran belajar tersebut akanmeningkatkan kefahaman, pemikiran dan minat terhadapmata pelajaran Sejarah.
5.5 Penggunaan Pelbagai Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
Untuk memperkembangkan potensi serta meningkatkankeupayaan dan kebolehan murid secara menyeluruh danseimbang, murid perlu dilibatkan secara aktif dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid secara
aktif dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan
pemupukan nilai dengan lebih berkesan.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan ialahsyarahan, bercerita, simulasi, kajian kes, eksperimen,sumbangsaran, perbincangan, projek, main peranan,lakonan, penyelidikan, tunjuk cara, penggunaan sumber,kerja luar dan latih tubi. Guru boleh memilih mana- manakaedah dan teknik untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran.Pemilihan dan penggunaan metodologi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai, boleh menimbulkan minat sertamembangkitkan motivasi murid terhadap pelajaransekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiranmereka.
-
8/14/2019 Sejarah - Tingkatan 4 - 1
25/25
Sejarah
Negara Luar
6. PENDEKATAN ISI KANDUNGAN KURIKULUM
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH ATAS
Pendekatan isi kandungan kurikulum Sejarah SMAdibuat secara bersepadu tanpa mengasingkankomponen sejarah Malaysia dengan komponen sejarahnegara luar. Pengkajian bermula dengan aspek-aspeksejarah negara luar yang mempunyai perkaitan dengansejarah negara kita. Usaha ini bertujuan memberigambaran secara menyeluruh tentang evolusi peradaban
manusia dalam proses meletakkan negara kita padaperingkat antarabangsa yang sekaligus dapatmemperkasakan martabat bangsa dan negara Malaysiayang berdaulat.
Rajah 5: Pemilihan isi kandungan sejarah negara luar dalamKurikulum Sejarah
Rajah 6: Kadar pemberatan isi kandungan kurikulum SejarahSekolah Menengah Atas (SMA), menekankanSejarah Malaysia dan Sejarah Negara Luar yangmempunyai perkaitan.Sejarah
negaraluar yangberkaitandengan
Malaysia
Sejarah
Malaysia
Sejarah
Malaysia
Sejarah
Negara Luar