tajuk 2-pemilikan harta dalam islam
DESCRIPTION
PAM 101TRANSCRIPT
TAJUK: PEMILIKAN HARTA DALAM ISLAM
1.0 DEFINISI HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM
Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan harta sebagai barang-barang berharga seperti
rumah, tanah, bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang
perseorangan, syarikat atau pertubuhan.
Dalam Bahasa Arab, harta atau `al-mal’ merujuk kepada sesuatu yang dimiliki oleh
seseorang individu atau kumpulan manusia seperti barangan berharga, barang perniagaan,
asset tetap, wang atau haiwan.
Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta dalam berbagai tafsiran.Misalnya menurut
pendapat Ibn. Abidin dari kalangan fuqaha Hanafi mentafsirkan harta sebagai sesuatu
yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yang boleh
disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan.Imam al-Syafie pula berpendapat harta ialah
sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar gantirugi sekiranya berlaku
kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.
Dr. Abdul Karim Zaidan mendefinisikan harta sebagai sesuatu yang boleh dimiliki atau
akan dimiliki pada masa hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia.
Al-Zarqa , salah seorang fuqaha Hanafi mengambilkira keadaan `urf” atau adat kebiasaan
masyarakat umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau tidak.Apa sahaja
yang dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah tergolong
sebagai harta.
Dr.Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta ialah sesuatu yang diperlukan dan mampu
dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah)
contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan sebagainya.
Mohd. Ridzuan Awang pula menjelaskan harta adalah sesuatu benda yang boleh
dikuasai, dimiliki, disimpan, dikumpulkan serta memberi manfaah misalnya tanah,
bangunan, emas, saham, makanan dan lain-lain.
Konsep Hartanah menurut Islam
Berhubung dengan konsep hartanah dalam Islam, Kamus Dewan mendefinasikannya sebagai
harta yang terdiri daripada tanah dan rumah. (Kamus Dewan, 1989)
Selain daripada itu maksud hartanah ini meliputi tasik bahan galian yang masih mentah dan
belum dikeluarkan dari perut bumi, pantai, laut dan juga ruang udara.
Menurut Islam hartanah ialah harta yang terdiri daripada tanah atau `al-ard’.Perkataan `al-ard’
merangkumi bukit-bukau, lautan, ruang udara dan segala kekayaan yang terkandung
dalamnya.Ia juga mencakupi segala sesuatu yang wujud di permukaan tanah seperti bangunan,
air, tumbuh-tumbuhan dan semua benda yang wujud di bawahnya.( Mohd. Ridzuan Awang,
1994)
Berdasarkan undang-undang common law, hartanah ialah harta berupa tanah termasuk
permukaan bumi yang meliputi benda-benda berbentuk fizikal samada kewujudannya secara
semulajadi atau terlekat kemudiannya seperti bangunan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan
minyak.(Mohd. Ridzuan Awang, 1994)
Kanun Tanah Negara (National Land Code) 1965 di bawah seksyen 5 menjelaskan bahawa
hartanah hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:
a) Muka bumi dan semua benda yang menjadikan muka bumi
b) Tanah di bawah muka bumi dan semua benda yang terkandung dalanya
c) Semua tumbuhan dan keluaran semulajadi yang lain samada memerlukan tenaga terhadap
pengeluarannya atau tidak dan segala di atas atau di bawah muka bumi
d) Semua benda yang terlekat pada bumi atau terlekat selama-lamanya pada sebarang benda
yang terlekat pada bumi samadi di atas atau di bawah muka bumi itu
e) Tanah yang meliputi air
1.1 HARTA DI DALAM AL-QURAN
Perkataan yang berkaitan harta `al-mal’ dan kepenggunaannya banyak disebut dalam al-
Quran misalnya Surah al-Baqarah: 29, al-Baqarah: 284, al-Baqarah: 189, Surah al-
Taghabun:15 ,Surah al-A`raf; 128 dan banyak lagi.
Harta dalam al-Quran dikaitkan dengan segala yang terdapat di muka bum.Pemilik harta yang
mutlak dalam Islam adalah kepunyaan Allah yang Maha Kaya.( Dr. Razali Nawawi, 1999)
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 29 yang bermaksud:
“ Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi kemudian ia menuju
dengan kehidupannya ke arah bahan-bahan langit lalu dijadikannya tujuh langit dengan
sempurna dan Ia amat mengetahui akan setiap sesuatu.”
Dalam Surah al-Baqarah: 284 yang berbunyi:
“ Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah.”
Dalam Surah al-Nisa’ :29 Allah melarang mengambil harta orang lain secara batil.Firman
Allah berbunyi;
“ Janganlah kamu memakan harta di kalangan kamu secara batil melainkan dalam urus
niaga yang saling redha meredhai di antara kamu.”
1.2 CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAM
Secara lahiriahnya, harta berbentuk `ayn iaitu ia boleh dilihat, dipegang, disentuh, dikuasai
dan juga berbentuk manfaah setelah digunakannya.Di sini diutarakan beberapa pendapat tokoh-
tokoh Islam mengenai harta dan cirri-cirinya antaranya ialah al-Syalabi seorang pemikir Islam
berpendapat sesuatu itu dianggap harta bila ianya boleh dikuasai, dimiliki secara sah dan
berfaedah kepada si pemiliknya.Dr. Abdul Karim Zaidan pula menggariskan ciri-ciri harta
seperti berikut:
i) Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan contohnya
rumah, tanah, bangunan,kereta, wang, pakaian,makanan dan lain-lain
ii) Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan. Misalnya
ikan di lautan, burung di awan,haiwan di hutan atau galian dalm perut bumi
iii) Sesuatu yang tidak boleh dikuasai meskipun kita mendapat manfaat darinya
tidak dianggap harta seperti cahaya bulan,matahari atau udara.Namun begitu
dengan teknologi baru masakini, cahaya matahari boleh disimpan melalui
sistem solar dan oksigen boleh dikumpulkan dalam tabung oksigen
iv) Sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita mampu
menguasainya tidak termasuk harta.Contohnya sebutir beras, setitik air atau
sebiji gula halus
v) Sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum syara’ untuk
dimanfaatkan tidak boleh dianggap sebagai harta seperti
arak,khinzir,bangkai,darah atau hasil perolehan dari sumber yang haram
misalnya mencuri, riba,rasuah,menipu,merompak dan sebagainya (Abdul
Karim Zaidan, 1976)
Imam al-Syafie menegaskan harta ialah sesuatu yang mempunyai nilai komersil samada dalam
bentuk barangan atau manfaah dan ia boleh dikenakan gantirugi sekiranya berlaku sebarang
kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.Sesuatu itu tidak dianggap sebagai harta sekiranya
tiada seorang pun yang menghendakinya.( Wahbah al-Zuhaili,1989)
Ibn Abidin dari mazhab Hanafi berpendapat harta ialah sesuatu yang mempengaruhi jiwa
manusia yang boleh disimpan untuk digunakan jika perlu.Contohnya binatang ternakan, emas,
perak, saham dan sebagainya.
Wahbah al-Zuhaili mengatakan harta ialah setiap sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki
oleh manusia samada dalam bentuk benda atau manfaat.Contohnya seperti kenderaan,
bangunan, pakaian, saham dan sebagainya.(Wahbah al-Zuhaili, 1989)
Al-Zarqa’ salah seorang ulama mazhab Hanafi menambah faktor `al-`urf atau adat kebiasaan
sesebuah masyarakat yang menganggap samada sesuatu benda itu bernilai serta ada unsur-
unsur komersil atau sebaliknya perlu diambilkira sebagai harta.Contohnya bagi masyarakat
Arab, unta dan kambing biri-biri dianggap sebagai binatang ternak yang berharga manakala
emas dan perak adalah barang perhiasan yang paling bernilai dalam kehidupan mereka.
Menurut pendapat Mohd. Ridzuan Awang, harta ialah sesuatu benda yang boleh dikuasai,
dimiliki, disimpan dan dikumpulkan serta boleh mengambil faedah daripadanya.contohnya
seperti tanah, bangunan, emas, saham dan sebagainya.(Mohd. Ridzuan Awang, 1994)
Daripada definisi-definisi harta yang diberikan di atas, secara umumnya kita dapati terdapat
lima elemen utama dalam menentukan sesuatu benda itu sebagai harta menurut Islam iaitu:
i) Sesuatu benda itu boleh disimpan, dikumpul serta mampu dimiliki
ii) Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaah kepada manusia
iii) Sesuatu benda itu akan dikenakan gantirugi atau gantian jika ia dimusnahkan
iv) Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara’
v) Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia
1.3 HAK DAN MANFAAT
Para fuqaha bersepakat mengkategorikan sesuatu itu sebagai harta jika ia berupa benda yang
diharuskan oleh syara’, boleh dikuasai atau dimiliki dan juga bermanfaat.Hak dan manfaah
saling berkaitan dengan harta.Dari pemilikan harta, seseorang itu mendapat haknya untuk
menguruskannya serta bebas menggunakan faedah/manfaat dari hartanya.Hak secara umumnya
bermaksud kuasa atau autoriti yang diiktiraf oleh syara’ kepada seseorang untuk mengurus
hartanya.
Ulama membahagikan hak kepada dua bahagian iaitu:
i) Hak yang berkaitan dengan harta seperti mas kahwin, nafkah, harta sepencarian,
harta pusaka, wasiat, waqaf, hibah, sadaqah, zakat dan sebagainya
ii) Hak yang tidak berkaitan dengan harta seperti penjagaan anak, wali, wakil, rakan
kongsi, hak sebagai suami-isteri, hak rakyat, hak pekerja, hak pengguna, dan lain-
lain
Menurut hukum syara’, terdapat tiga jenis hak dalam Islam iaitu:
i) Hak Allah s.w.t (haqul-Allah) yang merangkumi tanggungjawab dalam menunaikan
ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, mengerjakan haji serta melaksanakan
tuntutan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh syara’
ii) Hak manusia (haqun-nas) meliputi yang umum dan khusus seperti menuntut
gantirugi, harta pusaka, nafkah, penjagaan anak, kontrak dan sebagainya.Ini
termasuklah hak manfaah yang dikongsi bersama (huquq al-irtifaq) yang
merangkumi haq al-Syirb, al-Majra dan al-Masil yang berkaitan dengan soal air,
haq al-Murur pula melibatkan laluan jalan dan haq al-Jiwar berhubung dengan
jiran tetangga
iii) Hak bersama (haqul-musytarak)merangkumi hak Allah dan manusia seperti
menunggu iddah untuk wanita yang bercerai hidup atau mati, qisas(bunuh dibalas
bunuh) dan diyat(wang tebusan darah)
Perkataan `manfaah’ merujuk kepada sesuatu yang berfaedah atau berguna kepada manusia.Ia
adalah sebahagian daripada harta.Manfaah harta boleh diperolehi melalui beberapa cara
antaranya seperti pinjaman, sewaan (ijarah), waqaf dan wasiat (yang bersyarat) serta keizinan
(ibahah)
Menyentuh hubungan hak dan manfaah dengan harta, menurut mazhab Hanafi menyatakan
kedua-duanya tidak termasuk dalam kategori harta atau mal berbeza dengan pandangan jumhur
ulama’ menganggap kedua-duanya adalah mal.Ia boleh diniagakan dalam bentuk benda (`ain)
dan manfaah yang diharuskan oleh syara’.Imam Abu Hanifah menegaskan hak dan manfaah
tidak tergolong harta kerana keduanya tidak boleh dilihat dan dikuasai atau disimpan dalam
tempoh waktu tertentu untuk digunakan ketika perlu.
2.0 KATEGORI ATAU JENIS-JENIS HARTA
Secara khusus, harta dalam Islam terbahagi kepada beberapa jenis antaranya seperti berikut:
a. Harta bernilai dan tidak bernilai (mal al-mutaqawwam wal mal ghair al-
mutaqawwam)
Harta yang bernilai ialah harta yang boleh dimiliki dan dikuasai oleh
seseorang serta diharuskan oleh syara’ untuk penggunaannya.Di samping itu,
menurut setengah ulama’ mengatakan harta al-mutaqawwam juga hendaklah
berguna dan bermanfaat kepada seseorang individu atau kelompok
manusia.Harta jenis ini kebanyakkannya terdiri daripada harta alih dan tak
alih seperti emas dan perak, binatang ternakan, hasil pertanian, rumah, kereta
dan sebagainya.
Harta yang tidak bernilai pula ialah harta yang tidak dikuasai atau yang
belum lagi dimiliki oleh seseorang misalnya burung yang terbang di angkasa,
ikan yang berenang di dasar lautan, haiwan di dalam hutan dan sebagainya.
Harta tidak bernilai ini juga termasuklah harta yang tidak diiktiraf oleh syara’
atau syara’ tidak mengharuskan penggunaannya kecuali ketika berlaku
keadaan darurat (terpaksa) seperti haram memakan bangkai atau daging
khinzir tetapi jika tiada makanan halal yang lain demi untuk menyelamatkan
nyawa daripada mati kebuluran, hokum syara’ mengharuskan mengambilnya
sekadar yang perlu.Oleh itu, seseorang Muslim tidak boleh mengambil
manfaat daripada benda-benda haram kecuali ketika darurat.
Walaubagaimanapun, bagi masyarakat bukan Islam benda-benda haram
seperti arak dan khinzir merupakan harta yang bernilai untuk
mereka.Sehubungan ini, menurut pendapat Imam Abu Hanifah, benda-benda
haram ini adalah harta untuk masyarakat bukan Islam.Sekiranya seorang
Islam atau bukan Islam merosakkan harta tadi, mereka wajib membayar
gantirugi.
Kesan pembahagian harta bernilai dan tidak bernilai adalah seperti berikut:
i) Jika harta yang dirosakkan itubernilai, wajiblah diganti dan jika sebaliknya
maka tidak perlu diganti
ii) Harta yang bernilai sah untuk urusan jualbeli, pemberian hadiah, disewa,
digadai dan sebagainya sedangkan harta yang tidak bernilai tidak sah untk
tindakan sedemikian
b) Harta alih dan Harta Tak alih (mal al-manqul wal mal al-aqar)
Umumnya, harta alih ialah harta yang boleh diubah dari satu tempat ke satu
tempat lain manakala harta tak ali ialah harta yang tidak boleh diubah kedudukan
asalnya.Dalam Majalah al-Ahkam al-Adliyyah, harta alih adalah `sesuatu yang boleh
dipindahkan dari sesuatu tempat seperti matawang, barang-barang, binatang dan benda yang
bersukat atau bertimbang.
Menurut pandangan ulama’ Hanafi, harta alih (al-manqul) ialah harta yang boleh berpindah
atau diubah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal
atau pun bertukar kerana perpindahan itu.Misalnya barang perniagaan, perabut hiasan,
kenderaan, wang, barang-barang yang disukat atau dibungkus, binatang ternakan, buah-buahan
dan lain-lain.Golongan ini menerangkan harta tak alih (al-aqar) ialah harta yang kekal di
tempatnya yang tidak boleh dipindah atau diubah seperti rumah dan tanah.Oleh itu segala
benda di atas tanah misalnya pokok, tanaman dan bangunan di atas tanah tersebut yang tidak
boleh dipisahkan dari tanah dianggap sebagai harta tak alih.
Manakala ulama’ Maliki pula berpendapat harta alih (al-manqul) adalah sesuatu yang boleh
dialih dan dipindahkan dari satu empat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan
strukturnya kekal seperti biasa contohnya seperti buku, kenderaan, pakaian dan
sebagainya.Golongan ini seterusnya mengatakan harta tak alih ialah sesuatu yang tidak boleh
dipindah atau diubah kedudukannya seperti tanah dan juga sesuatu yang boleh dipindah
sekiranya berlaku perubahan bentuk ketika perpindahan itu seperti pokok dan bangunan.Pokok
jika ditebang akan berubah menjadi kayu api manakala bangunan jika diruntuhkan akan
menjadi hancur.
Adakalanya berlaku pertukaran harta manqul menjadi aqar dan sebaliknya.Contohnya seperti
pintu, kunci mangga pada pintu dan saluran elektrik atau air menjadi aqar kerana ia
bersambung dan melekat kepada sesuatu benda aqar.Contoh benda aqar menjadi manqul ialah
seperti batu-bata atau kayu-kayan dari runtuhan binaan, bahan-bahan galian, batu-batan dan
tanah.Batu-batan, bahan galian dan tanah menjadi manqul sebaik sahaja ia terpisah dari
bumi.Begitu juga dengan gambar lukisan dan kerusi yang diskrukan boleh menjadi manqul bila
skrunya ditanggalkan dan dipindah ke tempat lain.
Tujuan pembahagian kepada harta alih dan tak alih ini ialah untuk menentukan hokum berikut:
i) Harta tak alih tertakluk kepada hokum syuf`ah sedangkan harta alih tidak
tertakluk kepada syuf`ah
ii) Seorang wasi misalnya wasi bagi kanak-kanak atau orang yang cacat fikiran,
harus menjual harta alih kanak-kanak tersebut jika penjuala itu mengandungi
masalah.Sebaliknya tidak harus menjual harta tak alih melainkan jika menjadi
tuntutan syara’ seperti tanah itu terpaksa dijual kerana membayar hutang yang
ditanggung oleh anak tersebut disebabka hutang yang ditinggalkan oleh
ibubapanya dan tidak sempat dilangsaikan
iii) Berhubung dengan harta yang terpaksa dijual untuk membayar hutang, penjualan
harta alih hendaklah diutamakan.Harta tak alih hanya dilakukan sebagai langkah
terakhir.
c) Harta yang ada persamaannya atau serupa dan Harta yang Seharga ( mal
al-mithliy wal mal al-qimiy)
Harta mithliy ialah harta yang homojenis yang banyak terdapat di pasaran tanpa
ada perbezaan yang ketara dari segi kualiti dan kuantitinya.Harta ini ditentukan
dengan berbagai cara seperti sukatan, timbangan, bilangan dan ukuran.Secara
khusus, harta mithliy terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
a. al-makilat ialah barang-barang yang boleh disukat seperti gandum, beras
dan gula dengan sukatan kati, tahil, cupak dan gantang mengikut keadaan
uruf(adat kebiasaan) masyarakat setempat.
b. al-mauzunat ialah benda yang boleh ditimbang seperti kapas, garam, buah-
buahan dan sayuran menggunakan alat penimbang/neraca.
Di zaman moden ini, sukatan dan timbangan boleh diperolehi dalam bentuk
bungkusan, paket dan bekas plastik dalam sukatan kilogram atau gram
dengan tanda harga sekali.
c. al-`adadiyyat ialah benda yang boleh dihitung atau dikira seperti telur,
buku, pensil, kerusi, meja dan kereta.
d. al-dzar`iyyat ialah benda atau barang yang boleh diukur ketinggian,
keluasan, panjang dan dalamnya dengan menggunakan kiraan ela, kaki,
inci, depa, meter, kilometer, liter, sentimeter, milliliter dan lain-lain
mengikut ukuran tradisional atau moden.
Mengikut takrif yang diberika dalam Majallah al-Ahkam, harta yang serupa
(mithliy) merangkumi jenis barang-barang yang senang didapati di pasaran
seperti jenis pakaian yang sama jenama atau saiz, jenis kenderaan yang
sama dan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereka yang sama.Sehubngan
ini Imam al-Ghazali berpendapat bahawa harta mithliy ialah harta yang
serupa dari segi manfaat dan harganya atau nilai harganya hampir sama.
Harta seharga (qimiy) ialah harta yang tidak mempunyai keserupaan di
pasaran atau terdapat keserupaan tetapi berbeza nilai harga di antaranya di
pasar.Misalnya binatang ternak, pokok, tanah, rumah kediaman, permaidani,
batu permata berlian, barang-barang antik atau barang-barang terpakai.Ini
termasuklah barang yang berbeza nilai antara satu dengan lain kerana
berbeza saiz dan jenisnya seperti buah betik dan buah durian yang berlainan
saiz dan jenisnya.Harta qimiy juga merupakan jenis harta yang memiliki
ciri-ciri yang khusus sebagai penentu nilai harganya.
Pendekata, harta qimiy terdiri daripada barangan yang sukar diperolehi di
pasaran atau barang yang ada di pasaran tetapi harganya berbeza disebabkan
adanya perkara yang berbeza contohnya seperti perbezaan bilangan,
sukatan serta sifat barangan itu.
Pertukaran Harta Mithliy Menjadi Harta Qimiy dan Sebaliknya
Pertukaran harta mithliy menjadi qimiy boleh berlaku dalam keadaan
berikut:
i) Tiada stok lagi di pasaran.Jika harta mithliy ini terputus atau kehabisan
di pasaran, ia bertukar menjadi harta qimiy
ii) Berlaku percampuran.sekiranya harta mithliy yang terdiri dari dua jenis
yang berbeza seperti gandum dengan beras bercampur maka
percampuran itu menjadi barang qimiy
iii) Terdedah kepada bahaya. Jika harta mithliy terdedah pada bahaya
seperti terbakar, malapetaka atau tenggelam maka ia menjadi harta
qimiy yang bernilai khusus cacat, rosak atau telah digunakan.Sekiranya
harta mithliy menjadi cacat, kurang nilai atau telah digunakan maka ia
bertukar menjadi harta qimiy yang bernilai khusus
Pertukaran harta qimiy menjadi harta mithliy boleh berlaku ketika harta itu
pada asalnya sedikit bertukar menjadi banyak.Dengan ini harganya tidak khusus lagi.
Kesan dari pembahagian ini adalah seperti berikut:
i) Harta mithliy boleh menjadi harga tukaran dalam sesuatu jualbeli dengan
cara ditentukan jenis dan sifatnya tetapi harta qimiy tidak boleh menjadi
harga tukaran dalam jualbeli
ii) Jika seseorang merosakkan harta mithliy dengan sengaja, ia wajib
membayar ganti rugi yang sama banyak dengan jumlah yang dirosakkan
itu.Pembayaran ganti rugi hendaklah mengikut tafsiran yang menyamai
barang atau harga barang yang dirosakkan.
iii) Berlaku pembahagian harta mithliy yang diperkongsikan secara
paksa.Setiap rakan kongsi berhak mengambil bahagiannya ketika
ketiadaan rakan kongsinya sekira beliau tidak memberi keizinan.Dalam
kes harta qimiy, pembahagian harta secara paksaan tidak berlaku
sekiranya rakan kongsinya tidak memberi keizinan.
iv) Dalam harta qimiy tidak berlaku riba jika berlaku pertambahan.Misalnya
harus dijual sedikit dengan banyak daripada barang atau harta yang sama
jenis.dalam harta mithliy berlaku riba jika terjadi pertambahan ke atas
dua barang yang sejenis dari segi kuantiti dan kualitinya.
d) Harta yang berubah bentuk asalnya dan harta yang tidak berubah
bentuknya setelah digunakan(mal al-istihlakiy wal mal al-isti`maliy)
Harta yang boleh berubah bentuk asalnya setelah ia digunaka dikenali sebagai
`mal al-istihkaliy’ seperti makanan, minuman, buah-buahan dan
sayuran.Sebaliknya harta yang tidak akan berubah bentuk atau struktur asalnya
selepas ianya dipakai dikenali sebagai `mal al-isti`maliy’ misalnya pakaian atau
barang perhiasan yang telah dipakai berulang kali, perabut hiasan rumah, kereta
terpakai dan sebagainya.Harta –harta ini masih kekal keadaannya dan masih boleh
digunakan lagi tetapi nilainya akan susut.
2.1 HARTA INTELEK (INTELLECTUAL PROPERTY)
Harta intelek ini terangkum dalam kategori harta yang bermanfaat hasil dari keilmuan,
kepakaran, pengalaman, bakat kebolehan, daya kreativiti dan inovasi seseorang individu
itu.Menurut definisi daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property
Organization) harta intelk ialah “….segala hak mutlak hasil daripada aktiviti keintelektualan
seperti dalam bidang industri, saintifik dan bidang kesusasteaan atau kesenian.Tiada siapa yang
boleh meniru, menyalahguna atau menciplak hak peribadi individu tersebut.Di Malaysia,
misalnya terdapat peruntukan akta seperti Akta Copyright dan Akta Printing sebagai
mengawal gejala yang tidak sihat ke atas harta intelek ini termasuklah budaya ciplak dan cetak
rompak.
3.0 HARTA DAN PEMILIKAN DALAM ISLAM
Sila rujuk di bawah tajuk harta dan pemilikan harta dalam Islam untuk maklumat lanjut.
4.0 RUJUKAN
1. Abdul Kadir Audah, 1997, Harta dan Pemerintahan Dalam Islam (terj), Pustaka
Antara, Kuala Lumpur
2. Abdul Halim al-Muhammady, Dr., 2004, Undang-undang Muamalat Dan
Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam, DBP, Kuala Lumpur
3. Abdul Monir Yaacob, 1999, Pentadbiran Harta Dalam Islam, (peny) , IKIM
4. Faizah Hj. Ismail, 1995, Asas-Asas Muamalat Dalam Islam, DBP, Kuala Lumpur
5. Mohd. Razali Nawawi, Dr., 1999, Islamic Law On Commercial Transaction, CT
Publications Sdn Bhd. Kuala Lumpur
6. Mohd. Ridzuan Awang, 1994, Undang-Undang Tanah Islam, Pendekatan
Perbandingan, DBP, Kuala Lumpur
7. Wahbah al-Zuhaili, 1996, Fiqh Perundangan Islam, (terj), DBP, Kuala Lumpur
8. ____________, 2002, Fiqh Perundangan Islam, (terj), Jilid IV dan V, DBP, Kuala
Lumpur
9 Salleh Buang, 1995, Undang-undang Tanah Di Malaysia, DPB, Kuala Lumpur
10. Azizon Salleh, Kertaskerja bertajuk Konsep Hartanah dalam Islam, dibentangkan
pada Bengkel Pengajaran Kursus Pendidikan Islam Semester 3, Mei 2002
11. Baharuddin Sayin, Prof. Madya, Kertaskerja bertajuk Asas-Asas Hartanah Islam,
dibentangkan pada Bengkel Pengajaran Kursus Pendidikan Islam Semester 3, Mei 2002
12. NoorSalawati Hj. Sabtu, Kertaskerja bertajuk Pemilikan Harta Dalam Islam,
dibentangkan pada Bengkel Pengajaran kursus Pendidikan Islam semester 3, Mei 2002
13. Tafsir Pimpinan ar-Rahman, 2005, JAKIM, Kuala Lumpur, Malaysia
HARTA DAN PEMILIKAN HARTA DALAM ISLAM
1. MAKSUD MILIK DAN PEMILIKAN
Milik atau pemilikan berhubungkait di antara manusia dan harta yang diiktiraf oleh
syara’ dimana seseorang individu itu mempunyai hak atau autoriti dan dibenarkan
mentadbir harta tersebut mengikut kehendak atau keperluannya.
Majalah al-Ahkam al-Adliyyah iaitu Perkara 125 mendefinisi `milk’ sebagai sesuatu
yang dimiliki oleh seseorang samada dalam bentuk barang(`ain) atau
faedah(manfaat).Menurut pendapat jumhur ulama’, milik dan harta saling berkaitan
manakala Imam Abu Hanifah menekankan bahawa milik lebih umum daripada harta di
mana `manfaah’ dan `hak’ merupakan milik bukannya harta kerana kedua-duanya tidak
dapat dilihat.
Dari segi bahasa, `milk’ bermaksud pemilikan harta oleh seseorang manusia atau
individu dan penguasaannya terhadap harta tersebut yang menghalang orang lain
campurtangan kecuali atas kebenaran pemilik harta dan terdapatnya halangan
syara’.Menurut pendapat Ibn. Humam, hak milik yang dimaksudkan oleh syara’ ialah
autoriti yang membolehkan seseorang mengurus hartanya tanpa sebarang halangan atau
pertolongan daripada pihak lain.
Al-Maqdisi pula mentakrifkan `milk’ sebagai pemilikan khusus ke atas sesuatu yang
menghalang orang lain dari mengunakannya kecuali dengan cara yang diiktiraf oleh
syara’.Definisi hak milik oleh al-Suyuti misalnya adalah lebih jelas iaitu `ketetapan
hokum syara’ ke atas sesuatu benda atau manfaah sesuatu yang membolehkan
pemiliknya memanfaatkannya samada secara fizikal atau manfaatnya selama tiada
halangan syara’ ‘.Berdasarkan definisi-definisi milik dan pemilikan ini, dapat
dirumuskan antaranya:
a) Pemilik harta mempunyai hak milik yang mutlak ke atas hartanya
b) Pemilik harta tersebut bebas mentadbir dan mengurus hartanya
c) Beliau berkuasa untuk memberi atau mengambil faedah (manfaah) daripada
hartanya seperti jualbeli, menyewa, menggadai atau memberi pinjaman.
d) Beliau juga berhak menyerah harta dan manfaatnya kepada orang lain melalui
hibah, wasiat, waqaf,zakat, sadaqah
e) Beliau boleh memusnahkan hartanya sekiranya tidak diperlukan lagi
Sekiranya terdapat halangan syara’ (awarid) atau kurang keahlian (ahliyyah) bagi pihak
pemilik harta seperti masih kanak-kanak, gila, bodoh, nyanyuk dan sebagainya, beliau
boleh melantik wali (penjaga), wasi (pemegang amanah) atau wakil (pengganti) untuk
mentadbir harta tersebut.Harta pada umumnya boleh dimiliki kecuali sekiranya berada
dalam keadaan berikut:
e) Harta yang tidak boleh dimiliki dan diberi milik iaitu dikhususkan untuk faedah
orangramai/awam seperti jalanraya, jambatan, landasan keretapi, sungai,
perpustakaan awam, tempat rekreasi dan sebagainya.
f) Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syara’ iaitu harta wakaf
dan harta Baitulmal (harta kerajaan).Harta Baitulmal sama kedudukannya dengan
harta anak yatim
Selain daripada dua jenis harta di atas, semua harta harus dimiliki dan dipindah
milik kepada orang lain secara hak atau sah.
2) KATEGORI MILIK DAN PEMILIKAN HARTA
Pemilikan dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu:
a. Pemilikan sempurna( al-Milk al-Tam)
b. Pemilikan tidak sempurna( al-Milk al-Naqis)
2.1) PEMILIKAN SEMPURNA (MILK AL-TAM)
Pemilikan sempurna ialah pemilikan yang memberi hak atau kuasa penuh/ mutlak ke atas
pemilik harta untuk mentadbir, mengurus, memberi dan mengambil faedah daripada hartanya.
Pemilik harta ini juga memiliki kedua-duanya iaitu `ayn (bentuk fizikal) dan faedah (manfaah)
harta tersebut.
2.1.1) Ciri-ciri pemilikan sempurna
Di antara cirri-ciri pemilikan sempurna adalah seperti berikut:
i) Ia adalah hak milik yang kekal dan tidak terikat dengan tempoh masa dan tempat
yang tertentu
ii) Hak milik harta tidak gugur walaupun harta itu dirampas orang
iii) Pemilik harta diberi kebebasan penuh untuk menguna dan memanfaatkan hartanya
mengikut kehendaknya seperti melabur, menyewa, menjual, memberi pinjam,
mewakaf, mewasiat, menghadiah (hibah) atau memusnahkan hartanya
iv) Jika pemilik harta memusnahkan atau merosakkan hartanya sendiri tanpa sebab,
beliau tidak akan dikenakan ganti rugi sebaliknya boleh ditahan atau disekat daripada
mentadbir hartanya.
2.1.2) Kaedah memperolehi pemilikan sempurna
Menurut perundangan Islam, pemilikan sempurna boleh diperolehi menerusi beberapa cara
seperti berikut:
i) Penguasaan dan pemilikan terhadap harta yang diharuskan oleh syara’ seperti
harta `mubah’.Harta mubah melibatkan harta- harta berikut:
a) Tanah yang belum diterokai (Ihya al-mawat)
b) Bahan galian yang ditemui dalam tanah atau perut bumi (al-maadin)
c) Binatang buruan yang hidup liar (al-siyad)
d) Kawasan rumput liar (al-kala’)
ii) Pemindahan harta secara warisan seperti pusaka dan wasiat
iii) Berlakunya akad/kontrak yang mengharuskan pemindahan hak milik
1v) Hak rakan kongsi (Shufa’ah)
vi) Pengagihan zakat, pemberian sukarela seperti (hibah), sadaqah dan waqaf
A) Penguasaan harta yang diharuskan oleh syara’ (harta mubah)
Harta mubah ialah harta yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan diharuskan oleh syara’ untuk
sesiapa sahaja yang berusaha untuk memilikinya dengan niat dan cara yang diiktiraf
syara’.Penguasaan hak milik melalui harta mubah antaranya:
i) Penerokaan tanah Ihya’ al-mawat
Ihya’ al-mawat ertinya memulih, menyuburkan, mengaktifkan dan
membangunkan tanah yang mati, gersang dan terbiar.Tanah ini tidak dimiliki
oleh sesiapa, tiada kemudahan asas serta kedudukannya jauh dari kawasan
kediaman. Dari segi bahasa, perkataan `ihya’’ bermaksud menjadikan sesuatu
itu hidup atau pulih iaitu menjadikannya bertenaga dan berkembang. Manakala
`al-mawat’ ialah tanah yang tidak ada kegiatan di atasnya, tiada bekalan air,
tidak dimiliki dan tidak ada sesiapa yang memanfaatkannya.(Wahbah az-
Zuhaili, Jilid V, 2002). Oleh itu sekiranya tanah itu telah dimiliki tetapi tidak
diusahakan atau tanah itu berada jauh di pedalaman tetapi ada kemudahan asas
untuk orang awam seperti tempat katu-kayan, tanaman atau tempat ternakan
binatang tidak dianggap sebagai tanah mati.Sesiapa yang berusaha
membangunkan tanah mati atau terbiar ini berhak mendapat hak milik atas
usahanya sendiri samada ianya mendapat kebenaran dari pihak pemerintah
atau tidak.Ini berdasarkan hadis Rasululah s.a.w yang bermaksud:
“ Sesiapa yang meneroka tanah mati maka ia berhak mendapat milik.”
Imam Abu Hanifah menegaskan keizinan daripada pemerintah adalah perlu
untuk menjaga kepentingan awam manakala Imam Syafie mengatakan ianya
hanyalah sebagai suatu galakan sahaja.
Setelah berlaku pemilikan ke atas harta tersebut, masa untuk
membangunkannya adalah selama tiga tahun. Sekiranya ia tidak berjaya
mengusahakannya dalam tempoh masa tiga tahun, pihak pemerintah berhak
mengambilnya kembali serta memberikannya kepada orang yang mampu
menerokanya.had tempoh masa selama tiga tahun ini adalah merujuk kepada
pendapat khalifah Umar al-Khattab.
Terdapat berbagai pendapat ulama’ mengenai cara membangunkan tanah yang
mati.Misalnya pembangunan tanah mati adalah dengan cara menjadikan tanah
itu sesuai sebagai kawasan pembinaan, kediaman, perladangan, pertanian,
perikanan, perlombongan atau perindustrian.Mengikut pendapat setengah
ulama’ Syafie dan Hanbali, pembangunan tanah ini berdasarkan kepada
penerimaan `uruf’ sesebuah masyarakat serta kesesuaian tanah tersebut. Imam
Syafie berpendapat, untuk menggambarkan kediaman adalah disyaratkan
supaya mendirikan pagar sekeliling kawasan itu dengan bata, kayu, tembok
atau pintu.Ulama Maliki pula berpendapat membangunkan tanah perlu
dilakukan salah satu daripada perkara berikut seperti menggali telaga,
mengeringkan air sekiranya tanah itu berair, membuat batas tanaman,
menanam pokok, meratakan tanah dan bata yang tidak diperlukan dan
sebagainya yang relevan.Imam Hanbali merpendapat membangunkan tanah
ialah dengan memagar kawasan tanah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w
bermaksud:
“Sesiapa yang memagar sesuatu kawasan maka ia menjadi haknya.”
(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
Sebaliknya, tanah yang pernah dimiliki tidak dianggap sebagai tanah yang
boleh diteroka walaupun tidak lagi dimanfaatkan atau telah ditinggal oleh pemiliknya sehingga
menjadi terbiar.Begitu juga tanah yang terletak di kawasan bandar dan kawasan pembangunan
tidak dianggap sebagai tanah yang boleh diterokai.
Sistem Torrens yang diperkenalkan dalam Kanun Tanah Negara telah mengenepikan
pemilikan tanah secara `ihya al-mawat’ misalnya seksyen 46 dan 48 Kanun Tanah Negara.Hal
ini digambarkan dalam kes Sidek mlwn Kerajaan Negeri Perak di mana mahkamah
memutuskan bahawa pembukaan mati kerajaan melalui `ihya al-mawat’ oleh seseorang itu
dianggap sebagai setinggan yang tidak mempunyai hak di sisi undang-undang.Sehubungan ini,
prinsip `ihya’ al-mawat’ boleh diperkenalkan dalan kanun Tanah Negara ini segabai langkah
yang positif.
ii) Bahan galian dan harta karun (al-maadin)
Bahan galian yang dimaksudkan di sini ialah bahan galian mentah dan harta
karun yang ditemui berada dalam perut bumi.Bahan galian mentah ini adalah
seperti berikut:
a) Bahan galian yang boleh dilebur dan dibentuk seperti emas, perak, tembaga,
besi dan timah
b) Bahan galian yang tidak boleh dilebur berbentuk pepejal seperti batu permata,
granit, marmar dan arang batu
c) Bahan galian berbentuk cecair seperti gas dan petroleum
Para fuqaha Muslim berbeza pendapat mengenai kedudukan bahan galian ini samada boleh
dimilki oleh orang perseorangan atau sebagai milik pemerintah.Al-Kasani dari golongan
ulama’ Hanafi berpendapat pihak pemerintah cuma berhak setakat atas permukaan sahaja
manakala di bahagian bawahnya adalah milik orang yang menemuinya.
Di sini ia berhak mendapat 4/5 bahagian dari harta tersebut dan 1/5 hendaklah
diserah kepada Baitul Mal.Ulama’ Maliki pula berpendapat bahawa bahan galian adalah milik
pemerintah untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara bukannya dimonopolo oleh
individu tertentu sahaja.Menurut ulama’ Syafie dan Hanbali sekiranya bahan galian yang
mudah diperolehi, ia adalah milik awam dan jika ia memerlukan lebih usaha untuk
mendapatkannya, ia akan menjadi milik individu yang menemuinya.
Harta karun pula ialah harta zaman purba yang tertimbus dalam perut bumi
sebelum atau selepas Islam akibat perbuatan manusia atau bencana alam.Menurut
pendapat ulama’ Maliki dan Syafie, harta yang ditanam di zaman Jahiliyyah
dikenali sebagai harta `rikaz’ manakala harta yang ditanam di zaman Islam
dianggap sebagai harta `maadin’.
Harta rikaz wajib dikeluarkan zakat seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
“ Pada binatang, telaga dan al-maadin tidak dikenakan apa-apa.tetapi pada al-
rikaz diwajibkan sati perlima (khumus).”
Hukum Harta Karun
Ulama’ membahagikan harta karun kepada dua iaitu sebelum Islam dan selepas
Islam.Harta karun zaman Islam terdapat tanda-tanda atau tulisan lambing Islam seperti ayat-
ayat al-Quran , nama Allah, Rasulullah atau khalifah Islam.Sebaliknya harta karun zaman
Jahiliyyah terdapat padanya ukiran patung, berhala atau nama pembesar mereka.Menurut
pendapat jumhur ulama’ harta karun zaman Islam kekal menjadi milik tuanpunyanya.Sesiapa
yang menemuinya tidak boleh memilikinya kerana ia dianggap sebagai harta yang tercicir
(luqatah) iaitu ia wajib mengiklannya kepada orangramai.Sekiranya tuannya ditemui
hendaklah diserahkan kepadanya.Menurut Imam Abu Hanifah, jika tuannya tidak datang
menuntut, harta itu hendaklah diserahkan kepada fakir miskin.Walaubagaimanapun golongan
ulama’ Maliki, Syafie dan Hanbali mengharuskan orang yang menjumpainya mengambil
faedah (manfaah) daripadanya sehinggalah tuanpunya harta itu datang menuntut.
Dalam kes harat karun zaman Jahiliyyah, jumhur ulama’ sepakat mengatakan 1/5
adalah untuk Baitul Mal dan bakinya 4/5 adalah khilaf ulama’.Ada pendapat mengatakan
bakinya menjadi pemilik orang yang menemuinya samada dalam tanah yang dimiliki atau tidak
oleh sesiapa manakala terdapat juga pandangan menegaskan ia adalah milik tuanpunya tanah
jika dijumpai dalam tanahnya.
iii) Perburuan dan Penangkapan Binatang buruan (al-siyad)
Perburuan ialah cara yang digunakan untuk menangkap binatang liar yang terdapat di
dalam hutan atau padang pasir.Penangkapan pula ialah cara untuk menangkap binatang seperti
burung yang terbang di angkasa atau ikan yang berenang dalam lautan atau air.Binatang –
binatang liar yang hidup bebas dalam hutan dan belum dimiliki oleh sesiapa seperti kijang,
harimau, singa, gajah, rusa dan sebagainya boleh dimiliki oleh sesiapa yang mampu menguasai
dan menangkapnya.Begitu juga dengan ikan di dalam tasik, kolam, sungai atau di lautan.
Buru (al-saidu) dan tangkap ertinya menguasai seseekor binatang yang diharuskan oleh syara’
dan tidak lagi dimiliki sesiapa. Menurut pandangan jumhur ulama’, penguasaan dan
pengiktirafan hak milik cara ini berlaku dengan beberapa syarat iaitu:
i) Perbuatan memburu dan menangkap haiwan berkenaan
ii) Peralatan menggunakan senjata bantuan buruan atau tangkapan seperti
senapang, panah, tombak, alat perangkap, jala, jaring, bubu atau pukat
iii) Bantuan binatang yang terlatih untuk berburu seperti burung, anjing, kucing,
harimau dan lain-lain.
iv) Niat untuk berburu atau menangkap binatang seperti menggali lubang,
memasang perangkap atau menahan alat-alat tertentu. Jika ia menggali lubang
atau telaga untuk mendapatkan sumber air, tiba-tiba terjatuh seekor rusa ke
dalamnya, ini tidak termasuk mendapat hak milik.
v) Pemburuan atau penangkapan itu membuatkan binatang itu tidak mampu lari
melepaskan diri ke tempat asalnya.
Memburu adalah harus dilakukan oleh seseorang mengikut kemampuannya selagi ia tidak
memudharatkan dirinya, selagi ia tidak berada dalam ihram haji dan umrah ataupun binatang
buruan itu berada di tanah haram (Makkah atau Madinah).Firman Allah dalam Surah al-
Maidah: 96 yang bermaksud:
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati daripada laut
sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang yang dalam pelayaran tetapi diharamkan atas
kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram…..”.
Firman Allah lagi yang berbunyi: “Apabila kamu selesai tahalul maka berburulah.”
Ayat-ayat di atas jelas menerangkan usaha pemburuan dan penangkapan adalah sebagai sebab
untuk mendapatkan hak milik dan juga cara menghalalkan makan binatang buruan tersebut.
iv) Kawasan rumput liar (al-kala’ wal ajam)
Penguasaan ke atas rumput (al-kala’) ialah rumput liar yang hidup melata atas tanah tana
ditanam yang menjadi tempat makanan binatang ternakan.Begitu juga dengan pokok-pokok
yang hidup liar dalam hutan atau di atas tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa.Menurut
pendapat jumhur ulama’, rumput (al-kala’) ini tidak boleh dimiliki meskipun ia tumbuh di
kawasan tanah yang ada tuannya kerana rumput ini hukumnya harus untuk kegunaan semua
orang.Pemilik tanah tersebut tidak boleh melarang orang lain untuk menyabit rumput atau
membawa ternakan mereka meragut rumput tersebut berdasarkan kepada hadis Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
“Manusia berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, rumput dan bahan api.”
Berhubung dengan pokok-pokok hutan pula, ia adalah termasuk `harta yang harus’ sekiranya ia
berada dalam kawasan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa.Oleh itu, semua orang
mempunyai hak untuk menguasainya.Namun begitu, kerajaan mempunyai kuasa untuk
melarang penebangan pokok-pokok ini daripada pupus dalam usaha mengekalkan kehijauan
alam dan sekaligus sebagai tempat tadahan hujan.
Jika pokok-pokok liar itu berada di kawasa tanah milik individu, maka ia menjadi miliktuan
punya tanah tersebut.Dalam kes ini, tiada siapa boleh menceroboh mengambil atau
menebangnya melainkan dengan keizinan pemiliknya.Ini disebabkan pokok-pokok hutan itu
dijaga bertujuan mengambil hasil kayunya manakala rumput-rampai yang hidup liar itu tidak
dijaga untuk tujuan komersil.
B) Pemindahan harta secara warisan
Pemilikan sempurna juga berlaku hasil daripada perwarisan harta seperti harta pusaka dan
wasiat.Pusaka ialah waris mengambil tempat si mati ke atas harta yang dimiliki dan
ditinggalkannya selepas kematiannya.Pemindahan harta secara warisan ini tidak memerlukan
tawaran dan penerimaan seperti kontrak kerana pengagihannya telah ditentukan oleh syara’
secara khusus.Oleh itu, sebagai waris si mati, ia hendaklah menyelesaikan hutang si mati dan
melaksanakan wasiatnya terlebih dahulu sebelum harta pusaka itu dibahagi-bahagikan di
kalangan ahli waris yang berhak menerima harta pusaka.Pembahagian harta pusaka adalah
mengikut hokum faraid yang telah ditentukan oleh syara’.
Seseorang yang memiliki harta pusaka memiliki harta tersebut secara sepenuhnya dan berhak
terhadap harta itu.Apabila ia meninggal dunia, harta ini seterusnya akan berpindah milik pula
kepada keluarga yang menjadi pewarisnya mengikut hokum syara’. ( Abdul Karim Zaidan,
1969)
Prinsip pembahagian pusaka dalam Islam
Hokum pembahagian pusaka dalam Islam berdasarkan kepada firma Allah s.w.t dalam Surah
al-Nisa’: 11 yang bermaksud:
“ Allah telah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian harta pusaka untuk anak-anakmu
iaitu bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.”
Menurut pendapat jumhur fuqaha’ bahawa hak pusaka mempusakai dalam Islam boleh
berlaku melalui salah satu daripada yang berikut:
i) Nikah iaitu melalui akad perkahwinan yang sah antara suami-isteri yang
kemudiannya mewujudkan hak pusaka mempusakai antara keduanya.
ii) Nasab keturunan iaitu hubungan kekeluargaan seperti ayah, ibu, adik beradik,
saudara-mara, bapa saudara
iii) Wala’ iaitu hubungan antara hamba dengan tuannya di mana hamba itu telah
dimerdekakan ( Ridzuan Awang, 1994)
Seperti yang dinyataka di atas tadi, dalam sistem faraid Islam, sesuatu harta peninggalan si
mati itu tertakluk kepada empat hak sebelum ia diagihkan kepada ahli waris iaitu:
i) hak menunaikan zakat
ii) perbelanjaan pengurusan mayat dan pengkebumian
iii) hutang si mati
iv) wasiat yang dibuat sekiranya ada iaitu idak melebihi 1/3 daripada harta si mati
selepas ditolak hutang dan belanja pengkebumiannya
Di Malaysia misalnya, pentadbiran harta pusaka dan pembahagiannya termasuk dalam senarai
dan tugas negeri kecuali bagi mereka yang bukan beragama Islam, pentadbiran harta itu
termasuk dalam senarai dan tugas kerajaan Persekutuan.Bagi penganut Islam di Malaysia,
pembahagian harta pusaka diletakkan bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri-
Negeri.Oleh itu, tugas para qadi atau hakim bukan sahaja menentukan faraid untuk orang-oran
islam tetapi juga bertindak membahagikan harta pusaka itu sendiri di kalangan ahli waris.
(Ridzuan Awang 1994)
Wasiat juga dianggap sebagai sebab terjadinya pemindahan hak milik secara sempurna.Orang
yang diwasiatkan berhak menerima harta yang diwasiatkan oleh pewasiat selepas
kematiannya.Pemindahan hak milik ini wasiat ini hendaklah diterima samada dengan rela atau
tidak kerana penerima wasiat adalah sebagai mengambil tempat si mati terhadap harta yang
telah diwasiatkan.Selain daripada wasiat harta, ia juga salah satu cara yang boleh memberi hak
milik manfaah kepada seseorang selepas pemilik harta it meninggal dunia.Dengan ini,
penerima wasiat berhak memanfaatkan harta yang telah diwasiatkan kepadanya mengikut
kehendak si pewasiat.( Faizah Hj. Ismail, 1995)
Ketentuan wasiat harta dalam Islam berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah:
180 yang bermaksud:
“ Diwajibkan atas kamu apabila seorang di antara kamu ada tanda-tanda kedatangan maut,
jika ia meninggalkan harta yan banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara
makruf.Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
Menurut pandangan Imam Syafi’e, berwasiat kepada ahli waris adalah harus jika terdapat
persetujuan daripada ahli waris yang lain.Ini berdasarkan kepada sabda Rasululah s.a.w yang
bermaksud:
“ Tidak harus berwasiat kepada ahli waris melainkan wasiat itu dipersetujui oleh semua
ahli waris yang lain.”
Menurut pendapat jumhur ulama’, seseorang itu harus berwasiat hartanya kepada seseorang
individu yang bukan ahl waris atau, mewakafkan hartanya kepada sesebuah badan atau
pertubuhan seperti yayasan, masjid, surau, madrasah, persatuan kebajikan dan sebagainya
dengan syarat ianya hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada hata peninggalannya.
Prinsip Wasiat Islam
Di antara prnsip-prinsip wasiat Islam yang perlu diambilkira ialah:
i) Seseorang individu Muslim itu berhak membuat wasiat terhadap hartanya kepada
sesiapa yang dikehendaki bergantung kepada dua syarat iaitu orang yang menerima
wasiat itu bukan ahli waris melainkan setelah dipersetujui oleh semua ahli waris
yang lain dan seterusnya kadar harta wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada
keseluruhan hartanya.
ii) Wasiat yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya adalah sah dan boleh
dilaksanakan selepas kematiannya kecuali wasiat itu bercanggah dengan syara’
iii) Tiada cara tertentu yang khusus untuk berwasiat asalkan ianya boleh difahami
mempunyai maksud wasiat
iv) Wasiat itu datangnya dari seorang yang berakal baligh dan berfiiran waras
v) Wasiat tidak sah terhadap si pembunuh
vi) Wasiat tidak sah sekiranya melebihi satu pertiga.Perkiraan hendaklah dibuat selepas
ditolak perbelanjaan pengurusan kematian serta segala hutang piutang si mati.
Dalam pentadbiran wasiat di Malaysia, sesuatu wasiat itu boleh dilaksanakan hanya selepas
disahkan oleh pihak qadi atau Mahkamah Syariah.wasiat yang bercanggah dengan hokum
syara’ adalah dianggap tidak sah dan terbatal.
C) Berlaku akad kontrak
Akad kontrak termasuk salah satu daripada pemindahan hak milik secara sempurna.Harta
yang diakad yang membawa pemilikan sempurna itu hendaklah harta yang bernilai dan halal di
sisi syara’ serta adanya tawaran dan penerimaan menunjukkan kerelaan pihak yang berakad
terhadap perkara yang diakadkan.
Secara khusus, akad dalam Islam terdiri dari dua kategori iaitu:
i) akad al-tabarru’ (akad penyerahan harta secara sukarela).Misalnya akad sedekah,
pemberian hibah atau zakat, wasiat dan waqaf
Akad jenis ini adalah dibuat dengan sukarela tanpa ada sebarang pertukaran
tanggungan daripada si penerima harta.Si penerima harta sebaliknya akan mendapat
pemindahan hak milik harta tersebut secara mutlak dan sempurna
Hibah misalnya merupakan hadiah atau sedekah manakala perkataan `atiyyah’
membawa maksud yang hamper sama.Sekianya memberi sesuatu kepada orang yang
memerlukan bertujuan mendekatkan diri pada Allah Ta’ala ia dipanggil sedekah.(Wahbah al-
Zuhaili, 2002).Jika menyampaikan sesuatu kepada seseorang sebagai penghargaan dan kasih
sayang, terhadapnya, ia dianggap hibah atau hadiah.`Atiyyah ialah pemberian ketika sakit.Dari
segi syara’, hibah ialah satu aqad yang dapat memindah milik sesuatu harta tanpa perlu
menukar ganti sebab ia dibuat secara suka rela.Pemberian hibah adalah sunat berdasarkan
firman Allah dalam Surah al-baqarah: 177 yang bermaksud:
“…dan mendermanya seseorang aka hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum
kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam
perjalanan……”
Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:
“Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang.”
Sabda baginda lagi:
“ Janganlah kamu menghina jiran tetangga yang memberi hadiah kepada jirannya
sekalipun hanya sepotong kambing.”
Menurut pendapat jumhur ulama’, sunat memberi samarata dalam pemberian harta terhadap
anak-anak manakala makruh melebihkan di antara mereka berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w
dari riwayat Baihaqi yang bermaksud:
“ Berilah samarata di kalangan anak-anakmu dalam pemberian sekalipun kamu mahu
mengutamakan kerana keutamaan wanita terhadap lelaki.”
ii) akad al-mu’awwadah (akad yang mempunyai ikatan tanggungjawab).Contohnya akad
jualbeli, akad nikah yang berkaitan dengan mas kahwin dan nafkah, perceraian yang meliputi
talaq, fasakh dan tebus talaq, akad sewa berkenaan bayaran sewa dan penarikan hak-hak harta
dan sebagainya. Akad jenis ini pula dikenakan pelaksanaan hak dan tanggungjawab terhadap
pihak yang berakad.Melalui akad perkahwinan misalnya, pemberian mas kahwin (mahr) dan
nafkah hidup untuk isteri dan anak merupakan hak milik mutlak si isteri dan juga anak-anak.
Berhubung dengan perceraian, pemberian nafkah ke atas isteri dan anak-anak masih menjadi
milik mutlak mereka.Begitu juga dengan akad jualbeli di mana selepas berlakunya akad, pihak
penjual akan mendapat bayaran atau keuntungan hasil dari penjualan hartanya manakala pihak
pembeli akan mendapat pemilikan harta tersebur secara mutlak dan sempurna.
Dalam Islam terdapat juga dua keadaan berkaitan kontrak yang menjadi sebab langsung
pemilikan iaitu:
i) Kontrak paksaan yang dikenakan oleh badan kehakiman sebagai mengganti pemilik
yang sebenar seperti jualan harta orang yang berhutang secara paksa dengan tujuan
membayar hutangnya.
ii) Melucutkan pemilkan secara paksaaan seperti hak syuf`ah.hak ini merupakan hak
paksaan di mana pembelinya terpaksa melepaskan tanah atau rumah yang dibelinya
kepada rakan atau jiran yang berhampiran dengan syarat rakan kongsi itu membayar
kepada pembeli harga dan segala perbelanjaannya.Hak milik ini merangkumi hak
milik untuk kepentingan awam seperti memiliki tanah dengan harganya yang sesuai
secara paksa terhadap pemiliknya kerana sesuatu kepentingan awam misalnya untuk
memperluaskan masjid atau jalanraya dan sebagainya.
D) Hak syuf`ah
Dari segi bahasa syuf`ah bermakna gabungan atau tambahan dan pengukuhan.Ia
juga bererti pertolongan.Contohnya Ali meminta syuf`ah sesuatu dengan sesuatu yang
lain iaitu menghimpunkan kedua-duanya. Selain itu, sekiranya Ali memohon syuf`ah
daripada Ahmad bermaksud Ali memohon pertolongan atau bantuan dari Ahmad.
(Wahbah al-Zuhaili, 1996)
Dari segi istilah, syuf`ah mengandungi berbagai maksud.Secara umumnya,
syuf`ah ialah hak memiliki harta yang dijual daripada tangan pembeli dengan
membayar kos dan harga yang telah dipersetujui untuk mengelakkan ketidakadilan
terhadap orang yang terlibat atau terhadap rakan kongsi dan jiran.Misalnya Ali dan
Ahmad berpakat dan bersetuju membeli sebidang tanah yang akan menjadi milik
mereka bersama.Oleh kerana Ahmad berada dalam keadaan terdesak memerlukan
wang, ia telah menjual bahagiannya daripada tanah yang dimiliki secara bersama
dengan Ali kepada Amir.Dengan penjualan itu, tanah tersebut akan menjadi milik
bersama antara Ali dan Amir.Sehubungan ini, Amir dianggap sebagai rakan kongsi Ali
yang baru.Berasaskan hokum syuf`ah, Ali boleh membatalkan penjualan kontrak yang
berlaku antara Ahmad dengan Amir seterusnya membayar harga kepada Amir sebanyak
yang telah dibayar oleh Amir kepada Ahmad.Dengan cara ini, seluruh tanah tersebut
akan dimiliki oleh Ali.(Faizah Hj.Ismail, 1994)
Menurut pendapat jumhur ulama’, mereka mentakrifkan syuf`ah sebagai hak pemiikan
harta yang telah dijual kemudian diambil secara kekerasan daripada pembelinya
termasuk harga dan segala perbelanjaan pengurusannya.Abdul Halim al-Muhammady,
2001)
Dalam menentukan hak syuf`ah ini ada terhadap pihak yang menuntut, ia memerlukan pertalian
hubungan antara hartanya dengan harta yang telah dijual.Hubungan ini boleh berlaku dalam
beberapa keadaan berikut:
i) Hubungan harta yang dijual dengan hartanya adalah milik bersama dan pihak yang
menuntut hak tadi mempunyai sahamnya dalam harta yang diual
ii) Hubungan harta yang dijual dengan hartanya ada hak irtifaq bagi pihak yang
menuntut
iii) Hubungan harta yang dijual dengan hartanya adalah bersambung sempadan
Sekiranya terdapat salah satu daripada perkara ini maka pihak yang menuntut berhak mendapat
hak syuf`ah.Hak syuf’ah ini diberikan kepada pihak yang menuntut kerana kemungkinan
dengan kehadiran pembeli harta yang baru itu akan membawa kesusahan atau kemudharatan
kepadanya.(Abdul Halim al-Muhammady, 2001).
Hal ini sesuai dengan kaedah fiqh iaitu: “Tidak mudharat dan tidak memudharatkan.”
Dalil keharusan Syuf`ah
Para ulama’ berpendapat bahawa keharusan syuf`ah berasaskan kepada hadis Rasulullah s.a.w
antaranya hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari yang membawa maksud:
“ Rasulullah s.a.w memutuskan syuf`ah terhadap harta milik bersama dan bila tanah itu ada
sempadan pembahagian dan sempadan jalan maka tiada lagi syuf`ah.”
Sabda baginda lagi:
“ Jiran lebih berhak dengan syuf`ah jirannya, sekiranya dia tiada dan sekiranya jalan
kedua-duanya adalah sama.”
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)
Dari hadis di atas jelas menerangkan bahawa hak syuf`ah berlaku bila harta yang dijual ada
hubungan dengan harta pihak yang menuntut iaitu dalam bentuk perkongsian milik atau
berjiran seperti bersambung sempadan atau hak laluan jalan dan air yang sama.
Objektif keharusan syuf`ah ialah untuk mengelakkan kemudharatan yang mungkin berlaku
terhadap rakan kongsi lama disebabkan akhlak atau sikap rakan kongsi baru yang tidak
disenangi oleh rakan ongsi lama.Di samping itu, syuf`ah juga membuka peluang kepada rakan
kongsi lama untuk memiliki harta berkenaan secara bersendirian.
Jenis harta yang boleh disyuf`ahkan
Syuf`ah boleh dilakukan ke atas harta alih atau harta yang tidak boleh dibahagikan dan juga
harta tak alih berdasarkan sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:
“ Rasulullah s.a.w mengaharuskan syuf`ah pada semua harta.”
Menurut pendapat Imam Syafi`e, hak syuf`ah hanya terhad kepada harta tak alih yang boleh
dibahagikan.Namun begitu Imam Ahmad ibn.Hanbal dan Malik berpendapat hak syuf`ah
diharuskan juga ke atas harta alih yang tertentu seperti kapal, tanaman, binatang ternakan,
kenderaan dan sebagainya.(Abdul Halim al-Muhammady, 2001)
Dalam undang-undang tanah Islam, hak syuf`ah bermaksud hak untuk memiliki harta tak alih
yang telah dijual oleh rakan kongsi.mengikut pendapat Imam Abu Hanifah, hak syuf`ah
diberikan kepada rakan kongsi atau jiran manakala jumhur fuqaha mengatakan ia hanya
diberikan kepada rakan kongsi sahaja bukan jiran.berdasarkan undang-undang tanah Islam, hak
syuf`ah bleh berlaku berasaskan syarat-syarat berikut:
i) Harta yang terlibat dengan hak syuf`ah hendaklah harta tak alih (aqar)
ii) Harta tak alih itu dijual oleh pemiliknya dengan balasan wang atau harta yang
tertentu
iii) Harta tak alih orang yang berhak mendapat syuf`ah itu kekal dalam pemilikannya
semasa akad jualbeli dilakukan
iv) Orang yang berhak mendapat hak syuf`ah tidak bersetuju dengan jualbeli yang
dilakukan oleh rakan kongsinya
Konsep hak syuf`ah ini juga perlulah diperkenalkan dalam Kanun Tanah Negara 1965 iaitu
dengan cara pemilik bersama atau jiran boleh menawarkan untuk menjual harta tak alihnya
kepada rakan kongsi yang lain. Sekiranya pihak yang menerima tawaran itu enggan membeli
maka bolehklah pemilik tanah itu menjual kepada orang lain yang berasingan.Sehubungan ini,
peruntukan dalam Kanun Tanah nagara 1965 iaitu seksyen 217(A) hendaklah dimansukhkan.
( Mohd. Ridzuan Awang, 1994)
2.2) PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA (MILK AL-NAQIS)
Pemilikan tidak sempurna ialah seseorang itu memiliki salah satu antara keduanya iaitu
samada fizikal hartanya sahaja (ayn) atau memiliki faedah (manfaah) hartanya sahaja.
2.2.1) Ciri-ciri pemilikan tidak sempurna
i) Bersifat sementara, tidak kekal serta terikat kepada tempoh masa dan tempat yang
tertentu
ii) Pemilik tidak mempunyai kuasa yang mutlak untuk memiliki kedua bentuk fizikal
dan manfaah hartanya.Ia cuma memiliki salah satu antara keduanya.
iii) Bertanggungjawab menjaga keadaan fizikal harta untuk kegunaan manfaahnya
kerana beliau dianggap sebagai pemegang amanah
iv) Penyerahan semula harta berlaku kepada pemilik harta setelah habis tempoh
kegunaan manfaah harta oleh si penguna manfaah
v) Pemilik harta hendaklah menghormati hak si pengguna manfaah harta dalam
tempoh ia menggunakan manfaah harta mengikut syarat yang dipersetujui
vi) Pemilik harta berhak mengambil semula hartanya sekiranya didapati si pengguna
manfaah melanggar syarat-syarat perjanjian/kontrak
2.2.2) Kategori pemilikan tidak sempurna ( milk al-naqis)
Pemilikan tidak sempurna ini lebih menekankan aspek penggunaan manfaah harta.Ia
terdiri daripada beberapa bahagian iaitu;
i) Pemilikan harta sahaja tanpa manfaah harta (milk al-`ayn faqad)
ii) Pemilikan manfaah secara individu (milk al-manfaah al-syahsi)
iii) Hak pemilikan manfaah secara bersama (huquq al-irtifaq)
I) Milik harta sahaja
Harta atau fizikal barang itu hendaklah dimiliki oleh seseorang dan manfaatnya
dimiliki oleh orang lain.Misalnya Pak Abu mewasiatkan rumahnya kepada Bakar
supaya didiami atau tanahnya dicucuk tanam sepanjang hayat atau selama tiga
tahun.sekiranya pak Abu meninggal sebelum Bakar, harta tersebut akan berpindah
kepada ahli waris Pak Abu manakala Bakar tetap memiliki manfaah harta itu mengikut
syarat wasiat. Bila tempoh wasiat menggunakan manfah habis, manfaah harta itu akan
kembali kepada ahli waris Pak Abu dan mereka memiliki sepenuhnya.Kes ini
menerangkan bahawa tempoh milik harta adalah kekal dan tempoh milik manfaah
berbentuk sementara.
Contoh lain ialah pemilik harta mewasiatkan hak milik fizikal harta itu diberikan pada
seseorang dan hak milik manfaah hartanya itu di agihkan pada seorang yang lain.Dalam
keadaan ini, pihak hak milik harta secara fizikal berhak memiliki harta sahaja manakala
hak milik manfaah harta iu terletak pada kuasa penerima wasiat yang lain.Hak milik
manfaah akan kembali kepada penerima wasiat hak milik fizikal harta bila tempoh
penggunaan manfaat itu tamat atau si penerima manfaah itu meninggal
II) Milik manfaah individu
Terdapat lima sebab untuk pemilikan manfaah iaitu pinjaman, sewa, wakaf, wasiat dan
keizinan (ibahah).Huraian contoh pemilikan ini akan dibincangkan kemudian.Hak milik
jenis ini sifatnya adalah secara peribadi hanya untuk pihak yang menerima manfaah itu
sahaja tidak bolh dipindahkan kepada orang lain.Namun begitu menurut pendapat Imam
Syafi`e mengatakan sesiapa yang mempunyai hak milik manfaah rumah secara wasiat atau
waqaf berhak untuk penggunaan sendiri atau digunakan oleh orang lainmelalui kontrak
pinjaman atau sewa kerana keduanya adalah untuk dimanfaatkan harta.(Wahbah al-Zuhaili,
2002)
III) Milik manfaah bersama (hak milik al-Irtifaq)
Pemilikan manfaah ini hanya terikat kepada harta dan bukannya kepada orang yang
memanfaatkannya seperti hak milik peribadi tadi.Ia meliputi perkara berikut:
i) hak penggunaan air minum (haq al-syurb)
Hak air minuman ini untuk kegunaan sendiri, manusia, binatang dan tanaman.Ia
terbahagi kepada beberapa kategori:
a) Air sungai yang mengalir dan aliran lain yang dibuat oleh pemerintah untuk
keperluan awamAir ini boleh digunakan oleh semua orang berasaskan kaedah:
“Asal sesuatu itu adalah harus.” dan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Manusia berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api.”
b) Air sungai yang khusus atau parit yang mengalir melalui tanah milik khas
seperti tali air yang dibuat oleh pemili tanah untuk tanamannya.Air ini masih
boleh digunakan oleh semua orang Cuma alirannya melalui tanah mili individu.
c) Air yang dimiliki orang persendirian seperti air mata air, telaga, kolam, tangki
dan sebagainya. Air ini menjadi milik persendirian bukannya milik awam.tiada
siapa boleh menggunakan air tersebut tanpa izin pemiliknya.
ii) hak mengalirkan air (haq al-majra)
Hak ini ialah hak pemilik tanah yang jauh dari saluran air mengalirkan air dari
tanah jirannya ke tanahnya untuk tanamannya seperti membina terusan, taliair atau
parit.Jirannya tidak boleh melarang pengaliran air itu kerana jika ia melarang,
jirannya akan mendapat mudharat ke atas tanamannya seperti kaedah fiqh: “Tidak
mudharat dan tidak memudharatkan.”
iii) hak saluran air (haq al-masil)
Hak ini ialah hak saluran atas permukaan bumi atau parit atau longkang untuk
mengalirkan lebihan air daripada keperluan atau air yang kotor yang telah
digunakan kepada parit besar atau tangki simpanan.Misalnya air dari tanah
pertanian yang dibuang atau lebihan air hujan atau air yang telah digunakan di
rumah.Perbezaan dengan air al-majra ialah ia digunaka untuk mengalirkan air yang
bersih dan sesuai untuk tanah manakala al-masil adalah untuk membuang lebihan
air yang kotor daripada kawasan tanah atau rumah kediaman seperti saluran
pembentungan air atau najis.
Hukum al-masil serupa dengan al-majra iaitu tiada sesiapa boleh melarangnya
kecuali jika berlaku mudharat kepada seseorang.
iv) hak lalu lintas (haq al-murur)
hak lalu lalang ini merupakan hak pemilik tanah atau pemilik rumah yang berada
berhampiran untuk masuk ke tanah atau rumahnya melalui jalan samada jalan itu
adalah jalan awam yang tidak dimilii sesiapa ataupun jalan khas milik
individu.Jalan awam sesuai untuk semua orang menggunakannya untuk memandu,
berjalan, berjogging, berbasikal atau berhenti berehat di tepinya manakala jalan
khas ialah jalan yang berhak dilalui oleh individu tertentu.Orang awam tidak boleh
melaluinya melainkan dengan kebenaran dari tuannya.Namun begitu, jalan khas ini
tidak boleh ditutup kepada awam sekiranya mereka amat berhajat melaluinya.
v) hak kejiranan (haq al-jiwar)
Jiran dalam Islam terdiri daripada jiran sebelah atas dan sebelah tepi.Umumnya hak
jiran bergantung kepada kategori kawasan kediaman seperti kampong, bandar,
rumah teres, banglo, apartmen, kondominium, flat dan sebagainya.Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang jiran dalam Islam tergolong dalam kiraan empat puluh
sebelah kanan, kiri, depan, belakang, atas dan bawah.
Hak jiran ini melibatkan dua perkara iaitu bangunan antara hak pemilik di tingkat
bawah dengan hak pemilik tingkat atas dan satu lagi melibatkan bangunan yang
bersambung ata berhampiran di mana kedua-dua pemilik mempunyai hak.Hak
kejiran menghalang mana-mana pihak melakukan sesuatu tindakan yang boleh
memudharatkan jirannya.
Pemilik di tingkat atas mempunyai hak terhadap tingkat bawah termasuk hak
memanfaatkan lantainya dan bumbungnya.Haknya tidak akan hilang dengan kemusnahan
tingkat bawah atau kedua-duanya sekali.Sekiranya tingkat atas musnah maka pihak pemiliknya
atau warisnya berak membinanya semula. (Wahbah al-Zuhaili, 2002)
Pemilikan rumah bertingkat, bersebelahan atau berangkai mempunyai hak milik bersama.oleh
itu, setiap jiran tidak boleh bertindak sesuatu yang boleh membawa mudharat terhadap mana-
mana jirannya seperti menggali lubang lantai, menebuk dinding atau bumbung rumah serta
membesarkan dan membaiki rumah.Pastikan ianya dalam keadaan selamat dan mendapat
kebenaran jiran.Mengikut pendapat ulama Hanafi iaitu al-Zaila`i dan Ibn. Humam mengatakan
pemilik bebas mengurus hak miliknya selagi tidak mendatangkan mudharat kepada orang lain.
(Abdul Halim al-Muhammady, 2001)
Di antara ciri-ciri kejiranan dan hubungan sosial dalam Islam ialah:
i) taaruf iaitu saling berkenalan
ii) mahabbah atau memupuk rasa kasih saying
iii) taawun iaitu saling tolong menolong
iv) tegur menegur dan nasihat menasihati kearah kebaikan
v) semangat ukhuwah atau persaudaraan
Amalan ciri-ciri ini amat dituntut oleh Islam dalam memelihara keamanan dan keharmonian
hidup di kalangan jiran yang beragama islam mahupun yang bukan Islam.
2.2.3) Kaedah memperolehi pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis)
Pemilikan cara ini boleh diperolehi menerusi:
i) Pinjaman
ii) Sewaan (ijarah)
iii) Waqaf yang bersyarat
iv) Wasiat yang bersyarat
v) Keizinan (ibahah)
A) Pinjaman
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, pinjaman ialah memberi
manfaah sesuatu harta itu kepada seseorang tanpa apa-apa balasan. Ia adalah kontrak
yang tidak mengikat iaitu si pemilik harta tersebut berhak untuk mengambil semula
hartanya pada bila-bila masa daripada si peminjam.
Imam Syafie dan Hanbali pula berpendapat pinjaman ialah keizinan untuk
menggunakan manfaah sesuatu harta tanpa balasan.Oleh itu si peminjam manfaah harta
tidak boleh menyerahkan manfaah tersebut kepada orang lain tanpa kebenaran dari si
pemilik harta.
Contoh:Ahmad memberi pinjam bukunya kepada Ali untuk tempoh seminggu.Dalam
masa tiga hari berikutnya, Ahmad meminta semula bukunya daripada Ali.Dalam hal ini
Ai hendaklah memulangkannya kerana pinjaman tadi dianggap sebagai bukan kontrak
yang mengikat.Tambahan lagi mengikut pendapat Imam Syafie,Ali tidak boleh
menyerahkan manfaah buku itu pada kawannya yang lain tanpa kebenaran dari Ahmad.
B) Sewaan (ijarah)
Sewaan ialah kontrak yang menjual manfaah harta berdasarkan harga dan tempoh
masa tertentu.Ia adalah suatu kontrak yang mengikat.Hak pemilikan ke atas harta tidak
berpindah kepada si penyewa makala si pemilik harta bertanggungjawab memelihara
dan memastikan harta yang disewakan itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
Contoh: Encik Farid menyewakan rumah teresnya di Shah Alam kepada pelajar UiTm
Shah Alam untuk jangka masa tiga tahun.Dalam keadaan ini,Encik Farid haruslah
memastikan keadaan rumah sewanya dalam keadaan baik untuk disewa manakala
pelajar UiTM hendaklah menjaga rumah tersebut dan tidak menyalahgunakan manfaat
rumah itu yang boleh mengakibatkan pecah kontrak.Encik Farid masih pemlik rumah
sewa tersebut tetapi manfaah rumah itu diberikan untuk sewaan.
C) Waqaf
Waqaf merujuk kepada sumbangan secara sukarela terhadap manfaah harta yang
tertentu oleh si pemilik harta untuk faedah dan kegunaan orang ramai atau golongan
tertentu.Ia terdiri daripada waqaf berbentuk umum dan khusus bergantung kepada
tempoh masa, tujuan dan golongan manusia yang terlibat seperti waqaf untuk tujuan
pendidikan, perubatan, perkhidmatan kesihatan, rumah pelindungan pelarian, rumah
orang tua atau rumah tumpangan anak –anak yatim dan sebagainya.Di sini, pemilik
harta waqaf masih kekal sebagai tuan punya harta cuma manfaah dari hartanya sahaja
diserahkan untuk kegunaan waqaf.
D) Wasiyyah
Ia merujuk kepada penyerahan harta atau manfaah harta oleh si pemilik harta (wasi)
kepada seseorang (si penerima wasiat) yang akan berkuatkuasa selepas kematiannya
(Surah al-Baqarah: 180). Hukum syara’ menentukan kadar harta yang boleh
diwasiatkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta si wasi.Sekiranya harta itu
diwasiatkan sepenuhnya (harta dan manfaahnya), berlakulah pemilikan sempurna dan
jika diwasiatkan salah satu dari keduanya ia dianggap pemilikan tidak
sempurna.Peruntukan wasiyyah di Malaysia boleh didapati dalam Enakmen Wasiyyah
Negeri-negeri seperti Enakmen Wasiat Islam Negeri Selangor 1999.
E) Keizinan (ibahah)
Ia merupakan suatu keizinan atau kebenaran untuk menggunakan manfaah sesuatu
harta yang diberikan oleh si pemilik harta kepada seseorang.Ia bukanlah suatu kontrak
yang mengikat.Pemilik harta berhak mengambil semula hartanya daripada si pengguna
manfaah pada bila-bila masa misalnya kebenaran untuk tinggal dalam rumah,
mengunakan kereta, makan buah-buahan dalam kebun, menggunakan kemudahan
awam dan sebagainya.
3. SEBAB-SEBAB PEMILIKAN DALAM ISLAM
Berlakunya pemilikan harta dalam Islam berdasarkan beberapa faktor antaranya:
i) Perwarisan harta
ii) Akad perjanjian /kontrak
iii) Tuntutan agama
iv) Pemberian/sumbangan secara sukarela
v) Perintah mahkamah
3.1 Perwarisan harta
Perwarisan harta ini termasuklah melalui pusaka dan wasiat seperti yang telah
dibincangkan di atas.Pusaka ialah waris mengambil alih terhadap hata yang dimilii oleh si mati
selepas kematiannya.Pemindahan hak milik melalui pusaka tidak memerlukan sebarang
tawaran dan penerimaan.Waris secara otomatik mengikut syara’ berhak menguasai harta si
mati samada harta alih atau tak alih termasuk bertanggungjawab melaksanakan wasiat dan
melangsaikan hutang si mati.
Wasiat juga sebagai sebab pemindahan hak milik harta.Orang yang diwasiatkan berhak
menerima harta yang diwasiatkan oleh pewasiat selepas kematiannya.Pemindahan hak milik
pusaka dan wasiat ini terpksa diterima kerana di atas kematian itu pewaris dan penerima wasiat
dianggap wakil mengambilalih harta peninggalan si mati.( Abdul Halim al-Muhamady, 2001)
3.2 Akad perjanjian atau kontrak
Akad juga sebagai cara pemindahan hak milik harta.Ia terdiri daripada akad seperti jualbeli,
akad nikah, akad sedekah, wasiat, waqaf, akad nikah yang berkaitan dengan mas kahwin, akad
perceraian yang berkaitan dengan talaq, tebus talaq, akad sewaan yang berkaita dengan
bayaran sewa dan penarikan hak ke atas harta.Secara khusus akad dalam urusan muamalah
Isla terdiri daripada dua iaitu:
i) akad al-tabarru’ (pengagihan dan pemindahan harta secara sukarela)
Akad jenis ini meliputi sedekah, hibah, wasiat, waqaf dan sebagainya
ii) akad al-mu`awwadah ( pemindahan harta yang ada hubungan hak dan
tanggungjawab ke atasnya)
Dalam akad tersebut, harta yang diakadkan hendaklah harta yang bernilai, berfaedah dan
diiktiraf oleh syara`.Dalam berakad, ia melibatkan juga tuntutan ganti rugi atas perintah
mahkamah.Bayaran ganti rugi dalam bentuk diyat, wang atau harta ini adalah wajib dijelaskan
oleh pihak yang terbabit atas perintah atau keputusan mahkamah.Ekoran ini ia akan menjadi
milik kepada pihak yang menuntut.
3.3 Pemilikan terhadap harta yang diharuskan
Penguasaa harta yangdiharuskan iaitu harta mubah seperti yang telah dijelaskan di atas
boleh membawa kepada pemilikan yang mutlak dan diiktiraf oleh syara’.Ini adalah disebabkan
harta mubah tidak dimiliki oleh sesiapa.Harta tersebut hendaklah harta yang diharuskan oleh
syara’, bukan harta yang dimiliki atau pernah dimiliki oleh seseorang samada harta itu harta
alih atau tak alih.Harta yang telah dimiliki tidak harus berpindah milik secara terokaan,
pembukaan atau membangunkan tanah.Oleh itu sesiapa yang berminat, berniat ikhlas serta
berusaha membangunkan harta mubah ini berhak mendapat pemilikannya secara mutlak.Hak
milik melalui penguasaan harta mubah ini melibatkan perkara berikut:
i) Tanah yang belum pernah diterokai (Ihya’ Al-Mawat)
ii) Bahan galian yang ditemui dalam perut bumi (al-maadin)
iii) Binatang buruan liar (al-siyad)
iv) Kawasan rumput liar dan pokok kayu-kayan di hutan (al-kala` wal ajam)
3.4 Tuntutan agama
Perintah agama sebagai suatu tuntuan wajib seperti membayar zakat, fidyah dan galakan
memberi sedekah, hibah, waqaf dan wasiat.Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dirikanlah solat dan tunaikan zakat…”
Pembayaran zakat misalnya membawa pemilikan harta kepada golongan yang berhak
menerimanya. Orang yang membayar zakat akan dibersihkan hartanya serta mendapat
keberkatan daripada Allah di dunia dan akhirat.
4. HAK MILIK BAHAN GALIAN
Seperti yang telah dijelaskan di atas di bawah tajuk harta mubah yang melibatkan bahan
galian danharta karun, hak milik bahan galian merupakan khazanah yang boleh
diperolehi oleh orang perseorangan atau berkumpulan daripada perut bumi dalam
bentuk bahan asli/mentah dan kemudiannya diproses menjadi produk yang berguna
kepada manusia seperti emas, perak, permata, berlian,granite,marmar, petroleum,gas
asli, kristal dan lain-lain. Ia termasuklah harta karun yang tersimpan dalam tanah dari
peninggalan sejarah atau tamadun manusia samada sebelum Islam atau selepas Islam.
5. KESIMPULAN
Harta dan pemilikan harta adalah penting dalam Islam. Melalui pemilikan harta,
seseorang individu itu bebas mengendalikan hartanya untuk tujuan dan ke arah perkara-perkara
yang diharuskan oleh syara’. Harta juga suatu mekanisma untuk membangunkan diri,
masyarakat dan negara. Apa yang penting hendaklah memperolehi harta dengan cara dan
kaedah yang betul mengikut landasan hokum syara’ serta memanfaatkan harta dengan sebaik
mungkin. Janganlah menyalahgunakan harta atau memperolehinya melalui jalan yang tidak
sah. Harta yang diperolehi daripada saluran yang betul tetap akan mendapat ganjaran dan
keberkatan dari Allah Taala di dunia mahupun di akhirat.Ingatlah, dalam rezeki yang Allah
Taala berikan pada kita pastinya ada diperuntukkan untuk rezeki orang lain!
Wallahu a`lam!
6. RUJUKAN
Sila rujuk rujukan tajuk ini seperti dalam kertaskerja `Harta Dalam Islam’.