tanda malam lailatulqadar

10
Tanda Malam Lailatulqadar Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar: – Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita. – Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. – Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon- pohon kayu rebah sujud. – Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar. anda-Tanda Malam Lailatul Qadar Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al- Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda- tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu: 1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Upload: sharifmuc

Post on 11-Jul-2016

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanda Malam Lailatulqadar

Tanda Malam LailatulqadarPara alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

– Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.– Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.– Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.– Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

anda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

Page 2: Tanda Malam Lailatulqadar

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullahsollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabiradliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .

Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Page 3: Tanda Malam Lailatulqadar

Wallahua’lam

7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~

.

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

.

Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah وتعالى .menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim سبحانه

.

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhansekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”

.

.

Page 4: Tanda Malam Lailatulqadar

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

.

Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.

Allah وتعالى ;berfirman سبحانه

شهر ألف من خير القدر ليلة

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”

(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

.

An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).

.

.

3. Malam Penuh Keberkatan

.

Page 5: Tanda Malam Lailatulqadar

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah وتعالى ,سبحانه

منذرين كنا إنا مباركة ليلة في أنزلناه إنا

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”

(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)

.

‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.

.

.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

.

Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.

Allah وتعالى ,berfirman سبحانه

Page 6: Tanda Malam Lailatulqadar

ربهم بإذن فيها وح والر المالئكة ل تنز

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”

(Surah Al-Qadar; Ayat 4)

.

Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)

.

.

5. Malam Kesejahteraan

.

Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.

Page 7: Tanda Malam Lailatulqadar

Firman Allah وتعالى ;سبحانه

الفجر مطلع حتى هي سالم

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”

(Surah Al-Qadar; Ayat 5)

.

Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah وتعالى pada) سبحانهmalam tersebut).

.

.

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

.

Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan .وتعالىmengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.

.

Page 8: Tanda Malam Lailatulqadar

Allah وتعالى ,berfirman سبحانه

حكيم أمر كل يفرق فيها

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”

(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)

.

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.

.

Allah وتعالى ,berfirman سبحانه

لكتب أم وعنده يشآءويثبت ما لله ٱيمحوا ۥ � �������ٱ ا

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).”

(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)

.

.

Page 9: Tanda Malam Lailatulqadar

7. Dosa Diampunkan

Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah وتعالى .سبحانه

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص bersabda,

ذنبه من تقدم ما له غفر واحتسابا إيمانا القدر ليلة قام من

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”

(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman)adalah membenarkan janji Allah

وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan سبحانهmalam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah وتعالى bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat ,سبحانهriyak. (Fathul Bari)

‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan وتعالىberibadat pada sebelah malamnya.

Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.

Page 10: Tanda Malam Lailatulqadar

“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”