theses bab 2 (autosaved)
DESCRIPTION
asTRANSCRIPT
Bab 2
PENDAHULUAN
2.1 Pendahuluan
Isu pengabaian dan kemiskinan Warga Emas semakin mendapat perhatian dalam
kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Jika dulu isu ini hanya merupakan
isu terpencil yang kurang diberi fokus oleh masyarakat, namun suasana telah
berubah Saban hari isu pembuangan Warga Emas, penderaan, dan kesengsaraan
merek dibentangkan di dada- dada akhbar membuktikan bahawa isu ini berada di
tahap yang membimbangkan. Sesuatu yang lebih penting yang perlu dinilai disebalik
masalah ini adalah keadaan masyarakat Malaysia yang sedang berdepan dengan
kemerosotan sistem nilai, kehilangan suasana kasih sayang termasuklah berlakunya
pecah belah didalam institusi kekeluargaan.
Pada masa kini, terdapat seramai 1.2 juta warga Emas di Malaysia yang ditakrifkan
sebagai mereka yang berumur enam puluh tahun keatas. Jumlah ini dijangka
meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2020.1 Justeru akan terdapat implikasi
dan Kerajaan pada masa ini harus bersedia dengan kadar peningkatan Warga Emas
dari setahun ke setahun ini untuk menghadapi pelbagai keperluan dan cabaran
cetusan daripada fenomena penuaan tersebut.
1 Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd. 2004. Pemeliharaan Kebajikan Warga Tua di Malaysia. Pembentukan Fitrah Hidup Islam. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Hlm: 211.
Islam meletakkan Warga Emas di kedudukan yang tinggi dan mulia di dalam
keluarga dan masyarakat. Warga emas adalah sebahagian daripada ahli keluarga,
masyarakat dan negara, mereka mempunyai pengalaman yang bernilai tinggi,
kemahiran, masih boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara serta
berpotensi untuk terus menyumbang kepada keluarga, agama, bangsa dan negara
sehingga ke akhir hayat mereka. Justeru, golongan ini harus diberi perhatian untuk
terus menikmati keselesaan hidup di sisi keluarga dan masyarakat serta dapat
menjalani hari- hari tua dengan gembira.
2.2 Definisi Warga Emas
2.2.1 Bahasa
Kamus Dewan edisi keempat memberi maksud warga sebagai ahli, satu keluarga,
syarikat dan lain- lain, manakala warga emas diterjemahkan sebagai orang yang
sudah tua.
Kamus pelajar edisi kedua pula mendefinisikan warga emas sebagai warga Tua2
Definisi dari Istilah Malaysia pula mengambil sumber dari perkataan Bahasa
Inggeris ‘elder care’ yang membawa maksud penjagaan warga emas dan dijelaskan
dengan ayat penjagaan yang diberi dalam bentuk sokongan emosi, fizikal atau
rawatan terhadap orang tua yang berusia lebih dari 60 tahun.3
2Kamus Bahasa Melayu. Puaat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my. 20133 Ibid. Kamus Istilah Malaysia. 2013
2.2.2 Istilah
Mengikut definisi Bangsa- bangsa bersatu apabila peratus warga tua ( 65 tahun
keatas) mencapai 7 peratus daripada jumlah penduduk, negara tersebut dianggap
sudah memasuki usia menua. Walaubagaimanapun Malaysia telah mengambil
kesimpulan menerima pakai takrifan warga emas sebagai mereka yang berumur 60
tahun keatas, bersesuaian dengan takrifan yang dicadangkan oleh bangsa- bangsa
bersatu dalam Persidangan Sedunia Penuaan di Vienna pada tahun 1982. Mengikut
definisi Persidangan Sedunia Penuaan tersebut, negara yang mempunyai peratus
warga emas (iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas) sekurang- kurangnya 10
peratus dari jumlah penduduk dianggap sudah tua.
Pakar gerontologi pula mentakrifkan warga tua kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama terdiri daripada mereka berumur 65 hingga 74 tahun iaitu pada peringkat
umur tua awal. Manakala kategori yang kedua ialah peringkat umur tua akhir iaitu
mereka yang berusia 75 tahun ke atas.
Proses penuaan bukan sahaja berlaku kepada setiap individu, tetapi ia juga berlaku
kepada struktur penduduk sesebuah negara, struktur penduduk biasanya dibahagikan
kepada tiga kumpulan umur utama iaitu kanak- kanak (berumur di bawah 15 tahun),
penduduk aktif dari segi ekonomi ( penduduk yang berumurm15- 64 tahun), dan
warga tua (penduduk yang berumur 65 tahun ke atas). Jika didapati peratus kanak-
kanak didapati beransur- ansur menurun berterusan dari satu banci penduduk ke satu
banci penduduk yang lain dan dalam masa yang sama didapati peratus warga emas
beransur- ansur meningkat juga juga secara berterusan maka ini adalah tanda- tanda
yang menunjukkan struktur penduduk negara semakin menua.
2.2.3 Syarak
Tidak semua manusia dianugerahkan dengan umur yang panjang, Allah
mengurniakannya hanya kepada hambanya yang tertentu sahaja, setiap orang
mempunyai naluri yang tabie mengharapkan umur yang panjang, yang sering
diungkapkan sebagai “panjang umur”. Manusia sering berdoa dikurniakan Tuhan
umur yang panjang bagi dirinya dan orang yang dikasihinya.4
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :
“ Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami
kembalikan dia kepada kejadiannya”
4 Ismail Ibrahim. 2004. Kedudukan Warga Tua Dari Perspektif Islam: Pembentukan Fitrah Hidup Islam. Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Hlm 225
Yaa sin (36): 68
Allah taa’la mengkhabarkan kepada Bani Adam, setiap kali umurnya panjang, dia
akan kembali kepada kelemahan setelah berada dalam kekuatan dan kembali kepada
kelelahan setelah berada dalam semangat. 5
2.3 Hak Kebajikan kepada warga emas menurut Syarak
Berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan kewajipan kepada anak- anak
berdasarkan ayat berikut.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :
“ Dan Kami wajibkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku 5 Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman Alu Shaikh. 2008. Tafsir Ibnu Katsir. Terj. M. ‘Abdul Ghoffar E.M. & Abu Ihsan al- Atsari. Jilid 8. Jakarta. Pustaka Imam Syafii’. Hlm : 32-33
dengan sesuatu yang engkau tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka
janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepada-Ku-lah tempat kembalimu
dan Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Al-Ankabut (29): 86
Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya :
“ Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu –
bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan dalam keadaan lemah
yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Aku jua
tempat kembali”
Luqman (31): 14
6 Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman Alu Shaikh. 2008. Tafsir Ibnu Katsir. Terj. M. ‘Abdul Ghoffar E.M. & Abu Ihsan al- Atsari. Jilid 7. Jakarta. Pustaka Imam Syafii’. Hlm : 116
Mujahid berkata : “ Beratnya kesulitan mengandung anak. Qatadah berkata : “
Keberatan demi keberatan. ‘ Atha’ al- Khurasani : Kelemahan demi kelemahan. Dan
Firman Allah yang bermaksud : “ Menyapihnya dalam dua tahun” diatas, beerti “
mengasuh dan menyusuinya setelah melahirkan selama dua tahun.7
Seseorang yang benar- benar faham dengan hukum agama pasti lebih cenderung dan
lebih menghormati ibu bapanya berbanding orang lain, hal ini tidak akan terhenti
walaupun mereka telah berkahwin dan berkeluarga, serta memiliki kehidupan sendiri
yang sentiasa sibuk. Penghormatan dan kebaikan yang diberikan kepada ibu dan
bapanya berjalan kekal menjadi sebahagian penting daripada sikapnya sehingga
meninggal dunia, sesuai dengan ajaran al- Quran yang menyuruh agar berbuat baik
kepada kedua ibu bapa ketika mereka masih hidup, terutamanya ketika mereka
mencapai usia tua dan mengalami penyakit nyanyuk pula, mereka amat memerlukan
sokongan dan kasih sayang.
Allah menyatakan menerusi Al- Quran kepada umat manusia supaya bersyukur
kepada kedua ibu bapa dengan ayat “ Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu
bapamu.” Bersyukur kepada kedua ibu bapa atas apa yang telah mereka lakukan
kepada anak- anak itu diwajibkan sesudah bersyukur kepada Allah, dan itu
menunjukkan ia adalah amal kebajikan terbaik disisi Allah. Begitulah tingginya
kedudukan ibu bapa didalam Islam.
7 Ibid. Hlm: 204- 205
Banyak ayat- ayat Al- Quran dan Hadith berkaitan perkara berbuat baik dan berbakti
kepada kedua ibu bapa, disamping memberi peringatan agar tidak derhaka atau
melayani mereka dengan buruk walau bagaimana pun keadaan mereka, lebih- lebih
lagi ketika mereka sudah tua dan tidak berupaya menguruskan diri lagi.
Dengan membaca Al- Quran, seorang manusia itu faham tingginya taraf yang telah
dianugerahkan oleh Allah untuk ibu dan bapa, dan ia juga merupakan taraf paling
tinggi yang tidak pernah diberikan oleh agama lain selain dari islam. Dimana al-
Quran meletakkan penghormatan telah meletakkan kehormatan kepada kedua ibu
bapa itu sesudah beriman dengan Allah dan tidak mempersekutukannya dengan yang
lain, dijelaskan juga menurut syarak bahawa keredhaan Allah itu berada di tempat
yang kedua sesudah keredhaan Allah, dan berbakti kepada mereka merupakan
kewajipan sesudah beriman kepada Allah.
Manakala bagi warga emas, bagi menghadapi usia tua, setiap orang akan membuat
persiapan dari segi fizikal, mental, kerohanian dan lain- lain, walaupun persiapan ini
sebenarnya merupakan proses seumur hidup yang harus dilaksanakan oleh manusia
tanpa mengira umurnya.
Seseorang yang telah membuat persiapan dari segi mental dan sikapnya, termasuk
dari segi fizikal dan sosialnya bagi menghadapi kehidupan selanjutnya, maka usia
tuanya dalam keadaan sentiasa berprestasi, berpotensi, produktif, dalam bidang dan
kepakarannya dan akan mempunyai cara tersendiri untuk hidup berbahagia di
kalangan ahli keluarganya termasuk anak cucunya.8
Dalam islam warga emas mempunyai kedudukan yang tinggi lagi istimewa. Untuk
itu islam memberikan beberapa garis panduan tentang bagaimana mereka seharusnya
dilayani, garis panduan ini telah dinyatakan di dalam al-Quran.
Islam tidak hanya memberi garis panduan tentang bagaimana anak perlu melayan ibu
bapanya yang lanjut usia tetapi islam juga memberi garis panduan kepada ahli
masyarakat secara keseluruhannya tentang bagaimana mereka seharusnya melayani
warga tua dalam masyarakat.
Islam membawa hukum kemasyarakatan yang menanamkan sikap bantu membantu,
mulia, akhlak yang baik dan lemah lembut dalam hati orang islam, akhlak yang baik
dan lemah lembut dalam hati orang islam. Salah satu ajarannya yang paling
menonjol adalah menghormati orang yang lebih tua dan orang yang paling layak
menerima penghormatan tersebut seperti ulama’, guru dan lain- lain.
Menghormati warga emas dan mengutamakan mereka melebihi yang muda adalah
tanda bahawa masyarakat itu bertamadun, ahli- ahlinya faham hukum akhlak
manusia yang menunjukkan ketinggian akhlak mereka. Begitulah yang dituntut dari
lelaki dan wanita.
8 Ismail Ibrahim. Op. Cit. Hlm: 225-226
Islam meletakkan warga emas dalam kedudukan yang betul didalam masyarakatnya,
justeru manusia yang menghormati warga emas dikatakan sebagai mereka yang
mengikuti ajaran Rasulnya.9
Berbakti kepada kedua ibu bapa meliputi banyak perkara, diantaranya Nafkah
kepada kedua ibu bapa, menjaga dan berkomunikasi kepada mereka dengan kasih
sayang dan melayan kerenah mereka dengan penuh kesabaran, juga hak penjagaan
kesihatan yang mesti diberikan kepada warga emas.
2.3.1 Hak Nafkah
Nafkah dari segi bahasa bermaksud mengeluar atau menghabiskan sesuatu.
Perkataan nafkah digunakan kepada perkara yang baik- baik sahaja.
Sementara dari segi istilah pula ia bermaksud semua keperluan asas manusia seperti
makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
9 Dr Muhammad Ali Hasyimi. 2012. Keperibadian seorang Muslimah dari al- Quran dan al- Sunnah. Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa. Hlm.412.
Ia dinamakan nafkah kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan untuk tujuan keperluan
asas tersebut. Mengikut syarak, seorang usul iaitu bapa dan keatas wajib memberi
nafkah kepada furu’ iaitu anak dan kebawah.
Walaubagaimanapun, terdapat dalil- dalil yang menunjukkan bahawa furu’ iaitu
anak dan kebawah juga wajib memberi nafkah kepada usul iaitu Bapa dan keatas
berdasarkan ayat- Al- Quran, al- Sunnah dan Qias ialah :
2.3.1.1 Al- Quran
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :
“ dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
denganKu sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka
janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia
dengan baik, Dan turutilah jalan orang- orang yang rujuk kembali
kepadaKu, Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku
akan beritakan kepada kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan.”
Luqman(31) : 1510
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
“Dan Rabbmu memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kepada selain
Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-
baiknya”
Al- Isra (17) : 2311
10 Ibid. Jilid 7. Hlm 294-20511 Ibid. Jilid 5. Hlm : 237
Dalam kedua- dua ayat ini, perintah bergaul dengan baik dan berbuat baik kepada
ibu bapa oleh anak- anak tidak dapat dilaksanakan kecuali mereka mengambil
tanggungjawab memberi nafkah kepada mereka ketika diperlukan.12
2.3.1.2 Hadith
Hal ini berdasarkan, Sabda Rasulullah s.a.w:
وَعَن طاَرٍِق اَلُمَحارِبى َرِضَى اللُه عَن��ُه قَ��اَل : قَ��دِمنَا الَمدِينََة فَإذَا َرُسوُل الله َصلى الله عَلَيه وََسلَم قَ��ائٌمَ��دُ اَلُمعطِى َ��اَس وَيَقُ��وُل : "ي َ��رِ يَخطُُب الن عَلَى اَلَمنبَ��َك وََأَخَ��اَك ثُم اَلعُليَا وَابدَا بَِمن تَعُوُل َأمَك وََأَبَاَك وَأُختحَحُه ابُن َأَدنَاَك ثُم َأَدنَاَك فََأَدنَاَك" َروَاه النَسائِى وص��َ .ِحبَان وَالدَارقُطنُى Maksudnya :
Dari Thariq al- Muharibi r.a., ia berkata, “ Ketika kami datang ke Madinah,
Rasulullah s.a.w. berdiri di atas mimbar berpidato kepada manusia. Beliau
12 Dr Mustafa Al- Khin, Dr Mustafa Al- Bugha & Ali Al- Sharbaji. 2005. Terjemahan Fiqh Minhaji Manhaj Fiqh Al- Syafi’i. Jilid 4. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Hlm:362
bersabda, “ Tangan orang yang memberi itu berada diatas, dan dahulukan
orang- orang yang menjadi tanggunganmu, iaitu ibumu, ayahmu, saudara
perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yang lebih dekat, dan yang
lebih dekat.” 13
Hukum wajib nafkah furu’ kepada usul diqiaskan dengan nafkah usul kepada furu’.
Hal ini adalah kerana jika usul wajib memberi nafkah kepada furu’ ketika tidak
berkemampuan begitu jugalah kepada furu’. Dia wajib memberi nafkah kepada usul
ketika tidak berkemampuan. Hal ini demikian kerana sebabnya adalah sama, iaitu
akrabnya perhubungan. Ia merupakan asas hubungan keluarga yang kukuh antara
usul dan furu’.14
2.3.1.3 Syarat wajib Nafkah anak kepada ibu bapa dan keatas.
Syarat- syarat wajib anak memberi nafkah kepada ibu bapa dan keatas ialah :
Mereka mempunyai nafkah yang melebihi keperluan asasi diri dan isterinya untuk
tempoh sehari semalam. Jika nafkah yang dimiliki hanya cukup untuk keperluan diri
dan isterinya untuk tempoh sehari semalam mereka tidak wajib memberi nafkah
kepada bapa dan ibu. Hal ini adalah kerana orang fakir tidak wajib memberi nafkah
kepada orang fakir sepertinya. Jika dia mempunyai lebihan, setelah digunakan untuk
13 Hafiz Ibn Hajar al- A’sqolani. 1992. Bulugh Al- Maram min Adillahti Al- Ahkam. Riyadh. Darul Salam. Hlm : 342. Hadith : 113814 Ibid. Hlm: 366
keperluan asasi diri dan isteri mereka hendaklah memberikannya kepada kedua ibu
bapa. Jika lebihan tersebut hanya cukup untuk seorang maka ibu hendaklah
didahulukan. Hal ini berdasarkan kaedah sesuatu yang tidak dapat diambil semuanya
tidak boleh ditinggalkan semuanya.
Ibu bapa dan keatas hendaklah di kalangan orang yang fakir. Maksud fakir di sini
ialah mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan asasi, sama ada mereka mampu
berkerja atau tidak. Syarat ini berbeza dengan syarat yang mewajibkan bapa
memberi nafkah kepada anak. Hal ini kerana di samping syarat fakir, anak mestilah
memenuhi syarat tidak mampu bekerja, sama ada masih kecil, tua yang tidak mampu
bekerja atau gila.
Perbezaan ibu bapa dan keatas dengan anak dalam masalah ini ialah ibu bapa tidak
dipandang hina apabila menyuruh anak yang mampu bekerja. Tetapi anak dipandang
hina apabila menyuruh ibu bapa bekerja disebabkan mereka telah lama bekerja dan
bersungguh- sungguh demi membesarkan anak, lebih- lebih lagi mereka sudah tua.
Seorang ibu, apabila tidak mendapat nafkah secukupnya daripada suaminya, sama
ada dari segi kenyataannya disebabkan tidak berkemampuan atau dari segi hukum
disebabkan ketiadaan suaminya. Justeru anak wajib member nafkah kepada ibunya
dalam dua keadaan berikut.
i. Bapa tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.
ii. Bapa telah meninggal dunia dan ibunya tidak bersuami lagi. Kemampuan ibu
untuk berkahwin lagi tidak membatalkan kewajipan ini. Dalam hal ini, anak
wajib memberikan ibunya nafkah walaupun ada lelaki yang sekufu mahu
berkahwin dengannya.
Sehubungan dengan itu, kewajipan anak memberi nafkah kepada ibunya terbatal
dalam dua keadaan yang berikut :
Bapa mampu memberi nafkah kepada isterinya.
i. Ibu telah berkahwin dengan lelaki lain, sama ada suaminya itu mampu
member nafkah kepadanya atau tidak.
ii. Jika ibu meminta fasakh daripada suaminya yang tidak mampu memberi
nafkah dan fasakh itu diterima, ketika itu anak wajib memberikan nafkah.15
Justeru dapatlah kita lihat disini, seseorang anak diwajibkan untuk member nafkah
kepada kedua ibu bapanya menurut dalil- dalil yang telah dinyatakan diatas, namun
diatas beberapa sebab seperti ketidakmampuan anak didalam memberikan nafkah
kepada ibu bapanya, maka tidak mengapa untuk anak tidak memberi nafkah kepada
kedua ibu bapa.
Di dalam hal ini, dapatlah dinyatakan bahawa golongan warga emas yang tinggal di
pusat kebajikan warga emas tidaklah semestinya golongan yang tidak berkahwin,
15 Ibid hlm: 367- 368
dibiarkan sanak- saudara mahupun hidup bergedalangan akibat ketidakpedulian
masyarakat, tetapi juga bagi golongan warga emas yang pergi ke rumah kebajikan
secara sukarela kerana melihat kepada kesusahan anak- anak yang tidak mampu
memberikan nafkah kepada mereka. Mungkin juga golongan warga emas ini terdiri
dari warga emas yang berkemampuan, tetapi disebabkan kesunyian mereka hadir
secara sukarela ke rumah kebajikan supaya dapat bergaul dengan warga emas di
rumah kebajikan tersebut. Maka ketika masyarakat sering mempersalahkan
seseorang anak kerana membiarkan kedua ibu bapanya tinggal di rumah kebajikan
warga emas, sesuatu yang harus dinilai adalah kemampuan anak tersebut dan
bukanlah dengan terus meletakkan persepsi negatif terhadapnya.
2.3.2 Hak tempat tinggal dan penjagaan
Dari segi tempat tinggal, islam tidak menyatakan bahawa orang tua perlu tinggal
dengan anak- anak mereka.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :
“ Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua- duanya sekali sampai pada umur
lanjut dalam pemeliharaanmu..”.
Al- Israa’ (17): 2316
Ayat ini hanya menggunakan kata “ jika”. Jadi, bukanlah menjadi satu kewajipan
bahawa ibu bapa yang tua mesti berada dalam pemeliharaan anak- anak. Namun
begitu, jika ibu bapa ingin tinggal bersama- sama anak- anaknya, adalah menjadi
tanggungjawab anak- anak untuk menerima mereka dan menjaga mereka sebaik
yang mungkin. Di masa yang sama, anak- anak yang lain perlu melaksanakan
tanggungjawab mereka dari segi bertanya khabar dan berziarah.17
Menjadi tanggungjawab anak- anak untuk menjaga kedua ibu bapanya. Bagi anak-
anak yang tidak tinggal bersama kedua ibu bapanya yang lanjut usia, ini tidak
bermaksud tanggungjawab mereka telah selesai. Ini kerana bukanlah sesuatu yang
mandatori bahawa kedua ibu bapa yang tua mesti hidup sebumbung dengan anak- 16Shaikh Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman.Op.cit. Hlm : 23517 Siti Fatimah Abdul Rahman. 2004. Menangani Keperluan Warga Tua dari Perspektif Islam: Pembentukan Fitrah Hidup Islam. Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM). Hlm: 253
anaknya. Ini wajar kerana sepasang ibu bapa mungkin mempunyai ramai anak dan
tidak mungkin ia tinggal dengan semua anaknya pada satu- satu masa.
Dewasa ini memang ada kecenderungan warga emas untuk tinggal sendiri kerana
lebih selesa berbuat demikian dari tinggal sebumbung dengan anak- anak. Walaupun
ibu bapa tidak tinggal bersama, anak- anak dituntut untuk menjenguk mereka untuk
mengetahui perkembangan kedua ibu bapanya itu. Ini beerti, orang tua, walaupun
sudah tua, ini tidak beerti mereka tidak boleh menyumbang apa- apa. Ditambah pula
dengan pengalaman yang mereka miliki, tentu ada idea yang boleh disumbangkan
kepada anak dan cucunya.18
Walaupun islam meletakkan tanggungjawab menjaga warga emas nya kepada
keluarga, warga emas masih memerlukan pusat kebajikan atau rumah orang- orang
tua kerana terdapat dikalangan orang islam yang tidak berkahwin, maka ketika
mereka tua, mereka tidak ada anak- anak yang akan menjaga mereka, anak- anak
saudara serta sanak saudara yang lain akan mempunyai tanggungjawab mereka yang
lebih utama iaitu menjaga kedua ibu bapa mereka sendiri. Bagi mereka yang telah
berkahwin pula, tidak semestinya mereka dikurniakan anak, selagi suami atau isteri
satu sama lain masih hidup, pastinya akan ada lagi yang akan menjaga, jika pasangan
sudah meninggal, tentu sahaja warga emas ini akan tinggal bersendirian dan
memerlukan khidmat pusat kebajikan.19
18 Ismail Ibrahim. Op.cit. Hlm:23119 Siti Fatimah Abdul Rahman. Op.cit. Hlm: 254
Mengikut sumber dari banci penduduk jabatan perangkaan Malaysia corak status
perkahwinan warga emas adalah berbeza dengan corak perkahwinan penduduk lain.
Dikalangan warga tua berumur 60 tahun ke atas terdapat peratusan yang menjadi
balu atau duda jauh lebih tinggi daripada penduduk di bawah umur ini.20
Tanggunjawab menghormati dan menjaga kebajikan warga emas bukanlah terletak
kepada seorang anak, cucu, dan saudara mara semata- mata, tetapi ialah termasuk
golongan masyarakat tidak kira Kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan masyarakat
sekeliling yang tinggal berdekatan dengan rumah warga emas tersebut, justeru,
sekiranya masyarakat mengetahui bahawa terdapat warga emas berdekatan dengan
kawasan tersebut, wajarlah dibantu dan jika tidak berkemampuan, maka seharusnya
dihantar ke rumah kebajikan yang berdekatan supaya kebajikan warga emas tersebut
dapat dijaga sebaiknya.
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
20 Nazileh Ramli. 2004. Senario Penuaan Di Malaysia: Kesannya kepada Negara. Institut Kefahaman Islam Malaysia. Hlm:206
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan
sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, karib kerabat,
anak- anak yatim, orang- orang miskin, jiran yang dekat yang jauh, teman
sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.”
An- Nisa (4): 36
Setiap orang yang rumahnya dekat dengan rumah seseorang yang lain mempunyai
hak keatasnya, meskipun tiada hubungan persaudaraan dan bukan saudara seagama
dengan mereka, perghormatan ini adalah bentuk toleransi yang diketengahkan oelh
islam, justeru ayat ini menjelaskan kepada manusia bahawa tangunggjawab menjaga
warga emas yang miskin, ditinggalkan oleh anak- anak dan kesunyian juga terletak
pada jiran- jiran dan masyarakat di sekelilingnya.
Islam merupakan agama yang menganjurkan umatnya untuk meletakkan manusia di
kedudukan yang sepatutnya, warga tua merupakan sebahagian dari ahli keluarga,
masyarakat dan negara, mereka mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran yang
boleh dimanfaatkan oleh masyarakat disekelilingnya, maka menjadi tanggungjawab
manusia di sekelilingnya untuk menghormati, membantu dan berkomunikasi dengan
mereka sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith
diatas.
2.3.3 Hak kasih sayang dan penghormatan
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya :
“ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kepada
selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik dengan kedua ibu bapamu
dengan sebaik- baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-
duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali- kali
janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah
kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh
kesayangan dan ucapkanlah : “ Wahai Rabb-ku, kasihilah mereka keduanya,
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil.”
Al- Israa’ (17) :23, 24
Allah berfirman dengan memerintahkan agar hamba-Nya hanya beribadah kepada-
Nya sahaja, yang tiada sekutu bagi-Nya. Kata Qadhaa dalam ayat ini beerti
perintah.Mengenai Firman-Nya : ( وَقََضى) “ Dan telah memerintahkan,” Mujahid
berkata : “ ertinya berwasiat.”21
Ayat ini menjelaskan kepada kita beberapa garis panduan tentang bagaimana anak-
anak seharusnya melayani kedua ibu bapanya, termasuklah ibu bapanya yang telah
lanjut usia. Secara umumnya, anak- anak dituntut untuk melakukan kebaikan kepada
orang tuanya. Tuntutan ini memang patut bagi membalas segala budi dan jasa kedua
ibu bapa yang telah bersusah payah membela dan memelihara anak- anak itu dari
kecil sehingga mereka dewasa. 22
Menghormati ibu bapa berkait rapat dengan penjagaan emosi mereka sewaktu usia
mereka menjengah usia tua, warga emas akan menjadi begitu sensitif kerana pada
ketika ini, mereka pula yang mengharapkan perhatian anak- anak seperti mana anak-
anak yang masih kecil mengharapkan perhatian dari ibu bapa, justeru bagi warga
emas yang mempunyai anak- anak atau yang tidak mempunyai anak, menghormati
21Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman Alu Shaikh. 2008. Tafsir Ibnu Katsir. Terj. M. ‘Abdul Ghoffar E.M. & Abu Ihsan al- Atsari. Jilid 5. Jakarta. Pustaka Imam Syafii’. Hlm : 237-23822 Ismail Ibrahim. Op. cit. Hlm: 229
mereka dengan tidak meninggikan suara, bercakap dengan adab yang mulia,
membantu mereka dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka merupakan bentuk
penjagaan emosi warga emas. Kerana itulah didalam ayat diatas Allah memberikan
garis panduan tentang bagaimana menghormati dan menjaga emosi warga emas.
2.3.4 Hak kesihatan
Dari sudut penjagaan kesihatan warga emas, kebanyakan kajian tentang warga emas
menunjukkan bahawa semakin meningkatnya tua seseorang itu akan semakin
meningkat pula penyakit yang dihadapi dan kurang pula daya pergerakan untuk
menjalankan kerja- kerja harian terutamanya yang sudah tua. Dengan demikian
masalah penjagaan warga emas sangat penting. Ahli keluarga merupakan orang yang
terdekat dalam memberi bantuan penjagaan dan sokongan emosi. 23
Kemudahan- kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk
warga emas perlu disediakan bagi menentukan mereka hidup dengan penjagaan
kesihatan yang sempurna, warga emas juga digalakkan melibatkan diri dalam
aktiviti- aktiviti kekeluargaan dan pertubuhan kemasyarakatannya bagi meransang
keaktifannya untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik disamping dapat
berinteraksi sesama mereka.
23 Ibid. Hlm: 209
Jika seseorang warga emas mengidap penyakit tertentu dan memerlukan rawatan
yang khusus, adalah lebih baik mereka diletakkan dalam jagaan institusi dari dalam
jagaan keluarga, ini kerana didalam institusi itu, mereka boleh mendapatkan
penjagaan dari pakar- pakar kesihatan, hampir setiap masa, namun jika dirumah
mereka, penjagaan seperti itu tidak akan diterima terutamanya bagi warga emas yang
mengidap penyakit Alzheimer. Oleh itu, tentunya kita memerlukan rumah warga
emas yang menjaga orang islam. 24
2.4 Konsep kebajikan Warga Emas menurut Undang- undang
Justeru, memahami dengan jelas konsep penuaan penduduk adalah sangat penting
kerana kefahaman ini dapat memberi panduan khususnya kepada para perancang dan
para perumus dasar dalam merangka strategi- strategi serta melaksanakan program-
program kearah memastikan kebajikan warga emas lebih terjamin di masa hadapan.25
Di Malaysia, warga emas merupakan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM). Berbagai perkhidmatan disediakan kepada warga tua tersebut melalui
perkhidmatan luar dan institusi. Dasar kebajikan Masyarakat Negara yang telah
24Siti Fatimah Abdul Rahman. Op.cit. Hlm: 25425 Nazileh Ramli. Op.cit. Hlm:199-200
diluluskan pada tahun 1990 menekankan pendekatan yang menggalakkan
penglibatan anggota keluarga dan masyarakat dalam menjamin kesejahteraan warga
emas.
Kerajaan juga melaksanakan Akta Pusat Jagaan 1993 untuk menentukan agar
standard minima penjagaan dan perkhidmatan yang diberikan oleh institusi- institusi
perkhidmatan warga emas yang dijalankan oleh pertubuhan sukarela dan swasta
dapat dikekalkan.
Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya sebilangan kecil sahaja
warga emas di negara ini tinggal di rumah Kebajikan Warga emas dan yang
selebihnya tinggal dalam komuniti sama ada secara bersendirian dan berdikari atau
dengan sokongan keluarga atau masyarakat setempat. Sehubungan dengan ini,
golongan warga emas sentiasa diberikan perhatian oleh JKM khususnya dari segi
penyediaan perkhidmatan perlindungan dan juga pembangunan ketahanan diri
mereka supaya tidak diabaikan oleh mana- mana pihak.
Dari perpektif JKM, warga emas yang diabaikan adalah mereka yang terpaksa
ditempatkan di Rumah Kebajikan Warga Emas kerana tiada siapa, sama ada ahli
keluarga, atau masyarakat yang sanggup bertanggungjawab ke atas mereka.
Pada dasarnya kemasukan Warga emas ke Rumah kebajikan warga emas adalah
merupakan langkah terakhir JKM setelah semua ikhtiar telah diusahakan untuk
membolehkan mereka terus tinggak dalam masyarakat. Perlu diingat bahawa
pendekatan JKM menangani isu ini masih menegaskan dan menggalakkan warga
emas terus tetap tinggal bersama keluarga atau penjaga mereka dalam komuniti
selama mungkin (sepanjang hayat)
Salah satu program yang dapat menentukan warga tua hidup aktif dan produktif dan
terus dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara adalah
pengwujudan Pusat Jagaan Harian Warga emas. Program ini merupakan program
utama dalam menjamin kesejahteraan warga emas dan membolehkan mereka terus
hidup dalam suasana kekeluargaan yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Program ini bertujuan untuk memberikan satu kemudahan penjagaan harian kepada
warga emas terutamanya bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ahli keluarga
atau penjaga keluar bekerja. Dengan cara ini, warga emas akan dapat terus hidup
dengan keluarga sendiri dan penjaga mendapat khidmat sokongan penjagaan warga
emas yang lebih terjamin. Berbagai aktiviti disediakan bagi membolehkan warga
emas belajar berdikari, berinteraksi sesame mereka dan dengan masyarakat
tempatan, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta terus menyumbang
khidmat sukarela kepada masyarakat.
Pusat ini dibuka setiap hari dengan penyediaan jadual aktiviti harian seperti sesi
terapi, perkhidmatan kaunseling, rekriasi, latihan dalam bidang tertentu, lawatan,
khidmat sukarela dan sebagainya. Seramai 25-30 orang warga emas boleh menikmati
kemudahan yang disediakan di pusat ini pada satu- satu masa.
Penglibatan agensi kerajaan berkaitan, pertubuhan sukarela kebajikan, pihak swasta
dan masyarakat setempat adalah digalakkan untuk menyumbang dan memenuhi
keperluan ini kearah peningkatan kesejahteraan golongan warga emas.26
Lain- lain perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan oleh agensi dan pertubuhan
lain kepada warga emas adalah seperti berikut:
i. Kementerian kesihatan menyediakan kemudahan perubatan dan
perkhidmatan kesihatan kepada warga emas termasuk menubuhkan unit
penjagaan Geriatrik di Hospital Seremban. Hospitak Besar juga memiliki
kaunter khas untuk warga emas bagi menerima rawatan.
ii. Kereta api tanah Melayu dan Sistem Penerbangan Malaysia menyediakan
kadar kosensi 50% bagi tambang biasa dalam negeri kepada warga emas.
iii. Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) menyumbang kepada jaminan
kewangan bagi warga emas yang telah bersara daripada sector swasta.
26 Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd. Op.cit. Hlm:212-213
iv. Skim persaraan untuk kakitangan kerajaan.
v. Jabatan imigresen menyediakan kaunter khas kepada warga emas bagi
memohon passport.
vi. Kempen Pendidikan awam turut digiatkan dalam meningkat kesedaran dan
nilai positif terhadap warga emas.
vii. Pengecualian cukai untuk ahli keluarga yang berbelanja sehingga RM
5,000.00 setahun untuk perbelanjaan perubatan dan memberi peralatan
khusus untuk kedua ibu bapa yang telah tua.
2.5 Pengenalan Dasar Warga Emas Negara
Pada oktober 1995 kerajaan telah meluluskan satu dasar yang khusus kepada
kumpulan sasar warga tua yang dinamakan sebagai Dasar warga emas Negara. Dasar
ini berhasrat untuk mewujudkan masyarakat warga tua yang sejahtera, bermaruah,
mempunyai martabat diri yang tinggi dengan mengoptimakan potensi diri mereka
dan menentukan pencapaian objektif seperti berikut.
1. Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga Emas dalam keluarga,
masyarakat dan negara.
2. Memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam
pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka
untuk terus hidup berdikari.
3. Menggalakkan pengwujudan dan penyediaan kemudahan- kemudahan yang
tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas
kearah kesejahteraan hidup mereka.
2.6 Pelan tindakan dasar warga emas negara.
Pelan tindakan Dasar Warga Emas Negara ini menggariskan dasar, strategi dan
program yang akan menjadi panduan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi kerajaan,
badan- badan kebajikan sukarela dan sector swasta dalam melaksanakan program
yang telah dirancangkan. Pelan tindakan ini berasaskan kepada pendekatan
kerjasama bersepadu pelbagai sektor dan menjadi tonggak utama kepada setiap
perancangan negara dalam menjamin kesejahteraan warga emas.
Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Emas maka usaha- usaha bersepadu
dan menyeluruh perlu diambil oleh agensi- agensi yang berkenaan dalam bidang
berikut :
2.6.1 Pendidikan
Kemudahan- kemudahan pendidikan dan latihan perlu disediakan untuk
membolehkan warga emas untuk mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran bagi
membolehkan mereka mengembangkan potensi ke tahap optima. Kukurikulum
sekolah perlu mengambil kira pendidikan kekeluargaan agar generasi muda dapat
menghayati dan memahami warga tua.
2.6.2 Pekerjaan
Warga emas digalakkan untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara
melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran
masing- masing. Dengan cara ini mereka boleh hidup berdikari dari segi pendapatan
dan kesejahteraan hidup.
2.6.3 Penyertaan dalam Masyarakat
Warga emas digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti kekeluargaan dan
pertubuhan- pertubuhan kemasyarakatan untuk membolehkan mereka memainkan
peranan dalam keluarga dan masyarakat di samping dapat berinteraksi sesama
mereka.
2.6.4 Riadah
Kemudahan- kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga emas menjalankan
aktiviti riadah di kawasan- kawasan perumahan, taman rekreasi dan pusat- pusat
sukan.
2.6.5 Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam perlu menyediakan kemudahan yang sesuai untuk
membolehkan warga emas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
selesa.
2.6.6 Perumahan
Rumah- rumah yang sedia ada dan akan dibina perlu mengambil kira kemudahan-
kemudahan yang sesuai untuk warga emas untuk membolehkan mereka dapat hidup
dengan lebih selesa.
2.6.7 Sistem sokongan bagi keluarga
Untuk menentukan warga emas dapat terus hidup bersama keluarga maka sistem
sokongan bagi keluarga perlu diwujudkan di kawasan- kawasan perumahan untuk
membantu keluarga dalam penjagaan warga emas. Insentif- insentif yang tertentu
perlu diperkenalkan bagi menyokong ahli- ahli keluarga yang menjaga warga emas
meneruskan peranan mereka.
2.6.8 Kesihatan
Kemudahan- kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk
warga emas perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaa
kesihatan yang sempurna.
2.6.9 Media
Untuk meningkatkan kesedaran berkaitan dengan warga emas di kalangan
masyarakat, maka media cetak dan elektronik perlu memainkan peranan yang lebih
aktif.
2.6.10 Penyelidikan dan pembangunan
Kajian- kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat- maklumat agar
perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan warga emas.
Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat dikenalpasti sebagai agensi yang bertanggungjawab
dalam penyelarasan perlaksanaan pelan tindakan ini.27
2.7 Kesimpulan
Warga emas merupakan golongan yang merupakan sebahagian dari keluarga,
masyarakat dan Negara, adalah menjadi kewajipan semua pihak dalam memastikan
kebajikan golongan ini dipelihara dalam apa- apa cara sekalipun.
27 Sayed A.Rahman bin Sayed Mohd. Op.cit. Hlm: 214-217
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan (2006), Kerajaan Tentera
British amat sensitif dengan keperitan hidup rakyat yang menjadi sasaran utama
terutamanya rakyat Kelantan. Dengan objektif yang jelas Kerajaan Tentera British
menubuhkan Rumah Kebajikan di Kubang Kerian, Kota Bharu. Rumah Kebajikan
ini memberi pembelaan kepada warga tua dan kanak-kanak pada era sebelum tahun
1950. Pada tahun 1952, tapak baru telah dikenal pasti. Kawasan seluas 30 ekar di
Kemumin, Pengkalan Chepa telah dipilih. Pada tahun 1952, di tapak inilah
sebanyak 20 blok bangunan didirikan dan rumah ini dibuka untuk penempatan
semula kumpulan sasar iaitu golongan warga tua dan miskin, cacat serta kanak-
kanak khususnya anak yatim piatu. Kumpulan sasar ditempatkan berasingan
mengikut blok kawasan. Penghuni cacat diberi latihan untuk berdikari manakala
kanak-kanak diberi pendidikan secara formal. Perasmian pembukaan rumah ini
dimasyhurkan oleh DYTM Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Yahya Petra
Ibni Sultan Ibrahim pada Mei 1953.
Pada tahun 1960-an beberapa tragedi peperangan saudara berlaku di negaranegara
jiran. Akibatnya, ramai rakyat mereka telah lari untuk mendapat perlindungan di
Malaysia. Sebahagian pelarian ini ditempatkan di rumah ini sementara mereka
dipindahkan ke negara ketiga atau pulang semula ke negara masing-masing.
Menjelang tahun 70-an, satu lagi aspek masalah sosial telah dikenal pasti. Ada rakyat
telah kehilangan harta benda dan tidak berupaya berdikari. Selain itu, mereka juga
tiada tempat untuk mengadu nasib serta mendapat bantuan. Pihak berkuasa amat
prihatin terhadap mereka. Pada tahun 1977, Akta Orang Papa telah diperkenalkan.
Melalui akta inilah orang papa yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah
ditetapkan diterima sebagai penghuni rumah ini. Untuk memberi pembelaan yang
sesuai kepada anak-anak yatim, pihak berkuasa telah membuat keputusan untuk
menempatkan mereka di Rumah Kebajikan yang boleh memberi keselesaan
mengikut keperluan mereka.
Rumah kebajikan warga tua di Malaysia terdiri daripada rumah kebajikan warga tua
yang ditadbir oleh kerajaan sektor-sektor swasta serta badan-badan sukarela. Rumah
kebajikan warga tua yang ditadbir oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan
(NGO) seperti pihak sukarela merupakan penempatan secara percuma iaitu tidak
berorientasikan keuntungan. Terdapat dua jenis institusi yang bertanggungjawab
dalam memberi perlindungan kepada warga tua di Malaysia iaitu pusat jagaan
berkediaman dan tempat kediaman khusus seperti residential homes (Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008).28
Penyediaan Pusat Kebajikan Warga Emas di Malaysia merupakan cara terbaik
selepas usaha pertama iaitu memastikan Warga Emas tetap tinggal bersama keluarga,
walaubagaimanapun, sekiranya usaha pertama gagal, Pusat Kebajikan Warga Emas
dengan rela hati akan menerima kemasukan Warga Emas ke tempat mereka. Atas
beberapa faktor seperti kemiskinan, dibuang keluarga, tiada anak, tiada saudara-
mara dan sebagainya, maka dengan hal ini dilihat Pusat Kebajikan menjadi satu
altenatif dalam memastikan terpeliharanya kebajikan Warga Emas di Malaysia.
28 Shalini a/p sanmargaraja. 2012. Penyediaan fasiliti di rumah warga tua: kajian kes di bandaraya ipoh dan johor bahru. Fakulti pengurusan teknologi dan perniagaan Universiti Tun Hussein onn malaysia. hlm: 21-22
Permohonan kemasukan ke Pusat Kebajikan Warga Emas boleh dibuat di mana-
mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jajahan di tempat Pemohon
tinggal, Setiap Permohonan kemasukan akan disiasat terlebih dahulu oleh Pegawai
Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jajahan yang berkenaan dan laporan siasatan
akan dibawa kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk ulasan dan
sokongan. Kemudian, Laporan itu akan dibawa pula kepada Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah kaedah- kaedah bagi pengurusan Rumah
orang – orang tua 1983. Akhir sekali Pegawai Kebajikan Daerah akan memaklumkan
keputusan kepada pemohon, jika permohonan diluluskan, Warga Emas tersebut akan
dibawa ke mana- mana Pusat Kebajikan Warga Emas yang bernaung di Bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
Berikut dinyatakan senarai Pusat Kebajikan Warga Emas yang bernaung di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia.
1. Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.
2. Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.
3. Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Perak.
4. Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor.
5. Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan.
6. Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.
7. Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Kelantan.
8. Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Johor.
9. Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis
Senarai Rumah Seri Kenangan/ orang tua yang ditadbirkan oleh kerajaan di Negeri
Sabah dan Sarawak.
i. Rumah Sri Pritchard, Papar, Sabah.
ii. Rumah Air Panas, Tawau, Sabah.
iii. Rumah Beatrice, Sandakan, Sabah.
iv. Rumah Seri Kenangan, Kuching, Sarawak.
v. Rumah Seri Kenangan Sibu, Sarawak.29
Diperingkat Kerajaan, Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakatnya (JKM), penjagaan
dan serta bantuan kewangan dan bukan kewangan di berikan kepada mereka yang
layak menerimanya, penjagaan institusi ( Pusat Kebajikan Warga Emas) diberikan
kepada warga tua yang tidak berwaris.
Manakala bantuan kewangan diberi kepada mereka yang layak di samping bantuan
pendengaran dan khidmat kaunseling.
Usaha- usaha JKM ini dilihat positif kerana akan mengurangkan beban golongan
warga emas yang memerlukan, lebih- lebih lagi, sememangnya menjadi
tangungjawab pemerintah untuk melaksanakan tangunggajawab tersebut.30
29 Sayed. A. Rahman bin Sayed Mohd. Op. Cit. Hlm: 22130 Siti Fatimah Abdul Rahman. Op.cit.Hlm: 242