tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah …
TRANSCRIPT
157
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 157 - 169] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
TINJAUAN TAHAP PERSEPSI PELAKSANAAN 15 LANGKAH
BANDAR SELAMAT YANG MEMBANTU MENINGKATKAN
KESELAMATAN WANITA DARIPADA PELAKUAN JENAYAH
DI RUANG AWAM BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH
REVIEW OF THE PERCEPTION LEVEL OF 15 SAFE CITY STEPS
IMPLEMENTATION THAT HELP IMPROVE WOMEN'S SAFETY FROM
CRIMINAL ACTS IN PUBLIC SPACE OF KOTA KINABALU CITY, SABAH
Siti An-Nur Arsyi Lajimin¹
Nor-Ina Kanyo ² ¹ Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
(E-mel: [email protected])
² Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
(E-mel: [email protected]
Article history To cite this document:
Received date : 13-3-2021 Arsyi Lajimin, S. A., & Kanyo, N. I. (2021). Tinjauan
Tahap Persepsi Pelaksanaan 15 Langkah Bandar Selamat
Yang Membantu Meningkatkan Keselamatan Wanita
Daripada Pelakuan Jenayah Di Ruang Awam Bandaraya
Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Islamic, Social,
Economics and Development (JISED), 6 (37), 157 – 169.
Revised date : 14-3-2021
Accepted date : 4-7-2021
Published date : 14-7-2021
___________________________________________________________________________
Abstrak: Aspek keselamatan diri merupakan kebimbangan utama golongan wanita apabila
berada di kawasan bandar. Hal ini kerana, wanita merupakan golongan yang sering menjadi
mangsa bagi pelakuan jenayah yang biasanya berlaku di ruang awam bandar seperti di jalanan,
taman, semasa menaiki pengangkutan awam, di sekolah, di tempat kerja, di dalam tandas awam
atau di kawasan kejiranan mereka sendiri. Bagi mengurangkan masalah pelakuan jenayah yang
semakin kompleks serta bagi menjaga kesejahteraan penduduk, maka konsep Bandar Selamat
mula diperkenalkan dan dilaksanakan di peringkat dunia oleh UN-Habitat pada tahun 1996. Di
Malaysia, konsep ini mula diperkenalkan sejak tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa dan telah memperkenalkan 15 Langkah Program Bandar
Selamat pada tahun 2010. Justeru, kertas kerja ini bertujuan meneliti tahap persepsi wanita
terhadap pelaksanaan 15 langkah Bandar Selamat yang benar-benar membantu meningkatkan
keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah di ruang awam, Bandaraya Kota Kinabalu,
Sabah. Seramai 300 orang responden wanita yang bekerja di sekitar kawasan kajian di pusat
Bandaraya Kota Kinabalu terlibat dalam kajian in. Sumber data primer diperolehi melalui
kaedah tinjauan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati kesemua langkah Bandar Selamat
yang dilaksanakan sememangnya dipersetujui oleh golongan ini dalam membantu meningkatkan
keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah namun 2 langkah paling dominan yang
dikenalpasti adalah langkah ke-9 pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis
perniagaan dan tempat awam serta langkah ke-10 iaitu pencahayaan dalam strategi 2 Langkah
Bandar Selamat: Memperkasakan kawasan sasaran.
Kata Kunci: Persepsi, Pelaksanaan 15 Langkah Bandar Selamat, Keselamatan, Wanita
151
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Abstract: The increase in crime in most cities in the world raises security issues for urban
communities as well as causes fear of crime, especially for women. This is because, women
are the group that is often the victims of criminal acts that usually occur in urban public
spaces such as on the streets, parks, while riding public transport, at school, at work, in
public toilets, or their neighborhoods. Therefore, the aspect of personal safety is the main
concern of women when in urban areas. The concept of Safe City was first introduced and
implemented at the world level by UN-Habitat in 1996 to reduce the problem of increasingly
complex crime and to maintain the well-being of the population. In Malaysia, this concept
was first introduced in 2004 under the responsibility of the Town and Country Planning
Department and introduced the 15 Steps of the Safe City Program in 2010. Thus, this paper
aims to examine the level of women's perceptions of the implementation of the 15 Steps of a
Safe City that truly help improve their safety from criminal acts in public spaces, Kota
Kinabalu City, Sabah. A total of 300 female respondents working around the study area in
the center of Kota Kinabalu City were involved in this study. Primary data sources were
obtained through a questionnaire survey method. The results of the study found that all the
Safe City steps implemented were indeed agreed by this group in helping to improve their
safety from criminal acts but the 2 most dominant steps identified were the 9th step of
installing closed-circuit cameras (CCTV) in business premises and public places as well as
the 10th step which is the lighting in the Strategy 2 of Safe City Steps: Empowering the target
area.
Keywords: Perception, Implementation of 15 Safe City Steps, Safety, Women
Pengenalan
Pelakuan jenayah yang meningkat di bandar-bandar seluruh dunia membawa kepada persoalan
terhadap isu keselamatan masyarakat di bandar. Jamaludin (2007), menyatakan bahawa isu
keselamatan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bandar kerana tanpa adanya
keselamatan, maka sukar bagi masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dalam
kalangan masyarakat bandar, golongan gadis dan wanita sering menjadi mangsa dan paling
banyak menerima ancaman tidak selamat daripada pelakuan jenayah. Secara globalnya, hampir
setiap hari golongan wanita mengalami dan berhadapan dengan pelbagai jenis jenayah. Namun,
jenayah yang paling sinonim dengan wanita sama ada di peringkat tempatan mahupun
antarabangsa adalah jenayah keganasan seperti rogol, cabul dan gangguan seksual sama ada
fizikal dan lisan ataupun bentuk kekerasan seksual yang lain (UN Women, 2016). Menurut
Deklarasi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1993, keganasan terhadap wanita adalah tindakan
atau tingkah laku keganasan berdasarkan gender yang menyebabkan, atau berkemungkinan
menyebabkan bahaya atau penderitaan dari sudut fizikal, seksual atau psikologi kepada wanita,
termasuk ancaman tindakan tertentu, paksaan atau sekatan kebebasan, sama ada berlaku dalam
kehidupan awam atau persendirian (Suhaila & A’dawiyah, 2019). Jenayah keganasan yang
dialami oleh wanita ini berlaku di mana-mana tempat dan selalunya berlaku di kawasan ruang
awam bandar contohnya seperti di jalanan, dalam dan luar pengangkutan awam, tempat kerja,
sekolah, tandas awam, di taman-taman, plaza serta pusat rekreasi serta malah kawasan kejiranan
mereka sendiri (UN Women, 2016). Hal ini seterusnya akan menyebabkan golongan ini berasa
takut untuk keluar rumah dan berada di ruang awam untuk melakukan aktiviti harian mereka.
Secara realitinya, keadaan ini banyak memberi impak yang negatif khususnya kepada kesihatan
dan kesejahteraan hidup golongan ini kerana ketakutan mereka terhadap pelakuan jenayah
mengurangkan dan menghadkan kebebasan pergerakan mereka di ruang awam bandar,
152
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
kemampuan untuk belajar dan bekerja, untuk mengakses perkhidmatan segera, terlibat dalam
kehidupan awam serta menikmati peluang untuk berekreasi selain menghadkan ketersampaian
mereka kepada perkhidmatan segera serta kegembiraan mereka terhadap budaya.
Wanita dan Keselamatan Mereka Daripada Pelakuan Jenayah
Di kebanyakan negara di dunia, golongan wanita sering menjadi mangsa terhadap pelakuan
jenayah seterusnya menafikan keselamatan mereka khususnya apabila berada di ruang awam
bandar. Sebagai contoh, di India misalnya yang dikatakan mempunyai jenayah terhadap wanita
yang tinggi, isu keganasan terutamanya gangguan seksual bukanlah merupakan isu yang
terpencil dan jarang di bandar-bandar di India, tetapi merupakan fenomena biasa yang berlaku
pada setiap hari. Wanita dilaporkan menghadapi gangguan sama ada semasa hari siang
mahupun malam dan berlaku di semua jenis ruang awam, sama ada sesak ataupun sunyi.
Manakala wanita dari semua peringkat umur berhadapan beberapa bentuk kekerasan atau
gangguan seksual dan yang paling mudah diserang adalah golongan pelajar sekolah dan gadis
pelajar kolej yang berumur dalam lingkungan 15-19 tahun. Pengangkutan awam, bas-bas dan
di tepi jalan dilihat sebagai ruang yang paling mudah diserang. Maka, keadaan ini menjadikan
proses kehidupan seharian mereka dipenuhi dengan bahaya dan berkemungkinan untuk
berlakunya keganasan. Di Mumbai juga, 95% daripada responden perempuan, melaporkan
gangguan seksual, yang mana 46% melaporkan berhadapan dengan gangguan apabila berada
di dalam bas dan 23% semasa sedang menunggu di bustop (UN Women, 2016). Di London,
dalam undian yang dijalankan pada tahun 2012 oleh Ending Violence Against Women
Coalition, mendapati bahawa 43% wanita muda berkata bahawa mereka telah mengalami
gangguan jalanan pada tahun 2011. Manakala kajian terbaru pada Mac 2016, oleh YouGov
Survey yang ditugaskan oleh Ending Violence Against Women Coalition ke atas pengalaman
para wanita di United Kingdom terhadap gangguan seksual di tempat awam mendapati bahawa
64% daripada wanita di setiap peringkat umur di seluruh UK pernah mengalami gangguan
seksual di tempat awam, dan 35% daripada semua wanita mengalami sentuhan seksual yang
tidak diingini. Secara signifikannya kajian tersebut juga mendapati lebih banyak wanita
daripada lelaki yang mengatakan bahawa mereka merasa tidak selamat di tempat awam (63%
berbanding 45%), dan hampir separuh melakukan kesedaran“safety planning” apabila mereka
keluar pada waktu petang seperti mengelakkan pengangkutan awam dan membayar teksi
(42%), balik awal (47%) dan mengambil jalan yang berbeza (42%). Di Perancis pula, satu
kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh National Institute of Statistics and Economics
Studies mendapati bahawa setiap empat wanita mengalami ketakutan ketika berjalan di jalanan,
dan bahawa 1 daripada 5 wanita telah menderita daripada gangguan seksual lisan ketika
berjalan di jalan dalam sepanjang tahun 2012.
Dalam konteks Malaysia, menurut Yap Soo Huey yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah
Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), dalam setiap 35 minit terdapat
seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia. Hal ini adalah berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC) yang menunjukkan bahawa
secara puratanya sebanyak 3,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun di negara ini dan
kebanyakan kes adalah melibatkan mangsa yang berumur di bawah 16 tahun. Kementerian
Dalam Negeri juga menyatakan bahawa sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005
hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes)
didapati bersalah (Sinar Harian Online, 2015). Selain itu, kejadian jenayah jalanan seperti kes
ragut juga seringkali berlaku di kawasan bandar-bandar di Malaysia dan golongan wanita
merupakan golongan yang sering menjadi mangsa. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
153
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
(MCPF) menekankan yang kes ragut adalah jenayah kesempatan atau peluang. Pelakuan
jenayah ini menjadi ancaman yang serius terhadap keselamatan masyarakat di ruang awam
bandar terutamanya golongan wanita kerana terdapat kes-kes ragut yang mengakibatkan
mangsa cedera teruk kerana terjatuh semasa beg ditarik peragut. Di Kota Kinabalu, Sabah,
berdasarkan laporan portal Berita Harian pada 14 November 2019, mangsa seorang wanita
berusia 26 tahun yang sedang minum bersama seorang rakan di sebuah restoran sebelum beg
tangannya tiba-tiba dilarikan oleh seorang lelaki, mengalami kecederaan pada lutut dan paha
kiri akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek ragut tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa
jenayah jalanan seperti ragut ini bukanlah perkara yang kecil dan sebenarnya merupakan
ancaman keselamatan yang serius terhadap golongan wanita jika diambil kira akan trauma yang
dihadapi oleh mangsa terutamanya kes-kes ragut yang telah mengakibatkan kecederaan dan
lebih parah lagi terdapat banyak kes yang mengakibatkan kematian. Berdasarkan laporan
akhbar New Straits Times, pada awal tahun 2016, pihak polis telah merekodkan sebanyak 365
kes di pusat bandar Kuala Lumpur dan mereka menyatakan yang mereka menerima 7 hingga 8
laporan polis yang dibuat setiap hari tentang jenayah ragut di KLCC, Bukit Bintang dan Pasar
Seni (Malaysian Digest Online, 2016). Berhubung Wanita dengan keselamatan daripada
pelakuan jenayah sentiasa wujud dalam apa keadaan sekalipun. Meneliti seketika dalam
keadaan pandemik global Covid-19 yang melanda kebanyakan negara dunia, termasuk
Malaysia, insiden keganasan dan jenayah ke atas wanita juga wujud. Berdasarkan laporan
keganasan ke atas wanita sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
Malaysia bagi mengekang penularan Covid-19, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
melaporkan bahawa sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2020, sebanyak 5,260 kes
keganasan rumah tangga telah dibuka siasatan, manakala merujuk kepada statistik Talian Kasih
KPWKM, dalam tempoh sama, sebanyak 2,540 kes keganasan rumah tangga telah diterima.
Laporan sama juga menunjukkan bahawa bagi empat bulan pertama untuk tahun 2021 iaitu dari
Januari hingga April, sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan (Latifah
Arifin (2021). Ini menunjukkan keselamatan wanita sentiasa tergugat tanpa mengira ruang dan
masa.
Konsep dan Pelaksanaan Program Bandar Selamat di Malaysia
Konsep Bandar Selamat (Safe City) pada dasarnya, adalah idea dan pandangan daripada seorang
wartawan iaitu Jane Jacobs melalui bukunya terbitan tahun 1961 dan bertajuk ‘Life and Death
of American Cities’ (Hidup dan Matinya Bandar Raya Amerika). Konsep Bandar Selamat juga
merupakan satu pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan isu keselamatan yang berlaku di
dalam kawasan bandar. Ia sebahagian daripada konsep “liveable cities” yang memberi fokus
kepada masalah jenayah di bandar. Kini, konsep ini menjadi semakin penting apabila UN-
Habitat Nations (UN-Habitat) menekankan kepentingannya pada tahun 1996 berikutan
peningkatan kadar kes jenayah di bandar berlaku di seluruh dunia (Ahmad Nazrin Aris dan
Zainab, 2009). Oleh itu, Program Bandar Selamat yang dilaksanakan adalah melalui kerjasama
antara pihak PBT, orang awam dan agensi-agensi lain sepertimana yang telah dianjurkan oleh
UN-Habitat (1996). Di Malaysia, konsep Bandar Selamat telah ditubuhkan sejak seawal tahun
1998 oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM). Program Bandar Selamat telah
dilancarkan pada 10 Ogos 2004 dan merupakan antara strategi pencegahan jenayah melalui
pendekatan pencegahan primer yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
merupakan badan yang dilantik sebagai agensi pelaksana bagi setiap dasar dan program bandar
selamat dan kemudiannya pula akan dilaksanakan di peringkat perbandaran dan bandaraya oleh
154
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dengan itu, setiap pelan pembangunan bandar, pekan
dan kawasan perumahan yang baru mestilah menitikberatkan aspek-aspek keselamatan.
Badan-badan kerajaan seperti PBT, pihak keselamatan (polis), organisasi swasta, masyarakat
dan NGO bekerjasama secara bersepadu ke arah pembanterasan jenayah melalui reka bentuk
persekitaran yang selamat, pihak keselamatan dan pembangunan komuniti merupakan antara
penekanan melalui konsep Bandar Selamat (Lee Lam Thye, 1999). Pada umumnya, konsep
Bandar Selamat di Malaysia adalah berdasarkan prinsip “Prevention is better than cure”, di
mana langkah utama bagi mencegah pelakuan jenayah adalah aspek perancangan. Selain itu,
pada akhir 2010, JPBD juga turut bertanggungjawab untuk mengaktifkan semula dan
memperluaskan Program Bandar Selamat sedia ada kepada 149 PBT termasuk di negeri Sabah
dan Sarawak dan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan rumah (House Security Features
(CPTED). Oleh itu, konsep bandar selamat di bawah program ini menurut JPBD (2007), adalah
merujuk kepada takrifan bandar yang bebas dari sebarang ancaman fizikal, sosial dan mental
serta mempunyai persekitaran yang terpelihara. Dengan itu, (JPBD, 2007) menyatakan bahawa
di Malaysia program Bandar Selamat ini mempunyai empat takrifan atau matlamat utama
sepertimana yang diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2004 iaitu seperti;
1. Bandar yang bebas daripada keganasan nyawa dan harta seperti kecurian, rompakan,
pecah rumah, ragut dan seumpamanya.
2. Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan malapetaka akibat daripada bencana
alam seperti banjir dan tanah runtuh.
3. Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah,
jenayah kolar putih, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, pelacuran serta
seumpamanya; dan
4. Bandar yang bebas daripada kemalangan dalam dan luar bangunan seperti
kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.
Sehubungan itu, sehingga pada tahun 2010 garis panduan pencegahan jenayah telah disediakan
oleh JPBD Semenanjung di Malaysia di mana terdapat 23 langkah dalam garis panduan tersebut
yang telah menjadi teras kepada pelaksanaan Bandar Selamat dan telah dilaksanakan oleh PBT
di seluruh negara. Langkah-langkah tersebut mengambil pendekatan pencegahan jenayah
melalui reka bentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta melalui
pendidikan dan kegiatan kemasyarakatan dan ianya perlu dilaksanakan oleh semua pihak PBT
di peringkat perbandaran atau bandaraya (Kamalruddin, 2006). Namun demikian, bermula pada
16 April 2010, satu Unit Khas NKRA Bandar Selamat telah ditubuhkan secara pentadbiran,
yang mana merupakan lanjutan daripada pelaksanaan inisiatif Lab NKRA Mengurangkan
Jenayah melalui Program Bandar Selamat. Rentetan daripada itu, Program Bandar Selamat
2010 ini telah ditakrifkan semula dan mengandungi tiga strategi serta 15 langkah Pencegahan
Jenayah. Menurut Mohd Fareed dan Mohd Yusof Hussain (2013), bagi mengatasi masalah
peningkatan jenayah di kebanyakan kawasan bandar di Malaysia, antara pendekatan yang
digunakan adalah Program Bandar Selamat. Terdapat 15 langkah pencegahan jenayah yang
dilaksanakan dan difokuskan oleh program ini iaitu melalui tiga strategi utama. Pertama, adalah
melalui strategi mereka bentuk persekitaran fizikal, kedua; strategi meperkasakan kawasan
sasaran dan strategi pengurusan serta ketiga; adalah strategi melalui pengurusan, penyertaan
komuniti dan kesedaran awam.
155
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Rajah 1: 15 Langkah Program Bandar Selamat Sumber: (Dipetik dan Diubahsuai daripada JPBD, 2010).
Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada tahun 2004, melaksanakan konsep Bandar Selamat
ini bagi mengurangkan peluang kepada berlakunya jenayah kepada tahap yang paling minimum
seterusnya mewujudkan kehidupan yang selamat. Konsep ini berdasarkan kepada slogan
bahawa mencegah adalah lebih baik daripada menghapuskan jenayah. Beberapa pendekatan
pencegahan jenayah telah dilaksanakan iaitu melalui rekabentuk persekitaran, pembangunan
keselamatan dan pihak keselamatan. Pendekatan ini adalah berasaskan prinsip mencegah
jenayah melalui pengurangan peluang untuk penjenayah melakukan jenayah kerana
kebanyakan jenayah terhasil apabila wujudnya peluang (Nor Eeda, 2006). Di Kota Kinabalu,
pelaksanaan Bandar Selamat di bawah DBKK telah dilancarkan pada 16 Januari 2011.
Sepertimana di semenanjung Malaysia, program ini turut bermula pada tahun 2010, setelah
NKRA Mengurangkan Jenayah dan Bandar Selamat diperkenalkan oleh pihak JPBD
Semenanjung Malaysia, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan
menyasarkan untuk mengurangkan jenayah indeks yang secara keseluruhannya sebanyak 5%
setiap tahun sehingga akhir tahun 2012, selain mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 10%
pada akhir tahun 2010. Seterusnya pada tahun 2013 pula, Inisiatif Pemutihan Kawasan Black
Spot Bandaraya Kota Kinabalu telah dilaksanakan oleh pihak DBKK dengan pemilihan
kawasan adalah berdasarkan beberapa langkah seperti perbincangan dengan pihak IPD Kota
Kinabalu, bengkel dan borang kaji selidik serta langkah yang lain (Norita et al., 2015).
Pihak kerajaan mengambil pendekatan menangani isu peningkatan pelakuan jenayah di
kawasan bandar dengan melaksanakan Program Bandar Selamat sekaligus meningkatkan aspek
keselamatan dalam kalangan masyarakat awam di bandar. Namun, persoalannya adakah dengan
pelaksanaan Program Bandar Selamat ini (15 Langkah Bandar Selamat) benar-benar dapat
menjamin keselamatan masyarakat awam khususnya golongan wanita terhadap pelakuan
jenayah terutamanya apabila mereka berada dalam ruang awam bandar, yang telah digazetkan
sebagai zon Bandar Selamat oleh pihak PBT? Banyak kajian yang meneliti Bandar Selamat
telah dibuat oleh para pengkaji lepas, dan kajian yang mengkaji wanita dalam Bandar Selamat
ada juga diketengahkan, namun kebanyakan kajian tersebut tidak melihat/fokus kepada
keselamatan golongan wanita sahaja khususnya terhadap pelakuan jenayah dalam ruang awam
Bandar Selamat. Oleh itu, kajian ini dibuat kerana di Sabah berbnding di Semenanjung
156
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Malaysia, kajian seperti ini amat jarang diketengahkan oleh pengkaji dan masih tidak wujud
lagi kajian Bandar Selamat dari aspek penelitian ke atas keselamatan wanita terhadap pelakuan
jenayah dalam ruang awam bandar dan pengetahuan mereka terhadap pelaksanaan program
Bandar Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Konsep bandar selamat atau ‘safe city’ telah dilaksanakan di negara barat sejak tahun 1980an
lagi. Sejarah di Malaysia mencatatkan bahawa Bandar Shah Alam adalah bandar pertama yang
melaksanakan program bandar selamat, (Ainur & Jalaluddin, 2010). Program ini dilaksanakan
melalui penglibatan komuniti, pihak polis dan agensi awam. Ia bertujuan untuk mengurangkan
aktiviti jenayah terutamanya di kawasan kediaman. Di Afrika Selatan, program bandar selamat
dilaksanakan mengikut konsep ‘prevention is better than cure’ kerana pencegahan awal adalah
penting dalam mengatasi masalah jenayah yang berlaku. Program ini dilaksanakan secara
berperingkat di bandar seperti Durban yang dilaksanakan melalui pendidikan dan kesedaran
pencegahan jenayah, pemasangan CCTV, mengurangkan masalah penagihan dadah dan
menyediakan kemudahan infrastruktur yang sempurna untuk penduduk dan golongan kanak-
kanak, (Durban Safer City Strategy, 2000).
Isu keselamatan komuniti bandar seringkali dikaitkan dengan kejadian jenayah yang banyak
berlaku di kawasan bandar. Bermula dari jenayah kecil, jenayah serius sehinggalah persoalan
kesalahan sivil seperti kemalangan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan sebagainya
(Nelson, Bromley & Thomas, 2001). Konsep bandar selamat bukanlah satu yang asing kepada
pembangunan kesejahteraan komuniti bandar. Keselamatan tempat kediaman sudah menjadi
keperluan asas sosial komuniti bandar sejak dahulu lagi. Namun begitu jarang sekali keperluan
keselamatan dibincang secara meluas dan menyeluruh skopnya. Tumpuan bandar selamat
hanya ditumpukan kepada aspek keselamatan daripada berlaku kejadian jenayah di bandar-
bandar (Kamalruddin Shamsudin, 2004). Kadang-kadang suasana bandar sama ada di pusat
bandar atau pinggir bandar boleh menimbulkan rasa fobia di kalangan komuniti penduduknya,
Tidak dinafikan individu dalam komuniti bandar sangat sensitif terhadap keselamatan lebih-
lebih lagi menjaga persekitaran bandar supaya sentiasa kekal berdaya huni (Pain & Townshend,
2002). Dalam hal ini menunjukkan bahawa soal keselamatan dan soal kesejahteraan sangat
sensitif di kalangan penduduk bandar di Malaysia. Oleh sebab itu isu dan persoalan bandar
selamat ini begitu penting untuk dibincangkan dan dikaji dengan lebih mendalam demi
mewujudkan bandar yang sentiasa berdaya huni kepada komunitinya.
Metodologi Kajian
Kutipan data primer dan sekunder digunakan dalam mendapatkan hasil penemuan dalam
penulisan kertas kerja ini. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan kaedah
kajian tinjauan (survey) menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini iaitu borang soal selidik
telah diedarkan kepada 300 orang responden wanita sahaja di tiga buah lokasi kajian di
Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Segama, Sinsuran dan Pasar Besar Kota Kinabalu.
Pengumpulan data soal selidik ini mengambil masa selama setahun iaitu pada tahun 2018 yang
meliputi ketiga-tiga lokasi kajian. Dalam konteks jumlah responden secara keseluruhan bagi
kajian ini adalah lebih sejumlah 500 responden, hanya 300 responden yang digunakan untukk
dianalisis berdasarkan kelengkapan pengisisan borang soal selidik yang diedarkan. Perolehan
data ke atas indikator yang dikaji, dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS). Selain itu, kajian kepustakaan turut digunakan untuk
mendapatkan hasil dari bahan bercetak seperti jurnal, disertasi, laporan persidangan, buku,
majalah, akhbar dan kertas kerja. Seterusnya adalah bahagian penjelasan demografi kajian.
157
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Semua penjelasan dalam bahagian ini menggunakan data yang diperoleh penyelidik
berdasarkan kajian penyelidik di lapangan.
Demografi Responden
Terdapat lima aspek demografi responden dinyatakan dalam kertas kerja ini iaitu responden
wanita mengikut pecahan lokasi kajian, umur, bangsa, tahap pendidikan serta pekerjaan
responden.
Jadual 1: Responden Mengikut Pecahan Lokasi Kajian
Jantina Lokasi Bilangan Responden Peratus (%)
Wanita Segama 100 33.3
Sinsuran 100 33.3
Pasar Besar KK 100 33.3
Jumlah 300 100.0 Sumber: (Kajian Lapangan, 2018)
Berdasarkan Jadual 1, jumlah keseluruhan responden yang menjadi sampel dalam kajian ini
adalah seramai 300 orang yang terdiri daripada penduduk terutamanya golongan wanita di tiga
buah lokasi kajian di Bandaraya Kota Kinabalu iaitu kawasan Segama, Sinsuran dan Pasar
Besar KK. Responden yang diambil dari tiga buah lokasi ini adalah seramai 100 orang bagi
setiap lokasi yang mewakili 33.3 %.
Jadual 2: Umur Responden
Lokasi Segama Sinsuran Pasar Besar Jumlah
(%) Umur Bil % Bil % Bil %
20-24 36 12 40 13.3 21 7 97 (32.3)
25-29 27 9 32 10.7 16 5.3 75 (25.0)
30-34 14 4.7 14 4.7 14 4.7 42 (14.0)
35-39 6 2 2 0.7 9 3 17 (5.7)
40-44 5 1.7 4 1.3 6 2 15 (5.0)
45-49 6 2 3 1 12 4 21 (7.0)
50 ke atas 6 2 5 1.7 22 7.3 33 (11.0)
Jumlah 100 33.30% 100 33.30% 100 33.30% 300
(100.0%) Sumber: (Kajian Lapangan, 2018)
Jadual 2 pula menunjukkan bahawa jumlah responden yang mempunyai lingkungan umur 20
hingga 24 tahun adalah yang paling ramai dan mendominasi kajian ini iaitu sebanyak 97 orang
(32.3%), diikuti responden yang berumur dalam 25 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 75 orang
responden yang mewakili (25.0%), dan yang paling sedikit adalah responden berusia 40 hingga
44 tahun ke atas dengan jumlah hanya 15 orang responden (5.0%) sahaja.Oleh itu, hal ini
menunjukkan bahawa golongan muda adalah lebih ramai dan dominan berbanding golongan
tua dalam kajian ini.
158
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Jadual 3: Bangsa Responden
Lokasi Segama Sinsuran Pasar Besar Jumlah
(%) Bangsa Bil % Bil % Bil %
Melayu 14 4.7 13 4.3 4 1.3 31 (10.3)
Cina 7 2.3 8 2.7 11 3.7 26 (8.7)
India 1 0.3 0 0.00 2 0.7 3 (1.0)
Dusun 10 3.3 18 6.0 13 4.3 41 (13.7)
Murut 3 1.0 4 1.3 5 1.7 12 (4.0)
Kadazandusun 7 2.3 8 2.7 10 3.3 25 (8.3)
Bajau 44 14.7 19 6.3 33 11.0 96 (32.0)
Lain-lain 14 4.7 30 10.0 22 7.3 66 (22.0)
Jumlah 100 33.30% 100 33.30% 100 33.30% 300
(100.0%) Sumber: (Kajian Lapangan, 2018)
Jadual 3 memaparkan data demografi responden mengikut bangsa atau etnik. Secara
majoritinya, responden dalam kajian ini adalah berbangsa Bajau, iaitu sebanyak 96 orang
(32.0%) dan diikuti oleh lain-lain bangsa dengan jumlah seramai 66 orang (22.0%). Responden
daripada lain-lain bangsa yang terlibat dengan kajian ini adalah seperti Bugis, Bisaya, Jawa dan
Sino manakala bangsa atau etnik paling minoriti dalam kajian ini adalah responden berbangsa
India iaitu hanya seramai 3 orang sahaja dengan peratusan sebanyak (1.0%) sahaja daripada
jumlah keseluruhan responden kajian.
Jadual 4: Tahap Pendidikan Responden Kajian
Lokasi Segama Sinsuran Pasar Besar Jumlah
(%) Tahap
Pendidikan
Bil % Bil % Bil %
Sekolah Rendah 9 3.0 6 2.0 11 3.7 26 (8.7)
Sekolah
Menengah
50 16.7 46 15.3 69 23.0
165
(55.0)
Sijil 10 3.3 19 6.3 8 2.7 37 (12.3)
Diploma 14 4.7 17 5.7 6 2.0 37(12 .3)
Ijazah 7 2.3 8 2.7 0 0.00 15 (5.0)
Tidak Bersekolah 10 3.3 4 1.3 6 2.0 20 (6.7)
Lain-lain 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0.00
Jumlah 100 33.30% 100 33.30% 100 33.30% 100
(33.30)% Sumber: (Kajian Lapangan, 2018)
Jadual 4 adalah demografi responden mengikut tahap pendidikan. Majoriti responden dalam
kajian ini mempunyai tahap pendidikan Sekolah Menengah iaitu seramai 165 orang (55.0%)
dan diikuti dengan responden yang memiliki tahap pendidikan di peringkat Sijil dan Diploma,
iaitu masing-masing seramai 37 orang (12.3%). Hasil dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa bilangan responden yang mempunyai Ijazah adalah yang mencatat bilangan paling
rendah iaitu hanya seramai 15 orang atau hanya sebanyak (5.0%) dalam kajian ini.
159
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Jadual 5: Pekerjaan Responden Kajian
Sumber: (Kajian Lapangan, 2018)
Jadual 5 pula menunjukkan pekerjaan responden kajian. Majoriti responden dalam kajian ini
merupakan penjawat swasta dengan jumlah seramai 176 orang (58.7%). Diikuti dengan Peniaga
seramai 83 orang (27.7%) manakala jumlah terendah adalah dalam kalangan responden yang
merupakan Penjawat Awam iaitu seramai 3 orang sahaja atau (1.0%) daripada keseluruhan
jumlah responden dalam kajian.
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Bahagian ini mengetengahkan tentang hasil kajian dan perbincangan tahap persepsi responden
terhadap pelaksanaan 15 langkah program Bandar Selamat yang membantu meningkatkan
keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu,
Sabah. Oleh itu, bahagian ini pula akan mengetengahkan indikator tahap persepsi responden
atau golongan wanita terhadap 15 Langkah Bandar Selamat yang telah dilaksanakan oleh pihak
DBKK dan sama ada langkah pencegahan jenayah ini benar-benar membantu meningkatkan
keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam zon Bandar Selamat di
Bandaraya Kota Kinabalu atau sebaliknya. Terdapat 3 strategi utama dalam langkah Bandar
Selamat iaitu Strategi 1: Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal; Strategi 2: Memperkasakan
Kawasan Sasaran; serta Strategi 3: Pengurusan, Penyertaan Komuniti dan Kesedaran Awam.
Hasil dapatan data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis skor min, sisihan piawai &
skala.
Aspek 1: Tahap Persepsi Responden Terhadap Langkah Bandar Selamat Mengikut
(Strategi 1: Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal) dalam Membantu Meningkatkan
Keselamatan Wanita daripada Pelakuan Jenayah di Ruang Awam
Dalam aspek ini, Strategi 1 dalam pelaksanaan Bandar Selamat ini mengetengahkan 3 langkah
utama iaitu pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor, pelaksanaan reka bentuk
fizikal yang selamat (CPTED) dan pemetaan GIS jenayah dan program Bandar Selamat yang
mana paparan data dipersembahkan dalam analisis skor min, sisihan piawai & skala dan
ditunjukkan secara jelas dalam Jadual 6 berikut;
Lokasi Segama Sinsuran Pasar Besar Jumlah
(%) Pekerjaan Bil % Bil % Bil %
Peniaga 5 1.7 1 0.3 77 25.7 83 (27.7)
Bekerja Sendiri 10 3.3 5 1.7 0 0.00 15 (5.0)
Penjawat Swasta 82 27.3 94 31.3 0 0.00 176 (58.7)
Penjawat Awam 3 1.0 0 0.00 0 0.00 3 (1.0)
Pembantu Peniaga 0 0.00 0 0.00 23 7.7 23 (7.7)
Jumlah 100 33.30
%
100 33.30% 100 33.30% 100
(33.30)%
160
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Jadual 6: Tahap Persepsi Langkah Bandar Selamat Mengikut
(Strategi 1: Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal) dalam Membantu Meningkatkan
Keselamatan Wanita daripada Pelakuan Jenayah di Ruang Awam
Petunjuk: M (Min), SP (Sisihan Piawai), S (Skala)
Sumber: Kajian Lapangan (2018)
Berdasarkan Jadual 6, bagi Strategi 1: Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal dalam langkah ke-
1 pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor, hasil kajian mendapati bahawa kesemua
langkah yang disenaraikan mencapai skala 4 iaitu “setuju”. Namun, langkah pencegahan
jenayah Bandar Selamat yang paling dominan dan mempunyai tahap persetujuan paling tinggi
dalam kalangan wanita adalah penyediaan laluan motosikal khas dengan skor min tertinggi
(4.26) iaitu mencapai tahap setuju dan mempunyai nilai sisihan piawai sebanyak (.663). Hal ini
membuktikan bahawa ramai responden bersetuju bahawa langkah ini benar-benar membantu
meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah dalam ruang awam zon Bandar
Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu. Manakala langkah Bandar Selamat yang mempunyai
nilai min terendah adalah penyediaan bollard dan penyediaan tanaman landskap yang mana
masing-masing dengan skor min hanya sebanyak (4.03) serta nilai sisihan piawai sebanyak
(.777) dan juga (.775). Kedua-dua langkah ini walaupun mencapai skala 4 iaitu setuju, namun
terdapat juga ramai responden yang menyatakan kurang bersetuju dengan kedua-dua langkah
ini dalam membantu meningkatkan tahap keselamatan mereka dalam ruang awam bandar KK.
Hal ini kerana, menurut amatan dan pengalaman pengkaji semasa menjalankan kajian di
lapangan, kebanyakan daripada responden terutamanya golongan wanita yang sudah berumur
langsung tidak mempunyai pengetahuan terhadap kedua-dua langkah ini.
Langkah Bandar Selamat Tahap Persepsi
STRATEGI 1: MEREKA BENTUK PERSEKITARAN
FIZIKAL
M SP S
1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor
Penyediaan laluan pejalan kaki khusus 4.22 .654 4
Penyediaan bollard 4.03 .777 4
Penyediaan rel penghadang 4.19 .671 4
Penyediaan tanaman landskap 4.03 .775 4
Penyediaan laluan motosikal khas 4.26 .663 4
2. Pelaksanaan reka bentuk fizikal yang selamat (CPTED)
Garis panduan reka bentuk persekitaran fizikal yang selamat
(CPTED)
4.09 .775 4
Panduan pelaksanaan pencahayaan 4.24 .682 4
Panduan pelaksanaan penanaman landskap 4.06 .731 4
Panduan pelaksanaan penyediaan bollard & rel penghadang 4.12 .682 4
Garis panduan pemasangan CCTV di premis perniagaan dan
tempat awam
4.28 .720 4
Manual pelaksanaan pemetaan GIS jenayah 4.06 .745 4
3. Pemetaan GIS jenayah dan Program Bandar Selamat 4.04 .790 4
161
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Bagi langkah ke-2 dalam strategi 1 ini, iaitu pelaksanaan reka bentuk fizikal yang selamat
(CPTED) pula, langkah paling dominan adalah garis panduan pemasangan CCTV di premis
perniagaan dan tempat awam dengan skor min tertinggi sebanyak (4.28) juga mencapai tahap
skala 4 setuju dengan nilai sisihan piawai sebanyak (.720). Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah ini sememangnya benar-benar membantu
dalam meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam zon Bandar
Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu. Tidak dinafikan bahawa CCTV adalah amat penting
dalam memantau keselamatan persekitaran terutamanya terhadap pelakuan jenayah. Maka,
risiko atau peluang kepada berlakunya jenayah di sesuatu kawasan bandar dapat dikurangkan
dengan adanya pemasangan sistem kamera litar tertutup. Seterusnya, langkah Bandar Selamat
yang mempunyai nilai min terendah pula adalah panduan pelaksanaan penanaman landskap dan
manual pelaksanaan pemetaan GIS jenayah yang mana masing-masing mempunyai skor min
hanya sebanyak (4.06) serta nilai sisihan piawai sebanyak (.731) dan (.745). Di samping itu,
bagi langkah ke-3 dalam strategi 1 iaitu pemetaan GIS jenayah dan program Bandar Selamat,
dapatan kajian juga mendapati bahawa nilai skor min mencapai tahap setuju iaitu dengan nilai
min sebanyak (4.04) dengan jumlah sisihan piawai sebanyak (.790). Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan langkah ini dalam membantu meningkatkan
keselamatan mereka terhadap pelakuan jenayah. Berdasarkan pemerhatian di lapangan, ramai
daripada responden sebenarnya tidak tahu apa itu GIS (Geographic Information System) dan
juga pemetaan GIS jenayah yang mana kawasan panas jenayah dapat diketahui melalui peta
GIS. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa bahawa langkah ini adalah berkesan dalam
membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah di ruang awam. Ini
terbukti berdasarkan hasil kajian oleh Zaini Nordin et al., (2011), yang mendapati bahawa
pemetaan jenayah hotspot melalui aplikasi GIS mampu untuk membantu pihak berkuasa dalam
menangani kes-kes jenayah di Negara ini. Data jenayah yang dipetakan seterusnya boleh
dikongsi oleh pihak berkuasa untuk mengenalpasti kawasan tompok jenayah. Selain itu, beliau
juga mendapati bahawa perkongsian secara web-based pemetaan jenayah ini turut
membolehkan‘community policing’ dilaksanakan di mana pihak NGO atau Persatuan Penduduk
mengetahui status jenayah di tempat mereka. Penyelidikan pencegahan jenayah melalui GIS-
based mapping atau pemetaan GIS jenayah ini sememangnya dapat membantu meningkatkan
keselamatan wanita terhadap jenayah di bandar.
162
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Aspek 2: Tahap Persepsi Responden Terhadap Langkah Bandar Selamat Mengikut
(Strategi 2: Memperkasakan Kawasan Sasaran) dalam Membantu Meningkatkan
Keselamatan Wanita daripada Pelakuan Jenayah di Ruang Awam
Selain itu, bagi Strategi 2 iaitu Memperkasakan Kawasan Sasaran, tahap persepsi responden
terhadap langkah Bandar Selamat dalam membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada
pelakuan jenayah di ruang awam ditunjukkan secara jelas dalam Jadual 7 berikut;
Jadual 7: Tahap Persepsi Langkah Bandar Selamat Mengikut
(Strategi 2: Memperkasakan Kawasan Sasaran) dalam Membantu Meningkatkan
Keselamatan Wanita daripada Pelakuan Jenayah di Ruang Awam
Petunjuk: M (Min), SP (Sisihan Piawai), S (Skala)
Sumber: Kajian Lapangan (2018)
Berdasarkan Jadual 7, bagi strategi 2 dalam langkah Bandar Selamat: Memperkasakan
Kawasan Sasaran, hasil kajian mendapati bahawa langkah ke-9 iaitu pemasangan kamera litar
tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam dan langkah ke-10 iaitu pencahayaan
mempunyai jumlah skor min masing-masing sebanyak (4.51) dan (4.50) dengan nilai sisihan
piawai sebanyak (.677) dan (.687) serta mencapai tahap skala 5 iaitu ‘sangat setuju’. Hal ini
menunjukkan bahawa majoriti golongan wanita dalam kajian ini menyatakan sangat bersetuju
dengan kedua-dua langkah ini dalam membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada
pelakuan jenayah di ruang awam bandaraya Kota Kinabalu. Hal ini kerana CCTV mampu
membantu pengesanan melalui keupayaan pengawasan di samping meningkatkan keyakinan
orang awam, meningkatkan penggunaan ruang awam serta mengurangkan perasaan takut
terhadap jenayah (Bennet et.al, 1995). Di sekitar kawasan kajian, didapati terdapat banyak
CCTV yang terpasang di sekitar tempat awam seperti bank dan premis perniagaan, namun
Langkah Bandar Selamat Tahap Persepsi
STRATEGI 2: MEMPERKASAKAN KAWASAN
SASARAN
M SP S
4. Penyediaan balai polis tetap atau bergerak 4.44 .675 4
5.Penyediaan cermin keselamatan 4.36 .701 4
6.Penyediaan papan tanda peringatan jenayah 4.39 .677 4
7.Penyediaan penggera keselamatan 4.47 .696 4
8.Penyediaan tempat motosikal berkunci 4.40 .684 4
9. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis
perniagaan dan tempat awam
4.51 .677 5
10. Pencahayaan 4.50 .687 5
11. Laluan Awam Tidak Terlindung dari pandangan awam
Membersihkan/mengemas-kan kawasan semak dan terlindung 4.36 .658 4
Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di
laluan pejalan kaki
4.30 .711 4
Jejantas tidak terlindung dari pandangan awam 4.37 .703 4
12. Penjanaan Aktiviti Bersesuaian di Kawasan Terdedah
dengan Jenayah
4.33 .718 4
163
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
begitu kebanyakannya adalah disediakan sendiri oleh pihak bank, premis atau syarikat. Menurut
Norita (2017), terdapat sebanyak 24 CCTV yang telah dipasang oleh pihak DBKK di kawasan
Kota Kinabalu seperti di Sinsuran, Asia City, Api-api centre, Bandaran Berjaya, Tanjung Aru
dan Sadong jaya. Manakala bagi kawasan lain CCTV disediakan sendiri oleh premis atau
syarikat dan juga pihak bank. Responden dalam kajian ini ramai yang kerap menyatakan
bahawa bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif, pencahayaan atau lampu
merupakan langkah utama dan merupakan syarat penting. Ini kerana, keadaan sesuatu ruang
yang gelap dan malap akan mewujudkan serta membuka peluang kepada penjenayah untuk
melakukan jenayah di kawasan tersebut. Keadaan ini juga mengundang bahaya kepada orang
ramai terutamanya kaum wanita terhadap pelakuan jenayah seperti ragut, rogol, samun dan
sebagainya apalagi jika mereka hanya berjalan besendirian pada waktu malam. Selain itu, aspek
pencahayaan juga mampu mempertingkatkan daya penglihatan penghuni terhadap persekitaran
dan mewujudkan sense of security dan sebagai strategi pencegahan jenayah, pencahayaan yang
cukup terang berkesan untuk mendedahkan penjenayah. Sebaliknya kawasan yang gelap dan
tidak bercahaya memberi peluang dan kesempatan untuk penjenayah melakukan jenayah
(Kamarudin et.al, 2013). Berdasarkan hasil tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan di
kawasan kajian, keadaan lorong-lorong jalan di sekitar kawasan Sinsuran adalah gelap malah
terdapat lampu di sekitar jalan yang tidak berfungsi pada waktu malam. Namun begitu, menurut
DBKK (2014), bagi langkah pencahayaan atau pemasangan lampu, tidak semua lokasi
mempunyai pencahayaan yang cukup kerana pihak DBKK menghadapi masalah kekurangan
peruntukkan daripada kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan Program Bandar Selamat
DBKK seperti projek pencahayaan dan yang memerlukan belanja yang banyak untuk
memasang dan menaiktaraf serta melakukan penyelanggaran.
Langkah ke-4 iaitu penyediaan balai polis tetap atau bergerak pula merupakan langkah tertinggi
seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya langkah ini juga turut
dipersetujui oleh responden kerana mencapai skala 4 dengan skor min sebanyak (4.44) dan nilai
sisihan piawai (.675), sekaligus membuktikan bahawa langkah ini benar-benar membantu
meningkatkan keselamatan wanita terhadap pelakuan jenayah dalam ruang awam zon Bandar
Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati
bahawa terdapat rondaan polis yang dijalankan di Segama iaitu Ops Payung di depan bangunan
pusat membeli-belah iaitu KK Plaza, selain rondaan melalui balai polis bergerak yang meronda
melintasi kawasan Pasar Besar KK semasa kajian lapangan dibuat. Tujuan pembukaan pondok
komuniti adalah bertujuan merapatkan hubungan polis dengan masyarakat, yang mana
kehadiran polis dirasai dan dilihat oleh masyarakat di persekitaran mereka dan dari sudut
psikologinya bagi mewujudkan perasaan takut dalam kalangan pelaku jenayah (Nor-Ina et a.l,
2013). Manakala langkah Bandar Selamat yang mempunyai nilai min terendah dalam (Strategi
2: Memperkasakan Kawasan Sasaran) adalah tidak membenarkan perniagaan dan meletak
kenderaan di laluan pejalan kaki dalam langkah ke-11 iaitu Laluan Awam Tidak Terlindung
dari pandangan awam. Langkah ini mempunyai skor min sebanyak (4.30) serta nilai sisihan
piawai sebanyak (.711). Hal ini juga menunjukkan bahawa berdasarkan hasil kajian juga
mendapati bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah ini juga sememangnya
benar-benar membantu dalam meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di
ruang awam zon Bandar Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu. Berdasarkan tinjauan yang
dijalankan, terdapat ramai peniaga kedai makan yang meletakkan meja makan di atas laluan
pejalan kaki di kawasan Sinsuran dan Segama selain turut terdapat sesetengah penjual makanan
seperti kuih-muih dan ayam panggang serta peniaga kraftangan, aksesori dan beg yang berniaga
di kaki lima premis. Kamarudin et al., (2013) menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan
164
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
(PBT) akan menentukan supaya tidak berlaku perletakan meja dan kerusi makan di atas laluan
pejalan kaki lima. Selain itu, peletakan kenderaan seperti kereta dan motosikal juga akan disita
jika diletak di kaki lima premis perniagaan dan di atas laluan pejalan kaki. Ini adalah untuk
mengelakkan orang awam terdedah kepada kemalangan lain dan pelakuan jenayah seperti ragut
jika laluan pejalan kaki tidak memberikan keselesaan kepada mereka untuk menggunakannya
seterusnya mencari alternatif laluan lain seperti melintas di jalan raya yang mengundang bahaya
kepada keselamatan mereka.
Aspek 3: Tahap Persepsi Responden Terhadap Langkah Bandar Selamat Mengikut
(Strategi 1: Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal) dalam Membantu Meningkatkan
Keselamatan Wanita Terhadap Pelakuan Jenayah di Ruang Awam
Bagi Strategi 3: Pengurusan, Penyertaan Komuniti dan Kesedaran Awam dalam membantu
meningkatkan keselamatan wanita terhadap pelakuan jenayah di ruang awam ditunjukkan
secara jelas pada jadual berikut
Jadual 8: Tahap Persepsi Langkah Bandar Selamat Mengikut (Strategi 3: Pengurusan,
Penyertaan Komuniti dan Kesedaran Awam) dalam Membantu Meningkatkan
Keselamatan Wanita daripada Pelakuan Jenayah di Ruang Awam
Petunjuk: M (Min), SP (Sisihan Piawai), S (Skala)
Sumber: Kajian Lapangan (2018)
Berdasarkan Jadual 8, hasil kajian menunjukkan bahawa dalam strategi 3: pengurusan,
penyertaan komuniti dan kesedaran awam, langkah ke-14 iaitu meningkatkan rondaan di
kawasan perumahan, langkah paling dipesetujui oleh responden adalah mewujud, menggerak
dan mengaktifkan jawatankuasa/persatuan penduduk dengan skor min tertinggi sebanyak (4.30)
juga turut mencapai tahap skala 4 ‘setuju’ dengan nilai sisihan piawai sebanyak (.707). Ini
kerana jawatankuasa/persatuan penduduk yang aktif dan sering melakukan rondaan di sesuatu
kawasan taman perumahan membantu menangani serta mengurangkan kes jenayah yang
berlaku di kawasan mereka, sekaligus dapat meningkatkan keselamatan para penghuni di
Langkah Bandar Selamat Tahap Persepsi
STRATEGI 3: PENGURUSAN, PENYERTAAN
KOMUNITI DAN KESEDARAN AWAM
M SP S
13. Pendidikan, Kesedaran Awam dan Publisiti
Penyediaan papan iklan luar 4.16 .784 4
Laman web Program Bandar Selamat 4.18 .743 4
Penyertaan awam dalam merancang dan melaksanaan langkah-
langkah Bandar Selamat
4.23 .737 4
14. Meningkatkan Rondaan di Kawasan Perumahan
Mewujud, menggerak dan mengaktifkan jawatankuasa/persatuan
penduduk
4.30 .707 4
Mendapatkan khidmat pengawal keselamatan swasta 4.24 .723 4
15. Agenda Tetap Bulanan Mesyuarat Majlis Penuh PBT
Pelaporan status kadar jenayah dan pelaksanaan Program Bandar
Selamat
4.23 .679 4
Mengemukakan cabutan minit Mesyuarat Majlis Penuh PBT kepada
KPKT dan JPBD
4.17 .746
4
165
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
kawasan tersebut terutamanya golongan wanita. Di Kota Kinabalu berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Norita (2017), mendapati bahawa pihak PDRM sentiasa membuat perjumpaan
SRS (Skim Rondaan Sukarela) di bawah Jabatan Perpaduan Negara (JPNIN). Rondaan tersebut
dilaksanakan setiap hari selama 24 jam/31 hari sebulan. Berdasarkan Laporan Tahunan PDRM
(2011), kira-kira 30,000 ahli telah didaftarkan di bawah inisiatif Skim Rondaan Sukarela (SRS),
untuk membuat rondaan secara sukarela di sekitar kawasan kediaman masing-masing manakala
di bawah program Rakan Cop pula, lebih 460,000 ahli berdaftar dan berperanan sebagai “mata
dan telinga” dalam peperangan bersama menentang jenayah. Sebaliknya, langkah Bandar
Selamat yang mempunyai nilai min kedua tertinggi dalam strategi 3 ini adalah mendapatkan
khidmat pengawal keselamatan swasta dalam langkah ke-14 yang mempunyai skor min hanya
sebanyak (4.24) serta nilai sisihan piawai sebanyak (.723). Dapatan ini juga menunjukkan
bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah ini sememangnya sangat membantu
dalam meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam zon Bandar
Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu. Ini kerana kehadiran pengawal keselamatan akan
meningkatkan tahap keyakinan penduduk terhadap keselamatan. Kajian ini mendapati bahawa
di sekitar kawasan Sinsuran, khususnya di kawasan bank dan bangunan pusat membeli-belah,
bilangan pengawal keselamatan swasta yang berkawal adalah ramai. Weidemann et al., (1982)
dalam Norita (2017), berpendapat bahawa pengawal keselamatan penting untuk membanteras
jenayah, vandalisme dan meningkatkan tahap keselamatan di tempat letak kenderaan dan
kawasan perumahan. Menurut Ainur et al.,(2010), hasil kajiannya jelas mendapati bahawa
pengawal keselamatan dikatan lebih penting untuk meningkatkan tahap keselamatan responden
di Bandaraya Shah Alam. Manakala langkah Bandar Selamat yang mempunyai nilai min
terendah dalam Strategi 3 adalah penyediaan papan iklan luar yang mempunyai skor min hanya
sebanyak (4.16) serta nilai sisihan piawai sebanyak (.784). Hal ini juga membuktikan bahawa
kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah ini sememangnya sangat membantu dalam
meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam zon Bandar
Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun begitu, terdapat beberapa responden yang
kurang bersetuju dengan langkah ini kerana mereka kurang memahami maksud langkah ini.
Papan tanda luar (billboard) yang mempunyai perkataan seperti “Kempen Pencegahan Jenayah
Ke Arah Bandar Selamat” adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada
masyarakat terhadap pelaksanaan program Bandar Selamat di kawasan mereka. Namun,
berdasarkan tinjauan kajian di lapangan, tidak terdapat papan iklan luar seperti ini yang
diletakkan oleh pihak pelaksana di sekitar kawasan kajian. Maka, berdasarkan kesemua langkah
bandar selamat dalam strategi 3 ini, perbandingan langkah dominan bandar selamat yang benar-
benar membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam
dapat dilihat dalam ringkasan Rajah 2 pada halaman seterusnya;
166
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Rajah 2: Ringkasan Perbandingan Keseluruhan Langkah Dominan Bagi Pelaksanaan
Langkah BS yang Meningkatkan Keselamatan Wanita di Ruang Awam
Sumber: Penyelidik (2018)
Secara keseluruhannya, daripada ketiga-tiga Strategi dalam pelaksanaan 15 Langkah Bandar
Selamat tersebut penemuan kajian mendapati bahawa terdapat 9 langkah dominan yang
dipersetujui oleh wanita yang membantu meningkatkan keselamatan wanita terhadap pelakuan
jenayah di ruang awam zon Bandar Selamat, Bandaraya KK. Namun begitu, daripada kesemua
15 langkah Bandar Selamat tersebut, 2 langkah yang dikenalpasti mendapat persetujuan
dominan oleh wanita adalah langkah ke-9 iaitu pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di
premis perniagaan dan tempat awam dan langkah ke-10 iaitu pencahayaan dalam Strategi 2:
Memperkasakan kawasan sasaran yang mempunyai jumlah skor min masing-masing sebanyak
(4.51) dan (4.50) dan mencapai tahap skala 5 iaitu ‘sangat setuju’. Hal ini kerana CCTV mampu
membantu pengesanan melalui keupayaan pengawasan di samping meningkatkan keyakinan
orang awam, meningkatkan penggunaan ruang awam serta mengurangkan perasaan takut
terhadap jenayah (Bennet et al.,1996). Di sekitar kawasan kajian, didapati terdapat banyak
CCTV yang terpasang di sekitar tempat awam seperti bank dan premis perniagaan, namun
begitu kebanyakannya adalah disediakan sendiri oleh pihak bank, premis atau syarikat. Menurut
Norita (2017), terdapat sebanyak 24 CCTV yang telah dipasang oleh pihak DBKK di kawasan
Kota Kinabalu seperti di Sinsuran, Asia City, Api-api centre, Bandaran Berjaya, Tanjung Aru
dan Sadong jaya. Manakala bagi kawasan lain CCTV disediakan sendiri oleh premis atau
syarikat dan juga pihak bank. Responden dalam kajian ini ramai yang kerap menyatakan
bahawa bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif, pencahayaan atau lampu
merupakan langkah utama dan merupakan syarat penting. Ini kerana, keadaan sesuatu ruang
yang gelap dan malap akan mewujudkan serta membuka peluang kepada penjenayah untuk
melakukan jenayah di kawasan tersebut. Keadaan ini juga mengundang bahaya kepada orang
ramai terutamanya kaum wanita terhadap pelakuan jenayah seperti ragut, rogol, samun dan
sebagainya apalagi jika mereka hanya berjalan besendirian pada waktu malam. Selain itu,
3.8 3.9 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6
1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan…
-Penyediaan laluan motosikal khas
2. Pelaksanaan reka bentuk fizikal yang selamat…
-Garis panduan pemasangan CCTV di premis…
3. Pemetaan GIS jenayah dan Program Bandar…
7. Penyediaan penggera keselamatan
9. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di…
10. Pencahayaan
13. Pendidikan, Kesedaran Awam dan Publisiti -…
14. Meningkatkan Rondaan di Kawasan…
15. Agenda Tetap Bulanan Mesyuarat Majlis…
-Pelaporan status kadar jenayah dan…
12
3
4.26
4.28
4.04
4.47
4.51
4.5
4.23
4.3
4.23
Nilai Min
Str
ate
gi (L
an
gk
ah
do
min
an
BS
)
Ringkasan Perbandingan Keseluruhan Langkah Dominan Bagi
Pelaksanaan Langkah Bandar Selamat yang Meningkatkan
Keselamatan Wanita di Ruang Awam
167
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
menurut Kamarudin dan Jamaludin (2013), aspek pencahayaan juga mampu mempertingkatkan
daya penglihatan penghuni terhadap persekitaran dan mewujudkan sense of security dan
sebagai strategi pencegahan jenayah, pencahayaan yang cukup terang berkesan untuk
mendedahkan penjenayah. Sebaliknya kawasan yang gelap dan tidak bercahaya memberi
peluang dan kesempatan untuk penjenayah melakukan jenayah.
Kesimpulan
Peningkatan pelakuan jenayah sememangnya memberi implikasi negatif kepada golongan
wanita yang sering menjadi mangsa. Keadaan ini membawa kebimbangan, ketakutan dan rasa
tidak selamat mereka terhadap jenayah seterusnya memberi kesan terhadap kualiti dan
kesejahteraan hidup. Hal ini kerana jenayah menyebabkan wanita takut untuk ke mana-mana
kerana bimbang akan keselamatan diri mereka terutamanya apabila keluar melangkah dari
rumah untuk melakukan aktiviti seharian. Di Sabah, tinjauan yang dilakukan di Bandaraya Kota
Kinabalu mendapati bahawa pelakuan jenayah juga menyebabkan golongan wanita di kawasan
kajian berasa kurang selamat apabila berada dalam ruang awam bandar. Dari aspek
pengetahuan pelaksanaan 15 Langkah Program Bandar Selamat yang dijalankan di kawasan
mereka, terdapat golongan wanita yang masih tidak tahu dan tidak pasti tentang Pelaksanaan
Program Bandar Selamat yang dijalankan di kawasan mereka. Walaupun begitu, majoriti
wanita bersetuju bahawa pelaksanaan 15 Langkah Program Bandar Selamat yang dijalankan di
kawasan mereka sememangnya membantu dalam meningkatkan keselamatan mereka terhadap
pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya langkah ke-9 iaitu
pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam dan langkah
ke-10 iaitu pencahayaan dalam Strategi 2: Memperkasakan kawasan sasaran. Hal ini
menunjukkan bahawa pihak pelaksana Program Bandar Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu
perlu mempergiatkan lagi usaha dalam penyebaran informasi langkah Bandar Selamat dan
memperkasakan lagi kawasan sasaran terutamanya dari aspek pencahayaan dan pemasangan
CCTV bagi pemantauan pelakuan jenayah di bandar seterusnya dapat meningkatkan tahap
sekuriti masyarakat awam terutamanya golongan wanita ketika berada di ruang bandar
Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengkajian terhadap isu ini penting kerana penyelidikan
berkaitan persepsi keselamatan wanita di ruang awam dalam pelaksanaan 15 langkah Bandar
Selamat adalah masih kurang khususnya di Kota Kinabalu, Sabah. Justeru, semua pihak sama
ada pihak pelaksana Bandar Selamat, pihak berkuasa, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
serta pihak masyarakat itu sendiri hendaklah saling bekerjasama dan menggembleng bahu
dalam menyelesaikan serta membanteras pelakuan jenayah di negara ini, supaya matlamat ke
arah mewujudkan sebuah bandar yang benar-benar selamat termasuklah menjaga keselamatan
wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam bandar mampu direalisasikan.
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan
Universiti Malaysia Sabah kerana membiayai kajian ini di bawah geran Skim Geran
Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2016 [Kod SAGA Projek FRG0444-SS-1/2016]
dan bertajuk “Penelitian Semula Keberkesanan Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat di
Kawasan Hotspot Jenayah di Sabah.
168
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Rujukan
Ahmad Nazrin Aris Hj. Anuar & Zainab Khalifah. (2009). Kepentingan Program Bandar
Selamat Sebagai Asas Keselamatan Industri Pelancongan di Bandaraya Johor Bahru.
Jurnal Teknologi, 51 (E), 123-137.
Ainur Zaireen, Z., & Jalaluddin, A. M. (2010). Keberkesanan Program Bandar Selamat dari
Persepsi Penduduk. Kajian Kes: Bandaraya Shah Alam. Jurnal Teknologi, 53: 13–34.
Ainur, Z. Z., Jalaluddin, A. M., 2010. Keberkesanan Program Bandar Selamat Dari Persepsi
Penduduk. Kajian Kes: Bandaraya Shah Alam. Jurnal Teknologi. 53. (Sains Sosial).
Universiti Teknologi Malaysia. Pp 13 – 34.
Bennett, T & Gelsthorpe, L. (1996). Public Attitudes Towards CCTV (Closed Circuit
Television) in Public Places. Studies on Crime and Crime Prevention Journal Volume: 5
Issue: 1 p 72-90.
Faizah, M. L. (2015). Ke Arah Pengurangan Indeks Jenayah Jalanan di Pusat Bandar Kuala
Lumpur. Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 4. Pp 97 – 107. ISSN 2180-
2491.
Jamaludin Mustaffa. (2007). Aspek Keselamatan Awam dalam Pembentukan Bandar Selamat
Di Malaysia: Kajian Kes Alor Setar, Kedah. Tesis Ph.D. Universiti Sains Malaysia.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (2007). Diakses pada 08
November 2016 dari http://townplan.gov.my.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. (2010). Bandar Selamat 2010 Safe City. KualaLumpur: Unit Khas
NKRA Bandar Selamat.
Kamalruddin Shamsudin. 2004. Peranan pegawai perancang bandar dalam perlaksanaan
program bandar selamat. Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia.
Shah Alam. 11-12 Oktober. Kamalruddin Shamsudin. (2006). Pencapaian perlaksanaan program Bandaraya Shah Alam.
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran Majlis Bandaraya
Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.
Kamarudin Ngah & Jamaludin Mustafa. (2013). Perancangan Bandar Selamat di Malaysia
Konsep dan Pelaksanaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Latifah Arifin.(2021). Berita Harian, 4 Mei 2021. Kes keganasan rumah tangga
meningkatsepanjang PKP.
Lakhshiny. (2016, June 7). 7 To 8 Police Reports Daily on Snatch Thefts in KL, Malaysians
Need to Look Out for Each Other to Overcome This Crime. Malaysian Digest Online, 1-
2. Diakses pada 09 November 2016, dari http://malaysiandigest.com/features
/6151377to8policereportsdailyonsnatchtheftsinklmalaysiansneedtolookoutforeachotherto
overcomet.
Lee, L. T. (1988, Februari 1988). Perlu Segera Wujudkan Konsep Bandar Selamat. Utusan
Malaysia Online. Diakses pada 11 November 2016, dari http://www.utusanonline.com.my.
Mohd Fareed dan Mohd Yusof Hussain. (2013). Keberkesanan Program Bandar Selamat:
Persepsi Komuniti di Bandar Kulaijaya, Malaysia. Akademika, 83 (1). 25-34.
Nelson, A. L., Bromley, R. D. F & Thomas, C. J. 2001. Identifying micro-spatial and temporal
patterns of violent crime and disorder in the British city centre. Applied Geography,
Vol.21: 249-274 Nor Eeda Ali. (2006). Pembangunan Komuniti di dalam Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat:
Kajian Kes Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tesis Sarjana.
Universiti Teknologi Malaysia.
169
Volume:6 Issues: 37 [June, 2021] pp. 151 - 156] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
Norita Jubit, Nor-Ina Kanyo & Ahmad Tarmizi Abd Rahman. (2015). Pelaksanaan Bandar
Selamat dan Pelakuan Jenayah Harta Benda di Kota Kinabalu, Sabah Satu Penemuan.
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-10 (PERKEM 10), Kekayaan Terangkum
Teras Pembangunan Lestari, Melaka Bandaraya Bersejarah. 18–20 September 2015, 494
– 501.
Norita Anak Jubit. (2017). Pelakuan Jenayah Dalam Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat di
Kota Kinabalu, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
Nor-Ina, K., Norizan, M.N & Ruslan, R. (2013). Tinjauan Dasar Pengurangan Jenayah di
Malaysia. Prosiding PERKEM VIII, Jilid 1 (2013), 224-234.
Nor-Ina, K., Ahmad, T. A. R., Siti An-Nur, A. L., Norcikeyonn, S. (2019). Sejarah dan
Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat di Sabah. Seminar Pemerkasaan Pelaksanaan
Konsep Bandar Selamat: Isu dan Cabaran di Sabah. 30 April 2019. Theatrette Ahmad
Nisfu, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Universiti Malaysia Sabah.
Pain, R. & Townshend, T. 2002. A safer city for all? Senses of ̀ community safety’ in Newcastle
upon Tyne. Geoforum, Vo1. 33: 105-119 Sexual Harassment in Public Spaces: Survey Out. (2016). Diakses pada 7 November 2016, dari
http://www.womensviewsonnews.org/2016/03/sexualharassmentinpublicspacessurveyout
3,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun. (2015, Disember 10). Sinar Harian Online. p.1.
Diakses pada 06 April 2019 dari
http://www.sinarharian.com.my/nasional/3000kesrogoldilaporkansetiaptahun1.46073 6.
Suhaila Shahril & A'dawiyah Ismail. (2019). Langkah-Langkah Keselamatan Dalam
Menangani Keganasan Terhadap Wanita Di Tempat Awam. e-Bangi Journal of Social
Science and Humanities. Vol. 16, No.2 (1-12).
UN-Habitat. (1996). Safer Cities Program. Diakses pada 21 April 2019, Dari
http://unhabitat.org/urban-initiatives/initiatives-programmes/safer-cities/.
UN Women. (2016). Safe Cities and Public Spaces. Diakses pada 20 April 2019, dari
http://www2.unwomen.org/~/media/headquarters/attachments/sections/library/publicatio
ns/2015/un%20women-safecities-brief_us web%20(1).pdf?v=1&d=20160608T210328.
UN Women. (2016). Creating Safe Public Spaces. Diakses pada 19 April 2019, dari
http://www.unwomen.org/en/what-we-do/ending-violence-against-women/creating-safe-
public-spaces.
UN Women. (2016). In Brief, Safe Cities Global Initiative. Diakses pada 10 April 2019, dari
www.unwomen.org/~/.../un%20women-evaw-safecities-brief_us-web%20pdf.ashx.
Zaini Nordin & Nor Shah Mohd Saad. (2011). Ke arah Bandar Selamat: Pencegahan Jenayah
Bandar Melalui Perkongsiaan Pemetaan GIS Hotspot Jenayah. Diakses pada 23 Mei 2018
http://www.mygeoportal.gov.my.
Zuriatunfadzliah Sahdan, Noraziah Alit & Shaharudin Idrus. (2013). Topophobia Wanita dan
Hubungannya dengan Kejadian Jenayah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Malaysia. Jurnal
Perspektif Jil. 5 Bil. 2 (93-110) 93.