tugasan projek kkp mte3112 ppg 2014

Upload: shinghui

Post on 03-Jun-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Tugasan Projek KKP MTE3112 PPG 2014

    1/2

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN

    TUGASAN PROJEK

    TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR :

    KOD DAN KURSUS: MTE3112 AmalanPentaksiran dalam Matematik

    SEMESTER : 6 (Amb. Jun 2011)

    TARIKH MULA: 08/03/2014 TARIKH HANTAR 05/04/2014

    Hasil Pembelajaran Kursus

    1. Mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan konsep dan keperluan pelajar dalamMatematik.

    2. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khas

    apabila diperlukan.3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang,

    mentadbir,menganalisis dan mentafsir pentaksiran.4. Mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam pentaksiran.

    Kerja kursus ini bertujuan mencapai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4.

    Objektif Kerja Kursus (Projek)

    Pelajar dapat:

    1. Membuat analisis terhadap item-item objektif dalam ujian bulanan2. Menentukan kesesuaian item-item ujian objektif dan membuat pengubahsuaian itemberdasarkan analisis yang telah dibuat.

    3. Membina dan mentadbir ujian diagnostik bagi mengenal pasti kelemahan dan kesilapanyang pelajar lakukan dalam ujian tersebut.

    4. Membuat laporan terhadap kelemahan dan kesilapan pelajar dan mencadangkan aktivitiPdP untuk sesi pemulihan.

    Tugasan Projek (100 %)

    Kemahiran menganalisis yang baik adalah penting bagi memastikan mutu dan kualiti item-item

    ujian yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Sebagai seorang pendidik, andaharus menguasai kemahiran-kemahiran menganalisis untuk mengubahsuai dan menambah baikitem ujian di samping mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti kelemahan pelajar melaluiujian diagnostik.

    Secara individu, anda dikehendaki:

    1. Membuat analisis terhadap semua item objektif dalam ujian Matematik bulan Mac 2014bagi sebuah kelas yang diajar. (30%)

  • 8/12/2019 Tugasan Projek KKP MTE3112 PPG 2014

    2/2

    2. Menentukan kesesuaian item-item ujian objektif tersebut dan membuat pengubahsuaianterhadap sekurang-kurangnya dua (2) item berdasarkan analisis yang telah dibuat. (10%)

    3. Membina dan mentadbir ujian diagnostik terhadap dua (2) orang pelajar yang mendapatmarkah terendah dalam ujian Matematik tersebut. (40%)

    4. Membuat laporan terhadap kesukaran dan kesilapan pelajar yang diperolehi dari ujiandiagnostik tersebut dan cadangan aktiviti PdP untuk sesi pemulihan. (20%)

    Keperluan-keperluan Tugasan

    1. Analisis yang dibuat hendaklah berdasarkan kepada ujian Matematik bulan Mac 2014sebuah kelas di sekolah anda mengajar. Sertakan satu salinan soalan ujian tersebut.

    2. Jadual analisis hendaklah menggunakan perisian Ms Excel dan dan melibatkan semuaitem. Beri penjelasan bagi setiap item ujian berdasarkan indeks kesukaran(ik)danindeks diskriminasi (id).

    3. Ubahsuai mana-mana dua (2) item yang lemah dengan menulis semula item-itemberkenaan supaya memenuhi ciri-ciri ik dan id.

    4. Sertakan salinan kertas jawapan ujian Matematik bulan Mac 2014 bagi dua (2) orang

    pelajar yang dipilih untuk menjalani ujian diagnostik.5. Ujian diagnostik yang dibina hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10 soalan dan

    perlu disertakan dalam tugasan.

    Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

    a. Muka depan hendaklah mengikut format terkinib. Gunakan jenis fon Arial bersaiz 11c. Langkau baris 1.5

    3. Markah bagi tugasan ini adalah 100% dan memberi sumbangan wajaran 50% terhadapgred keseluruhan.4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.5. Tugasan hendaklah dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan dan markah akan ditolak

    bagi tugasan yang dihantar LEWAT.

    Kriteria Pentaksiran:

    Tugasan akan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan.