tugasan sintaksis - nik zubaidah 1
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
1/24
BML 3063 - SINTAKSIS
1
QGU 3013: KURIKULUM TEMPORARI
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Kod Kursus : BML 3063
Nama Kursus : SINTAKSIS
Nama Pelajar : NIK ZUBAIDAH BT NIK MAT
No. Matriks : D20102042939
Nama Pensyarah : PROFESOR MADYA DR SANAT BIN MD NASIR
Nama Kumpulan : UPSI 07
Tar ikh Hantar : 3 MEI 2013
JENIS BINAAN AYAT DAN PERATUSANAYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
2/24
BML 3063 - SINTAKSIS
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT..
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Tujuan 3
3.0 Bidang 3
4.0 Bahan 4
5.0 Kaedah 4
6.0 Konsep 4 - 8
7.0 Analisa 8 - 14
8.0 Penutup 14 - 15
Lampiran 1 16 - 20
Lampiran 2 21 - 22
Bibliografi 23 - 24
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
3/24
BML 3063 - SINTAKSIS
3
1.0 Pendahuluan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-
rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum
tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk
binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk
bidang ini.
Sintaksis juga merupakan ilmu yang mempelajari kata, frasa, klausa. Menurut
Ramlan, ruang lingkup sintaksis hanya kajian tentang frasa, klausa, wacana,
sedangkan menurut Soetarmo ruang lingkup sintaksis hanya frasa dan ayat.
Matthewa juga berpendapat bahawa sintaksis adalah hubungan antara kata dalam
unit ayat (kata, frasa, klausa dan kalimat). Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis
dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Apa yang perlu dilakukan pada tugasan kali ini ialah kajian mengenai binaan
ayat tunggal dan binaan ayat majmuk berdasarkan teks yang telah dipilih. Teks
tersebut perlulah dikeluarkan pada tahun 2013. Mana-mana teks selain tahun 2013
adalah tidak dibenarkan. Bagi melakukan tugasan ini saya perlu merujuk buku-buku
rujukan berkenaan tajuk Sintaksis Bahasa Melayu kerana bukan mudah untuk
membuat kajian jika kita tidak dapat memahami dan pakar dalam binaan sesuatu
ayat. Hal ini juga bertujuan untuk memastikan saya tidak melakukan kesilapan dalam
proses kajian binaan ayat.
2.0 Tujuan
i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk dan subjenis
masing-masing.
3.0 Bidang
Bidang kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis, iaitu jenis binaan ayat
tunggal dan ayat majmuk serta subjenis masing-masing.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
4/24
BML 3063 - SINTAKSIS
4
4.0 Bahan
Bahan kajian ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB : 07/04/2013 dengan
tajuk : Bahasa Melayu Wahana Perpaduan OLEH DR AMINUDIN MANSOR
([email protected]) dan alamat artikel penuh :
http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130407/sa_02/Bahasa-Melayu-
wahana-perpaduan atau Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd).
5.0 Kaedah
Bahan kajian untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk diambil
daripada Utusan Online. Ayat yang telah dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1.
Analisis melibatkan tiga jadual utama, iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk,
Jadual Analisis Ayat Majmuk. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing-
masing telah dilakukan dalam Lampiran 1.
6.0 Konsep
6.1 Ayat
Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata
yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak
terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan
ayat tranformasi.
Konklusinya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil
daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap
dan penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen
predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh
frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua
bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat
bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat
terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.
6.2 Ayat Dasar
Ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada
unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di
dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi
tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
5/24
BML 3063 - SINTAKSIS
5
Selain itu, ayat inti didefinisikan sebagai ayat dasar yang paling sederhana
bentuknya dan merupakan ayat tunggal iaitu terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat. Tambahan lagi, ayat inti atau ayat dasar adalah ayat yang dihasilkan oleh
rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumus-rumus struktur frasa.
Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit
daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti
pasif, negatif dan sebagainya.
Justeru, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya
dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain.
Rumusan yang dapat dibuat ialah ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang
menjadi dasar atau punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas.
Konstituen subjek dan predikat hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak
disertai pelengkap. Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi
daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. Ayat
terbitan termasuklah ayat tunggal dan ayat majmuk.
Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar.
Contoh: Dia jururawat.
Arif sedang belajar.
Kakak ke kedai.
Abang pandai.
6.3 Ayat Tunggal
Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis.
Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-
unit tatabahasa yang lain. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu
klausa, frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. Hal
ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. Selain itu,
bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar.
Selain itu, ayat tunggal juga merupakan ayat yang mempunyai satu subjek
dan satu predikat di mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa
ayat ini boleh disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Urutan
subjek dan predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
6/24
BML 3063 - SINTAKSIS
6
Seterusnya, terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri
daripada ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata
dan juga ayat jenis ayat lain seperti ayat soalan, ayat perintah dan sebagainya.
Oleh itu, ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja
iaitu mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Binaan ayat tunggal
mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Namun bukan semua
ayat tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana
menyalahi prinsip ayat dasar.
6.4 Ayat Majmuk
Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal
yang digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu.
Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung
kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah
satu klausa atau ayat.
Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat majmuk dalam
konteks yang sama. Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur yang
membina ayat majmuk. Boleh juga kita mendefinisikan ayat menggunakan konsep
klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan ayat majmuk dan
menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil. Walaupun berbeza dari segi
pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia mendokong maksud dan
fungsi yang sama.
Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras
akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih
mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri
daripada beberapa ayat tunggal.
Kesimpulannya, ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang
terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur
tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami
pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan
penggunaan kata hubung. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
7/24
BML 3063 - SINTAKSIS
7
6.4.1 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan
selainnya.
a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan
i) Beliau memandang saya sambil tersenyum.
ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang
tidak menarik.
b) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan
i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.
ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat
tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung
dan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Selain itu, tanda koma akan digunakan
jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Ayat majmuk gabungan
terbahagi kepada dua iaitu :
(i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan
menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,lalu, lagi serta dan
sambil.
(ii) Gabungan yang susunan fakta-fakta membawa maksud yang
bertentangan, dengan menggunakan kata hubungan seperti tetapi,
sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan
6.4.2 Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak
setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat
utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan
di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa,
kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat
majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat
komplemen, dan ayat keterangan.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
8/24
BML 3063 - SINTAKSIS
8
6.4.3 Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu
jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan
atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek
bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau
bilangan klausanya.
7.0 Analisis
Semua jenis dapatan dan analisis sepenuhnya telah dinyatakan dalam
Lampiran 1. Daripada analisis seperti dalam Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat
Majmuk di Lampiran 1, terdapat 8 (28 %) ayat tunggal yang telah dikenal pasti dalam
petikan yang diambil manakala ayat majmuk berjumlah 21 ( 72 % ). Ini bermakna
berdasarkan teks kajian, penulis telah menggunakan ayat majmuk secara khususnya
dalam penulisannya. Akan tetapi terdapat juga ayat tunggal yang jumlahnya sedikit
sahaja dalam penulisan teks tersebut. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks
Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ]
Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja [ FN + FK ]
1. BAHASA Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di
negara ini.
2. Ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di
Malaysia.
3. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan untuk
memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.
4. Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah
dimulakan perancangannya sejak sebelum merdeka lagi.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
9/24
BML 3063 - SINTAKSIS
9
Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja [ FN + FK ]
Berdasarkan contoh ayat tunggal di atas, kesemua ayat tersebut merupakan
jenis ayat tunggal yang terdiri daripada Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama (
FN + FN ) berjumlah 4 ( 50 %) dan juga Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja (
FN + FK ) berjumlah 4 (50%). Manakala jenis ayat tunggal FN + FA dan FN + FS
tidak dijumpai dalam teks yang dikaji. Kesemua ayat tunggal tersebut adalah
sebanyak 8 ayat sahaja dan peratusan bagi ayat ini ialah sebanyak (28 %).
1. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam
membentuk perpaduan di negara ini.
2. Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh
dunia.
3. Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik
kegemilangan terutama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
4. Para pelajar juga harus difahamkan secara mendalam.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
10/24
BML 3063 - SINTAKSIS
10
Lihat carta pai di bawah untuk lebih memahami peratusan ayat tunggal yang terdiri
daripada dua jenis ayat tunggal iaitu FN + FN dan FN + FK.
Dalam Jadual Analisis Ayat Majmuk dalam Lampiran 1 pula menunjukkan
terdapat 21 (72 % ) ayat majmuk yang telah dikenal pasti dalam teks dikaji. Terdapat
sebanyak 13 (62 %) ayat majmuk jenis gabungan yang digunakan dalam penulisanteks tersebut.
Contoh bagi ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam teks ialah :
1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa rasmi dan
bahasa pengantar di sekolah.
2. Ini mestilah menjadi agenda semua pihak terutama di sekolah dan di
universiti tidak mengira apa juga peringkat dari rakyat biasa hinggalah
kepada pemimpin atasan.
3. Usaha ini sepatutnya tidak berhenti setakat di sekolah membabitkan
para pelajar dan guru-guru sahaja.
4. Bahasa Melayu turut berkembang apabila terdapatnya pelbagai suku
kaum Melayu menjalar hingga ke Sri Lanka, Arab Saudi, China dan
Afrika Selatan.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
11/24
BML 3063 - SINTAKSIS
11
5. Menurut Sarjana Belanda, Francois Valentijn pada abad ke-16,
"Bahasa mereka bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di
daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan
Melayu dan di negeri-negeri Timur; sebagai suatu bahasa yang
difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah
seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai
bahasa Lingua Franca di Itali atau di Levent."
6. Ketika itu, peranan bahasa Melayu menjadi penghubung dalam
kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya serantau untuk
mengungkapkan pelbagai bidang ilmu.
7. Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei sebagai Bahasa
Kebangsaan.
8. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan
diperkembangkan berdasarkan pelbagai akta.
9. Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat
dalam pelaksanaan dasar bahasa di sekolah, maktab dan
universiti.
10. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum,
Penyata Razak telah mengesyorkan beberapa perkara antaranya
Bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah dan dijadikan
satu syarat untuk menerima sebarang bantuan yang diberi oleh
kerajaan di dalam semua sekolah.
11. Satu lagi, di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan
dicadangkan supaya bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan.
12. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu telah diperkukuhkan lagi
dengan pelaksanaan menerusi Laporan Jawatankuasa Mengkaji
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan Akta Pendidikan 1996.
13. Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960
menegaskan semula syor untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua peringkat
persekolahan.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
12/24
BML 3063 - SINTAKSIS
12
Manakala sebanyak 3 ( 14%) menunjukkan jenis ayat majmuk pancangan
yang terdapat dalam teks. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat pula subjenisnya
iaitu hanya 1 (33%) ayat majmuk pancangan relatif yang dan 2 (67 %) ayat majmuk
jenis pancangan keterangan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat ayat majmuk jenis
pancangan komplemen dalam teks tersebut. Hal ini kerana kebanyakan ayat adalah
terdiri daripada ayat majmuk gabungan.
Contoh bagi ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam teks ialah :
i) Ayat Majmuk Pancang Relatif
1. Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan
dalam tempoh 100 tahun akan datang, malahan mampu hidup selama-
lamanya jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi.
i i) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat dunia Melayu dan di luar dunia Melayu kian ketara
sehingga wujud banyak pusat pengajian Melayu di pelbagai universiti luar
negara.
2. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa
Melayu telah berkembang dengan pesat seiring dengan kepesatan
pembangunan negara khususnya dalam bidang pendidikan.
Di samping itu, terdapat juga sebanyak 5 (24 %) jenis ayat majmuk campuran
yang telah dikenal pasti penggunaannya dalam teks dikaji. Ayat majmuk campuran
ialah ayat yang gabungan daripada beberapa jenis ayat majmuk yang lain seperti
gabungan ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
13/24
BML 3063 - SINTAKSIS
13
Contoh bagi ayat majmuk campuran yang terdapat dalam teks ialah :
1. Hal ini terbukti melalui kata-kata cendekiawan silam yang berbunyi,
"Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa
itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada
negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina".
2. Di Malaysia, kedudukan bahasa Melayu termaktub dalam Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
3. Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi segala cabaran
untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan
digunapakai di seluruh dunia.
4. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan termasuklah di institusi pengajian tinggi membuktikan
yang bahasa ini juga berupaya menjadi bahasa ilmu selain
penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain.
5. Za'ba menyatakan kepada anak-anak Melayu yang bernasib baik
mendapat pelajaran tinggi di universiti, gunakan pengalaman dan
pengajian yang diperoleh itu untuk memimpin, mengajar anak bangsa
kita untuk mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan
pengajian Melayu.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
14/24
BML 3063 - SINTAKSIS
14
Lihat carta pai di bawah untuk lebih memahami peratusan ayat majmuk yang terdiri
daripada tiga jenis ayat majmuk iaitu Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk
Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran.
8.0 Penutup
Tugasan ini hanya mempunyai dua tujuan yang telah ditetapkan, iaitu untuk
menganalisis ayat dan membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk
serta jenis-jenisnya. Disebabkan saya hanya mengkaji satu teks sahaja, jadi tiada
perbandingan teks yang dapat dibuat dalam kajian ini. Kedua-dua jenis ayat ini iaitu
ayat tunggal dan ayat majmuk wujud dalam petikan yang dikaji. Terdapat sedikit
sahaja ayat tunggal iaitu sebanyak sembilan ayat. Ayat ini terdiri daripada jenis pola
ayat frasa nama + frasa nama dan pola frasa nama + frasa kerja. Manakala, pola
ayat frasa nama + frasa adjektif dan pola ayat frasa nama + frasa sendi nama tidak
digunakan dalam petikan tersebut.
Bagi ayat majmuk pula, terdapat dua puluh ayat majmuk yang telah dikenal
pasti dalam petikan tersebut. Kebanyakkan ayat ini terdiri daripada tiga jenis ayat
majmuk seperti ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang menggunakan kata hubung
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
15/24
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
16/24
BML 3063 - SINTAKSIS
16
Lampiran 1
Jadual Analisis AT
Bi l
A Senarai Ayat Tunggal AT
1 2 3 4
1. Bahasa Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum
di negara ini. 1 0 0 0
2. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam
membentuk perpaduan di negara ini. 0 1 0 0
3. Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh
dunia. 0 1 0 0
4. Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik
kegemilangan terutama pada zaman Kesultanan MelayuMelaka.
0 1 0 0
5. Para pelajar juga harus difahamkan secara mendalam. 0 1 0 0
6. Ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan di Malaysia. 1 0 0 0
7. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan
untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. 1 0 0 0
8. Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
telah dimulakan perancangannya sejak sebelum merdeka lagi. 1 0 0 0
AT
1 : 4 ( 50 % )
2 : 4 ( 50 % )
3 : 0
4 : 0
Jumlah Jenis Pembinaan AT : 8 (28 %)
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
17/24
BML 3063 - SINTAKSIS
17
Jadual Analisis AM
Bil Ayat Majmuk AM
1 2 2.1 2.2 2.3 3
1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa
rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. 1 0 0 0 0 0
2. Ini mestilah menjadi agenda semua pihak terutama di
sekolah dan di universiti tidak mengira apa juga peringkat
dari rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin atasan.
1 0 0 0 0 0
3. Usaha ini sepatutnya tidak berhenti setakat di sekolah
membabitkan para pelajar dan guru-guru sahaja. 1 0 0 0 0 0
4. Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu
bertahan dalam tempoh 100 tahun akan datang, malahan
mampu hidup selama-lamanya jika bahasa Melayu
mempunyai kuasa ekonomi.
0 0 1 0 0 0
5. Hal ini terbukti melalui kata-kata cendekiawan silam yang
berbunyi, "Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu
sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita
kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja
dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu
dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina".
0 0 0 0 0 1
6. Bahasa Melayu turut berkembang apabila terdapatnya
pelbagai suku kaum Melayu menjalar hingga ke Sri Lanka,
Arab Saudi, China dan Afrika Selatan.
1 0 0 0 0 0
7. Menurut Sarjana Belanda, Francois Valentijn pada abad ke-
16, "Bahasa mereka bahasa Melayu, bukan sahaja
dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di
seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur;
sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja
oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau
Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali
atau di Levent."
1 0 0 0 0 0
8. Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat dunia Melayu dan di
luar dunia Melayu kian ketara sehingga wujud banyak pusat
0 0 0 0 1 0
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
18/24
BML 3063 - SINTAKSIS
18
pengajian Melayu di pelbagai universiti luar Negara.
9. Ketika itu, peranan bahasa Melayu menjadi penghubung
dalam kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya
serantau untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu.
1 0 0 0 0 0
10. Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei
sebagai Bahasa Kebangsaan.
1 0 0 0 0 0
11. Di Malaysia, kedudukan bahasa Melayu termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan.
0 0 0 0 0 1
12. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat
seiring dengan kepesatan pembangunan negara khususnya
dalam bidang pendidikan.
0 0 0 0 1 0
13. Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi
segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang
dapat diterima dan digunapakai di seluruh dunia.
0 0 0 0 0 1
14. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan termasuklah di institusi pengajian tinggi
membuktikan yang bahasa ini juga berupaya menjadi
bahasa ilmu selain penggunaan bahasa Inggeris, bahasa
Arab dan lain-lain.
0 0 0 0 0 1
15. Za'ba menyatakan kepada anak-anak Melayu yang
bernasib baik mendapat pelajaran tinggi di universiti,
gunakan pengalaman dan pengajian yang diperoleh itu
untuk memimpin, mengajar anak bangsa kita untuk
mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan
pengajian Melayu.
0 0 0 0 0 1
16. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan
diperkembangkan berdasarkan pelbagai akta. 1 0 0 0 0 0
17. Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas
terlihat dalam pelaksanaan dasar bahasa di sekolah,
maktab dan universiti.
1 0 0 0 0 0
18. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan antara
kaum, Penyata Razak telah mengesyorkan beberapa 1 0 0 0 0 0
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
19/24
BML 3063 - SINTAKSIS
19
perkara antaranya Bahasa Melayu mestilah diajar di semua
sekolah dan dijadikan satu syarat untuk menerima sebarang
bantuan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah.
19. Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960
menegaskan semula syor untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua
peringkat persekolahan.
1 0 0 0 0 0
20. Satu lagi, di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan
dicadangkan supaya bahasa Melayu dan Inggeris
diwajibkan.
1 0 0 0 0 0
21 Seterusnya penggunaan bahasa Melayu telah
diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan menerusi Laporan
Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979
dan Akta Pendidikan 1996.
1 0 0 0 0 0
AM
1 : 13 ( 62 % )
2 : 5 ( 24 % )
2.1 1 ( 33 %)
2. 2 0 ( 0.00%)
2.3 2 ( 67 % )
Jumlah AM 2 : 3 (100%)
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
20/24
BML 3063 - SINTAKSIS
20
3 : 3 ( 14 % )
Jumlah Jenis Pembinaan AM : 21 ( 71 % )
Singkatan dan Kod Analisis
Bil = Bilangan
A = Ayat
AT = Ayat Tunggal
AT 1 = Ayat Tunggal FN + FN
AT 2 = Ayat Tunggal FN + FK
AT 3 = Ayat Tunggal FN + FA
AT 4 = Ayat Tunggal FN + FS
AM = Ayat Majmuk
AM 1 = Ayat Majmuk Gabungan
AM 2 = Ayat Majmuk Pancangan
AM 2.1 = Ayat Majmuk Pancangan Relatif
AM 2.2 = Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
AM 2.3 = Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
AM 3 = Ayat Majmuk Campuran
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
21/24
BML 3063 - SINTAKSIS
21
Lampiran 2
ARKIB : 07/04/2013
Bahasa Melayu Wahana Perpaduan
OLEH DR AMINUDIN MANSOR
BAHASA Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini. Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. Ini
mestilah menjadi agenda semua pihak terutama di sekolah dan di universiti tidak mengira
apa juga peringkat dari rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin atasan.
Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam membentuk perpaduan di
negara ini. Usaha ini sepatutnya tidak berhenti setakat di sekolah membabitkan para pelajar
dan guru-guru sahaja.
Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100
tahun akan datang, malahan mampu hidup selama-lamanya jika bahasa Melayu mempunyai
kuasa ekonomi.
Hal ini terbukti melalui kata-kata cendekiawan silam yang berbunyi, "Sungguh luas
tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita
kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh
daripada negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina".
Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia. Bahasa Melayu turut
berkembang apabila terdapatnya pelbagai suku kaum Melayu menjalar hingga ke Sri Lanka,
Arab Saudi, China dan Afrika Selatan.
Menurut Sarjana Belanda, Francois Valentijn pada abad ke-16, "Bahasa mereka bahasa
Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh
kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur; sebagai suatu bahasa yang difahami di
mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di
Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali atau di Levent."
Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
dunia Melayu dan di luar dunia Melayu kian ketara sehingga wujud banyak pusat pengajian
Melayu di pelbagai universiti luar Negara.
Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik kegemilangan terutama
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika itu, peranan bahasa Melayu menjadi
penghubung dalam kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya serantau untuk
mengungkapkan pelbagai bidang ilmu.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
22/24
BML 3063 - SINTAKSIS
22
Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,
Indonesia, dan Brunei sebagai Bahasa Kebangsaan. Di Malaysia, kedudukan bahasa
Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Para pelajar juga harus difahamkan
secara mendalam. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa
Melayu telah berkembang dengan pesat seiring dengan kepesatan pembangunan negara
khususnya dalam bidang pendidikan.
Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi segala cabaran untuk dinobatkan
sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunapakai di seluruh dunia. Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan termasuklah di institusi
pengajian tinggi membuktikan yang bahasa ini juga berupaya menjadi bahasa ilmu selain
penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain.
Za'ba menyatakan kepada anak-anak Melayu yang bernasib baik mendapat pelajaran tinggi
di universiti, gunakan pengalaman dan pengajian yang diperoleh itu untuk memimpin,
mengajar anak bangsa kita untuk mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan
pengajian Melayu. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan
diperkembangkan berdasarkan pelbagai akta. Ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat dalam pelaksanaan dasar
bahasa di sekolah, maktab dan universiti. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah
kemampuan untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Bagi mencapai
matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum, Penyata Razak telah mengesyorkan
beberapa perkara antaranya Bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah dan dijadikan
satu syarat untuk menerima sebarang bantuan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua
sekolah. Satu lagi, di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan dicadangkan supaya
bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan
Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960 menegaskan semula syor untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua
peringkat persekolahan.
Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah dimulakan
perancangannya sejak sebelum merdeka lagi. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu
telah diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan menerusi Laporan Jawatankuasa Mengkaji
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan Akta Pendidikan 1996.
(Artikel penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130407/sa_02/Bahasa-Melayu-
wahana-perpaduan Utusan Melayu (M) Bhd)
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
23/24
BML 3063 - SINTAKSIS
23
Bibliografi
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. KualaLumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis.Pahang. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani & Razali Ayob. (2006). Sintaksis SiriPengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KualaLumpur. Dewan Bahasa danPustaka.
Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd.
Azahari Bahari. (2009). Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: OpenUniversiti Malaysia.
Alias Mohammad Yatim (2007). HBML 3503 Pengantar Linguistik Am. KualaLumpur: Open Universiti Malaysia.
Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan SarjanaSdn. Bhd.
Arbak Othman (1980). Pengantar Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Penerbitan SarjanaSdn. Bhd.
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Teori Linguistik. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS ProfesionalPublishing Sdn. Bhd.
Che Ibrahim Salleh (2008). BBM 3203 Tatabahasa Melayu. Serdang: PenerbitanUPM.
Hashim Hj.Musa. (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. AgensiPenerbitan. Kamus Dewan (Edisi ketiga) Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lufti Abas (1985). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
7/27/2019 Tugasan Sintaksis - Nik Zubaidah 1
24/24
BML 3063 - SINTAKSIS
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1980). Nahu Melayu Terakhir. Kuala Lumpur. DewanBahasa Dan Pustaka.
Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaharani Ahmad (2008).Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.